Selasa, 22 Jun 2010

Justice For All

Justice For All


Kenapalah 'Ayam' China Ni Ramai Berkeliaran Kat Malaysia, Bukannya Kat Arab Saudi

Posted: 22 Jun 2010 09:19 PM PDT

Kenapalah warga China ni tak serik kena tangkap..kalau datang sini cari rezeki halal takpe, ini dicarinya rezeki haram. Ini mungkin mereka dapat maklumat yang kerajaan Malaysia suka benda haram, misalnya judi. Kalaulah mereka ni buat perkara sama di Arab Saudi, mati hidup semula mereka takkan buat. Kerana hukuman zina di sana adalah rejam dengan batu 100 kali bagi yang belum berkahwin, yang dah kahwin kena rejam sampai MATI. Berbanding, alkahai kena denda 2 -3 ribu je atau penjara setahun..

Pelacur China londeh seluar

Oleh ZAINI SAMSU HADI dan ATIKAH DALI

berita@kosmo.com.my

SEORANG pelacur (kiri) bertindak melondehkan seluarnya selepas bengang gambarnya dirakamkan ketika dibawa ke lokap Balai Polis Dang Wangi semalam.

KUALA LUMPUR - Seorang daripada lima pelacur warga China menunjukkan aksi biadap apabila bertindak melondehkan seluar hingga menampakkan punggungnya sebaik menyedari gambarnya dirakamkan ketika dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

Wanita terbabit bertindak demikian kerana bengang dengan tindakan jurugambar berkenaan yang tidak putus-putus merakam gambarnya sebaik dia dan rakan-rakannya turun dari kenderaan polis.

Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya memakan diri apabila dia dimarahi oleh pegawai polis yang mengiringi mereka ke lokap.

Kelima-lima wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan selepas polis melakukan operasi di sebuah plaza di Jalan Pudu di sini kelmarin.

Ia ekoran pendedahan yang dibuat Kosmo! selama dua hari berturut-turut sejak Sabtu lalu mengenai kegiatan pelacur-pelacur berkenaan yang selamba menjual diri depan tandas pasar raya berkenaan.

Serbuan dibuat oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi diketuai Cif Inspektor Rosmizan Abdul Wahab bersama lapan anggota.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa jam sebelum menahan suspek.

"Ketika diserbu, kesemua mereka termasuk pelanggan yang sedang berurusan melarikan diri," katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya semalam.

Sentral: GRO asing tak serik

Oleh Samadi Ahmad

bhnews@bharian.com.my

Sembunyi dalam tandas elak dicekup

PUTRAJAYA: Seramai 16 pelayan pelanggan (GRO) wanita warga asing yang memakai pakaian mencolok mata dan baju tanpa coli ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen di sebuah pusat hiburan di Cheras, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Daripada jumlah itu, seorang wanita dipercayai warga China yang didapati memiliki kad pelajar sebuah institusi pengajian tinggi antarabangsa di ibu kota, manakala seorang rakyat Filipina mendakwa bekas pelajar sebuah kolej di Johor Bahru.

Ketua Unit Tindakan Imigresen Putrajaya, Mohd Azmi Mohd Isa, berkata mereka yang berusia antara 20 hingga 35 tahun, masing-masing 15 dari Filipina dan seorang dari China itu ditahan kerana didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial serta tamat tempoh tinggal di negara ini.

"Ada antara mereka yang tamat tempoh tinggal antara empat hingga enam bulan selain menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja secara haram di negara ini," katanya kepada Sentral.

Operasi itu adalah antara siri penguatkuasaan imigresen untuk membanteras pendatang asing di negara ini sejak beberapa hari lalu.

Beliau berkata, operasi bermula jam 9 malam dan berakhir 10.30 malam itu disertai 20 anggota penguat kuasa imigresen berdasarkan maklumat awam dan risikan yang dijalankan selama seminggu.

"Ketika serbuan, semua warga asing terbabit sedang leka melayan pelanggan dengan mengambil minuman keras di pusat hiburan itu.

"Wanita warga China itu pula cuba bersembunyi dalam tandas pusat hiburan itu ketika serbuan dilakukan untuk mengelakkan ditahan," katanya.

Azmi berkata, pihaknya akan menghubungi dua pusat pengajian tinggi terbabit bagi mengesahkan sama ada wanita warga China dan Filipina itu adalah pelajar mereka atau memiliki kad pelajar palsu.

"Semua warga asing terbabit dibawa ke ibu pejabat imigresen di sini untuk diambil keterangan sebelum dikenakan tindakan lanjut," katanya.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56 (1) (l) akta sama manakala warga asing terbabit ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dibicarakan.

Beliau turut memberi amaran bahawa imigresen akan mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang masih berdegil melakukan perbuatan tidak bermoral serta meningkatkan usaha membanteras kebanjiran mereka.

Selain itu, katanya, tindakan tegas juga akan dikenakan terhadap pemilik premis perniagaan yang didapati melindungi pendatang asing atau yang tidak memiliki pas kerja sah.

Pada Ahad lalu, imigresen menahan 16 wanita warga asing berusia antara 20 hingga 30 tahun dari China, Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Laos dalam serbuan di tiga premis urut di sekitar Kuala Lumpur kerana terbabit dalam kegiatan urut, pelacuran dan urutan 'badan ke badan'.

Kisah Disebalik Islam Di Negeri Tok Guru

Posted: 22 Jun 2010 08:41 PM PDT

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan

majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…"

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar

nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti

masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Ini kisahnya sebenarnya : (sini)

Mesranya Tok Guru Haji Hadi Dengan Husam Musa

Posted: 22 Jun 2010 07:43 PM PDT

Akrabnya mereka ini walaupun berlainan jawatan. Ini gambar semasa majlis sambutan pemimpin luar negara yang datang ke muktamar di rumah Husam Musa. Memang daripada gambar ini, terserlah kemesraan dua pemimpin besar PAS ini..(kredit buat perisik rakyat)
Husam Musa hidangkan tok guru nasi
Husam Musa duduk berhampiran dengan tok guru haji hadi
Kelihatan pemimpin PAS yang lain antaranya Dr Dzulkefly
Husam Musa melayani tetamu dari luar negara
'Jemput tok guru, makan,' mungkin itu kata Husam Musa
Memang besar jamuan malam tu...kambing bakar
Subky latif turut bertandang ke rumah Dato Husam
Dato Mahfuz menjenguk kambing yang sedang dibakar
Dengar cerita banyak juga kambing yang dibela Husam Musa..padanlah banyak kambing 'tumbang' hari tu
Tetamu luar negara tiba ke rumah Husam Musa
Dr Lo' lo dan Dr Siti Mariah pun ada sama
Dr Hatta Ramli turut kelihatan

Syabas Minta Pekerjanya Daftar Jadi Ahli BN

Posted: 22 Jun 2010 07:02 PM PDT

Takkan si Pengerusi Syabas, Rozali ni dah terdesak nak tambah ahli umno, sampai sanggup minta Pekerja SYABAS daftar ahli parti komponen BN dengan bayar RM2

Kalau ini benar, memang kita terkejut dengan tindakan ini. Memang kita tahu yang si Rozali ni orang UMNO dan sedaerah dengan Muhammad Taib. Dia ni memang kontroversi. Anwar pernah dedahkan bahawa gaji tahunan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd. (Syabas) adalah RM5.1 juta setahun atau perkiraan mudahnya :

Setahun – RM5.1juta

Sebulan – RM425,000

Sehari (8jam) – RM14,166

Sejam – RM1,770

Seminit – RM29.5

Patutlah jadi pengampu UMNO, sebab dapat fulus. Takde fulus, boleh bungkus..

Khairy Hanya Berani Cabar Anwar, Cabarannya Kes Judi Langsung Tak Dilayan Najib

Posted: 22 Jun 2010 06:16 PM PDT

Kah..kah Khairy, ikut Anwarlah nak serah bukti pada bila-bila masa. Lagipun beliau dah serik, serah bukti macam pita lingam, alih-alih jabatan peguam negara kata takde kes..macam kes 2 juta ini, adalah strateginya. Khairy bukannya hakim, yang nak cepat-cepat bukti tu. Lagipun kes itu dah dilapor pada SPRM, mintalah bukti tu pada SPRM. Takkan tak boleh sabar kot. Anwar sendiri tepaksa turun naik mahkamah nak dapat bukti dari pihak Sayfooool, kononnya beliau meliwat balaci Najib tuh...inikan baru 2 hari, dah kata Anwar bohong. Tunggulah bila Anwar dedahkan semuanya, baru tahu siapa pembohong, siapa yang benar..

Khairy selar Penasihat PKR pembohong

SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang pembohong kerana tidak mendedahkan bukti yang didakwanya UMNO terlibat memberi imbuhan RM2 juta kepada wakil rakyat yang keluar parti.

Menurutnya, cabaran selama 48 jam yang dikemukakan adalah masa yang mencukupi tetapi seperti dijangka Anwar tidak menunjukkan bukti kerana itulah cara politik yang digunakannya.

"Tempoh 48 jam sudah berlalu dan tiada bukti maknanya dia sekali lagi bohong rakyat, diharap kita faham inilah politik murahan Anwar," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jumaat lalu, Khairy memberi tempoh 48 jam kepada Anwar untuk mengeluarkan bukti bahawa wakil rakyat yang keluar dari PR menerima imbuhan sebanyak RM2 juta dan cabaran tersebut berakhir kelmarin.

Nak tanya Khairy, cabaran ini dah disahut Najib belum?? dah nak hampir sebulan Khairy buat cabaran ni..takkan dah mengalah kot..

Khairy gesa k'jaan segera beri penjelasan

Salhan K Ahmad

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan supaya segera membuat penjelasan berhubung pemberian lesen judi sukan kepada syarikat Berjaya.

Katanya, masyarakat perlu diberi penjelasan mengenai duduk perkara sebenar memandangkan perkembangan isu tersebut mengundang banyak laporan bercanggah.

"Itu sebab kita menyeru dan saya harap penjelasan ini dapat dibuat dalam masa terdekat sebab laporan bercanggah yang kita dapat daripada pihak kerajaan dan juga daripada syarikat berkenaan.

"(Berjaya dilaporkan berkata) persetujuan dah dapat tapi lesen belum dapat lagi.

"Jadi kita juga mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sudah tentu rakyat Malaysia pun nak tahu sekiranya betul (persetujuan diberikan)," kata Khairy yang juga ahli parlimen Rembau.

Tambahnya, pemimpin BN telah memberikan pandangan mereka melalui "saluran dalaman parti" berhubung isu tersebut.

"Jadi kita dah serahkan kepada perdana menteri pandangan daripada pimpinan parti dan terpulang kepada kerajaan untuk buat keputusan muktamad," katanya lagi.

Beliau bercakap demikian dalam sidang media selepas pelancaran program Rally 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil petang ini.

Takkan Kena Kutuk Dalam Blog Dah Nak Lompat Parti..

Posted: 22 Jun 2010 05:29 PM PDT

Takkanlah kena kritik dari blogger sampai nak lompat parti. Tak munasabah langsung. Mungkin ada udang di sebalik mee kisah gossip Adun UMNO Sri Serdang ini kononnya nak letak jawatan..

Letak jawatan: UMNO Selangor belum terima penjelasan Satim

SHAH ALAM 22 Jun - Badan Perhubungan UMNO Selangor menolak dakwaan bahawa Timbalan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Mohamad Satim Diman akan melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat atas alasan 'merajuk' ekoran kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, pihaknya tidak fikir Mohamad Satim akan melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hanya kerana dikritik dalam laman-laman blog.

Kata Abdul Shukor, setakat ini pihaknya juga tidak menerima sebarang maklum balas daripada Mohamad Satim mengenai perkara itu.

"Saya tidak fikir dia akan melepaskan semua jawatan dalam parti hanya kerana merajuk dengan kritikan.

"Saya sendiri pun dihentam cukup-cukup menerusi laman blog dengan pelbagai dakwaan. Bagaimanapun, saya teruskan tugas dan tanggungjawab saya seperti biasa," tegasnya.

Abdul Shukor berkata demikian kepada Utusan Malaysia mengulas mengenai khabar angin bahawa ADUN Sri Serdang tersebut akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

Tambah Abdul Shukor, sekiranya ada pihak menggunakan alasan tidak hadir mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri yang Mohamad Satim sendiri selaku Setiausaha, ia tidak bermakna wakil rakyat itu benar-benar mahu berbuat demikian.

Piala Dunia (23) : Korea Selatan & Argentina Mara Ke Pusingan Ke-2

Posted: 22 Jun 2010 04:50 PM PDT

Piala Dunia: Korea Selatan 2 Nigeria 2

JOHANNESBURG: Korea Selatan muncul pasukan pertama Asia mara ke pusingan kalah mati pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selepas seri 2-2 dengan Nigeria dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, awal pagi tadi.

Gol Korea Selatan dijaringkan pemain pertahanan, Lee Jung-Soo pada minit ke-38 dan penyerang Park Chu-Young menerusi sepakan percuma.

Nigeria pula memperolehi jaringan menerusi Kalu Uche pada minit ke-12 dan sepakan penalti, Yakubu Aiyegbeni pada minit ke-69.

Korea Selatan yang menjadi naib juara Kumpulan A dijadual bertemu Uruguay, juara Kumpulan B pada pusingan kalah mata seterusnya.

Piala Dunia: Argentina 2 Greece 0

POLOKWANE - Argentina berjaya mencatatkan kemenangan kali ketiga berturut-turut dalam saingan Kumpulan B selepas menewaskan Greece 2-0 seterusnya layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan Diego Maradona itu berjaya mengekalkan rekod bersih dengan memperoleh jaringan kemenangan melalui Martin Demichelis pada minit ke-77 dan pemain gantian, Martin Palermo seminit sebelum perlawanan masa sebenar tamat.

Kemenangan itu meletakkan Argentina di puncak Kumpulan B dengan mengumpul 9 mata dan bakal diiringi Korea Selatan yang seri dengan Nigeria 2-2 untuk mara ke pusingan kedua.

Di pusingan kedua, Argentina bakal berdepan naib juara Kumpulan A, Mexico pada 28 Jun depan.

Shahrir Samad Bantah Najib Pindah Parlimen

Posted: 22 Jun 2010 02:00 PM PDT

Shahrir Samad terus berpencak di persada politik negara walaupun timbul tenggelam. Kali ini beliau membantah pemindahan bangunan Parlimen ke Putrajaya

Shahrir telah memberi sebab kenapa Parlimen perlu kekal di KL...

Jangan sampai Yang di Pertuan Agong bersemayam bersendirian di Kuala Lumpur jika Parlimen dipindahkan ke Putrajaya.

Itu mesej ahli parlimen Johor Bharu, Datuk Seri Shahrir Samad yang mahu kerajaan menolak terus cadangan memindahkan Parlimen seperti dibangkitkan baru-baru ini.

Ketika berbahas RMK 10 di Dewan Rakyat, pagi Selasa, Shahrir menjelaskan Kuala Lumpur adalah ibu negara dan mustahil 'political capital' atau pusat politik yang komponennya Parlimen dan institusi Yang di Pertuan Agong.

Katanya, jika berbincang soal memindahkan Parlimen ke Putrajaya, akan timbul tanda tanya, apa akan jadi kepada Agong dan istana negara baru yang dalam pembinaan.

"Jangan Yang di Pertuan Agong seorang diri di ibu negara," katanya.

Sebaliknya, mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan dan Hal Ehwal Pengguna mencadangkan supaya kawasan keseluruhan bukit Parlimen dijadikan harta Parlimen.

Sementara itu bercakap kepada Agendadaily, Shahrir menjelaskan cadangan itu membolehkan Parlimen dipertahankan dengan terus kekal di Kuala Lumput serta mengelak terbabit pengswastaan.

Katanya, kerajaan boleh bina bangunan tambahan untuk kemudahan wakil-wakil rakyat termasuk menempatkan kuarters kakitangan serta kemudahan awam yang boleh mendapatkan rakyat dengan institusi parlimen.

Sebenarnya, tindakan Shahrir mempertahankan supaya Parlimen kekal di lokasinya sekarang tidak menghairankan kerana beliau amat rapat dengan institusi itu.

Ini kerana beliau lapan penggal menjadi ahli parlimen sejak 1978 selain jadi Pengerusi BNBBC pada 2004 hingga 2008.-22/6/2010

Israel "Takut' Pada Wanita???

Posted: 22 Jun 2010 01:13 PM PDT

Biar betul..Israel taku pada wanita???

Israel takut kepada wanita

BAITULMAQDIS - Kumpulan pejuang Lebanon, Hizbollah menegaskan, tindakan Israel mengancam untuk menyerang kapal Lebanon ke Gaza yang hanya disertai aktivis wanita menunjukkan ketakutan rejim itu.

Ketua Majlis Eksekutif Hizbollah, Hashem Safieddine berkata, ugutan Israel terhadap aktivis dan wartawan wanita yang menganjurkan konvoi terbaru itu membuktikan rejim Zionis hidup dalam ketakutan yang luar biasa.

"Mereka sentiasa hidup dalam ketakutan, dan keupayaaan ketenteraan rejim itu semakin merosot," katanya.

Kenyataan Hizbollah itu dikeluarkan sehari selepas Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gabriela Shalev, mengutus surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban ki-Moon dan menggesanya supaya menghalang kapal Lebanon itu daripada menuju ke Gaza.

"Kami akan menghalang kapal itu menggunakan apa jua cara yang dirasakan perlu," katanya dalam surat itu.

Lebanon ada 'senjata' baru lawan Israel

BEIRUT - Penganjur dari Lebanon yang merancang menghantar bekalan ubat-ubatan ke Gaza tidak gentar dengan ugutan yang diterima daripada kerajaan rejim Israel.

Menurut penganjur kapal yang akan disertai hampir 50 aktivis wanita itu, Israel adalah musuh dan wanita adalah 'senjata rahsia terbaru'.

"Kami adalah wanita yang tidak akan memberikan Israel sebarang alasan untuk menyerang kapal ini," kata salah seorang penganjur kepada radio Israel.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas akhbar berbahasa Arab di Britain, Al-Quds Al-Arabi melaporkan 12 kapal perang milik Israel dan Amerika Syarikat merentasi Terusan Suez dan menuju ke Laut Merah

Terdahulu, rejim Zionis tanpa perasaan malu 'berjanji' akan menggunakan apa jua cara yang dirasakan perlu untuk menghalang kapal bantuan Lebanon itu daripada menuju ke Gaza, walaupun selepas dikecam hebat kerana menyerang konvoi Freedom Flotilla, bulan lalu.

Israel menuduh kapal Lebanon itu mempunyai hubungan dengan kumpulan pejuang Hizbollah yang dilabel pertubuhan pengganas oleh AS dan Israel.

Hizbollah dalam kenyataannya berkata, kumpulan itu menghargai usaha memecahkan sekatan di Gaza tetapi memilih untuk tidak campur tangan kerana enggan memberikan Israel sebarang alasan untuk menyerang Lebanon.

Lebanon dilaporkan membenarkan sebuah kapal bantuan berlayar dari negara itu ke Cyprus, sebelum menuju ke Gaza, semalam.

Tinggal Tembok Penjara Pudu Pun Jadi Lah..

Posted: 22 Jun 2010 11:50 AM PDT

BN ni nak dengar ke suara rakyat???

Ahli Parlimen Cadang Kekalkan Gerbang Penjara Pudu

KUALA LUMPUR: Pintu masuk utama dan sebahagian daripada tembok Penjara Pudu yang menghadap Jalan Hang Tuah perlu dikekalkan sejajar dengan kedudukannya sebagai bangunan bersejarah di negara ini.

Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun berkata, masih belum terlambat untuk pemaju yang bertanggungjawab membangunkan tapak berkenaan iaitu UDA Holdings Berhad (UDA) mengambil langkah berkenaan memandangkan hingga kini hanya sebahagian tembok yang menghadap Jalan Pudu dirobohkan.

"UDA Holding boleh mengambil langkah yang sewajarnya dengan mengekalkan pintu masuk utama dan juga sebahagian daripada tembok yang menghadap Jalan Hang Tuah.

"Dalam Kuala Lumpur sangat sukar untuk kita cari bangunan yang berusia melebihi 100 tahun, jadi langkah mengekalkan sebahagian daripada struktur Penjara Pudu untuk tatapan generasi akan datang adalah langkah yang paling tepat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini semalam.

Semalam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan tidak bercadang menjadikan Penjara Pudu sebagai tapak warisan kerana kewujudannya tidak dianggap sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan rakyat negara ini.

Katanya lagi, kerajaan juga tidak berhasrat untuk membina muzium di tapak itu untuk membolehkan generasi akan datang mengetahui sejarah kewujudannya yang dibina pada 1891 di tanah seluas 10 hektar.

Bermula kelmarin, tepat pukul 10 malam, kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula melakukan kerja-kerja merobohkan tembok kandang besinya sepanjang kira-kira 300 meter.

Kerja merobohkan itu dijalankan bagi membina laluan bawah tanah Jalan Pudu yang dijangka siap pada 2012.

Selain itu, Kui Lun berkata, beliau akan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Pelancongan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya sebahagian daripada struktur penjara berkenaan dikekalkan.

"Saya akan membuat rayuan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail tetapi langkah ini mungkin sudah terlambat memandangkan kelulusan sudah diberikan oleh DBKL kepada UDA untuk membangunkan projek berkenaan.

"Jika Datuk Bandar membatalkan kelulusan ini, DBKL sudah pasti terpaksa membayar pampasan berjuta-juta ringgit kepada UDA," katanya.

Piala Dunia (29) : Korea Selatan Bertekad Untuk Layak Ke Pusingan Ke-2

Posted: 22 Jun 2010 10:27 AM PDT

Adakah Korea Selatan menjadi pasukan Asia pertama layak ke pusingan kedua..sama-samalah kita nantika pagi nanti..

Korea Selatan mahu singkir Nigeria

Korea Selatan merancang menewaskan Nigeria bagi memburu tiket ke pusingan kedua dan dijadualkan bertembung dalam saingan sengit kumpulan B, esok.

Bagi jurulatih Korea Selatan, Huh Jung-moo beliau mengharapkan satu reaksi serupa dilakukan oleh pemain-pemain.

"Kami bukan rancang untuk seri dalam perlawanan ini, tetapi menang perlawanan itu.

"Seperti kes Sani Kaita yang dibuang padang, kami juga perlu memberi tekanan pada Nigeria supaya mereka sentiasa resah dan hilang sabar," katanya.

Mereka turut berharap kemenangan di Stadium Moses Mabhida esok, memberi ruang mengambil slot ke pusingan kalah mati, selepas dibelasah teruk Argentina, 1-4, minggu lalu.

Sementara itu penjaga gol veteran, Lee Woon-jae percaya pasukannya mampu menewaskan Nigeria untuk terus menghidupkan kempen Piala Dunia untuk beraksi di pusingan kalah mati kali kedua selepas melakukannya pada 2002 sewaktu menjadi tuan rumah bersama jepun.

"Perlawanan lebih penting menanti kami berbanding dua perlawanan sebelum ini. Pemain telah menjalani latihan secukupnya sebagai persiapan dan kami menjangkakan mampu mencapai keputusan yang baik dalam perlawanan tersebut.

"Keputusan terbaik adalah dengan mencatat kejayaan," katanya.

Tak mahu seri

DURBAN: Korea Selatan tidak berminat dengan keputusan seri pada perlawanan terakhir kumpulan menentang Nigeria, sebaliknya bersungguh-sungguh memburu kemenangan bagi memastikan tempat ke pusingan kedua Piala Dunia, menjadi milik mereka.

Korea Selatan yang memburu tempat ke pusingan kedua buat kali kedua dalam tempoh lapan tahun, bermula dengan baik apabila menang 2-0 ke atas Greece sebelum tewas 4-1 kepada Argentina untuk berada di tangga kedua Kumpulan B.

Nigeria pula terumbang-ambing selepas membuka saingan dengan kekalahan 1-0 kepada Argentina sebelum tewas 2-1 di tangan Greece, yang kini berdepan pula dengan pendahulu kumpulan, Argentina, awal pagi esok.

Setakat ini, Korea Selatan sudah membayangkan apa yang mereka mahu pada perlawanan menentang Nigeria.

"Kami mesti menang untuk ke pusingan kedua," kata pemain tengah kelab Gwangju Phoenix, Kim Jung-Woo.

"Ada pihak yang mengatakan cukuplah sekadar seri, tapi kami mahu menang.

"Kami mesti cuba pastikan tidak dibolosi, terutama di awal permainan dan kami mesti bermain baik dari awal hingga akhir," katanya.

Kim sedia maklum pasukan lawan yang bergelar Super Eagles itu bermain dengan corak kasar, tetapi menegaskan Korea Selatan mampu menyerap tekanan fizikal sebegitu.

"Kami akan cuba menjadi kuat dan menang pertarungan itu," kata Kim yang mengakui tidak gentar biarpun akan beraksi pada waktu malam (di Afrika Selatan) buat kali pertama.

"Kami pemain bola sepak profesional dan mempunyai berpengalaman beraksi pada waktu malam di liga tempatan. Hal itu langsung tidak membimbangkan." Kim menambah Korea Selatan akan memberi tekanan kepada Nigeria menerusi sayap sekerap mungkin, sebaik perlawanan bermula.

"Penyerang dan pemain sayap kami amat pantas, dengan kepantasan itu kami boleh merobohkan tembok pertahanan Nigeria. Apabila mereka memperoleh bola, kami akan mengasak untuk mendapatkan bola kembali dan menyerang." Lee Young-Pyo, pemain bek kiri Korea Selatan yang beraksi untuk kelab Al-Hilal di Arab Saudi berkata, Korea Selatan sudah banyak mengkaji pasukan lawan mereka.

Dan ini berita gembira buat Korea Selatan..

Argentina idam hatrik

POLOKWANE: Argentina bakal menjadi pasukan pertama mencatat tiga kemenangan pada Piala Dunia jika mereka mengalahkan Greece, awal pagi esok meskipun keputusan seri memadai buat juara dua kali itu mara ke pusingan 16 pasukan terakhir selaku juara Kumpulan B.

Skuad bimbingan jurulatih Diego Maradona itu setakat ini membuktikan statusnya sebagai pasukan pilihan kejohanan dengan agregat jaringan 5-1 selepas dua perlawanan.

"Kami semua boleh bergembira. Dua perlawanan, dua kemenangan dan cara kami mencapainya," kata Maradona.

Greece mungkin memerlukan bantuan Nigeria jika ingin layak itupun jika mampu mencatat kemenangan sekurang-kurang tiga gol ke atas Argentina.

Juara Eropah 2004 itu berpeluang ke pusingan kalah mati dengan kemenangan kecil atau seri, namun ia bergantung kepada Nigeria yang masih belum mendapat sebarang mata mengatasi Korea Selatan di Durban.

Greece tewas perlawanan pertama 2-0 kepada Korea Selatan sebelum bangkit mengalahkan Nigeria 2-1 bagi mencipta sejarah untuk kemenangan, mata dan jaringan pertama dalam kancah Piala Dunia. Mereka kini berharap untuk mengekalkan rentak itu.

"Sudah pasti pasukan ini mampu melakukan lebih baik dan menunjukkan aksi terbaik di atas padang. Kami bebas beraksi kerana perlawanan menentang Nigeria seperti final. "Kami sangat tenang selepas menang dan pada pandangan saya, ini akan banyak membantu kami," kata pertahanan Sokratis Papastathopoulos.

Penyerang Pantelis Kapetanos menyifatkan pemain Argentina sebagai 'luar biasa', namun percaya Greece berpeluang mengalahkan mereka.

"Semuanya bergantung kepada kami. Jika kami bermain baik, kami boleh melakukannya. Jika kami memberi tumpuan sepanjang 90 minit, saya percaya kami boleh menang perlawanan itu," kata Kapetanos.

Kapetanos memuji kemantapan skuad Argentina dengan berkata: "Mereka mempunyai 22 pemain hebat dan (Lionel) Messi, memiliki kualiti lebih tinggi sebagai pemain terbaik dunia." Greece dijangka bergantung kepada taktik bertahan bagi menghalang lawan melancarkan asakan menerusi gandingan Messi, Carlos Tevez dan Gonzalo Higuain yang meledak hatrik ketika Argentina membenam Korea Selatan 4-1, Khamis lalu.

Jurulatih Otto Rehhagel lega apabila pemain pertahanan Vasilis Torosidis dan kapten Giorgos Karagounis kembali berlatih semalam selepas mengalami kecederaan pada perlawanan dengan Nigeria.

Dahla Program Gagal..Kena Saman Pulak

Posted: 22 Jun 2010 09:57 AM PDT

Padan muka syarikat kroni UMNO. Dahla program tak jadi dan Najib balik awal ke Kuala Lumpur, sekarang ni kena saman pula..

Kelantan ambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Red Carpet

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Red Carpet Sdn Bhd berhubung kenyataan syarikat itu yang menjejaskan nama baik Kerajaan Negeri dalam isu Kelantan Fiesta 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kenyataan Red Carpet dalam media yang didapati menjejaskan imej Kerajaan Negeri kerana memboikot acara Kelantan Fiesta itu.

"Hakikatnya menurut perjanjian yang dimeterai antara Red Cerpet dan Kerajaan Negeri pada 24 Ogos tahun lalu di Kuala Lumpur menetapkan agensi Kerajaan Negeri Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai penganjur, manakala Red Carpet sebagai pengurus acara Fiesta Kelantan 2010," katanya semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri penggal ketiga, di sini hari ini.

Beliau berkata disebabkan perasmian acara besar yang akan dirasmikan Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk mengambil alih acara itu daripada PMBK.

Beliau berkata, Red Carpet menolak permintaan Kerajaan Negeri supaya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat ucapan pada majlis perasmian acara itu dan tindakan itu bertentangan dengan perjanjian awal yang dimeterai kerana Kerajaan Negeri sebagai penganjur dan hos kepada acara itu.

Takiyuddin berkata, semasa acara perasmian itu diteruskan pada 16 Jun, di Stadium Sultan Muhammad IV, bekalan elektrik terputus di stadium menyebabkan acara itu tidak dapat dilangsungkan secara sempurna.

"Bagaimanapun setelah beberapa hari, pihak penganjur mengeluarkan kenyataan media bahawa Kerajaan Negeri sabotaj acara itu hasil post-mortem mereka," katanya.

Katanya, laporan Jabatan Kerja Raya mendapati, peralatan yang digunakan pada acara itu melebihi bekalan kuasa yang mampu ditanggung stadium.

Beliau turut menjelaskan yang Kerajaan Negeri tidak merampas kain rentang acara itu yang diletakkan di sekitar bandar Kota Bharu, sebaliknya ia dikutip majlis perbandaran Kota Baharu kerana ia terjatuh di tanah akibat ribut dan hujan. - Bernama

Piala Dunia (28) : Uruguay & Mexico Layak Ke Pusingan Ke-2...Afrika Selatan, Negara Penganjur Pertama Gagal Lepasi Peringkat Kumpulan

Posted: 22 Jun 2010 09:22 AM PDT

Uruguay dan Mexico layak ke pusingan kedua selepas Afrika Selatan hanya mampu tundukkan Perancis 2 -1. Dalam sejarah penganjuran Piala Dunia, inilah kali pertama negara tuan rumah gagal melepasi peringkat kumpulan. Bahkan semasa buat pertama kali berlangsung di benua Asia, Jepun berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan kedua manakala satu lagi tuan rumah, Korea Selatan berjaya ke peringkar separuh akhir sebelum tewas tipis 0-1 kepada Jerman. Ini kedudukan pasukan dalam kumpula A ini.

Group A

TEAMS W D L GD PTS

Uruguay 2 1 0 4 7

Mexico 1 1 1 1 4

South Africa 1 1 1 -2 4

France 0 1 2 -3 1

Piala Dunia: Perancis 1 Afrika Selatan 2

MANGAUNG: Perancis seperti diramalkan tersingkir awal daripada saingan Piala Dunia 2010 apabila tewas kepada pasukan tuan rumah Afrika Selatan 2-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Free State, sebentar tadi.

Gol pembukaan Afrika Selatan diperoleh menerusi tandukan Bungani Kumalo pada minit ke-20 selepas mendapat bola sepakan sudut.

Selang empat minit kemudian, Perancis menerima kejutan kedua apabila pemain tengahnya, Yoann Gourcuff diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad merah.

Derita Perancis ditambah lagi menerusi jaringan kedua Afrika Selatan pada minit ke-36 menerusi penyerang Katlego Mphela.

Pasukan bimbingan Raymond Domenech yang menerima kritikan hebat itu hanya memperoleh gol sagu hati menerusi Florent Malouda pada minit ke-70.

Perancis hanya memperoleh satu mata tunggal selepas seri dengan Uruguay pada perlawanan pembukaan kumpulan sebelum ini.

Piala Dunia: Mexico 0, Uruguay 1

RUSTENBURG, Afrika Selatan: Uruguay menewaskan Mexico 1-0 dalam perlawanan Kumpulan A, Piala Dunia 2010 di Stadium Royal Bafokeng sebentar tadi.

Gol dijaringkan Luis Suarez pada minit ke-43.

Uruguay yang menjuarai kumpulan itu dan Mexico, ditempat kedua, mara ke pusingan kedua.

Pru 13 Hujung Tahun Ni..1st Half Wcup : Uruguay 1, Mexico 0 & Afrika Selatan 2, Perancis 0

Posted: 22 Jun 2010 08:08 AM PDT

PRU-13 hujung tahun ini ?

SHAH ALAM – Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dijangka diadakan seawal hujung tahun ini kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak(gambar) memerlukan mandat baru daripada rakyat memandangkan mandat sekarang adalah daripada kepimpinan terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, sudah menjadi kebiasaan dan wajar seorang pemimpin negara yang baru dilantik mendapatkan mandat rakyat memandangkan keadaan ekonomi negara juga sudah pulih.

Menurutnya, dengan pilihan raya umum ini nanti barulah kepimpinan Najib dan Barisan Nasional (BN) diuji sejauh mana mereka boleh meneruskan kepimpinan negara dan menidakkan percubaan Pakatan Rakyat: (PR) merampas Putrajaya.

"Saya bersependapat dengan Tun Mahathir Mohamad bahawa pilihan raya umum wajar dipercepatkan dan saya jangka seawal hujung tahun ini ataupun awal tahun depan.

"Jika pilihan raya umum diadakan pada hujung tahun depan, ia sudah menjadi pilihan raya umum biasa dan bukan lagi dipercepatkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.SH

SEPARUH MASA PERTAMA PIALA DUNIA

Piala Dunia:Perancis 0 Afrika Selatan 2

MANGAUNG: Tamat separuh masa pertama Perancis ketinggalan 0-2 kepada tuan rumah Afrika Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Free State, sebentar tadi.

Gol pembukaan Afrika Selatan diperoleh menerusi tandukan Bungani Kumalo pada minit ke-20 selepas mendapat bola sepakan sudut.

Selang empat minit kemudian, Perancis menerima kejutan kedua apabila pemain tengahnya, Yoann Gourcuff diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad merah.

Piala Dunia: Mexico 0, Uruguay 1 (separuh masa pertama)

RUSTENBURG: Uruguay mendahului Mexico 1-0 pada separuh masa pertama perlawanan Kumpulan A, Piala Dunia 2010 di Stadium Royal Bafokeng.

Gol dijaringkan Luis Suarez pada minit ke-43.

Piala Dunia (27) : Senarai Penjaring Gol Terkini Piala Dunia

Posted: 22 Jun 2010 07:04 AM PDT

Ini senarai penjaring gol Piala Dunia 2010 setakat perlawanan kelayakan peringkat kumpulan. Jelas bahawa penyerang Argentina, Gonzalo Higuain mengungguli carta. Adakah rekod Just Fontaine dari Perancis yang menyumbat sebanyak 13 Gol dalam Piala Dunia 1958 di Sweden ,akan dileburkan dalam kejohanan ini. Sama-samalah kita nantikannya..

Senarai Penjaring Gol Piala Dunia 2010:

3 Gol

Gonzalo Higuain (Argentina)

2 Gol

Diego Forlan (Uruguay)

Asamoah Gyan (Ghana)

Elano (Brazil)

Luis Fabiano (Brazil)

Tiago Mendes (Portugal)

David Villa (Sepanyol)

1 Gol

Siphiwe Tshabalala (Afrika Selatan)

Rafael Marquez (Mexico)

Javier Hernandez (Mexico)

Cuauhtemoc Blanco (Mexico)

Park Ji-sung (Korea Selatan)

Lee Jung Soo (Korea Selatan)

Lee Chung-Yong (Korea Selatan)

Gabriel Heinze (Argentina)

Steven Gerrard (England)

Clint Dempsey (USA)

Landon Donovan (USA)

Michael Bradley (USA)

Robert Koren (Slovenia)

Valter Birsa (Slovenia)

Zlatan Ljubijankic (Slovenia)

Lukas Podolski (Jerman)

Miroslav Klose (Jerman)

Thomas Muller (Jerman)

Cacau (Jerman)

Dirk Kuyt (Belanda)

Wesley Sneijder (Belanda)

Keisuke Honda (Jepun)

Antolín Alcaraz (Paraguay)

Enrique Vera (Paraguay)

Cristian Riveros (Paraguay)

Daniele De Rossi (Itali)

Vincenzo Iaquinta (Itali)

Robert Vittek (Slovakia)

Winston Reid (New Zealand)

Shane Smeltz (New Zealand)

Maicon (Brazil)

Ji Yun-Nam (Korea Utara)

Jean Beausejour (Chile)

Mark Gonzalez (Chile)

Gelson Fernandes (Switzerland)

Alvaro Pereira (Uruguay)

Kalu Uche (Nigeria)

Dimitrios Salpingidis (Greece)

Vasilios Torosidis (Greece)

Milan Jovanovic (Serbia)

Brett Holman (Australia)

Samuel Eto'o (Cameroon)

Nicklas Bendtner (Denmark)

Dennis Rommedahl (Denmark)

Didier Drogba (Ivory Coast)

Raul Meireles (Portugal)

Simao Sabrosa (Portugal)

Hugo Almeida (Portugal)

Liedson (Portugal)

Ronaldo (Portugal)

*********************

Gol Sendiri

Simon Poulsen (Denmark)

Park Chu-Young (Korea Selatan)

*********************

Gol Penalti (5)

Asamoah Gyan (Ghana) 2

Cuauhtemoc Blanco (Mexico) 1

Diego Forlan (Uruguay) 1

Vincenzo Iaquinta (Itali) 1

PERMATA : Najib Pemantau, Roswah Pengerusi...

Posted: 22 Jun 2010 06:40 AM PDT

Ini berita terkini...lagi sensasi

Program Permata diambil alih dua kementerian mulai 2012: Rosmah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan hanya mengambil alih pelaksanaan Program Permata Negara mulai 2012 iaitu selepas dua akta berkaitan dipinda di Dewan Rakyat, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah yang juga Penaung Program Permata Negara berkata, mengikut perancangan awal, pengambilalihan itu dilaksanakan pada Mac tahun depan, tetapi pindaan kepada Akta Pelajaran 1996 dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 memerlukan masa untuk diperhalusi.

"Kementerian Pelajaran akan mengambil alih program seperti pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, namun pemantauan kekal oleh pihak Majlis dan jawatankuasa yang telah ditubuhkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan pemerkasaan program Permata Negara di kediamannya di sini, hari ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula akan mengambil alih pengendalian Taska.

Rosmah berkata, program Permata bagaimanapun tetap dipantau oleh Majlis Pelaksanaan Program Permata yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Jawatankuasa Kerja Pemantauan Program Permata yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

 

Katanya, perincian pelan pengambilalihan itu melibatkan aspek bidang kuasa agensi terlibat termasuk penyediaan tenaga pendidik Permata yang terlatih.

Beliau berkata, sebahagian Taska Kemas dan Taska Perpaduan telah mematuhi pendekatan kurikulum yang digunapakai oleh Permata Negara.

Mengenai rancangan memperkasakan Program Permata Rosmah berkata ia membabitkan pembinaan dan penaiktarafan 70 buah Taska Kemas, 27 buah Taska Perpaduan, lapan buah Taska Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan 20 buah Taska Tempat Kerja/Komuniti.

Berhubung latihan tenaga pendidik Permata beliau berkata beberapa elemen baru ditambah dalam latihan itu seperti pemikiran kreatif dan kritis, pendidikan pelbagai budaya, pengenalan muzikal dan memupuk semangat cintakan negara.

Rosmah juga berkata, taska swasta yang berminat menggunapakai kurikulum Permata Negara boleh memohon lesen melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ataupun Kementerian Pelajaran untuk berbuat demikian. - BERNAMA

Justice4all : Ini isu serius, memiliknegarakan projek peribadi demi kepentingan peribadi. Jelas Permata jadi serampang dua mata untuk roswah berpolitik dan mencari duit. Kenapa tak perkasakan sahaja pendidikan pra sekolah dan juga taska yang selama ini wujud seperti Taska Kemas dan Taska Perpaduan. Kenapa perlu PERMATA hadir?? Dahla dapat 100 juta dari abang jib, suami keduanya, bahkan nanti Taska PERMATA ini akan buatkan taska Kemas dan Taska Perpaduan akan ditutup..satu lagi projek buat roswah..Murujib atau abang jib pula telah dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pelaksanaan Program Permata dan Roswah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pemantauan Program Permata. Cukup lengkap laki bini. Ini yang membimbangkan kita kerana bisnes ini hanya diaudit laki bini yang roswah.

Kita sebagai pembayar cukai tentu mahukan agar program peribadi roswah ini, PERMATA dipantau Parlimen..biar kita tahu ke mana hilangnya duit rakyat dalam program ini dan juga keberkesanannya dalam program pendidikan budaka taska dan sekolah rendah ini..jangan hanya pandai menyanyi macam roswah dahlah...sebab antara modul permata ni adalah muzikal..kenalah betul-betul berkesan sesuai dengan jutaan ringgit yang di'lebur'kan...

Buat PASTI, jadikan ini sebagai cabaran. Lawan kemaksiatan roswah dengan kebenaran islam. Jangan biarkan PERMATA mencorakkan anak-anak kita dengan corak yahudi dan nasrani, biarlah PASTI corakkan anak-anak dengan warna keislaman..

Memang Hakim Malaysia Macam Yahudi...

Posted: 22 Jun 2010 05:43 AM PDT

Hakim Malaysia macam hakim yahudi?? Kesimpulannya boleh dilihat di bawah..

Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.

(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.

(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.

(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

Siapakah yang menyalahgunakan kuasa sekarang?

Kes Speaker sah Perak,V Sivakumar dipukul dan diheret oleh konco Speaker haram, R Ganesan

Ini kuasa Dun dan mahkamah tidak boleh campuri urusan DUN. Dan inilah yang berlaku hari ini apabila panel tiga hakim Mahkamah Rayuan - Abdul Malik Ishak, KN Segara dan Abdul Wahab Patail sebulat suara mengisytiharkan tindakan mengheret Speaker Perak yang digulingkan, V Sivakumar, dari kerusi dan dikurung selama dua jam ketika tragedi rampasan kuasa 7 Mei lalu adalah sebahagian daripada prosiding Dewan Undangan Negeri.

Justeru, undang-undang Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengadili keganasan berkenaan - demikian keputusan Mahkamah Rayuan sebelum mengugurkan rayuan V Sivakumar. Hakim yahudi ini telah menguatkuasakan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan dalam menolak rayuan saman Sivakumar terhadap speaker lantikan BN, R Ganesan. Bahkan lebih malang, Panel tiga hakim itu juga memerintahkan Sivakumar supaya membayar RM20,000 sebagai kos perbicaraan.

Kes ini sebenarnya dirayu dari keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menolak saman Sivakumar menuntut pampasan dan ganti-rugi daripada Ganesan kerana mengarahkan serangan dan penahanan tidak sah terhadap dirinya.

Di mahkamah tinggi, Hakim Azahar Mohamed memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan. Azahar dalam mengugurkan saman tersebut berkata hal-ehwal perlantikan dan perlucutan Speaker harus dikaji, dibahas dan diselesaikan dalam dewan legislatif dan bukan di mahkamah.

Jadi maknanya Mahkamah putuskan bahawa kalau nak sepak terajang hatta nak membunuh pun dalam Dewan Undangan Negeri, maka mahkamah tak boleh masuk campur.

Kes Gobind Singh Deo Digantung Setahun

Betapa kuasanya peruntukkan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan ini yang turut boleh dilihat dalam kes Gobind Singh Deo yang memohon agar penggantungannya sebagai ahli parlimen selama setahun diisytiharkan batal dan tidak sah.

Dalam penghakiman kes itu, Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusoff memutuskan bahawa ia tidak ada kuasa untuk mencabar penggantungan 12 bulan ke atas ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo daripada menghadiri sidang Parlimen. Keputusan Parlimen ditegaskannya tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Baguslah..memang ia selari dengan konsep pengasingan kuasa. Bahkan Karpal Singh yang mewakili Gobind berkata bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu merupakan satu keputusan yang penting, dan menyifatkannya sebagai adil.

Memang mahkamah tidak boleh campuri urusan badan perundangan iaitu Parlimen. Begitu juga Parlimen tak boleh campur urusan Mahkamah..tapi malangnya mahkamah tak campurtangan keputusan badan perundangan bila ia tak terkena batang hidung BN.

Kes MB Haram lantikan luar Dun dan penggantungan Zambry dan konco dari hadiri Sidang Dun

Jika BN yang terkena dan 'dianiayai', maka mahkamah akan masuk campur seperti dalam kes MB Haram lantikan luar dun juga kes melibatkan Zambry haram dan kuncu-kuncunya yang digantung oleh Speaker Dewan Negeri Perak setelah membuat keputusan dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Pengundian telah dibuat dalam mesyuarat tersebut. Ini merupakan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang diwujudkan dan diiktiraf oleh Dewan Negeri Perak. Keputusan dan tingkahlaku Jawatankuasa adalah dilindungi oleh Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi apa yang berlaku di Mahkamah Persekutuan yang halang Zambry digantung adalah sesuatu yang ganjil. Dewan Negeri dan Jawatankuasa-jawatankuasanya telah hilang kekebalan. Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai apa-apa makna lagi.

Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa pengantungan Zambry dan kuncu-kuncunya oleh Speaker Negeri Perak adalah salah. Pihak Mahkamah telah menjejak kaki ke Dewan Negeri untuk menyelesaikan masalah dalaman. Dimanakah garis pemisah doktrin pengasingan kuasa di Malaysia? Nampaknya Mahkamah sudah lebih berkuasa daripada Dewan Negeri yang ahlinya dipilih oleh rakyat.

Kes Adun Ponteng Kota Siputeh

Dan ia turut berlaku dalam kes kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya menerima rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan SPR mengeluarkan writ pilihanraya berikutan pengisytiharan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

Sedangkan Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin telah menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah terdahulu yang dibuat beliau di Mahkamah Tinggi pada 16 November apabila beliau mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh Kosong dan Abu Hassan bukan lagi Adun. Beliau juga telah mengarahkan SPR mengeluarkan writ bagi mengadakan pilihanraya kecil .

Tapi sekarang?? kes ini masih tergantung..kita pun tak tahu bila Mahkamah Rayuan nak bersidang sedangkan permohonan Adun ponteng telah dibuat pada 24 November 2009. Sekarang ni dah nak masuk bulan tujuh 2010 dah..tapi perbicaraan kes ini langsung tarak.

Memang hakim Malaysia macam yahudi

Inilah hakim yang mudah dilacurkan oleh UMNO dan Najib. Mereka tiada maruah dan bertindak seperti hakim yahudi. Macam kes hakim yahudi putuskan penempatan haram yahudi sah walaupun mereka penjajah..samalah macam hakim di Malaysia. Bila ada kes libatkan kepentingan UMNO, maka mahkamah akan memihak pada UMNO. Bila kes itu sebelahi pembangkang, maka hakim akan putar seputar-putarnya untuk jadikan pembangkang kalah kes itu sedangkan undang-undang dan perlembagaan memihak pembangkang. Benarlah kata Dr Aziz Bari, ada 2 set undang-undang di negara ini iaitu satu untuk pemerintah dan satu untuk pembangkang. Yang sudah pasti mahkamah akan memihak kerajaan BN walaupun bercanggah dengan undang-undang..

Memang untung jadi peguam UMNO, sentiasa boleh menang kes kerana hakim yahudi..silap haribulan boleh jadi Ketua Hakim Negara macam sekarang, yang dulu dapat wang upah dari UMNO. Takkanlah kuli nak lawan tokey...kenalah ikut walaupun keadilan dinafikan..memang macam yahudi..

Piala Dunia (26) : Jadual World Cup Harini..Saya Memilih Mexico, Perancis, Korea & Argentina Menang Malam Ini

Posted: 22 Jun 2010 04:09 AM PDT

Jadual Piala Dunia Malam Ini & Awal Pagi Esok

BERIKUT adalah jadual perlawanan Piala Dunia yang akan berlangsung malam ini dan awal pagi esok:

Terdapat empat perlawanan yang akan berlangsung pada waktu yang sama.

Dua perlawanan pada jam 10.00 mlm melibatkan Mexico bertemu Uruguay manakala Perancis bertemu Afrika Selatan.

Sementara itu, dua perlawanan lagi pada jam 2.30 pagi esok akan menyaksikan Nigeria bertemu Korea Selatan dan Greece bertemu Argentina.

Malam ini

Mexico lwn Uruguay, 10.00 mlm (Astro 806-FIFA World Cup 2)

Perancis lwn Afrika Selatan, 10.00 mlm (Astro 805-FIFA World Cup 1)

Awal pagi esok

Nigeria lwn Korea Selatan, 2.30 pagi (Astro 806-FIFA World Cup 2)

Greece lwn Argentina, 2.30 pagi (Astro 805-FIFA World Cup 1)

Saya memilih pasukan Mexico, Perancis, Korea Selatan dan Argentina untuk menang malam ini.

Apapun semua..Jangan Main JUDI..Haram..Jangan Lupa Solat..Kerana Lalai Tengok Bola..& Paling Penting..Jangan UNDI UMNO..Kerana Ia SESAT

43 Ngo & Individu Yang Bantah Judi

Posted: 22 Jun 2010 03:20 AM PDT

Senarai Mereka Yang Membantah Judi Sukan

SENARAI KERAJAAN NEGERI YANG MEMBANTAH JUDI SUKAN

1. Kerajaan Negeri Kelantan

2. Kerajaan Negeri Selangor

3. Kerajaan Negeri Kedah

4. Kerajaan Negeri Pulau Pinang

 

SENARAI PERTUBUHAN POLITIK YANG MEMBANTAH JUDI SUKAN

1. Parti Islam Semalaysia(PAS)

2. Parti Keadilan Rakyat (PKR)

3. Parti Tindakan Demokratik(DAP)

4. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) JOHOR

5. GERAKAN

SENARAI NGOS YANG MEMBANTAH JUDI SUKAN

1. Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM)

2. Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras)

3. Dewan Pemuda Masjid

4. Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM)

5. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS)

6. SATNA

7. Jemaah Islah Malaysia(JIM)

8. Jamaiy

9. Pengerak Belia Tempatan MPK

10. Budayawan Bertindak(BB)

11. Seniman Paksi Rakyat

12. Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK)

13. Nisa Malaysia

14. Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia(PKPIM)

15. Persatuan Dharma Sakyamuni

16. Relawan (PBR)

17. Pusat Aduan Rakyat Kempas(PAR Kempas)

18. SHURA

19. Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG)

20. Ikatan Perpaduan Rakyat Malaysia

21. Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia

22. Pertubuhan Anak Melayu Selangor Daruk Ehsan Wilayah Persekutuan

23. Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia(Perkid Malaysia)

24. Persatuan Peguam Syarie Malaysia

25. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

26. GMJ Negeri Kedah (30 Keangotaan)

27. GMJ Negeri Perak (10 Keangotaan)

 

SENARAI INDIVIDU YANG MEMBANTAH JUDI SUKAN

1. Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi – Bekas Perdana Menteri

2. Tan Sri Koh Tsu Koon – Presiden Gerakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

3. Dato Abdul Ghani Bin Othman – Menteri Besar Johor

4. Dato Tamrin Ghafar – Bekas Pengerusi Mara(Anak Tun Ghafar Baba –Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia)

5. Dato' Dr. Toh Kin Woon – Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang

6. Sohibu As Samahah Datuk Mohd Tahrir Bin Datuk Kiyai Samsuddin, Mufti Kerajaan Negeri Johor

7. Sdr. Mohd Radhi Mat Din – Bekas Ketua Pasukan Bola Sepak Kedah

** Nota : Senarai sokongan diatas adalah berdasarkan laporan media sehingga 22hb Jun 2010. (sumber : Suhaizan Kaiyat)

UMNGOK???? Hanya UMNO Johor dan Kedah je bantah, tapi bantah ala-ala mak ny*h..tak agresif pun..kalau buat senarai yang menyokong..tentu lagi ramai dari yang membantah...

Lawak Petang : Anwar Tawar Satim Diman Jutaan Ringgit Untuk Melompat

Posted: 22 Jun 2010 02:22 AM PDT

Baca berita nih..lawak betullah..

Selangor Umno rep to join PKR?

SHAH ALAM: Puchong Umno division chief Mohamed Satim Diman has left everyone guessing over the rumour that he is on the verge of quitting the party.

The Seri Serdang state assemblyman and Selangor Umno secretary's decision to remain tighlipped on the matter is causing concern and consternation among certain quarters.

One of them being Puchong Umno committee member Abdul Hamid Mohd Yusof, who wants his boss to come clean on the issue.

"He called me last night and when I asked about it (the rumour), he replied, 'Don't say anything about this'. I am not happy with such a response. As an elected representative and division head, he should be frank about the matter.

"Even if (the rumour) is true, there is nothing wrong... he should not leave Umno just like that. It's hard to meet him, he doesn't answer phone calls or reply to text messages," he told FMT.

The rumour intensified when Mohamed Satim was conspicously absent from the Umno management meeting in Shah Alam last night.

On the rumours that he might join PKR, Abdul Hamid said: "A friend from Klang speculated that (PKR supremo) Anwar Ibrahim's people offered Mohamed Satim millions of ringgit... he was close to Anwar in the past," he added.

Another Puchong Umno committee member Arifin Osman also claimed to be in the dark over the status of his division chief.

"Nobody is saying anything about this. All I know is that he is still carrying out his duties as state assemblyman and division head," he told FMT.

Kah..kah... Anwar Ibrahim tawar Satim Diman jutaan ringgit untuk melompat??? Ini kenyataan budak-budak tak school dari sahabat Abdul Hamid, AJK UMNO Bahagian Puchong iaitu kawasan dimana Mohamed Satim Diman menjadi Ketua Bahagian

Kalau tawar berjuta, kenapa katak-katak dari PKR melompat..sebab hujan ke atau baru boleh melompat?? Ini semuanya sebab fulus. Kalau benar Anwar roswah, pasang perangkap dan tangkap Anwar. Untung-untung boleh penjara dan Anwar tak boleh jadi PM. Taklah susah-susah reka kes liwat si Sayfooooooooooool yang memang suka buat april foool tu.

Kepada Anwar, saman je mamat nih..biar dia tahu langit tu tinggi rendah. Main fitnah je kerja orang UMNO, hatta ajk bahagian pun tumpang semangkuk. Lawaklah mamat ni, nak fitnah tapi cakap kawan dia kata. Entah kawan dia wujud ke tak. Apalagi Anwar, heret je mamat ni ke mahkamah, jangan biarkan politik dicemari dengan fitnah..

JI : Kalau Tak Tipu, Kemukakanlah Bukti - Salahuddin Ayub

Posted: 22 Jun 2010 01:51 AM PDT

Inilah yang dinamakan keadilan..nak tuduh kena ada bukti..takde bukti, itu fitnah dan adu domba namanya..

JI: Pakatan Rakyat Desak Hishammuddin, Musa Kemuka Bukti Kukuh

KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen PAS hari ini mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengemukakan semua bukti kukuh berhubung dakwaan pembabitan pengganas Jemaah Islamiah (JI) dengan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata beliau mengetahui satu taklimat telah diadakan tentang isu pengganas kepada institusi pengajian tinggi.

"Saya mengetahui terdapat satu taklimat di adakan tentang isu pengganas kepada institusi pengajian tinggi, apa yang ingin saya katakan tidak ada sebarang bukti kukuh diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi tentang penglibatan JI ini bersama pelajar-pelajar IPT.

"Isu yang cuba digambarkan adalah satu persepsi yang cuba dikukuhkan tentang berlaku dan wujudnya keganasan yang ada di dalam negara ini tentang penglibatan IPT.

"Kita kesal dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Polis Negara dan juga Kementerian Dalam Negeri tanpa usul periksa ataupun bukti kukuh. Kerajaan perlu mengambil serius terhadap tuduhan tersebut.

"Saya berharap pihak yang membuat tuduhan itu mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai tuduhan tersebut kerana ini melibatkan imej IPT dan juga negara ini. Bagi saya ini amat serius dan tidak boleh diambil mudah kerana tuduhan menggunakan IPT sebagai tempat penambahan ahli JI adalah satu yang tidak wajar, kalau betul kenyataan tersebut laporan perlu dikeluarkan di parlimen agar semua rakyat tahu dakwaan yang dikeluarkan itu.

"Kita tidak mahu dalam menutup kesilapan yang dilakukan ini, akan terdapat individu yang menjadi kambing hitam kepada pihak tertentu dalam mengesahkan dakwaan yang dikeluarkan itu," tegas beliau pada sidang media di lobi parlimen pagi tadi.

Beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir di parlimen untuk menjelaskan dakwaan tersebut.

Beliau juga mendesak Hishammuddin supaya jangan membisu kerana jika menteri gagal mengemukakan bukti, beliau sendiri akan mendedahkan segala maklumat berkaitan dengan taklimat itu di dalam Dewan Rakyat.

"Kita tidak mahu ini adalah salah satu agenda global hasil pertemuan antara Perdana Menteri dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Dalam usaha untuk mengalihkan isu penglibatan Apco ataupun isu serantau menyebabkan masalah JI ini diketengahkan.

"Isu ini sengaja saya ketengahkan kerana ia adalah isu besar, sehingga sekarang tidak ada bukti kukuh yang dapat mengesahkan kemasukkan pengganas di IPT mahupun penglibatan pelajar," kata beliau lagi.

Menjawab isu yang sama, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengulas tentang kenyataan Hishammuddin yang mengatakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sebagai tidak bertanggungjawab kerana mengatakan isu JI sebagai mengalihkan isu besar lain.

"Tuduhan yang dikeluarkan oleh Hishammuddin itu tidak berasas bukannya dakwaan yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat, kita tahu dakwaan yang dinyatakan oleh Musa Hassan itu tidak benar sama sekali dan juga jika betul penglibatan JI dalam IPT kenapa tidak ada bukti kukuh dikeluarkan termasuk penjelasan di dalam parliman.

"Kita bukannya gila tetapi kita menghadapi politik gila yang diamalkan oleh Umno, tanpa bukti kukuh mereka terlalu mudah membuat kenyataan tersebut," sanggah beliau.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menambah kesilapan besar dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri tentang penglibatan JI ini kerana seluruh dunia akan memandang Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat.

Selain itu kemerosotan kemasukan pelajar luar juga akan berkurangan kerana mereka tidak lagi yakin dengan sistem pembelajaran negara ini yang terlalu mudah dimasuki pengganas.

"Selain kemerosotan pelajar luar kenegara ini, dari sudut ekonomi juga akan mengalami kemerosotan. Kita melihat selepas kejadian 11 September ramai pelabur dari negara timur tengah mengalih pelaburan mereka ke Asia dan saya pasti dengan kenyataan yang tidak berasas itu menyebabkan pelabur luar juga akan mengambil tindakan yang sama.

"Jangan menyalahkan sesiapa jika ekonomi negara ini mengalami kemerosotan yang teruk," jelasnya.

Sebelum ini, Musa mengeluarkan kenyataan yang mengatakan terdapat penglibatan pengganas Jemaah Islamiah dalam IPT dan kumpulan terbabit sekarang dalam usaha untuk membuat penambahan ahli mereka. -SK

Berahim Kataki Menjunjung Perlembagaan, Desak PRK Batu Diadakan

Posted: 22 Jun 2010 01:04 AM PDT

Bagus Berahim..ken ikut undang-undang..dan Perkose pun kenalah ikut undang-undang, janganlah sembrono mainkan isu perkauman dan hasutan

Tian Chua Perlu Dilucutkan Jawatan - Perkose

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berpendapat rakannya di Dewan Rakyat Tian Chua wajar dilucutkan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu berdasarkan peruntukan undang-undang walaupun hakim berpendapat pilihan raya kecil perlu dielakkan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata Dewan Rakyat juga wajar mengisytiharkan kerusi Batu sebagai "kosong" dan pilihan raya kecil sepatutnya diadakan bagi menghormati peruntukan undang-undang.

"Peruntukan undang-undang mengekehendaki hakim buat keputusan berteraskan kepada undang-undang semata-mata, bukan tujuan mengelakkan pilihan raya kerana itu bukan peranan mengikut doktrin pemisahan kuasa," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan menerusi teks SMS.

Ibrahim menyatakan demikian ketika wujud polemik tentang status Chua selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengurangkan hukuman denda daripada RM3,000 kepada RM2,000 pada Khamis lalu.

Ditanya mengenai hasrat hakim mahu mengelakkan pembaziran duit rakyat dan tidak mahu diadakan pilihan raya kecil, Ibrahim menambah, isunya bukan membazir ataupun tidak, sebaliknya asas perundangan perlu dipertahankan.

"Isunya bukan membazir atau tidak... ini isu perundangan," kata beliau lagi.

Oleh itu kata Ibrahim, adalah tidak wajar kedudukan Chua yang juga Pengarah Strategi PKR dikaitkan dengan dasar perlu atau tidak pilihan raya kecil kerana beliau merupakan seorang Ahli Parlimen yang turut menggubal undang-undang tetapi melanggar undang-undang dengan mencederakan anggota polis.

Nasib Chua kini terletak di tangan Speaker Dewan Rakyat yang akan menentukan statusnya.

Kelantan Bertambah Berkat Di Bawah Ulama'

Posted: 22 Jun 2010 12:15 AM PDT

Kelantan akan perkenal produk pelancongan agama

KOTA BHARU: Kelantan akan perkenalkan pelancongan agama, satu produk pelancongan yang berasaskan ilmu keagamaan melalui sistem tradisional pengajian Islam atau lebih dikenali sebagai "pengajian pondok".

Cadangan bagi Kelantan mempunyai produk pelancongan baru sebagai daya penarik kepada industri itu di negeri berkenaan dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan berkata, berikutan cadangan itu, pihaknya telah mencari tapak yang sesuai untuk tujuan itu.

"Kami bersetuju untuk membina sebuah apartment di Kandis, Bachok. Projek pelancongan agama itu akan dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Muhamad Mustafa (PAS-Demit) mengenai langkah kerajaan dalam menjadikan negeri itu sebagai warisan ilmiah.

Takiyuddin berkata, melalui pelancongan agama, pelancong sama ada dari dalam dan luar negara akan disediakan tempat penginapan bagi mengikuti kursus agama yang ditawarkan dalam pakej pelancongan itu.

"Pakej ilmu agama akan ditawarkan kepada pelancong yang berminat mungkin dua atau tiga hari dalam mengenali program ilmu agama di Kelantan," katanya.

Menjawab soalan Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong) mengenai warisan seni ukir kayu, Takiyuddin berkata kerajaan negeri telah mewartakan seni ukir kayu Kelantan sebagai warisan kebangsaan.

"Kita juga akan bawa seni warisan ukir kayu itu di peringkat antarabangsa," katanya. - BERNAMA

SPR Flip Flop Status Tian Chua

Posted: 21 Jun 2010 11:14 PM PDT

SPR macam tak nak adakan PRK je..lepas kata mereka tiada kuasa isytiharkan kerusi Parlimen kosong..hari ni pula kata kos Prk menelan belanja berjuta-juta..

RM6.45 juta kendali 11 pilihan raya

PUTRAJAYA 21 Jun – Sejumlah RM6,451,285 dibelanjakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengendalikan 11 pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada Mac 2008.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, bagi proses pengendalian pilihan raya kecil kerusi Parlimen sahaja, sejumlah RM1.3 juta diperuntukkan untuk tujuan tersebut.

Bagaimanapun, kata beliau, peruntukan untuk SPR berkenaan tidak termasuk perbelanjaan melibatkan kementerian, jabatan dan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

''Perbelanjaan untuk mengendalikan sesuatu pilihan raya kecil adalah tinggi. Di Sibu dan Hulu Selangor sahaja, perbelanjaan SPR untuk mengelolakan setiap satu kerusi Parlimen ini mencecah RM1.3 juta," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selepas PRU 2008, negara menyaksikan 11 pilihan raya kecil bagi kawasan Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu.

SPR tunggu selesai proses perundangan

PUTRAJAYA 21 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih menunggu sehingga proses undang-undang melibatkan kedudukan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau Tian Chua selesai sebelum mengambil tindakan susulan menentukan kedudukan kerusi berkenaan.

Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, Tian Chua mempunyai tempoh 14 hari untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah mengenakan denda RM2,000 atas kesalahan mencederakan polis tiga tahun lalu, yang menimbulkan persoalan kemungkinan dia hilang taraf wakil rakyat.

"Proses undang-undang masih belum selesai dan sehingga habis proses ini, pihak-pihak berkenaan selepas itu pasti akan menghantar notis muktamad kepada SPR bagi menentukan sama ada berlaku atau tidak kekosongan kerusi Batu.

"Penasihat Undang-Undang SPR pada masa sama juga sedang meneliti perkara ini manakala Peguam Negara juga dipercayai sedang membuat penilaiannya," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Justice4all : Ok kita tengok masa 10 hari lagi. Jika benar tiada rayuan daripda Tian Chua, adakah BN bersedia untuk hadapi PRK. Jika BN tak bersedia, bermakna SPR pun tak nak adakan PRK..kerana SPR kan kuda tungangan UMNO..kenalah ikut arahan bosnya, takut nanti kena pecat pulak..

Perampas Tanah Melayu Nak Datang Malaysia Harini

Posted: 21 Jun 2010 10:30 PM PDT

Mana PERKOSE dan MAIGRAN ni...mana penghafal lagu ' Warisan'...buatlah demo..perompak tanah melayu nak hadir ke tanah berdaulat ni...

PM Singapura lawat Malaysia hari ini

KUALA LUMPUR 21 Jun - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dijadualkan mengadakan lawatan kerja selama sehari ke negara ini mulai esok.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Hsien Loong akan diiringi Menteri Luar, Menteri Pembangunan Nasional dan Menteri Undang-undang merangkap Menteri Kedua Hal Ehwal Dalam Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan Singapura.

Kata kenyataan itu, Hsien Loong dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kemudiannya mempengerusikan bersama Mesyuarat Delegasi.

''Kedua-dua pemimpin itu kemudiannya akan mengadakan sidang akhbar bersama dan satu majlis makan malam akan dianjurkan sebagai tanda penghormatan kepada Perdana Menteri Singapura itu.

''Pertemuan Najib dan Hsien Loong dijangka membincangkan mengenai penilaian tanah dan cadangan penukaran tanah yang telah dibincangkan semasa Pemukiman Pemimpin di Singapura pada 24 Mei yang lalu,'' kata kenyataan tersebut yang dikeluarkan di sini hari ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I blog quite often and I seriously appreciate your content.
The article has truly peaked my interest. I will bookmark your site and keep checking for new information about once
a week. I subscribed to your RSS feed as well.

Also visit my web site :: ranger forum

Tanpa Nama berkata...

Hi there, You have done an excellent job. I'll definitely digg it and personally recommend to my friends. I am sure they will be benefited from this website.

My site :: Ford Ranger