PERAKITE |
| Nizar berundur untuk memberi nafas pada PAFA Posted: 14 Jun 2010 04:14 AM PDT Sudah beberapa kali Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin meluahkan hasratnya ingin meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Amatur Perak tetapi setiap kali bersuara ada yang menahannya daripada berbuat demikian, namun kemuncaknya tiba jua hari ini, Isnin 14 Jun 2010. Saya sudahpun mengetahui hal ini sejak awal Jun. Selesai sahaja mengadakan mesyuarat dengan ahli majlis PAFA, Nizar melahirkan hasratnya untuk berundur memandangkan kedudukannya di kerusi itu banyak menjadi sebagai penyebab kerajaan negeri untuk tidak menyalurkan bantuan. Luahan katanya itu mengejutkan ahli majlis yang hadir. Kesan paling ketara ialah mainan dan tekanan ialah ke atas pasukan bola sepak Sukma yang mana mengikut Pengurusnya Sdr Abdul Aziz seperti dianaktirikan. Tidak dipedulikan oleh pegawai sukan negeri (MSN Perak) seolah-olah pasukan bola sepak Perak bukan daripada kalangan pasukan negeri. Elaun pemain juga tidak berbayar sehinggalah pada detik-detik terakhir dibayar dua bulan elaun kepada pemain bola sepak Sukma itu dan hingga kinipun masih ada yang berbaki. Atas hasrat untuk melihat sukan bola sepak negeri terus maju, Nizar melepaskan jawatan berkenaan agar dapat diuruskan oleh mereka yang sealiran pandangan dan pendapat dengan kerajaan negeri. Sepanjang menerajui PAFA, Nizar tidak menambah hutang kepada hutang lapuk PAFA yang berjuta itu. Daripada sudut pengurusan kewangan ternyata lebih baik daripada beberapa tahun pengurusan sebelumnya. Sehabis ucapan dan memohon maaf jika ada kesilapan beliau, Nizar bersalaman dan barisan ahli majlis yang hadir memeluk Nizar, malah ada yang memuji pengurusan beliau dalam waktu singkat sejak disember 2008. |
| You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan