AdukaTaruna |
| Hadi Awang enggan beri jaminan gabung PAS-UMNO TIDAK BERLAKU bawah pemerintahan beliau. Posted: 14 Jun 2010 06:43 AM PDT Projek Langgar Hadi 2010 (Cubaan 3) Oleh : AdukaTaruna 1. Malam percubaan 1 dan 2, kami beredar. Minum di Family Kopitiam Taman Bendahara untuk berbincang plan selanjutnya. Beberapa rakan mula meminta diri untuk pulang. Tinggal gua dan Edyesdotcom. Then kami berjumpa dengan seorang lagi sahabat. Menilai kembali kelemahan untuk kaizen. Hadi tidak boleh dilepaskan. Kerana kami adalah kumpulan miskin. Allah telah takdirkan satu kemudahan kepada kami. Tidak boleh lepas. Setelah berbincang + merapu, kami pulang. Pukul 4 pagi. Piala Dunia kami ketepikan. 4 pagi belum boleh tidur. Edit video. Video dah diedit untuk beberapa keperluan, tetapi kami tidak 'cut'. Tidak potong. Lu boleh tengok kami tidak sembunyikan apa2, termasuk suara gua yang agak tercungap kejar Hadi masa Cubaan 1. Jujur gua cakap, nak Langgar Hadi niat kena sentiasa bersih. Kalau ada sekelumit niat 'geram' memang ada sahaja masalah menghalang. Satu contoh gua bagi ialah komputer gua tiba2 sound boleh ghaib. Terus teringat soal niat. Maybe berkobar2 sangat sampai wujud elemen geram. So, take time balik, tarik nafas, mohon maaf kat Allah, dan alhamdulillah. Sound ada semula. Edyes jadi saksi. Gua dah banyak kali pesan kat dia. Tolong ingatkan gua tentang niat. 2. Pagi dah bangun. Settlekan tiket bas Edyes. Perdana habes, Transnasional pun habes. Niamakahai. Nasib baik Mutiara ada. Tiket bas Edyes jam 9 malam. Terus ke CC. Upload perkembangan untuk lu orang. Settle, gua hantar Edyes ke Putik. Gua ke Klinik Kerajaan Pusat. Gua tak berapa 'sihat'. Check punya check, doktor bagi gua 'MC' sehari. Dalam pukul 3 lebih kurang, gua datang Putik. Edyes sedang kusyuk dengar penggulungan Presiden PAS. Dia ajak gua cari jalan bagaimana nak cuba untuk kali ke 3. Gua plak tengah perah otak nak tetapkan falsafah. 1. Hadi minta gua jumpa Dr. Samsuri. Maknanya dia dah buka pintu depan. Sama ada ikhlas tak ikhlas, terpaksa atau rela gua tak peduli. Kes ni sama macam SP pelawa khidmat dia. Hulur Queen kat gua, gua terus ngap. So, ketika itu adakah gua perlu 'langgar' Dr Samsuri untuk serahkan surat cabaran debat atau apa sahaja pertemuan khusus PAS REFORM dengan Hadi? Gua sms spy gua sama ada nampak kelibat Dr Samsuri atau tidak. Spy gua jawab: "Dr Samsuri tu sapa? Gua tak kenal." 2. Atau gua tetap try langgar dia. Satu peluang ialah ketika Sidang Media. Langgar time Sidang Media? Apakah ketetapan falsafah dalam hal ini? Salah tetap, gua meninggalkan sejarah yang salah kepada generasi depan. Keadaan semakin mendesak. Gua kena buat keputusan cepat. "Makan dulu bro.. gua lapar nih." Edyes sound gua. "Jom." 3. Time beli makanan, gua dah nekad. Gua serahkan kepada Allah. Kalau Allah takdirkan Hadi untuk gua di Pengkalan Chepa ni, maka itulah yang terjadi. "Nak makan mana ni bro?" "Kita lepak kat belakang bangunan (Putik) tuh. Redut sket." Sampai jer kat belakang, gua ternampak satu kereta yang memang gua pernah tengok. PAS12! Aik? Tengah makan, ada 2 pakcik (ada dalam bidio) sedang siapkan kereta. "Bro... peluang. Lu rakam dari jauh. Gua tanya Dr Samsuri." (Bidio ada kat Edyes, gua terlupa nak salin.) "Assalamualaikum, pakcik." "Waalaikumussalam." "Minta maaf saya, pakcik. Nak bertanyalah. Dr Samsuri ada tak kat sini?" "Eh.. ada." "Nampak dia tak?" "Dalam dewan rasanya. Kenapa?" "Begini, kalau saya nak jumpa Dr Samsuri, atas urusan rasmi, bagaiamana ya? Maksd saya, kat mana pejabat dia?" "Jalan Raja Laut lah. Tapi minggu ni dia takda. Dia kat Besut." 4. Pendek cerita, Edyes betul. Gua plan nak 'langgar' Dr Samsuri, Allah takdirkan Hadi keluar. Betul jangkaan Edyes untuk tetapkan masa tunggu Hadi di situ. Ketika tu pulak, time tidak sesak. Tak ramai orang. Majority dah balik. Gua rasa macam nak sujud syukur. Maka bidio Cubaan 3 pun terhasil untuk penilaian lu orang. Kita hanya berhenti ketika waktu perlu berhenti. Selain itu, kita teruskan agenda kita mencilok sistem Islam kerana sistem itulah yang menyelamatkan kita. Plan seterusnya ialah Langgar Rusila tanpa pengumuman tarikh (bergantung kepada kesesuaian peristiwa yang Allah rencanakan). Takbir!!! |
| Al-Fatihah: Ustaz Hassan Syukri Kembali Ke Rahmatullah Posted: 14 Jun 2010 12:14 AM PDT Al-Fatihah... Ustaz Hassan Syukri kembali kerahmatullah... Sekarang jenazah Almarhum berada dihospital Selayang & akan dibawa balik kerumahnya di Taman Melewar menjelang asar nanti... |
| You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan