Khamis, 10 Jun 2010

Muslimeen United

Muslimeen United


Edisi Khas Muktamar PAS : ULAMA' PERLU PERLENGKAP THAQAFAH

Posted: 10 Jun 2010 11:31 AM PDT


Ditulis oleh Jabatan IT PAS Pusat

MACHANG, 10 Jun – Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Ahmad Yaakob menekankan agar ulamak perlu teguh serta lengkap dengan thaqafah bagi menghadapi pelbagai cabaran mendatang.

"Sejak lama dulu ulama berhadapan dengan pelbagai cabaran. Namun cabaran ini tidak melemahkan mereka untuk menyebarkan Islam," ujarnya.


Di samping itu jelas beliau, ulamak perlu memperkuat diri mereka dengan memahami fahaman-fahaman baru yang merosakkan masyarakat.

"Seperti yang dilakukan oleh Imam al-Ghazali, beliau bukan sahaja membaca pemikiran Greek dan Yunani, malah beliau berupaya mematahkan pemikiran tersebut dengan hujah yang kukuh dan diterima oleh zamannya," tambahnya.

Peranan ulama adalah sangat penting untuk memimpin masyarakat. Mereka bertangungjawab memberi inzar memandangkan keadaan masyarakat Islam pada hari ini jauh lebih teruk berbanding masyarakat jahiliah dahulu.

"Dahulu, pemikiran umat dirosakkan oleh akidah muktazilah, khawarij, qadariyyah dan jabariyyah dalam keadaan negara Islam masih utuh dan berkuasa,

"Sekarang fahaman liberal, sekular, komunis, sosialis dan nasionalis bukan sahaja mempengaruhi pemikiran masyarakat tetapi menjadi anutan utama masyarakat Islam. Kerajaan juga seolah-olah tidak mementingkan hal ini untuk diatasi," jelasnya.

Mengakhiri ucapannya, beliau menegaskan agar semua ahli dewan membuat persiapan sewajarnya. "Ulamak juga perlu lebih berani mengeluarkan ijtihad bagi menyelesaikan masalah baru yang membelenggu masyarakat," katanya lagi.

Suasana Ceramah 2 Speaker di perkarangan PUTIK.

Posted: 10 Jun 2010 11:04 AM PDT

Speaker Kelantan YB Nasarudin Daud

Speaker Perak yang sah YB Sivakumar

Tn Hj. Jamaluddin Yayasan Amal Malaysia

Hadirin yang membanjiri di perkarangan PUTIK


Duda Bakar Masjid Akibat Cemburu

Posted: 10 Jun 2010 10:56 AM PDT


KUALA LUMPUR : Seorang lelaki sanggup membakar masjid dan cuba membunuh diri hanya kerana tidak puas hati bekas isterinya mahu berkahwin lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, lelaki yang berusia 30-an itu bertindak mematikan bekalan air dan elektrik dan membakar tiga sudut Masjid Jamiurrahman, Kampung Limau Manis sebelum menguncikan dirinya dari dalam.

Kejadian hanya disedari keluarga imam, Shamsudin Md Daud yang tinggal di belakang masjid kira-kira jam 11.35 malam.

Rakan serumah suspek, Mohd Suhairi Wahinordin berkata, rakan serumahnya yang hanya dikenali dengan panggilan 'Ijat' mengalami tekanan yang teruk apabila anak perempuannya enggan tinggal bersamanya.

"Kemurungannya semakin bertambah apabila me­ngetahui bekas isterinya akan bernikah tidak lama di masjid ini. Dia keluar dari rumah tanpa memberitahu hala tujunya," katanya

Suhairi berkata, dia sering kali terdengar rakan serumahnya berbicara seorang diri dan kelihatan begitu tertekan dengan keadaan keluarganya yang tidak bersatu. Kerugian dianggarkan RM200,000

Ucapan Kumutha jadi tumpuan perwakilan

Posted: 10 Jun 2010 10:55 AM PDT

KOTA BHARU : Ucapan Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS, Kumutha a/p Rama, menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati apabila beliau sering mengaitkan agama dalam ucapannya.

Kerana semangatnya yang melahirkan rasa syukur berada dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam bersama kepimpinan ulama, kedengaran anggota perwakilan bertakbir.

Kumutha dalam ucapan penangguhannya menegur sikap muslimat sewaktu muktamar yang kadang-kadang agak riuh rendah khususnya sewaktu membahaskan usul.

Menurutnya, sebagai seorang muslimat etika perlu dijaga.

"Sebagai seorang muslimat kita kena sabar, bukankah sabar itu separuh daripada imam,"ujarnya sambil disambut takbir oleh para perwakilan.

Sambungnya, agama Islam memang diakui baik dan murni kerana itu nilainya perlu dijaga oleh para ahli.

"Saya tinggal di Johor, saya dapati kaum muslimat ramai menutup aurat berbanding golongan lain yang tidak mengikuti jemaah ini," ujarnya.

Pada masa yang sama beliau mengingatkan anggota parti jangan terpengaruh dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana mereka ada udang di sebalik batu.

Katanya, jangan sekali-kali terpedaya dengan Umno yang tidak pernah jujur, berfikir dulu sebelum bertindak.

Beliau turut mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini membuat slogan Satu Malaysia.

"Sebelum slogan tu Malaysia ada banyak ka? Satu ni je Malaysia," ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh para perwakilan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapan penggulungan mencadangkan perwakilan dan pemerhati mengekalkan pakaian rasminya hijau putih.

Menurutnya, keseragaman pakaian itu menandakan kesepakatan dalam perjuangan Islam.

"Walaupun warna lebih kurang pelajar Pasti tak apalah, asalkan kita ada identiti kita dan perpaduan dan kesatuan dalam parti," ujarnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika menggulung ucapannya, mengharapkan anak bongsu PAS dapat membantu melebarkan perjuangan PAS di seluruh negara.

Sambungnya, untuk itu Dewan Himpunan Penyokong PAS perlu diwujudkan di setiap negeri dan kawasan di seluruh negara.

Katanya, warna hijau lembut menggambarkan keceriaan dan bukannya kanak-kanak Pasti.

"Kumutha pun boleh pakai baju warna ni ya," ujarnya. -Hrkh

Alahai Hanya Kerana Pembangkang

Posted: 10 Jun 2010 10:48 AM PDT



oleh : shalehudin

Tak dinafikan gelaran dan darjah kebesaran yang diberi oleh istana atas nasihat kerajaan negeri adalah hak mutlak istana. Gelaran dan darjah tadi boleh ditarik balik bila bila masa saja yang istana rasakan perlu.

Sebagai rakyat biasa, aku mungkin tak nampak apa yang orang atas nampak, kena akur dan akui jugak la mungkin pandangan kita berlainan disebabkan kedudukan kita yang ada tinggi dan rendahnya ni. Tapi tak dapat nak dielakkan, kepingin sungguh hati ni nak tau, apa faedah dan untungnya gelaran yang ditarik balik oleh Johor dari Chua Jui Meng.

Sementelahan lagi, Jui Meng ni baru saja menganggotai pakatan pembangkang setelah lama berkecimpung dalam kelompok parti kerajaan. Penarikan gelaran yang seakan merupakan tekanan terhadap mana mana anggota pembangkang akan dilihat sebagai tekanan bersifat politik.

Aku cuba meletak jauh istana dipengaruhi politik kepartian.Tapi persepsi bahawa campurtangan politik dalam penarikan ini tetap akan timbul dibenak rakyat tanpa dipaksa. Chua akan dilihat sebagai mangsa pada ketidak selarian suaranya dengan pemerintahan kerajaan negeri dan pusat sekarang ini. Chua jugak akan dilihat terhukum semata mata kerana dia menjadi pembangkang.

Usul PM itu Adalah Kemunafikan Politik – Mahfuz

Posted: 10 Jun 2010 06:09 AM PDT

Mahfuz sifatkan Najib 'munafik politik'

Muslimat lulus usul tergempar kecam rejim Israel

Posted: 10 Jun 2010 03:19 AM PDT

KOTA BHARU, 10 Jun: Usul tergempar Dewan Muslimat PAS Pusat mengutuk kekejaman rejim zionis Israel terhadap umat Islam Palestin diluluskan sebulat suara dalam Muktamar tahunan parti itu kali ke-50 sebentar tadi.

Usul yang dibentangkan oleh Umu Aiman Athirah Al-Jundy yang turut mendesak kerajaan Malaysia supaya konsisten terhadap usul yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Jun lalu itu disokong sebulat suara para perwakilan tanpa bahas.

Bukan itu sahaja, sebaik sahaja usul tergempar itu tamat dibentangkan oleh Aiman, laungan Allahuakhbar bergema di Dewan Duyung, Perdana Resort disamping laungan kutuk kekejaman Israel 'jahanam yahudi, jahanam Israel, tentera Muhammad pasti datang, selamatkan Gaza' berkumandang silih berganti.


Serentak itu, juga muslimat yang diketuai ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh, sambil diiringi timbalan dan naibnya turut membakar bendera Israel dan Amerika sebagai simbolik kuasa negara terbabit yang menghalalkan kezaliman terhadap bumi Palestin.

Aiman Athirah ketika membentangkan usul berkenaan memberitahu, memandangkan muslimat menginsafi betapa ramai umat Islam Palestin dan aktivis sukarelawan kemanusiaan antarabangsa ramai yang terkorban, Israel melakukan kezaliman yang tiada hentinya, Dewan Muslimat PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis itu.

Sidang muktamar hari ini katanya, menyokong penuh perjuangan para wanita Palestin dan keluarga mereka dalam menegakkan Islam.

Sambungnya, muslimat juga turut menyokong tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah membuat pendedahan berhubung isu APCO di Malaysia.

Pada masa yang sama, muslimat berharap PAS dan Pakatan Rakyat menjuarai usaha penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza bersama negara lain. - Hrkh

Rentetan Perjalanan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke- 51

Posted: 09 Jun 2010 09:27 PM PDT








5.30 petang - Sufian Ibrahim, Negeri sembilan menyatakan Pemuda Kawasan harus bersedia dilatih utk melaksanakan arahan Pemuda Pusat.

YB Salahuddin Ayub, bekas ketua Pemuda PAS Pusat dilihat melangkah masuk ke dalam dewan muktamar dan disambut oleh beberapa perwakilan.

5.10petang- Ustaz Musa dari Tangga Batu,Melaka - memperkasakan Unit AMAL kerana Unit Amal semakin dikenali sebagai tentera merah. Contohnya, keluarga Beng Hock menggunakan unit amal utk mengawal upacara pengebumian Beng Hock.

Program perkaderan graduan universiti seolah-olah mati pucuk kerana golongan tersebut memberi pelbagai alasan untuk tidak terlibt dalam Pas. Sokongan bukan Melayu terhadap PAS, jangan terlalu ghairah untuk meraih sokongan sedangkan kita masih belum menguasai pengundi-pengundi Melayu yang tenggelam dalam sentimen perkauman UMNO, mahu PAS lebih fokus kepada isu-isu orang Melayu.

Bagi memperkasakan 10 badihiyat yang dikemukan oleh Lajnah Tarbiyah PAS, beliau menyarankan 4 perkara, antaranya memastikan Setiap kawasan menjayakan manhaj tarbiyah dan pemantauan terhadap perlaksanaan manhaj tarbiyah drpd PUSAT pelaksanaan di setiap negeri.

4.54 petang - Perwakilan dari Petrajaya, Sarawak, Azman Fawaz - BN masih belum memasukki Bumi Kenyalang, oleh sebab itu, Pemuda PAS Sarawak ingin mengembangkan sayap PAS di sana dengan lebih cergas maka bantuan dan sokongan diperlukan daripada semua pihak. Dakwah kita bukan sekadar di masjid sahaja tetapi merangkumi orang-orang yang bukan Islam di rumah-rumah panjang di Sarawak.

4.39 petang - Perwakilan dari Perlis, Mohd Iqbal Syarif pula melihat program "Jom Sertai PAS" dan "PAS Bersama Orang Muda" sebagai hangat-hangat tahi ayam sedangkan ianya menarik perhatian orang muda untuk menyertai PAS kerana tiada usaha yang berterusan dilakukan oleh PAS Pusat.

4.24 petang - Perwakilan dari Selangor, Khairul Fahmi Maksum membentangkan peratusan pengundi Melayu di Gombak yang merupakan majoriti di kawasan Gombak yang perlu dimanfaatkan oleh PAS. Kewujudan Dewan himpuanan peyokong PAS memberi ruang dan peluang bagi masyarakat bukan Melayu menyuarakan pendapat mereka kepada pimpinan PAS dan mencapai kesefahaman dalam mendepani isu-isu semasa.

Pemuda perlu bersedia memahami ilmu politik, berfikir dalam konteks yang lebih besar, Beliau juga menganjurkan PAS supaya menyemak semula gagasan ulama muda kerana masih belum melihat kesan ulama muda dalam kelompok yg lebih besar.

3.50 petang - Perwakilan Ketua Pemuda Pas Kelantan memulakan perbahasan. Sesi seterusnya perbahasan ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas dimulakan pada 3.50 petang.

3.15 petang - sidang kembali bersidang kembali setelah berehat untuk makan tengahari serta solat.

sesi menjawab dan menerima laporan disambung. Pengerusi tetap telah digantikan oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Aris Awang

Kelihatan Hu Pang Chow dari Dewan Himpunan Penyokong Pas turut bersama-sama mengikuti perjalanan perbahasan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Perwakilan Jerai mencadangkan menerima laporan tahunan kewangan dengan pindaan, disokong Perwakilan Paya besar dan diterima seluruh dewan.

11.59 pagi - dewan kembali bersidang dengan agenda pembentangan Laporan Tahunan & Penyata kewangan oleh Bendahari Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhd Adram Musa diikuti komentar oleh perwakilan dari Kota Melaka, Aidil Azim menyatakan komen pada mukasurat 45 dan 46 yang tidak dinyatakan objktif lajnah tersebut dan adakah ada ajk-ajk tertentu, begitu juga dengan muka surat Lajnah Tarbiyah.

Parit dan Larut, Perak yang menggesa agar pemuda mengambil peluang menjana ekonomi di zaman kegemilangan.

Beliau juga mendakwa Pemuda di peringkat pusat seolah-olah membiarkan pas negeri perak menangani isu di perak, sehingga apabila dijemput barulah rakyat di Sabah tidak mahu bersama.

Perwakilan dari Tawau menyuarakan masalah kenapa rakyat di sabah tidak mahu bersama yang disebabkan pemuda pernah berjanji untuk turun setiap bulan.

Diikuti perwakilan Perak, selayang dan Gopeng yang bertanya mekanisme perlaksanaan kebajikan Pasti jika pendapatann digunakan untuk bnda lain?

10.51- ucapan dewan oleh ketua pemuda tamat.

kehadiran bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Mohd Asri Zainal Abidin dialu-alukan

pelancaran produk : brg-brg keperluan seperti kopi, teh, ubat gigi dan lain2 lagi. stokis dan agen pengedar dialu2kan. produk dewan pemuda bsama TG4 ALL-myk wangi caliph mecca n medina berasaskan air zam-zam dan alkohol yg dibenarkan .penyampaian anugerahan Pengurusan Pasti terbaik, Ketua pemuda Pas Pusat diiringi Pengarah Pasti menyampaikan anugeraH pengurusan PASTI terbaik

kategori C jatuh kepada PASTI Negeri Perlis,manakala Pengurusan Pasti manakala kategori B, Pasti negeri Perak(al-fadhil ustaz Nuri), anugerah Pasti kategori dan kategori A A Selangor Darul ehsan (ustaz hasbullah, ketua Pemuda Negeri Selangor)

pelancaran buku2 kopasti- islam adalah penyelamat(ustz Nasruddin at Tantawi), Cinta di langit Gaza,ustz Riduan mohd Nor dan memoir tragedi Memali dan Sepahit Sadam (ust nik mohd abduh), tokoh2 grkn islam ust zainudin hashim dan ridhuan mohamad Nor

Antara tetamu dari luar negara yang turut hadir ialah daripada negara Maldives dan juga dari Hamas Palestin.

9.19- ucapan dasar oleh ketua dewan pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi bermula

9.10 pagi : Ucapan mengalu-alukan kedatangan para perwakilan dari setiap negeri sambil mengucapkan terima kasih kepada yang menepati masa.

Pengerusi turut menegur perwakilan dan pimpinan yang hadir tidak menepati jadual yang telah ditetapkan sambil berjenaka mahu melanjutkan sidang dewan sehingga dua hari lamanya sekiranya masalah kelewatan kehadiran ini berterusan.

9.08 a.m ucaptama alu-aluan oleh pengerusi panitia mktamar(kamaruzzaman mohamad)

9.00 pagi : Majlis kini telah dimulakan majlis dengan Ummul Quran, Al-fatihah.Sedikit pengisian turut diberikan diikuti doa Rabitah, mengingatkan
kita akan keterikatan ukhuwah antara para pejuang yang mesti disemat di dalam hati.

8.50 pagi : Pengerusi tetap mengumumkan untuk memulakan majlis, sambil mengingatkan perwakilan bersegera mengambil tempat mengikut kawasan masing-masing.

Pengerusi juga mengingatkan tentang syarat dan peruntukan yang termaktub di dalam perlembagaan Ahli Pas bahawa siapa yang diberi kelayakan menjadi perwakilan dan pemerhati.

8.45 pagi : Ketua Pemuda PAS Pusat bersama saf pimpinan Dewan Pemuda mula mengambil tempat masing-masing.

Kira-kira 648 perwakilan dijadualkan hadir daripada sejumlah 678 kawasan kesemuanya telah memenuhi dewan. Setiap perwakilan dibekalkan bahan ucaptama Ketua Pemuda dan buku program.

Muktamar PAS Lakar Sejarah ; DHPP Hantar Perwakilan

Posted: 09 Jun 2010 05:11 PM PDT



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/PrkHs%20035.jpgKOTA BHARU – Muktamar Tahunan PAS mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya selepas 65 tahun perjuangan PAS, orang bukan Islam akan menjadi perwakilan.

(Gambar - Perarakan masuk Dewan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz)


Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata demikian dalam ucapannya selaku Pengerusi Panitia Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 56 di Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan-dewan tersebut di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), di Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Menurutnya, Muktamar kali ke 56 tahun ini juga akan melihat satu perkembangan baru dalam PAS dimana ia akan turut dihadiri oleh perwakilan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Secara rasminya, Dewan Himpunan Penyokong PAS yang baru ditubuhkan pada 23 Mei lalu.akan menjadi peserta Muktamar PAS,"ujarnya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS kerana turut melakar sejarah baru dalam perjuangan PAS sepanjang 56 tahun.

Buat kali pertamanya, kata beliau, ketiga-tiga Dewan yang menjadi sayap utama PAS itu menempa sejarah apabila ia dirasmikan sekaligus, secara serentak oleh Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain itu, menurutnya, Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat juga mencipta sejarah apabila buat kali pertamanya dihadiri oleh para perwakilan bukan dari negeri-negeri tetapi mewakili kawasan-kawasan dari seluruh Negara.

"Belum pernah sebelum ini, ketiga-tiga Dewan, dirasmikan secara serentak, sekaligus, (dalam satu majlis),

"dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat juga mencipta sejarah pada kali ini, buat kali pertamanya perwakilan bagi dewan-dewan tidak mewakili negeri-negeri, tetapi mewakili kawasan-kawasan,"jelasnya.

Dengan kehadiran para perwakilan dari kawasan-kawasan tersebut, Dato' Mustafa berkata, ia akan memberikan ruang dan peluang yang lebih luas kepada ahli-ahli menyuarakan pandangan mereka. -BO

Bendera bulan purnama mulai 'tenggelamkan' Kota Bharu

Posted: 09 Jun 2010 05:03 PM PDT





KOTA BHARU, 9 Jun: Wajah bandar Kota Bharu kini semakin ditenggelami dengan warna hijau apabila bendera 'bulan purnama' dipasang di jalan-jalan utama menjelang muktamar PAS kali ke-56 Jumaat ini.

Banner yang tertera gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang boleh dilihat di jalan-jalan utama.

Papan iklan gergasi bagi mengalu-alukan kedatangan perwakilan dan pemerhati dipasang di beberapa lokasi di bandar ini dan sekitar Pengkalan Chepa.

Perasmian serentak Dewan Ulamak, Muslimat dan Dewan Pemuda akan diadakan pada malam ini bertempat di dewan utama Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa.

Manakala muktamar penuh ketiga-tiga dewan diadakan di tempat berasingan. Dewan Ulamak di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan (Madu) di Labok, Machang.

Dewan Muslimat di Perdana Resort dan Dewan Pemuda di Kelantan Trade Centre. Muktamar penuh akan diadakan di Putik mulai Jumaat.

Kerja-kerja akhir mempersiapkan dewan besar Putik kini selesai sepenuhnya. Manakala tempat pameran agensi kerajaan dan swasta juga disiapkan.

Ekspo di luar kompleks Putik sudah bermula. Khemah di tapak ekspo menyediakan sebanyak 278 ruang perniagaan bagi barangan kering dan gerai makanan.

Kawasan sekitar Putik mulai meriah dan bergemerlapan cahaya pada waktu malam. Perwakilan dan pemerhati tiga dewan mulai kelihatan sekitar Putik.

Manakala jualan di tapak ekspo bermula malam tadi. Di tapak itu juga diadakan ceramah pembukaan oleh anggota jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan annggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Masa Depan PAS Bersama Pakatan Rakyat Bentuk Malaysia Baru

Posted: 09 Jun 2010 03:42 PM PDT




Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencipta sejarah dengan membuka muktamar tahunan ketiga-tiga sayapnya serentak sambil menegaskan, masa depan politik adalah bersama Pakatan Rakyat untuk membina Malaysia baru.

Sehubungan itu kata beliau, PAS perlu mengisi keperluan tersebut dengan tidak mengasingkan bidang agama dan politik sebagaimana dilihat oleh Umno-BN dan negara-negara lain.

Nik Aziz juga meminta supaya PAS bersama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat agar menarik pengundi Melayu dan bukan Melayu dengan mengambil kira perkembangan ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu.

"Dengan ini akan membentuk satu kerajaan yang memenuhi aspirasi rakyat," kata beliau yang genap 20 tahun memerintah Kelantan Oktober ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini sebentar tadi.

Nik Aziz berkata beliau melihat kehadiran DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat ini semacam satu kifarah Allah SWT kepada kita semua pejuang PAS.

"Ini kerana setelah beberapa lama alim ulama kita termasuk tok-tok guru di pondok-pondok tidak melaksanakan tugas dakwah menyebarkan Islam kepada kumpulan bukan Muslim (Cina, India, Siam atau Orang Asli) menyebabkan sebaran dakwah baik di pondok atau di sekolah-sekolah Arab hanya berkisar di kalangan sesama Islam sahaja.

"Melayu ajar Melayu sahaja. Maka secara politiknya kita berpakat, namun pakatan itu hendaklah bersama tugas dakwah. Sekarang rakan kita adalah madu kita," kata beliau.

Kata beliau, strategi sebegini amat penting kerana nilai perjuangan suci PAS adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat, lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang menimbulkan pelbagai kekalutan kepada rakyat dan negara.

"Berlaku semakin serius gejala maksiat, buang bayi, pembunuhan, rompakan, rasuah, kemelesetan dan sebagainya," kata beliau.

Atas alasan inilah, tegas Nuk Aziz, beliau mahu PAS dan Pakatan Rakyat menjadi alternatif kepada Barisan Nasional bagi menghadapi pilihanraya umum nanti.

"Pilihan raya tidak berlaku empat atau lima tahun sekali," katanya.

"Bagi orang yang beragama, pilihan raya berlaku setiap saat antara nafsu ammarah, lawwamah dan mutmainnah.

"Kita mahu eratkan hubungan dengan DAP dan PKR dan kita mahu rakyat memberikan mandat kepada kita," katanya.

Justeru itu, kata Nik Aziz, PAS hendaklah berani menawarkan alternatif terbaru – Pakatan Rakyat dan sedia berikrar kepada semua rakyat termasuk Cina, India, Siam dan seumpamanya bahawa "kita akan membuang semua unsur-unsur kerosakan yang ada di dalam kerajaan Umno pada hari ini dan menggantikannya dengan amalan pentadbiran bersifat urus tadbir baik iaitu berintergeriti, adil, bermoral, cekap, telus dan bertanggungjawab.

"Kerana memang begitu ajaran Islam, itulah kelebihan kita bergerak di atas landasan Islam. Ia turun daripada Allah bukan diseludup masuk daripada Eropah.

"Kita yakin dengan tawaran ini, misi kita bersama-sama Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13, bakal membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar memenuhi aspirasi semua lapisan rakyat. Kerana tidak asatu pun ajaran Islam yang boleh memudaratkan manusia tanpa mengira bangsa," katanya.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau amat berharao agar pihak parti dapat menterjemah sebaik mungkin apa-apa langkah dan usaha atau strategi yang berkesan ke arah memastikan realiti PAS adalah sebenar-benar memimpin perubahan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Nik Aziz juga berkata, pilihan raya umum yang ke-12 dan siri pilihan raya kecil yang berlaku selepasnya, termasuklah terbaru di Hulu Selangor dan Sibu, jelas sekali bagaimana Barisan Nasional telah ditolak secara total oleh pengundi bukan Melayu.

"Hari ini, tidak dinafikan bahawa yang menjadi tongkat Barisan Nasional ialah pengundi Melayu," kata beliau.

Nik Aziz mengingatkan agar memerhati perkembangan itu dengan serius.

Ini kerana menurut beliau, PAS sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas dalam meraih sokongan pengundi Melayu.

"Jangan dibiarkan orang-orang Melayu terus ditipu hidup-hidup dengan momokan 'Ketuanan Melayu' yang merupakan dongengan pemimpin Umno.

"Orang-orang Melayu perlu diingatkan bahawa keris yang dijulang oleh pemimpin Umno itu bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka.

"Buktinya, Kelantan sebagai negeri yang majoritinya Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak daripada buminya sendiri," kata beliau.

Justeru, menurut beliau, demi memastikan orang-orang Melayu turut bersama kita dalam pelayaran bahtera perubahan ini, PAS perlu bergerak dengan lebih efektif agar dterima rakyat.

"Jika ditanya Kelantan apakah formulanya, saya suka menjawab bahawa formulanya ialah mendidik jiwa rakyat dengan agama, suburkan sanubari mereka dengan taqwa kepada Allah agar hati mereka tidak mati, tidak keras untuk menerima siraman hujan kebenaran.

"Usaha ini dilakukan setiap masa, bukan lima tahun sekali tatkala menjelang pilihan raya," katanya. -TMI

Tiada ulasan: