Biaqpila |
- Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng
- Sebelum Heboh Gosip Video Porno, Ariel-Luna Bersama di Bandung
- Polis siasat '3 selebriti seks'
- Jadual Piala Dunia 2010
- 3gp Luna Maya
- Dari juta-juta, jadi laksa-laksa
- Patutla depa meleleh ayaq liuq
- Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan – cakap tidak serupa bikin!
- Umno-BN Kecam Istael Tapi Benarkan Kapal Zionis Berlabuh Di Malaysia
- 'Ibu ayam' muda seludup gadis
Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng Posted: 10 Jun 2010 03:00 PM PDT Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri. Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini. Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor". "(Abdul Rahim) beritahu saya bahawa dua gelaran datuk saya telah ditarik balik," kata Chua kepada Malaysiakini hari ini. |
Sebelum Heboh Gosip Video Porno, Ariel-Luna Bersama di Bandung Posted: 10 Jun 2010 11:39 AM PDT Ariel, Luna (Ihsan/Detikhot) Jakarta: Pasca video panas mirip dirinya beredar, Ariel seperti hilang ditelan bumi. Keberadaannya sulit terlacak. Eks vokalis Peterpan itu terakhir terlihat di Bandung bersama Luna Maya tiga minggu lalu. Hal di atas diungkapkan oleh Ketua RT 04 RW 06 Kelurahan Antapani Wetan Kecamatan Antapani, Dendy (54), kepada wartawan di kediamannya, Kamis (10/6/2010). Rumah Dendy dan Ariel hanya terhalang satu rumah. "Tiga minggu lalu terakhir lihat Ariel, sama Luna-nya juga," katanya. Saat bertemu di depan rumahnya, Ariel menyapa Dendy dengan menganggukkan kepalanya. "Kan dia tahu saya Pak RT disini. Kalau Luna sih tidak," katanya. Sebelumnya, Dendy juga sempat melihat Ariel dan Luna sekitar 3 bulan lalu. "Jadi dalam 3 bulan ini saya ketemu mereka 2 kali," paparnya. Menurut Dendy lagi, gampang untuk mengetahui ada atau tidaknya Ariel di rumah, yaitu ditandai ada atau tidaknya mobil yang biasa dibawa Ariel. "Biasanya dia bawa Mini Cooper atau Mercy. Terakhir lihat sama Luna juga pakai Mini Cooper merahnya Ariel," terangnya. Dituturkan Dendy, Ariel tinggal di kompleks tersebut sejak 3 tahun lalu. Sebelumnya Ariel tinggal di rumah tersebut bersama mantan isterinya Sarah Amelia. Selama tinggal di wilayah itu, Dendy menyatakan Ariel warga yang baik. "Ariel itu kalau membantu enggak suka diekspose, misalnya ngasih bantuan untuk kerja bakti atau kesejahteraan warga di sini ya ngasihnya diam-diam," tuturnya. Menurut Dendy, hingga saat ini heboh video syur Ariel tak berdampak apapun dengan tetangga sekitar. "Kami di sini tak suka berguncing. Lagipula, itukan risiko menjadi artis, kami maklum saja," tambahnya. Meski begitu, secara pribadi Dendi mengaku kaget dengan masalah yang menimpa Ariel. Dia tak percaya jika aktor di video tersebut adalah Ariel. "Kaget dan tidak percaya. Saya tidak percaya Ariel seperti itu karena orangnya baik, orang tuanya juga nyantri (santri)," tuturnya. Pantauan detikbandung, di rumah Ariel hanya terdapat sebuah motor yang terparkir di halaman. Sementara pintu, garasi, dan jendela tertutup rapat. Tak ada jawaban saat rumah Ariel disambangi. (ern/eny) detikhot Share |
Polis siasat '3 selebriti seks' Posted: 10 Jun 2010 08:30 AM PDT GAMBAR poster iklan menunjukkan Luna Maya bersama Ariel. JAKARTA - Tiga selebriti Indonesia yang didakwa muncul dalam video seks yang disiarkan di Internet akan disoal siasat kerana kemungkinan mereka melanggar undang-undang antipornografi, kata polis semalam. Pada minggu lalu, dua video klip seks melibatkan pelakon sinetron, Luna Maya dengan anggota kumpulan Peterpan, Ariel tersebar di Internet. Seorang lagi selebriti Indonesia yang merupakan seorang pengacara, Cut Tari turut terlibat dalam video seks dengan kekasihnya. Ketua Detektif Polis, Ito Sumardi berkata, selebriti itu akan disoal mengenai bagaimana klip berkenaan boleh muncul di Internet. "Kami akan menyoal mereka bagi mengetahui mengenai klip tersebut dan bagaimana ia boleh diedarkan di khalayak awam," katanya kepada pemberita. Luna merupakan duta muhibah Program Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain pernah muncul bersama dengan Ariel dalam iklan makanan dan kosmetik Unilever. Skandal itu telah menggemparkan Indonesia sehingga Ariel digelar Peterporn di laman Twitter. - AFP Share |
Posted: 10 Jun 2010 05:24 AM PDT |
Posted: 10 Jun 2010 03:00 AM PDT Lambakan 3gp lucah di internet semakin sukar untuk dikawal. Dewasa ini banyak video 3gp yang tersebar di internet dan menjadi kontroversi. Revolosi penyebaran bahan lucah sangat ketara semenjak wujudnya handphone ber 'kamera'. Baru-baru ini kecoh cerita tentang satu video lucah yang menampilkan wanita mirip bintang sinetron, model iklan dan pengacara, Luna Maya (gambar) dan kekasihnya, Ariel yang merupakan anggota kumpulan Peterpan yang dikatakan kini tersebar luas di Internet, lapor beberapa buah akhbar . Berita penyebaran video itu kini menjadi perbincangan hangat di laman sosial Facebook dan Twitter. Terdapat dua rakaman video tersebut. Video pertama berlangsung selama 2 minit 37 saat manakala video kedua berdurasi lebih 6 minit 39 saat. Menurut beberapa akhbar, video tersebut telah dirakamkan pada 23 Mac 2009 di sebuah hotel di Bali. Rakaman tersebut dikatakan bakal menjadi isu paling hangat dan menggemparkan kerana dalam video itu kedua-dua mereka melakukan hubungan seks. Sementara itu, Luna menafikan wanita dalam video itu ialah dirinya. Pelakon itu berkata, dia tidak mempunyai tatu di pinggul kiri seperti yang terdapat pada wanita dalam video tersebut. "Tidaklah, saya tidak mempunyai tatoo kupu-kupu di pinggul kiri," kata Luna. Luna berkata, dia ingin mencari siapa yang menjadi dalang penyebaran video itu tetapi enggan memfailkan sebarang pendakwaaan di mahkamah. Menurutnya, dia mendapat tahu mengenai penyebaran video itu daripada media di Internet. "Saya amat terkejut," kata Luna dengan wajahnya kelihatan pucat semasa ditanya pemberita mengenai video tersebut. Pelakon itu enggan mengulas lanjut mengenai isu 'panas' itu. Luna bergegas menaiki kereta Mercedes Benz walaupun cuba dihalang oleh sekumpulan pemberita untuk mendapat penjelaskan lanjut menegnai video itu daripadanya. Share |
Dari juta-juta, jadi laksa-laksa Posted: 10 Jun 2010 01:00 AM PDT Oleh Abdul Jalil Ali Agaknya nilai ringgit sekarang sudah terlalu rendah, menyebabkan kita semakin terbiasa dengan sebutan RM juta-juta. Duit syiling 1 sen sudah dimansuhkan, 5 sen seperti habuk, 10 sen orang tak pandang lagi. Malah 50 sen – duit syiling paling besar – pun dikelaskan sebagai 'ciput' atau 'haprak'. Saya tidak sempat melihat zaman yang disebut opah sebagai 'duit 1 sen nilainya sebesar roda kereta lembu', pada hal syiling zaman penjajahan Inggeris itu bukan bulat, tetapi empat persegi. Satu sen boleh beli semua Tetapi, saya pernah berasa keseronokan zaman kanak-kanak apabila dapat duit syiling berkarat ketika sedang menggali tanah untuk mencari cacing buat umpan memancing. Syiling sudah berwarna hitam itu diletakkan di atas pasir kemudian dilenyek dengan tumit sehingga hilang karat dan kelihatan tulisan '10 sen'. Saya tidak jadi memancing! Tidaklah sebesar roda kereta lembu, tetapi duit berkarat yang saya jumpa itu membolehkan saya berjoli sakan sambil menikmati mi goreng atau rojak di kedai mamak, siap dengan sirap bandung selasih gelas besar. Malah, dapat lagi sekeping karipap. Pendek kata malam itu saya tidak perlu makan di rumah. Begitulah nilai 10 sen kira-kira setengah abad lalu. Hari ini usahkan 10 sen, RM1 hanya dapat beli roti canai kosong, minum air suam percuma. RM10 boleh makan nasi kandar untuk saya seorang, lauk kari kepala ikan bawal, dua bendi sebesar ibu jari, sedikit papadom, dan segelas teh tarik. Demikianlah beza duit kita dulu-dulu dengan sekarang. Sebab itulah orang tidak lagi bercakap mengenai puluh, ratus atau ribu ringgit. Sekarang orang bercakap mengenai juta-juta ringgit. Bukan tokoh korporat sahaja main juta-juta, penjaga tempat letak kereta, penjual burger bawah pokok, hatta mat rempit pun berkobar-kobar bercakap tentang RM juta-juta. Kalau ikut iklan di surat khabar, radio dan TV, nampaknya mudah sangat untuk jadi jutawan. "Semua orang boleh jadi jutawan!" demikian selalu dijeritkan dalam iklan. Bukan jerit kosong, tetapi dibuktikan dengan gambar yang sudah menjadi jutawan, tersenyum hingga ke telinga sambil menyandarkan tubuh pada kereta mewah model terkini, atau di hadapan sebuah banglo. Menyertai skim jualan langsung produk kecantikan, boleh jadi jutawan. Melabur menerusi skim pelaburan di internet, boleh jadi jutawan. Membeli-belah di pasar raya pun ada kupon - peluang anda jadi jutawan. Mohon kad kredit (untuk berhutang!) di bank pun sama. Lagi cara-cara mudah menjadi jutawan, seperti yang selalu diuar-uarkan dalam iklan ialah: 'Gores dan menang', menyertai pertandingan 'reality TV', kuiz di TV, membuka akaun simpanan di bank. Malah, mengisi tangki kereta anda di stesen minyak pun memungkinkan anda jutawan. Tidak lama lagi anda boleh jadi jutawan dengan menyertai pertaruhan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan. Kerajaan sudah meluluskan lesen judi boleh sepak. Walaupun ditentang hebat semua pihak, setakat ini belum ada tanda-tanda lesen itu ditarik balik. Mungkin kita akan melahirkan ramai jutawan musim Piala Dunia kali ini! Oleh sebab RM juta-juta pun sudah tidak terasa besar, kini kita mula bercakap pula mengenai RM bilion-bilion (dulu disebut 'laksa' – macam laksa Penang!). Angka bilion yang dulu-dulu jarang kita dengar pun kini sudah jadi biasa, sebab tiap-tiap hari media kita menyiarkan perkara mengenai 'laksa'. Sima Darby, sebuah syarikat raksasa, rugi RM1.6 bilion. Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menyebabkan kos melambung menjadi RM12.5 bilion. Skandal pasir di seluruh negara pun, seperti dibongkar SPRM, nilainya RM bilion-bilion. Kita beli kapal selam pun harganya bilion-bilion. Sehari dua ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala memberi amaran Malaysia akan menjadi papa kedana @ muflis @ bankrap seperti Greece pada 2019, sekiranya kerajaan tidak hapus subsidi. Beliau pun bercakap mengenai RM bilion-bilion, bahawa kerajaan sekarang berbelanja RM74 bilion setahun kerana membayar subsidi untuk berbagai-bagai sektor ekonomi dan sosial. Beliau menambah, kerajaan sekarang berhutang RM362 bilion kepada pihak tertentu, dan defisit kita kini adalah sebesar RM47 bilion. Nampaknya kita sudah tidak lagi main juta-juta, tetapi sudah taraf 'laksa-laksa'. Tetapi ketika berkobar-kobar bercakap mengenai juta-juta dan bilion-bilion, ada ramai lagi yang hidup di bawah paras miskin tegar. Selalu kita mendengar keluarga 10 anak dengan pendapatan ayah tidak sampai RM500 sebulan. Ada kanak-kanak tidak bersekolah sebab keluarga tidak mampu membayar tambang bas. Malah di Sungai Petani, Kedah, minggu lalu ada satu keluarga yang hidup kais pagi makan pagi, anak-anak selalu tidak cukup makan, dan mengharapkan belas ihsan jiran tetangga untuk memberi makanan. Ada ramai lagi yang menderita seperti ini di seluruh negara. Mereka tidak tahu juta, tidak tahu bilion. Mungkin bagi mereka 1 sen pun amat bererti. Jadi, jangan hanya ghairah untuk menjadi jutawan. Jangan kalut sangat sebut juta-juta pagi petang siang malam. Ingat juga kepada sekian banyak orang tidak ada duit walaupun untuk membeli beras, sehingga anak-anak kebuluran terpaksa makan tanah yang disangka coklat! utaraonline Share |
Patutla depa meleleh ayaq liuq Posted: 09 Jun 2010 11:00 PM PDT DEY MACHA!!! PATUTLA CUKONG DARAT MINTAK LESEN NAK BUAT JUDI BOLA. DEPA MELELEH AYAQ LIUQ TENGOK ANGKA 1 BILLION TU. LEPAS NI TENGOK PULA HASIL SINDIKET PERDAGANGAN DADAH. KALAU LEBIH DARI 1 BILLION,ELOKLAH JUGA CUKONG-CUKONG DARAT MINTA LESEN JUAL DADAH PULAK. UNTUNG-UNTUNG KEMENTERIAN BOLEH LULUSKAN LESEN JUAL DADAH...KAH!KAH!KAH! LEPAS TU TENGOK PULA HASIL SINDIKET PELACURAN,RASANYA LEBIH DARI 10 BILLION... MINTAK LAGI LESEN....KAH!!!KAH!!!KAH!!! Sindiket judi bola raih pertaruhan lebih RM1 bilion 2010/06/09 KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti sekurang-kurangnya empat sindiket perjudian bola sepak dalam talian tanpa lesen telah bergiat aktif sejak beberapa tahun lalu, membabitkan wang pertaruhan lebih RM1 bilion. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis telah menubuhkan satu pasukan pada April lalu bagi memantau sindiket terbabit yang dipercayai didalangi beberapa individu termasuk yang bergelar Datuk dan mengandungi pakar teknologi maklumat. "Kita sedang menyiasat sama ada sindiket ini mempunyai kaitan dengan sindiket antarabangsa atau tidak," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Mohd Bakri berkata, unit pemantau itu akan bekerjasama dengan INTERPOL bagi mengesan kegiatan itu di peringkat antarabangsa. Bagi membanteras perjudian semasa Piala Dunia di Afrika Selatan yang bermula Jumaat ini, unit pemantuan itu telah melancarkan operasi dikenali sebagai Ops Soga (soccer games) di semua negeri sejak sebulan lalu. Katanya, sindiket ITU dipercayai turut mengambil pelajar lepasan jurusan IT dengan memberi bayaran lumayan bagi menjalankan aktiviti itu. Mohd Bakri berkata, sindiket itu turut menggunakan kafe siber sebagai tempat pertaruhan. Katanya, sindiket itu juga dipercayai bersekongkol dengan along bagi memberi pinjaman kepada mereka yang ingin berjudi. "Amaran saya kepada sindiket ini, polis akan terus mengesan kegiatan haram mereka habis-habisan," katanya. - BERNAMA Share |
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan – cakap tidak serupa bikin! Posted: 09 Jun 2010 09:00 PM PDT Mengapa Najib Kerap Tidak Bercakap Benar? Oleh Faris Aiman KUALA LUMPUR 9 Jun - Tanpa menyiasat bila dan di mana kononnya Anwar Ibrahim menyebut akan memperuntukkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua kepada DAP jika Pakatan Rakyat memerintah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bingkas memperingatkan rakyat bahawa Ketua Pembangkang itu tidak akan mengkotakan janjinya. Dalam lain perkataan, Najib menuduh Anwar berbohong. Beliau berkata demikian bersandarkan rekod peribadi Anwar yang dikatakannya tidak dapat melaksanakan kata dan janjinya. Beliau berkata, ini satu lagi helah Anwar untuk memenangi sokongan rakyat keturunan Cina. Najib tidak mahu mereka diperdaya oleh Anwar. Rekod tidak menepati janji Anwar, kata Najib, termasuklah kegagalannya mengambil alih kuasa pemerintahan negara pada 16 September 2008 setelah mendakwa ramai ahli parlimen Barisan Nasional akan melompat menyokong Pakatan Rakyat. Gelagat Najib ini agak aneh. Lazimnya, beliau adalah seorang yang agak tenang dan akan sentiasa berusaha untuk mengelak dari terperangkap dalam isu-isu politik yang panas. Kebiasaannya juga Najib akan cuba "membeli masa" sebelum menyatakan sikap dan pendirian politiknya. Amat jarang sekali beliau membuat komentar politik secara spontan. Sebab itu, di suatu peringkat bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyifatkan Najib pengecut kerana tidak berani menyatakan pendiriannya terhadap Tun Abdullah Badawi. Bagaimanapun nampaknya reaksi Najib agak berbeza kali ini. Beliau terus menyerang Anwar kerana laporan akhbar Cina berkenaan. Ini menimbulkan pelbagai persoalan. 1. Pakatan Rakyat belum memerintah Malaysia dan belum tentu jika memerintah, Anwar tidak akan mengkotakan katanya itu. 2. Benarkah laporan dalam akhbar Cina itu yang Anwar berkata demikian? Jika benar apakah konteks soalannya? 3. Mengapa Najib terburu-buru membuat komen sedemikian jika laporan itu hanya dibuat oleh sebuah akhbar berbahasa Cina dan bukan akhbar Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia? Apakah yang mendorong Najib? Apa yang dapat diperhatikan ialah Najib mungkin tertekan. Pertama, tempat beliau membuat komen itu ialah di Majlis Perundingan Melayu yang baru sahaja secara terang-terangan menolak Model Ekonomi Baru Najib. Walhal model itu telah dijajanya hingga kepada presiden Barak Obama sebagai landasan meliberalkan lagi ekonomi Malaysia. Mungkinkah Najib mengambil peluang daripada pertanyaan wartawan yang mahu komennya terhadap laporan janji Anwar itu untuk melepaskan diri daripada: 1. Apa yang baru dilafazkannya bahawa NEM belum muktamad dan berharap agar wartawan tidak mendorongnya untuk menjawab mengapa ia belum muktamad sedangkan pelancarannya telah dibuat hingga ke hadapan presiden Amerika Syarikat? 2. Adakah Najib cuba menyembunyikan sikap dan pendirian sebenarnya daripada menjadi tumpuan wartawan di majlis berkenaan? Ini kerana dalam majlis itu Najib diaibkan oleh resolusi MPM yang mengisytiharkan Model Ekonomi Baru Najib tidak memelihara kepentingan Melayu? Maka Anwar adalah sasaran yang baik untuk mengalih pandangan wartawan. 3. Adakah Najib cuba mengelak dipersoalkan mengenai sikap sebenarnya terhadap dasar 1Malaysia? Dalam majlis itu Najib mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan berganjak daripada Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh bapanya pada tahun 1971. 4. Adakah Najib bimbang wartawan akan menafsirkan ucapannya itu sebagai lidah bercabang dengan mengatakan semua rakyat ada hak ekonomi yang adil tetapi berjanji untuk berlaku "lebih adil" kepada orang Melayu di hadapan Ibrahim Ali? Sikap agak luar biasa Najib ini secara tidak langsung memberi gambaran yang agak menyeluruh peribadi Najib. Ini dapat dilihat daripada tindak tanduknya dalam beberapa isu besar yang membelit negara. 1. Dalam kes Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim, Najib berkata dia tidak ada menemui Saiful sebelum itu. Kemudian Najib mengubah ceritanya dengan mengatakan ada menemui Saiful yang mahu mendapat bantuan untuk melanjutkan pelajaran. 2. Apabila didesak dengan gambar dan laporan beberapa pihak, Najib kemudian mengaku ada menemui Saiful di rumahnya dan menasihatinya supaya membuat laporan polis. 3. Kenyataan bekas pengkhianat parti keadilan rakyat, Ezam Md Nor beberapa minggu lalu pula mendakwa Najib dan Ketua Polis Negara langsung tidak membantu Saiful. Sebab itu Saiful menemui Ezam. Adakah ini satu lagi skrip Najib bimbang diheret ke mahkamah untuk memberi keterangan dalam kes konspirasi ke-2 terhadap Anwar? Persoalan-persoalan ini mendorong umum untuk meneropong siapakah dan apakah nilai jatidiri Najib sebagai pemimpin. Ada beberapa petunjuk yang boleh digunakan untuk membuat penilaian ini. 1. Apakah polisi baru yang dikatakan transformasi kerajaan yang benar-benar diperkenalkan oleh Najib sejak menjadi perdana menteri setahun lalu? Setiap dasar atau pendekatan baru Najib sering berubah dan tertangguh. Misalnya, Cukai Perkhidmatan Am atau GST. Apabila rakyat berontak, Najib menarik balik keputusan untuk memperkenalkannya di parlimen. Selain itu, rancangan untuk menarik balik subsidi minyak mengikut kuasa enjin kenderaan. Setelah mengarahkan syarikat pembekal minyak mengeluarkan modal untuk tambahan peralatan bagi melaksanakan skim itu, ia ditarik balik. Kes kenaikan tarif elektrik pun begitu. Atas alasan mengambil kira pandangan rakyat, ia ditangguhkan. Namun keputusan itu terus mencemaskan rakyat kerana ia boleh dilaksanakan bila-bila masa. 2. Di mana laporan Indeks Prestasi Utama atau KPI menteri-menteri kabinet seperti dijanjikan Najib ketika mengambil alih jawatan perdana menteri tahun lalu? Apakah ini bermakna menteri yang diberi tanggungjawab dalam perkara ini, Dr Koh Tsu Koon tidak melaksanakan tugasnya atau Najib sebenarnya hanya melakukan satu "public relations exercise" sahaja? 3. Mutakhir sekali isu lesen perjudian bolasepak. Kerajaan mengumumkan telah mengeluarkan lesen judi bolasepak bertujuan untuk menghalang kegiatan judi haram dan penipuan. Rakyat bangkit membantah. Tunjuk perasaan dari pelbagai lapisan tanpa mengira kaum dan agama bangkit menentang; dan, mufti juga mengeluarkan fatwa mengharamkannya. Tiba-tiba kerajaan pimpinan Najib mengumumkan belum ada lesen dikeluarkan. Ini kerana kononnya kerajaan masih mahu mendapat maklumbalas daripada rakyat. Gamat. Adakah kerajaan Najib jujur bila mengatakan mahu mendapat reaksi rakyat ? atau, menjadikan kenyataan itu sebagai alasan untuk menghindar kemarahan rakyat tentang betapa lemah dan goyahnya prinsip dan akhlak kerajaan? Persoalan yang timbul ialah, mengapa terlalu kerap Najib tidak bercakap benar kepada rakyat? Tidakkah tindakan dan keputusan beliau sebagai Perdana Menteri memberi bayangan betapa beliau seorang pemimpin yang kurang integriti? Tidakkah ini juga menunjukkan Najib lebih mementingkan populariti dan kemenangan politik? Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan – cakap tidak serupa bikin! SK Share |
Umno-BN Kecam Istael Tapi Benarkan Kapal Zionis Berlabuh Di Malaysia Posted: 09 Jun 2010 07:00 PM PDT Oleh Fazli Othman KUALA LUMPUR 9 Jun - Ketika kemarahan rakyat Malaysia memuncak terhadap serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan dan dihalang membantu rakyat Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza minggu lalu, kerajaan Umno-Barisan Nasional tanpa moral dan perasaan malu membenarkan sebuah kapal dagang Israel berlabuh di perairan negara Isnin lalu. Sikap hipokrit dan kedurjanaan Umno-BN ini amat terserlah kerana pada hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentabng usul 15 perkara mengutuk tindakan ketenteraan rejim Zionis itu. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dengan tegas menempelak usul 'hipokrit' yang di bawa Najib sedangkan pada masa yang sama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menjalankan perdagangan secara rahsia dan sulit dengan kerajaan haram Israel yang sejak tahun 1948 menindas dan membunuh rakyat palestin secara terancang. "Hari ini, media melaporkan sebuah kapal dagang Zim Genova yang mengibarkan bendera negara haram Israel berlabuh di Pelabuhan Klang. Ini membuktikan memang terdapat urusan perdagangan di antara Malaysia dan Israel. "Miti telah meluluskan permohonan syarikat di negara kita ini untuk membekalkan minyak sawit dan bahan kimia ke Israel dan eksport minyak sawit yang terakhir pada akhir Mei tahun ini manakala pada April, Malaysia telah menghantar bahan kimia ke Israel," ujar Mahfuz Menurut beliau, dalam minit mesyuarat kabinet 20 Mac 1996 yang dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed telah meluluskan usul membenarkan import eksport dengan negara haram Israel ini secara rahsia dan sulit dan diteruskan sehingga ke hari ini. "Apa maknanya usul yang dibentangkan Najib pada Isnin lalu. Saya rasa ini adalah usul hipokrit dan Najib hanya mencari kepentingan politik beliau dalam isu rejim Zionis-Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara hakikatnya Malaysia membenarkan kapal dagang rejim Zionis-Israel itu dibenarkan berlabuh di sini," tegasnya. SK Share |
Posted: 09 Jun 2010 05:00 PM PDT Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin 2010/06/09 KUALA LUMPUR: Detik hitam pernah dilacurkan selain dipaksa menjadi abdi seks, langsung tidak menginsafkan segelintir 'ibu ayam' muda yang sebaliknya rancak menyeludup ramai gadis warga asing untuk dijadikan pelacur di negara ini. Kebanyakan ibu ayam muda berusia 20-an terbabit berasal dari Filipina dikesan memperdaya gadis belasan tahun dari selatan negara berkenaan dengan diumpan pekerjaan sebagai pembantu restoran atau hotel bergaji lumayan. Aktiviti yang dianggap jenayah memperdagangkan manusia itu terbukti apabila dua ibu ayam, masing-masing berusia 25 tahun ditahan polis selepas didapati memperdaya empat gadis warga asing untuk dijadikan pelacur. Dalam kes terbaru Sabtu lalu, seorang ibu ayam muda diberkas di sebuah rumah sewa di Lahad Datu, Sabah, selepas seorang pelacur yang diperdaya membuat pengakuan kepada polis berhubung dalang di sebalik kegiatan maksiat dilakukan. Sumber polis Bukit Aman berkata, susulan itu polis menjalankan risikan sebelum menjejaki ibu ayam warga asing terbabit yang hidup mewah hasil kegiatan menjual maruah gadis senegara di Malaysia. Operasi disertai Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintanden Shamsudin Mat Zin dilakukan selepas orang awam memberikan maklumat berhubung seorang gadis warga Filipina yang dilacurkan di sebuah hotel di bandar berkenaan. "Gadis berusia 19 tahun itu diperdaya bersama tiga rakan dengan dijanjikan pekerjaan di hotel di Sabah. Mangsa yang tertarik kata-kata manis dijanjikan bayaran RM2,000 sebulan bersetuju mengikut ibu ayam terbabit sebelum dijadikan pelacur di bandar berkenaan. "Bagaimanapun, dia tidak berani untuk melarikan diri selepas diugut selain sering ditakut-takutkan ibu ayam yang mendakwa mereka akan ditangkap pihak berkuasa dan polis kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah memasuki negara ini," katanya. Namun, katanya, seorang mangsa yang berasal dari Zamboanga City, Filipina, sanggup membuka mulut selepas seorang pelanggannya menawarkan bantuan bagi membebaskan mangsa dari cengkaman sindiket terbabit. "Hasil soal siasat, polis mengesan rumah ibu ayam terbabit yang terletak tidak jauh dari hotel berkenaan. Dalam operasi jam 8.40 malam itu, polis menyerbu rumah suspek sebelum menahannya bersama seorang lelaki dipercayai ahli sindiket. "Siasatan mendapati ibu ayam berusia 25 tahun terbabit mempunyai pasport sah memasuki negara ini dan dikesan 'menjual' setiap mangsa yang dilacurkan dengan harga RM180 sekali perkhidmatan," katanya. Sehubungan itu wanita terbabit ditahan polis mengikut Seksyen 13 Akta Memperdagangkan Manusia 2007 untuk tindakan lanjut. hmetro Share |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan