Sabtu, 5 Jun 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Amalan Kita Kita Tak Mampu Menyaingi Walaupun seekor Ulat Kecil

Posted: 05 Jun 2010 06:21 PM PDT

Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim'setiap malam sebanyak 1000 kali.

PERKASA Dan Pemuda UMNO Hantar 1000 Sukarelawan ke Ghaza.

Posted: 05 Jun 2010 05:01 PM PDT

Mungkinkah berita ini menjadi Kenyataan?
Mungkin tidak.
Saya juga menunggu kalau -kalau ketua pemuda PAS nak menawarkan diri sebagai sukarelawan ke ghaza...

Maaf sekadar coretan santai di pagi hari..

Kapal Rachel Corrie Sah Ditahan Israel (Laknatullah)

Posted: 05 Jun 2010 03:21 PM PDT

Perdana Global Peace Organization (PGPO) memaklumkan kapal Rachel Corrie yang sedang dalam perjalanan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza kini ditahan Tentera Pertahanan Israel (IDF).
Bagaimanapun Penasihat PGPO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, maklumat berkenaan masih belum disahkan oleh pihak berkaitan.

"Kita dapat info yang belum disahkan bahawa Rachel Corrie telah ditahan oleh IDF daripada meneruskan perjalanan ke Gaza," katanya melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online.
Difahamkan Rachel Corrie dipintas oleh kapal pasukan tentera laut Israel ketika hanya beberapa kilometer lagi menghampiri Semenanjung Gaza.

Sebelum ini Mukhriz mengesahkan terdapat tiga buah kapal yang dipercayai milik tentera laut Israel mengekori Rachel Corrie sejak kira-kira pukul 3 pagi waktu di Gaza.
Dalam maklumat terkini menerusi laman Twitter, PGPO yang menaja kapal bantuan misi ke Gaza itu menyatakan bahawa semua sukarelawan yang berada dalam kapal berkenaan dilaporkan selamat.
Sementara itu menurut laporan agensi berita AFP, Rachel Corrie tidak mengendahkan arahan tentera laut Israel supaya kapal itu mengubah haluan menuju ke Pelabuhan Ashdod.

"Kami memberitahu beberpa kali kepada penganjur dalam kapal itu supaya menuju ke Pelabuhan Ashdod kerana wujud sekatan untuk masuk ke Semenanjung Gaza, tetapi mereka tetap ingkar," kata seorang jurucakap tentera Israel.

Kapal Rachel Corrie milik Malaysia membawa 1,500 tan pelbagai bantuan termasuk makanan, perubatan dan bahan binaan kepada penduduk Gaza dalam misi tersebut.
Rakyat Malaysia yang berada di atas kapal kargo tersebut ialah Matthias Chang, Sukarelawan PGPO Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu. Turut berada dalam kapal berkenaan Ahli Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, Wartawan TV3 Halim Mohd dan jurukamera, Mohd Jufri Judin.-mstar

-iklan-
-Siapa mahu widget percuma tanpa popup 100% ciptaan org Muslim dijamin halal-

Gambar yang Menarik Untuk Di lihat

Posted: 05 Jun 2010 10:53 AM PDT



Askar Amarika laknatullah di Iraq.


Jangan lupa tinggalkan link anda di ruangan komen agar saya dapat buat kunjungan balas ke blog anda

Kami Bersama Tuanku

Posted: 05 Jun 2010 09:06 AM PDT

agong
Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah dan Ucap Selamat kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France)
                 Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke 47
                           Semoga Allah Melanjutkan Usia DYMM Tuanku 

Tiada ulasan: