From Perak With Love |
- Kenyataan DS Nizar mengenai Adun Lompat
- Gambar : Aksi 'bebas' Ketua UMNO Bahagian Ranau, Datuk Masidi Manjun
- UPDATE: Saiful Apek ditahan Polis
- Sidang Media PKR Perak
- Mufti dan Zul Noordin diminta turun berdemo!
| Kenyataan DS Nizar mengenai Adun Lompat Posted: 13 Jun 2010 11:52 PM PDT Saya ada terbaca di Malaysiakini Inggeris yang DS Nizar berkata bahawa jika benar ada yang melompat, bubarkan DUN dengan segera. Pada saya kenyataan Nizar memang baik dan sesuai jika benar. Namun, bolehkah nak harapkan Zambry bubar DUN? Jangan mimpi lah! Jika begitu, PKR sepatutnya terima 3 Adun tersebut, tubuhkan kerajaan, dan bubarkan Dun! Ini cadangan saya. Siapa Setuju, sila angkat keyboard!!! Sent From My iPad |
| Gambar : Aksi 'bebas' Ketua UMNO Bahagian Ranau, Datuk Masidi Manjun Posted: 13 Jun 2010 09:07 AM PDT ![]() Ketua UMNO Bahagian Ranau, Datuk Masidi Manjun ! Sedap tak pegang/sentuh atas perempuan macam tu??? Kenapa ? terlalu syoks ke? Dari UMNO, kan? Melayu, kan? Muslim , kan? Opss! lupa lah, dia pegang jawatan sebagai Ministry of Tourism, Culture and Environment, Sabah, Malaysia (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) oh.... itulah Culture Malaysia, itulah culture Melayu, Muslim yg dialu alu kan oleh UMNO ke???? - Facbook "Kami Benci Saiful Bukhari!" http://www.facebook.com/?ref=home#!/photo.php?pid=4907322&id=124838741203 |
| UPDATE: Saiful Apek ditahan Polis Posted: 13 Jun 2010 06:28 AM PDT Saiful Apek @ Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41pelakon merapu ditahan polis bersama lima rakannya ekoran dakwaan penyalahgunaan dadah. Mereka semua ditahan dirumah kediaman Saiful kira-kira pukul 10 malam semalam. Adoiyai ape cerita lu ni apek. Lu isap-isap ka? Apapun kita tunggu berita seterusnya. UPDATE
Saiful ApekPETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam. Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. "Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini," katanya kepada mStar Online sewaktu dihubungi di sini hari ini. Apek terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006). |
| Posted: 13 Jun 2010 06:08 AM PDT Barisan Nasional Perak hari ini bakal menerima tamparan hebat apabila terdapat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka akan mengambil tindakan mengumumkan untuk keluar parti bagi menyertai Pakatan Rakyat - KEADILAN kerana tidak berpuashati dengan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Pada satu sidang media yang diadakan di sebuah hotel, Ketua Penerangan KEADILAN, Zulkifli Ibrahim menjelaskan beberapa Adun telah berjumpa beliau menyatakan tidak puas hati dengan kepimpinan Zambry. "Barisan Nasional dan Umno Perak sekarang sedang mengalami krisis dalaman yang agak parah, terdapat beberapa Adun mereka telah berjumpa dengan kita serta meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan Zambry yang dilihat berat sebelah. "Mereka menjelaskan polisi kerajaan BN sudah semakin tidak stabil dan dilihat sudah jauh dari agenda perjuangan sebelum ini. Sikap Zambry yang memberi keistimewaan kepada Adun bebas melebihi mereka yang berada lebih lama di dalam Umno. "Layanan istimewa yang diberikan oleh Zamry itu menyebabkan mereka terasa tersisih, ini bukan sahaja berlaku kepada Adun malah kepada Ketua-ketua bahagian," jelasnya. Beliau juga memberitahu bukan sahaja sikap tidak puashati malah Gerakan Anti Zambry (GAZ) juga sedang bergerak aktif dan mendapat sokongan dari setiap bahagian. "Saya juga dimaklumkan oleh mereka yang berada di dalam Umno bahawa satu gerakkan GAZ juga sudah bergerak secara aktif sejak sebulan yang lalu, pergerakkan ini mendapat sokongan dari setiap bahagian dalam menyatakan kecewa dengan Zambry. "Pergerakkan tersebut dilakukan oleh Pemuda Umno sendiri dan melalui pertemuan dengan kepimpinan KEADILAN Perak mereka hanya menunggu isyarat yang sesuai untuk turut bersama dengan KEADILAN. "Apa yang ingin saya jelaskan, mereka meminta nama-nama mereka dirahsiakan dahulu kerana tidak mahu perkara yang tidak dikehendaki berlaku keatas mereka jika pemimpin tertinggi BN mengetahui hasrat mereka untuk keluar dari BN. "Pengumuman penting ini akan dilakukan oleh Kepimpinan Negeri bila tiba masa yang sesuai nanti. Kita tidak mahu kejadian yang lama berulang kembali," sambungnya lagi. Zulkifli memberitahu rakyat dan kepimpinan Umno melihat layanan yang dilakukan oleh BN Negeri terhadap Pakatan, mereka kecewa dengan amalan rasuah yang dilakukan oleh peringkat tertinggi dalam memancing Adun dari Pakatan Rakyat. "Umno Perak dan seluruh rakyat sudah menilai kerja kotor pimpinan tertinggi BN dengan menawarkan sejumlah wang yang besar kepada Adun Pakatan dan mereka kecewa amalah rasuah bertambah teruk di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Mereka menyifatkan Umno menggunakan jalan yang salah dalam memastikan kedudukan terjamin di Perak sehingga menghalalkan yang haram seperti mana kelulusan lesen judi," katanya lagi. Zulkifli juga menambah kebanyakan Adun BN yang bertemu dengannya menjelaskan akan berlaku kemerosotan kerusi BN pada pilihan raya umum yang akan datang, selain itu juga terdapat orang asal yang marah dengan kerajaan negeri kerana tidak mengambil tindakan segera tentang soal tanah mereka. Beliau juga tidak menolak akan berlaku usaha yang dilakukan oleh BN dalam menghalang usaha ketiga-tiga Adun tersebut untuk menyertai KEADILAN. Selain itu beliau tidak pasti jika perkara tersebut berlaku akan menyebabkan pembubaran DUN kerana pembentukkan kerajaan sudah memasuki tiga tahun. Turut hadir bersama pada sidang media tersebut ialah Ketua Biro Strategi Negeri Perak, Md Nasib Rahim dan Ketua Biro Orang Asal Negeri Perak, Arsian Napiteopoeloe. |
| Mufti dan Zul Noordin diminta turun berdemo! Posted: 13 Jun 2010 02:17 AM PDT PAS PUSAT DIMINTA DESAK MUFTI HADIR DEMONSTRASI- harakah daily PAS Pusat diminta menghantar surat kepada mufti-mufti di seluruh negara untuk mendesak mereka turun padang membantah judi bola sepak yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada perhimpunan 3 Julai ini. Perwakilan Teberau, Shamsul Bakri berkata, semua pihak termasuk mufti perlu hadir pada demontrasi itu sebagai menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi terbabit. "Kita juga perlu tetapkan diri hadir pada demontrasi yang diadakan badan-badan Islam biar pun bukan dikendalikan di bawah PAS. "Kita kena bertindak secara berterusan bagi memansuhkan semua jenis judi di negara ini," katanya ketika menyokong usul Dewan Pemuda PAS Pusat yang mendesak kerajaan memansuhkan judi sukan. Usul itu mendesak kerajaan Malaysia memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi dan mendidik rakyat membenci judi. Sent From My iPad |
| You are subscribed to email updates from From Perak With Love To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan