MANDOR.BLOGSPOT.COM |
| Khir Toyo 'frust' & Khalid yang 'cool' Posted: 26 Jun 2010 11:22 AM PDT Oleh: cucupakkasim "Khir Toya dengan Micheal Jackson tak ada beza, dua-dua tak boleh kena cahaya kepanasan yang berlebihan, cuma Khir Toya dia tak tidur dalam balang macam Michael Jackson. Dia sendiri tidak menafikan yang Selangor di bawah PKR/Pakatan Rakyat dengan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar telah melakukan banyak perubahan dan perkara-perkara yang baik. Khir Toyo juga mengakui peluang untuk umno kembali semula ke Selangor dengan Menteri Besar yang baru dari umno terlalu sukar, 1/10. Sokongan kepada Khalid terlalu kuat dan cukup solid. Lama menghilang dan lama tak dengar cerita Mamat ni, tau-tau keluar kalam yang lebih merupakan luahan 'frust'nya. Laporan mengatakan yang ada sekumpuan 15 orang Ahli-ahli Parlimen dari PKR sedang berkumpul dan membentuk satu geng untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim ada lah hanyalah merupakan satu spekulasi semata-mata. Bermacam-macam cara dan jalan dicari untuk menunjukan ketidakupayaan Khalid memimpin Selangor dan PKR negeri termasuklah pada masa ini Khalid sedang diasak hebat berhubung dengan dakwaan kegiatan perlombongan pasir secara haram di negeri Selangor, namun ia langsung tidak menjadi kudis dan Khalid Ibrahim tetap 'cool'. Khir Toyo pun cuba juga untuk mengucar-ngacirkan Khalid dan PKR Selangor dengan mengapi-apikan rakyat negeri Selangor bila dia kata yang PKR di Selangor sekarang sudah ada 2 kumpulan, 1 kumpulan yang menyokong Khalid dan 1 lagi kumpulan yang hendak menyingkirkan Khalid. Khir yang sangat-sangat kecewa sekarang juga cuba mengapi-apikan hubungan diantara Azmin Ali dengan Khalid dan juga pemimpin-pemimpin parti yang dibawah. Kata lah, buat lah kenyataan apa pun, umno Selangor yang merupakan parti pembangkang disana sekarang ini tersangat lemah./Sumber: http://dollahyankee.blogspot.com |
| PROJEK `LANGGAR HADI' TUKAR KEPADA `LANGGAR KUMPULAN 40' ? Posted: 26 Jun 2010 04:27 AM PDT BILA melihat kepada peristiwa kumpulan 40 `ustaz' yang digelar `Ulamak Muda' tu masuk Umno, aku ingin mencadangkan sesuatu. Cadangan aku adalah apa kata kita hentikan projek `Langgar Hadi' yang tidak banyak kesannya untuk memartabatkan Islam. Kemudiannya, kita halakan muncung senjata kita ke arah satu projek baru iaitu `Langgar Kumpulan 40' pula. Aku sebenarnya kurang senang dengan `projek langgar Hadi' yang aku faham apa objektif projek tersebut. Ianya ada kaitan dengan UG yang satu ketika dulu heboh diperkatakan. Aku pun teramat tidak setuju dengan UG, dan kemudiannya Alhamdulillah, kepimpinan PAS pun buat keputusan secara rasmi bahawa tiada lagi UG. Lebih dari itu, aku tidak mahu selam ke dalam hati para pemimpin yang mengaku secara terbuka tiada lagi UG dengan Umno itu. Berbaik sangka sajalah. Pada aku, jika UG ini dibangkitkan semula pada saat Umno masih tidak berubah, aku pun akan tumpang untuk menyerang UG. Tetapi, jika Umno terbukti berubah dengan beberapa tindakannnya yang selari dengan tuntutan kita di dalam PR, apa masalahnya lagi dengan UG. Tetapi, Umno mesti buktikan dulu keikhlasannya dan jika mahu terima UG ini juga, pimpinan di dalam PR juga mesti mendapat restu dari rakan-rakan yang lain di dalam PR sendiri. Tiadalah nanti timbul kata-kata kawan tikam kawan. Buat masa ini, tumpukan pada kerja kita untuk musnah Umno. Lupakan projek `langgar Hadi' dan berpahala juga kita sekiranya ditukar kepada `projek langgar kumpulan 40' pula. Kita bimbang, dengan wujudnya kumpulan 40 berilmu agama ini akan lebih menyesatkan Umno dan orang-orang Melayu yang masih jahil lagi. Itu satu cadangan aku saja. Mungkin ada kawan-kawan yang tidak setuju dan masih bersemangat untuk meneruskan projek `langgar Hadi'nya itu. Terpulanglah pada mereka dan aku harap kita tidak salah mensasarkan muncung senjata kita. /mandor.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan