Ahad, 27 Jun 2010

al-brangi

al-brangi


Di Luar Sana, 'Mak Cik Sendiri Tahukan?

Posted: 26 Jun 2010 11:30 PM PDT

al-brangi:

Sebagai ibu-bapa yang sayangkan anak-anak tentulah lagi runsing Mak Cik. Kita lagi bimbang kerana baldi yang kita menadah air, tak jugak penuh, rupanya menadah dengan baldi bocor.

Ibu bapa bukan tak boleh kerjasama, tapi masalahnya di rumah kami,......kami tak ada pegawai peguatkuasa Agama sendiri, kami tak ada polis sendiri, kami tak ada radio dan TV sendiri, kami tak ada surat khabar dan majalah sendiri, kami tak ada disko dan kelab malam sendiri yang kami boleh kawal pergaulan mereka.....yang kami ada hanyalah lidah dan mulut yang mampu beri nasihat......kami hanya mampu mengunci rumah diwaktu malam.....tapi disiangnya, diluar sana, Mak Cik sendiri pun tahukan......macam-macam ada.

Korea Selatan 'Kempunan'......Malaysia Kenan

Posted: 26 Jun 2010 06:30 PM PDT

Bukan Korea saja kempunan, Malaysia dah lama kempunan. Dapat pingat emas bolasepak di Sukan Sea Laos tempoh hari kira oklah......tak adalah orang gelar kita jaguh kampong.

Kita kena tabik pada pasukan Korea Selatan yang mempunyai semangat kental melawan......tapi pasukan Malaysia.....terbalik pulak, yang mempunyai semangat kental melawan ialah pegawai-pegawainya.....semangat kental melawan merebut dan mengekal jawatan masing-masing dan mengasak ke tepi mana-mana pegawai yang tak sebulu dengan 'bulu-bulu' sendiri.

Malam tadi negara yang mempunyai dengan segala kemajuan teknologi cangih serta sains sukan terkini serta kepakaran strategi terutama dalam membunuh serta menghancurkan tamadun manusia (peperangan di Iraq dan Afghanistan), Amerika Syarikat tumbang, merudum menyembah bumi kepada sebuah negara kerdil dari segala kemudahan infrastruktur sukan dan kekangan kewangan tetapi kaya dengan bakat dan semangat iaitu Ghana.

Perlu diingat Ghana pernah menjadi juara Piala Dunia Bawah 17 tahun dan paling terkini menjadi juara Piala Dunia Bawah 20 tahun pada tahun 2009 mengalahkan Brazil disamping menjadi juara bolasepak Piala Negara-Negara Afrika sebanyak 4 kali.

al-brangi:

Nasib baik (?) lesen 'judi bolasepak' ditarik balik, kalau tidak macamana ye kutipan hasil akibat keputusan malam tadi?

Ini Baru Betul Ulamak Muda

Posted: 26 Jun 2010 07:30 AM PDT

'Kami nak berdakwah, bukan nak berpolitik.'

Begitulah alunan kata bersopan lagi berhemah dari golongan G40.

Kenyataan ini bunyi sedikit janggal. Ia berbunyi seolah-olah politik terpisah langsung dalam berdakawah atau lebih tepat lagi, politik itu sendiri macam terpisah langsung dengan Islam.

Masih kah kau ingat akan kenyataan yang berbunyi "Awas Sindrom 3D di IPT!" suatu waktu dulu?

3D, tak ada kena mengena dengan 4D (judi empat digit nombor ekor) atau kena mengena dengan 3 Dimensi.

'Awas Sindrom 3D di IPT' yang pernah dinyatakan oleh Umno ialah Disko, Dadah dan Dakwah.

Jadi sedar atau tidak sedar, geng G40 harus berwaspada, adakah ruang dakwah masih terbuka dan terhidang luas dalam Umno sedangkan apa yang berlaku dalam Umno ialah golongan ulamak telah dicairkan oleh Geng Bukan Ulamak?

G40 boleh menyaksikan sendiri apa sudah jadi pada golongan 'Ulamak Tua' dalam Umno?

al-brangi:

Amat tertarik dengan Ulamak yang sorang, memang betul-betul muda, belum aqil baligh pun lagi walaupun mungkin sudah mumyiz. Sila lawat blog Cucukwantung

Tiada ulasan: