Blog-list Malaysia |
- Khairy Cuma Penyibuk - Ibrahim Katak
- Saman Felda Hanya Dedah Kepincangan Sebenar
- Kenyataan Media Pemuda Gopeng
- Felda - Umno Sanggup Saman Dari Jawab Soalan
- Azmin dakwa MB Selangor tak berubah meskipun ditegur
| Khairy Cuma Penyibuk - Ibrahim Katak Posted: 26 Jun 2010 07:06 PM PDT "Saya cadangkan kepada kerajaan supaya melantik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai wakil tetap negara ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf menteri kerana dia sahaja yang faham globalisasi." Demikian reaksi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas kenyataan Khairy yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung dan menjadi penghalang kepada semangat 1Malaysia. Ibrahim berkata, pertubuhan tersebut sememangnya 'jaguh kampung' kerana di kawasan tersebut terdapat ramai orang Melayu dan bumiputera yang memerlukan pembelaan. Katanya, Perkasa terpaksa memperjuangkan hak kaum pribumi kerana nasib mereka semakin dihimpit apatah lagi Pergerakan Pemuda UMNO yang dipimpin Khairy semakin lesu. "Saya gembira (dengan kenyataan Khairy) sebab saya memang dibesarkan dengan nyamuk di kampung dan bukannya dilahirkan di Kuwait apatah lagi belajar di Oxford. "Maka sebab itu nasib orang kampung khususnya Melayu dan bumiputera perlu dibela kerana banyak isu yang dibangkitkan hari ini membabitkan kepentingan bumiputera. "Perkasa hanya mengisi ruang di atas kegagalan Pemuda UMNO yang semakin lesu di bawah pimpinan Khairy," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Khairy yang mendakwa pendekatan digunakan Perkasa terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia. Jawapan itu diberikan Khairy ketika ditanya mengenai kenyataan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu. Khairy turut dilaporkan berkata, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi. Ibrahim berkata, Khairy tidak perlu menjadi penyibuk kerana apa yang dibangkitkan sebelum ini hanya membabitkan Ka Siong yang mempersoalkan hak bumiputera dalam isu biasiswa. "Kenapa tiba-tiba dia pertahankan Ka Siong sedangkan jelas pemimpin MCA ini mempertikaikan hak keistimewaan Melayu kerana saya percaya laporan akhbar tidak silap. "Saya ingin bertanya di mana pendirian Khairy ketika Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dihentam kerana membela Melayu?," katanya. Beliau turut mendakwa Khairy menjadi penyumbang kepada kebencian rakyat terhadap UMNO dan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu. "Apakah Khairy faham konsep 1Malaysia, Perdana Menteri sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa konsep tersebut tidak sama dengan gagasan Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP kerana 1Malaysia masih di bawah payung Perlembagaan negara," katanya. Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bahawa ada pelajar Melayu tidak mendapat biasiswa walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. "Semalam seorang ibu menghubungi saya kerana anaknya, Muhd. Asyraf Fahmi Abdul Razak dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu yang mendapat 12A tidak mendapat biasiswa untuk ditempatkan ke universiti yang lebih baik. "Saya akan membawa kes ini mengikut prosedur tetapi sekiranya pelajar ini tidak diberikan biasiswa saya akan memulakan langkah untuk menyaman kerajaan," katanya. |
| Saman Felda Hanya Dedah Kepincangan Sebenar Posted: 26 Jun 2010 07:01 PM PDT Demikian kata Ahli Majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang yakin mahkamah bakal menjadi medan pendedahan bagi merungkai permasalahan warga Felda. Mengikut laporan media, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mempertikai laporan bertajuk `FELDA BANGKRAP' dalam keluaran Bil 237 bertarikh 21 hingga 29 Jun 2010. Beliau bercadang memfail saman terhadap Zaid; Pengerusi Biro Felda PKR Pahang, Suhaimi Said dan Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dan Suara Keadilan. "Ini merupakan penyakit baru di Malaysia, saman 200 juta, 300 juta. Kita boleh tulis apa yang kita nak. Mahkamah hanya suruh bayar ganti rugi berdasarkan bukti kita. "Apa sebenarnya yang kita rugi dengan pendedahan itu. Ini hanya taktik politik nak menakutkan kita lah. Tapi kita tak bimbang soal 100 juta, 200 juta yang mustahaknya rakyat tahu apa yang berlaku. "Seperti saya kata hari tu, kalau kes ini dibawa ke mahkamah kita ada peluang untuk membicarakan nasib Felda sebenarnya," kata Zaid. |
| Posted: 26 Jun 2010 06:28 PM PDT KENYATAAN MEDIA Dewan Pemuda PAS Gopeng Pemuda PAS menyokong kenyataan Tun Mahathir bahawa tiada cubaan di peringkat UMNO untuk menarik ulama' demi menandingi PAS kerana jelas parti tersebut adalah parti yang anti islam dan maruah ulama' selama ini. Di sebalik kekalitan emosi umat islam antarabangsa bersimpati dengan gerakan NGO islam membantu gaza, UMNO pula kini ingin mengambil kesempatan menampilkan imej Islamiknya melalui pelbagai spekulasi dan kenyataan berkaitan ulamak. UMNO bukan parti yang memperkasakan institusi Ulama' sebaliknya UMNO memiliki banyak projek mengembiri dan memandulkan ulama'. Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Pusat, Bagaimana mahu menambah 100 orang lagi ulama' ? jika ulama' yang sedia ada seperti Datuk Jamil Khir , mufti - mufti seluruh negara , Datuk Mashitah , Datuk Nakhaei , Hamid Othman , Yusuf Noor dan ramai lagi tidak dilihat mampu berfungsi dan berperanan membawa UMNO keluar dari perangkap jahiliyyah moden yang bertunjangkan fahaman sekular . Dewan Pemuda PAS Gopeng menolak keras kenyataan Tun mahathir yang menuduh para ulama' pengasas PAS sebagai golongan oportunitis, kecewa serta hanya bertindak keluar UMNO kerana tiada habuan pangkat dan perlantikan sebagai calon. Kami menasihati Tun agar menamatkan tradisi pembohongan UMNO terhadap sejarah Malaysia. Jika benar mereka kecewa , mereka sebenarnya kecewa kerana UMNO hanya memilih pemimpin yang pro sekular, mementingkan penerusan sistem jahiliyah British serta gila judi dan arak. Ini kekecewaan yang dituntut oleh Islam. PAS ditubuhkan rentetan daripada Penubuhan Persatuan Ulamak Se Malaya pada 1951 di mana pengerusi penajanya ustaz Hj Ahmad Fuad Hassan telah menggariskan matlamat persatuan ini untuk menyatukan ulamak demi membaiki sistem negara yang rosak. UMNO tidak layak berbicara isu ulama'. Lihat sahaja selepas kehilangan Dr Burhanuddin Al Helmi di muka bumi, barulah beliau diiktiraf sebagai tokoh negara, sedangkan sepanjang hayatnya belau dituduh sebagai ajen komunis dan anti agama. Dr Burhanuddin walaupun memimpin PKMM yang beraliran nasionalis melayu, tetap menekankan unsur Islam dan kedaulatan islam malah menjadi pencetus kepada penubuhan Hizbul Muslimin. UMNO hanya mengiktiraf ulama' untuk kepentingan politik mereka sebagaimana mereka ingin meraih simpati Dr Al Qaradhawi dan menunggang Ustaz Firdaus dan Dr Mashitah sebelum ini untuk pilihanraya. Dewan Pemuda pAS Gopeng juga menyelar sikap talam dua muka UMNO yang sanggup mengapikan kempen menentang pengganas di kampus sehingga menekan kelompok jamaah islam kampus seluruh negara. Persatuan Mahasiswa Islam seluruh negara akan dikambing hitamkan oleh UMNO. Di peringkat antarabangsa UMNO sibuk membantah tindakan Israel yang dikatakan zalim malah menolak kempen anti pengganas Amerika. Media perdana dan majalah-majalah pro UMNO di Malaysia juga menganggap kempen Islamofobia AS sebagai zalim terhadap umat islam. Ironinya di dalam negara, mereka merestui kezaliman kempen AS dan israel malah ingin melaga-lagakan ulama' dengan kempen pengganas. Usaha mengaitkan aliran wahabi sebagai aliran pengganas adalah suatu sikap simplistik dan dangkal. Kebiadaban UMNO ini hanya menjauhkan kaum bukan Islam terhadp agama islam. Jelas UMNO adalah perosak nama dan masa depan agama di Malaysia. Muhammad Nuruddin Bin Bashah Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng |
| Felda - Umno Sanggup Saman Dari Jawab Soalan Posted: 26 Jun 2010 09:33 AM PDT Tindakkan kerajaan dan Felda nak saman akhbar suara keadilan dan beberapa induvidu atas isu yang dilaporkan adalah sesuatu yang mengejutkan.Rakyat kususnya Peneroka Felda sedang menanti penjelasan dan jawapan yang meyakinkan terhadap dakwaan atas isu isu yang berkaitan dengan pengurusan perbelanjaan wang felda sehingga rizab tunai merosot begitu teruk sekali. Rakyat ingin mengetahui apakah semenjak 2004 hingga 2009 felda tak menerima apa apa bayaran kedalam akaun felda.Rakyat nak jawapan dari kerajaan dan Felda tentang rm2 bilion yang dikatakan salah satu punca susut tunai felda.Yb. Ahmad Maslan Timbalan Menteri yang jaga felda beritahu bahawa ianya digunakan untuk bantuan tanam semula.Sedangkan semua peneroka tahu itu adalah wang hasil tabungan peneroka untuk tujuan tanam semula.Rakyat dan peneroka menanti penjelasan kenapa lembaga pengarah tidak dirujuk untuk kelulusan pembelian menara felda dari syarikat Naza.Sebaliknya kerajaan hanya mampu jawab ini fitnah,felda adalah syarikat kerajaan takkan tergamak nak tipu melayu.Itu lah sahaja yang diungkap oilh pemimpin kerajaan umno/Bn. Sejak menjawat PM Malaysia Najib tidak mengambil langkah membersih dirinya dari segala dakwaan yang dilemparkan padanya scorpine,Altantuya,judi bola dan kini felda dan banyak lagi skandal yang melibatkan beliau dan memburukkan nama baik Malaysia. Kegagalan kerajaan memberi penjelasan memerlukan satu siasatan menyeluruh yang dikendalikan olih suatu jawatankuasa siasatan bebas dibawah Parlimen Malaysia perlu dibentuk dengan segera demi untuk menyelamat institusi felda yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka. MahfuzOmar |
| Azmin dakwa MB Selangor tak berubah meskipun ditegur Posted: 26 Jun 2010 05:36 AM PDT Kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menerajui Selangor tidak memperlihatkan perubahan meskipun telah ditegur secara terbuka ketika Kongres Nasional PKR Keenam akhir bulan lalu, dakwa Naib Presidennya Azmin Ali hari ini. Bagaimanapun Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan, beliau tidak pernah mendesak Khalid akan diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. "Semasa kongres ahli parti telah menegur Khalid dan barisan exconya supaya peningkatkan sistem pentadbiran negeri. "Tetapi malang selepas sebulan kita masih belum nampak satu tindakan proaktif yang diambil beliau terhadap setiap teguran yang dibuat," kata beliau ketika ditemui di sini sesi pemukiman PKR di sini petang ini. Beliau berkata tindakan ahli parti menegur Khalid bukan bermaksud mahu beliau meletakkan jawatan tetapi hanya sekadar teguran yang membina. "Kita tidak pernah suruh Khalid meletakkan jawatan, cuma saya dan pemimpin lain merasakan beliau dan barisan kepimpinannya perlu memberikan perhatian secara serius terhadap teguran yang dibuat. "Kita tegur berdasarkan rungutan yang diterima daripada rakyat. Jadi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kita perlu memberikan teguran yang membina supaya setiap kelemahan itu dapat diatasi," katanya. Tiga hari lalu Azmin meletakkan jawatan sebagai pengarah anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS), yang banyak pihak melihat sebagai petunjuk rasa tidak senang beliau terhadap kepimpinan Khalid. Bagaimanapun Azmin juga menafikan andaian itu. PKR memulakan sesi pemukiman dua hari petang tadi. Azmin menjadi tumpuan isu baru menyelubungi PKR khususnya Selangor ekoran laporan bahawa 15 Ahli Parlimen dikatakan akan mengemukakan petisyen kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menukar kepimpinan Menteri Besar Selangor. Isu itu dijangka menjadi salah satu agenda perbincangan sesi pemukiman kali ini. Azmin berkata kerajaan negeri perlu meningkatkan sistem pentadbiran negeri supaya agenda untuk merakyatkan ekonomi dapat diteruskan. "Kerajaan negeri perlu memastikan pelaburan ditingkatkan supaya pendapatan negeri juga akan meningkat. "Kalau tiada peningkatan dari segi pendapatan macam mana nak mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat. "Jadi tidak mungkin kita boleh meneruskan agenda merakyatkan ekonomi kalau negeri ini bangkrup. Jadi kerajaan negeri harus memperkemaskan pengurusan pentadbiran dengan cekap," katanya. Azmin menambah pentadbiran kerajaan negeri juga harus menghentikan birokrasi dengan serta-merta. "Birokrasi yang ada dalam sistem pentadbiran perlu dihentikan dengan serta-merta kerana jika terlalu banyak birokrasi ekonomi akan menjadi lembab. "Selain itu, setiap permohonan yang dibuat perlu diberikan kelulusan dengan cepat, telus dan bertanggungjawab serta mengikut prosedur yang ditetapkan," katannya. |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan