al-brangi |
- 'Tawan' Aras 5: Rumit, tapi tidak mustahil
- 'Sandiwara PAS' : Mukhriz di'beri' watak istimewa?
- Bahasa Ibunda: Gimik berhelah
| 'Tawan' Aras 5: Rumit, tapi tidak mustahil Posted: 14 Jun 2010 12:30 AM PDT Dalam Muktamar PAS ke-56 yang berakhir semalam, Presiden PAS memberi bayangan bahawa PAS akan 'menawan' Putrajaya.PKR mahu ke Putarajaya. DAP pun mahu ke Putarajaya. Begitu juga dengan PAS. Dalam erti kata yang lain Pakatan Rakyat memang 'ingin' ke Putrajaya. Dalam musim cuti sekolah ini saja, tak kurang 3 kali kami sekeluarga pergi ke Putrajaya kerana menghadiri kenduri kahwin, manakala Penjawat Awam pula, mereka hari-hari ke Putrajaya kecuali hari Sabtu dan Ahad. Apa istimewanya dengan Putrajaya ni? Jikalau anda ingin menaiki ERL untuk pergi ke KLIA, anda boleh menaikinya di hentian Putrajaya, anda juga boleh ke Alamanda di Putrajaya untuk membeli-belah, anda boleh ke Masjid Putra untuk solat di Putrajaya, anda boleh pergi untuk makan-makan sekeluarga, anda boleh pergi untuk beriadah dan juga anda boleh pergi ke Jabatan Kerajaan untuk berurusan sesuatu hal di Putrajaya. Pendek kata, anda tak susah untuk ke sana. Tiada perlu 'boarding pass' mahupun pasport. Yang paling minima anda boleh berjalan kaki atau ber'jogging' jika mampu, menaiki motorsikal atau berkereta atau naik bas ke Putrajaya. Anda tidak perlu membawa apa-apa bekalan makanan atau pakaian, cuma perlu membawa sedikit wang jika mahu ber'shopping', jika tidak, memadailah dengan hanya bermodalkan RM10.00 sudah cukup membeli sebotol air mineral dan sekeping burger atau se buku roti. Yang paling rumit dan susahnya jika anda berhajat pergi ke Putrajaya ialah, jika anda impikan untuk 'mengambil-alih' suatu tempat di sana. Bukan semua orang boleh pergi ke situ. Tempat itu ialah di Aras 5. Untuk pergi ke Aras 5, anda perlu berstrategi. Anda perlu mendapat sokongan daripada segenap lapisan rakyat, tidak kira warna kulit, suku kaum dan etnik, adat dan kepercayaan Agama . Anda perlu berperancangan. Anda tidak boleh berseorangan ke sana. Anda perlu berpakat elok-elok untuk ke sana. Walau rumit sekali mana pun pergi ke sana, tetapi ia tidaklah mustahil. Anda tentu arif di mana letaknya Aras 5 di Putrajayakan? [sumber .] |
| 'Sandiwara PAS' : Mukhriz di'beri' watak istimewa? Posted: 13 Jun 2010 09:15 PM PDT Janganlah mengelabah Datuk. Kalau dah kata PAS bersandiwara, tunggulah masa dipentaskan lakonannya nanti, barulah Datuk boleh tengok, siapa pegang watak apa. Kalau Datuk nak rasa lebih 'feel' lagi, Datuk cuba masuk dulu ke dalam PAS 'on trial-basis', mungkin PAS akan beri watak istimewa kepada Datuk. Lepas itu, kalau Datuk rasa kurang sesuai, Datuk boleh keluar semula, tapi saya merasakan, tak kenal maka tak cinta......rasa-rasanya Datuk tak mungkin akan keluar kot. |
| Posted: 13 Jun 2010 06:13 PM PDT Biasalah, kalau berada di depan kaum India, maka di janji-maniskan, ditanam tebu di bibir mulut nak mengambil hati. Timbalan Presiden Umno buat gimik, kononya nak wajibkan pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda seperti bahasa Tamil dan Mandarin di semua sekolah. [sumber.] al-brangi: Berapa lama mahu kajilah. |
| You are subscribed to email updates from al-brangi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan