Rabu, 16 Jun 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


PENDUDUK BUKIT BOTAK AKAN DAPAT HARTANAH BERNILAI TINGGI

Posted: 16 Jun 2010 05:30 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR
16 JUN 2010
PENDUDUK BUKIT BOTAK AKAN DAPAT HARTANAH BERNILAI TINGGI

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri telah mengadakan satu taklimat untuk penduduk Bukit Botak semalam berkenaan status bayaran pampasan berikutan pengambilalihan tanah bagi menjayakan projek perumahan yang menyeluruh di kawasan itu.

Taklimat ini diadakan di Pejabat Daerah Gombak dan diketuai oleh Menteri Besar sendiri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pegawai Daerah Gombak, Ahmad Zahrin Mohd Saad, wakil Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan wakil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Dalam perjumpaan tersebut, 15 orang wakil penduduk telah diberitahu rumah ditawarkan pada harga RM99,000 setelah mengambil kira bayaran pampasan pengambilan tanah mengikut keluasan.

Bagi tanah keluasan 205 meter persegi, pampasan adalah sebanyak RM12,300. Bagi tanah keluasan 672 meter persegi, pampasan adalah sebanyak RM40,320. Pampasan ini diserap sebagai kos pembangunan rumah yang ditetapkan sebanyak RM12,300 seunit dan selebihnya dijadikan deposit rumah.

Ini bermakna penduduk tidak kerugian kerana wang pampasan telah diserapkan sebagai kos pembinaan rumah serta infrastruktur yang dijanjikan seperti jalan, lampu, longkang, surau dan taman permainan kanak-kanak. Jika wang pampasan tidak diambil kira, rumah terpaksa dijual pada harga RM111,300 seunit.

Taklimat ini bertujuan mendapat komitmen penduduk Bukit Botak dalam menjayakan projek yang telah terbengkalai selama 20 tahun akibat kegagalan pemaju yang dilantik kerajaan terdahulu.

Dalam taklimat itu, wakil penduduk diberitahu harga rumah kekal seperti yang ditawarkan sebelum ini mengikut keluasan tanah yang telah diambil Kerajaan Negeri untuk memajukan projek itu.

Penduduk yang memiliki tanah seluas 205 meter, harga rumah yang ditawarkan berharga RM99,000 seunit dan pemilik tanah seluas 672 meter persegi, rumah ditawarkan dengan harga RM70,980 seunit.

Kesemua harga ini selepas ditolak dari wang pampasan yang patut mereka terima tetapi diserapkan dalam kos pembangunan dan selebihnya dijadikan deposit rumah. Ini bermakna, penduduk tidak perlu mengeluarkan wang pendahuluan untuk memiliki rumah.

Bagi penduduk yang tidak mempunyai hak milik atau tidak pernah membayar premium tanah, mereka perlu membeli rumah ini pada harga RM111,300 seunit. Namun, Pejabat Tanah dan Daerah Gombak masih menerima rayuan dari mereka yang mendakwa pemilik tanah tetapi tidak diberi hak milik atas sebab-sebab tertentu.

Wakil penduduk juga diberitahu proses mengeluarkan tender berada di peringkat akhir dan kontraktor yang dipilih akan diumumkan bagi menjayakan projek bernilai RM140 juta ini.

Menteri Besar menegaskan, Kerajaan Negeri tidak memperoleh sebarang keuntungan hasil dari pembangunan ini kerana projek ini hanya memenuhi tanggungjawab sosial dan membantu penduduk setinggan yang teraniaya.

"Kami mahu membawa penduduk setinggan ke era baharu. Selama ini penduduk setinggan hanya diberikan rumah yang dibina dengan standard yang rendah dan tidak bernilai tinggi. Cara ini meletakkan penduduk setinggan hidup pada takuk lama," kata Menteri Besar.

Mengenai runggutan penduduk yang mendakwa tidak diberikan maklumat dan dokumen yang lengkap, Abdul Khalid memberi jaminan LPHS serta Pejabat Tanah dan Daerah Gombak akan bekerja keras untuk bertemu dengan semua 1,422 penduduk bagi memberi penjelasan dan merekodkan pilihan yang mereka buat.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Selangor tidak akan meneruskan projek ini jika semua penduduk Bukit Botak menolak cadangan pembangunan projek perumahan ini.

Mengenai harga rumah yang dikatakan tinggi, Menteri Besar berkata, projek ini bukan sekadar menyediakan rumah kepada setinggan yang ditindas tetapi memberikan hartanah yang bernilai tinggi.

Katanya, pemilik rumah boleh mendapat keuntungan besar dengan menjual semula rumah ini kepada pihak lain selepas rumah siap sepenuhnya.

"PKNS sedia membeli rumah yang telah siap dengan harga RM170,000. Jika penduduk tidak mahu menjual kepada PKNS, mereka boleh menjual sendiri kerana rumah ini dibina dengan standard yang tinggi dan sudah tentunya nilainya lebih tinggi berbanding harga asal.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Tok Pa Tak Bagi Tok Guru Berucap Perasmian. Tok Pa Tidak Menghormati Menteri Besar Kelantan

Posted: 16 Jun 2010 05:00 AM PDT

Kelantan Fiesta: MB, Exco tidak akan hadir malam ini

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 16 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan fiesta berkenaan sebagaimana yang dipersetujui banginda menerusi surat bertulis 14 Jun lalu juga tidak akan hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Karnival Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri telah diketepikan dan tidak dihormati dalam membuat keputusan.

"Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam program Fiesta Kelantan yang akan berlangsung bermula 16 hingga 19 Jun ini.

"Pihak Red Carpet tidak menghormati persetujuan dan persefahaman yang diberikan oleh kerajaan negeri, antaranya kenyataan rasmi Red Carpet Worldwide, di dalam akhbar mengatakan yang merasmikan program ini adalah Perdana Menteri," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco, di sini tengah hari tadi.

Red Carpet Worldwide, melalui siaran-siaran di seluruh bandar, mengatakan mereka adalah penganjur dengan kerjasama sahaja daripada kerajaan negeri.

"Ini satu gambaran jelas perlanggaran persefahaman oleh Red Carpet Worldwide," ujarnya.

Takiyuddin menambah, beliau turut dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustafa Mohamad, bahawa Menteri Besar Kelantan, tidak dibenarkan untuk berucap dalam majlis berkenaan walaupun juga telah dipersetujui sebelumnya.

Pada 5 Mei lalu, Exco telah bersetuju untuk menganjurkan program itu secara bersama antara kerajaan negeri dengan Red Carpet Worldwide dengan beberapa syarat.

Katanya, sebelum ini program berkenaan dirancang antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan Red Carpect yang bertindak sebagai event management.

"Antara syarat yang dipersetujui bersama antaranya majlis perasmian itu akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan, Muhammad Faris Petra.

"Yang keduanya, antara yang bakal berucap pada majlis itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," ujarnya.

Katanya lagi, Pengerusi Jawatankuasa Induk juga telah melantik empat orang anggota Exco kerajaan negeri bagi mengurus program tersebut.

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/taki_press.jpg

(Gambar:Sidang akhbar empat Exco Kelantan mengenai Kelantan Fiesta 2010)

Jelasnya, antaranya Haji Abdul Fatah Mahmud, Datuk Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan beliau sendiri mengikut portfolio masing-masing.

Katanya lagi, keempat-empat Exco berkenaan juga sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk telah diberi tanggungjawab untuk mengangkat surat kepada Pemangku Raja untuk menjemput bagi merasmikan majlis berkenaan pada 16 Jun, iaitu malam ini.

"Alhamdulillah dua hari lepas, iaitu 14 Jun lalu saya telah menerima surat dari istana memaklumkan Pemangku Raja telah menyatakan persetujuan baginda untuk berangkat malam ini di stadium.

"Namun beberapa hari ini, kerajaan negeri mendapat maklum dan telah ditunjukkan bukti yang jelas pihak Red Carpet Wordwide tidak mematuhi persetujuan dan persefahaman yang telah dicapai bersama," ujarnya lagi.

Katanya, jika Menteri Besar tidak berucap, kemungkinan pihak Red Carpet akan berucap bersama Perdana Menteri.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengumumkan untuk menarik diri dari menyertai program berkenaan di mana semua pemimpin kerajaan negeri, para pegawainya juga tidak akan hadir malam ini.

Jelas Takiyuddin lagi, acara-acara yang bakal dipersembahkan malam ini melalui TIC seperti persembahan 1,000 pesilat, persembahan gendang besar, kejohanan bola sepak street soccer dan program di bawah majlis kerja raya juga ditarik balik.


tolak tok guru berucap pastu bagi awe adek rasmi. gila pangkat masih dirasai oleh puak apco kelantan

Tahlil Ustaz Hassan malam ini dan esok

Posted: 16 Jun 2010 04:45 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Semua pemimpin dan penyokong PAS sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dijemput menyertai majlis tahlil arwah bekas timbalan presiden PAS, Allahyarham Ustaz Hassan Shukri yang akan diadakan malam ini dan malam esok.

Majlis ini akan diadakan di perkarangan Markas Tarbiyah PAS Taman Melawar yang juga perkarangan rumah Allahyarham.

Ia akan diadakan selepas solat Isya, kata Syed Mohamad Syed Hassan, pegawai Pejabat Agung PAS.

Majlis tahlil telah bermula malam tadi dengan disertai oleh lebih 100 penduduk sekitar Taman Melewar.

Kerajaan Mongolia Jelaskan Bon Keselamatan Bagi Pihak Keluarga Altantuya 30 Jun

Posted: 16 Jun 2010 04:00 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 16 Jun - Karpal Singh, peguam bagi pihak keluarga mangsa pembunuhan kejam bangsa Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berkata kerajaan Mongolia akan membantu keluarga mendiang menjelaskan deposit bon keselamatan yang berjumlah RM60,000 sebagai jaminan bagi mahkamah meneruskan kes tuntutan saman ganti rugi.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen menyatakan kes saman tuntutan ganti rugi keluarga Altantuya tersebut akan mengambil masa kerana dakwaan kes jenayah berkenaan pembunuhan tersebut masih dijalankan.

Kini status kes tersebut berada di peringkat Mahkamah Rayuan dan akan disambung ke Mahkamah Persekutuan.

"Mereka akan jelaskan bayaran tersebut sebelum 30 Jun ini, jadi cadangan untuk mendapatkan derma bagi pihak bapa Altantuya, Shaariibuu Setev telah diselesaikan," kata Karpal kepada suara Keadilan.

Karpal pernah bercadang sebelum ini bahawa beliau akan meminta jasa baik semua ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu menjelaskan bayaran jaminan kos itu bagi pihak keluarga Altantuya.

Pada 4 Jun 2007, bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, ibunya Altantsetseg Sanjaa, dan dua anak lelaki mangsa, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, menyaman kerajaan Malaysia, Abdul Razak Baginda dan dua tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dengan menuntut ganti rugi RM100 juta bagi kematian wanita itu.

Mereka mendakwa Altantuya telah ditembak mati dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4 oleh Azilah dan Sirul Azhar yang merupakan anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) dan cebisan mayatnya ditemui di satu kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam, pada 7 Nov 2006.

Berikutan itu, Abdul Razak dan kerajaan Malaysia sebagai defendan memfailkan permohonan agar keluarga Altantuya menyediakan jaminan kos kepada mereka sebanyak RM1 juta atau sebarang jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah.

Selepas rayuan dibuat, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Mac 2010 mengarahkan keluarga Altantuya Shaariibuu membayar bon keselamatan berjumlah RM60,000 kepada kerajaan Malaysia dan Abdul Razak yang dianggap penasihat politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Plaintif dikehendaki mendeposit bayaran tersebut kepada mahkamah sebagai jaminan untuk meneruskan prosiding saman mereka.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zaleha Yusof semasa membuat keputusan itu di dalam kamarnya memberi tempoh tiga bulan untuk membayar wang tersebut, iaitu RM30,000 kepada setiap defendan (kerajaan Malaysia dan Abdul Razak).

Shaariibuu Setev juga dimaklumkan bahawa beliau telah cuba mendapatkan bantuan daripada ahli parlimen Mongolia kerana dia tidak berkemampuan dan jumlah bayaran agak besar, maka beliau cuba untuk mendapatkan bantuan dari ahli parlimen Malaysia.

Karpal yang mewakili keluarga Altantuya, menjelaskan bahawa beliau tidak akan membebankan keluarga Altantuya untuk membayar jaminan kos itu kerana ayah Altantuya, Shaariibuu Setev yang berpendapatan AS$200 (RM620) sebulan, perlu menyara keluarganya termasuk dua anak Altantuya.

Timbalan Menteri Salahkan Peguam Felda

Posted: 16 Jun 2010 03:30 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 16 Jun - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap kenyataan Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri,Datuk Ahmad Maslan berhubung pampasan RM7.8 juta yang terpaksa dibayar Felda kepada peneroka sebagai penghinaan terhadap peguam Datuk Cecil Abraham dan Sunil Abraham yang mewakil agensi itu.

Azan juga berkata kenyataan Ahmad itu menunjukkan Felda sebuah agensi kerajaan yang tidak mempunyai sikap profesional.

Semasa menjawab soalan lisan di dalam Dewan Rakyat hari ini Ahmad menyalahkan kegagalan kehadiran dua peguam tersebut semasa prosiding mahkamah menyebabkan Felda terpaksa membayar pampasan berjumlah RM7.8 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan pada 13 Januari tahun lalu.

Beliau menjelaskan ketidak hadiran peguam sebanyak dua kali iaitu semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu dan juga semasa proses rayuan di Putrajaya menyebabkan mahkamah memutuskan pembayaran tersebut perlu dilunaskan oleh Felda.

Dalam pada masa yang sama beliau menjelaskan kekalahan Felda bukan membuktikan berlaku penipuan terhadap peneroka tetapi kegagalan peguam yang mewakili Felda dalam perbicaraan tersebut.

"Kita melihat kenyataan Ahmad Maslan adalah satu sifat yang menghina kepada peguam yang mewakili Felda, jangan kerana kekalahan Felda maka kesalahan itu berada pada bahu orang lain bukannya hendak mengakui kesilapan Felda yang telah lama menindas peneroka.

"Felda ini adalah antara syarikat-syarikat korporat Kerajaan (GLC) yang paling banyak menyumbang pembangunan dan dana kepada kerajaan. Melalui kenyataan yang diberikan oleh menteri terbabit, seolah-olah mengambarkan Felda ini berada pada satu tahap yang amat rendah sekali.

"Tidak mungkin Felda hanya mempunyai seorang peguam sahaja dalam membuat urus tadbir perundangan dalam pentadbiran mereka, Ahmad Maslan sepatutnya menilai dulu apa yang ingin diperkatakan bukan hanya meletak kesalahan kepada pihak tertentu kerana tidak mahu mengaku kesilapan sendiri.

"Rakyat boleh terima kalau Felda membayar pampasan atas alasan membela nasib peneroka, tetapi meletakkan kesalahan kepada seorang peguam tanpa menilai prestasi dan apa yang Felda telah lakukan kepada peneroka adalah satu yang tidak boleh diterima. Saya melihat Ahmad Maslan sengaja meletakkan kesalahan dalam pentadbiran Felda terutama dalam perundangan," jelas Azan.

Azan turut meminta agar Felda mengambil pendekatan segera atas kekalahan tersebut dengan membuat perbincangan bersama peneroka dalam mencari jalan penyelesaian.

"Felda sepatut mencari jalan dengan membuat perbincangan bersama peneroka Felda, jangan hanya menanti kes tersebut dibawa ke mahkamah.

"Jika kekalahan mengalami Felda, maka perkara yang sama juga berlaku dan imej Felda akan bertambah buruk. Saya pasti alasan yang sama juga akan diberikan oleh menteri terbabit dengan meletak kesalahan kepada orang lain bukan kepada kesilapan Felda itu sendiri," katanya lagi.

Mungkir Janji Acara Fiesta Kelantan, Tok Guru nik Aziz Pulau Majlis Perasmian Malam Ni

Posted: 16 Jun 2010 03:00 AM PDT

Penganjur Mungkir Janji,Tok Guru Nik Aziz Pulau Fiesta Kelantan Malam ini

KOTA BARU, 16 Jun – Kerajaan Kelantan akan memulau majlis perasmian Fiesta Kelantan 2010 yang sepatutnya dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Datuk Seri Najib Razak di perkarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di sini malam ini dengan alasan penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat berucap.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata penganjur bersama majlis itu, Red Carpet World Wide Sdn Bhd, telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dijadual merasmikan fiesta itu dan Nik Aziz turut berucap tetapi mengikut keputusan terbaru, Nik Aziz tidak dibenarkan berucap manakala majlis itu tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini, Takiyuddin berkata, tindakan penganjur itu menyinggung perasaan kerajaan negeri yang diketepikan dalam banyak perkara.

Takiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Fiesta, juga berkata kerajaan negeri tidak akan menghalang sebarang aktiviti yang dijalankan sepanjang Fiesta selama tiga hari itu selagi ia memenuhi syarat yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, katanya, semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti pertunjukan 1001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar, dibatalkan. – Bernama

DAP saman Keshvinder, Hee kerana langgar akujanji

Posted: 16 Jun 2010 02:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: DAP tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap dua wakil rakyatnya yang keluar parti dan melanggar akujanji yang ditandatangani selepas pilihanraya umum 2008.

Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang Datuk Hee Yit Foong dan Kesvinder Singh (ADUN Malim Nawar) bakal dikenakan denda sebanyak RM5 juta dan dan perlu mengosongkan kerusi mereka kerana melanggar perjanjian tersebut.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Khoo Ham berkata, DAP Pusat akan mengambil tindakan saman terhadap kedua-dua ADUN terbabit, seperti yang dipersetujui kepimpinan tertinggi parti itu.

"Saya sudah berbincang dengan beberapa pemimpin kanan termasuk Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung) dan Karpal Singh (Pengerusi) dan mereka bersetuju," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, perkara ini bagaimanapun akan diputuskan secara rasmi semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 28 Jun ini.

Keshvinder merupakan ADUN DAP Perak kedua yang keluar parti semalam dan menjadi ADUN Bebas selepas Hee yang bertindak sedemikian pada Februari tahun lalu.
Kesvinder dibebani hutang

Ngeh mendakwa, sebab utama Keshvinder keluar parti kerana dibelenggu masalah kewangan dan peribadi.

Menurut Ngeh, Keshvinder mengadu keretanya ditarik kerana gagal membayar ansuran pinjaman dan memerlukan wang sebanyak RM3,500 bagi membayar tunggakan itu.
Hutang itu bagaimanapun dilangsaikan oleh Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim.

"Bulan lalu juga, kerani yang bekerja di dalam firma guamannya telah melakukan pecah amanah sebanyak RM45,000 di mana wang pelanggan firma telah dilesapkan.

"Beliau juga mempunyai hutang tertunggak dalam Kelab DiRaja Perak sejak beberapa bulan lalu," katanya.

Ngeh menjelaskan DAP Perak pernah berusaha untuk membantu Keshvinder mengatasi masalah kewangannnya tetapi tawaran Umno-BN lebih lumayan.

Ini dibuktikan apabila Keshvinder pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua tahun lalu kerana beliau pernah ditawarkan RM20 juta oleh Barisan Nasional (BN) agar melompat parti.

Bagaimanapun sehingga kini SPRM tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyiasat dakwaan Keshvinder itu.

"Saya percaya beliau disogok wang sama seperti Hee dan alasannya bahawa beliau hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyata adalah palsu," katanya.

SPR Selangor Cuba Sekat Pendaftaran Pengundi Baru

Posted: 16 Jun 2010 01:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Jun -Suruhanjaya Pilihan Raya cuba hadkan pendaftaran pengundi baru oleh Pakatan Rakyat di Selangor dengan peruntukan hanya 1000 borang pada bulan Jun.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam sidang media di lobi parlimen berkata Penolong Pendaftar DAP cuma dibekalkan dengan 50 borang untuk pendaftaran pengundi barun dengan alasan SPR negeri Selangor kehabisan borang tersebut.

"Ini merupakan satu perkara yang pelik sedangkan SPR negeri-negeri lain tidak mempunyai masalah ini.

"Adakah SPR pusat cuba mengurangkan pendaftaran pemilih baru di negeri Selangor di mana Pakatan Rakyat sedang bergiat cergas mendaftarkan pengundi baru yang belum mendaftar," soal Tony.

Menurut beliau, setakat ini Selangor merupakan negeri yang tertinggi dengan bilangan 787,000 jumlah pengundi yang tidak mendaftar sebagai pengundi.

"Kita rasa apa yang SPR buat sekarang bercanggah dengan tujuan dan matlamat SPR untuk menambah jumlah pengundi.

"Di Selangor, dalam tempoh sebulan, DAP berupaya mendaftar 2000 hingga ke 3000 pegundi baru setiap bulan, begitu juga dengan KEADILAN dan PAS.

"SPR telah berjanji untuk menambah bilangan penolong pendaftar daripada 22 orang kepada 110 orang untuk setiap parti tetapi telah secara tiba-tiba cadangan itu ditangguhkan oleh mereka sehingga hujung tahun ini," ujarnya.

Katanya lagi, SPR juga enggan bekerjasama dengan parti politik untuk menukar penolong pendaftar yang tidak aktif dengan alasan, tidak ada perubahan akan dibuat hingga akhir tahun ini.

Ini menunjukkan SPR dengan polisinya yang terkini mahu menyekat pendaftaran pengundi baru terutamanya di Selangor sedangkan di negeri-negeri lain tidak mempunyai masalah tersebut.

Mansuh Biasiswa, Bantut Peluang Pelajar Cemerlang

Posted: 16 Jun 2010 12:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Jun - Keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional memansuhkan biasiswa JPA secara beransur-ansur bercanggah dengan falsafah dan semangat yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Loke Siew Fok dalam sidang media di lobi parlimen pagi tadi berkata Dapsy membantah sekeras-kerasnya keputusan kerajaan berhubung pemansuhan pemberian biasiswa JPA kepada pelajar cemerlang secara berperingkat-peringkat seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan RMK-10.

"Keputusan ini sangat tidak adil kepada generasi muda kerana pengurusan kewangan yang boros dan tidak berhemah oleh kerajaan Umno-BN menyebabkan mereka terpaksa menanggung akibat dan implikasinya.

"Kerajaan Umno-BN mengatakan pemberian biasiswa tidak dapat diteruskan kerana pembiayaan kewangan yang tinggi dan kerajaan tidak mampu menanggungnya.

Kata beliau lagi, semasa kerajaan Umno-BN mengumumkan cadangan untuk membina bangunan parlimen yang baru bernilai RM800 Juta dan kos pembinaan Istana Negara mencecah RM811 Juta, tidak ada rakyat Malaysia yang waras yang dapat menidakkan peluang pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan alasan kekurangan dana.

Keputusan itu menurut Siew Fok akan membantutkan peluang ribuan anak Malaysia setiap tahun dari semua kaum yang tidak berkemampuan daripada menimba pengetahuan.

"Ini cukup bercanggah dengan falsafah dan semangat yang digariskan dalam RMK-10 yang dibentangkan seminggu lalu.

"Apakah isi kandungan yang dibentangkan Najib sekadar 'indah khabar dari rupa'? Najib semakin hari semakin dikenali sebagai 'Perdana Menteri flip-flop' kerana begitu cepat menukar dasar yang beliau sendiri bentangkan sebelum ini.

Tambah Siew Fok, Dapsy sekali lagi menyeru supaya kerajaa menubuhkan satu Jawatan Kuasa Pemilih Khas untuk mengkaji semula secara menyeluruh setiap aspek dan sistem pemilihan penerima biasiswa JPA dengan memberikan biasiswa kepada semua pelajar cemerlang SPM yang mendapat A dalam semua matapelajaran serta penajaan biasisw mengikut pengkhususan bidang pengajian hanya ditetapkan selepas menilai keputusan akademik di peringkat pra-universiti.

USTAZ HASAN SHUKRI -KEHILANGANMU SUKAR DICARI GANTI

Posted: 16 Jun 2010 12:00 AM PDT

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Sederhana. Prihatin. Mudah mesra. Berpengalaman. Itulah antara lain ciri-ciri yang ada pada seorang individu hebat Pas yang telah pergi meninggalkan kita semua pada tanggal 14 hb Jun 2008 yang lalu. Itulah Almarhum Ustaz Hasan Shukri – orang parti. Kehidupannya diabadikan hanya untuk parti yang beliau amat sayangi iaitu Pas. Mungkin beliau adalah antara pemimpin Pas yang mempunyai pengalaman yang amat lama dalam Pas iaitu sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1951 atau mungkin sebelum itu lagi.

Kali pertama saya bertemu beliau adalah ketika menghadiri tamrin pelajar di Taman Melewar. Ketika itu saya berada di tahun pertama sebagai pelajar undang-undang di UIA . Jika tidak silap saya pada masa itu beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Pas. Itulah kali pertama saya mengunjungi Taman Melawar dan itulah juga kali pertama saya melihat Ustaz Hasan Shukri secara bersememuka. Saya amat tertarik dengan sifat kesederhanaan yang beliau tunjukkan. Meskipun beliau adalah orang lama dalam Pas beliau menujukkan sifat mesra kepada orang-orang baru Pas seperti saya. Banyak pengalaman-pemgalaman manis dan pahit yang beliau kongsikan kepada kami- para pelajar yang baru ingin berjinak dengan Pas.

Sejak dari pertemuan kali pertama sehinggalah kali terakhir saya bertemu dan berborak mesra dengan beliau di Muktamar Pas di Putik Kelantan , apa yang saya boleh katakan adalah betapa Pas kehilangan besar sebuah permata yang amat bernilai. Terlalu banyak perkara yang saya – termasuk para pimpinan dan ahli pas yang lain- belajar dari Ustaz Hasan Shukri. Pelajaran yang paling berharga adalah perlunya istiqamah dalam perjuangan tanpa mengira di waktu senang dan susah. Tidak sedikit mereka yang gugur dalam perjuangan Pas kerana tidak tahan diuji. Namun Ustaz Hasan membuktikan kepada kita beliau telah berjaya melepasi segala ujian dalam perjuangan Pas dan kekal istiqamah dalam perjuangan sehingga akhir hayat beliau.

Jika kita bercakap tentang jasa dan pengorbanan beliau dalam perjuangan terlalu banyak yang boleh diperkatakan. Muktamar Pas di Putik baru-baru ini menyaksikan sejarah dalam Pas dengan penyertaan golongan bukan Islam yang menjadi perwakilan melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas. Tetapi mungkin ramai yang tidak sedar atau tahu bahawa individu yang memberi sumbangan besar sehingga tergubalnya Peraturan –Peraturan bagi mengawal Dewan Himpunan Penyokong Pas adalah Almarhum Ustaz Hasan Shukri. Kefahaman beliau yang mendalam tentang Perlembagaan Pas dan undang-undang yang berkaitan seperti Akta Pertubuhan menyaksikan kecerdikan beliau mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong Pas tanpa perlu meminda Perlembagan Pas.

Bagi para pimpinan Pas, Ustaz Hasan adalah pakar Perlembagaan Pas. Boleh dikatakan beliau semacam menghafal Perlembagaan Pas sepertimana Dr Aziz Bari semacam menghafal Perlembagaan Persekutuan. Meskipun saya seorang peguam dan diamanahkan sebagai Penasihat Undang-Undang Pas namun apabila timbul masalah mengenai isu-isu Perlembagaan parti saya yang merujuk kepada beliau dan bukan sebaliknya.

Kehebatan dan pengalaman lama beliau dalam pentadbiran parti dan Perlembagaan parti bukan sahaja diakui dan dihormati oleh dalaman parti tetapi juga mereka yang berada di luar parti. Apabila sahabat –sahabat dari Brunai Darussalam berhajat menubuhkan parti politik mereka telah berkunjung ke rumah Ustaz Hasan dan meminta almarhum menggubal rang Perlembagaan parti politik tersebut. Saya masih ingat setelah beliau menyempurnakan penggubalan rang Perlembagaan tersebut beliau telah menyerahkan saya sesalinan rang Perlembagaan tersebut untuk tujuan semakan dan menerima pandangan saya. Sebagai seorang peguam saya amat terpegun dengan hasil cipta beliau mengambil kira beliau bukan terlatih sebagai seorang peguam dan tidak terdedah dengan disiplin penggubalan undang-undang secara khusus.

Pengalaman bersama beliau menunjukkan bahawa Almarhum adalah orang parti sejak dari awal penyertaan beliau bersama Pas sehingga pemergian beliau. Beliau adalah pemimpin parti yang berpengalaman memegang jawatan parti dari serendah-rendah peringkat sehingga ke peringkat yang paling tinggi iaitu Timbalan Presiden Pas.

Apabila Pas menaja kewangan beliau untuk menyambung belajar di Iraq, beliau membayar balik jasa Pas itu dengan terus berkhidmat dengan parti selepas menyempurnakan pelajarannya. Beliau menunjukkan " passion ( minat yang mendalam ) dalam kerja-kerja mengemaskan pentadbiran parti di semua peringkat . Meskipun kerja-kerja itu dilihat "kurang glamour" namun itulah kerja-kerja yang beliau lakukan tanpa mengenal penat lelah dan jemu.

Boleh dikatakan semua maklumat cawangan parti di seluruh negara ada di dalam pengetahun beliau. Beliau sanggup meninggalkan keluarga berhari-hari hanya kerana membantu kerja-kerja menguruskan kerja-kerja pentadbiran cawangan –cawangan Pas di seluruh negara.

Sifat mudah mesra dan kesederhanaan beliau tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Semasa saya baru mengenali beliau saya amat terkejut melihat beliau dengan berbaju T=Shirt Pagoda dan berkain pelekat tidak segan silu memotong rumput dan menyapu kawasan di Markaz Taman Melewar sedangkan pada masa itu beliau adalah Timbalan Presiden Pas. Boleh dikatakan kerja-kerja tersebut dilakukan secara rutin oleh beliau.

Boleh dikatakan juga rumah beliau telah menjadi pusat aduan tidak rasmi Pas. Ahli-ahli dan pimpinan parti yang menghadapi masalah sering mengadu nasib kepada AlMarhum tanpa mengira waktu dan masa. Para tetamu dari dalam dan luar negara sering berkunjung ke rumah beliau bagi memohon pelbagai bantuan termasuklah bantuan penginapan dan kewangan .

Saya pernah bertanyakan kepada beliau sewaktu pulang bersama-sama beliau dari satu program ceramah di Sabak Bernam, apakah pengalaman yang beliau tidak dapat lupakan ketika menghadiri program Pas. Beliau memberitahu saya bahawa beliau tidak dapat melupakan peristiwa di mana semasa beliau memandu kereta selepas balik dari satu ceramah salah satu tayar kereta beliau tercabut dan beliau tidak sedar akan hal tersebut dan terus memandu sehinggalah seseorang menahan beliau dan memberitahu beliau bahawa tayar kereta beliau telah tercabut dan terpelanting keluar. Mungkin ini antara karamah yang Allah berikan kepada pejuang Islam yang ikhlas seperti Almarhum.

Moga Allah merahmati Almarhum . Amin.

NASA Sahkan Kemungkinan Matahari Akan Terbit Dari Barat

Posted: 15 Jun 2010 11:00 PM PDT

Oleh Syed Imran

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Cabar bubar Parlimen

Posted: 15 Jun 2010 10:57 PM PDT

KOTA BHARU - Pas Kelantan mencabar kerajaan Barisan Nasional (BN), khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bubarkan Parlimen sekali gus mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dengan segera sekiranya beliau yakin untuk memperoleh kemenangan dalam pilihan raya itu.

Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa sokongan Perdana Menteri kini terus kukuh tidak melambangkan realiti suasana politik negara sekarang.

"Kenyataan Tun tidak berpijak kepada realiti politik semasa. Beliau menggunakan analisis Merdeka Center untuk buat kesimpulan, sedangkan Pakatan Rakyat (PR) juga mempunyai analisis sendiri.

"Oleh itu jika Perdana Menteri berani, sila bubar Parlimen sekarang dan kita beri peluang kepada rakyat memilih kerajaan baru untuk mentadbir Putrajaya. Kita boleh tengok kebenaran analisis itu," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin, Dr Mahathir berkata, PRU-13 boleh diadakan dalam masa terdekat memandangkan keyakinan dan kepuasan hati rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri sudah meningkat kepada 72 peratus.

Pada PRU-12 lalu, Pakatan Rakyat (PR) memenangi 82 kerusi Parlimen, manakala BN mendapat 140 dari 222 kerusi yang dipertandingkan. Untuk mendapatkan majoriti dua pertiga BN perlu sekurang-kurangnya 148 kerusi Parlimen.

Ditanya adakah PR mempunyai data mengenai analis semasa mengenai trend mengundi dalam negara ini, Fatah. berkata, pihaknya mempunyai banyak sumber yang kuat dan lebih meyakinkan dari apa yang dilakukan oleh BN.

"Sumber dan data kini menunjukkan kita mampu untuk menawan Putrajaya sekiranya pilihan raya diadakan sekarang," katanya.

SH

Wajib bahasa Mandarin, Tamil? — Mohd. Khuzairi Ismail

Posted: 15 Jun 2010 10:46 PM PDT

16 JUN — Nampaknya kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara tercabar lagi. Dasar mewajibkan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah meletakkan status bahasa itu setaraf dengan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Kita boleh menerima bahasa Inggeris diwajibkan kerana ia adalah bahasa ilmu dan bahasa ekonomi antarabangsa. Bahasa Melayu pula adalah bahasa kebangsaan dan sewajarnya menjadi bahasa rasmi tidak hanya di sekolah malah dalam semua lapangan kehidupan.

Tetapi apabila bahasa Mandarin dan Tamil mahu diwajibkan, ia menimbulkan kecelaruan apa sebenarnya identiti bangsa Malaysia yang mahu diwujudkan?

Memang tidak dinafikan rasional di sebalik dasar ini adalah untuk menarik minat ibu bapa bukan Melayu menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Ini kerana ada kebimbangan yang jelas di kalangan ibu bapa bukan Melayu bahawa anak-anak mereka tidak akan menguasai bahasa ibunda masing-masing di sekolah kebangsaan.

Maka dari sudut itu, pengenalan bahasa ibunda kaum masing-masing dilihat sangat wajar. Namun dalam membuat sebarang dasar terutamanya membabitkan pendidikan, ia tidak boleh hanya bergantung kepada sebahagian kecil asas sahaja.

Banyak yang perlu dipertimbangkan dan dikaji sebelum ia dimuktamadkan. Pertamanya ialah sejauh mana kita melihat kedudukan bahasa Melayu itu sendiri dalam konteks pendidikan negara hari ini.

Apabila dasar ini dikatakan akan menggalakkan perpaduan, kita sebenarnya sudah memberi takrifan bahawa bahasa Melayu gagal memainkan peranan tersebut. Sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, maka seharusnya menjadi bahasa pemersatu di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Hakikat ini secara tidak langsung menjawab persoalan sama ada bahasa Mandarin dan Tamil wajar dijadikan subjek wajib atau sebaliknya. Dengan dua subjek bahasa yang perlu dikuasai pelajar ketika ini, maka adalah wajar sekiranya bahasa Mandarin dan Tamil hanya dijadikan subjek elektif kepada pelajar dan ibu bapa.

Ini juga seperti yang ditegaskan oleh pemerhati pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, mengambil semangat Perlembagaan serta Laporan Pelajaran Razak (1956) yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Maka, sepatutnya kerajaan dan masyarakat umum memperkasakan bahasa Melayu dengan matlamat itu.

Dalam masa yang sama menggalakkan bahasa Mandarin dan Tamil untuk menjadi mata pelajaran pilihan di sekolah kebangsaan. "Jangan sampai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan "hilang" status kerana dasar ini," tegas Anuar.

Kemampuan pelajar-pelajar menyerap ilmu bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah juga perlu dipertimbangkan dalam dasar ini. Subjek bahasa adalah antara subjek yang sukar untuk difahami dan dikuasai. Ia bukanlah subjek yang boleh dipupuk atau dilatih di luar bilik darjah terutama bagi pelajar yang bahasa itu bukanlah bahasa ibunda atau bahasa rasmi di rumah.

Ambil sahaja contoh bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan Melayu dan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Melayu. Meskipun bahasa-bahasa ini diwajibkan dari peringkat sekolah rendah, menengah sehinggalah ke peringkat universiti, namun berapa ramai di kalangan kita yang benar-benar menguasainya?

Barangkali perkara ini ada kaitan dengan persekitaran pembelajaran subjek bahasa di sekolah-sekolah. Subjek ini seperti yang dikongsi daripada pengalaman Anuar, tidak diajar dalam suasana yang ceria dan membangkitkan minat pelajar. Sebaliknya, ia menjadi mata pelajaran yang membosankan, tidak ada keseronokan dan kurang praktikal komunikasi di dalam bilik darjah.

"Kerana itu walaupun dasar ini baik untuk dilaksanakan, namun antara perkara yang paling kritikal untuk dilakukan ialah merombak kembali kaedah pengajaran bahasa di sekolah," katanya.

Polemik di sebalik dasar ini juga mengingatkan kita kembali kepada apa yang berlaku terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dasar ini akhirya terpaksa dimansuhkan kerana bantahan yang meluas selepas beberapa tahun dilaksanakan.

Bukan sedikit impak yang terpaksa ditanggung daripada perubahan dasar ini terutamanya dari sudut masa depan murid-murid yang menerima dasar ini. Sudah semestinya, kita tidak mahu dasar baru mewajibkan subjek bahasa Mandarin dan Tamil ini menjadi PPSMI yang kedua.

Memang dari sudut matlamatnya sangat jelas iaitu memperkasakan sekolah kebangsaan dan menggalakkan pelajar menguasai lebih daripada satu bahasa. Tetapi apa yang dibimbangkan ialah dari sudut mekanisme pelaksanaannya.

Adakah kita benar-benar bersedia? Apa yang dibimbangkan ialah perlaksanaan dasar ini boleh mewujudkan puak-puak kecil di dalam budaya sekolah tanpa disedari. Pada peringkat awal, dasar ini juga akan cuba untuk menarik kumpulan etnik lain untuk belajar bahasa Mandarin dan Tamil.

Tapi seperti pengalaman negara lain, akhirnya yang tinggal hanya kumpulan etnik tertentu sahaja. Ini tambah Anuar, adalah apa yang berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) apabila mata pelajaran bahasa etnik diperkenalkan di sekolah. Pada akhirnya, hampir semua kelas tersebut dihadiri oleh kumpulan etnik tertentu sahaja.

Mereka membina kelompok dan "ghetto" budaya tersendiri melalui kelas-kelas ini, dan ini biasanya tidak disedari oleh pentadbir sekolah. "Akhirnya, kita bukan sahaja akan ada sekolah vernakular pelbagai aliran seperti hari ini, kita juga ada kelompok kecil yang mengamalkan pengalaman vernakular di dalam sekolah kebangsaan," jelas beliau.

Sebenarnya jika elemen perpaduan itu benar-benar mahu dilahirkan dari sistem pendidikan, kerajaan seharusnya menumpukan usaha untuk menjayakan sekolah satu aliran.

Pelaksanaan dasar mewajibkan subjek bahasa Mandarin dan Tamil tidak menjamin bahawa sekolah aliran akan digabungkan dengan sekolah kebangsaan. Apa yang akan berlaku ialah pengembangan secara besar-besaran kelas bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan.

Dalam masa yang sama, sekolah-sekolah vernakular juga akan terus kukuh kerana adanya dana daripada kerajaan sendiri. "Inilah senario sistem pendidikan negara kita pada masa depan," kata Anuar. — Utusan Malaysia

PAS & Undi Bukan Islam

Posted: 15 Jun 2010 10:30 PM PDT

Oleh Nobisha

Seorang kolumnis The Star menulis bahawa hasrat PAS untuk meletakkan calon bukan Islam dalam PRU13 tidak disenangi oleh PKR dan DAP. Saya tak pasti adakah itu andaian kolumnis berkenaan atau ia sememangnya rasa hati PKR dan DAP yang masih berlegar dalam parti dan belum disuarakan di luar; sama seperti banyak isu lain yang dipendamkan dan cuba diselesaikan di kalangan pemimpin.

Sekiranya apa yang disebutkan oleh The Star itu benar, maka saya fikir ia adalah sesuatu yang tidak perlu. Terdapat tiga alasan bagi menyokong hujah saya itu.


Pertama, PAS berusaha menonjolkan imej sebagai sebuah parti untuk semua. Sifat universalisme Islam itu cuba ditampilkan dengan meletakkan calon bukan Islam dalam pilihanraya. Sekiranya PAS boleh membenarkan Dato' Ibrahim Ali yang bukan ahli parti itu bertanding di Parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya lalu, tentunya ia juga boleh berbuat demikian dengan calon bukan Islam.

Kedua, analisis pilihanraya menunjukkan DAP mendapat manfaat paling besar dalam PRU12 dan hal yang sama dijangka berlaku dalam PRU13. Walaupun PAS adalah sebuah parti yang lama bertapak, pengaruhnya hanya berkisar di sekitar negeri-negeri tradisional PAS yang mempunyai pengundi Melayu ramai seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu. Dalam pilihanraya lalu, DAP telah menunjukkan prestasi yang baik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Untuk melangkah keluar dari negeri-negeri tradisionalnya, PAS memerlukan undi bukan Islam dan langkah yang paling logikal ialah meletakkan calon bukan Islam. Itu hakikat politik Malaysia dan PAS faham corak pengundian tersebut.

Ketiga, dalam politik tidak ada sesuatu yang kekal. PAS pernah berada dalam Barisan Nasional, kemudian keluar. PAS juga pernah berada dalam Angkatan Perpaduan Ummah (1990-1996), tetapi tidak lama. Adalah terlalu naif untuk mengatakan pengundi bukan Melayu memberikan undi kepada PAS kerana perjuangan parti itu. Undi mereka kepada PAS adalah satu perhitungan politik yang bersyarat, iaitu selama mana PAS bersahabat dengan DAP dan PKR, selama itu ia akan mendapat undi bukan Melayu. Bagi menyediakan kemungkinan berpisah dengan Pakatan Rakyat (walaupun setakat ini ia adalah satu kemungkinan yang dilihat jauh), maka adalah logikal juga untuk PAS menentukan ia tidak bergantung kepada PKR dan DAP untuk mendapat undi bukan Melayu. Tindakan yang wajar ialah menarik undi bukan Melayu melalui calon bukan Islam.

Dalam hal ini, saya fikir rakan kongsi PAS dalam Pakatan Rakyat tidak harus merasa cuak atau bimbang. Politik ialah mengenai survival dan itulah strategi PAS meletakkan calon bukan Islam. Apakah calon ini akan mufarakah seperti Ibrahim Ali setelah mereka dipilih dalam pilihanraya nanti, itu soal lain

!http://www.nobisha.com

Muktamar Tahunan PAS: Buaya dalam air tenang?

Posted: 15 Jun 2010 10:00 PM PDT

Muktamar Tahunan PAS ke-56 telah melabuh tirai pada Ahad yang lalu. Sebagaimana yang diperhatikan, perdebatan "kerajaan perpaduan" gagal mengambil tempat dalam muktamar yang berlangsung untuk tiga hari di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa ini.

Dari pucuk pimpinan hinggalah perwakilan, termasuk yang terjerat dengan label "pro-UMNO", kini sebulat suara menyokong agar PAS terus berada dalam Pakatan Rakyat, bersama DAP dan PKR, lantas menutup pintu untuk kerjasama dengan UMNO.
Namun demikian, bagaimana pula tanggapan dunia rencana bahasa Cina terhadap senario ini?

Malaysiakini edisi bahasa Cina

Dalam satu analisa yang disiarkan Malaysiakini edisi bahasa Cina, Kuek Ser Kuang Keng menganggap kesudahan muktamar dengan suasana "perpaduan" yang diwujudkan sememangnya di luar dugaan penganalisa politik, yang sebelum ini menjangkakan pertentangan hebat antara sekta pro-UMNO dengan pro-Pakatan Rakyat.
Kuek Ser Kuang Keng menulis, agak mustahil kedua-dua sekta pro-UMNO dan pro-PR mencapai persetujuan dalam hal ini, kerana perbezaan yang terlalu jelas. Namun, perdebatan halatuju dan pendekatan politik parti tidak hangat dalam muktamar ini, kerana kedua-dua sekta mendahulukan "kestabilan" daripada segala-galanya, setelah memahami bahawa PAS tidak boleh untuk meretak lagi setelah kehilangan undi Melayu dalam beberapa pilihanraya kecil baru-baru ini, misalnya PRK Manek Urai untuk PAS.
Sebagaimana yang ditulis Kuek Ser Kuang Keng, muktamar ini menyaksikan perdebatan dalam isu pengurangan undi Melayu / peningkatan undi bukan Melayu antara sekta pro-UMNO Nasrudin Hassan Tantawi dengan sekta pro-Pakatan Rakyat Khalid Samad dan Dzulkefly Ahmad. Akhirnya, Setiausaha Agung yang pro-UMNO berkompromi bahawa tiada kehilangan dalam undi Melayu, cuma kadar peningkatannya tidak setinggi undi bukan Melayu.

Menurut Kuek Ser Kuang Keng, sekta pro-PR yang diketuai Mursyidul Am Nik Aziz, telah berjaya mengorak satu langkah lebih awal sebelum muktamar, dengan menegaskan pendirian PAS untuk bersama PR. Situasi ini menutup ruang sekta pro-UMNO untuk membangkitkan pandangan yang berbeza. Lebih-lebih lagi, seandainya PAS kecundang dalam PRU yang akan datang berikutan perbezaan pendapat ini, maka sekta pro-UMNO yang mendominasi pucuk pimpinan kini akan dituding jari.

Namun, Kuek Ser Kuang Keng mengingatkan bahawa ia mungkin terlalu awal untuk menyimpulkan bahawa sekta pro-UMNO telah kehilangan pengaruh. Beliau menganjurkan satu kemungkinan, iaitu sekta pro-UMNO ini mungkin menunggu masa "pasca-Nik Aziz", kerana sekta pro-PR diketuai Nik Aziz yang sudah berusia 79 tahun. Malah, beliau berkata isu sama ada sekta pro-PR mampu menampilkan seorang tokoh yang berwibawa, seandainya PAS kehilangan Nik Aziz, telah menjadi tumpuan ramai.

Dalam analisa Kuek Ser Kuang Keng, sekta pro-UMNO mungkin menggunakan kuasa pencaturannya dalam PRU untuk menghakis kuasa sekta pro-PR, dan kembali dengan agenda rundingan bersama UMNO pada zaman "pasca Nik Aziz".

Oreintal Daily

Dalam media cetak bahasa Cina pula, Lum Chih Feng di Oriental Daily mengimbas bagaimana pertikaian berubah dari perdebatan sekta pro-UMNO dengan sekta Erdogan kepada pertikaian sumber undi, sama ada untuk mengukuhkan undi Melayu di luar bandar, ataupun mengorbankan sedikit undi Melayu di luar bandar untuk menukar lebih undi bukan Melayu. Beberapa pilihan raya kecil selepas PRU ke-12 memaksa PAS untuk memikirkan soal kecenderungan undi selepas ini, dan keputusannya secara tidak langsung bakal mempengaruhi kewujudan parti tersebut.

Flaunt the new look with a Dell™ Inspiron™ 14R laptop!

Dalam satu analisa yang disiarkan di muka surat A5 pada 14 Jun 2010, Lum Chih Feng berkata muktamar kali ini menyaksikan pertikaian antara dua sekta yang berbeza pandangan, sama ada PAS benar atau tidak kehilangan undi Melayu kerana terlalu mendampingi DAP. Beliau berkata, tiada kata putus dalam muktamar tahunan ini. Malah, Lum Chih Feng menjangka isu ini akan terus diperdebatkan selepas ini, dan kedudukan PAS dalam arena politik Malaysia bakal ditentukan sejauh manakah PAS menyelesaikan isu ini.

Kwong Wah Yit Poh

Kwong Wah Yit Poh memilih muktamar PAS sebagai tajuknya dalam ruang lidah pengarangnya pada 15 Jun 2010, berjudul "PAS khuatir hilang kuasa di Selangor-Kedah". Pengarang kelihatan bersetuju dengan pandangan bahawa Pakatan Rakyat kehilangan undi Melayu, dengan mengemukakan bukti bahawa PR menang tipis dalam PRK Manek Urai dan kalah dalam PRK Hulu Selangor.

Namun demikian, berbeza dengan pemimpin/perwakilan PAS yang meluahkan kekhuatiran ini, pengarang sebaliknya mendakwa bahawa PR mungkin kehilangan kuasa atas sebab yang lain. Dari kaca mata pengarang, PR dibelenggu dengan pelbagai masalah selepas kemenangan dalam PRU ke-12. Antaranya, Anwar Ibrahim terjerat dengan kes liwat, fenomena lompat parti, dasar Islamisasi di sesetengah kerajaan negeri Pakatan Rakyat seperti mengharamkan judi, arak, isu pusat penyembelihan khinzir, papan tanda jawi dan sebagainya, yang pada pendapat pengarang, mencungkil ketidakpuasan bukan Islam.
Kesimpulannya, undi Melayu dan India memperlihatkan kecenderungan untuk kembali ke pangkuan BN. Sokongan pengundi Cina terhadap PR pula kekal pada kedudukannya. Jadi, DAP dijangka kekal bertahan di Pulau Pinang, sebaliknya kuasa PR di Selangor dan Kedah berada dalam keadaan genting.

"Dalam PRU yang akan datang, kuasa kerajaan negeri mungkin bertukar tangan di Selangor dan Kedah, melainkan jika pemimpin PAS sanggup mengetepikan idealismenya untuk menubuhkan sebuah negera teokrasi, dan tidak mengambil pendekatan perkauman, malah jikalau UMNO masih tidak sedar akan kesilapan diri, dan terus memerintah dengan minda 'UMNO didahulukan'."

Sinchew Daily

Dalam ruang lidah pengarang Sinchew Daily pada 15 Jun 2010, yang berjudul "Lima kemungkinan yang mempengaruhi PAS", pengarang mengemukakan analisa yang agak berbeza. Tanpa mendefinisikan secara jelas kedudukan pemimpin dalam PAS, lidah pengarang ini menyenaraikan lima kemungkinan yang bakal mempengaruhi PAS pada masa yang akan datang:-

Pertama, interaksi antara Presiden PAS Hadi Awang dengan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Analisa ini melihat Nasharudin tidak sehaluan dengan Hadi. Dua ramalan perkembangan seterusnya, Nasharudin cuba membebaskan diri daripada sekatan Hadi, dan mendampingi "pendekatan tengah". Ramalan kedua, Nasharudin berganding dengan Hadi, dan memasuki era pentadbiran "Hadi-Nasha".

Kedua, interaksi antara Nik Aziz dengan Hadi. Cabaran pertama gandingan Nik Aziz - Hadi datang daripada Dewan Ulama dan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Pengarang melihat cubaan Hadi-Nasha untuk merobek UMNO, dengan strategi membuka pintu kepada sebahagian daripada musuh, agar musuh dipecah-belahkan. Selain itu, pengarang melihat Harun Taib sebagai orang rapat Nik Aziz, dan dikhabarkan akan mengambil pendekatan yang asing daripada induk parti.

Ketiga, interaksi antara ketiga-tiga puak, iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS, Dewan Ulama dan sekta pro-UMNO. Seandainya Hadi menolak campur tangan Nik Aziz secara mendalam, maka akan wujud kontradiksi politik dan pertentangan kepentingan antara ketiga-tiga puak di atas. Sebaliknya, jikalau Hadi bertekad untuk menuju ke arah era gandingan "Hadi-Nik Aziz", maka ketiga-tiga puak di atas bakal menjadi sayap PAS, kalaupun bukan "kerajaan bayangan".

Keempat, halatuju PAS selepas ini. Seandainya kuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS semakin berkembang, maka ia akan merangsang pandangan sekta fundamentalis, dan mengukuhkan pandangan yang menyamakan "keterbukaan" dengan "mengkhinati PAS", maka PAS akan berkembang ke arah separatisme dan pertentangan kaum. Lebih-lebih lagi, sekiranya dilaga-lagakan oleh UMNO, maka perebutan kuasa antara Nik Aziz, Hadi dan Nasharudin akan berpaut dengan pergelutan untuk menentukan halatuju dan pendekatan politik PAS, yang semestinya keadaan yang lebih meruncing untuk PAS.

Kelima, perubahan dalam struktur penyokong parti ini. Biarpun lanskap politik PAS semakin meluas, pada masa yang sama, struktur penyokong PAS juga berbelah dua. Kelantan dan Terengganu menjadi tapak penyokong yang berhaluan fundamentalis, sementara penyokong bukan Melayu juga memperlihatkan peningkatan. Penambahan sokongan bukan Melayu mungkin merunsingkan kumpulan fundamentalis dalam parti.
*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan media bahasa Cina. Media yang dirujuk bertarikh 14 dan 15 Jun 2010, berkisar pada Muktamar Tahunan PAS ke-56.

Laporan SPRM Terhadap Dakwaan Penyelewengan Dalam Felda

Posted: 15 Jun 2010 09:45 PM PDT

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 16 Jun - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendesak Suruhanjaya Pemcegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kemungkinan wujudnya rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan individu tertentu di dalam syarikat berkaitan kerajaan, Felda Holdings Berhad.

Charles dalam sidang medianya di Parlimen semalam memetik kandungan surat terbuka yang ditulis oleh bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong yang secara terbuka menganggap bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menghancurkan Felda.

"Beliau (Tan) juga memaklumkan bahawa Felda telah membayar 40 peratus atau RM230 juta kepada pemaju untuk pembinaan sebuah pejabat bertaraf lima bintang. Apa yang menimbulkan persoalan adalah mengenai bayaran deposit yang tinggi dikenakan kepada projek tersebut dan ada kebarangkalian yang ianya akan terbengkalai," kata beliau lagi.
Pembinaan pejabat bertaraf lima bintang di tengah Kuala Lumpur itu bernilai RM600 juta dan dikendalikan oleh syarikat pembinaan, Naza-TTDI.

Charles turut mempersoalkan pelantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Mohd Bakke Salleh sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Sime Darby Bhd yang baru.

Menurut beliau Tabung Haji pernah digegarkan dengan satu skandal kewangan membabitkan RM169 juta pada 2002 ketika Mohd Bakke masih menerajui badan itu.
Charles berkata Mohd Bakke didakwa menyalahi peraturan Tabung Haji yang diterajuinya apabila menyerahkan dana milik Tabung Haji kepada sebuah syarikat pengurusan pelaburan swasta sehingga menyebabkan kehilangan sekurang-kurangnya RM65 juta dalam satu pelaburan berisiko tinggi.

Mohd Bakke yang dianggap 'orang' Najib kini menjadi Presiden Kumpulan/Ketua Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (Felda Global).
Beliau kini dilantik untuk menerajui Sime Darby yang kini menghadapi masalah kewangan selepas merekodkan kerugian sebanyak RM308 juta dan ditugaskan untuk memulihkan syarikat tersebut dengan memberikan fokus kepada industri perladangan kelapa sawit dan perniagaan berkaitan.

"Jumlah tersebut adalah besar, dan selepas skandal kewangan Sime Darby, ianya akan menjadi lebih rumit lagi.

"Tujuan penubuhan Felda pada asalnya adalah untuk menyusun semula masyarakat, terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung untuk di bawa ke sebuah kawasan dengan program untuk membasmi kemiskinan. Kita tidak mahu ianya berubah menjadi sebuah tempat bagi kelompok elit dan pemerintah untuk 'membuat wang'," kata Charles lagi.

Beliau akan membuat laporan berkenaan perkara tersebut di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada pukul 11.30 pagi hari ini.

Najib Menteri Kewangan Lemah

Posted: 15 Jun 2010 09:30 PM PDT

Najib Tidak Ada Kekuatan Politik Tangani Defisit

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 15 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mengawal defisit negara kerana tidak mempunyai iltizam politik serta takut kepada bayang-bayang sendiri.

Akibatnya keyakinan pelabur telah luntur sehingga menyebabkan prestasi ekonomi gagal mencapai potensi sepenuhnya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah yang diumumkan oleh kerajaan untuk mengawal defisit sejak dari awal lagi telah dimansuh oleh kerajaan Umno-BN.

"Mulanya kerajaan Umno-BN membawa kembali Real Property Gains Tax (RPGT), tetapi tidak sampai dua bulan selepas diumumkan di dalam belanjawan 2010 pada 23 Oktober 2009, Najib memansuhkan sebahagian besar liputan percukaian itu.

"Kemudian, kerajaan membelanjakan wang untuk melaksanakan Akta Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dibentangkan di dalam sidang yang lepas untuk mengurangkan defisit. Akhirnya rakyat pula yang dipersalahkan, kononnya tidak faham konsep GST apabila kerajaan membuat keputusan menangguhkan pelaksanaan GST selepas tahun 2011 .

"Terbaru, kerajaan Umno-BN meluluskan lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd antara lainnya adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan yang dianggarkan berjumlah RM4 billion . Namun, Menteri Kewangan sendiri telah menafikan bahawa lesen judi telah diluluskan kepada Ascot Sports," kata Anwar dalam parlimen semasa perbahasan RMK-10 semalam.

Dalam pada itu, kecanggihan ekonomi telah banyak berubah sejak merdeka dan negara terperangkap di dalam ekonomi nilai pertengahan yang bergantung kepada faktor kecekapan, dan untuk itu perlukan inovasi untuk melonjak.

"Model perancangan ekonomi secara besar-besaran dan berkala adalah baik dan berkesan apabila ekonomi kita masih banyak bergantung kepada keberhasilan sumber negara, kerana persoalan utama adalah persoalan agihan sumber.

"Pada persimpangan ini, cabaran kita adalah suntikan modal akal bukannya wang ringgit atau galian. Suntikan modal akal memerlukan suasana yang kondusif supaya idea dapat berkembang.

"Sebab itu saya berpendapat pendekatan perancangan ekonomi berkala yang besar daripada kerajaan dan diperturunkan kepada rakyat dan swasta sudah tidak sesuai, kerana ia tidak kondusif bagi perkembangan idea dan inovasi.

"Saya mencadangkan supaya keseluruhan pendekatan perancangan ekonomi disemak semula kerana saya yakin perencanaan ekonomi sebegini sudah tidak sesuai di Malaysia," tegas beliau lagi.

Tambahnya, untuk kembali ke matlamat asal pentadbiran ekonomi adalah dengan mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama, supaya harta itu tidak sahaja kekal di tangan orang-orang kaya tertentu.

Umno-BN Beri Kontrak RM8 Billion Secara Rundingan Terus

Posted: 15 Jun 2010 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 15 Jun - Kementerian Pertahanan menganugerah kontrak bernilai RM8 bilion kepada syarikat DRB-Hicim Defence Technologies Sdn Bhd (DETECH) secara rundingan terus tanpa melalui proses tender terbuka, menurut Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dalam parlimen hari ini.

Azmin semasa sesi pertanyaan lisan pagi tadi meminta Kementerian Pertahanan menyatakan secara terperinci, amalan dan prosedur dalam penganugerahan tender kelengkapan ketenteraan, termasuk kereta perisai yang bernilai RM8 bilion kepada DETECH yang ditandatangani pada 20 April 2010.

"Kalau diambil kira jumlah kos yang diperlukan bagi kenderaan kereta perisai yang dikenali sebagai AV-8 yang berjumlah 233 unit, bermakna jumlah setiap unit adalah bersamaan dengan RM34 juta. Mana mungkin perolehan tadi dibuat secara terburu-buru?.
"Sebagai contoh, kerajaan Britain juga telah menjalankan program ketenteraan yang sama, yang diberi nama program 'Future Rapid Effect System', yang menggunakan kenderaan yang sama iaitu AV-8 yang menelan belanja sehingga RM22 bilion, tetapi program ini dihentikan pada 2008 kerana kerajaan Britain terpaksa menanggung kos tambahan sebanyak RM43 bilion.

"Jadi apakah jaminan kerajaan melalui Kementerian Pertahanan bahawa progam ini akan berjalan dengan baik, sedangkan kerajaan Britain telah pun mengumumkan pembatalan program yang sama kerana kosnya melonjak lebih tinggi?," soal beliau.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana kerajaan mengurus satu kontrak yang melibatkan jumlah yang besar tanpa proses tender terbuka.

"Kerajaan Umno-BN sepatutnya telah menetapkan harga siling bagi kos-kos dan peralatan tanpa meneliti dengan terperinci butiran yang diperlukan oleh kerajaan.
"Jadi apakah pertimbangan yang akan diambil oleh Kementerian Pertahanan dalam menganugerahkan kontrak secara rundingan terus kepada DETECH tanpa mengambil kira pengalaman Britain yang melalui program yang sama dan telah pun mencapai kegagalan," tegas Azmin lagi.

Beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan bagi mengelakkan negara tidak bankrap menjelang tahun 2019.

UMNO Parti Penggadai Negara

Posted: 15 Jun 2010 08:30 PM PDT

Gadai pangkalan TUDM bahayakan negara

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, rancangan untuk menggadaikan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi kononnya untuk tujuan pembangunan membahayakan negara kerana ia bertentangan dengan konsep pertahanan menyeluruh.

"Tindakan itu akan menyebabkan negara akan kehilangan sebuah pangkalan pertahanan di tengah bandar sedangkan ia merupakan satu elemen penting kepada pertahanan nasional yang menepati konsep dan perlaksanaan pertahanan menyeluruh (Hanruh).

"Amat tidak wajar pangkalan pertahanan yang begitu strategik digadaikan semata-mata untuk memenuhi kepentingan kroni pihak yang berkuasa sedangkan pangkalan pertahanan udara seperti di Sungai Besi masih dikekalkan di kebanyakan negara maju," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, pangkalan TUDM di Sungai Besi bukannya sekadar ruang-ruang pejabat malah ia adalah pusat operasi tentera udara serta pusat integrasi maklumat radar pertahanan udara di bawah tanah dengan hubungan terus dari Butterworth di utara, Kuantan di timur dan maklumat radar mobile dari Bukit Ibam yang mana masa yang begitu lama terpaksa diambil untuk memastikan sistem tersebut betul-betul berfungsi dengan baik dan tepat.

"Pangkalan itu juga merupakan pusat sistem MADGE (Malaysia Air Defence Ground Environment) yang menggunakan sistem Hughes Air Defence Radar," katanya.
Mahfuz juga mempersoalkan apakah jaminan kerajaan tentang jurang masa pemindahan (transfer gap time) yang mana akan melibatkan beberapa tahun lagi untuk proofing dan commissioning.

"Itu belum lagi diambilkira kosnya sedangkan segala kos yang tersembunyi dalam proses pemindahan itu akhirnya terpaksa ditanggung oleh TUDM, angkatan tentera dan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau juga mempersoalkan tentang risiko pemindahan Electronic Warfare Support Centre (EWSC) memandangkan fasiliti tersebut amat sensitif dan kritikal sehingga terpaksa membuka kasut untuk masuk ke dalamnya.

"Mengapa kerajaan buat-buat tidak sedar mengenai perkara itu sedangkan electronic warfare amat penting dan kritikal untuk pertahanan masakini.

"Tidakkah pemindahan demi kepentingan komersil beberapa kroni itu akhirnya akan menjejaskan keupayaan sistem tersebut dalam mengumpul, menafsir, menyebar data-data dan memprogramkan semula electronic warfare termasuk dalam tindak balas elektronik dan langkah-langkah sokongan," Mahfuz mempersoalkan.

Beliau juga yakin, oleh kerana pengkalan tersebut merupakan pusat operasi tentera udara (POTU), akan wujud tempoh tertentu yang mungkin panjang di mana negara kehilangan kawalan semasa proses pemindahan fasiliti penting itu.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tiada sebarang maklumat ke mana pemindahan akan dibuat dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya mengumumkan pangkalan tersebut akan dipindahkan ke satu tempat yang telah dikenal pasti dan beliau akan umumkan apabila tiba masanya kelak.

"Bagaimana pula maklumat tentang kos perolehan , kos tidak langsung dan pampasan?" soal beliau.

Mahfuz juga mempersoalkan, adakah kerajaan akan mengulangi kesalahan yang dilakukan berkali-kali sebelum ini apabila ia menyisihkan komuniti tentera dari bandar seperti menjual Kem Majidee, Kem Transit Ampang, Markas 2 Div di Pulau Pinang, Kuarters Tentera di Batu Uban sehingga mengakibatkan negara ketiadaan fasiliti back up yang penting untuk keselamatan negara.

"Adakah tentera negara kita hanya layak tinggal di pedalaman dan dalam kuarters flat tanpa halaman?

"Mengapa hendak dimusnahkan keadaan pangkalan Sungai Besi yang kemas dan tersusun dengan binaan kuarters yang selesa dan dengan infrastruktur yang tersedia untuk memberi pulangan kepada beberapa kroni untuk membuat binaan konkrit yang bakal menjadi satu lagi projek gajah putih memandangkan ruang pejabat di Kuala Lumpur pun berlebihan tanpa mengambil kira ruang-ruang yang pejabat yang tidak digunakan di Bangsar South, Petaling Jaya, Cyberjaya dan lain-lain," Mahfuz mempersoalkan lagi.
Penggadaian pangkalan TUDM di Sungai Besi yang begitu established memusnahkan peninggalan sejarah yang penting dalam pertahanan negara sedangkan ia adalah pangkalan udara yang pertama di negara ini, kata beliau.

PM Tiba Di Kelantan Untuk Lawatan Kerja Sehari

Posted: 15 Jun 2010 08:15 PM PDT

KOTA BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini untuk melakukan lawatan kerja sehari ke Kelantan.

Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat pagi ini, disambut oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan serta beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) dan ketua-ketua jabatan.

Pada awal program lawatannya, Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat Perhubungan Umno Kelantan yang berlangsung secara tertutup selama sejam pagi ini.

Selepas itu, Perdana Menteri akan melancarkan Ar-Rahnu, Bank Islam dan kemudian berjalan kaki dari majlis pelancaran itu ke Stesen Teksi dan Kereta Sewa Pohon Pinang di sini.

Pada tengah hari, beliau akan menghadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian, dekat sini, yang merupakan kunjungan pertama Najib terhadap Baginda setelah pulang pada Mac lepas dari menjalani rawatan perubatan akibat masalah jantung di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Najib dijadual merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Wat Machimmaram, Jubakar, Tumpat dan akan menyerahkan bantuan Wang Ehsan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan 6 Bawah.

Selepas itu, Perdana Menteri dijadual menghadap Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra di Istana Telipot, Kota Bharu.

Malam ini, Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Kelantan Fiesta 2010 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, yang akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan.

Perdana Menteri dijangka bertolak ke ibu negara selepas majlis itu. -BERNAMA

Teruk Pemikiran Menteri Kanan Malaysia

Posted: 15 Jun 2010 08:00 PM PDT

Nazri: PICC ditimbang bangunan baru Parlimen

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR, 16 Jun — Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang memulakan tirai dengan menjadi tuan rumah sidang kemuncak Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) tujuh tahun lalu kemungkinan dinaik taraf sebagai bangunan Parlimen baru.

Perkara itu sedang diteliti pentabdiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas idea memindahkan lokasi Parlimen dari ibu negara ke Putrajaya dengan kos awal RM800 juta tidak menerima reaksi positif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata Kabinet sedang mengkaji kemungkinan menggunakan bangunan yang tidak digunakan sepenuhnya itu ekoran bantahan pelbagai pihak.

"Ini merupakan situasi yang agak kompleks... kebanyakan anggota Kabinet tidak setuju dengan idea membina bangunan baru (melibatkan RM800 juta).

"Jadi, PICC ditimbangkan sebagai bangunan kekal Parlimen kerana kini tidak digunakan dengan optimum," kata Nazri dalam temu bual dengan The Malaysian Insider.

PICC merupakan antara mercu tanda pusat pentadbiran baru persekutuan.

Nazri juga berkata kira-kira RM150 juta akan digunakan untuk memperbaiki kemudahan bangunan Parlimen sedia ada di sini.

Ia telah pun melalui proses pengubahsuaian melibatkan dana RM100 juta lima tahun lalu.

"Peruntukan RM150 juta diperlukan untuk memperbaiki kemudahan bangunan Parlimen sekarang.

"Ketika kerja-kerja memperbaiki sedang dijalankan, kita perlu meninggalkan bangunan ini, dan Parlimen perlu bersidang di tempat lain. Sekurang-kurangnya RM150 juta diperlukan untuk mengubah suai bangunan sementara," katanya.

Nazri juga berkata lokasi bangunan baru Parlimen diperlukan bagi memenuhi keperluan masa depan apabila kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ditambah kelak.

Kini Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi manakala Dewan Negara pula 70 anggota.

"Kita perlu melihat perkara ini dengan mendalam. Daripada membuang duit terhadap sesuatu yang buat sementara, mengapa tidak kita memiliki sesuatu yang kekal?" soal beliau.

Ahli Parlimen Padang Rengas ini menambah, Kabinet sedang menunggu maklum balas Kementerian Kerja Raya mengenai kemungkinan memindahkan bangunan Parlimen ke PICC.

"PICC merupakan tempat yang ideal kerana ia terletak di Putrajaya, berhampiran Eksekutif dan Kehakiman. Ia (langkah) baik kerana kita boleh menjimatkan RM800 juta," katanya.

PICC siap dibina dengan kos RM600 juta pada 2003 ketika era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bangunan Parlimen semasa yang mempunyai menara 17 tingkat dan sayap utama tiga tingkat dibina pada 1962, selepas idea pembinaannya dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman dua tahun selepas negara merdeka.

dah tak dapat nak bagi anak ikan makan, cuba bermacam-macam cara supaya anak ikan dapat makan juga walau pun ramai yang bantah.

Bookie Haram Piala Dunia 2010 Ditahan

Posted: 15 Jun 2010 07:37 PM PDT

BUTTERWORTH: Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun, yang disyaki menjadi bookie menguruskan pertaruhan haram bagi kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010, di sebuah kedai makan di Jalan Raja Uda di sini, malam semalam.

"Ketika ditahan, suspek dipercayai mengendalikan pertaruhan secara online bagi beberapa perlawanan yang berlangsung semalam," kata Ketua Operasi Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Bukit Aman Supt Maszely Minhat kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata suspek ditahan yang dipercayai pekerja premis itu, ditahan di kaunter bayaran pada 1.15 pagi dan polis merampas wang tunai berjumlah RM15,675.00 dipercayai wang pertaruhan, sebuah komputer riba yang mempunyai sistem pertaruhan, beberapa resit kosong serta empat bateri komputer.

Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495)yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM200,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 15 Jun lalu, polis menahan empat bookie dan dua lelaki dipercayai perantara, di sebuah kedai kopi ketika mereka sedang leka mencatat dan menerima pertaruhan.-BERNAMA

Soalan Saya Untuk ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh

Posted: 15 Jun 2010 05:00 PM PDT

Hari ini satu lagi ADUN Perak yang menang dengan tiket Pakatan Rakyat - DAP telah mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi Wakil Bebas.

Hari ini satu lagi ADUN Perak yang menang dengan tiket Pakatan Rakyat - DAP telah mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi Wakil Bebas.

Berikut adalah kenyataannya:


"Saya Keshvinder Singh, Adun Malim Nawar mengumumkan bahawa saya keluar dari DAP dan melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengisytiharkan bahawa mulai hari ini, saya menjadi Adun Bebas,"

"Keputusan ini pengorbanan saya kepada rakyat kawasan saya kerana saya sedar saya bakal menghadapi cemuhan dan tuduhan dari pelbagai pihak tetapi demi kepentingan, kesejahteraan dan masa depan rakyat saya memilih untuk rakyat Malaysia."

"Saya juga sedar bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional yang boleh membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat terutama ke kawasan seperti kawasan saya yang terletak di luar bandar dan saya sedar sepanjang saya menjadi Adun, kawasan saya iaitu DUN Malim Nawar memerlukan banyak lagi pembangunan,"

"Saya amart tertarik serta amat meyakini corak dan cara kepimpinan kerajaan BN hari ini terutama konsep 1Malaysia yang merupakan pendekatan realiti yang terbaik untuk rakyat Malaysia,"

"Saya juga sebenarnya kecewa dengan cara kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat Perak yang terlalu banyak berpolitiking sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang saya lihat amat merugikan rakyat dan saya tidak mahu rakyat di kawasan saya turut menjadi mangsa,"




Disini saya ada beberapa soalan yang ingin ditujukan kepadanya:

1) Pengorbanan yang terbaik untuk pengundi kawasan Malim Nawar adalah dengan cara meletak jawatan dan mengadakan pilihan raya kecil untuk kawasan ini kerana daripada statistik yang lalu, sekiranya sesuatu kawasan itu berlaku pilihan raya, masalah yang melanda pendudukan kawasan itu sejak puluh puluh tahun lagi dapat diselesaikan dengan segera, sebagai contoh masalah keluarga Felda di Hulu Selangor, jalan raya yang tidak diperbaiki dapat diperbaiki dalam masa yang singkat dan sebagainya. Fakta-fakta ini dapat diketahui jika saudara melawat ke Hulu Selangor, Bagan Pinang, Sibu dan kawasan-kawasan yang pernah berlaku pilihan raya kecil.

2) Selain itu, proses pilihan raya kecil bukan saja baik untuk kawasan tersebut sahaja bahkan sehingga ke seluruh negara, polisi-polisi yang mesra rakyat juga akan diumumkan oleh mereka yang memerintah untuk menarik hati pengundi.

3) Sejak bila mereka yang memasuki dan bertanding atas tiket Parti Pembangkang berharap parti pembangkang yang kekurangan modal (sebelum tsunami politik 308) dapat membantu kawasan mereka dari segi kewangan? fakta ini diketahui umum malah mereka yang menghadiri ceramah parti pembangkang akan mendermakan wang untuk tabung parti tetapi parti lain dapat menyediakan makanan percuma dan persembahan untuk mereka yang hadir.

4) ADUN Malim Nawar berkata kagum dengan pemerintahan Kerajaan BN Perak sekarang tetapi tidak menyatakan dari segi mana? adakah dari segi polisi kerajaan Perak atau cara pemerintahan kerajaan Perak? Bolehkah ADUN Malim Nawar menyatakan polisi mana yang dikaguminya?

5) ADUN Malim Nawar juga kagum dengan konsep "1Malaysia", tetapi saya mempunyai satu soalan kepadanya, bolehkan saudara menerangkan apa itu konsep "1Malaysia" kerana saya masih kabur dengan konspep itu.


Sekian, terima kasih.





Photo adopted from sinchew daily
News adopted from malaysian insider

Ketua Pembangkang Bahas RMK 10 – Siri (3)

Posted: 15 Jun 2010 04:00 PM PDT







Tiada ulasan: