Rabu, 16 Jun 2010

Biaqpila

Biaqpila


Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz

Posted: 16 Jun 2010 03:00 PM PDT

Gambar fail menunjukkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah diiringi isteri-isteri baginda, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (depan kiri) dan Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim (kanan) bersama kerabat diraja yang lain di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei. Baginda semalam secara rasmi menceraikan Azrinaz yang diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan isteri kedua Azrinaz Mazhar, bekas wartawan TV3 dengan talak satu berkuat kuasa petang ini.

Pengumuman rasmi dibuat oleh Istana Brunei 8 malam tadi. Ia diumumkan oleh Pengerusi Majlis Adat Istiadat Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar pukul 8 malam tadi.

"Baginda atas sebab yang khas yang diperuntukkan oleh hukum syarak menjatuhkan talak satu ke atas Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar pada petang 16 Jun 2010 (hari ini)," kata beliau dalam kenyataan yang diperoleh dari laman http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094 malam ini.

Sultan Brunei berkahwin dengan Azrinaz (gambar), 30, pada tahun 2005.

Dengan cerai talak satu ini pengumuman itu menyebut bahawa semua gelaran diraja ditarik balik.

Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang putera dan puteri, yang masing-masing lahir pada 2006 dan 2008.

Azrinaz Mazhar selamat diijab kabul dengan Sultan Brunei dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 2005.

Majlis akad nikah berlangsung dengan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat kedua-dua pihak.

Azrinaz atau lebih dikenali dengan panggilan Naz mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia atau Akademi TV3 pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 dua tahun kemudian.

-malaysianinsider-

Live!!! Piala Dunia: Afrika Selatan vs Uruguay

Posted: 16 Jun 2010 11:33 AM PDT

Keputusan Piala Dunia: 16/06/10

Posted: 16 Jun 2010 11:17 AM PDT


PENYERANG Switzerland, Blaise Nkufo (kiri) dicabar pertahanan Sepanyol, Sergio Ramos pada perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010 FIFA, Sepanyol menentang Switzerland di Stadium Moses Mabhida, Durban, Afrika Selatan, sebentar tadi. - Foto AFP

DURBAN, Afrika Selatan: Switzerland menewaskan Sepanyol 1-0 dalam perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010, di Stadium Durban, sebentar tadi.

Gol kemenangan Switzerland dijaringkan Gelson Fernandes pada minit ke-52.

=========================================================


PENYERANG Chile, Jean Beausejour (tengah) dikerumuni rakan sepasukan selepas berjaya menjaringkan gol pertama buat pasukannya pada saingan Kumpulan H, Piala Dunia 2010 FIFA menentang Honduras di Stadium Mbombela, Nelspruit, Afrika Selatan, sebentar tadi. Keputusan Chile 1, Honduras 0. - Foto AFP

NELSPRUIT, Afrika Selatan: Chile menewaskan Honduras 1-0 pada perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010, di Stadium Mbombela sebentar tadi.

Gol kemenangan itu dijaringkan Juan Beausejour pada minit ke-34.

=======================================================

Keputusan awal pagi 16/06/10

BRAZIL 2 : KOREA UTARA 1

=======================================================


DAP akan saman ADUN DAP Yang Lompat

Posted: 16 Jun 2010 05:00 AM PDT

Petikan Malaysiakini

DAP mungkin mengambil tindakan undang-undang ke atas dua ADUN dari parti itu yang berpaling tadah dan mengumumkan diri mereka sebagai ahli Bebas.

dap pc on keshvinder quit party 160610 02Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham (kiri, bertali leher biru) berkata pihaknya akan bertindak jika kedua-dua mereka tidak membayar bayaran pampasan RM5 juta setiap seorang seperti yang termaktub dalam perjanjian yang mereka tandatangani selepas memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya umum 2008.



Keputusan itu diambil berikutan pengumuman mengejutkan semalam apabila Keshvinder Singh (Malim Nawar) mengumum meninggalkan parti itu.

keshvinder hee yit foong dap 160610Beliau adalah ADUN kedua DAP yang berbuat demikian selepas Datuk Hee Yit Foong (Jelapang) berbuat demikian pada Februari tahun lalu sehingga menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak tumbang.

Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, hari ini, Ngeh menjelaskan semua perwakilan DAP di negeri itu diwajibkan menandatagani perjanjian yang hampir sama selepas pilihan raya Mac 2008.

"Mereka telah bersetuju bahawa jika mereka meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai ahli Bebas, mereka terpaksa membayar RM5 juta kepada parti,” kata Ngeh yang juga ahli parlimen Beruas.

Ngeh berkata keputusan muktamad berhubung tindakan undang-undang itu akan diputuskan oleh jawatankuasa pusat DAP yang dijadualkan bermesyuarat akhir bulan ini



Najib, PM yang popular?

Posted: 16 Jun 2010 03:00 AM PDT



http://myzaidibrahim.wordpress.com

Saya ditanya oleh saorang pemberita apa kah Pakatan tak takut dengan peningkatan sokongan orang ramai terhadap Kerajaan Najib.

Mengikut kajian Merdeka Centre 72% orang ramai berpuas hati dengan perancangan dan tindakan kerajaan BN hari ini. Dr Mahathir juga kagum dengan perkembangan ini lalu mencadangkan supaya pilihanraya umum dipercepatkan.

Saya menjawab bahawa kita bergembiralah PM kita "popular" kerana itu akan membuat kita dalam Pakatan lebih gigih dan bersungguh sungguh untok menawan Kerajaan Pusat nanti.

Lagipun kita tahu mereka dalam keadaan serba salah. Nak panggil pilihanraya awal mereka juga bermasaalah. Nak tunggu kemudian hari nanti lebih terok akibatnya. Kita dalam Pakatan tidak bimbang .

Dialah pemimpin yang bertanggungjawab membazir wang berbillion ringgit membeli kapal selam dan jet pejuang selama 10 tahun dia jadi Menetri Pertahanan . Dan ada pula MOU nak membeli kereta perisai ( armoured vehicles) dengan harga 8 billion ringgit dari Syed Mokhtar . Dan kapal tentera laut " multi purpose support ships "bernilai melebehi 3 billion juga akan dibeli untok menolong Zahid Hamidi di Bagan Datok. ( Berjaga jaga lah Muhyiddin).

Inilah tindakan pemimpin popular kita dalam ketika gaji peladang dan petani kurang 800 ringgit sabulan dan dalam masa negara kita akan potong subsidi dan sekali gus menaikan harga beras , minyak ikan dan gula.

Dialah juga pemimpin yang menjaga FELDA. Tak cukop jadi DPM masa itu, terus mahukan portfolio FELDA dan Pak Lah mengalah. Beri kan FELDA kapada nya.Mengikut Dr Tan Kee Kwong , saorang bekas Timbalan Menetri, sabelum Najib jaga Felda ;FELDA ada 75 kilang kelapa sawit, harta atau aset bernilai 7 billion ringgit ; dan wang tunai melebehi 3 billion ringgit. Sekarang wang tunai yang FELDA ada hanya lah 200 juta. Bolihkah PM dan Mahathir yang popular itu menerangkan kapada orang ramai apa sudah jadi pada FELDA?

Kita tak mahu pemimpin yang nampak popular; kita mahu pemimpin yang baik , yang tidak takut membuat keputusan demi kesahjeteraan rakyat. Kita mahu pemimpin yang menolak rasuah; yang tidak membeli undi, yang hormat kapada undang undang. Yang betul betul menjaga kepentingan Melayu dan rakyat semua.

harakahdaily


Tuudia!! Juta-juta depa guna duit rakyat pi rombongan

Posted: 15 Jun 2010 11:00 PM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata jumlah perbelanjaan keseluruhan lawatan rombongan Perdana Menteri ke Amerika dan Jepun pada April lalu adalah berjumlah RM1,887,268.13.

"Jumlah perbelanjaan lawatan ke Amerika bagi Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang diadakan 12 dan 13 April lalu ialah RM1,461,732.17 dan RM425,535.96 untuk lawatan rasmi ke Jepun pada 18 hingga 21 April lalu.

"Ia meliputi tambang kapal terbang, elaun makan, penginapan, sewa kenderaan dan perbelanjaan pelbagai," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh).

Berita Penuh



PATUTLA PAKAT DOK BEREBUT NAK JADI MENTERI,JADI AHLI POLITIK. SEMUA MAIN JUTA-JUTA PUNYA.SEKALI PI LUAQ NEGARA MAKAN JUTA PERABIH DUIT RAKYAT.APA YANG RAKYAT DAPAT? NGANGA...BILA KERAJAAN DAH KERING DUIT,RAKYAT PULAK NAK KENA COVER DENGAN GST,SAMAN EKOQ DAN MACAM-MACAM LAGI.PAK-PAK MENTERI GAJI BERPULUH-PULUH RIBU DENGAN MINYAK TAK PAYAH BAYAQ,TOL TAK PAYAH BAYAQ SEMUANYA MAKAN TANGGUNG BERAK TONG.

DEY MACHA!!! RAKYAT DIDAHULUKAN SAMPAI MELOPONG? KAH!KAH!KAH! BERUK BONTOT PINK TU PUN TAK BOLEH MASUK AKAL LA!!!


Suami dah tonton video lucah yang didakwa libatkan isterinya

Posted: 15 Jun 2010 07:00 PM PDT



JAKARTA: Johannes Yusuf Subrata, suami pelakon, model dan penyampai televisyen, Cut Tari, mengaku sudah menonton video porno yang didakwa melibatkan isterinya dengan penyanyi kumpulan Peterpen, Ariel.



Bagaimanapun, ia menolak untuk menyaksikan video porno yang melibatkan Ariel dan Luna Maya, teman wanita penyanyi itu ketika ini.



“Itu urusan mereka (Ariel dan Luna). Saya tidak menontonnya,” kata Yusuf yang berkahwin dengan Cut, bekas teman wanita Ariel pada 9 Januari 2004, ketika ditemui di Balai Polis Jakarta Selatan, semalam.



Yusuf berkata, dia menemani isterinya yang dipanggil untuk memberi keterangan berhubung video seks itu.



Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut kes itu. Yusuf sebelum ini pernah berkata, dia tetap mermpercayai dan mencintai Cut.



Cut juga tidak mahu memberi sebarang kenyataan kepada wartawan yang menunggu ketibaannya di depan balai polis itu.



Jumaat lalu, Ariel Peterpen atau nama sebenarnya Nazril Irham dan Luna memberi keterangan kepada polis berhubung video itu yang hingga kini boleh diperoleh secara meluas walaupun polis melancarkan beberapa serbuan sejak minggu lalu.



Video itu seolah-olah dirakam oleh Ariel ketika dia melakukan seks dengan Luna, dan Cut, pada waktu berlainan. - Agensi




paapaada

Share

Kontraktor Stadium Batu Burok Bina Istana Negara, Kementerian Perlu Jelaskan

Posted: 15 Jun 2010 05:00 PM PDT



Ahli Parlimen Taiping, Ngar Kor Ming mendedahkan antara kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Istana Negara yang baru adalah kontraktor yang sama dalam pembinaan Stadium Batu Buruk, Terengganu.

Stadium Batu Buruk yang menelan belanja RM280 juta, runtuh selepas digunakan 10 bulan dan kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.

Di lobi Parlimen, Ngar mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terlibat membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.
Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun.
Ini diakui sendiri Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng menjelaskan anggaran permulaan perbelanjaan pembinaan istana hanya sekitar RM400 juta pada 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Khoon Seng juga mendedahkan tiga syarikat pembinaan dilantik secara perundingan terus dan bukannya melalui tender terbuka.

TVS



Share

Tiada ulasan: