Khamis, 10 Jun 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Khalid pertikai RMK-10, dakwa abai Selangor

Posted: 10 Jun 2010 02:00 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 10 Jun – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mempertikaikan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini dengan mendakwa ia mengabaikan pembangunan di Selangor dan Lembah Klang.

Beliau juga menyifatkan pentadbiran Najib sebagai telah hilang focus dalam mencapai matlamat RMK-10.

"Adakah keputusan mengabaikan Selangor dalam fokus pembangunan ini disebabkan politik? Jika ya, keputusan ini telah membelakangkan kepentingan rakyat.

"Saya ingin menegaskan bahawa usaha mentranformasi ekonomi Malaysia perlu diberi penekanan terhadap tiga perkara penting iaitu penilaian semula saiz sektor awam, meliberalisasi saluran tranformasi dan membina 'talent bank' di kalangan tempatan dan antarabangsa," katanya lagi.

Sehubungan itu kata beliau, RMK-10 hanya memberi fokus terhadap pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), tetapi tidak di Selangor dan Lembah Klang.

"Saya menegaskan IDR, NCER dan ECER adalah projek untuk mendapatkan modal benih bagi pembangunan tanah dan infrastruktur.

"Apabila memperkatakan tentang pembangunan, Selangor dan Lembah Klang yang menjadi pemangkin pembangunan kepada Malaysia selama ini langsung tidak dinyatakan dalam RMK-10.

"Perdana Menteri hanya menyebut rangsangan ekonomi ditumpukan kepada Kuala Lumpur yang merupakan sebahagian kecil Lembah Klang," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, Selangor yang merupakan sebahagian daripada Bandar gabungan Lembah Klang adalah kawasan tengah industri dan perdagangan di negara ini sepatutnya layak dimasukkan dalam pelan pembangunan kerajaan.

"Selangor juga mempunyai penduduk berjumlah lima juta serta menyumbang kutipan cukai paling tinggi, jadi ia sepatutnya layak dimasukkan dalam pelan pembangunan kerajaan.

"Selain itu, tidak wajar jika pentadbiran Najib mengabaikan Selangor yang menempatkan paling banyak bilangan universiti dan pusat pengajian tinggi."

Khalid juga mempersoalkan pentadbiran Najib sama ada sengaja mengabaikan fakta bahawa Selangor merekodkan jumlah projek industry paling banyak pada 2008 dan 2009.

"Adakah pentadbiran Najib sengaja mengabaikan fakta bahawa Selangor merekodkan jumlah projek industri paling banyak pada 2008 dan 2009, selain menjadi negeri paling banyak mencipta peluang pekerjaan serta mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi di Semenanjung?

"Jika Perdana Menteri melihat kepada sektor yang disasarkan pembangunannya iaitu sektor pendidikan, pelancongan dan kesihatan, kesemua sektor ini berpusat di Lembah Klang.

"Selain itu, sektor industri dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) semuanya tertumpu di Lembah Klang," katanya.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Masuk Keadilan "Datuk" Kena Tarik?

Posted: 10 Jun 2010 09:00 AM PDT

Jui Meng sahkan Istana Johor tarik balik 'Datuk'


JOHOR BARU, 10 Jun – Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Chua Jui Meng hari ini mengesahkan bahawa Istana Johor telah menarik balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepadanya.

Katanya beliau dimaklumkan oleh pegawai Istana Johor mengenai langkah penarikan balik dua darjah kebesaran itu menerusi dua panggilan telefon pada Selasa dan hari ini.

"Saya terima panggilan telefon daripada Datuk Abdul Rahim Ramli (setiausaha Majlis Jumaah Diraja Johor) dua hari lepas tentang penarikan balik darjah itu dan (panggilan telefon) hari ini beliau meminta saya datang ke Johor Baharu untuk memulangkannya," katanya hari ini.

Bagaimanapun, Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan mulai 1995 hingga 2004 dan bekas Naib Presiden MCA, berkata beliau tidak dapat pergi ke Johor Baharu hari ini kerana terpaksa berada di Langkawi bagi satu majlis politik.

Semasa dihubungi di Alor Setar, Chua berkata sehingga kini beliau belum lagi menerima surat rasmi dari Istana Johor tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran terhadapnya.

Chua dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Johor dan Seri Paduka Mahkota Johor, yang kedua-duanya membawa gelaran Datuk, oleh Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar.

Ditanya sama ada Istana Johor ada memberikan sebab disebalik tindakan mereka untuk menarik balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepadanya, beliau berkata tiada sebab diberikan.

"Datuk Rahim hanya berkata bahawa Sultan Johor mempunyai hak untuk menarik balik darjah kebesaran itu tanpa sebarang sebab dan saya menghormati hak itu," katanya.

Bagaimanapun kata Chua, sebagai anak Johor beliau menghormati Sultan Johor.

"Baginda (Sultan Johor) masih raja saya dan sebagai anak watan Johor, saya tetap menghormati baginda," katanya.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman ketika ditanya tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran Johor terhadap Chua itu enggan mengulas. – Bernama


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

RMK-10 Beri Tumpuan Kepada Golongan Kaya, Pinggirkan Rakyat Miskin

Posted: 10 Jun 2010 08:30 AM PDT

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 10 Jun - Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya memberi tumpuan utama kepada kepada golongan berada atau 'bourgeois' sedangkan yang golongan rakyat miskin dipinggirkan tanpa pembelaan.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata Najib memberikan penekanan dan insentif yang lebih kepada masyarakat berada serta mewujudkan kembali dasar penswastaan yang terkenal semasa era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Syarikat-syarikat 'outsource' akan diberikan keutamaan dalam projek pembangunan negara. Kita bimbang kerana melalui pensyarikatan dan penswastaan ini, projek-projek ini akan menjadi lebih mahal dan akan merugikan negara.

"Kita juga dimaklumkan bahawa dasar pembangunan di tapak Kem Sungai Besi atas alasan untuk membesarkan Kuala Lumpur.

"Adakah kerajaan Umno-Barisan Nasional akan melakukannya dengan telus melalui perbincangan dengan semua pihak?," soal beliau.

Pada masa yang sama, beliau juga mendesak kerajaan tidak membuat keputusan secara rahsia seperti apa yang berlaku dengan lapangan minyak Blok L dan M yang diserahkan kepada Brunei oleh Kabinet.

Tambahnya, kerajaan Umno-BN mestilah mempunyai sikap terbuka kerana RMK-8 dan RMK-9 gagal mencapai matlamat yang kononnya pada masa itu bertujuan untuk meningkatkan pendapatan rakyat.

"Ini bukan kerana pegawai kerajaan tidak melakukan tugas mereka tetapi saya meletakkan kesalahan tersebut kepada pemimpin Umno-BN yang tidak mempunyai keazaman politik untuk memberhentikan rasuah dan ketirisan.

"Masalah semua ini adalah berpunca daripada rasuah dan jika tidak ada rasuah maka apa yang dirancang akan berjalan dengan baik," ujar beliau lagi.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Ulama, Pemuda PAS ambil langkah gesa hapus semua judi

Posted: 10 Jun 2010 08:15 AM PDT

Oleh G. Manimaran

MACHANG, 10 Jun – Dewan Ulama PAS Pusat bergerak satu langkah ke depan dengan mendesak kerajaan pusat agar menghapuskan semua bentuk perjudian di negara ini.

Sayap ulama PAS itu juga mendesak supaya semua premis judi ditutup.

Bagaimanapun ketegasan itu tidak menyebut bila ia harus dilakukan.

Kelainan ini diperlihatkan walaupun Pemuda PAS baru-baru ini telah memulakan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) dengan kerjasama lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan berhubung kelulusan mengendalikan operasi judi sukan.

Pendirian Dewan Ulama itu diputuskan sebagai salah satu usul Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS yang berlangsung Markas Dewan Ulama di sini hari ini.

"Judi jelas diharamkan dalam Islam. Aktiviti pelbagai bentuk judi diadakan di bawah BN sejak merdeka, dan ditambah dengan perjudian sempena musim bola sepak, maka kita sudah dapat lihat kesan-kesan buruk.

"Kita dapat melihat bahawa judi adalah seperti penyakit kanser, boleh membawa pelbagai kanser.

"Oleh itu Dewan Ulama mendesak agar kerajaan menghapuskan lessen perjudian dalam semua bentuk, mendesak menteri yang meluluskan lessen (judi) meletak jawatan," kata usul itu.

Dewan Pemuda PAS yang mengadakan muktamarnya di Kota Baru hari ini juga dijadual meluluskan usul meminta agar judi sukan dihapuskan.

Persidangan Pemuda PAS akan disambung malam ini.

Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan Al-Tantawi berkata, sayap itu akan memberi komitmen 200 peratus untuk menggerakkan rakyat agar bangkit menentang kemungkaran judi yang tiada agama membenarkannya.

"Kini rakyat mula tertanya-tanya, agama apakah yang sedang dianuti oleh kerajaan Umno dan BN tatkala mereka meluluskan lesen perjudian ini.

"Kami turut melahirkan rasa kecewa apabila menyaksikan Menteri Agama, penasihat agama dan mufti–mufti dalam negara kita membisu sejuta bahasa berdepan dengan kemungkaran yang tiada ruang khilaf dan takwil ini," jelasnya.

Justeru, menurut beliau, sebagai satu pengajaran dan didikan berkesan, Dewan Pemuda PAS menyeru agar negeri–negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat tidak memberi kerjasama kepada kerajaan pusat pimpinan Umno dan BN dalam menyuburkan amalan mungkar judi.

"Negeri–negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mesti dilihat lebih baik dan mulia berbanding kerajaan Umno dan BN dengan terlebih dahulu memberi contoh dan teladan kepada mereka," katanya.

Jelasnya, kerajaan Pakatan Rakyat mestilah memberikan komitmen serupa untuk memerangi jenayah judi ini dengan tidak lagi memperbaharui lessen premis perjudian yang beroperasi di bawah wilayah penguasaan mereka.

"Lantaran itu kami (Dewan Pemuda) yakin pengundi memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan, menjaga serta memelihara tanah air dan seluruh penghuninya dari terjebak dalam kancah mungkar seperti judi yang mampu membinasakan tamadun ummah," tambahnya lagi.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Mapim, Shura Desak Halau Kapal Zionis Israel Dari Pelabuhan Klang

Posted: 10 Jun 2010 08:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Jun - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) hari ini mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional menjelaskan kenapa membenarkan kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dua pertubuhan itu berkata pendedahan yang dibuat di dalam rencana Utusan Malaysia pada 9 Jun lalu membuktikan pada haikatnya kerajaan tidak konsisten dalam hal hubungannya dengan Israel.

"Makluman bahawa ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini, semada secara terus atau dari negara ketiga adalah amat mengejutkan.

"Persoalan yang ditanya benarkah Israel diizinkan memasuki ke pelabuhan kita dan mengadakan aktiviti perdagangan dengan negara ini, dan ini secara jelas telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan.

"Mapim dan Shura amat kesal dengan pendedahan yang menunjukkan hiprokasi yang amat nyata," kata kenyataan itu yang diemel kepada Suara Keadilan.

Menurut Setiusaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Shura, Abdul GhaniSamsuddin adalah anehnya ketika usul khas di Parlimen dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Jun lalu berkaitan dengan kecaman dan tindakan yang akan di bawa oleh kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bertindak ke atas Israel, tiba-tiba pada hari yang sama dilaporkan kapal Zim Genova milik syarikat Zim Israel Navigation Company berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo yang besar.

"Lebih pelik lagi dilapor oleh rencana tersebut selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

"Mapim dan Shura terkejut bagaimana pula ada rundingan senyap hubungan perdagangan atau perkhidmatan pelabuhan dilakukan dengan syarikat perkapalan Israel dengan Malaysia.

"Ini sudah pasti suatu penipuan kepada rakyat Malaysia dan dunia umumnya, betapa Malaysia bertalam dua muka dalam perhubungannya dengan Israel.

"Kenyataannya bila kapal kemanusiaan Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang disertai rakyat Malaysia kita dihalau dan diserang di pengairan antarabangsa kenapa pula kapal Israel sewenang-wenangnya dibenarkan berlayar dan berdagang di negara ini!," tegas kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu mencabar sama ada kapal MISC milik Malaysia dibenarkan memasuki Pelabuhan Haifa di Israel.

Mapim dan Shura berpendirian dengan jawapan jelas pihak Kementerian Pengangkutan bahawa kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia, membuktikan Malaysia telah mengkhianati rakyat Palestin.

"Walau apapun syarat dan peraturan dikenakan ke atas kapal Israel, membenarkan kapal tersebut berlabuh itu sendiri adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan sikap yang diambil oleh seluruh rakyat Malaysia dan semangat dari usul yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

"Penjelasan Kementerian bahawa pihak West Port menetapkan syarat kepada kapal Israel itu tidak boleh diterima samasekali. Jika Malaysia mempunyai dasar tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan negara yang tidak ditiktiraf, kenapa kapal itu dibenarkan masuk dan berlabuh di Klang?

Mapim dan Shura dengan itu mendesak supaya kerajaan mengarahkan kapal itu keluar dari Pelabuhan Klang dan menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada lagi kapal Israel yang akan dibenarkan berlabuh di pengairan Malaysia," desak pertubuhan itu lagi.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Projek Mega Dalam RMK-10 Akan Kayakan Kroni, Kaum Kerabat Umno-BN

Posted: 10 Jun 2010 07:30 AM PDT

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 10 Jun - Rancangan Malaysia Ke-10 dijangka akan memberikan laba yang besar kepada kroni dan kaum kerabat Umno-Barisan Nasional hasil pengumuman projek mega yang terkandung dalam pembentangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang ditemui media selepas pembentangan itu berkata Najib mengumumkan banyak projek mega dalam RMK-10.

"Kita mendengar Najib sekali lagi mengumumkan projek mega seperti Keretapi Transit Ringan (MRT), Pusat Pameran Matrade, Bandar Baru Sungai Buloh dan projek di tapak Lapangan Terbang Sungai Besi.

"Pada masa yang sama, kerajaan Umno-BN tidak mengikut prinsip dalam Model Ekonomi Baru yang diumumkannya sebelum ini. Projek dalam RMK-10 sepatutnya dibuat secara tender terbuka.

"Apa yang diumumkan Najib hari ini berkata projek-projek tersebut akan diberikan secara rundingan terus kepada agensi kerajaan yang telah diswastakan.

"Kita khuatir dasar penswastaan ini akan mengulangi apa yang berlaku pada tahun 1980 dan tahun 1990 pada zaman era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Tony, apa yang saya yang kesalkan adalah tidak ada pembaharuan dalam RMK-10 seperti mana yang diharapkan.

"Najib hanya membentangkan apa yang disebut oleh bekas Perdana Menteri sebelumnya, Tun Abdullah Badawi dalam RMK-9," ujar beliau

Tambahnya lagi, program menghantar pensyarah keluar negara dan projek jalur lebar yang disebut pada beberapa tahun lepas telah diulangi sekali lagi dalam pembentangan RMK-10 hari ini di parlimen.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Najib Gagal Bentang Pelan Perlaksanaan RMK-10

Posted: 10 Jun 2010 07:16 AM PDT

Oleh Frederick Luccas

KUALA LUMPUR 10 Jun - Senator Dr Ramakrishnan Suppiah menyuarakan kebimbangan beliau terhadap ketiadaan pelan perlaksanaan berhubung pelbagai cadangan yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen hari ini.

"Yang membimbangkan ialah, walaupun semua cadangan kelihatan hebat dan bagus, tetapi tiada cara perlaksanaan yang khusus. Kita bimbang ini hanya akan menjadi seperti semua RMK yang lalu di mana cadangan yang tidak dilaksanakan lebih banyak daripada yang dilaksanakan.

"Tanpa satu proses yang jelas, bagaimana perlaksanaan ini akan dibuat? Ini jelas menunjukkan kerajaan Umno-BN hanya mahu membuat cadangan yang nampak sahaja dan kelihatan bagus tetapi pada dasarnya kosong sahaja," kata beliau.

Kata Dr Ramakrishnan lagi, jika kerajaan Umno-BN ingin membuat pembaharuan yang ikhlas dan jitu, ia perlu membentangkan satu rancangan yang terbuka dan telus, yang mencerminkan kemahuan kerajaan Umno-BN bagi membetulkan kesilapan lalu.

"Terdapat banyak isu penyelewengan dana yang diluluskan untuk RMK-9 dan kita tahu kebanyakkan projek besar diberi kepada kroni-kroni mereka. Apa jaminan dan pelan kerajaan Umno-BN untuk mengelakkan masalah ini daripada berulang? Jelas hari ini, kerajaan tiada pelan langsung," tegasnya lagi.

Beliau juga menyuarakan ketidakpuashatian beliau terhadap ketiadaan rumusan perlaksanaan RMK-9 lalu.

"Bila kita membuat atau melaksanakan apa-apa projek dan dasar, kita perlu membuat 'post mortem' agar kita dapat memastikan di mana kesilapan kita dan memastikan kita tidak mengulangi kesipalan tersebut.

"Tetapi, sehingga hari ini, kita tidak mendapat apa-apa laporan RMK-9 ataupun RMK-8, tidak tahu apa tahap kejayaan atau kegagalan RMK lalu dan terus melompat ke RMK-10. Apakah begitu banyak kegagalan sehingga tidak dapat dibentangkan?"

"Dalam pembentangan hari ini, Najib telah memberikan beberapa statistik dan sasaran RMK-9 yan dikatakan telah berjaya dicapai. Apa mekanisme yang digunakan oleh Najib untuk mendapatkan angka sasaran? Pelan kepunyaan kerajaan, dan agensi yang mengukur statistik pun di bawah kerajaan, maka bagaimana kita boleh memastikan tiada pengubahan atau penggunaan kaedah yang berat sebelah tidak berlaku?" tanya Dr Ramakrishnan.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Umno-BN Dalangi Tarik Gelaran 'Datuk Seri', 'Datuk'

Posted: 10 Jun 2010 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 Jun - Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng berkata keputusan pihak Istana Johor menarik balik dua anugerah yang membawa gelaran 'Datuk Seri' dan 'Datuk' didalangi oleh Umno-Barisan Nasional Johor yang gentar kepada peranannya sebagai Pengerusi 'Gerakan KEADILAN-Pakatan Rakyat Menawan Johor' pada pilihan raya umum akan datang.

Bercakap kepada Suara Keadilan, Jui Meng berkata beliau sudah mengetahui daripada sumbernya bahawa Umno berhasrat untuk berbuat demikian

"Saya yakin ini bukannya tindakan Sultan Johor. Ini adalah tindakan keji Umno-BN yang takutkan peranan saya mengetuai 'taskforce' Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan negeri Johor pada pilihan raya akan datang.

"Saya diberitahu bahawa Menteri Besar (Tan Sri Abdul Ghani Othman) memberitahu kepada beberapa rakan saya dalam Umno beliau mengertak mahu menarik balik anugerah dua 'Datuk' daripada saya. Saya percaya ini satu bentuk tekanan ke atas saya sejak saya menyertai KEADILAN dan hakikat ini tidak boleh diterima oleh Umno dan BN.

"Secara peribadi saya rasa tindakan ini agak menyedihkan saya kerana saya memang rapat dengan Almarhum Sultan Iskandar yang sentiasa mengiktiraf sumbangan saya bukan sahaja kepada negeri Johor tetapi juga negara tetapi kurang daripada setahun kemangkatan baginda perkara ini berlaku," kata Jui Meng ketika dihubungi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat berkata setakat ini beliau belum lagi menerima surat rasmi dari pihak istana.

"Saya tetap menghormati dan menerima keputusan itu dengan baik tetapi saya diberitahu bukan sahaja masyarakat Cina di Johor dan seluruh Malaysia amat marah dengan tindakan Umno-BN ini tetapi juga orang Melayu dan India. Mereka berpendapat pemimpin masyarakat Cina seperti saya dianiaya dan dipinggirkan hanya kerana berlainan fahaman politik bukannya kerana saya tidak setia kepada Sultan atau negeri Johor.

"Jika saya diberi peluang saya ingin mengadap Sultan dan meminta penjelasan dan alasan mengapa anugerah kepada saya ditarik balik.

"Walau bagaimanapun ramai orang memberitahu saya,' tidak apa Datuk, ini adalah satu cabaran yang perlu dihadapi, yang penting anda sentiasa adalah Datuk Seri dalam hati dan sanubari rakyat'," kata beliau.

Jui Meng di anugerahkan Darjah Paduka Mahkota Johor yang membawa gelaran Datuk dan kemudiannya Darjah Seri Paduka Mahkota Johor yang membawa gelaran Datuk Seri.

Bagaimana pun beliau tetap mengekalkan gelaran 'Datuk' yang diperolehi dari Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003. -SK

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Ujian Untuk YB Zailah MP Rantau Panjang

Posted: 10 Jun 2010 06:45 AM PDT

Pegawai MP PAS buat laporan polis terhadap majikannya

KOTA BAHARU, 10 Jun – Seorang kerani hari ini membuat aduan polis mendakwa majikannya Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar), mengugutnya kerana cuba mengemukakan laporan tentang prestasi majikannya kepada PAS pusat.

Lelaki berkenaan, Ahmad Syauqey Abdul Ghani, 35, yang mengaku sebagai pegawai khas kepada Anggota Parlimen tersebut, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, pada pukul 10.30 pagi ini.

Bercakap kepada pemberita selepas laporan selama 1 jam 15 minit itu dibuat, beliau mendakwa majikannya mengugutnya melalui perbualan telefon dengan isterinya, Salwati Mohd Ariffin, 34, pada 5 Jun lalu.

Katanya, beliau mula berkhidmat dengan Siti Zailah awal Januari lalu.

Sementara itu ketika ditemui pemberita di muktamar ke-50 Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah berkata Ahmad Syauqey bukan pegawai khasnya tetapi kerani di pusat khidmat rakyat Parlimen Rantau Panjang.

Katanya tugas kerani itu dipegang oleh isteri lelaki itu yang mengambil alih tugas tersebut tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Ahmad Syauqey berkata satu salinan laporan "pemerhatian" ke atas majikannya juga diserahkan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh pada 1.40 tengah hari selepas Muktamar Muslimat berhenti bersidang untuk makan tengah hari. – Bernama

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Pemuda nasihat Nakhaie pulang, 2 menteri sertai PAS

Posted: 10 Jun 2010 06:30 AM PDT

KOTA BARU, 10 Jun - Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Al-Tantawi menasihatkan bekas Yang Dipertua Yadim Datuk Nakhaie Ahmad dan dua menteri dan seorang timbalan menteri agar menyertai parti itu.

Dua menteri terbabit ialah Datuk Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Chik dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi serta seluruh ahli-ahli Umno yang cintakan Islam dan pernah bersama dalam perjuangan menyertai PAS.

Jelas Nasrudin, mereka yang disebutkan itu pernah bersama-sama dengan PAS dan baginya adalah sangat baik jika semua mereka kembali ke pangkuan perjuangan dengan panggilan "Jom Sertai PAS".

Nasrudin menyatakan demikain ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat di Kota Baru Trade Centre di sini hari ini.

Nasrudin menambah, seruan itu dibuat kerana melihat kerajaan Umno-BN yang disertai hari ini semakin zalim dan rakus dalam menerajui negara.

Beberapa keputusan dan dasar yang dilaksanakan menjurus negara ke arah kehancuran sementara kemelut sosial yang runcing semakin parah, kata beliau.

Dalam ucapan dasarnya, Nasrudin juga mendesak agar kontrak kerajaan Malaysia dengan firma khidmat runding APCO Worlwide ditamatkan dengan serta-merta.

Katanya, kedudukan Malaysia dalam ranking Indeks Persepsi Rasuah 2009 semakin menjunam teruk ke tangga 56 daripada 180 negara yang diukur.

"Lebih parah lagi, kerajaan Umno-BN dengan angkuh sombongnya meluluskan lesen judi sukan dan kemudiannya dianugerahkan kepada tauke judi yang banyak berjasa kepada mereka," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, Dewan Pemuda PAS memberikan komitmen 200 peratus untuk menggerakkan rakyat agar bangkit menentang kemungkaran judi yang tiada agama membenarkannya.

"Pemuda rasa kecewa apabila menyaksikan Menteri Agama (Jamil Khir), penasihat agama dan mufti–mufti hanya membisu sejuta bahasa berdepan dengan kemungkaran yang tiada ruang khilaf dan takwil ini," katanya.

Nasrudin berkata, pihaknya akan mengadakan perhimpunan aman 3 Julai ini bagi membantah kelulusan lesen judi dan mengharapkan rakyat turut serta dengan misi tersebut.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Isu masjid: Hasan Ali saman Zahid Hamidi, Zainal

Posted: 10 Jun 2010 06:15 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM20 juta terhadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Utusan Malaysia dan portal berita Agenda Daily berhubung artikel menyentuh isu menggunakan masjid untuk berpolitik.

Turut disaman ialah bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Zainal Abidin Sakum.

Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor memfailkan saman fitnah ekoran artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Agenda Daily.

"Dalam artikel yang disiarkan Utusan Malaysia dan Agenda Daily kedua-dua individu tersebut (Zahid dan Zainal Abidin) telah memfitnah saya dengan mengatakan bahawa saya mempolitikkan khutbah Jumaat ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Selain itu, artikel itu juga mengatakan bahawa saya menderhaka kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menjadikan masjid dan surau sebagai gelanggang berpolitik," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Difahamkan writ saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Akibat penerbitan artikel tersebut, Hasan mendakwa, artikel itu memberikan gambaran beliau merupakan seorang yang tidak bermoral itu, telah mencemarkan reputasi dan nama baiknya.

Di samping itu, Hasan mendakwa, imej dan krediabilitinya sebagai seorang pemimpin tercemar kerana fitnah tersebut.

"Disebabkan fitnah itu imej saya sebagai pemimpin sudah tercemar dan tercalar.

"Justeru saya membuat keputusan untuk memfailkan saman fitnah ini sebagai satu langkah untuk membersihkan semula imej saya supaya dapat menjalankan tugas dengan baik tanpa ada sebarang persoalan ataupun keraguan," katanya.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Nik Aziz: Perjuangan Islam Satu Kewajipan

Posted: 10 Jun 2010 06:00 AM PDT

Nik Abdul Aziz Nik Mat

UCAPAN AL-MURSYIDUL AM PAS MAJLIS PERASMIAN SERENTAK MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN ULAMAK PAS PUSAT, DEWAN PEMUDA PAS PUSAT DAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT PADA 26 JAMADIL AKHIR 1431 / 9 JUN DI PUTIK, PENGKALAN CHEPA

Firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat. (An-Nisak: 58)

Terima kasih saudara pengerusi majlis,

· Yang Berhormat Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,

· Al-fadhil Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,

· Al-fadhilah Dewan Ketua Muslimat PAS Pusat,

· Al-fadhil Wakil Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,

· Yang dihormati ahli jawatankuasa Ulamak, Pemuda dan Muslimat,

· Serta sidang perwakilan dan para pemerhatian Muktamar sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan untuk bersama-sama berada di dalam majlis perasmian muktamar tahunan dewan-dewan PAS Pusat pada malam ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana dijemput untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan muktamar tahunan dewan-dewan yang julung-julung kali diadakan serentak pada tahun ini.

Mewakili pihak tuan rumah, saya mengucapkan selamat datang, "ahlan wasahlan wamarhaban biqudumikum.."

Perjuangan Islam Merupakan Satu Kewajipan

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Saya ingin memulakan ucapan ini dengan mengingatkan kita semua bahawa perjuangan Islam yang kita galas pada hari ini bukanlah satu pilihan, tetapi ia merupakan satu kewajipan yang terpikul di atas bahu kita semua. Ini kerana setiap perkara yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai tugasnya masing-masing. Makhluk seperti binatang mempunyai tugasnya. Kayu dan batu yang tidak bernyawa juga mempunyai tugasnya iaitu kesemuanya diciptakan oleh Allah SWT untuk kegunaan manusia sebagaimana yang disebut di dalam firmanNya:

Yang bermaksud: "Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu". (Al-Baqarah: 29)

Jika semua perkara di dunia ini diciptakan untuk kegunaan manusia, maka untuk apakah pula manusia itu sendiri diciptakan? Adalah janggal jika dikatakan manusia yang merupakan makhluk yang paling sempurna tidak mempunyai tugasnya yang tersendiri.

Justeru, Islam hadir dengan satu jawapan bahawa tugas manusia ialah mengabdikan diri kepada tuhan yang menciptakan alam ini iaitu Allah SWT. Jawapan ini jelas disebut oleh Allah SWT di dalam ayat yang berbunyi: Yang bermaksud : Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supayamereka mengabdi kepada-Ku. (Az-Zaariat: 56)

Pengabdian kepada Allah SWT haruslah dengan cara yang Allah sendiri tentukan. Ia tidak boleh dibuat dengan hasil kreativiti manusia itu sendiri. Manusia boleh berinovasi tetapi tidak di dalam urusan pengabdian kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, diutuskan para nabi alaihimussolatuwassalam untuk mengajar manusia bagaimana mahu mengabdikan diri kepada Allah gar tidak tersesat jalan dalam kehidupan ini. Hidup mengikut Islam adalah dua kali ; 1. Hidup untuk beribadah sepenuh masa iaitu hidup sekarang (duniawi). 2 Hidup selepas mati (kiamat) yang disebut dengan lebih daripada 40 nama termasuklah nama yaumiddin yang wajib diulang setiap kali muslim bersembahyang.

Inilah yang disebut sebagai dakwah. Para nabi datang bukan dengan tujuan mahu mengajar manusia bagaimana membina tamadun dan melakukan pembangunan fizikal, tetapi lebih jauh dari itu ialah dengan misi untuk menyelamatkan manusia dari terjun ke dalam api neraka di akhirat kelak.

Inilah apa yang dilakukan oleh PAS pada hari ini. Kita mewarisi perjuangan para nabi di dalam mengajak manusia ke arah makruf dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Kita tidak mewarisi perjuangan demokrasi dari Eropah, Inggeris dan Perancis. Sekalipun zaman nubuwwah telah berakhir dengan pengutusan nabi Muhammad SAW, namun tugas untuk meneruskan usaha dakwah ini masih belum tamat dan tidak akan tamat selama-lamanya. Di dalam hal ini, para nabi yang akan menjadi contoh kita. Bukan mana-mana ahli falsafah. Kita tidak ke Barat dan tidak ke Timur mengikuti arus, apa yang kita pegang hanyalah Islam.

Inilah yang telah ditegaskan oleh pimpinan kita yang terdahulu. Saya ingin menukilkan tulisan Almarhum Doktor Burhanuddin Helmi di dalam majalah Suara Islam bilangan 1 tahun ke-2 yang dikeluarkan pada Disember 1957, beliau menulis, "Tiap-tiap perjuangan mesti ada cita-cita atau ideologi, dan cita-cita itu didasarkan atas tujuan yang benar-benar teguh dan adil, ideologi adalah nyawa kepada pertubuhan.."

Sesungguhnya, ideologi PAS ialah Islam. Tanpa Islam, PAS umpama jasad tanpa nyawa. Justeru, saya sekali lagi ingin mengingatkan bahawa perjuangan kita bukan bermula pada hari ini, ia merupakan perjuangan yang dimulakan oleh para anbiya' yang terdahulu. Kita hanyalah mata rantai di dalam perjuangan ini, kita mempusakainya dari generasi yang terdahulu, dan kita menyambung mata rantai itu serta akan mewariskannya pula kepada generasi yang terkemudian.

Belajar dari sejarah

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

PAS memilih untuk berjuang melalui medan siasah iaitu medan yang ditutup rapat pada zaman penjajah. Itulah penjajah Inggeris di Tanah Melayu, Belanda di Indonesia, Inggeris dan Perancis di Timur Tengah. Siasah PAS adalah politik-dakwah. Maka, kita bergerak sebagai parti politik dan kita berdakwah (berkempen) ketika bertanding dalam pilihan raya dan selepasnya demi mencapai cita-cita untuk mempersembahkan Islam yang sebenar kepada masyarakat. Dalam perjuangan inilah, PAS telah melalui sejarah panjang yang dipenuhi dengan peristiwa jatuh bangun di dalam arena politik-dakwah.

Kesemua pengalaman pahit manis ini merupakan khazanah PAS yang berharga di dalam mendepani cabaran pada masa akan datang. Dalam menyertai pilihan raya, PAS pernah bersendirian meraih sokongan rakyat. Hasilnya, PAS berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu di dalam pilihan raya umum pada tahun 1959. Sekalipun berdepan dengan parti gabungan Perikatan pada masa itu, namun kita berjaya mentadbir Kelantan dan Terengganu dengan baik. Sejarah juga mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973. PAS pada masa itu dengan hati yang ikhlas menyambut huluran tangan perpaduan dengan harapan berlaku kebaikan berpanjangan. Rupanya Barisan Nasional adalah perangkap bagi PAS.

Kita menyertai Barisan Nasional demi perpaduan, namun kesannya amat parah kepada PAS khususnya di Kelantan, PAS sendiri telah berpecah empat – selain PAS, munculnya Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Ia ditambah lagi dengan peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978.

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Inilah sejarah jatuh bangun PAS di dalam politik negara. Saya rakamkan semula di sini bukan untuk mengungkit luka lama agar berdarah kembali, jauh sekali mahu melemparkan bara dendam untuk dimarakkan, tetapi untuk menjadi pengajaran kepada kita semua di dalam menongkah perjuangan. Ingin saya peringatkan, lembaran sejarah mencatit UMNO dan Barisan Nasional ialah rakan yang tidak setia, tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melipat senjata.

Selepas ditendang keluar dari Barisan Nasional, PAS bersendirian, kembali dagang mengatur tapak membina kekuatan seperti dagangnya Nabi Muhammad SAW sekembalinya dari Thoif dengan kakinya yang mulia berlumuran darah sambil merayu kepada Allah SWT dengan doanya yang masyhur. Berkat kegigihan, kita bengah dengan semaraknya Kepimpinan Ulama disokong oleh penggerak tarbiyah parti yang terus memperkasa Kepimpinan Ulama.

Landasan tarbiyah turut sama mengukuhkan kepimpinan Pemuda dan Muslimat. Berkatnya Kepimpinan Ulama telah mendapat sokongan semakin ketara, sehingga mampu mengatur perancangan politik-dakwah mendepani segala cabaran. Antaranya, persepakatan dengan Semangat 46 membolehkan PAS menguasai Kelantan semula pada tahun 1990, persefahaman dan penyertaan PAS dalam Barisan Alternatif menghadiahkan kemenangan di Terengganu pada tahun 1999 dan akhirnya melalui percaturan satu lawan satu di dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, ian telah mencatit sejarah di mana kita berjaya menafikan majoriti dua pertiga (2/3) Barisan Nasional di parlimen.

Menghadapi pilihanraya umum ke-13

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Hasilnya, berlaku hubungan politik PAS~PKR~DAP semakin kukuh. Ia membawa lahirnya Pakatan Rakyat sebagai alternatif baru untuk rakyat Malaysia menggantikan Barisan Nasional. Maka saya melihat kehadiran DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat ini semacam satu kifarah Allah SWT kepada kita semua pejuang PAS. Ini kerana setelah beberapa lama alim ulama kita termasuk tok-tok guru di pondok-pondok tidak melaksanakan tugas dakwah menyebarkan Islam kepada kumpulan non Muslim (Cina, India, Siam atau orang Asli) menyebabkan sebaran dakwah baik di pondok atau di sekolah-sekolah Arab hanya berkisar di kalangan sesama Islam sahaja. Melayu ajar melayu sahaja. Maka secara politiknya kita berpakat, namun pakatan itu hendaklah bersama tugas dakwah. Sekarang rakain kita adalah mad'u kita.

Strategi sebegini amat penting kerana nilai perjuangan suci kita adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat, lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang menimbulkan pelbagai kekalutan kepada rakyat dan negara. Berlaku semakin serius gejala maksiat, buang bayi, pembunuhan, rompakan, rasuah, kemelesetan dan sebagainya.

Atas alasan inilah, kita mahu menjadi alternatif kepada Barisan Nasional bagi menghadapi pilihanraya umum nanti. Pilihanraya tidak berlaku 4 atau 5 tahun sekali. Bagi orang yang beragama, pilihanraya berlaku setiap saat antara nafsu ammarah, lawwamah dan mutmainnah. Kita mahu eratkan hubungan dengan DAP dan PKR dan kita mahu rakyat memberikan mandat kepada kita. Justeru itu, kita hendaklah berani menawarkan alternatif ini dan sedia berikrar kepada semua rakyat termasuk Cina, India, Siam dan seumpamanya bahawa kita akan membuang semua unsur-unsur kerosakan yang ada di dalam kerajaan UMNO pada hari ini dan menggantikannya dengan amalan pentadbiran bersifat good governence iaitu berintergeriti, adil, bermoral, cekap, telus dan bertanggungjawab. Kerana memang begitu ajaran Islam, itulah kelebihan kita bergerak di atas landasan Islam. Ia turun daripada Allah bukan diseludup masuk daripada Eropah.

Kita yakin dengan tawaran ini, misi kita bersama-sama Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke-13, bakal membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar memenuhi aspirasi semua lapisan rakyat. Kerana tidak asatu pun ajaran Islam yang boleh memudaratkan manusia tanpa mengira bangsa. Sehubungan itu, saya amat berharap agar pihak parti dapat menterjemah sebaik mungkin apa-apa langkah dan usaha atau strategi yang berkesan ke arah memastikan realiti PAS adalah sebenar-benar memimpin perubahan menghadapi pilihanraya umum ke13 nanti.

Perjalanan kita masih panjang, noktah perjuangan kita masih jauh. Namun, tanda-tanda kemenangan sudah kelihatan. Walaupun guruh di langit bukan menandakan hujan akan turun, namun sekurang-kurangnya harapan ada untuk menyaksikan kemarau akan berakhir. Lantaran itu, ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa masa depan ialah bersama Pakatan Rakyat di dalam membina Malaysia yang baru. Memahami realiti semua, maka PAS mestilah bersedia menunjukkan kehebatan dan kehebatan PAS itu adalah sentiasa berpegang kepada prinsip tidak mengasingkan agama dan politik, mempertahankan al-Quran dan Sunnah Nabi serta sentiasa berusaha ke arah penyatuan umat. Dr Yusuf al-Qaradawi selalu menggunakan istilah asolah al-Islam wa hadathah al-siyasah.

Fokus menawan pengundi Melayu

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Pilihan raya umum yang ke-12 dan siri pilihan raya kecil yang berlaku selepasnya, termasuklah terbaru di Hulu Selangor dan Sibu, jelas sekali bagaimana Barisan Nasional telah ditolak secara total oleh pengundi bukan Melayu. Hari ini, tidak dinafikan bahawa yang menjadi tongkat Barisan Nasional ialah pengundi Melayu.

Saya suka mengingatkan agar memerhati perkembangan ini dengan serius. PAS sebagai alternatif kepada UMNO perlu bergerak dengan lebih cergas di dalam meraih sokongan pengundi Melayu. Jangan dibiarkan orang-orang Melayu terus ditipu hidup-hidup dengan momokan 'Ketuanan Melayu' yang merupakan dongengan pemimpin UMNO. Orang orang Melayu perlu diingatkan bahawa keris yang dijulang oleh pemimpin UMNO itu bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka. Buktinya, Kelantan sebagai negeri yang majoritinya Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak daripada buminya sendiri. Projek-projek pembangunan daripada Pusat semuanya diserahkan kepada jabatan mereka sendiri. Semacam kerajaan Kelantan sekarang tidak sah dan pegawai-pegawai tidak berpelajaran, lemah dan korup.

Justeru, demi memastikan orang-orang Melayu turut bersama kita di dalam pelayaran bahtera perubahan ini, PAS perlu bergerak dengan lebih efektif agar dterima rakyat. Jika ditanya Kelantan apakah formulanya, saya suka menjawab bahawa formulanya ialah mendidik jiwa rakyat dengan agama, suburkan sanubari mereka dengan taqwa kepada Allah agar hati mereka tidak mati, tidak keras untuk menerima siraman hujan kebenaran. Usaha ini dilakukan setiap masa, bukan 5 tahun sekali tatkala menjelang pilihan raya. Bahkan perlulah sentiasa memilih antara laluan fujuraha (maksiat) dan laluan taqwaha (ketaqwaan). Inilah beza antara jemaah Islam dan sekular.

Pada sudut inilah, saya meletak harapan besar kepada Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat agar meletakkan keutamaan menguasai sasaran lebih besar pengundi Muslim Melayu. Semoga dengan jumlah 110 kerusi parlimen yang majoritinya muslim, akan berlaku suatu pendekatan terbaik bagi menjamin kemenangan Islam setidak-tidaknya kesemua kerusi yang PAS bertanding. Apa yang penting sampaikan seruan perjuangan Islam keppada semua lapisan masyarakat. Insya Allah, bila memahami Islam, mereka tidak bermusuh dengan PAS, sebaliknya akan menolak UMNO yang sekular itu. Jelaskan bahawa seruan ketuanan Melayu tetap menimbulkan rasa dendam, cemas yang berpanjangan. Kiranya golongan dendam ini berkuasa di satu masa, maka rasa dendamlah yang akan dilaksanakan. Moga dijauhi Allah.

Fokus mempamerkan Islam kepada golongan Nonmuslim

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Selain itu, saya amat berharap benar agar kita meningkatkan usaha untuk memperkenalkan Islam kepada saudara kita golongan Nonmuslim. Sudah sampai masanya untuk kita lebih serius mewajahkan semula Islam yang telah disolek dengan buruk oleh UMNO. Masyarakat Malaysia perlu disedarkan bahawa Islam bukan milik bangsa Melayu. Bahkan sejarah menyebut kaum Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam sebelum bangsa Melayu sendiri di benua masing-masing sebelum bangsa Melayu sendiri menerima Islam kira-kira 500 ratus tahun dahulu.

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah di atas penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (ringkasnya Dewan Penyokong PAS). Dewan Penyokong ini adalah pemimpin dan ahlinya terdiri daripada rakan-rakan kita Nonmuslim yang sedia berjuang bersama kita. Ini merupakan satu langkah ke hadapan yang telah diambil ke arah mendekatkan perjuangan PAS kepada golongan bukan Islam (Nonmuslim).

Alhamdulillah, saya melihat fobia terhadap PAS sudah terhapus di kalangan orang-orang bukan Islam. PAS sebelum ini dijadikan sebagai hantu oleh UMNO untuk menakutkan Nonmuslim. Hantu itu sudah tidak wujud lagi, bahkan jika ia wujud juga, maka UMNO-lah hantunya. Tinggalkanlah UMNO dengan labu-labu kebangsaannya. PAS perlu terus melihat ke hadapan mengorak langkah memperkenalkan Islam sebagai cara hidup yang lurus. Saya optimis, jika masyarakat Nonmuslim berjaya memahami Islam yang sebenar, InsyaAllah pisau-pisau perkauman yang sekarang galak diasah oleh Barisan Nasional akan tumpul dengan sendiri dan akan memakan tuannya.

Sepakat Putrajaya (Consociational)

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Bertolak daripada gagasan menghadapi pilihanraya umum ke-13, ke arah menjadikan PAS sebagai peneraju politik negara, maka PAS hendaklah menguasai politik Melayu Muslim dan sekaligus mendapat kepercayaan pengundi bukan Melayu- Non Muslim. Melihat kepada sambutan rakyat sejak pilihan raya umum 2008 dan sebelas (11) pilihan raya kecil, dapat dikatakan bahawa telah berlaku tsunami politik kalangan pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina. Terbaru, atas nama Pakatan Rakyat kita berjaya merampas parlimen Sibu dari Barisan Nasional. Ia adalah bukti peningkatan keyakinan rakyat terhadap pendekatan politik baru Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional.

Justeru, kita yakin mood rakyat sekarang adalah bersama Pakatan Rakyat. Rakyat sudah jemu dengan pendekatan politik kebendaan 'beli undi' dan sekular Barisan Nasional. Atas prinsip politik Pakatan Rakyat yang mula diterima ini, maka PAS hendaklah bersama dengan mood rakyat. Dengan ini, suka saya mencadangkan agar kesemua peringkat parti, khusus Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang bermuktamar kali ini dapat membincang dan merumuskan pendekatan politik-dakwah secara khusus atas cita-cita mengisi tema 'Sepakat Putrajaya' persis Fathu Makkah pada zaman Rasulullah SAW. Ia bermaksud, suatu laluan Putrajaya sudah dirintis, terbuka dan rakyat sedia mengiringinya. Maka, pemimpin pasti sedar, dan tunggu apa lagi?

Berkerjalah kita. Persoalannya, sejauh mana PAS sebagai parti untuk menguruskan bahtera perjuangan membuat persediaan. Seruan saya, mantapkan tindakan ke arah mengisi 'Sepakat Putrajaya.' Maka, laksanakanlah perintah Allah, sebagaimana firman-Nya: Yang bermaksud: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu... (Al-Anfal: 60)

Sebagai menyahut seruan Sepakat Putrajaya ini, maka Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat hendakklah membina pelan strategik pilihanraya ke-13 sebagai panduan bagi memastikan segala usaha dewan-dewan adalah menyokong gagasan PAS memimpin perubahan tatkala pilihanraya umum akan datang.

Amanah kepada Dewan-Dewan

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Jika demikian besarnya urusan parti, maka setiap dewan ada amanah yang perlu dilaksanakan. Terawalnya kepada Dewan Ulama, saya menaruh kepercayaan untuk berperanan sebagai pemantau dan penasihat yang berkesan. Alhamdulillah golongan ulama telah lama turun padang berkhutbah, berceramah, naik rumah turun rumah sebagaimana Rasulullah SAW masuk khemah keluar khemah di Padang Mina dahulu.

Ulama perlu yakin bahawa mereka merupakan kiblat kepada perjuangan. Mana yang salah mereka perbetulkan, mana yang rebah mereka bangunkan, mana yang bengkok mereka luruskan. Jika ulama sendiri salah, rebah dan bengkok maka malanglah perjuangan ini. Al-Imam al-Ghazali rahimahullah di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (jilid pertama) menyebut: Yang bermaksud : Ulama ialah garam Allah di bumiNya.

Daging dan ikan dapat diselamatkan daripada berbau busuk dan rosak setelah diserapkan dengan garam. Apa kata jika garam itu sendiri tidak masin? Sudah tentu tidak ada lagi yang dapat menghalang daging itu busuk.

Berbezanya kita dengan UMNO ialah kita meletakkan ulama sebagai institusi yang dihormati, UMNO pula meletakkan ulama sebagai alat meraih sokongan. Selain itu, saya mencadangkan agar Dewan Ulama gigih berusaha membenttuk pelapis yang terdiri daripada ulama muda. Latihlah generasi pelapis yang boleh memandu perjalanan parti dengan ilmu yang mereka ada. Lihatlah contoh terbaik yaang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang mengamanahkan kepada Usamah bin Zaid sebagai panglima pada saat-saat akhir usia baginda.

Selain itu, sebarkanlah keyakinan kepada masyarakat bahawa hidup ini tidak hanya tamat setakat di dunia sahaja, tetapi akan dinilai semua amalan di akhirat kelak. Jika masyarakat dapat diyakinkan dengan aqidah ini, saya yakin peruangan PAS secara automatik akan diterima kerana inilah tujuan sebenarnya PAS bergerak.

Di samping itu, para ulama boleh mempelopori langkah mempelajari bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia. Jika ulama dapat menguasai bahasa Mandarin dan bahasa Tamil contohnya, tentunya perjuangan PAS lebih mudah ditrima oleh rakyat Malaysia.

Kepada Dewan Pemuda, saya berpesan supaya sentiasalah menjadi pendokong kepada parti. Pemuda merupakan tonggak kekuatan gerak kerja parti. Bekalkanlah diri dengan wala' dan thiqah kepada pimpinan dan luahkanlah teguran dengan cara yang baik dengan meraikan adab berjemaah. Sesungguhnya saya telah melalui perjalanan yang panjang lebih separuh abad di dalam PAS, saya benar-benar mmenyaksikan bagaimana rakan-rakan kita yang asalnya bersama dengan kita memilih untuk meninggalkan PAS hanya kerana terkilan dengan isu-isu peribadi yang tertentu. Oleh yang demikian, saya berharap pemuda hendaklah sentiasa memasak keyakinan bahawa perjuangan ini pasti akan diganjari oleh Allah SWT.

Akhirnya, kepada Dewan Muslimat, saya harap supaya terus istiqamah di dalam menjadi sayap penting parti. Firman Allah:

Yang bermaksud: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. (At-taubah: 71)

Kerana itu, di samping lelaki (yakni Pemuda dan Ulama) peranan Muslimat akan mengukuhkan lagi jemaah. Maka pimpinan Muslimat perlu merancang langkah efektif untuk mendekati dan menguasai golongan pengundi wanita yang merupakan separuh daripada jumlah pengundi. Muslimat juga perlu lebih ke hadapan menampilkan sifat kepimpinan yang boleh dihormati. Mungkin tidak berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki, tetapi tetap berdiri teguh dalam menongkat perjuangan, menabur baja iman dan menyiram air taqwa. Jadikanlah tokoh-tokoh juang muslimah yang melakar sejarah terdahulu (seperti Siti Aisyah isteri Nabi dan Zainab al-Ghazali muslimat Ikhwan Muslimun) sebagai idola dan ikutan di dalam menongkah arus perjuangan.

Sebenarnya, pihak parti sedia melayani suara Muslimat dan ruang menyampaikan suara itu terbuka luas dalam parti. Justeru, pihak parti sendiri sentiasa terbuka dalam meningkatkan lagi penglibatan Muslimat. Saya sendiri sejak awal-awal pentadbiran PAS di Kelantan telah mengiktiraf Muslimat sebagai senator dan kemudian wakil rakyat serta melantik sebagai ahli Exco.

Tuntutan istiqamah

Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian.

Demikianlah amanah yang dapat saya sampaikan di dalam majlis ini. Saya berdoa agar kita semua dapat mengambil manfaat daripada apa yang telah saya sampaikan. Besarlah harapan saya, ia tetap memerlukan kepada tuntutan istiqamah kepimpinan dan ahli di dalam melayari bahtera perjuangan ini. Realitinya, kita telah menanam benihnya yang akan dinikmati hasilnya oleh generasi yang terkemudian.

Paling penting, ikhlaskanlah usaha kita kerana Allah. Atas keikhlasan itu, semoga amalan kita dihitung sebagai amal soleh yang bakal mendapat balasan syurga. Firman Allah:

Yang bermaksud: Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun. (An-Nisak: 124)

Semoga setiap usaha yang kita lakukan kesemuanya dikira amalan yang baik dan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Dengan ini saya merasmikan Muktamar bagi ketiga-tiga Dewan – Ulama, Pemuda dan Muslimat. Semoga Muktamar kali ini berjalan dengan keberkatan Allah SWT.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

RMK10: Ekonomi Malaysia kekal di takuk lama

Posted: 10 Jun 2010 05:45 AM PDT

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Melihat kepada inti Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) petang tadi tidak menolak kemungkinan bahawa pemacuan ekonomi negara diramalkan kekal terperangkap di takuk yang lama, iaitu ekonomi berprestasi sederhana.

Ini kerana, menurut beliau, pembentangan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pagi tadi langsung tidak mencerminkan bahawa kerajaan mempunyai iltizam politik untuk memulihara kebebasan mahkamah, demokrasi serta integriti dalam urus tadbir negara.

"RMK10 ini mungkin akan terus memerangkapkan kita (kerajaan) pada ekonomi berpendapatan sederhana, bukan ekonomi berprestasi tinggi seperti yang dicanangkan oleh Datuk Seri Najib.

"Asasnya di sini kerana tidak ada iltizam politik oleh kerajaan beliau (Najib) untuk pulih negara," ujar beliau di lobi Parlimen.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat turut menganggap pelan ekonomi yang dirancang Najib masih terlalu bergantung kepada sumber bahan mentah, bukannya sektor perkhidmatan atau sumber-sumber yang diperbaharui.

Anggapan tersebut, menurut beliau, merujuk sumber minyak petroleum, gas dan kelapa sawit yang menjadi dua sasaran utama dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

"Salah satu masalah kita adalah kebergantungan pada minyak dan gas di mana KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) kita sekarang, iaitu (sebanyak) 48 peratus daripadanya adalah minyak dan gas," ujar beliau.

Disebabkan itu, RMK10 bagi beliau, sepatutnya kembali pada asas terpenting ekonomi, iaitu produktiviti.

"Perlu kembali pada asas ekonomi (iaitu) produktiviti, selain kerajaan perlu iltizam politik," ujar beliau.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Ucapan Nik Aziz serlahkan keunggulannya

Posted: 10 Jun 2010 05:34 AM PDT

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Ucapan yang disampaikan oleh Murshidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika merasmikan Muktanar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat serentak malam kelmarin di Putik, Kota Bharu menyerlahkan natijah yang sangat menarik, yang membuktikan kepimpinannya masih unggul, dinamik, terkini, berwibawa, tegas dan berpandangan jauh.

Beliau melakarkan wawasan dan hala tuju PAS yang begitu jauh ke depan sebagai parti politik masa depan untuk rakyat Malaysia, bukan saja bagi umat Islam bahkan untuk pelbagai kaum dan agama. Walaupun dengan bertongkat ketika berjalan dan berdiri, memakai sarban dan jubah serba sederhana, dengan suara yang sedikit perlahan, beliau menyampaikan amanat yang amat penting bukan saja kepada pendukung PAS tetapi juga rakyat Malaysia seluruhnya, bahawa Islam sebagai rahmat seluruh alam, boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama, mengatur seluruh kehidupan manusia.

Kita tidak sama sekali untuk 'mengkeramatkan' Tuan Guru Nik Abd Aziz, namun pencapaian dan wawasan politiknya sangat mengkagumkan. Inilah kurnia Allah s.w.t. bukan saja kepada PAS dan pendukungnya tetapi kepada rakyat umumnya.

Dalam ucapannya merasmikan ketiga-tiga dewan itu, Tuan Guru mengingatkan sekali lagi bahawa PAS hendaklah kekal bersama dalam Pakatan Rakyat dan jangan ada sebarang lintasan fikiran untuk bersama Umno lagi. Beliau mengingatkan kembali muktamirin yang hadir akan sejarah pahit dan amat berbisa ketika PAS berada dalam Barisan Nasional dalam tahun 70-an, diperlakukan demikian rupa, hingga kemudiannya disingkirkan oleh Umno/BN pada tahun 1978, apabila pemimpin Umno merasakan parti itu kuat kembali.

Beliau mengingatkan kesemua sayap PAS akan pengalaman pahit ini di mana PAS Kelantanlah yang paling pedih sekali menerima kesan apabila berada dalam Barisan Nasiona sehingga tersingkir. Rata-rata mereka yang menghadiri majlis perasmian malam itu adalah mereka yang bakal mewarisi kepimpinan PAS pada masa depan, justru Tuan Guruk Nik Abd Aziz menegaskan hal ini sekali lagi. Ini sama seperti pesan dari Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq bahawa "orang Mukmin tidak akan dipatuk ular dua kali dalam lubang yang sama."

Beliau memulakan ucapan perasmiannya itu dengan mengimbas kembali apa yang berlaku di Kelantan empat dekad lalu yang begitu pahit yang dikongsi bersama oleh PAS Terengganu, iaitu sepanjang berdepan dengan Umno/BN. Katanya, PAS telah melalui sejarah panjang yang dipenuhi dengan peristiwa jatuh bangun di dalam arena politik dan dakwah.

"Kesemua pengalaman pahit manis ini merupakan khazanah PAS yang sangat berharga dalam mendepani cabaran pada masa akan datang," katanya. Sepanjang menyertai pilihan raya, katanya, PAS pernah bersendirian dan mampu meraih sokongan rakyat di mana hasilnya, PAS berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya umum pada tahun 1959.

"Sekalipun berdepan dengan parti gabungan Perikatan pada masa itu – kini BN - namun kita berjaya mentadbir Kelantan dan Terengganu dengan baik. Sejarah juga mencatat bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak."

Kita menyertai Barisan Nasional demi perpaduan, katanya, namun kesannya amat parah kepada PAS khususnya di Kelantan di mana PAS sendiri telah berpecah empat — selain PAS, muncullah Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. Akibatnya PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut.

Ia, katanya, ditambah lagi dengan peristiwa PAS ditendang keluar daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978, tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita berjaya memperkukuh parti dan dapat memerintah kembali Kelantan pada tahun 1990.

"Inilah sejarah jatuh bangun PAS di dalam politik negara. Saya rakamkan semula di sini bukan untuk mengungkit luka lama agar berdarah kembali, jauh sekali mahu melemparkan bara dendam untuk dimarakkan, tetapi untuk menjadi pengajaran kepada kita semua dalam menongkah perjuangan setertusnya," kata Tuan Guru.

Muryidul Am PAS itu mengingatkan muktamirin yang hadir akan lembaran sejarah yang mencatat bahawa Umno dan Barisan Nasional ialah rakan yang tidak setia, tangan kanan menghulur salam, tangan kiri memegang senjata.

Dengan latar belakang sejarah pahit ini, Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz berkata PAS akan tetap bersama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi pilihan raya nanti kerana kehadiran Pakatan Rakyat seperti suatu bentuk pertolongan daripada Allah s.w.t. di mana beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat menjadi alternatif kepada Barisan Nasional.

"Dengan Pakatan Rakyat, kita membuka pintu lebih luas untuk PAS berdakwah menyebarkan Islam kepada bukan Islam di mana selama ini Islam diajar untuk orang Melayu saja di pondok dan di mana-mana dan tidak kepada bukan Islam," katanya.

Esok, Jumaat, Muktamar penuh PAS bermula dengan penyampaian Ucapan Dasar Presiden, perbahasan Ucapan Dasar, perbahasan usul dan pennggulungan. Sewajarnyalah semua perbahasan dan ucapan memberikan tumpuan kepada road-map PAS masa depan, mendepani politik baru Malaysia, di mana ucapan Mursyidul Am PAS kelmarin perhatian.

Bagaimanaun di tengah-tengah kemeriahan Muktamar ini, saya masih terkenang akan pengorbanan dan kepimpinan Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor yang telah pergi mengadap Ilahi lapan tahun lalu, semoga di antara kita masih ada yang terus mengenangnya.



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Ustaz Asri hadir muktamar pemuda

Posted: 09 Jun 2010 07:54 PM PDT

Baru sekejap tadi kelihatan bekas mufti perlis ustaz asri hadir di muktamar pemuda pas yang bertempat di Kelantan trade centre.

Politik masjid di Kelantan

Posted: 09 Jun 2010 06:00 PM PDT

Wan Nik Wan Yussof

Menerusi tulisan saya sebelum ini bertajuk "Politik hendaklah selari dengan Islam" adalah sarat dengan realiti politik Islam dan sebenarnya berlaku dalam masjid. Maka, berani saya hujahkan bahawa salah satu ciri politik Islam ialah wujudnya politik masjid. Ia cukup berbeza dengan politik sekular yang tidak menerima amalan politik berlaku di gereja. Oleh sebab itu, tiada sebab bagi umat Islam meniru-niru cara-cara politik sekular yang memakai prinsip politik suku, agama suku. Maka, PAS sebagai parti Islam adalah bersih dari saki-baki amalan politik sekular. Melainkan parti Umno yang masih pekat-berdene (kejap melekat) dengan lendir-lendir sekular-kebangsaan-pragmatik (SKP) warisan penjajah Inggeris!

Politik masjid berlaku di Kelantan

Adakah masih kental fahaman Umno di Kelantan, sedangkan telah 20 tahun rakyat Kelantan dibayangi dengan politik Islam acuan PAS? Menjawab persoalan ini, memang ada sebahagian kelompok Melayu yang berfahaman politik SKP terlekat pada puak Umno Kelantan. Maka ia dilihat masih pekat melekat dengan lendir itu. Justeru itu, kalangan kelompok itu masih berlaku isu penolakan politik masjid, meskipun seketika lalu lendir SKP agak jumud dan beku. Persoalannya, kerana apa baru sekarang muncul pula isu politik masjid di Kelantan? Sehingga sanggup mengupah seorang yang mendakwa pengasas pondok menghujahkan (Mingguan Malaysia, 16 Mei 2010) tiada wujud politik dalam Islam (termasuk di masjid).

Sebenarnya, ia ada hubungannya dengan kepentingan politik Umno Kelantan sendiri. Tidak lain, melainkan 'katak berbunyi (berkokok) bila nak hujan' dan mungkin ada kaitannya dengan peruntukan wang ehsan RM20 juta pihak kerajaan Pusat kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan atau Umno Kelantan! Kononnya mereka (pemimpin Umno) akan berlaku adil untuk mengagihkan peruntukan itu tanpa sentimen politik. Soalnya, adilkah wang itu disalur kepada pihak yang tidak sah? Kerana pihak yang sah ialah Kerajaan Negeri Kelantan bukannya Perhubungan Umno Kelantan. Jelas sekali, dalam bab wang ehsan mereka tidak menghayati tuntutan dalam ceramah (khutbah) Jumaat, iaitu 'perintah Allah agar berlaku adil di dalam berbuat kebaikan' sesama Islam. Itulah balanya memisahkan politik dari masjid. Mereka (puak Umno) sudah tidak lagi memakai perintah ceramah Jumaat dalam tindak-tanduk politik mereka. Benarlah dakwaan umum, sesungguhnya mereka itu pengamal politik suku agama suku!

Membangun Bersama Islam

Dalam perkembangan politik tanah air, parti PAS pernah menyertai BN pada tahun 1974 sehinggalah PAS ditendang keluar tahun 1977. Hasil daripada itu, PAS bengah dan maju ke depan membina acuan baru bertegas dengan politik Islam. Berkatnya, PAS telah meraih semula keyakinan rakyat Kelantan dengan memenangi pilihan raya 1990 dan kembali semula memerintah negeri.

Bertolak dari tahun 1990 hingga sekarang, PAS di Kelantan telah meletakkan dasar Membangun Bersama Islam sehingga berjaya mentadbir dan menguruskan pembangunan negeri. Teras Membangun Bersama Islam adalah ubudiah, masuliah dan itqan (UMI). Teras ubudiah adalah mendidik rakyat Kelantan memahami peranannya sebagai hamba Allah yang diciptakan semata-mata untuk memperhambakan diri kepadaNya. Teras masuliah pula adalah mengajar rakyat Kelantan komited dengan tanggungjawab (akauntabiliti) yang dipikul dan melaksakan tanggungjawab itu kerana Allah SWT dan meyakini setiap tanggungjawab itu akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Sementara teras itqan adalah menuntut semua rakyat Kelantan diingatkan agar melakukan tugas secara berkualiti melalui budaya ketekunan, komitmen dan kesungguhan serta fokus dalam bekerja, tanpa penyelewangan atau sikap sambil lewa.

Kesemua teras UMI ini telah dipacu dengan baik menerusi pelbagai program kerajaan Negeri Kelantan. Salah satunya adalah menerusi masjid dan surau yang merupakan medan ilmu lokal para guru agama dan pendakwah menyampaikan kefahaman politik dan cara hidup Islam.

Kesan UMI

Kesan yang jelas amalan UMI iailah berlaku keluhuran PAS mengamalkan pentadbiran berteras agama (UMI) dibuktikan dengan tindakan kerajaan Negeri Kelantan menarik akaun kerajaan dari bank riba kepada Bank Islam dan mewujud perhotelan Islam yang tanpa alkohol, menutup semua premis judi yang dilesenkan oleh pemimpin Umno, mempamerkan syiar agama dengan peraturan wanita menutup aurat dan memberi hak kepada semua kaum termasuk Orang Asal. Berikutnya, melaksanakan asas-asas perumahan Islamik mengandungi tiga bilik, mengutamakan kebajikan warga emas bagi semua kaum melalui skim kifalah, merakyatkan ekonomi negeri melalui skim Ladang Rakyat dan bantuan pembangunan kepada usahawan wanita. Mengawal hiburan agar selari dengan batasan agama dengan memperkenalkan enakmen kawalan hiburan, menyediakan hiburan nasyid alternatif dan memajukan pembinaan budaya hiburan Islamik sehingga melahirkan dikir barat dakwah, dikir hijrah dan dikir halaqat.

Sebenarnya, kekuasaan politik atas nama politik Islam telah membolehkan banyak program pembangunan Islam yang memberi kesan kebaikan untuk semua kaum di Kelantan. Misalnya, dengan pembinaan Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang bercirikan seni bina masjid Cina di Beijing turut mendekatkan hubungan kaum di Kelantan. Malah mengingatkan pula kepada kegemilangan betapa umat Islam di Cina adalah umat yang lebih awal menerima seruan Islam berbanding orang Melayu. Ia adalah untuk menobatkan kehebatan Islam.

Mendekatkan Islam dengan DAP

Paling menarik di sebalik kesan politik Islam dibawa oleh PAS di Kelantan, ia telah berjaya menghapuskan salah fahaman dan Islamfobia DAP kepada Islam dan politik Islam. Meskipun, seketika awal-awal mendekati DAP, PAS diserang dan Islam dihina oleh pemimpin DAP. Sehingga ada kalangan pemimpin mereka yang menentang hangit model Negara Islam, hukum hudud dan terlalu prejudis dengan keadilan pentadbiran Islam di Kelantan.

Sekarang, salah faham dan Islamfobia hampir tiada kedengaran lagi, malah tidak kurang pula kalangan pemimpin dan wakil rakyat DAP sudah pandai berkalimah Arab, menghafal al-Quran, menyebut kalimah al-Quran dan mengiktiraf kehebatan sejarah Islam di dalam ceramah-ceramah mereka. Hinggakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP (di negeri majoriti pengundi Cina) telah berani mengisytiharkan model kepimpinan Umar Abdul Aziz sebagai ikutan pentadbirannya. Sehingga Lim turut melontarkan persoalan kepada pihak Umno yang tidak mahu menerima realiti, bahawa pentadbiran Islam mempunyai kebaikan yang boleh ditiru dan diamalkan oleh sesiapa sahaja.

Paling terbalik-kot pula, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am PAS seorang tokoh Islam yang nazari (seorang yang teguh pendirian agama – fundamental agama) sering dinanti-nantikan oleh masyarakat Cina dan India agar dapat hadir di dalam majlis ceramah mereka. Malah setiap kali kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan disambut dengan standing ovation (sambutan berdiri dengan iringan tepukan hormat) oleh hadirin kaum Cina dan India. Sedangkan kehadiran beliau bukan untuk dinner, sebaliknya menyampaikan ucapan penyatuan rohani dengan selalu mengingatkan kepada titik penyatuan manusia bermula dari satu keturunan, yakni Nabi Adam AS lalu membaca ayat al-Quran (surah An-Nisa'3:1) bermaksud, "Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada tuhan kamu, yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia (bernama Adam). Dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (bernama Hawa'), Allah memperkembang biakkan (keturunan dari jenis) laki-laki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah, yang dengan (mempergunakan) namanya, kamu saling meminta satu sama lain. Dan (peliharalah) hubungan persaudaraan dan kasih sayang (di antara sesama kamu). Sesungguhnya Allah selalu memantau dan mengawasi (segala tindak tanduk dan aktiviti hidup) kamu." Apakah senario ini semua bermakna PAS telah menggadai maruah dan meninggalkan pinsip Islam di tepi longkang?

Natijahnya, penerimaan tersebut sudah tentu memberi untung kepada politik Islam, tatkala sebahagian masyarakat Cina dan India serta Siam sudah berani mendekati PAS melalui penubuhan Kelab Penyokong PAS. Sekarang kelab itu (dilancarkan pada 23 Mei lalu) telah diiktiraf sebagai sayap parti dan bertaraf Dewan Himpunan Penyokong PAS (selesa disebut Dewan Penyokong). Ia menguatkan lagi sayap PAS kepada empat sayap.

Sesungguhnya, amat seni politik Islam ini. Kebaikannya telah menarafkan peranan Dewan Penyokong bersama-sama Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat memikul tugas politik Islam. Maka, pendekatan PAS selama ini (bermula dengan kepimpinan arwah Ustaz Datuk Fadhil Nor dan sejak dipakai tema PAS untuk Semua), sebenarnya PAS telah sedia bertoleransi, bertegas dan mesra kepada semua kaum adalah suatu pendekatan berpandukan kejayaan Nabi Muhammad SAW tatkala mendikrikan Sulh Hudaibiah dan mengikat perpaduan menerusi al-Dustur al-Madinah. Apakah pendekatan ini melayakkan PAS menjadi boneka kepada DAP atau KeADILan?

Sesungguhnya, PAS terus maju dengan misi politik-dakwah dan kental menghadapi segala cabaran. PAS di Kelantan yang memerintah sejak dua dekad lalu terus istiqamah menjadikan institusi masjid, rumah Allah sebagai pusat paling sesuai menyampaikan mesej pembangunan politik-dakwah. Hasilnya, rakyat Kelantan menerimanya tanpa prejudis lagi. Demikianlah senario politik masjid di Kelantan.

Hanya Allah SWT maha mengetahui setiap apa yang diciptakan-Nya dan Dia maha bijak merencana, dan segala pengetahuan dan perencanaan-Nya adalah mengatasi pengetahuan dan perencanaan manusia.

----------------------------
Penulis adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Susahnya jika lidah Menteri kita "bercabang"

Posted: 09 Jun 2010 04:50 PM PDT

Tok Pepijat

Malunya Malaysia punya menteri sebegini! Dalam sehari dua ini Parlimen Malaysia menjadi tempat pertunjukkan "spesis" lidah bercabang!

Yang pertamanya PM Najib menyatakan dalam Parlimen,beliau belum lagi keluar lesen judi bola. Beliau tunggu reaksi rakyat dahulu. Manakala diluar Parlimen, dengan bangganya Vincent Tan menyatakan Berjaya telah diberi lesen untuk kegiatan judi bola.

Yang keduanya, Menteri Nazri Aziz menjawab secara bertulis kepada MP Kota Melaka bahawa kabinet telah PUTUSKAN untuk buat bangunan Parlimen baru berharga Rm800juta di Putrajaya. Manakala dalam sidang media di luar Parlimen, Nazri menyatakan kabinet masih BERBINCANG untuk membuat keputusan.

Adakah menteri kabinet kita begitu "bodoh" matematik tidak tahu nilai RM150 juta untuk baiki Parlimen lebih murah berbanding buat bangunan baru dengan harga RM800 juta?

Atau dalam kepala mereka sudah terbayangkan habuan komisen projek RM800 juta?

Benarlah kata Sasterawan Negara A.Samad Said, Malaysia punya menteri yang mempunyai lidang bercabang dua dan telinga satu!


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Tiada ulasan: