Khamis, 10 Jun 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Skandal Ariel "Peterporn": Tawaran Filem Lucah, Peras Ugut, Cut Nafi, 32 Video, 7 Selebriti

Posted: 10 Jun 2010 12:40 AM PDT

Gara-gara penyebaran video seks mirip Ariel-Luna Maya, pelakon lucah kelahiran Norway, Vicky Vette mempelawa Ariel Peterpen @ Peterporn dan Luna Maya merakamkan filem lucah bersama-sama dengannya. Gila.

Menurut laporan Jakarta Globe, pelakon lucah terkenal itu seolah-olah mencari publisiti selepas tersebarnya skandal seks Peterporn di internet.

Katanya, "Jika Ariel Peterporn & Luna Maya berkunjung ke Amerika Syarikat, saya mahu merakamkan sebuah lagi video seks bersama-sama dengan mereka berdua. Mungkin video itu akan menjadi hit di Indonesia juga."

Sementara itu, dalam Jakarta Post, diberitakan bahawa Cut Tari yang turut dikaitkan dengan skandal ini telah menafikan penglibatannya secara rasmi. Biarpun sekurang-kurangnya seorang pakar IT menyatakan sebaliknya, namun Cut yang mendapat sokongan moral daripada keluarganya, menyatakan sebaliknya.

Jakarta Post turut melaporkan khabar angin yang menyatakan bahawa terdapat 32 video yang akan disebarkan kepada umum. Sebelum ini, akhbar melaporkan sekurang-kurangnya ada 29 video yang memaparkan aksi seks lelaki seiras dengan vokalis Peterpen itu. Khabarnya, video-video tersebut memaparkan aksi "Ariel" bersama-sama dengan beberapa orang wanita. Tujuh daripada wanita-wanita dalam video-video tersebut dikatakan mirip selebriti Indonesia.

Semuanya berlaku selepas Ariel dikatakan telah diperas ugut berikutan komputer ribanya dilaporkan hilang. Sehingga kini, tiada wartawan yang dapat mengesahkan hal itu daripada Ariel. Pihak polis kini sedang giat menyiasat dalang yang menyebarkan video-video tersebut.

Skandal Ariel "Peterporn" - Cut Tari: Pakar IT Yakin Video TULEN & Tidak Diedit

Posted: 09 Jun 2010 05:00 PM PDT


 

(Perhatikan jam tangan, wajah Cut Tari, dan tahi lalat dalam gambar-gambar di atas - Sumber: Internet)

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam pautan di bawah ini, penyebaran klip video seks yang membabitkan Ariel dikatakan berpunca daripada kehilangan komputer riba milik vokalis tersebut. Sejak tersebarnya video-video tersebut, laman forum, Twitter, dan Facebook di Indonesia hangat membicarakan video-video tersebut.

Persoalannya, adakah video yang tersebar itu tulen? Sebelum ini Luna Maya dan Ariel menegaskan bahawa individu yang beraksi dalam video seks itu adalah orang yang seiras dengan mereka. Hujah yang diberikan oleh Luna Maya ialah bahawa dia tidak mempunyai tatu di pinggul seperti yang kelihatan pada wanita dalam video tersebut. Setakat ini masih belum ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Cut Tari berkaitan dengan video yang dikaitkan dengannya.

Menurut pakar digital forensik Indonesia, Z Alamsyah Ruby, ada perisian yang berfungsi untuk memastikan atau mengecam wajah seseorang dalam sesebuah video. Perisian itu dikenal sebagai "facial recognition software" atau "face recognition software".

Sebagai pakar dalam bidang digital forensik, video yang dikatakan mirip Ariel-Cut Tari telah diserahkan kepada beliau untuk dianalisis. Hasilnya, Ruby telah mengesahkan kepada City News bahawa video itu tulen dan bukan hasil editan atau "video engineering" oleh sesiapa. Beliau juga berpendapat bahawa video itu dirakamkan oleh individu yang beraksi dalam video tersebut.

Untuk makluman lanjut, sila baca pautan di bawah ini. Saya petik:
Ariel (Nazril Irham) is the lead vocal of the famous Indonesian pop rock band "Peterpan." He was born in Pangkalan Brandan, September 16, 1981. Ariel's voice is one of the very obvious assets alongside with their simple and catchy lyrics, which made their band very famous in their country. Ariel married a lovely lady named Sarah Amelia. They had their daughter named Allea Ananta. However, their marriage was not as smooth as they expected and ended up in divorce by the year 2008. So, Ariel decided to focus on his career.





As expert for this particular field, the video was presented to Ruby. Affirmed by Ruby to City News, the video was authentic and was not engineered or edited by someone.




While according to the Ariel and Luna, who recently released a written statement regarding on this matter, denied that they participated on such act and the video was engineered.
Semoga dapat menjadi teladan kepada kita semua.

Tiada ulasan: