Kelab Greenboc |
- Amalan Kronisme Dalam PAS Bakal Hancurkan Parti
- Insiden Memalukan Di Muktamar, Perwakilan Tidak Terima Perbezaan Pendapat
- BN Lebur Tanpa Sabah Dan Sarawak Sebagai "Simpanan Tetap"nya
- Muktamar Berakhir Dengan 6 Usul
| Amalan Kronisme Dalam PAS Bakal Hancurkan Parti Posted: 13 Jun 2010 07:36 PM PDT Kerajaan negeri kena bantu PASPengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS akan kalah teruk di Selangor dan Kedah dalam pilihan raya umum akan datang jika kerajaan negeri tidak membantu. "Malah di Kelantan, PAS hanya boleh mempertahankan 18 kerusi negeri," katanya ketika menggulung jawaban dalam Muktamar Tahunan PAS ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini hari ini. "Kekuatan PAS Selangor dan Kedah tidak sama dengan Kelantan. Jika kerajaan negeri tidak membantu, parti (PAS) akan bermasalah. Kerajaan Selangor kena tolong PAS negeri itu, kalau tidak PAS 'out' di negeri itu," katanya. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan berkata, "menjadi kewajiban pergerakan itu mendaftarkan 2.2 juta anak muda yang belum mendaftar menjadi pengundi baru dan kita sudah lancar gerakan mendaftar ahli baru melalui pelbagai aktiviti pergerakan." Menurutnya, PAS perlu memberi perhatian kepada pengundi Melayu dan bukan Melayu kerana kedua-duanya perlu memahami hala tuju parti. Mengenai isu judi sukan, Nasaruddin berkata, demontrasi besar-besaran 3 Julai masih belum terlambat kerana Piala Dunia memasuki peringkat suku akhir. "Kita mendapat maklumat Kumpulan Berjaya mensasarkan pertaruhan judi kepada empat liga bolasepak Eropah – Itali, Jerman, Sepanyol dan England," katanya. Beliau berkata, "pihaknya mengatur jadual berjumpa mufti dan menteri besar di seluruh negara untuk menyertai demontrasi judi itu. Kita berharap semua hadir – muslimat, ulama', pemimpin atasan." Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula mencadangkan orang ramai membawa sebiji bola setiap seorang pada hari demontrasi judi sukan nanti. "Kalau boleh mereka memakai jersi bola pada hari tersebut,"katanya disambut gelak ketawa perwakilan. Ulasan GB Kekalahan PR Selangor nanti, seperti yang diresahkan oleh pelbagai pihak jika berlaku, bukanlah kerana faktor kuraangnya pendaftaran pengundi muda, tetapi faktor PAS Selangor sendiri yang tidak caca marba. Berlakunya hal demikian kerana wujudnya seorang pemimpin yang mengamalkan budaya cah keting dalam PAS. Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini telah memecat ahli jawatankuasa harian PAS negeri untuk digantikan dengan kroninya - kemudian diperkuatkan lagi dengan amalan perlantikan dengan kaedah kronisme oleh Presiden PAS sendiri terhadap jawatan-jawatan utama parti. Saya hairan mengapa "mereka itu" mengamalkan budaya UMNO di dalam PAS. Dan "mereka itu" adalah yang bergelar "pemimpin yang bermasalah" oleh Mursyidul Am PAS. Sebelum PRU, pastikan "pemimpin bermasalah" itu dibersihkan daripada parti, jika tidak PAS memang bermasalah menghadapi PRU dan cah keting di Selangor akan berlaku lagi untuk menurunkan hanya kroni-kroni di untuk bertanding. |
| Insiden Memalukan Di Muktamar, Perwakilan Tidak Terima Perbezaan Pendapat Posted: 13 Jun 2010 06:28 PM PDT Perwakilan Muktamar PAS dibidas kerana tidak bersedia menerima perbezaan pendapat dan kritikan yang bertentangan dengan dasar parti.Ahli Jawatankusa PAS Pusat, Hanipa Maidin berkata, PAS sebagai sebuah parti yang sering memperjuangkan kebebasan bersuara ternyata tidak mempraktikkan prinsip berkenaan pada muktamar ini. "Semalam saya rasa macam perwakilan dari Temerloh dibuli oleh tuan-tuan semua, kita ini parti PAS kalau di luar paling lantang perjuangkan mengenai kebebasan bersuara... tapi bila sahabat kita cakap sikit, kita dah mula tengking dan tak bersedia nak dengar. "Ada pandangan yang bernas, ada pandangan yang tak bernas dan ada juga pandangan yang salah... tapi kita mesti bersedia untuk dengar dulu, bagi peluang dia cakap dulu termasuklah pengerusi tetap, jangan nak halang dulu," katanya semasa menggulung perbahasan usul pada Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini. Semalam pada sesi perbahasan usul, perwakilan Temerloh, Amirruslan Manaf terpaksa menarik balik kenyataannya apabila mendakwa Perlembagaan PAS yang ada diciplak daripada Umno. Amirruslan bagaimana tidak sempat menghabiskan perbahasannya apabila mendapat bantahan daripada para perwakilan dan Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail. Selain itu, Hanipa yang juga seorang peguam berkata, setiap tindakan PAS perlu selari dengan apa jua dasar yang diperjuangkan. Menurutnya semasa zaman Nabi Muhammad SAW, baginda tetap memberi peluang kepada orang lain untuk bersuara walaupun yang bertentangan dengan Islam. "Masa zaman nabi dulu pun baginda dengar apa yang orang lain nak cakap, saya tahu anda marah sebab kita dikaitkan dengan Umno... yang itupun saya marah. "Tapi sikap kita perlu diperbetulkan, kita kene biar dia cakap dulu dan tegur kemudian... saya sebagai peguam rasa macam nak wakil dia untuk lawan tuan-tuan semua," katanya. -mstar Ulasan GB Demikian adanya selama ini. Bukan sahaja berlaku di dlam muktamar, malah di luar muktamar. Apabila blogger menentang gagasan UG, dituduhnya blogger itu tidak wala, tidak setia dan seumpamanya. |
| BN Lebur Tanpa Sabah Dan Sarawak Sebagai "Simpanan Tetap"nya Posted: 13 Jun 2010 08:48 AM PDT Mitos Sabah, Sarawak Sebagai 'Fixed Deposit' BN Semakin TerhakisMitos Umno-Barisan Nasional yang menganggap Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap atau 'fixed deposit' bagi parti itu untuk terus berkuasa semakin terhakis apabila Umno Bahagian Tenom hampir berkubur dengan kemasukan ramai ahli dan penduduk kawasan itu ke dalam KEADILAN. Salah seorang tokoh KEADILAN Sabah, Datuk Halik Zaman menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai tanda Umno-BN di Sabah ditinggalkan rakyat. "Sokongan semakin meningkat kepada KEADILAN. Dalam beberapa hari lagi kita akan menganjurkan majlis untuk meraikan kemasukan ahli baru di Kinarut dan Kimanis," kata Halik. Kelmarin pejabat KEADILAN Cabang Tenom dibanjiri dengan kehadiran lebih 30 orang penduduk dari beberapa buah kampung untuk mendaftar nama mereka sebagai ahli parti. Kawasan tersebut dikenali sebagai kubu kuat BN. Penduduk kampung di Lagud, Sapong dan Kuala Tomani menyertai KEADILAN memandangkan wakil rakyat BN yang mewakili mereka selama ini tidak ingin mengambil tahu hal kebajikan masyarakat. "Pelbagai isu yang dibangkitkan terutamanya tentang kos dan sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barangan keperluan asas dan tarif air dan elektrik merupakan isu utama yang menyebabkan mereka kecewa dengan pentadbiran Umno-BN," kata Halik lagi. Kebanyakan daripada mereka telah di janjikan dengan pelbagai tawaran, namun janji hanya tinggal janji. Halik berkata tidak ada tindakan dan perhatian yang diberikan oleh Umno-BN dan rakyat Sabah berharap sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada PRU ke-13 kelak, nasib dan kebajikan mereka akan terbela. Ketua Cabang Tenom, Gosibin Yasundang memberitahu Suara Keadilan masih ada kawasan di daerah itu seperti Kemabong dan Menining yang masih belum mendapat kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik. "PM Najib ada mengatakan tentang pembangunan yang akan diusahakan di kawasan ini, namun sehingga hari ini tiada apa yang berlaku. Kami kecewa kerana telah lama menunggu janji-janji itu," kata Gosibin. Isu permohonan geran tanah dan perumahan PPRT turut menjadi tuntutan penduduk sejak sekian lama. Manakala kawasan hutan berhampiran daerah Tenom yang diteroka oleh Sabah Forest Industry membuatkan penduduk tempatan mempersoalkan pelaburan tersebut yang seolah-olah tidak memberi pulangan kepada mereka. "Orang yang kaya, makin kaya. Tetapi orang miskin tidak dipedulikan," katanya. Antara isu penting lain yang menjadi permasalahan penduduk adalah kegagalan anak penduduk untuk mendapatkan surat beranak dan kad pengenalan. Gosibin bimbang perkara ini akan menjejaskan masa depan mereka, terutamanya apabila melibatkan proses permohonan untuk mendaftarkan nama mereka di sekolah. Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut gusar dengan kehadiran begitu ramai pendatang asing tanpa izin di kawasan mereka. Beliau bimbang dengan kemungkinan peningkatan jenayah kerana pemantauan pihak berkuasa adalah sangat minima. "Jadi harapan kami agar Pakatan Rakyat dapat membawa isu ke peringkat atasan bagi membela nasib kami," rayu Gosibin. -SK |
| Muktamar Berakhir Dengan 6 Usul Posted: 13 Jun 2010 03:00 AM PDT Para perwakilan hari ini meluluskan enam usul pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini.Enam usul berkenaan ialah pindaan perlembagaan; usul kedaulatan negara; usul memansuhkan judi sukan; usul pemerkasaan parti; usul Palestin dan usul persediaan menghadapi pilihan raya umum ke 13. Jawatankuasa Kerja PAS pusat membentangkan dua usul iaitu usul pindaan perlembagaan dan usul kedaulatan negara, Pemuda PAS pusat (usul memansulkan judi sukan), dewan muslimat PAS (usul Palestin), PAS kawasan Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerantut, Bandar Tun Razak dan Shah Alam (usul persediaan menghadapi pilihanraya umum ke 13). Usul jawatankuasa PAS Pusat ialah: * Memansuhkan fasa 43 (5) iaitu bayaran RM5 untuk mendaftar sebagai ahli dewan. * Mengutuk tindakan kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Umno/BN yang menyerahkan blok L dan M kepada kerajaan Brunei yang mengandungi nilai minyak RM320 bilion. * Mengecam tindakan yang merugikan rakyat dan negara yang memberi hak milik tanah KTMB seluas 271 hektar di Tanjung Pagar, Bukit Timah dan Woodland kepada Singapura. * Mendesak perkara penting untuk rakyat dan negara perlu dibincang dalam parlimen bukan hanya dilulus oleh seorang perdana menteri sahaja yang berbincang. * Mendesak kerajaan memutuskan dengan segera kontrak dengan Apco demi keselamatan dan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh Israel. Usul dewan Pemuda PAS pula ialah: * Mendesak kerajaan memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi dan mendidik rakyat membenci judi. * Mendesak PAS memobilasi semua rakyat turun ke himpunan 100,000 mansuhkan judi bola pada 3 Julai depan. Usul dewan Ulamak ialah: * Memastikan dasar dan prinsip perjuangan PAS dipertahankan di samping mengukuhkan Pakatan Rakyat. Usul dewan Muslimat PAS pusat: * Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap tentera Israel yang melakukan serangan ganas ke atas misi kemanusiaan Gaza. * Berdiri teguh dan menyokong penuh di belakang wanita Palestin dan keluarga mereka dalam menegakkan keadilan yang telah diceroboh oleh Israel dengan siap siaga membantu mereka dari semua pihak termasuk menghantar sukarelawan muslimat ke Gaza. * Menetapkan PAS dan Pakatan Rakyat menjuarai penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza mensasarkan misi 1,000 armada bantuan pada satu-satu masa. * Mendesak kerajaan melaksanakan ketetapan usul yang yang dibentangkan di parlimen pada 7 Jun yang berkaitan isu keganasan Israel. * Mendesak kerajaan mengiktiraf kemenangan Hamas sebagai kerajaan dan wakil yang sah. * Menggesa rakyat memboikot barangan Israel sebagai usaha melumpuhkan ekonomi negara Israel. Usul PAS Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerantut, Bandar Tun Razak dan Shah Alam: PAS memenangi seberapa banyak kerusi parlimen menggantikan kedudukan Umno sebagai teras utama politik dengan membongkar kepalsuan perjuangan Umno khususnya kepada pengundi Melayu di pedalaman. PAS melalui jabatan pilihanraya PAS pusat merangka strategi gerak kerja pilihanraya dari sudut daftar pemilih, kewangan, latihan kepimpinan jentera pilihanraya secara profesional dan menguruskan isu. PAS pusat mencadangkan kepada majlis pimpinan Pakatan Rakyat bagi mewujudkan polisi pemilihan calon yang ketat, munasabah dan relevan bagi mengelakkan gejala lompat parti dan sekaligus mempamerkan wibawa serta keupayaan calon pada pandangan pengundi. -FMT |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan