MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- ADUN BN MELOMPAT DI PERAK, MARI KITA ALU-ALUKAN JANGAN BANTAH
- CABAR MUHYIDDIN BERDEBAT ? BUANG MASA JE
- ISU PASIR - JAWAPAN BUAT KHIR TOYO
| ADUN BN MELOMPAT DI PERAK, MARI KITA ALU-ALUKAN JANGAN BANTAH Posted: 13 Jun 2010 11:05 PM PDT BENARKAH berita 3 Adun Bn di Perak akan melompat? Jika benar, patutkah kita bergembira? Pada pandangan aku patut sangat kita bergembira kerana apabila ini benar-benar berlaku tidakkah PR akan kembali berkuasa di Perak? Aku tidak faham mengapa ada yang tidak bersetuju jika benar cerita ini. Memang benar, mereka yang dikatakan bakal melompat itu tentunya inginkan sesuatu yang mereka tidak perolehi dari Zambry MB yang dipilih oleh mahkamah itu. Buat apa kita pertikai nawaitu mereka walaupun kita dapat meneka nawaitu mereka itu ikhlas atau tidak. Kita kini mahukan kuasa untuk dikembalikan kepada rakyat. Nah, jika mereka melompat dan PR kembali berkuasa, tidakkah ini membuka peluang untuk PR mengistiharkan pembubaran Dun Perak? Aku bersetuju mereka melompat masuk ke dalam PR, tetapi dengan syarat bila kita berkuasa, Dun Perak WAJIB dibubarkan kerana kita tidak boleh lagi berharap pada spesis katak untuk berkuasa. Masalahnya, berani atau tidak mereka melompat? /mandor.blogspot.com | ||||||
| CABAR MUHYIDDIN BERDEBAT ? BUANG MASA JE Posted: 13 Jun 2010 10:12 PM PDT
| ||||||
| ISU PASIR - JAWAPAN BUAT KHIR TOYO Posted: 13 Jun 2010 03:07 AM PDT
Kerajaan negeri Selangor menjelaskan bahawa ganjaran RM5,000 yang diberikan kepada pemimpin masyarakat dan kakitangan kerajaan yang berjaya membantu kerajaan negeri membanteras jenayah curi pasir adalah untuk melengkapi usaha penguatkuasaan pejabat daerah.
Menurutnya, ini kerana ganjaran ini adalah untuk menggalakkan jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK), ketua kampung membantu pejabat daerah dalam menangani kecurian pasir di tempat mereka. "Sepertimana yang dimaklumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tawaran ganjaran ini dibuat untuk memberi peluang kepada pemimpin masyarakat mengambil bahagian dalam menaikkan kutipan hasil perlombongan pasir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Kritikan-kritikan beliau menunjukkan ketua pembangkang ini tidak memahami proses pentadbiran perlombongan pasir – baik yang dahulu atau yang baru diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat selepas Mac 2008. "Mungkin sebab itu beliau telah memberi maklumat yang salah dengan mendakwa bahawa pada 2007 beliau telah berjaya mengutip RM20.5 juta dari royalti pasir sedangkan laporan rasmi oleh Pejabat Tanah dan Galian mengesahkan hanya RM2.9 juta dikutip pada tahun itu," katanya. Di samping itu, Nik Nazmi menegaskan bahawa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) iaitu syarikat milik penuh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), tiada kuasa mengeluarkan lesen. Sebaliknya, kata beliau, lesen dikeluarkan oleh Pejabat Tanah kepada KSSB yang kemudiannya membuat tender terbuka bagi memilih kontraktor kerja melombong mengikut lesen yang dikeluarkan. "KSSB juga memantau untuk memastikan syarikat membuat pengisytiharan yang betul dan membayar royalti kepada kerajaan negeri," katanya sambil menambah, yang jelas, kutipan royalti jauh lebih tinggi daripada kutipan melalui cara lama. "Sebenarnya kerajaan terdahululah yang telah "lepas tangan" dalam pengurusan dan pentadbiran perlombongan pasir sehinggakan banyak syarikat atau kontraktor yang tidak membuat pengisytiharan yang benar (under-declare) sehingga mengakibatkan negeri ini kehilangan royalty bernilai ratusan ribu ringgit," kata Nik Nazmi. Menurunya, kerajaan terdahulu juga tidak pernah membuat apa-apa usaha dalam untuk membanteras jenayah curi pasir sehinggalah keadaan menjadi teruk pada masa kini. "Dr Khir Toyo tidak pernah memanfaatkan potensi industri pasir di Selangor. Adalah tidak masuk akal apabila beliau tiba-tiba memperjuangkan isu ini sedangkan sebelum ini beliau tidak pernah melakukan apa-apa untuk meningkatkan sistem ketika beliau mentadbir Selangor. "Kerajaan negeri komited untuk membanteras jenayah curi pasir dan berharap rakyat terus memberi sokongan kerana royalti pasir dipulangkan semula kepada rakyat menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor," tegas Nik Nazmi./Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan