IkutSukaAku - Isa |
- Bodohnya BN Memperbodohkan Rakyat...!!!!
- Apa Tindakan Malaysia Terhadap Dua Nyawa Rakyatnya...???
- Tiada Bezanya umno dan israel - Perosak Demokrasi.
- AHLI KITAB YANG KUFUR - Pesanan Buat Ulama umno.
| Bodohnya BN Memperbodohkan Rakyat...!!!! Posted: 01 Jun 2010 08:15 AM PDT 1. Pos Malaysia kerugian ratusan juta ringgitYang dulu-dulu tu... tak payahlah nak sebut lagi betapa teruknya termasuklah MAS... kalau sebut pun buat menyakitkan hati jer... dengan kebodohan pemerintahan Kera...jaan Barisan Najis nih..., Lepas tu..., kita dapat pulak berita kelakar dalam The Star di bawah ni: RM103bil savings from subsidy reduction - By TEH ENG HOCK;Jadinya mereka ni nak suruh RAKYAT supaya SUBSIDIZE GLC's yang hampir pasti rugi. Agaknya dah berapa puluh billion duit kita dah subsidize untuk kegagalan GLC? Ratusan Billion...? Ribuan Billion...? (dalam skop ini siapa yang untung dan siapa yang rugi... atau siapa yang semakin kaya dan siapa yang semakin menderita dan tertindas...??? Ketuk kepala lu orang semua... tanya akal... Puak2 Kera...jaan Barisan Najis nih... buat kelakar agaknya... atau lawak bodoh gilerrr... babi macam kepala otak diorang jugak yang sebijik macam kepala otak babi... yang tabii-nya hanya menyondol sahaja... Diorang sangka kita ni semua bodoh macam diorang agaknya. Gua pelik macamana boleh rugi sedangkan untuk apa saja operasi GLC biasanya akan pakai: BRANDED SYSTEMS ( SAP, IBM, SUN ) BRANDED STANDARDS ( ISO, TUV, EC, ASTM, DIN ) BRANDED CONSULTANTS ( Price Water House, Andersen, Ernst & Young etc ) BRANDED PRODUCTS ( segala jenis BIG INDUSTRY NAMES ) BRANDED SERVICE PROVIDERS ( apa saja lah !!! ) BRANDED HUMAN RESOURCE ( dari segala mak nenek University Dunia ) Patutnya kalau dah pakai BRANDED dan GLOBALLY ACCLAIMED RESOURCES, tak mungkin boleh rugi dan sepatutnya sentiasa buat duit. Bukankah bila pakai benda BRANDED dan ACCLAIMED, sepatutnya semuanya bertambah lebih efficient, lebih diperhalusi, lebih mantap, lebih jelas dan lebih cepat untuk membuat segala jenis keputusan strategik !! Oleh kerana setelah berpuluh-puluh billion terhabis dalam kerugian dari GLCs (yang penuh dengan barang branded), gua kira Malaysia sudah hampir buat satu lagi jenis brand baru dunia, iaitu sebagai "BRANDED LOOSERS." Dah tu... ada hati pulak nak tarik balik subsidi kepada rakyat supaya wang itu boleh digunakan untuk membiayai "BRANDED LOOSERS" Gua hairan dan menyirap apabila adanya rakyat yang tak complain... lu orang tau tak GLC tu dibentuk dengan duit RAKYAT? Kalau rugi sekalipun BUKANnya "CEO" ataupun "Kera...jaan" yang akan menanggungnya.... tetapi RAKYAT yang akan tanggung..... samada secara direct ataupun tidak. Dan gua nak bertanya member2 kat alam cyber nih... dan juga mana2 pemimpin parti politik semua khususnya Pakatan Rakyat (itupun kalau terselit baca blog gila gua nih...) "KENAPA tak complain dan PROTES atas kerugian ini? Dalam Parlimen dah sepasal... bagaimana dengan rakyat yang di luar Parlimen...???? Adakah anda salah seorang seperti dibawah ini...? 1. Seorang ahli UMNO? 2. Salah seorang daripada Executive GLC tersebut. 3. Anda bakal mendapat keuntungan dari kejatuhan GLC tersebut? 4. Anda memang tak bijak? 5. Anda hanya pentingkan diri sendiri? 6. Anda tak tau apa ertinya "kerugian"...? 7. Anda akan sentiasa kaya tak kira orang lain menderita kerana kerugian GLC ni? 8. Anda hanya pentingkan perut anda sahaja...? Siapakah "ANDA" sebagai rakyat Malaysia... yang berhak mengetahui secara telus atas semua kerugian ini. Dan siapakah yang perlu bertanggung-jawap dan harus meletakkan jawatan atas kecuaian tersebut...???? Haruskah dibiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja... dalam istilah "Melayu Mudah Lupa" dan tunggu pula sehingga laporan kerugian untuk tahun hadapan....???? Dan itulah tabiat rakyat Malaysia... dulu, kini dan mungkin selamanya... asyik di perbodohkan oleh Anjing2 Keparat (Korporat) lagi celaka... So... Tahniah sajalah pada Barisan Najis nih... kerana berjaya memperbodohkan Rakyat selama 50 tahun... !!! |
| Apa Tindakan Malaysia Terhadap Dua Nyawa Rakyatnya...??? Posted: 01 Jun 2010 02:59 AM PDT Memetik berita dari Bernama, seperti di bawah ini, gua berasa berangin juga dengan Kera..jaan Malaysia dan PBB. Sebuah daripada kapal itu, Mavi Marmara, diserang oleh tentera Israel pagi ini, berdekatan Gaza, dengan dua rakyat Malaysia -- seorang wartawan dan seorang jurukamera dari Astro Awani -- berada di atas kapal dengan nasib mereka masih belum diketahui.Gua faham setiap perkara yang melibatkan sesebuah negara ada peraturannya dan prosedurnya mengikut ketetapan dunia. Tetapi apabila Israel laknatullah yang berasakan mereka boleh berbuat sesuka hati terhadap mana2 negara... (atau rujuk LL4G) itu sudah melampaui batas. Apatah lagi dengan adanya Amerika sebagai tulang belakang mereka. lagi lah... mereka besar kepala...!!!! Memang betul2 lahanat gua cakap lu... Yes... setakat mengutuk... sesiapa dan mana2 negara pun boleh mengeluarkan kenyataan mengutuk terhadap Israel, hanya setakat mengutuk maaa... anak gua yang kecik pun boleh mengutuk... israel haramjadah tu... Mana perginya.. Pertubuhan OIC... takan setakat Ohhh.. I... See... saja..., kenapa tidak digabungkan semua bala tentera negara2 OIC untuk menyerang balas si haramjadah laknatullah israel tu..., kenapa harus bergantung harap dengan PBB... sebuah pertubuhan berat sebelah yang di kuasai oleh Amerika dan sekutunya.. nampak macam serius.. tetapi hanya melenggahkan masa supaya ramai umat islam terbunuh. Akhirnya tiada tindakan apa2... setakat mesyuarat... dan mesyuarat... dan mesyuarat... israel haramjadah babi tu... gelak jer... Gua berharap kedua-dua rakyat Malaysia tersebut selamat, tetapi dalam masa yang sama gua nak tengok apakah tindakan Kera..jaan Malaysia terhadap nyawa rakyatnya yang diserang oleh tentera israel itu. Lu orang jangan salah faham... seperti yang gua katakan... Gua harap dan doakan kedua-dua rakyat Malaysia itu berada dalam keadaan Selamat. Apa akan jadi jika sebaliknya.... (nauzubillah...) Sebabnya... gua rasa kita semua sudah faham dengan sikap pemimpin Kera..jaan Malaysia ini, yang gemar melihat sesuatu perkara telah berlaku baru ambil tindakan. Jika hendak diharapkan supaya mereka berfikir kehadapan sedikit dengan melakukan pencegahan atau kawalan sebelum sesuatu perkara berlaku... lu orang semua jangan haraplah... kerana kepala otak diorang semuanya lembab dan beku macam kepala otak lembu... banggang yang tak boleh di ajar lagi dah... walau dah beribu kes yang terjadi... dan menjadi contoh tauladan. Sama seperti kes wartawan dan jurugambar tersebut, adakah Kera..jaan Malaysia akan mengambil sikap brutal... seperti sikap israel yang brutal itu...., jawapannya adalah tidak... kerana Kera..jaan Malaysia adalah pengecut... nyawa rakyatnya tidak bernilai lansung... tidak seperti israel yang menghargai setiap nilai nyawa rakyatnya. Alasannya mudah saja... kerana Pemimpin Kera..jaan Malaysia sudah menjadi hamba kepada Israel... cium kaki Israel beb... kecut teloq... Berani ke... Najib dan Kera..jaan 1Malaysia nak bersuara terhadap kekejaman Israel.... ha..ha..ha.... macam bangsat jelah... puak2 tu..... |
| Tiada Bezanya umno dan israel - Perosak Demokrasi. Posted: 01 Jun 2010 01:21 AM PDT Oleh Mohd Rashidi Hasan Tidak dinafikan, Malaysia adalah salah sebuah negara mengamalkan sistem dem Gabungan ketiga-tiga elemen ini diperlengkapkan dengan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan, sebagai mengimbangi kuasa eksekutif. Dengan penyusunan sistem perundangan sedemikian rupa, Malaysia seolah-olahnya menjadi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulen. Dalam sistem perundangan Malaysia, diwujudkan pilihan raya untuk memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil parti-parti politik yang bertanding untuk membentuk sesebuah kerajaan. Kerajaan-kerajaan yang dipilih sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri, berperanan sebagai eksekutif. Kuasa eksekutif diimbangi dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong atau Raja, kuasa legistalif (Parlimen atau Dun) dan kuasa pengawal undang-undang (judiciari). Secara teorinya, jika diteliti dari sudut sistem, Malaysia sudah mempunyai sistem perundangan yang lengkap dan berimbang. Namun dari sudut praktikalnya, wujud banyak kesangsian. Kuasa politik yang dinikmati Umno-Barisan Nasional sejak sebelum merdeka, tidak memungkinkan sistem demokrasi di negara berjalan dengan lancar. Kesangsian terhadap ketelusan sistem perundangan negara, semakin ketara selepas Pakatan Rakyat berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen dan memenangi lima buah negeri iaitu di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Umno yang menjadi peneraju utama BN seperti 'orang kehilangan akal' apabila kuasa mereka di Kerajaan Persekutuan dan kuasa mereka di Negeri terlucut. Umno-BN tidak boleh duduk diam. Mereka tidak boleh menerima kekalahan dan mereka tidak percaya mereka boleh dikalahkan. Maka akibat daripada ketamakan kuasa dan kegelojohan pemimpinnya. Umno-BN berusaha menggugat dan menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Umno-BN menggunakan taktik yang amat kotor dan jijik. Mereka memerangkap wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lalai dan berkepentingan. Mereka menaburkan wang jutaan ringgit untuk membeli wakil rakyat. Mereka menggunakan kuasa media, kuasa polis untuk menyekat demokrasi, berpakat dengan hakim untuk membuat keputusan yang memihak dan memanipulasi golongan istana. Hasil pencabulan demokrasi yang menjijikkan, BN berjaya merampas Perak. Hasil ketamakan pemimpin mereka, kini mereka cuba untuk merampas Kedah pula. Mereka cuba untuk menggugat Selangor dan Pulau Pinang, tetapi gagal kerana Pakatan Rakyat mempunyai cukup kerusi dengan wakil-wakil rakyat yang sangat setia dan komited. Jika Umno-BN 'anak jantan' yang menghormati demokrasi, mereka sepatutnya menunggu Pilihan Raya Umum ke-13 untuk cuba mendapatkan mandat semula rakyat. Malangnya, Umno-BN tidak berani berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam kancah pilihan raya secara demokratik. Mereka ibarat 'pondan siam' yang hanya berani 'berkokok' dalam media massa yang mereka kuasai. Mereka mahu berkuasa semula dengan memasuki 'pintu belakang', mereka tidak mempedulikan kesahihan dari sudut perundangan atau agama. Mereka tidak sedar mereka sebenarnya sudah mencetuskan kemarahan dan kebencian rakyat. Malah sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan Umno-BN untuk merampas kuasa secara haram akan menerima balasan daripada rakyat. Hanya kuasa rakyat sahaja yang mampu menyelamatkan negara. Selamatkan Malaysia! |
| AHLI KITAB YANG KUFUR - Pesanan Buat Ulama umno. Posted: 31 May 2010 09:28 PM PDT "Hai orang orang ahli kitab, mengapa kamu kafir akan ayat ayat Allah, sedangkan kamu mengakuinya? Hai orang orang ahli kitab, mengapakah kamu mencampurkan yang hak dengan yang bathil dan kamu sembunyikan yang hak itu, sedangkan kamu mengetahuinya? (3:70&71)"Ahli Kitab adalah mereka yang bijak dan pandai, berilmu pengetahuan tinggi dan sangat mengetahui antara haq dan bathil itu dengan izin Tuhan. Mereka inilah Yahudi dan Nasrani yang diberitahu oleh Allah didalam kitab mereka (Taurat dan Injil) kedatangan seorang Rasulullah yang membawakan Kitab al Quran yang membenarkan kitab kitab mereka. Namun mereka menjadi kufur kepada Allah kerana kedatangan Rasul yang dijanjikan itu tidak menepati kehendak dan apa yang mereka harapkan. Maka mereka menyembunyikan kebenaran dari Tuhan walaupun mereka sebenarnya sangat mengetahui. Dahulu telah berlaku dan akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang itu sekarang sedang berlaku! Tuhan tidak menyebut Islam itu negara tetapi Islam itu kepada orangnya (individu), begitu juga Yahudi dan Nasrani itu bukanlah negarannya tetapi adalah orangnya (individu) itulah Yahudi dan Nasrani itu!!! Sesungguhnya ahli ahli kitab yang bijak dan pandai dengan ilmu pengetahuan dan pengajiannya, dizaman ini adalah para umara' mahu pun sebagai orang orang bergelar ulama' dikalangan tampuk pemerintahan itu. Namun mereka tetap menyembunyikan kebenaran dari Allah SWT dengan mencampur adukan antara yang haq dan bathil itu. Mereka kufur tidak mahu mengakui dengan mengabaikan perlembagaan dari Tuhan walau pun mereka sangat mengetahuinya dari Kitab. Mereka tidak berimankepada Kitabullah yang mereka sendiri membacanya. Undang undang yang dikuatkuasakan adalah perundangan yang mereka ciptakan sendiri, sehinggakan barang siapa yang mahu membicarakan urusan agama Tuhan itu mestilah ditemuduga dan lulus peperiksaan bagi mendapatkan tauliah dan watikah terlebih dahulu dari mereka. Barangsiapa yang tidak mengikuti garis panduan ini akan ditangkap dan dibicarakan untuk didenda atau dipenjarakan. Membacakan Kitabullah dan keterangannya adalah menjadi kesalahan disebuah negara yang kononnnya Islam yang termaju dan terkemuka didunia! Sedangkan undang undang mereka lebih mengatasi keluhuran undang undang dan hukuman Allah SWT. Melanggar perlembagaan dan undang undang manusia adalah bersalah besar daripada kesalahan melanggar perlembagaan Tuhan, tidak menghormati titah penguasa yang be'raja' dimata dan ber'sultan' dihati satu dosa besar daripada engkar perintah suruhan dan larangan Allah SWT! Sesungguhnya mereka itulah Yahudi dan Nasrani sebagai ahli kitab yang mengetahui haq dan bathil dari Tuhan tetapi menyembunyikan malah tidak mengakuinya sama sekali. Sebagai contohnya, apabila judi yang diharamkan oleh Allah SWT telah dihalalkan, syaitan membisu seribu bahasa tanda bersetuju! Mereka tidak akan menyatakan bangkangan walaupun mengetahui judi itu adalah haram dan berdosa besar disisi Tuhan. Judi itu adalah haram, maka tiada siapalah yang mengatakan ianya halal walau pun sekadar untuk bersuka suka apa lagi jika dijadikan sebagai satu sumber ekonomi. Allah mengharamkannya kerana kemelaratan dan kemungkaran dari akibatnya lebih banyak daripada faedah dan kemanfaatannya kepada manusia itu sendiri. Permusuhan malahan berbunuhan, melalaikan manusia dari bekerja dan berusaha, menjadi pemalas, hidup didalam angan angan, mencuri dan merompak, rumah tangga berantakkan sehingga anak anak menjadi mangsa dan terlibat pula dengan gejala tidak baik yang lainnya dan sebagainya. Ada orang miskin menjadi kaya raya dalam masa sejam atau dua, ada orang kaya boleh menjadi miskin dan hina dina dalam tempoh hanya sejam dua sahaja., Apa sahaja yang kedapatan dari hasil perjudian adalah tetap haram walaupun dimasukkan kedalan akaun Bank Islam (M) Bhd! Dengan adanya judi haram dan ada pula judi halal pada hari ini, sebelumnya telah pun ada rasuah halal yang dinamakan politik wang atau pun janji pilihanraya, maka adalah tidak muastahil sedikit waktu lagi akan ada bunuh halal, rompak halal, zina halal, arak halal, babi halal dan berbagai bagainya lagi. Sesungguhnya Islam yang syumul itu jika tidak dipraktikkan untuk menjadi contoh tauladan kepada semua manusia, maka janganlah berharap manusia itu akan tertarik dan terbuka hatinya untuk Islam malahan mereka pasti memperolok dan mentertawakan! Maka Yahudi Nasrani yang mereka Yahudi Nasranikan itu sentiasa gembira dan ketawa manakala Syaitan Bisu akan terus membisu kerana kerjanya telah dilaksanakan dengan sempurnanya oleh ahili ahli kitab yang mereka itulah yang sebenarnya sebahagian dari mereka. Sesungguhnya manusia itu hanya menganiaya dan menzalimi diri mereka sendiri, sedangkan Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang kepada hambaNya, namun manusia itu tidak mahu memikirkan dan tidak mahu pula mengambil pelajaran dari Allah SWT. "Segolongan diantara orang orang ahli kitab itu bercita cita hendak menyesatkan kamu dan tiadalah mereka itu menyesatkan (orang lain) hanya diri mereka sendiri tetapi mereka tidak sedar (3:69)" Wassalam dari AyahIssa |
| You are subscribed to email updates from IkutSukaAku - Isa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan