HIDUP DAN HARAPAN |
| SENARAI NAMA RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DI DALAM KAPAL MAVI MARMARA Posted: 31 May 2010 11:04 PM PDT Nasib wartawan Awani masih kabur. Difahamkan seorang wartawan dan jurukamera bersama yang lain aktivis kini berada di Haifa setelah kapal LL4Gaza ditunda ke pelabuhan tentera lewat petang kelmarin. Difahamkan Israel akan menahan semua para aktivis Freedom Flotilla. Aktivis yang cedera kini dirawat di Haifa, termasuk yang meninggal dunia, ada aktivis yang mati ditembak di kepala. Buat masa ini Israel tidak mahu mengeluarkan apa-apa keterangan berkaitan insiden tersebut. Selain itu sumber Awani memaklumkan bahawa 12 rakyat Malaysia yang terlibat di dalam misi LL4Gaza berada di atas kapal tersebut. Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang "Mavi Marmara" milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa kelmarin. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin -HALUANPalestin Dr Mohd Arbai'e bin Syawal -HALUANPalestin Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad -HALUANPalestin Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi -HALUANPalestin Mohd Nizam bin Mohd Awang -HALUANPalestin Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus -Aqsa Syarif Tn Hj Jamuliddin bin Elias -Yayasan Amal Dr Selamat bin Aliman -Jemaah Islah Malaysia (JIM) Abdul Halim bin Mohd Redzuan -Muslim Care Mustafa bin Mansur -MAPIM Ashwat bin Ismail -Wartawan ASTRO Shamsul Kamal Latif -Juru kamera ASTRO |
| You are subscribed to email updates from HIDUP DAN HARAPAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan