AdukaTaruna |
| Posted: 01 Jun 2010 11:06 AM PDT oleh: Topeng Perak® Unmasked Banyak hari dah tak berblogging, sekadar cilok sikit-sikit artikel dari laman-laman lain, bagi aku, kerja macam tu agak tak beretika. walaupun disertakan kredit pada link asal, tetap bukan informasi dari kepala hotak kita sendiri. mintak maaf banyak-banyak. Agak banyak sebenarnya yang nak diluahkan dekat sini, tapi masa tak berapa mengizinkan. sibuk dok ambik gambar sepanjang Konvensyen Parti KeADILan Rakyat yang baru tamat ahad lepas (gambar-gambar boleh dilayan disini), lepas tu sibuk dok edit gambar-gambar. dalam masa yang sama dalam proses menyiapkan projek terbaru iaitu "PhotoKomik". Projek "PhotoKomik" akan dilancarkan dalam masa terdekat, formatnya agak mudah... keluar outing dengan geng-geng Photographer, snap gambar berdasarkan pada skrip yang dah disiapkan (topik - isu semasa), kemudian edit gambar sebaik mungkin dan tepekkan "skrip" pada gambar. Lebih kurang macam komik, tapi yang ni kami gunakan gambar betul (still image). mungkin akan dipaparkan dalam 1 blog baru yang keseluruhannya adalah "PhotoKomik", "ShortVideo" dan lain-lain. Idea "PhotoKomik" ni datangnya dari Bro Aduka Taruna dan dibantu oleh geng-geng Photographer Anak Kelantan - Hazmi Hassan, Syafiq, Aku dan lain-lain... Pada dasarnya kalau ikut perbincangan awal, projek ini akan dilancarkan beberapa hari sebelum Muktamar PAS ke 56 di PUTIK, Pengkalan Chepa - Insya-Allah... sama-sama kita tunggu hasilnya dan sama-sama kita doakan semoga ianya berjaya. amin... ![]() Beberapa petikan dari "Projek PhotoKomik"... |
| You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan