Selasa, 1 Jun 2010

shalehudin

shalehudin


Wakil rakyat BN tak boleh pakai

Posted: 01 Jun 2010 07:40 AM PDT

Ahli parlimen BN tidak layak anggotai kabinet Najib

Dzulfikar Mashoor
PETALING JAYA, 1 Jun: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyenaraian lebih banyak senator dalam kabinet baru seakan memberi gambaran bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

"Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan Menteri dalam kabinet baru ini," jelas beliau selepas mempengerusikan Menyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, Tropicana lewat petang tadi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mencadangkan Najib supaya mengadakan pilihan raya kecil dengan meletakkan para senator yang baru dilantik bertanding dan menjadi Ahli Parlimen bagi menggantikan segelintir Ahli Parlimen BN yang sedia ada.

"Elok Datuk Seri Najib adakan suatu pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi ahli Parlimen, ganti mana-mana ahli Parlimen BN yang dirasakan Najib tidak layak," ujar beliau yang juga Ketua Umum PKR.

Sebelum pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoal tindakan Najib melantik banyak senator untuk menganggotai kabinet baru beliau.

Dengan perlantikan tersebut, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, langsung tidak mencerminkan sebuah 'Kabinet Rakyat'.

Ini kerana, menurut beliau, pemilihan beberapa senator terbabit bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang demokratik, tetapi dipilih oleh Najib berasaskan kepentingan politik sempit parti-parti komponen BN semata-mata.

Katanya lagi, tindakan Najib melantik lebih ramai pemimpin MCA walaupun mungkin untuk menangani konflik kepentingan dalam parti perkauman Cina itu, tetapi perlantikan tersebut adalah sia-sia.

"Saya tidak nampak (perlantikan) ini sebagai suatu nilai tambah untuk MCA dan BN tidak mungkin boleh memulihkan keyakinan rakyat dengan perlantikan itu," ujar beliau.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula mengganggap pembentukan kabinet yang baru itu semata-mata untuk memulihkan kepercayaan rakyat.

Perlantikan tersebut menurut beliau, sebenarnya lebih untuk menangani masalah dalaman MCA dan BN sendiri.

Tokey perabut parah jatuh kabinet

Posted: 01 Jun 2010 06:07 AM PDT


Tee Keat jatuh kabinet

Salam semua...

Dalam dok kalut kalut berebut ngan Bangla pilih bawang besaq kat pasar malam tadi ni, sparring partner Pak Long, Husin bagitau yang tokey perabut, Ong Tee Keat tu cedera parah.

Pak Long tau la, tokey perabut tu baik dengan jiran Pak Long si Najib tuh. Tapi baru empat minggu lepaih dengaq kata si Tee Keat ni kalah main judi bolasepak piala dunia. Kiranya sihat lagi la, alih alih kata si Husin ni Tee Keat pi cedera parah pulak dah hari ni.

Pak Long tanya dia, Tee Keat tu parah kena apa?

Husin bagitau dia jatuh kabinet dapoq masa dok pasang kabinet tu di rumah Najib. Ish... macam tak percaya pulak dah...

Wassalam...

Sumber: Pak Long

Mahfuz nak buat apa kalau lebih 48 jam

Posted: 01 Jun 2010 04:50 AM PDT

Sidang khas serangan Israel, tempoh 48 Jam untuk Najib

http://gemasuara.blogspot.com/
Sangat kecewa terhadap PM yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan oleh regim Israel pada tengah malam semalam.

Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang menganggap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut regim Israel.

Kelembapan PM dilihat seperti menunggu apa nasihat dari APCO untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja APCO yang diamanah oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia.

Tindakan regim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel.

Perbuatan kerajaan BN pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika/zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia, dengan ini menuntut kerajaan Malaysia menunaikan tuntutan berikut.
  1. Memberi tempoh 48 jam untuk PM segera memanggil sidang khas Parlimen untuk membincang isu serangan tersebut.
  2. Dalam tempoh 48 jam Kerajaan juga hendaklah membentang pelan menyelamat rakyat Malaysia yang sedang ditahan olih pihak berkuasa Israel pada sidang khas Parlimen.
  3. Dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel/Amerika.
  4. Menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan negara haram Israel.
Dato' Mahfuz Omar,
Ahli Parlimen Pokok Sena,
Naib Presiden PAS

Mintak tolong Umno

Posted: 01 Jun 2010 03:28 AM PDT


Salam semua...

Pak Long baru balik dari makan kenduri kat kampung sebelah. Sedap jugak, masak gotong royong kampung. Nak tambah berapa kali pun tuan rumah tak jelin.

Masa dok santai lapik perut ataih meja ngan kengkawan tadi ni, ada jugak yang jelabaih mulut suruh Pak Long mintak tolong kat Umno. Pak Long ni segan sikit bab bab nak mintak tolong ni terutama sekali kat Umno tapi dah ingatkan Umno ni kawan baik pada Apco, mintak pi la kot kot depa boleh tolong.

  1. Nak mintak tolong kat Umno bagitau kat Israel, konvoi kemanusiaan tu ada 9 kapai dan depa tu nak tolong orang di Gaza yang sengsara. Tolong jangan berperut busuk dan kejam sangat nak sekat dan tahan depa.
  2. Nak mintak tolong kat Umno bagitau kat Israel, la ni kapai kapai tu dok tersadai tengah laut nu. Takkan tergamak hangpa nak pi serang orang yang tak dak senjata.
  3. Nak mintak tolong kat Umno bagitau kat Israel, semangat aktivis keamanan tu tinggi, depa tak rela beralah selagi tembok sekatan Gaza yang hangpa buat tu tak dipecahkan.
Takat tu lah dulu kot, Pak Long nak pi mandi sat, rasa bergetah badan ni... wassalam...

Sumber: Pak Long

Tiada ulasan: