Selasa, 8 Jun 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pembaca Akhbar Komen PM 1Malaysia sebagai "...well known criminal in Malaysia"!

Posted: 07 Jun 2010 11:13 PM PDT

Berita tentang ucapan PM 1Malaysia di Parlimen berkaitan dengan tindakan Israel baru-baru ini tersebar dan diungkap dalam pelbagai akhbar di serata dunia. Walaupun dunia secara amnya tidak mengetahui betapa "lembabnya" PM 1Malaysia memberikan respons berkaitan dengan serangan Israel itu dan kontroversi kerajaan Malaysia menerima nasihat daripada APCO, namun berita itu seolah-olah menjadikan beliau wira dalam dunia Islam biarpun tidak sehebat Presiden Turki dan Presiden Iran.

Press TV yang berpengkalan di Tehran turut menyiarkan artikel: Najib Raps Israel as World Gangster. Inti pati ucapan PM 1Malaysia ini boleh anda baca dalam media tempatan.

Yang menarik perhatian saya ialah komen-komen pembaca di bawah artikel itu. Mungkin pembaca yang memberikan komen itu orang Malaysia atau rakyat negara jiran serantau dan tidak mustahil pembaca dari negara-negara lain yang mengetahui skandal yang melibatkan pemimpin di negara ini.

Seorang pembaca artikel tersebut menyatakan bahawa:

benny
Mon, 07 Jun 2010 16:14:54 GMT
Najib and wife are well known criminals in Malaysia.
Seorang pembaca lagi menulis komen yang berikut:

antiwar

Mon, 07 Jun 2010 11:44:24 GMT
Najib, please make up your mind, you are putting your people at risk by employing zionist PR firm APCO to save your bacon. Are you prepared to listen to your conscience and admit responsibility for the submarine scandal, or are you still relying on APCO to make deals to avoid a similar fate threatening Sarkozy? Islamophobic dissension is exploding at an alarming rate in Malaysia.
Press TV Iran dibaca oleh puluhan atau ratusan ribu masyarakat antarabangsa setiap hari. Apakah agaknya reaksi mereka apabila membaca komen sedemikian? Apa pula kesannya kepada imej Malaysia?

Piala Dunia Tinggal 3 Hari, Najib Kata Lesen Judi "Belum Muktamad"

Posted: 07 Jun 2010 05:22 PM PDT

Inilah politik. Hari ini lain, esok lain. Jangan pelik kalau tinggal lagi sehari, tiba-tiba lesen judi diluluskan. Hari ini PM 1Malaysia berpolitik orang "gabra", berpolitik cari undi. Esok  atau lusa mungkin gementarnya hilang lalu meluluskan lesen judi sambil mencongak imbuhan yang diperoleh Vinsen Tan dan ehem...ehem..ehem.

Mungkin juga kenyataan ini hanya wayang. Di Malaysia banyak sangat wayang: wayang judi, wayang liwat, dll. Saya petik:


Belum Muktamad
[UM] – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terma pelesenan dengan syarikat terbabit bagi menjalankan operasi pertaruhan di negara ini.


"Kerajaan masih mendapatkan maklum balas dan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di negara ini," katanya.


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.


Tian Chua dalam soalannya meminta Najib menyatakan apakah asas keputusan Kabinet menarik balik lesen judi pada 2004 dan kenapa keputusan itu berubah pada tahun ini.


Beliau juga ingin tahu kenapa kerajaan memberi semula lesen judi kepada Ascot Sports tanpa melalui tender terbuka.


Kementerian Kewangan baru-baru ini mengumumkan pemberian lesen kepada Ascot Sports untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bermula pada 11 Jun ini.


Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.


Keputusan kerajaan itu bagaimanapun telah mencetuskan isu hangat dan dibantah pelbagai pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan Islam. - Nizam Yatim

Berkaitan:
* Najib Bohong. Hishamuddin Kata Lesen Judi Bola Sudah Lama Dikeluarkan

Tiada ulasan: