Selasa, 8 Jun 2010

Biaqpila

Biaqpila


Ceramah ‘Yahudi dan Judi’ dipindah ke Stadium Selayang

Posted: 08 Jun 2010 09:00 AM PDT

GOMBAK, 8 Jun: Ceramah 'Yahudi dan Judi' yang melibatkan pemimpin utama Pakatan Rakyat di Kompleks Muhibah Taman Bolton, di sini, malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.

Majlis yang sepatutnya dibuat di sebuah dewan tidak dapat diadakan kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya.

Ekoran itu, beberapa orang ditahan iaitu dua anggota Unit Amal, Alfian dan Damanhuri, Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah dan Ketua Pemuda Gombak, Ustaz Sharhan.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di Selayang.

Majlis ceramah yang melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Datuk Mahfuz Omar dipindahkan ke Stadium Selayang.

Turut menyampaikan ceramah ialah sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Gaza yang ditahan tentera rejim Israel iaitu Mustafa Mansor (Mapim) dan Jamuliddin Elias (Yayasan Amal) pada majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad itu.

Walaupun tempat ceramah terpaksa dipindahkan pada malam ini juga dalam jarak lebih kurang 15 kilometer, namun sekitar 5,000 orang sudah berada di dalam stadium pada kira-kira jam 10.30 malam ini.

Share

Mana satu yang nak dipercayai? Presiden Umno atau pembiaya Umno?

Posted: 08 Jun 2010 07:00 AM PDT

Dalam berita bertajuk "Berjaya gets football gambling licence", Malaysiakini 12/5/10 melaporkan:
In a statement late this evening, Berjaya Group confirmed that it has been re-issued the license that it was held in 1987 and that Tan has sold the controlling state of Ascot Sports to the conglomerate.

According to the statement, Ascot Sports plans to roll out gaming products for internationally sporting events including football, basketball, motor racing, tennis and golf.

Punters will be able to place bets through 220 Sports Toto outlets in Peninsular Malaysia. Hari ini, dalam berita bertajuk "Kerajaan: Lesen judi sukan belum dikeluarkan", Malaysiakini melaporkan:
Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.

Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan/memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.Menteri Kewangan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno. Berjaya Group diterajui oleh financier Umno dan Barisan Nasional (BN), Tan Sri Vincent Tan.

Mana satu yang nak dipercayai? Presiden Umno atau financier Umno?

Berkaitan:
Vincent Tan’s Ascot Sports gaming licence comes with conditions (The Star 12/5/10)
Berjaya perolehi lesen judi bolasepak' (Malaysiakini 12/5/10)




penarikbeca


Share

BOIKOT KEPALA HOTAK

Posted: 08 Jun 2010 05:00 AM PDT

Konon boikot coca cola tetapi regim benar buka kilang coca-cola


Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Rakyat yang sedar seharusnya malu dengan tindakan hipokrit regim dalam membenarkan terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tika seluruh dunia mempertingkatkan tekanan terhadap Zionis Israel, Malaysia pula dalam keadaan munafik menundur kebelakang.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar.

Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia kononya telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB namun dalam wajah yang lain kita sebenarnya munafik/hipokrit.

Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang kononnya dipertahankan sekian lama. Lebih dari itu sebenarnya dalam muka yang lain Regim pemerintah Malaysia pada tahun 1994 telah meluluskan melalui parlimen satu kebenaran khas untuk membenarkan hubungan dagang dengan Israel.

Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang kononya tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966.

Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab.

Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

Rakyat harus bangkit mendesak Regim Bn Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

TH (Tabung Haji) properties juga seharusnya tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. Tabung Haji seharusnya lebih prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

Seharusnya seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang dilaungkan diseluruh dunia. Malaysia juga melalui perbagai pertubuhan termasuk pemimpin regim kononya menyahut seruan ini tetapi perkembangan membenarkan pemilikan hartanah atas nama Coca - cola amat memalukan.

Inilah punca Israel terus berani dan Zinois terus mengganas kerana ramai pemimpin dunia hipokrit. Israel dan Zionis sememangnya diketahui dulu, kini dan selamanya ganas dan jahat tetapi yang bersekongkol dengan wajah munafik menentang di muka yang lain lebih jahat dan kianat lagi.

chegubard.blogspot.com

Share

Lapan gadis urut asing tawar seks kena berkas

Posted: 08 Jun 2010 02:50 AM PDT

2010/06/08

KUALA LUMPUR: Lapan wanita warga asing terdiri daripada warga Filipina dan seorang warga China berusia 18 hingga 35 tahun ditahan selepas dipercayai menawarkan khidmat seks di pusat urutan refleksologi di Desa Sri Hartamas, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata pihaknya menyerbu pusat urutan itu berdasarkan maklumat awam.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, polis percaya pusat urutan terbabit baru beroperasi enam bulan lalu dan hanya menggunakan papan tanda seolah-olah pusat terbabit menjalankan perniagaan secara sah. "Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati pengusaha pusat terbabit menjalankan perniagaan itu tanpa lesen selain kadar bayaran sehingga RM150 dicaj kepada pelanggan bagi satu sesi," katanya. Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke IPKKL bagi proses dokumentasi manakala seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis diberkas bagi membantu siasatan.


"Polis berterima kasih kepada orang awam yang sentiasa membantu menyalurkan maklumat berhubung isu seumpama ini," katanya.

Share

JADI KA TIDAK NAK BERJUDI NI?

Posted: 07 Jun 2010 11:00 PM PDT



PIALA DUNIA DAH TAK BERAPA HARI LAGI NI...

JADI KA TIDAK NAK BERJUDI NI? KAH! KAH! KAH!

HARI TU CAKAP DAH RASMI BAGI LESEN KAT BERJAYA....

TAJUK PAPER "'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'"...

HARI NI KATA TAK BAGI LA PULAK...KAHKAHKAH

HANG PA JANGAN DOK BUAT KALUT...

HANGPA NI TAKDAK KEJA LAIN KA?

HARI NI KATA,ESOK TAK BUBAR PARLIMEN

TUP-TUP ESOK BUBAR..

HARI KATA,ESOK MINYAK TAK NAIK HARGA..

TUP-TUP BELUM SAMPAI ESOK..TENGAH MALAM DAH NAIK HARGA..

GHAPLA JINGGA BETOI...

KAH! KAH! KAH!

Share

Isu Judi : Kementerian Keluar Kenyataan Bercanggah

Posted: 07 Jun 2010 09:00 PM PDT

Pakatan Rakyat yakin kerajaan Umno-BN takut dengan momentum bantahan yang ditunjukkan orang-ramai segenap lapisan masyarakat terhadap judi sukan.

Kementerian Kewangan dalam jawapan kepada soalan Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat mengatakan bahawa lesen konsesi judi kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd belum diserahkan menanti maklum-balas orang-ramai.

Jawapan bertulis itu dikeluarkan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Pasir Mas dan Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook.

Tian Chua berkata kenyataan dari Kementerian Kewangan itu bercanggah dengan reaksi pemerintah sebulan lalu yang menggambarkan seolah-olah perbincangan antara kerajaan Umno-BN dan hartawan Tan Sri Vincent Tan sudah selesai.

Malahan wakil rakyat dan pimpinan Umno juga dilihat bersungguh-sungguh membela skim judi sukan ini dengan alasan mengekang sindiket judi haram.

" saya agak kerana mungkin kerana kerajaan takut respon yang sangat negatif dari masyarakat sekrang mereka tiba-tiba berubah dalam pendirian, kerajaan yang sebenarnya memang sudah luluskan lesen kepada vincent tan mungkin kerana pakatan dan masyarakat menentang sekarang dalam jawapan rasmi ini kerajaan cuba melegakan bangkangan kita la" Tian berkata.

Tian berkata, jawapan yang diberi hari ini nampak mencurigakan walhal hartawan terbabit telah membuat persiapan rapi termasuk kesanggupan mendermakan RM525 juta untuk kebajikan.

" tiba-tiba kerajaan kata belum diputuskan, so ini satu gambaran satu contrudicsy yang samaada menteri kewangan tidak bercakap benar dalam jawapannya atau vincent tan membuat andaian beliau akan dapat lesen itu sungguhpun beliau belum dapat lesen secara sah"akhirinya.

TVS


Share

Usul mahu tindakan ketenteraan terhadap Israel

Posted: 07 Jun 2010 07:00 PM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub akan menghantar satu usul di Dewan Rakyat bagi meminta Kerajaan Malaysia mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar tindakan ketenteraan diambil terhadap Israel.


Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, sudah sampai masanya era diplomasi ditamatkan dengan Israel kerana mereka semakin berani menindas umat Islam di Palestin.


"Kalau tidak ada peluang berucap, saya tetap akan menghantar satu usul untuk dibahaskan di Dewan Rakyat untuk meminta kerajaan Malaysia mengambil langkah ke hadapan dengan membuat satu proposal kepada PBB.


"Sudah sampai masanya tindakan ketenteraan diambil terhadap Israel. Sudah sampai masanya era diplomasi ditamatkan dengan Israel kerana mereka tidak faham lagi bahasa diplomasi. Jadi kita mahu tindakan ketenteraan diambil terhadap Israel dan Amerika perlu diambil tindakan serius," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.


Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul khas di Dewan Rakyat bagi mengutuk kekejaman zionis Israel.


Seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar pula mencabar kerajaan untuk menghentikan khidmat APCO sekiranya benar-benar membenci tindakan kejam Israel itu.


"Kenapa kita takut nak menunjukkan kebencian kita dengan menamatkan APCO? Sekarang seolah-olah tangan kanan kita memberi sesuatu kepada Palestin dan dalam masa sama tangan kiri kita mendakap APCO iaitu proksi kepada Isrel dan Amerika," katanya yang juga ditemui di lobi Parlimen hari ini.


Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mendesak kerajaan memanggil pulang duta ke PBB sebagai membuktikan kekecewaan Malaysia terhadap sikap berdiam diri PBB.


"Saya menggesa kerajaan menterjemahkan kekecewaannya kepada PBB dengan memanggil balik duta Malaysia ke PBB. Jika benar-benar tidak bersetuju dengan PBB, panggil balik duta kita," tegasnya.


Beliau turut menyifatkan usul itu sebagai bersifat kecaman semata-mata tanpa ada pendirian yang jelas untuk Malaysia bertindak dalam isu itu.


"Usul hari ini bersifat mengecam semata-mata, cadangan-cadangan untuk orang lain bertindak, bukan untuk Malaysia bertindak. Memang kita bersama dalam isu ini tapi sesuatu perkara yang melucukan bagi saya.


"Walaupun kita menyokong usul ini namun sebagai kerajaan perlu lebih praktikal dengan menunjukan sikap yang jelas. Kalau setakat kecam macam ni jadi macam tok penghulu Kampung Pening Lalat lah," katanya.



harakahdaily



Share

'Isteri Terlampau' dibelasah abang ipar

Posted: 07 Jun 2010 05:00 PM PDT

Musibah isteri curang

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/06/07

KUALA LUMPUR: Ketika suaminya meringkuk dalam penjara, seorang wanita ligat berfoya-foya di kelab malam bersama lelaki lain hampir setiap malam dan tergamak meninggalkan tiga anak yang masih kecil di bawah jagaan ibu bapa mentua yang uzur.

Berikutan sikapnya yang curang dan tidak bertanggungjawab, 'isteri terlampau' berusia 25 tahun itu menerima musibah apabila dia cedera teruk akibat dibelasah abang iparnya.

Sumber polis berkata, wanita terbabit yang mempunyai tiga anak berusia tiga, lima dan tujuh tahun dibelasah abang iparnya sebaik saja dia selesai berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy di sini, bersama empat rakan kira-kira jam 2.20 pagi, Rabu lalu.

"Ketika mangsa berjalan menuju kereta milik seorang daripada temannya, dia ditahan seorang lelaki yang mendakwa kenalan rapat suaminya. Lelaki itu mengarahkan mangsa menunggu seketika sementara abang iparnya dalam perjalanan ke pusat hiburan berkenaan.

"Sebaik saja tiba di tempat kejadian, abang ipar mangsa yang berusia 29 tahun menumbuk muka mangsa bertubi-tubi menyebabkan muka mangsa lebam dan matanya berdarah.

"Selepas puas membelasah mangsa, lelaki itu mengheret mangsa ke balai polis berhampiran dan meminta polis menahan mangsa yang didakwanya lari dari rumah dan sengaja meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil di bawah jagaan bapa mentua yang sudah uzur.
"Sebaliknya, mangsa membuat laporan polis mendakwa dikasari dan dipukul secara tidak wajar. Mangsa yang parah di mata kanannya selain luka di kepala dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Sumber itu berkata, berdasarkan siasatan awal, suami mangsa kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buluh atas kesalahan terbabit penyalahgunaan dadah.

hmetro



Share

Tiada ulasan: