Selasa, 8 Jun 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Cawangan Umno mahu subsidi diteruskan

Posted: 08 Jun 2010 01:20 AM PDT

Zulaikha Zulkifli

Isu pemotongan subsidi menjadi antara isu utama yang dibangkitkan dalam mesyuarat cawangan Umno yang sedang berlangsung sejak 1 Mei lalu.

Di Kedah, timbalan ketua penerangan Umno negeri itu Datuk Zubir Saad berkata, isu tersebut ditimbulkan dalam mesyuarat kali ini dengan saranan supaya kerajaan mengkaji semula cadangan pengurangan subsidi tersebut.

"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, apabila subsidi dibatalkan, (harga) barang-barang akan naik.

"Jadi kami mengharapkan agar (pengurangan) subsidi ini dikaji semula supaya ia tidak membebankan rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Gesaan itu timbul berikutan keadaan semasa yang menunjukkan peningkatan hutang kerajaan kepada RM300 bilion dan ancaman muflis dalam tempoh sembilan tahun sekiranya pemberian subsidi diteruskan.

Selain isu subsidi, Zubir juga berkata, isu perpecahan di kalangan pemimpin bahagian juga turut dibangkitkan dalam mesyuarat cawangan kali ini.

Pemimpin bahagian yang telahpun tewas dalam pemilihan sebelum ini dikesan "mewujudkan perpecahan" di kalangan penyokong peringkat cawangan, katanya lagi.

Perlu terima kekalahan

"Isu perpecahan ini berlaku bukan berpunca daripada penyokong tetapi pemimpin itu sendiri. Perpecahan yang saya maksudkan ialah perpecahan di peringkat bahagian.

"Pemimpin di peringkat bahagian mencipta perpecahan dengan adanya puak-puak penyokong mereka. Mana-mana ketua bahagian yang telah kalah, perlu terima kekalahan.

"Oleh itu, pemimpin di peringkat cawangan berharap agar pemimpin di peringkat bahagian supaya elak dari berpecah," katanya.

Selain di Kedah, isu pemberian subsidi turut menjadi antara agenda utama mesyuarat cawangan parti itu di Selangor.

Ini diperhatikan oleh ketua Umno bahagian Kapar Datuk Abdul Rahman Palil yang turut berpendapat, mekanisme sedia ada perlu diubah bagi membolehkan golongan sasarnya mendapat manfaat berkenaan.

"Pemberian subsidi tidak boleh dihapuskan tetapi perlu distrukturkan semula. Mekanisme cara pemberian subsidi perlu diberi kepada mereka yang betul-betul layak supaya ia tidak disalahgunakan.

"Subsidi bukan untuk memanjakan rakyat sebaliknya ia untuk menyelamatkan negara dan rakyat," ujarnya lagi.

Mesyuarat kali ini juga banyak melakukan usaha 'pemutihan' di kalangan keanggotaannya, kata Abdul Rahman lagi.

Jelasnya, sesi mesyuarat tersebut menyaksikan senarai ahli setiap cawangan tersebut disemak satu persatu.

Semakan itu perlu untuk menghapuskan "duri dalam daging" di peringkat cawangan, katanya lagi.

Tambahnya, nama-nama itu kemudiannya dibuang daripada senarai ahli di setiap cawangan terlibat.

Mesyuarat cawangan kali ini akan berakhir pada 15 Jun, diikuti dengan persidangan perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam tempoh bermula 16 Jun dan berakhir 16 Julai.

Perhimpunan agung parti itu pula akan berlangsung pada 28 hingga 30 Oktober depan.

PAS: Kerajaan masih amalkan polisi 'pro-Israel'

Posted: 08 Jun 2010 01:18 AM PDT

MALAYSIA KINI



Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak ada gunanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul mengecam Israel di Dewan Rakyat semalam kerana negara secara rahsia masih menjalinkan perdagangan komersil dengan negara haram zionis itu.

Menurut Harakah Daily, Mahfuz berkata perdagangan komersil dengan Israel masih terjalin sehingga kini sebagaimana diperkenalkan sejak Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi perdana menteri dahulu.

"Sia-sia usul kecaman zionis Israel kerana bagi saya bahawa Najib masih meneruskan polisi yang ditinggalkan oleh Tun (Dr Mahathir) iaitu sesiapa pun boleh memohon daripada kabinet Malaysia secara rahsia untuk apa jua komoditi yang mahu diperdagangkan dengan kerajaan Zionis ini," kata beliau.

Mahfuz yang juga Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS berkata, kerajaan dilaporkan masih meluluskan perdagangan sejenis bahan kimia dengan rejim berkenaan secara rahsia sekitar Mac hingga April lalu.

Tidak cukup dengan itu, katanya pentadbiran Najib juga secara rahsia dilaporkan masih bersetuju memperdagangkan minyak sawit kepada negara Israel pada Mei lalu.

Sehubungan itu, Najib dicabar menafikan kedua-dua pendedahan tersebut atau menghentikan sikap hipokrit dalam isu keganasan Israel dalam menghalang bantuan kemunusiaan sedunia ke Gaza yang sedang dikecam oleh dunia dan rakyat Malaysia.

"Kalau tak benar, dia (Najib) kena buat penafian yang kabinetnya tidak lagi melaksanakan polisi yang ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir itu dan kalau benar pula, berhentilah tunjuk sikap hipokrit itu," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan tentang buku-buku penerbitan komersil Israel yang berada di perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sekarang.

"Takkan buku-buku yang menjelaskan prospek perdagangan dan perindustrian di negara Israel itu sengaja dibekalkan di perpustakaan MITI, kecuali untuk menggamit minat Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan negara Zionis itu.

"Kalau memang tak ada niat apa-apa, KDN tetap perlu jawab mengapa buku sebegini diluluskan di peringkat kerajaan dan dibekalkan di perpustakaan tersebut," katanya.

GAS keluarkan VCD - mengapa Samy mesti undur

Posted: 08 Jun 2010 01:16 AM PDT

MALAYSIA KINI


Pemimpin Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) hari ini berkata mereka akan menerbitkan sebuah VCD selama 30 minit mengenai mengapa presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu perlu berundur segera.

Ribuan salinan VCD - dalam versi Tamil dan Inggeris - akan diedarkan kepada masyarakat India dalam tempoh dua minggu, kata bekas ahli jawatankuasa pusat MIC, KP Samy hari ini.

Beliau juga mengumumkan perhimpunan yang dijadualkan pada 13 Jun ini bertempat di Dewan Hamzah di Klang telah dibatalkan atas alasan keselamatan.

KP Samy mendakwa beliau mendapat maklumat kononnya, terdapat 'elemen' yang sesetengah pihak akan mencetuskan 'masalah' pada perhimpunan berkenaan.

Pada 30 Mei lalu perhimpunan Gerakan Anti Samy (GAS) di Pusat Konvensyen Mines di Serdang, hanya dihadiri 3,500 orang walaupun penganjur menjangka 15,000 akan hadir.

Sebaliknya, pihak penganjur menndakwa ada "taktik samseng" digunakan untuk menggagalkannya.

Kajian ISA selesai, pindaan bulan depan

Posted: 08 Jun 2010 01:15 AM PDT

MALAYSIA KINI



Kementerian Dalam Negeri berharap dapat membentangkan enam akta yang dikatakan 'menindas' termasuk Akta Keselamatan Dalam Negara 1960 (ISA) dan Ordinan Darurat pada sesi sidang Dewan Rakyat kali ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Abu Seman Yusop memberitahu wartawan hari ini bahawa segala dokumen berhubung perkara berkenaan telah diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk kelulusan.

Katanya, pindaan ISA itu akan disesuaikan mengikut keadaan semasa. Ia membabitkan lima perkara utama:

  • Kuasa menteri
  • Tempoh tahanan
  • Kuasa polis
  • Hak dan layanan ke atas tahanan
  • Pemansuhan beberapa seksyen

Katanya lagi, pindaan ISA dan dua lagi akta di bawah undang-undang pencegahan dijangka dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat bulan depan.

Dua akta lain itu adalah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

"Kesemua pindaan undang-undang pencegahan itu kini di peringkat akhir kelulusan oleh Jabatan Peguam Negara dan kita jangka akan dapat dibentang untuk bacaan pertama di Parlimen bulan hadapan selepas diluluskan Peguam Negara dan Kabinet," katanya.

Abu Seman berkata tiga lagi akta iaitu Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Pencegahan Jenayah 1959, masih di peringkat semakan Bahagian Penggubalan, Jabatan Peguam Negara.

"Tujuan kita meminda akta-akta ini adalah untuk memelihara hak orang tahanan dan mengelakkan salah guna kuasa dalam melaksanakan undang-undang pencegahan," katanya.

Mac lalu, kabinet memutuskan pindaan ke atas ISA harus dibentang pada persidangan Parlimen bersama-sama enam lagi akta berkaitan pencegahan yang juga perlu dipinda.

Abu Seman berkata pindaan terhadap semua akta itu berdasarkan perbincangan dengan 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu berkepentingan.

"Daripada jumlah itu, hanya dua yang mahukan ISA dihapuskan manakala yang lain bersetuju agar pindaan dilakukan," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata pindaan Seksyen 27 Akta Polis 1967 berkaitan perhimpunan juga telah siap dikaji oleh kementerian dan dihantar ke bahagian penggubalan Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan.

Muktamar Pemuda PAS bahas usul mansuh judi

Posted: 08 Jun 2010 01:13 AM PDT

MALAYSIA KINI



Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan bersidang Khamis ini dijangka akan membahaskan empat usul antaranya mendesak kerajaan memansuhkan pemberian lesen judi sukan.

Menurut pengerusi jawatankuasa usulnya Suhaizan Kaiat, usul daripada Pemuda PAS Johor itu akan dibincangkan kerana "perjudian boleh mempengaruhi kualiti sukan" di negara ini.

"Kita mendesak agar judi sukan ini dimansuhkan kerana ia memberi kesan terutama terutama terhadap institusi keluarga," katanya yang juga setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

Suhaizan berkata muktamar mereka akan turut membahaskan usul bagi mendesak kerajaan menimbangkan kembali tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH).

Beliau yang juga ketua penerangan Pemuda PAS berkata, tuntutan BERSIH antaranya berhubung pemansuhan undi pos, penggunaan daftar pemilih yang bersih dan penggunaan dakwat hitam dalam pilihan raya "tidak ada tindakan daripada kerajaan".

"Saya salah seorang yang terlibat secara langsung membongkar kelemahan undi pos, tetapi kerajaan masih tidak memansuhkannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Lesen judi sukan: Akar umbi Umno mulai gelisah

Posted: 08 Jun 2010 01:11 AM PDT

Puteri Aida Haryani

Bibit-bibit protes mula kedengaran hari ini daripada kem penyokong kerajaan berhubung isu pemberian lesen judi sukan.

Tentangan tersebut mula dikesan pada satu sidang mesyuarat cawangan Umno di Teluk Intan yang mengusulkan supaya kerajaan menarik balik pemberian lesen tersebut.

Usul tersebut dikemukakan oleh seorang pemimpin akar umbi, Yuzaile Yusof ketika mesyuarat Umno Cawangan Lorong Masjid, Teluk Intan pada 22 Mei lalu.

Yuzaile berkata, pergerakan pemuda Umno sebelum ini tidak mampu untuk menepis isu judi kerana ia sememangnya memberi kelebihan kepada golongan yang bukan penyokong BN.

"Ke
adaan begini memberi ruang kepada (pro-Pakatan Rakyat) untuk bersuara.Jadi pemuda Umno tidak boleh menepis isu ini, sebab judi sememangnya haram walaupun lesen itu sah atau tidak," katanya.

"(Jadi) kami menggesa agar kerajaan menarik balik lesen judi bola sepak," kata Yuzaile yang juga ketua pemuda bahagian Teluk Intan.

Katanya lagi, selain isu judi, mesyuarat cawangan kali ini dilihat tidak mengandungi banyak perkara berbangkit untuk diutarakan.

Ini disebabkan, cawangan-cawangan lain masih tidak menyerahkan usulnya ke mesyuarat negeri, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mesyuarat tahunan peringkat cawangan itu bermula Sabtu lalu di seluruh negara hingga 15 Jun depan.

Ini akan diikuti dengan persidangan perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam tempoh bermula 16 Jun dan berakhir 16 Julai sebelum perhimpunan agung dari 28 hingga 30 Oktober depan.

Keputusan nikah Zizie, Bung Moktar, Khamis ini

Posted: 08 Jun 2010 01:05 AM PDT

MALAYSIA KINI


Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan 10 Jun ini untuk kes pengesahan dan pendaftaran pernikahan antara pelakon Zizie Izette dan suaminya, Bung Moktar Radin.

Pasangan itu hadir di mahkamah dengan ditemani peguam syarie, Zulkifli Che Yong dan Normawaddah pada jam 11.30 dalam kamar Hakim Kanan Syarie, Mohd Abdul Radzi Abd Latif.

Mereka memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan dan pendaftaran pernikahan pada 4 Jun lalu.

D
alam permohonan itu, pasangan berkenaan juga memohon pernikahan tersebut diterima dan didaftarkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan selari dengan Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mereka bernikah pada 16 Disember tahun lalu di sebuah bumah banglo di Hulu Klang, Selangor Disember tahun lalu dengan mas kawin RM80 tunai dan hantar RM31,000.

Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan atas kesalahan poligami tanpa kebenaran ke atas ahli parlimen Kinabatangan itu.

Bung Moktar juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Pelakon terkenal itu bersalah atas tuduhan bersubahat bagi kesalahan poligami tersebut dan juga kesalahan pernikahan tanpa kebenaran.

JK hak, kebebasan tangguh dengar Anwar bela diri

Posted: 08 Jun 2010 12:58 AM PDT

S Pathmawathy

Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen yang sepatutnya mendengar Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri kerana kenyataannya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel terpaksa ditangguhkan.

Penangguhan itu kerana jawatankuasa berkenaan menolak permintaan Anwar supaya ahli parlimen dibenarkan hadir sebagai pemerhati, manakala peguamnya walaupun dibenarkan mengikuti prosiding itu tetapi kuasanya tidak jelas.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata Anwar akan dipanggil semula pada tarikh yang ditentukan kemudian.

Anwar hari ini tiba pada jam 12.35 tengah hari, sejam selepas jawatankuasa itu bermesyuarat tetapi diarahkan meninggalkan bilik itu.

Ini kerana jawatankuasa yang bersidang belum membuat keputusan berhubung permintaannya supaya perbicaraan diadakan secara terbuka dan dia dibenarkan diwakili oleh peguam.

Beberapa ahli parlimen - Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Loh Gwo-Burne (PKR-Kelana Jaya) cuba memasuki bilik mesyaurat sebagai pemerhati tetapi juga diarahkan keluar.

"Ia
adalah jelas. Menurut peraturan, hanya ahli parlimen dibenarkan masuk, tetapi apabila kita membuat bantahan, mereka sedang mempertimbangkannya," kata Gobind.

Jawatankuasa berkenaan kemudiannya memutuskan bahawa peguam Anwar yang juga bekas ketua Majlis Peguam - S Ambiga dibenarkan hadir sebagai pemerhati tetapi beliau tidak benarkan mengambil bahagian.

Pada perbicaraan ini, Anwar akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.

Beliau yang juga ketua umum PKR sebelum ini berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel.

Anwar Kemukakan Semula Permohonan Dibekalkan Dokumen

Posted: 08 Jun 2010 12:57 AM PDT

SUARA KEADILAN

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan semula permohonan kepada Mahkamah Tingga Kuala Lumpur hari ini untuk mendapatkan dokumen dan bahan-bahan yang berkaitan dengan perbicaraan Fitnah 2 yang beliau hadapi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Tetuan SN Nair & Partners, firma guaman yang mewakili Anwar, permohonan sama yang dibuat Khamis lalu ditarik balik dan diganti dengan permohonan terkini manakala tarikh mendengar permohonan tidak berubah pada 18 Jun depan.

Dokumen yang dimaksudkan termasuk semua nota klinikal, laporan, material, spesimen dan maklumat lain seperti emel, nota catatan, surat menyurat, penulisan dan perhatian ketiga-tiga doktor yang membuat pemeriksaan ke atas pengadu, Mohd saiful Bukhari Azlan.

Mereka ialah Dr Razali Ibrahim, Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Siew Sheue Feng.

Anwar juga memohon dibekalkan keseluruhan sejarah perubatan Saiful yang dilakukan di Hospital Kuala Lumpur serta kelulusan akademik ketiga-ktida doktor tersebut.

Dalam permohonan beliau, Anwar menyatakan keterangan yang diberikan oleh Dr Razali daripada HKL di mahkamah pada 3 Jun lalu bercanggah dengan pendapatnya dalam laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008 yang dibuat bersama Dr Khairul Nizam dan Dr Siew.

Permohonan Anwar juga disertakan dengan afidavit pakar forensik dari Australia, Dr David Wells yang membantu pasukan peguam bela dalam perbicaraan tersebut.

Menurut Dr Wells dalam afidavitnya, beliau yang menghadiri prosiding mahkamah pada 3 Jun terbantut dalam usaha untuk menasihati barisan peguam bela Anwar disebabkan ketiadaan dokumen yang diperlukan.

Beliau berkata adalah amat perlu kesemua dokumen dan bahan yang dipohon hendaklah dibekalkan kepada pihak pembelaan supaya khidmat nasihat yang beliau berikan akan berkesan.

Umno-BN Guna Apco Lancar Kempen Antarabangsa Serang Anwar

Posted: 08 Jun 2010 12:53 AM PDT


SUARA KEADILAN

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata firma komunikasi pro-Zionis, Apco Worldwide kini sedang menjalankan kempen peringkat antarabangsa secara besar-besaran untuk memburukan imej dan peribadi beliau berikutan pendedahan mengenai hubungkait rapat syarikat tersebut dengan rejim Israel.

Anwar berkata Apco menjalankan rancangan rapi dikalangan pertubuhan Yahudi seluruh dunia dengan melabelkan beliau sebagai 'tokoh utama anti-Yahudi'.Khamis lalu pertubuhan pro-Israel tertua di dunia B'nai B'rith mengeluarkan kenyataan dengan melahirkan kebimbangan di atas kenyataan-kenyataan Anwar yang didakwa anti-Yahudi dan ancaman kepada kaum Yahudi.

Justeru itu badan tersebut menggesa kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, supaya mendesak Washington memutuskan semua hubungan dengan Anwar.

Sementara itu Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan yang dipengerusikan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan menangguh sesi pendengaran berkaitan pendedahan Anwar mengenai kaitan konsep 1 Malaysia dengan One Israel, kedua-duanya diilhamkan oleh Apco.

"Saya telah kemukakan notis semalam supaya peguam pilihan saya ikut serta dalam prosiding jawatankuasa dan ini dibolehkan oleh peraturan mesyuarat.

"Pendengaran ditangguh untuk menetapkan samada peguam saya boleh datang duduk berbisik dan beri saya nasihat atau peguam boleh berbicara. Mengikut tafsiran saya dan peguam kami sebaik peraturan mengatakan peguam dapat bersama ini maknanya peguam boleh buat 'submission' mengatakan pandangan atau soalan. Speaker akan pertimbangkan dan akan maklumkan keputusan kemudian dan akan beri notis tapi saya belum pasti bila saya patut hadir semula," kata beliau.

Ditanya mengenai tindakan parlimen menghadap beliau ke jawatankuasa parlimen itu, Anwar berkata ia bermotifkan politik.

"Tindakan mereka (Umno-barisan Nasional) menghadapkan saya kepada jawatankuasa ini adalah bermotifkan politik semata-mata dan menunjukkan niat mereka yang jahat untuk menghalang saya bergerak dan berbicara dalam parlimen. Mereka memilih untuk menyokong Apco yang nyata tercemar imej dan pendirian mereka termasuk dalam isu penglibatan bekas perisik tentera Israel (dalam projek IT Polis DiRaja Malaysia).

"Kempen agresif yang dijalankan Apco adalah dengan tujuan saya dihalang berbicara dengan mana-mana rakan di Eropah dan Amerika Syarikat," kata Anwar pada sidang media di lobi parlimen selepas menghadiri pendengaran Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan tengahari tadi.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah sekeras-sekerasnya keputusan Pandikar Amin yang tidak membenarkan mereka mengikuti prosiding Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata keputusan speaker bertentangan dengan amalan parlimen yang dinyatakan di dalam Erskine May yang digunapakai oleh negara Komanwel.

"Kami bukan hendak mengambil bahagian di dalam pendengaran itu tetapi hanya ingin menjadi pemerhati. Ini memang sudah menjadi amalan biasa di mana ahli parlimen mempunyai hak untuk menghadiri mana-mana pendengaran jawatankuasa parlimen.

"Apa yang hendak dirahsiakan, ini adalah parlimen di mana diamalkan demokrasi. Kita perlu mendengar apa yang berlaku di dalam pendengaran suoaya kita boleh terangkan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku, dan perkara yang dibincangakan adalah isu yang mempunyai bukan sahaja kepentingan awam dan negara malah signifikan di peringkat antarbangsa," kata Gobind yang mewakili rakan Pakatan Rakyat pada sidang media itu

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata tindakan speaker memberi persepsi kepada rakyat bahawa beliau bersikap partisan dalam mengambil keputusan.

"Impian negara mengamalkan demokrasi berparlimen dihancurkan oleh Umn-BN dan hanya sesuatu yang kosong kerana amalan parlimen tidak diendahkan langsung," kata beliau dalam nada kesal.

Kes Miliki Pisau Lipat 20 Sen Ditangguh 28 Julai

Posted: 08 Jun 2010 12:47 AM PDT

Oleh Frederick Luccas


KUALA KUBU BHARU - Pendengaran kes Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Fariz Musa bersama empat ahli AMK yang ditahan semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru hari ini telah ditangguhkan pada 28 Julai depan.

Penangguhan ini dibuat oleh Hakim Zuraidah Zakaria kerana ketiadaan kertas penyiasatan (IP) daripada pihak pendakwa raya yang mendakwa tertuduh di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 426, atas kesalahan memiliki senjata berbahaya dan bahan letupan kerana memiliki pisau lipat berharga 20 sen.

Peguam Mohd Radzlan yang mewakili Fariz dan ahli AMK terbabit berkata IP masih lagi dipegang oleh Ketua Unit Pendakwaan Selangor yang berkemungkinan menilai semula samada perlu atau tidak meneruskan pertuduhan ini.

"Pada tarikh pertama mereka didakwa, saya telah memohon agar pertuduhan ini tidak diteruskan kerana pada masa itu (semasa kempen pilihan raya), keadaan agak tegang dan mungkin pendakwaan dibuat tergesa-gesa dan ada kemungkinan pihak pendakwa raya meniai semula fakta kes ini.

"Kes ini hanya satu kes kecil dan mungkin akan dipertimbangkan agar pertuduhan digugurkan," jelas Radzlan.

Fariz dan empat anggota AMK - Ahmad Sharizan Safrim, Ahmad Amin Runass, Ahmad Shabuddin dan Wan Khairul Fadhilah ditahan pada malam 21 April atas kesalahan memiliki beberapa keping pisau lipat yang dipercayai digunakan untuk menurunkan kain rentang Barisan Nasional yang berupa provokasi semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru kali pertama pada 23 April, di mana tarikh pendengaran telah diputuskan ke hari ini.

PEMIMPIN BN NEGERI JADI DALANG SEBENAR?

Posted: 08 Jun 2010 12:31 AM PDT





Oleh: SUNARNO WIRO

KERAJAAN BN menerima satu lagi rungutan rakyat akar umbi, tetapi kali ini datangnya daripada golongan usahawan iaitu seorang kontraktor bumiputra Tenom, Mansinau Pangawai, 51, yang mempersoalkan motif sebenar tujuan kerajaan negeri tidak melaksanakan pembangunan di bawah kelolaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Tegasnya lagi, sedangkan peruntukan untuk projek luar bandar, beliau difahamkan sudah ada, tetapi kerajaan masih menahan peruntukan tersebut untuk dilaksanakan bagi membiayai projek-projek kawasan luar Bandar, terutamanya di kawasan pedalaman.

"Kami amat tertekan dengan keadaan ini, seolah-olah semacam ada sesuatu yang tidak kena dengan kepimpinan BN sejak akhir-akhir ini. Sepatutnya mereka ketepikan dulu soal peribadi, malah dahulukan rakyat kerana prestasi pemimpin dan kerajaan diutamakan dalam membangun negara ini," tegas beliau.

Akibat dari gelagat mereka itu, tambah Mansinau, selain rakyat yang dahagakan pembangunan telah menjadi mangsa; malah usahawan bumiputra yang dicetuskan kerajaan BN sebelum ini, konon untuk merebut peluang projek pembangunan luar bandar kemungkinan akan gulung tikar dan kembali kepada situasi asal.

"Bayangkanlah, kami sudah 6 bulan tidak ada kerja kontrak. Kami juga tertekan dengan bayaran pekerja pejabat, sewa pejabat, air dan api elektrik, lagi-lagi gelagat dan karenah hipokrit pemimpin tidak berubah, menambahkan lagi penderitaan kami," tegas Mansinau yang kesal dengan keadaan itu.

Selain masalah pejabat, kata Mansinau, pihaknya juga terpaksa menanggung bayaran ansuran bulanan di bank untuk pinjaman kenderaan seperti lori pengangkutan barang, mesin jentolak; kerana kesemuanya diperolehi melalui pinjaman bank, sedangkan tidak ada satupun kontrak yang mereka perolehi.

Dalam pada itu, Mansinau turut mencadangkan agar peruntukkan untuk pembiayaan sesuatu projek luar bandar tidak perlu disalurkan menerusi Pejabat Daerah sebaliknya ada baik jika ia disalurkan terus kepada pelaksana (kontraktor yang dilantik).

Tambahnya, sistem sebegini rupa adalah lebih baik untuk mengelakkan ia berlaku suatu birokrasi yang agak keterlaluan dan seterusnya melambat lambatkan proses pelaksanaannya, yang mengakibatkan rakyat di kawasan akar umbi akan menyalahkan pemimpin BN di sesuatu kawasan.

Negara Akan Bangkrap Di bawah BN, Najib Tak Perlu Berdalih.

Posted: 08 Jun 2010 12:28 AM PDT

Bila menteri kata negara akan bankrap

- ABDUL AZIZ BARI

Menteri Kabinet, Datuk Seri Idris Jala (gambar), 27 Mei lalu berkata, negara akan bankrap pada 2019 jika subsidi yang diberikan sekarang tidak dihentikan. Apa yang disebut itu tidak berbeza dengan apa yang diperkatakan Profesor Dr Danny Quah dari London School of Economics sebelum itu: Malaysia akan jadi Greece jika ia tidak berbuat perubahan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoal amaran itu kerana ia tidak memberi perhatian kepada rasuah, ketirisan dan pembaziran yang sebenarnya menelan banyak dana awam. Beliau turut menarik perhatian bahawa ramalan itu terjadi setahun sebelum 2020; sasaran untuk mencapai wawasan negara maju yang diimpikan oleh pentadbiran Mahathir.

Saya tertarik dengan reaksi Charles Santiago, Ahli Parlimen DAP dari Klang, Isnin lalu, yang meminta kerajaan membubarkan Parlimen supaya rakyat dapat memilih kerajaan baru yang lebih cekap mengurus ekonomi. Beliau menyebut tinjauan kerajaan sendiri yang mendapati bahawa 66 peratus tidak setuju subsidi dihentikan serta merta. Ahli parlimen itu menyatakan pemotongan subsidi harus dilakukan setelah langkah-langkah lain seperti sistem kerajaan yang lebih telus, pengurangan saiz perkhidmatan awam dan pemotongan perbelanjaan kurang perlu lainnya. Sementara itu dalam tempoh beberapa jam selepas Idris membuat kenyataan itu hampir 97 peratus rakyat yang memberi komen kritikal kepada kerajaan. Santiago turut menyebut kerugian yang ditanggung syarikat milik kerajaan, Sime Darby.

Apa yang berlaku itu meletakkan pentadbiran sekarang muram. Tidak cukup dengan itu hujung minggu kumpulan pemikir yang dibentuk Perkasa menyelar Model Ekonomi Baru yang diketengahkan oleh pentadbiran yang sekarang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berbalik kepada kenyataan Idris tadi Najib berkata, ia sekadar jangkaan; Kabinet belum buat keputusan apa-apa. Pada saya komen Najib kepada kenyataan menteri di atas kapasiti Ketua Pemandu itu – badan yang memantau prestasi dan pengurusan kerajaan – sebenarnya tidak perlu atau mengelirukan.

Mengapa saya berkata begitu? Idris adalah anggota Kabinet dan setiap anggota Kabinet terikat dan perlu bertanggung jawab dengan segala sikap dan kenyataan yang diambil baik oleh Perdana Menteri atau menteri-menteri lain. Prinsip tanggung jawab bersama atau collective responsibility ini adalah konvensyen di United Kingdom yang dimasukkan dalam perlembagaan, khususnya Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah prinsip itu Kabinet mesti sekata dalam hal yang pokok dan kritikal seumpama pemotongan subsidi yang disebut Idris tadi. Sebab itu saya setuju cadangan Charles Santiago.


Sudahlah ia gagal mengurus ekonomi ia enggan pula mengakui apa yang berlaku. Sekiranya Najib tidak setuju apa yang dikatakan Idris, beliau boleh memecat bekas CEO Syarikat Penerbangan Malaysia itu dari Kabinet atau sekiranya menteri berkenaan tetap tegas mempertahankan apa yang dikatakannya maka perlulah Idris meletakkan jawatan dan meninggalkan Kabinet. Jika Najib dan Idris tidak berbuat apa-apa rakyat tentunya keliru: mana atau siapa yang betul, Najib atau Idris?

Apakah sesi taklimat yang diberi Idris itu di luar pengetahuan Najib? Ini tidak penting. Sama ada tahu atau tidak apa yang penting ialah Kabinet perlu ada sikap. Baik yang dikatakan oleh Najib yang bermaksud Kabinet tidak kisah negara akan bankrap atau sebaliknya atau mengambil pendirian sebagaimana yang disebut oleh Idris. Menteri tidak boleh membuat kenyataan yang sedemikian penting tanpa pengetahuan atau komitmen rakan-rakan Kabinet yang lain.

Mungkin ada yang berkata Idris masih baru dan bukan ahli politik pula. Saya tidak fikir begitu. Ini kerana sebelum ini pun ada kalangan ahli politik yang veteran melakukan hal yang sama. Kita tentu masih ingat sikap dan kedegilan Tan Sri Bernard Dompok dalam isu negara Islam beberapa tahun lalu. Begitu juga dengan perbezaan pendapat antara Tun Dr Lim Kheng Yaik dengan Tan Sri Annuar Musa dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1997.

Apa yang disebut Charles Santiago itu penting kerana Kabinet mesti mempunyai dan menunjukkan sikap yang jelas. Ia tidak boleh berdolak-dalik. -SH

Blok L dan M, Siapa Kata Ia Milik Brunei?

Posted: 08 Jun 2010 12:22 AM PDT

KELAB GREENBOC

Anwar Desak Najib Jelaskan Isu Lapangan Minyak

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendesak kerajaan UMNO-Barisan Nasional untuk menjelaskan kepada rakyat kenapa ia menyerahkan tuntutan ke atas pelantar minyak bernilai lebih RM 320 bilion kepada Brunei.

Anwar akan meminta penjelasan itu di Parlimen esok kerana hasil rundingan isu dua pelantar minyak berkenaan dan tuntutan Brunei ke atas Limbang tidak dilakukan secara telus walaupun ia membabitkan kepentingan nasional.

"Saya akan respon kenyataan Menteri Luar mengenai Blok L dan M ini kerana kita ada maklumat tepat di bawa hujah tetapi tidak cukup waktu hari ini untuk saya ulas".

"Itu adalah perkara serius juga kerana nampaknya buat pertama kali pengakuan bahawa isu itu sememangnya dipertikaikan, dia menyerah kepada Brunei tanpa membuat apa-apa pengumuman" tambahnya lagi.

Anwar berkata Perdana Menteri Najib Razak harus tampil member penjelasan kerana beliau adalah timbalan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bersetuju menyerahkan dua pelantar minyak itu pada tahun 2009.

"Sebenarnya ia perjelaskan beberapa isu di sini, saya rasa perlukan satu penjelasan yang penuh, dia tidak boleh ada perbincangan rahsia dan mereka mengambil sesi ini dan kemudian baru hendak menerangkan kepada orang awam, kita tahu perkara ini pun dari syarikat minyak Petronas apabila sudah hentikannya di situ dan ini bukan caranya awak cuba hendak menguruskan kawasan itu dan saya akan mengambil bahagian dalam isu ini" ulas Anwar.

UMNO-BN mendakwa perjanjian itu menguntungkan Malaysia kerana Brunei bersetuju menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang. Namun setakat ini belum ada kenyataan rasmi Brunei bahawa ia bersetuju berbuat demikian.

Penyerahan dua pelantar minyak itu sebaliknya membawa maksud Malaysia melepaskan hak milik buminya kepada Brunei dan menafikan rakyat Sabah dan Sarawak hak menikmati hasil pendapatan daripada dua pelantar minyak itu.

Anwar berkata isu kedaulatan wilayah perairan negara tersebut sepatutnya dirujuk kepada parlimen dan Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil.

Penyerahan dua pelantar itu hanya diketahui umum apabila Petronas membatalkan kontrak perkongsian pengeluaran membabitkan kawasan itu yang dianugerahkan kepada Murphy Sabah Oil Co.Ltd dibatalkan. -TVS
Anifah: Blok minyak hak Brunei tapi Malaysia kongsi hasil

Walaupun Brunei merupakan pemilik sah dua blok minyak iaitu Blok L dan M, namun Malaysia tetap menerima bahagiannya bagi hasil minyak dan gas di kedua-dua kawasan minyak berkenaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Menjelaskan pertikaian berhubung kedua-dua kawasan minyak itu, beliau berkata perkongsian hasil adalah sesuatu yang tidak mustahil menerusi perjanjian komersial yang dimeterai pemimpin kedua-dua negara dalam Pertukaran Surat pada 16 Mac 2009.

Bagaimanapun, kedua-dua negara masih membincangkan nisbah kerana Brunei mempunyai hak kedaulatan ke atas kedua-dua blok minyak tersebut, katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

"Jika kita melihat dengan teliti tafsiran undang-undang berdasarkan UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut) 1982 adalah jelas kedua-dua blok itu milik Brunei.

"Kita telah mendapatkan pandangan beberapa pakar perundangan dan peguam maritim mengenai perkara ini," katanya ketika diminta mengulas jawapan beliau kepada soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar meminta kerajaan menyatakan kesahihan keputusan kerajaan Persekutuan menyerahkan blok-blok tersebut kepada Brunei dan isu mengenai hak kedaulatan sempadan perairan di kawasan berkenaan tidak dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Rakyat.

"Kesemuanya (blok-blok berkenaan) milik mereka jadi bagaimana kita mahu mengarah mereka berbuat sesuatu? (Brunei mungkin berkata) jika anda mempunyai permintaan yang berpatutan, maka saya akan menimbangnya... tetapi jika anda mendesak, sudah tentu kami akan kata ia milik kami, mengapa kami patut tunduk kepada kemahuan anda?"

"Apa yang dipersetujui Brunei pada prinsipnya ialah mengenai perkongsian ... tidak kisah banyak manapun, tetapi paling penting ialah mereka menawarkan isyarat persahabatan, ia bukan tentang wang ringgit," kata beliau.

Terdahulu ketika menjawab soalan Anwar (PKR-Permatang Pauh) di Dewan Rakyat, Anifah menjelaskan elemen yang terkandung dalam pertukaran surat pemimpin kedua-dua negara, terutamanya yang melibatkan persempadanan maritim dan darat Malaysia-Brunei, adalah sah dan tidak bercanggah dengan peruntukan Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan seperti dakwaan sesetengah pihak.

Beliau juga menegaskan bahawa elemen itu juga tidak mengubah sempadan mana-mana negeri yang berkaitan, malahan mengesahkan sempadan yang wujud di antara Sabah dan Sarawak dengan Brunei.

Pertukaran Surat itu mengandungi empat elemen penyelesaian bagi isu tuntutan bertindih antara Brunei dan Malaysia iaitu persempadanan maritim, aturan komersial, persempadanan darat serta akses maritim.

Anifah berkata pada masa ini, kedua-dua pihak sedang melaksanakan kesemua elemen penyelesaian seperti yang terkandung dalam Pertukaran Surat itu. — Bernama
Ulasan GB

Pertama, Anifah menjawab persoalan ini bukan di dalam Parlimen tetapi di luar parlimen. Persoalannya, siapakah yang menentukan bahawa Blok L dan M milik Brunei wahai Anifah?

Kedua, katanya "Kesemuanya (blok-blok berkenaan) milik mereka jadi bagaimana kita mahu mengarah mereka berbuat sesuatu? (Brunei mungkin berkata) jika anda mempunyai permintaan yang berpatutan, maka saya akan menimbangnya... tetapi jika anda mendesak, sudah tentu kami akan kata ia milik kami, mengapa kami patut tunduk kepada kemahuan anda?"

Jika demikian mengapa tidak disahkan melalui proses timbangtara ICJ seperti kes Batu Putih? Apakah Peguam Negara enggan mengahadapinya kerana beliau memang pemalas dan tidak berkeupayaan untuk mempertahankan hak Malaysia seperti gagalnya beliau di dala isu Batu Putih?

Selama ini kita melihat semenjak era Abdullah Ahmad Badawi lagi, PM dan TPM yang tidak tahu undang-undang sentiasa bergantung kepada Peguam Negara sebagai kata putus dalam hal-hal yang melibatkan perundangan dan ini telah dimanipulasikan oleh Peguam Negara bagi menetapkan apa yang perlu tau tidak dilakukan oleh Kerajaan.

Isu-isu seperti penyerahan tanah KTMB kepada Singapura, penyerahan Blok L dan M kepada Brunei adalah contoh-contoh bagaimana mudah Kerajaan dipermainkan oleh Peguam Negara yang enggan untuk berhadapan dengan negara luar di ICJ kerana mereka dimalukan akibat kegagalan di dalam isu tuntutan Batu Putih.

Peguam Negara hanya yakin mempertahankan Kerajaan Malaysia di dalam sebarang kes yang diadili di Malaysia kerana beliau mempunyai kuasa amat besar di dalam menentukan hakim-hakim yang mengadili kes tetapi beliau tidak mempunyai kredibiliti apabila berdepan dengan kes yang melibatkan hakim-hakim luar yang beliau tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas mereka.

Enam sekeluarga maut kereta, treler bertembung

Posted: 08 Jun 2010 12:20 AM PDT

TERKINI
BRNAMA

PEKAN — Enam sekeluarga terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di KM78 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan pada 8.45 malam tadi.

Mereka dikenali Norfaizah Mansor, 31, dan empat anaknya Norsyahira Atika Saudi, 13, Norsufia Saudi, 10, Norsuhaila Saudi, tujuh, dan Mohd Shahrul Amir Saudi, tiga, serta adik Norfaizah, Mohd Saiful Anwar Mansor, 14.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan DSP Amran Sidek berkata ketika kejadian, kesemua mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara yang dipandu Norfaizah, dalam perjalanan pulang ke Pekan dari rumah ibu bapanya di Keratong 2, Pekan.

"Sampai di tempat kejadian yang berhampiran dengan Kampung Runchang, kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah Segamat cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya namun gagal dan bertembung dengan sebuah treler," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Amran berkata kereta yang dipandu Norfaizah itu terperosok ke bahagian bawah treler berkenaan.

Beliau berkata kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan dada manakala pemandu treler yang berusia 44 tahun serta isterinya berusia 43 tahun cedera ringan di kaki.

Ayah Norfaizah, Mansor Hamid, 55, berkata kebiasaannya, cucu beliau yang paling kecil, Mohd Shahrul Amir, jarang ikut ibunya balik ke Pekan.

"Tetapi hari ini semua nak ikut balik," katanya yang mengetahui kemalangan itu pada 11 malam sebelum terus bergegas ke tempat kejadian.

Beliau berkata anaknya sekeluarga berangkat pulang ke Pekan sekitar 7 malam tadi kerana Norfaizah, yang merupakan Ketua Pusat Amanah Iktiar Malaysia (AIM) kawasan Tanah Putih, terpaksa pulang ke rumahnya bagi membuat persiapan menghadiri satu mesyuarat AIM hari ini.

Ibu Norfaizah, Arfah Sulung, 54, pula berkata, anaknya itu pulang kerana mahu menemui suaminya yang jarang ditemui kerana bekerja di Bukit Ibam, Muadzam Shah.

"Menantu saya juga berhasrat untuk membawa arwah sekeluarga pergi bercuti di Melaka sempena cuti sekolah ini," katanya.

Beliau berkata kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan dada manakala pemandu treler yang berusia 44 tahun serta isterinya berusia 43 tahun cedera ringan di kaki.

Ayah Norfaizah, Mansor Hamid, 55, berkata kebiasaannya, cucu beliau yang paling kecil, Mohd Shahrul Amir, jarang ikut ibunya balik ke Pekan.

"Tetapi hari ini semua nak ikut balik," katanya yang mengetahui kemalangan itu pada 11 malam sebelum terus bergegas ke tempat kejadian.

Beliau berkata anaknya sekeluarga berangkat pulang ke Pekan sekitar 7 malam tadi kerana Norfaizah, yang merupakan Ketua Pusat Amanah Iktiar Malaysia (AIM) kawasan Tanah Putih, terpaksa pulang ke rumahnya bagi membuat persiapan menghadiri satu mesyuarat AIM hari ini.

Ibu Norfaizah, Arfah Sulung, 54, pula berkata, anaknya itu pulang kerana mahu menemui suaminya yang jarang ditemui kerana bekerja di Bukit Ibam, Muadzam Shah.

"Menantu saya juga berhasrat untuk membawa arwah sekeluarga pergi bercuti di Melaka sempena cuti sekolah ini," katanya.

Kerajaan perpaduan: Bukan isu tapi perwakilan PAS ‘bebas’ bangkit

Posted: 08 Jun 2010 12:15 AM PDT


KUALA LUMPUR — PAS menganggap isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan PAS dan Umno-BN sejak selepas pilihan raya umum 2008 sudah selesai dan tidak akan menjadi antara agenda utama pada muktamar tahunan di Kelantan minggu ini.

Sebaliknya muktamar kali ini akan memberi tumpuan ke atas pendekatan memperkukuhkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, susulan hasil perbincangan mesyuarat tahunan DAP dan PKR baru-baru ini.

"Saya rasa tak akan timbul lagi... saya rasa (ia) sudah pun selesai, tak timbul lagi," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad ketika ditemui The Malaysian Insider ketika ditemui di sini.

Sehubungan itu kata beliau, pucuk kepimpinan juga tidak akan menghalang jika ada mana-mana perwakilan yang mahu membangkitkan semula isu berkenaan pada muktamar kali ini.

Malah katanya, PAS juga tidak akan menapis kandungan topik perbahasan para perwakilan.

"Isu itu tak timbul, kita (bersikap) terbuka," kata beliau lagi.

"Kami tidak akan tapis, mereka boleh menyentuh apa sahaja. Jika ada yang hendak membangkitkan... boleh, dan jika ada, kami akan menjawab... pemimpin-pemimpin akan menjawab jika ia disentuh.

"Jika ada perkara yang membabitkan lajnah saya, saya akan menjawab... tiada masalah," kata beliau.

Idris berkata, pihaknya menganggap perkara itu sudah selesai selepas pemimpin-pemimpin menjawabnya ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam, Jun lalu.

Sesi penggulungan ketika muktamar lalu dilihat menjadi 'panas' dengan isu kerajaan perpaduan.

Dalam ucapan dasarnya tahun lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat dan kerajaan Umno-BN sendiri menyokong gagasan kerajaan perpaduan yang dicadangkannya untuk menyelesaikan masalah negara yang berlaku.

"Semua pihak termasuk Pakatan Rakyat perlu memahami dahulu konsep secara terperinci kerana ini merupakan perkara yang baru di Malaysia dan untuk memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.

Antara lain, beliau menjelaskan bahawa PAS bergerak secara kolektif bersama Pakatan Rakyat kerana mempunyai tanggungjawab bersama untuk menangani krisis ekonomi, politik, global dan sosial yang berlaku di Malaysia.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk Hadi dan timbalannya.

Desakan Nik Aziz itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti berhubung isu kerajaan perpaduan walaupun dianggap sudah selesai Jun lalu.

Muktamar khas itu tidak diadakan, sebaliknya dilangsungkan seminar politik manakala jawatankuasa disiplin diarah menyiasat aduan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hasan Ali dan juga bekas timbalannya Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Saranan itu dikemukakan kira-kira empat bulan selepas pemilihan Jun 2009.

The Malaysian Insider difahamkan perkara itu menjadi perhatian semula sejak kebelakangan ini, sehingga kemungkinan dibangkitkan lagi dalam muktamar kali ini.

Ia antara lain ekoran penekanan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat

Isa pada majlis pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata Mac lalu.

Nasharudin dipetik berkata yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu PAS dan Umno terhenti di separuh jalan.

"Bagi sesetengah daripada kami, pendirian Nasharudin masih belum jelas (dalam isu kerajaan perpaduan).

"Isu kerjasama dengan Umno tidak ditangani dengan sepenuhnya," kata seorang lagi pemimpin PAS dengan merujuk kepada kenyataan Nasharudin yang menyentuh tentang hubungan PAS-Umno Mac lalu, pada majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun dalam penjelasan kepada The Malaysian Insider, menurut Idris, Nasharudin telah menjelaskan kepada pucuk kepimpinan konteks dan maksud ucapannya itu pada majlis tersebut.

Malah menurut Idris, konteks ucapan beliau telah disalahertikan sehingga menimbulkan suasana tidak senang di kalangan ahli parti.

Oleh itu tegas Idris, beliau berpendapat isu berkenaan bukan lagi satu agenda untuk dibangkitkan lagi.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Muslimat PAS pusat Nuridah Mohd Salleh ketika dihubungi memberitahu, sayapnya akan meminta pucuk kepimpinan parti meneruskan kerjasama politik dalam skop yang telah diterima bersama Pakatan Rakyat.

Katanya, mengambil kira kekecewaan yang dialami PAS selama ini Dewan Muslimat tidak mahu kerjasama politik dengan pihak-pihak di luar Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kata beliau, PAS boleh mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak demi kesejahteraan rakyat jelata.

"Saya akan sentuh (dalam ucapan saya) berhubung peranan PAS dalam Pakatan Rakyat, kita sedia berbincang dengan mana-mana pihak tetapi bukan kerjasama politik, kecuali dengan komponen dalam Pakatan Rakyat... sebagaimana telah dipersetujui.

"Kita terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak untuk kesejahteraan rakyat, bukannya kerjasama politik," katanya lagi.

APCO: Sidang panel Parlimen ditangguh, bincang permohonan Anwar

Posted: 08 Jun 2010 12:12 AM PDT

TERKINI

Anwar menghadapi jawatankuasa Parlimen hari ini. - Gambar Oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR — Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, yang bersidang bagi menyiasat dakwaan bahawa APCO dilantik pentadbiran Najib ada hubungan dengan Yahudi, menerima permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau dibolehkan diwakili seorang peguam.

Bagaimanapun panel itu akan mendengar dan menghalusi permohonan Ketua Umum itu kemudian.

Justeru, sesi pendengaran hari ini ditangguhkan ke tarikh baru yang akan ditentukan kemudian.

Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar selepas keluar dari dewan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Hari ini lebih kepada perkara prosedur. Saya meminta kehadiran peguam ketika prosiding dan walaupun ia diterima, tetapi tiada keputusan yang jelas mengenai peranan peguam (yang dilantik).

"Jadi adalah sukar bagi kami untuk meneruskan (prosiding), maka Speaker berbaik hati untuk mengatakan bahawa jawatankuasa memerlukan masa untuk menghalusi perkara ini," kata Anwar kepada pemberita.

Terdahulu, kira-kira 12.30 tengah hari tadi Anwar menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi menjawab dakwaan beliau bahawa firma khidmat runding yang dilantik pentadbiran Najib ada hubungan dengan rejim Yahudi.

APCO didakwa merupakan nadi kepada konsep 1Malaysia, gagasan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, dan 1Israel.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dianggotai wakil Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat boleh mengesyorkan tindakan 'disiplin' ke atas Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jika didapati bersalah beliau boleh digantung dari menghadiri sesi Dewan Rakyat.

Semalam, Anwar meminta agar panel itu mengadakan sesi pendengaran secara terbuka berbanding amalan semasa secara tertutup.

Selain itu, Anwar juga meminta agar bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenavasan mewakili beliau ketika memberikan keterangan.

Dengan diiringi beberapa wakil rakyat, antaranya Azmin Ali, Chua Tian Chang, Gobind Singh Deo dan Khalid Samad, Anwar kelihatan memasuki bilik Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bersidang, di bangunan Parlimen, kira-kira 12.30 tengah hari.

Dewan Rakyat meluluskan usul untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan yang mengaitkan dasar gagasan 1Malaysia dengan APCO Worldwide, sebuah syarikat perhubungan awam dan strategi yang didakwanya mempunyai kaitan dengan Israel, akhir April lalu.

Sebelum ini, Najib telah menyifatkan keputusan Dewan Rakyat untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat kenyataan mengelirukan berhubung konsep 1Malaysia dan Apco Worldwide membuktikan BN sentiasa bersikap adil walaupun dengan pembangkang.

Najib berkata BN boleh menggunakan kuasa majoriti di Dewan Rakyat dengan terus menghukum dan menggantung keanggotaan Anwar, tetapi BN mengambil jalan untuk memberi peluang kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk membela diri.

Malaysia sebagai "middle power" dan masalah pokok Palestin

Posted: 08 Jun 2010 12:03 AM PDT

MERDEKA REVIEW



1. Saya selaku Setiausaha Antarabangsa DAP mewakili Parti DAP menyertai pembahasan usul mengutuk kezaliman rejim Israel di atas prinsip-prinsip demokrasi, keadilan dan kemanusiaan.

2. Insiden kezaliman terkini harus dilihat bukan sahaja secara khusus terhadap serangan tentera Israel ke atas kapal-kapal bantuan kemanusiaan berhampiran Gaza baru-baru ini tetapi juga isu keganasan dan kezaliman secara keseluruhannya.

3. Negara kita memang kecil dari segi keluasan dan jumlah penduduk tetapi kita boleh menjadi teladan "middle power" seperti Australia dan Korea Selatan yang tidak dianggap kuasa besar tetapi luas pengaruh mereka.

4. Sebagai bekas pengerusi OIC dan NAM, Malaysia boleh memimpin pandangan sedunia sebagai "middle power" dalam isu Palestin.

5. Sukerelawan-sukerelawan Freedom Foltila memanglah wira-wira zaman kita. Tetapi isu pokok Palestin buat masa ini adalah keputusan pilihanraya Palestin 2006.

6. Pilihanraya Palestin pada Januari 2006 telah memilih HAMAS sebagai parti majoriti dengan 76 kerusi daripada sejumlah 132 kerusi.

7. Israel menggunakan alasan bahawa HAMAS itu penganas; maka tidak harus diberikan kuasa untuk memerintah Palestin. Maka wujudnya "divide and rule" di antara Gaza dan Tebing Barat (West Bank) dengan Fatah mengawal Tebing Barat.

8. Ini adalah asal blockade Gaza selepas pilihanraya 2006. Malaysia haruslah memimpin pandangan dunia untuk mengiktiraf keputusan demokratik rakyat Palestin.

9. Usul Perdana Menteri harus menyentul isu pokok ini. Kalau tidak, Kerajaan terus menangani isu kecil yang hanya menjadi simptom kepada perkara pokok yang yang lebih besar.

10. Parlimen yang mulia ini telah mengadakan sesi luar biasa pada 12hb Januari 2009 semasa keganasan Israel. Selepas itu tiada apa-apa tindakan dikenakan terhadap Israel. Kini kita membahaskan satu lagi keganasan Israel. Insiden terbaru ini nampaknya cuma mengulangi cerita lama.

11. Adalah dikesali bahawa semasa Perdana Menteri bertemu dengan Presiden Obama pada 12hb April 2010 di White House - dan menurut kenyataan rasmi White House - tidak berbangkit langsung isu Palestin. Adakah Perdana Menteri lupa atau sudah menganggap Palestin bukan lagi isu penting untuk Malaysia? Sedangkan pertemuan itu cuma dua bulan yang lalu sahaja.

12. Kesimpulannya, sementara kita perlu mengutuk kezaliman Israel yang terbaru ini, kita juga mesti mengatasi isu pokok iaitu mendesak dunia mengiktiraf dan menguatkuasakan mandat rakyat Palestin, iaitu akur kepada keputusan pilihanraya 2006.

13. Malaysia mesti memimpin dan bukannya menjadi pengikut mana-mana kumpulan. Malah dalam usaha menjuarai isu Palestin, kita rakyat Malaysia tidak boleh melakukannya secara selektif, iaitu kerana agama atau kaum, tetapi semata-mata atas dasar demokrasi, keadilan dan kemanusiaan.

14. Ini bererti jika Malaysia mahu menjadi "middle power" yang berani kerana benar, kita juga harus secara terbuka dan jujur memimpin isu-isu anti-keganasan lain yang sedang berlaku di dunia ini termasuk di Burma dan beberapa negara serta wilayah di mana rakyat tak berdosa menjadi mangsa penindasan pemerintah mereka sendiri.

*Teks ucapan Liew Chin Tong, Setiausaha Antarabangsa DAP merangkap Ahli Parlimen Bukit Bendera, pada 7 Jun 2010 semasa membahas usul mengutuk Israel di Dewan Rakyat, Parlimen.

Status Judi Bola Kelirukan Rakyat, Wanita Keadilan Hantar Memorandum

Posted: 07 Jun 2010 05:35 PM PDT

TV SELANGOR

Wanita Keadilan Rakyat menggesa kerajaan menetapkan status mengenai pemberian lesen judi sukan yang dikatakan kini mempunyai kekeliruan sama ada ia sudah diluluskan oleh kerajaan atau sebaliknya.

Ketua Wanita Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin berkata pimpinan dari PAS, DAP dan PKR menghantar memorandum kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim, mendesak status jelas mengenai kelulusan lesen judi itu.

"Pihak kerajaan berkata masih belum diluluskan manakala di sebelah Vincent Tan berkata sudah diluluskan, jadi yang mana satu?" soal beliau.

Bercakap di Parlimen, Zuraida berkata golongan wanita membantah sekeras-kerasnya lesen judi yang boleh mengakibatkan keruntuhan institusi keluarga dan menjadikan mangsa utama adalah wanita.

Dalam pada itu, pada jam 12 tengah hari tadi, Wanita Keadilan Rakyat menghanta memorandum tersebut kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim di pejabat Kementerian Kewangan di Parlimen.

Donald Lim sebelum ini menyambut baik saranan Wanita Keadilan Rakyat dan memberi jaminan akan menyampaikan memorandum tersebut kepada Kementerian Kewangannya dan akan meneilitinya satu persatu.

Antara yang ditekankan di dalam memorandum tersebut ialah bkesan aktiviti judi menurunkan produktiviti negara, meruntuhkan institusi keluarga, mendorong rakyat bergantung kepaa nasib menang atau kalah dalam meneka nombor judi, menyalahi dasar-dasar semua agama dan meruntuhkan mutu sukan negara sendiri.

Memorandum tersebut turut memerinci kesan lain seperti meruntuhkan ekonomi negara, meningkatkan kadar jenayah dan meningkatkan beban hutang rakyat.

Serangan Flotila : Najib Tidak Endahkan Amaran MAPIM

Posted: 07 Jun 2010 05:34 PM PDT


TV SELANGOR

Perdana Menteri Najib Razak dimaklumkan mengenai kemungkinan besar rejim zionis Israel akan menyerang kapal misi kemanusiaan lima hari sebelum serangan itu berlaku namun tidak ada tindakan diambil oleh pejabat Perdana Menteri.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang terbabit dalam misi itu telah menghantar surat berkenaan pada 27 Mei, namun tidak menerima sebarang maklum balas daripada Najib. Lima hari kemudian rejim Zionis melancarkan serangan ke atas Mavi Marmara dan membunuh sembilan orang.

Mereka turut merampas segala bantuan termasuk bekalan perubatan dan makanan untuk rakyat Palestin yang dianggarkan berjuta ringgit.

Pendedahan mengejut oleh MAPIM mencemari usul yang dibawa oleh Najib di Parlimen hari ini, membidas serangan itu dan meminta masyarakat antarabangsa untuk bertindak tegas terhadap Israel, tujuh hari selepas serangan berkenaan.

Dalam salinan surat yang diperolehi oleh TVSelangor, MAPIM memberitahu Najib bahawa Israel berkemungkinan besar akan melancarkan serangan ketenteraan bagi menghalang misi kemanusiaan itu dari sampai ke Gaza.

Justeru badan itu menggesa Najib untuk memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB memberi perlindungan kepada kapal-kapal yang terbabit dari misi itu daripada kekejaman Israel.

Malah Najib juga diminta untuk mengerahkan kapal pengiring khas untuk misi itu selain memohon bantuan daripada Persidangan Negara-negara Islam atau OIC, dan Kesatuan Eropah.

" 27 mei untuk memberitahu PM perlu mengambil perhatian serius mengenai keselamatan misi kapal kemanusiaan ini kerana jelas beberapa kenyataan Israel bahawa jelas tindakan secara ketentaraan akan berlaku. Jadi kita mendesak supaya PM atas negara Malaysia cepat bertindak untuk meminta PBB memastikan jaminan keselamatan ini tapi malangnya tidak direspon oleh PM sehinggalah insiden itu berlaku" ujar Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agung MAPIM.

Hari ini Najib berdiri di Parlimen untuk menyampaikan bantahan kerajaan pimpinannya terhadap serangan itu.

Namun yang menjadi pertikaian ialah sikap yang dipamerkan oleh kerajaan dalam memastikan keselamatan misi kemanusiaan berkenaan yang membabitkan sukarelawan dan wartawan malaysia.

" Kekesalan kita ialah apabila mesej kita kepada PM itu nampaknya tidak dijawab dan tidak respon bahawa insiden ini memang berlaku dan kita memang akan ambil tindakan" tambah Azmi.

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia menjadi ukuran terhadap keikhlasan kerajaan pimpinan Najib bersabit misi kemanusiaan yang disertai 12 aktivis Malaysia.

" Bila perkara ini sudah meletup sedemikian rupa, orang sudah ditembak, rakyat sudah bangkit marah, barulah kerajaan nampak respon sedikit. Tetapi ini tidak boleh menutup kelemahan yang dibangkitkan oleh MAPIM".

" Ini harus didedahkan kepada awam. Rakyat harus tahu bahawa banyak usaha telah diambil oleh badan-badan Islam dan badan bukan kerajaan dan kerajaan seolah-olah hanya mahu lepas tangan dan tidak mahu langsung sentuh sensitiviti Israel dan Amerika Syarikat" ujar beliau kepada Tv Selangor.

Tambahnya, kerajaan Najib hanya bangkit setelah rakyat dan juga parti pembangkang membantah jenayah perang yang dilakukan oleh tentara Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub turut menuntut penjelasan daripada wisma Putra atas kegagalan kerajaan bertindak bertindak membantu kapal Mavi Marmara meskipun diberitahu mengenai rancangan rejim Zionis untuk menyerang misi kemanusiaan itu lebih awal.

" Walaupun kadang-kadang kita mempunyai keyakinan mungkin apa pun yang kita laksanakan Israel tetap dengan kezaliman dan kekerasan mereka, tetapi apa yang kita mahu biar ada satu catatan bahawa apabila kita mendapat satu isyarat daripada kapal tersebut, dan Wisma Putra dengan jelas menerima isyarat tersebut, maka mesti ada catatan yang Wisma Putra juga ada catatan mereka menghubungi pihak yang berkuasa" ujar beliau kepada Tv Selangor.

Salahuddin berkata masyarakat akan tentunya bertanya samada tragedi serangan ke atas kapal Mavi Marmara mungkin mempunyai kesudahan berlainan jika Wisma Putra telah bertindak lebih pro aktif.

" Apa yang penting dalam setiap situasi, kerajaan mesti bertindak proaktif dan pantas untuk mendapatkan bantuan-bantuan yang diperlukan contohnya badan-badan antarabangsa".

Mana lampu?

Posted: 07 Jun 2010 05:15 PM PDT

Oleh Arifin Salleh

Jalan Solok Duku-Tanjung Bidara digelar laluan maut

MASJID TANAH: Penduduk, khususnya pengguna yang melalui laluan baru Solok Duku-Tanjung Bidara, dekat sini, tidak berpuas hati dengan kegagalan pihak berkuasa memasang lampu di kawasan berkenaan biarpun tiangnya sudah lama dipasang.

Mereka mendakwa kerap melihat kemalangan di situ termasuk mengakibatkan kematian, akibat kawasannya yang terlalu gelap dan menakutkan untuk dilalui terutama pada tengah malam atau hujan lebat.

Berikutan itu, mereka kini seolah-olah sepakat menggelarkan jalan baru Solok Duku-Tanjung Bidara yang panjangnya dianggarkan sejauh lima kilometer itu sebagai laluan lubok kemalangan atau laluan maut.

Malah, ungkapan ini: Nak tunggu tambah ramai orang mati kemalangan, baru nak sibuk pasang lampu, kini semakin popular di kalangan penduduk dan pengguna di situ, sebagai tanda meluat dan kecewa.

Penduduk, Mohd Bilal Dollah, 44, berkata, isu berkenaan bukan baru, malah sering kali dibangkitkan termasuk kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini belum ada sebarang tindakan susulan diambil bagi mengatasinya.

Cuba lihat beberapa tiang yang sudah dipasang di sini. Jika sudah ada tiang tapi lampu tak ada, apa ertinya semua itu. Sepatutnya bila tiang dah ada, pasanglah lampunya. Jangan biarpun penduduk atau pengguna tertunggu-tunggu.

Sekarang ini, sudah banyak kemalangan berlaku di laluan ini yang saya percaya gara-gara tak nampak jalan akibat gelap. Kita bimbang, jika keadaan seperti ini berterusan, mungkin lebih banyak lagi kemalangan berlaku pada masa depan.

Difahamkan semakin banyak haiwan liar melintas di situ sebab gelap. Orang yang nak lalu kawasan ini juga semakin ramai yang gentar. Jadi, kita minta pihak berkuasa, pandang-pandang dan dengar-dengarlah masalah penduduk di sini, katanya.

Mohd Bilal yang menjalankan perniagaan buah-buahan berhampiran kawasan berkenaan turut berharap JKKK di kampung berkenaan terus merayu kepada pihak berkuasa agar memberi perhatian terhadap isu terbabit.

Jika masalah ini dapat diatasi segera, saya percaya penduduk dan pengguna yang melalui kawasan berkenaan akan gembira dan selesa bila memandu pada waktu malam. Tentunya ini baik untuk imej Tanjung Bidara sebagai lokasi pelancongan utama di negeri ini, katanya.

Pengguna, Noorhemy Suldin, 32, ketika ditemui mengakui laluan baru terbabit memang perlu mempunyai lampu jalan dengan segera bagi mengelak berlaku sebarang kemalangan pada waktu malam.

Katanya, sebelum ini beliau sendiri kerap hampir berlanggar berikutan gagal melihat kenderaan dari depan kerana muncul secara tiba-tiba atau dipandu secara melulu.

Selain kenderaan, saya juga sering terserempak dengan sekumpulan lembu berehat atau berkeliaran di laluan berkenaan. Mujur saya selalu mengambil sikap berhati-hati sebaik memasuki kawasan ini bagi mengelak kemalangan.

Sudah tentu, saya bersetuju sangat sekiranya kerajaan dapat segera memasang lampu jalan di laluan ini bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini. Malah, sejak kebelakangan ini, laluan ini juga semakin sibuk termasuk pada waktu malam, katanya.

RTM Cari Program Terbaik Untuk Tingkatkan Rating - Ketua Pengarah Penyiaran

Posted: 07 Jun 2010 05:13 PM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) merancang untuk mencari program terbaik bagi ditayangkan di siarannya terutama di TV2 dalam usaha meningkatkan lagi ratingnya, kata Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya.

Beliau berkata RTM akan memastikan program yang akan ditayangkan nanti bukan sahaja bermutu tinggi tetapi juga mneyampaikan mesej tertentu untuk mempereratkan lagi hubungan antara kaum.

"Ia juga bagi memastikan gagasan 1Malaysia dapat diteruskan walaupun dalam bentuk drama ataupun dokumentari. Oleh itu saya meminta para pengeluar drama teruslah memikirkan usaha bagaimana mesej kerajaan akan dapat terus sampai kepada penonton dan para pendengar.

"Ini bagi memastikan apa yang diharapkan kerajaan terutama dalam memastikan rakyat menghayati gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Kuiz Mega National Geographic, di Bukit Kiara Country Resort.

Turut hadir itu Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Seramai enam pemenang memenangi hadiah utama dan mendapat wang tunai masing-masing berjumlah RM5,000.

Mereka ialah Khairi Sibirin Hood dari Ampang, Nur Amalina Mohd Amin (Bandar Baru Nilai), Azman Idris (Kluang) ,Suriani Kamnoh (Batu Pahat), Muhammad Faizul Amri Mohd Noor (Triang, Pahang) dan Awang Mohd Azlan Ahlee (Sarawak).

Misi Berjaya Dedahkan Wajah Sebenar Israel - Tun Mahathir

Posted: 07 Jun 2010 05:06 PM PDT

BERNAMA

SEPANG: Walaupun misi memberi bantuan kepada penduduk Gaza tidak kesampaian, namun ia berjaya mendedahkan kepada dunia tentang keburukan Israel, kata Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata dunia hari ini dapat mengenali wajah sebenar Israel dan apa yang sanggup dilakukan olehnya.

"Apa yang kita katakan tentang Israel memang benar, ia tidak mempedulikan undang-undang antarabangsa, sanggup membunuh orang yang tidak bersenjata, sanggup membunuh mereka yang bukan musuh malah orang yang melakukan tugas amal.

"Walaupun kita tidak berjaya menghantar bantuan ke Gaza, namun dari satu sudut mereka berjaya mendedahkan kepada dunia betapa buruknya Israel yang sedia bunuh bukan saja musuh tapi juga rakyat negara yang baik dengan mereka," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dr Mahathir sebelum itu menyambut kepulangan enam sukarelawan Malaysia yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Dr Mahathir berkata sebagai pihak yang menghantar enam sukarelawan tersebut, beliau gembira apabila keenam-enam mereka selamat sampai ke tanah air.

"Kalau mereka menemui kemalangan tentu ia juga menjadi beban kepada saya. Alhamdulillah, mereka selamat," katanya.

Seorang sukarelawan PGPO, Matthias Chang pula berkata dunia mesti berhati-hati dengan propaganda Israel yang cuba menghalalkan pembunuhan sukarelawan di atas kapal Mavi Marmara dengan mendakwa mereka terpaksa berbuat demikian kerana sukarelawan di atas kapal tersebut telah bertindak ganas.

"Ini merupakan propaganda untuk mengelirukan orang ramai dan banyak media antarabangsa seperti Cable News Network (CNN) dan Fox News memainkan isu perbezaan dengan apa yang berlaku di atas kapal Rachel Corrie dan Mavi Marmara. Ini satu pembohongan," katanya.

Tentera Israel mendakwa mereka tidak melakukan sebarang keganasan semasa menawan kapal Rachel Corrie, tetapi pada hakikatnya pada sukarelawan di atas kapal itu telah dikawal dengan senapang lebih kurang lapan jam, kata Chang.

Isteri polis tipu tukang rumah dipenjara 7 tahun

Posted: 07 Jun 2010 05:03 PM PDT

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Isteri kepada seorang anggota polis terpaksa meringkuk di penjara selama tujuh tahun akibat perbuatannya menipu seorang tukang rumah sebanyak RM33,400, empat tahun lalu.

Zarinawati Kang Abdullah, 48, diperintahkan menjalani hukuman itu oleh Hakim Azizah Mahamud selepas tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menipu yang dihadapinya.

Ibu kepada dua anak itu didakwa memperdaya Loo Kam Weng, 53, agar mempercayainya bahawa dia akan berniaga barangan hasil lelongan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk 60 buah telefon bimbit dan lapan buah komputer riba.

Perbuatan tertuduh telah mendorong mangsa menyerahkan RM23,000 kepadanya di Maybank Berhad Cawangan Wangsa Maju dekat sini pada 8 Ogos 2006.

Empat hari berikutnya, Zarinawati didakwa melakukan perbuatan yang sama sehingga mendorong mangsa tersebut menyerahkan wang RM2,800 kepadanya di Medan Selera Jalan Semarak di sini.

Bagi tuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh sekali lagi didakwa memperdaya mangsa menyerahkan RM2,800 dan RM4,800 untuk tujuan yang serupa pada 16 Ogos dan 20 Ogos 2006 di Gurney Heights Jalan Bukit Keramat di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta denda.

Peguam bela, K. Komagan memohon hukuman penjara dalam tempoh yang singkat dan berjalan serentak dikenakan terhadap anak guamnya atas alasan tertuduh merupakan penanggung tunggal keluarga walaupun mempunyai suami.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Fazril Sani Mohamed Fadzil mencadangkan agar tertuduh dikenakan hukuman lebih berat memandangkan dia mempunyai rekod lampau dan pernah dipenjarakan bagi kesalahan yang sama.

Menurut Fazril Sani, tertuduh tidak menunjukkan keinsafan walaupun pernah menjalani hukuman sebelum ini.

Azizah memutuskan hukuman penjara tiga tahun bagi tuduhan pertama, penjara setahun masing-masing bagi tuduhan kedua dan ketiga serta penjara dua tahun bagi kesalahan keempat.

Kesemua hukuman diperintahkan berjalan secara berasingan bermula hari ini.

Felda kuasai ternakan lembu di Asia Tenggara

Posted: 07 Jun 2010 05:02 PM PDT

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Selepas berjaya menguasai perniagaan gula, Felda Global Ventures Sdn. Bhd. (Felda Global) melalui syarikat Felda IffcoAllana Malaysia Sdn. Bhd. (FIAM) melangkah lebih jauh dengan meneroka perniagaan baru iaitu projek ternakan lembu bersepadu di negara ini.

Felda menyasarkan projek ternakan itu merupakan yang terbesar di Asia Tenggara dan menyumbang faedah kepada keseluruhan masyarakat.

Kos pelaburan bagi projek tersebut adalah sebanyak RM688 juta dan ia akan dimulakan pada suku ketiga tahun ini.

Pengerusi Felda Holdings Bhd., Tan Sri Yusof Noor berkata, projek ternakan tersebut akan dijalankan di ladang milik Felda seluas 850,000 hektar.

Katanya, projek berkenaan dijangka menyumbang bekalan daging tempatan dan pengeluaran susu yang masih tidak mencukupi di negara ini pada waktu ini.

Menurut beliau, kini pengeluaran daging lembu tempatan hanya 25 peratus manakala pengeluaran susu hanya lima peratus daripada permintaan.

''Projek ini juga akan memberi manfaat kepada komuniti Felda sendiri dan para pemegang saham lain turut dijemput menyertai projek berkenaan dalam beberapa aspek projek yang dianggap relevan,'' katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara Felda Iffco Sdn. Bhd. (Felda Iffco), FIAM, Felda Global dan Middle East Oils Grains Ltd. (MEOG) di sini hari ini.

Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Australia Agricultural Company (AACo) yang berpangkalan di Australia menguasai 19.9 peratus kepentingan dalam Felda Iffco Sdn. Bhd.

Manakala Alanasons Ltd. memiliki MEOG dan menjadi pengeluar daging proses halal lebih daripada 40 tahun dengan menembusi 71 pasaran asing.

Pada majlis yang sama, Felda Prodata Systems Sdn. Bhd. turut menandatangani perjanjian pelaburan dan pemegang saham dengan Innovation Associates Consulting Group.

Perjanjian itu bagi menjalankan perundingan berskala besar bagi pembangunan teknologi maklumat (IT) dan perkhidmatan terurus di dalam Kumpulan Felda.

Sementara itu Yusof Noor menambah, kerjasama kedua, iaitu sokongan teknologi maklumat dalam Kumpulan Felda dijangka menjadi pemangkin kepada perniagaan global Felda melalui peningkatan keupayaan IT.

Katanya, ia akan dijalankan melalui pendekatan memacu inovasi, keberkesanan dan transformasi.

Tiada ulasan: