Jumaat, 18 Jun 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Malang Bila Malaysia Punyai Mahkamah Yang Senget Sebelah

Posted: 17 Jun 2010 09:20 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang terlibat.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata tidak ada peruntukan atau asas undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan.

"Justeru, saya dengan ini menolak permohonan itu."

Permohonan itu dikemukakan oleh peguam Anwar pada 4 Jun lalu yang menuntut agar pihak pembelaan dibenar melihat semua nota klinikal, laporan, bahan, spesismen dan perkara lain yang berkaitan yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan.

Mereka juga mendesak supaya sejarah perubatan yang lengkap pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ketika pemeriksaan di HKL dibekalkan kepada pihak pembelaan.


Selain itu, peguam-peguam Anwar juga mahu pihak pendakwaan menyerahkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual diberikan kepada mereka.

Pihak pembelaan juga ingin mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Seorang pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia oleh pihak pembelaan, Dr David Wells, sebelum ini mengadu bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan.

Profesor dari Victoria Institute of Forensic Medicine itu berkata peranannya sebagai penasihat pihak pembelaan akan terjejas tanpa dokumen berkenaan.

Prosedur lazim bagi kes jenayah adalah bagi pihak pendakwaan membekalkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan sebelum permulaan perbicaraan.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak perlu untuk berbuat demikian kerana pihak pembelaan boleh mengemukakan supaya bukti-bukti itu diserahkan semasa perbicaraan.

Parlimen Batu - SPR Tidak Akan Menyebelahi Tian Chua

Posted: 17 Jun 2010 09:13 PM PDT

Ketidak-pastian terus menyelubungi nasib Tian Chua sebagai ahli parlimen Batu kerana didenda RM2,000 semalam oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan menggigit seorang polis, tiga tahun lalu.

Peguamnya berharap dapat menemui hakim yang memutuskan hukuman itu, Datuk Ghazali Cha bagi mendapatkan penjelasan.

Ini kerana sesetengah peguam berpendapat MP Batu itu yang nama sebenarnya Chua Tian Chang telah hilang kelayakkannya berikutan hukuman berkenaan.

Status kerusinya masih tidak jelas memandangkan beliau telah melangsaikan denda RM2,000 itu dan tidak memohon supaya hukuman ditangguhkan.

Kontroversi timbul petang semalam apabila Mahkamah Tinggi menolak rayuan tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.


Mengikut Artikel 48, perlembagaan persekutuan, seseorang ahli parlimen hilang kerusinya apabila dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau didenda tidak kurang RM2,000.

Peguam tersohor negara yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memaklumkan Malaysiakini bahawa Tian mungkin hilang kerusinya.

"Jika denda adalah RM2,000, dia akan hilang kerusinya jika beliau membayar denda itu."

Dalam kes - Fan Yew Teng lawan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (1975) - Fan seorang ahli politik DAP yang didenda RM2,000 atau penjara enam bulan, terpaksa mengosongkan kerusi parlimen Menglembu.

Menurut timbalan pendakwa raya, Ishak Mohd Yusoff, Tian Chua terpaksa menyerahkan kerusi Batu kerana dia didenda RM2,000.

Bagaimanapun pengerusi jawatankuasa perlembagaan, Majlis Peguam, Edmond Bon berkata terdapat dua interprestasi berhubung Artikel 48, perlembagaan persekutuan - pertama ialah denda "RM2,000 atau lebih", dan kedua ialah denda "RM2,000 atau kurang" yang akan mengakibatkan seseorang hilang kelayakan sebagai MP.

"Apabila terdapat kesangsian dalam banyak kes, kelebihan kesangsian itu diberikan kepada tertuduh," katanya.

"Justeru, Tian Chua tidak sepatutnya hilang kerusinya. Lagipun, hakim telah berkata beliau ingin mengelakkan pilihan raya.

Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Tian Chua, 46, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Mahathir Lenyap, Perkasa Dan Gerak Ikut Lenyap

Posted: 17 Jun 2010 09:06 PM PDT

Nazri: Perkasa, Gertak akan lenyap tanpa Dr M

Datuk Seri Nazri Aziz percaya Perkasa dan Gertak, yang kedua-dua program utama yang berkontroversi dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, akan "lenyap" tanpa sokongan bekas perdana menteri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa membela hak orang-orang Melayu kelihatan menonjol sebab bekas perdana menteri memperakui pendirian mereka menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Pandangan keras ini merupakan yang kedua datang daripada pemimpin Umno dalam tempoh dua minggu ini.

Dua minggu lalu bekas menteri Kabinet dan bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz juga melahirkan pandangan yang hampir serupa mengecam Perkasa.

Rafidah dan Nazri merupakan ahli Parlimen dari Perak.


"Beliau (Dr Mahathir) adalah ikon mereka. Kumpulan macam Perkasa, Gertak akan mati tanpa kehadiran Dr Mahathir," kata Nazri kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual khas minggu ini.

Nazri menekankan, sebahagian kecil pengikut kedua-dua kumpulan ini mendakwa Dr Mahathir mempunyai sokongan kumpulan minoriti orang Melayu.

"(Tetapi) masih ada ramai orang Melayu yang percaya dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak (selaku perdana menteri dan presiden Umno). Kumpulan-kumpulan macam ini hanya elemen pinggiran (dalam politik negara)," kata Nazri yang ditanya mengenai respons kepada program Gertak di Kuala Terengganu Isnin lalu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said turut hadir pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 orang.

Bagaimanapun Nazri mempertahankan kehadiran Ahmad atas alasan ia bertujuan menghormati Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun.

"Orang Melayu lazimnya akan menghormati pemimpin-pemimpin lama mereka... satu-satunya yang tidak pergi ialah saya," kata Nazri dengan berseloroh.

Nazri dilihat sebagai antara pemimpin Umno yang 'bertegang leher' dengan Dr Mahathir dalam banyak isu termasuk ketika beliau mengecam kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir merasmikan perhimpunan tahunan pertama Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar di negara ini, Mac lalu.

Awal minggu ini, beliau berucap pada program kontroversi "Bangkit Melayu", yang sepatutnya diadakan 13 Mei lalu bagi mengembalikan semangat orang Melayu dengan mempelajari peristiwa 13 Mei 1969.

Pada majlis itu beliau memuji kerajaan pusat telah membetulkan kesilapan dalam Model Baru Ekonomi menerusi Rancangan Malaysia Ke-10.

Dr Mahathir berkata, RMK-10 mengenal pasti masalah-masalah menyentuh kepentingan orang Melayu dan Bumiputera, yang telah diketepikan dalam syor MBE.

"Beliau adalah perdana menteri terbaik negara pernah miliki. Isu saya, selepas beliau berhenti jadi perdana menteri, beliau menyusahkan kita.

"Dr Mahathir perlu ingat bahawa perdana menteri sekarang ialah Najib. Beliau harus membantu kami, tetapi apa yang beliau lakukan sekarang ialah membantu pembangkang," kata Nazri.

Menteri undang-undang dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen ini memberikan contoh bagaimana pada awal 1990-an Dr Mahathir ketika menjadi presiden Umno ketika itu telah menasihatkannya supaya tidak mengecam kepimpinan ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Tambi Chik.

Ketika itu Nazri merupakan naib ketua dan kemudian dilantik sebagai pembangku selepas Rahim meletakkan jawatan.

"Sejak itu, Dr Mahathir memberitahu bahawa jika ada apa-apa isu, saya harus menyelesaikan dalam empat dinding ini... beliau memberitahu, saya boleh jumpa dengannya (jika ada bantahan).

"Tetapi kini (saya merasakan) beliau harus menerima nasihat beliau sendiri," katanya.

Wakil rakyat Padang Rengas ini menambah, Dr Mahathir dengan sendiri "memusnahkan legasinya", dengan menyerang kerajaan Barisan Nasional semasa.

"Beliau menghasilkan kami semua... saya adalah hasilan beliau, Najib juga hasilan beliau. Jangan bunuh hasilan anda sendiri," katanya.

Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, Rafidah menggesa kaum Bumiputera supaya memfokus terhadap aspek pertumbuhan dalam MBE tanpa hanya cuba mengetengahkan agenda peribadi sendiri.

Beliau menyifatkan mereka yang menentang inisiatif MBE sebagai tindakan yang boleh mengakibatkan kesan buruk dan golongan berfikiran sempit.

"Kumpulan-kumpulan seperti Perkasa, mereka hanya melihat MBE menerusi satu perspektif. Mereka menganggap ia sebagai hak mereka untuk meletakkan (pandangan) dua sen (dalamnya) tetapi ini boleh menyebabkan kesan berlawanan," kata Rafidah.

"Saya juga seorang Bumiputera tetapi yang pertama dan paling penting sekali, saya percaya kita perlu mencapai pertumbuhan terlebih dahulu sebelum kita mengetengahkan agenda Bumiputera," kata bekas ketua Pergerakan Wanita Umno ini.

Malah menurut Rafidah, tentangan hebat yang datang daripada kumpulan seperti Perkasa tidak menggambarkan pandangan keseluruhan orang Melayu negara ini.

Zahrain Lembu Yang Dicucuk Hidung Oleh Umno

Posted: 17 Jun 2010 05:27 AM PDT

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim berhubung dakwaan video lucah membabitkan beliau sebagai mengambarkan taraf rendah moral seorang pemimpin yang tunduk kepada arahan pihak tertentu demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional.

Elizabeth dalam satu kenyataannya hari ini berkata beliau menjadi mangsa kepada Zahrain tanpa ada peluang untuk membela diri secara berdepan bagi menjelaskan keadaan yang sebenar.

Jelas beliau lagi tempoh yang dilaluinya adalah satu yang sukar dan tidak sama dengan keadaan yang beliau lalui selama ini.


"Saya mula kembali bertugas hampir setahun dua bulan, tindakan yang diambil ini adalah satu keputusan yang amat sukar sekali. Ia tidak semudah yang kita lalui sebelum ini.

"Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cemuhan puak Umno-Barisan Nasional seperti yang berlaku di parlimen semalam, saya menguatkan diri ini demi tanggungjawab terhadap kawasan yang diwakili, negeri Selangor dan juga negara ini. Kenyataan tersebut adalah umpama isyarat kepada saya untuk terus berjuang serta tidak mengalah kepada mangsa keadaan.

"Saya tidak hairan apabila Umno-BN menggunakan saya sebagai sasaran mereka untuk mencemuh selain menjadi serangan politik mereka. Kita tahu itulah sikap Umno-BN mereka akan terus menyerang peribadi seseorang jika mendapat tahu ia boleh menjadi resepi politik kotor mereka.

"Dalam masa yang sama Zahrain bersama konconya bergelumang dalam politik Umno yang merupakan politik terakhir mereka, saya bersama dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor duduk bersama dalam mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah negara. Masih ramai pelajar yang memerlukan bantuan kita dalam meneruskan pendidikan mereka agar menjadi pelajar yang berprestasi tinggi, usaha meningkatkan pemikiran yang etnik atau luas bukan pemikiran sempit seperti Umno-BN," jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Beliau juga memberitahu, dasar perjuangan yang jelas di amalkan oleh Pakatan Rakyat jauh bezanya dengan sikap Umno-BN dalam politik mereka.

"Pakatan Rakyat mengamalkan dasar politik yang adil dan telus dalam perjuangannya tanpa mengira soal peribadi yang menjadi mangsa kepada keadaan, inilah sebab utama kenapa saya terus berada dalam kelompok perjuang dalam membela nasib rakyat megeri Selangor dan negara ini.

"Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah banyak memberi sokongan kepada saya ketika saya berada dalam tekanan," sambungnya lagi.

Beliau juga menyeru kepada wanita yang menjadi mangsa kepada keadaan dan cemuhan pihak tertentu bangkit untuk menentang diskriminasi yang bersifat tidak mempunyai moral yang tinggi itu demi keadilan yang sebenar.

Wartawan RTM Yang Kurang Ajar

Posted: 17 Jun 2010 05:13 AM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hilang kesabarannya apabila diasak oleh seorang wartawan bagi mendedahkan bukti berhubung dakwaannya yang beberapa ahli parlimen PKR disogok RM2 juta dan juga ditawarkan kontrak supaya berpaling tadah.

Walaupun berulang kali berkata beliau akan mendedahkan perkara itu apabila tiba masanya, wartawan dari RTM itu terus mendesak hingga Anwar mula tidak selesa.

Diasak wartawan radio stesen kerajaan itu yang hanya dikenali sebagai Tukimin, Anwar sebaliknya berkata, pelbagai pendedahan sebelum ini dibuat oleh Pakatan Rakyat tapi siasatan hanya separuh jalan.

"Saya hendak tanya balik, saya sudah buktikan VK Lingam. Adakah ada tindakan? Saya telah buktikan video VK Lingam dan dibuktikan sah. Mengapakah tiada tindakan?


"Saya sudah buat kenyataan, saya akan keluarkan pada ketikanya," katanya.

Suasana di lobi parlimen itu hangat seketika apabila wartawan RTM itu cuba mengasak Anwar dengan alasan masyarakat luar mahu mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan sogokan berkenaan.

"You tanya Menteri you, mengapa tidak ambil tindakan VK Lingam dulu. Kemudian bila dia jawab, you tanya saya pula. Bila saya hendak keluarkan kerana bila saya hendak keluarkan, you kena tanya kepada menteri you, ada atau tidak hendak ambil tindakan?

Tukimin yang masih berdegil akhirnya dicabar oleh Anwar supaya mengeluarkan kenyataan beliau berhubung beberapa skandal rasuah yang masih belum selesai.

"Ya, saya cabar RTM sekarang keluarkan kenyataan saya... ya berani atau tidak, keluarkan kenyataan saya. Ini wayang mereka...keluarkan PKFZ, apa tindakan? Keluarkan PERWAJA, apa tindakan? Keluarkan skandal Eurocopter, apa tindakan? Scorpene, apa tindakan? Laporan Audit Negara, apa tindakan?"

Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau akan memberi keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta- juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya.

Tiada ulasan: