Jumaat, 18 Jun 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


STATUS TIAN CHUA - ADA PIHAK YANG SUDAH MULA GELABAH?

Posted: 18 Jun 2010 12:05 AM PDT

Status Chua: Peguam jumpa hakim
Hafiz Yatim
Jun 18, 10


Ketidak-pastian terus menyelubungi nasib Tian Chua sebagai ahli parlimen Batu kerana didenda RM2,000 semalam oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan menggigit seorang polis, tiga tahun lalu.

Pegu

amnya berharap dapat menemui hakim yang memutuskan hukuman itu, Datuk Ghazali Cha bagi mendapatkan penjelasan.

Ini kerana sesetengah peguam berpendapat MP Batu itu yang nama sebenarnya Chua Tian Chang telah hilang kelayakkannya berikutan hukuman berkenaan.

"Kami sedang berusaha gigih untuk mendapatkan ulasan berhubung keputasan semalam," kata Amer Hamzah Arshad, seorang daripada peguam Tian.

Peguamnya juga telah mengutus surat kepada hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha petang semalam bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau. Surat berkenaan memohon hakim sama ada untuk mempertimbangkan semula keputusannya itu atau menterjemahkan keputusannya.

Bag

aimanapun dipercayai hakim telah memaklumkan kepada penolong pendaftar - bahawa keputusannya berhubung 'tiada pilihan raya kecil' adalah jelas dan tidak perlu baginya meminda denda RM2,000 yang dikenakan itu.

Tian Chua berkata beliau akan menunggu penghakiman bertulis dan bertegas bahawa beliau masih ahli parlimen Batu.

"Penasihat undang-undang kami sedang meneliti perkara itu, sekarang ini. Kita tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan. Ia sepatutnya di bawah Artikel 53 perlembagaan persekutuan," kata timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kepada Malaysiakini.

Status kerusi Tian Chua dikatakan masih tidak jelas memandangkan beliau telah melangsaikan denda RM2,000 itu dan tidak memohon supaya hukuman ditangguhkan.

Kontroversi timbul petang semalam apabila Mahkamah Tinggi menolak rayuan tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.

Mengikut Artikel 48, perlembagaan persekutuan, seseorang ahli parlimen hilang kerusinya apabila dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau didenda tidak kurang RM2,000.

Peguam tersohor negara yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memaklumkan Malaysiakini bahawa Tian mungkin hilang kerusinya.

"Jika denda adalah RM2,000, dia akan hilang kerusinya jika beliau membayar denda itu."

Dalam kes - Fan Yew Teng lawan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (1975) - Fan seorang ahli politik DAP yang didenda RM2,000 atau penjara enam bulan, terpaksa mengosongkan kerusi parlimen Menglembu.

Menurut timbalan pendakwa raya, Ishak Mohd Yusoff, Tian Chua terpaksa menyerahkan kerusi Batu kerana dia didenda RM2,000.

Bagaimanapun pengerusi jawatankuasa perlembagaan, Majlis Peguam, Edmond Bon berkata terdapat dua interprestasi berhubung Artikel 48, perlembagaan persekutuan - pertama ialah denda "RM2,000 atau lebih", dan kedua ialah denda "RM2,000 atau kurang" yang akan mengakibatkan seseorang hilang kelayakan sebagai MP.

"

Apabila terdapat kesangsian dalam banyak kes, kelebihan kesangsian itu diberikan kepada tertuduh," katanya.

"Justeru, Tian Chua tidak sepatutnya hilang kerusinya. Lagipun, hakim telah berkata beliau ingin mengelakkan pilihan raya.

Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Tian Chua, 46, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur./Malaysiakini

RTM SILAP PASANG PERANGKAP

Posted: 17 Jun 2010 12:40 PM PDT

Desak Siasat Pembongkaran Kes, RTM Dicabar Siar Kenyataan Anwar

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak siasatan terhadap kes yang dibongkar Pakatan Rakyat diselesaikan terlebih dulu, sebelum ini mendesak beliau mendedahkan kebenaran Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ditawar RM2 juta untuk melompat parti.

Diasak wartawan radio RTM yang hanya dikenali sebagai Tukimin, Anwar sebaliknya berkata, pelbagai pendedahan sebelum ini dibuat oleh Pakatan Rakyat tapi siasatan hanya separuh jalan.

"Saya hendak tanya balik, saya sudah buktikan VK Lingam. Adakah ada tindakan? Saya telah buktikan video VK Lingam dan dibuktikan sah. Mengapakah tiada tindakan?

"Saya sudah buat kenyataan, saya akan keluarkan pada ketikanya," tegas Anwar mengenai pendedahan berkaitan sogokan RM 2 juta.

Bagai satu perbahasan di luar dewan, wartawan RTM itu cuba mengasak Anwar dengan alasan masyarakat luar mahu mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan Anwar.

"You tanya Menteri You, mengapa tidak ambil tindakan VK Lingam dulu. Kemudian bila dia jawab, You tanya saya pula. Bila saya hendak keluarkan kerana bila saya hendak keluarkan, you kena tanya kepada menteri you, ada atau tidak hendak ambil tindakan?

Tukimin yang masih berdegil akhirnya dicabar oleh Anwar supaya mengeluarkan kenyataan beliau berhubung beberapa skandal rasuah yang masih belum selesai.

"Ya, saya cabar RTM sekarang keluarkan kenyataan saya.. ya berani atau tidak, keluarkan kenyataan saya. Ini wayang mereka... keluarkan PKFZ, apa tindakan? keluarkan PERWAJA, apa tindakan? Keluarkan skandal eurocopter, apa tindakan? Scorpene, apa tindakan? Laporan Audit Negara, apa tindakan?"

Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau akan memberi keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta- juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya./TVSelangor

Tiada ulasan: