Jumaat, 18 Jun 2010

From Perak With Love

From Perak With Love


Tolong Bagi Gambar ni kat Najib...

Posted: 17 Jun 2010 10:31 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJ02XepX4f-NuDE3jkqBUkhcPRcASK0CE7RNhAi-7POtMuRSy_SYxb8UWtdsnsxSihLQ2OuS4wgrS4195_xfsIPedGP4J64IF5HcVzI4PCB0fm_xfzuxUe5f82pSqCY1FdBtUgHxskX7EB/s1600/DSC_3160.JPG
hehe..tolong bagi gambar ni kat najib...mesti najib seronot...kah kah kah tapi jangan la bik mama nampak pulak...kang dia mengamuk abis gempa bumi...hehehe

Video : Wartawan RTM celaka Bertekak dengan Anwar

Posted: 17 Jun 2010 05:35 AM PDT

YB Kesavan Tidak Akan Lompat Parti!!

Posted: 17 Jun 2010 02:49 AM PDT

oleh : misbahul munir

"Alhamdulillah, saya selamat dari syaitan BN. Saya sanggup korbankan nyawa demi mempertahankan maruah dan harga diri pengundi HM...lawan tetap lawan".

Itu adalah jawapan YB Kesavan (K7)melalui mesej kepada saya setelah dihubungi berikutan dengan desas desus kononnya beliau akan turut melompat menyertai BN. Beberapa rakan dan wartawan cuba menghubungi beliau melalui hp tetapi tidak diangkat,ini menggusarkan penyokong-penyokong PR sehingga timbul tandatanya ?

Ternyata telahan tersebut meleset, K7 sengaja menutup hpnya, kebelakangan ini beliau sering dihubungi oleh syaitan-syaitan BN (bahasa K7) dan beberapa orang yang tidak dikenali memujuk supaya beliau mengikut jejak langkah adun Malim Nawar.

Saya sedikitpun tidak percaya dengan khabar angin ini. K7 seorang yang berprinsip dan sangat tegas dengan prinsip yang dipegangnya. Beliau juga di antara yang menerima tawaran puluhan juta dari beberapa orang BN, antara yang pernah menghubungi katanya adalah Ezam Mohd Noor sendiri dan orang-orang Zahid. Semua tawaran dan pujukan ditolak dengan prinsipnya yang dipegang kukuh.

Ceramahnya sering menggegar, setiap hujjah disertai dengan petikan terjemahan al Quran, kadang-kadang dia baca petikan al quran tersebut, hadis-hadis nabi dan ungkapan-ungkapan dalam bahasa Arab. Saya sentiasa berdoa semuga K7 diberi hidayah oleh Allah swt dan menjadi saudara mukmin kepada kita semua.

Orang yang ada prinsip sekalipun belum beriman kepada Allah swt tidak mudah goyah dengan tawaran berjuta-juta apatah lagi dengan pujuk rayu.

Tiada ulasan: