Selasa, 8 Jun 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


MP Pakatan Rakyat Kutuk Serangan Zionis Israel keatas Misi Bantuan Gaza (4)

Posted: 08 Jun 2010 02:00 PM PDT









Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

MP Pakatan Rakyat Kutuk Serangan Zionis Israel keatas Misi Bantuan Gaza (3)

Posted: 08 Jun 2010 09:29 AM PDT










Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Pejuang Islam Yang Taik Penuh Di Punggung!

Posted: 08 Jun 2010 07:00 AM PDT

ini dia pejuang aagama islam umno yang sejati

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Pelik Tapi Benar. Umno Pertikai Lesen Judi?PM Kata Lesen Tak Da Lagi. Mana Satu Betul?

Posted: 08 Jun 2010 06:45 AM PDT

Tentangan tersebut mula dikesan pada satu sidang mesyuarat cawangan Umno di Teluk Intan yang mengusulkan supaya kerajaan menarik balik pemberian lesen tersebut.

Usul tersebut dikemukakan oleh seorang pemimpin akar umbi, Yuzaile Yusof ketika mesyuarat Umno Cawangan Lorong Masjid, Teluk Intan pada 22 Mei lalu.

Yuzaile berkata, pergerakan pemuda Umno sebelum ini tidak mampu untuk menepis isu judi kerana ia sememangnya memberi kelebihan kepada golongan yang bukan penyokong BN.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Dulu Pak Lah Tidur Pejam Mata Sekarang Najib Tidur Buka Mata.

Posted: 08 Jun 2010 06:30 AM PDT




Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Betul Ker Sukarelawan Hanya 12 Orang?

Posted: 08 Jun 2010 06:15 AM PDT

kenapa media tak kira yang dua orang ka atas?

12+2= 14

14 belas orang sebenarnya pejuang negara
kahkahkahkahkahkah...

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Lesesn Judi : Berjaya Corporation membuat pinjaman RM614 juta untuk pengendaliannya..

Posted: 08 Jun 2010 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 8 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kelulusan lesen judi bola sepak yang diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan Najib yang juga Menteri Kewangan I semalam telah menyelewengkan Dewan Rakyat apabila menyatakan kerajaan masih mengkaji permintaan Berjaya Corporation Bhd berhubung lesen judi tersebut.

"Semalam, dalam jawapan berhubung lesen judi sukan, Najib menafikan telah meluluskan tetapi pada masa yang sama di dalam laman sesawang Kumpulan Berjaya telah mengumumkan bahawa kelulusan itu telah diberikan.

"Hari ini bila kita periksa pengumuman berhubung lesen judi tersebut, nampaknya rekod itu telah dipadamkan.

"Kenyataan ini mengarut kerana kerana Kementerian Kewangan sebenarnya sudah pun meluluskan lesen tersebut kerana kalau tidak kenapa Berjaya Corporation membuat pinjaman RM614 juta untuk mengendalikan operasi judi sukan ini.

"Najib sepatutnya dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana memberikan kenyataan mengelirukan," kata beliau.

Menurutnya, Berjaya Corporation membuat pengumuman pada 12 Mei berhubung kelulusan lesen judi sukan yang menyebabkan saham syarikat tersebut melonjak naik pada hari tersebut.

Pengumuman itu menyatakan Menteri Kewangan telah memberikan kelulusan kepada Ascot Sports lesen untuk mengendalikan operasi judi sukan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sementara itu Timbalan Menteri Kewangan yang baru dilantik, Senator Datuk Donald Lim ketika ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan kerajaan tidak muktamad dan masih menunggu maklumbalas semua pihak.

Ketika diminta mengulas itu, beliau enggan menjawab kerana menurut beliau keputusan itu bukan di tangannya dan mengatakan Kementerian Kewangan akan mengadakan perbincangan lanjut isu tersebut.

Suara Keadilan


isteri kencing berdiri..suami kencing berlari

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Kes Miliki Pisau Lipat 20 Sen Ditangguh 28 Julai

Posted: 08 Jun 2010 05:45 AM PDT

Oleh Frederick Luccas

KUALA KUBU BHARU 8 Jun - Pendengaran kes Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Fariz Musa bersama empat ahli AMK yang ditahan semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru hari ini telah ditangguhkan pada 28 Julai depan.

Penangguhan ini dibuat oleh Hakim Zuraidah Zakaria kerana ketiadaan kertas penyiasatan (IP) daripada pihak pendakwa raya yang mendakwa tertuduh di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 426, atas kesalahan memiliki senjata berbahaya dan bahan letupan kerana memiliki pisau lipat berharga 20 sen.

Peguam Mohd Radzlan Jalaludin yang mewakili Fariz dan ahli AMK terbabit berkata IP masih lagi diberada di Pejabat Ketua Unit Pendakwaan Selangor yang berkemungkinan menilai semula samada perlu atau tidak meneruskan pertuduhan ini.

"Pada tarikh pertama mereka didakwa, saya telah memohon agar pertuduhan ini tidak diteruskan kerana pada masa itu (semasa kempen pilihan raya), keadaan agak tegang dan mungkin pendakwaan dibuat tergesa-gesa dan ada kemungkinan pihak pendakwa raya meniai semula fakta kes ini.

"Kes ini hanya satu kes kecil dan mungkin akan dipertimbangkan agar pertuduhan digugurkan," jelas Mohd Radzlan.

Fariz dan empat anggota AMK - Ahmad Sharizan Safrim, Ahmad Amin Runass, Ahmad Shabuddin dan Wan Khairul Fadhilah ditahan pada malam 21 April atas kesalahan memiliki beberapa keping pisau lipat yang dipercayai digunakan untuk menurunkan kain rentang Barisan Nasional yang berupa provokasi semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru kali pertama pada 23 April, di mana tarikh pendengaran telah diputuskan ke hari ini.


Suara Keadilan

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

APCO: Anwar tidak dibenar bawa peguam

Posted: 08 Jun 2010 05:30 AM PDT

Oleh Clara Chooi


KUALA LUMPUR, 8 Jun – Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa peguam ketika mendengar keterangan beliau berhuhubung dakwaan beliau bahawa firma khidmat runding yang dilantik pentadbiran Najib, APCO ada hubungan dengan rejim Yahudi.

Anggota jawatankuasa itu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) memberitahu sidang media di bangunan Parlimen selepas panel membuat keputusan itu.

"Anwar tidak dibenarkan membawa peguam. Beliau tidak boleh hadir bersama peguam," kata Karpal.

Karpal dan Sivarasa membantah ketika pengundian dibuat. Anwar membuat permohonan itu tengah hari tadi.

"Saya dan Subang (Sivarasa) menentang manakala kesemua empat anggota jawatankuasa dari Barisan Nasional menyokongnya.

"Keputusan bukan (sesuatu yang dibuat) sebulat suara," kata Karpal.

Karpal berkata keputusan bertentangan dengan peraturan bagi memberikan keadilan sewajarnya kepada yang tertuduh.

Pengerusi DAP itu berkata, pendengaran jawatankuasa itu akan diteruskan tanpa kehadiran Anwar manakala seorang wakil dari Apco Worldwide akan hadir untuk memberi keterangan bagi pihak syarikat itu.

"Peraturan Mesyuarat 83, Perkara 7A dengan jelas menyatakan bahawa seorang yang dibicarakan (wajar) diberi hak untuk membawa bersama peguam ketika pendengaran seperti ini," kata beliau.

Karpal menambah, jawatankuasa juga tidak boleh mengambil keterangan tanpa kehadiran seseorang tertuduh.

"Kami memandang serius berhubung apa yang berlaku tadi, kami berpandangan bahawa Anwar akan diberi hak untuk mendapatkan peguam dan perwakilan sepenuhnya. Biar kita tengok apa akan berlaku esok," katanya.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Populariti Najib naik tapi keyakinan inisiatif rendah

Posted: 08 Jun 2010 05:15 AM PDT

Oleh G. Manimaran


KUALA LUMPUR, 8 Jun – Populariti kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri mencecah 72 peratus – paras tertinggi sejak April 2009 – naik tiga peratus berbanding paras yang direkodkan dua bulan yang lalu.

Meskipun paras populariti kepimpinan beliau terus mengalami peningakatan sejak awal tahun lalu – daripada 44 peratus pada April 2009 dan kini 72 peratus, kadar keyakinan rakyat terhadap inisiatif-inisiatif kerajaan diterajuinya masih terhad.

Sebagai contoh hanya 50 peratus responden yang ditemui yakin dengan inisiatif yang Najib perkenalkan, seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru, akan membolehkan matlamat-matlamat mereka tercapai, kata Pengarah Eksekutif firma kajian pandangan umum Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

Hasil kajian yang dikenalikan bagi tempoh 6 hingga 16 Mei lalu dikeluarkan hari ini.

Ketika tempoh itu negara menyaksikan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, yang Barisan Nasional gagal mempertahankannya.

Ibrahim menambah, majoriti mereka yang ditemui - sekitar 58 peratus berpandangan bahawa "kerajaan persekutuan memang bagus dalam perancangan tetapi lemah dalam pelaksanaan."

Kajian terbaru ini dikendalikan di Semenanjung menggunakan telefon membabitkan 1,028 responden.

Mengenai populariti Najib, Ibrahim berkata, kepimpinan beliau diterima kebanyakan rakyat atas alasan pengundi merasakan bahawa negara sedang menuju hala tuju yang betul.

Katanya ramai beranggapan bahawa ekonomi negara berada di landasan yang baik manakala umumnya Malaysia mana dan kondusif untuk pembangunan.

Berhubung pecahan populariti menikut kaum, kata beliau, Najib popular di kalangan 77 peratus orang Melayu, Cina pula 58 peratus dan sangat tinggi iaitu 80 peratus kalangan masyarakat India.

"Kajian ini mendapati paras rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi beliau masih kekal di tahap yang sama iaitu 21 peratus berbanding 22 peratus pada Jun 2009," katanya.

Ditanya mengenai senarai isu yang menjadi keutamaan orang ramai, Ibrahim memberitahu, 53 peratus pengundi memilih usaha memerangi rasuah sebagai isu yang paling utama kerajaan harus memberi perhatian.

Kajian itu juga mendapati rakyat berbelah bahagi berhubung soalan mengenai hala tuju negara.

Seramai 52 peratus berkata negara berada di hala tuju yang betul manakala 34 peratus berpendapat "hala tuju salah" dan 14 peratus tidak pasti ataupun tidak boleh berkata apa-apa.

Berhubung isu-isu, kajian terbaru ini mendapati bahawa keprihatinan rakyat terhadap isu ekonomi adalah tinggi iaitu 22 peratus, masalah sosial (14 peratus), perpaduan nasional (13 peratus) manakala kestabilan politik, jenayah dan keselamatan awam masing-masing (10 peratus).


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Kelantan pesat membangun

Posted: 08 Jun 2010 05:00 AM PDT

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 8 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, negeri ini sedang pesat membangun biarpun pihak tertentu mendakwa kerajaan negeri tidak mampu melakukannya sejak PAS memerintah.

Katanya, tuduhan kerajaan PAS tidak mampu melakukan pembangunan seperti dakwaan itu hanya akan membuatkan golongan bukan Islam semakin terasing daripada agama suci itu.

"Namun kini, selepas kerajaan PAS Kelantan mendepani perubahan, masyarakat bukan Islam seluruh negara telah menyaksikan sendiri bagaimana sebuah kerajaan yang ditadbir ulama mampu berbuat demikian (pembangunan)," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Bandar Baru Tunjong di sini, hari ini.

Majlis perjanjian itu ditandatangani sendiri oleh pemilik-pemilik syarikat berkenaan bagi mewakili syarikat mereka sambil diperhatikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Sebanyak 10 daripada 11 buah syarikat telah menandatangani perjanjian usaha sama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi memajukan projek tersebut.

Projek pembangunan yang berteraskan auto city dan pembangunan hartanah lain bertujuan untuk mengurangkan kesesakan bandar ini yang semakin kritikal khususnya pada waktu-waktu tertentu.

Seluas 2,000 ekar disediakan untuk projek bercampur yang bakal diisi dengan pembangunan rumah kedai, ruang pejabat, perumahan, masjid dan berbagai lagi.

Kerajaan negeri diwakili Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dana Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Antara syarikat yang bakal melabur bagi memajukan pelbagai projek di bandar baru itu ialah Syarikat Kelantan Motors Credit (M) Sdn Bhd, Ban Chu Bee Sdn Bhd, Soons Seng Motors Enterprise Sdn Bhd.

Turut melabur ialah Charisma Positif (M) Sdn Bhd, Swee Chong Sdn Bhd, Sim Motors Workshop (KB) Sdn Bhd, Mentari Housing Sdn Bhd dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Husam ketika berucap pada majlis yang sama memberitahu pihaknya menerima banyak tempahan para pelabur untuk mengambil bahagian melabur di situ.

Beliau turut berkeyakinan dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, masalah kesesakan bandar ini akan selesai apabila siapnya pembangunan di situ.

"Kita juga yakin dalam tempoh lima tahun akan datang, Bandar Baru Tunjong akan jadi sebuah pusat pembangunan baru di Kota Bharu khususnya Kelantan," ujarnya.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

4 wakil Hamas sertai Muktamar PAS

Posted: 08 Jun 2010 04:45 AM PDT

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 8 Jun: Empat wakil Hamas bakal hadir ke Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 13 Jun ini di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini.

Juga dijangka akan hadir ialah tetamu jemputan dari Maldives dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) serta beberapa tokoh Islam dari luar negara.

Pengarah Muktamar PAS ke-56, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar), berkata kehadiran tetamu luar amat dialu-alukan terutama dalam isu Palestin yang kini hangat diperkatakan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan perjalanan muktamar yang bakal berlangsung dua hari lagi.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu satu usul tergempar berhubung sokongan PAS terhadap pergerakan Palestin akan dikemukakan.

Menyentuh tentang perjalanan muktamar, katanya ianya akan dimulai oleh muktamar dewan-dewan bermula pada 10 Jun ini.

"Muktamar Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan berlangsung di tiga kawasan berasingan, iaitu di Kompleks Madu Machang, Kelantan Trade Centre (KTC) dan Perdana Resort.

"Bagaimanapun, majlis perasmiannya akan bermula serentak pada 9 Jun di Putik iaitu malam esok kira-kira pukul 9.00 malam," ujarnya.

Jelasnya, perubahan buat julung kali diadakan itu dengan harapan ketiga-tiga dewan terbabit akan mendapat maklumat terus dari pimpinan secara serentak.

Sementara itu, bandar Kota Bharu hari ini mula dikunjungi para pelancong termasuk para pemerhati muktamar menyebabkan jalan-jalan utama mulai sesak.

Takiyuddin ketika mengulas perkara itu, berkata hotel-hotel dan rumah tumpangan yang telah ditempah sejak April dan Mei lalu oleh perwakilan dan pemerhati sudah mula diisi oleh tetamu muktamar itu.

Persiapan muktamar, katanya kini hampir siap 100 peratus termasuk khemah pameran, ekspo, ruang makan, bilik media dan berbagai lagi.

Difahamkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekali lagi akan melakukan lawatan ke Putik petang ini untuk meninjau perkembangan persiapan terakhir muktamar.

Semalam juga, rakan-rakan media turut dijemput meninjau bilik khas untuk mereka di samping mendengar taklimat khas dari pengarah muktamar.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Najib Panas Kepala Dengan Judi Bola Sepak?

Posted: 08 Jun 2010 02:00 AM PDT

PANAS dan pening juga kepala Najib Razak gara-gara lesen judi bola sepak. Mungkin kerana pening menyebabkan Najib terlupa apa yang dikatakan tentang lesen itu sebelum ini. Dalam jawaban bertulis di Parlimen semalam Najib selaku Menteri Kewangan menjawab lesen itu belum dikeluarkan lagi kerana masih menerima maklum balas dari berbagai pihak.

Manakala Vicent Tan yang diberikan lesen judi menerusi syarikat Berjaya Corp pula mengatakan lesen itu sudah pun diluluskan kepadanya. Beliau siap untuk menderma untuk kebajikan sebanyak RM525 million hasil dari wang berkenaan. Mana satu yang betul ni? Apakah Najib bohong ataupun Vicent Tan yang benar, atau sebaliknya?

Yang jelasnya Najib panas dan pening kepala mengenai lesen judi ini. Berbagai pihak menentang kelulusan lesen judi itu. Bukan saja Pas, PKR dan DAP, tetapi pemimpin BN juga turut sama menentangnya.

Bekas PM, Abdullah Badawi juga turut menentangnya. Kata Abdullah kerajaan perlu mendengar pandangan dari rakyat bawahan. Yang agak teragak-agak hendak menentang ialah Dr Mahathir Mohamad. Saya tidak terdengar tentangan Mahathir mengenai perkara ini. Begitu juga dengan NGO yang kononnya radikal Melayu juga tidak berapa lantang menentang judi setakat buat kenyataan di stesen berbanyar saja.

Kenapa kali ini NGO berkenaan tidak pakai kain lilit kepala merah menentang judi? Kalau tentang kepala lembu, tentang kenyataan menyentuh raja bukan main lagi, siap dengan belit kepala dengan kain merah. Apakah pemimpin NGO berkenaan rakain baik Vicant Tan? Barangkali.

Untuk tamatkan cerita dan sejutkan kepala Najib senang saja batalkan pemberian lesen itu kepada Vicent Tan, habis cerita. Berat sangatkah untuk batalkan. Percayalah negara tidak akan bankrap kalaupun lesen judi tidak dikeluarkan. Masih banyak lagi sumber lain untuk dijana ke dalam perbendahraan negara.

Atau Najib merasa kekok untuk membatalkan sebab sudah terima komisyennya daripada Vicent Tan. Begitukah? Selalunya begitulah setiap apa-apa projek hendak diluluskan 10 hingga 30 persen komisyen telahpun dikaut. Telah dibahagi-bahagiakan dalam Gua Bukit Tunggal!

Baik Najib berteurs terang saja kalau sudah ambil komisyen. Berapa jumlahnya. Dan jika ianya telah digunakan, Najib boleh punggut derma untuk membayar balik wang komisyen itu kepada Vicent Tan. Rakyat Malaysia yang pemurah sedia menghulurkan derma daripada membiarkan negara mereka bergelumang dengan perjudian.

http://msomelayu.blogspot.com/


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Kerajaan perpaduan: Bukan isu tapi perwakilan PAS ‘bebas’ bangkit

Posted: 07 Jun 2010 11:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Jun — PAS menganggap isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan PAS dan Umno-BN sejak selepas pilihan raya umum 2008 sudah selesai dan tidak akan menjadi antara agenda utama pada muktamar tahunan di Kelantan minggu ini.

Sebaliknya muktamar kali ini akan memberi tumpuan ke atas pendekatan memperkukuhkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, susulan hasil perbincangan mesyuarat tahunan DAP dan PKR baru-baru ini.

"Saya rasa tak akan timbul lagi... saya rasa (ia) sudah pun selesai, tak timbul lagi," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad ketika ditemui The Malaysian Insider ketika ditemui di sini.

Sehubungan itu kata beliau, pucuk kepimpinan juga tidak akan menghalang jika ada mana-mana perwakilan yang mahu membangkitkan semula isu berkenaan pada muktamar kali ini.

Malah katanya, PAS juga tidak akan menapis kandungan topik perbahasan para perwakilan.

"Isu itu tak timbul, kita (bersikap) terbuka," kata beliau lagi.

"Kami tidak akan tapis, mereka boleh menyentuh apa sahaja. Jika ada yang hendak membangkitkan... boleh, dan jika ada, kami akan menjawab... pemimpin-pemimpin akan menjawab jika ia disentuh.

"Jika ada perkara yang membabitkan lajnah saya, saya akan menjawab... tiada masalah," kata beliau.

Idris berkata, pihaknya menganggap perkara itu sudah selesai selepas pemimpin-pemimpin menjawabnya ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam, Jun lalu.

Sesi penggulungan ketika muktamar lalu dilihat menjadi 'panas' dengan isu kerajaan perpaduan.

Dalam ucapan dasarnya tahun lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat dan kerajaan Umno-BN sendiri menyokong gagasan kerajaan perpaduan yang dicadangkannya untuk menyelesaikan masalah negara yang berlaku.

"Semua pihak termasuk Pakatan Rakyat perlu memahami dahulu konsep secara terperinci kerana ini merupakan perkara yang baru di Malaysia dan untuk memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.

Antara lain, beliau menjelaskan bahawa PAS bergerak secara kolektif bersama Pakatan Rakyat kerana mempunyai tanggungjawab bersama untuk menangani krisis ekonomi, politik, global dan sosial yang berlaku di Malaysia.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk Hadi dan timbalannya.

Desakan Nik Aziz itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti berhubung isu kerajaan perpaduan walaupun dianggap sudah selesai Jun lalu.

Muktamar khas itu tidak diadakan, sebaliknya dilangsungkan seminar politik manakala jawatankuasa disiplin diarah menyiasat aduan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hasan Ali dan juga bekas timbalannya Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Saranan itu dikemukakan kira-kira empat bulan selepas pemilihan Jun 2009.

The Malaysian Insider difahamkan perkara itu menjadi perhatian semula sejak kebelakangan ini, sehingga kemungkinan dibangkitkan lagi dalam muktamar kali ini.

Ia antara lain ekoran penekanan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat

Isa pada majlis pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata Mac lalu.

Nasharudin dipetik berkata yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu PAS dan Umno terhenti di separuh jalan.

"Bagi sesetengah daripada kami, pendirian Nasharudin masih belum jelas (dalam isu kerajaan perpaduan).

"Isu kerjasama dengan Umno tidak ditangani dengan sepenuhnya," kata seorang lagi pemimpin PAS dengan merujuk kepada kenyataan Nasharudin yang menyentuh tentang hubungan PAS-Umno Mac lalu, pada majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun dalam penjelasan kepada The Malaysian Insider, menurut Idris, Nasharudin telah menjelaskan kepada pucuk kepimpinan konteks dan maksud ucapannya itu pada majlis tersebut.

Malah menurut Idris, konteks ucapan beliau telah disalahertikan sehingga menimbulkan suasana tidak senang di kalangan ahli parti.

Oleh itu tegas Idris, beliau berpendapat isu berkenaan bukan lagi satu agenda untuk dibangkitkan lagi.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Muslimat PAS pusat Nuridah Mohd Salleh ketika dihubungi memberitahu, sayapnya akan meminta pucuk kepimpinan parti meneruskan kerjasama politik dalam skop yang telah diterima bersama Pakatan Rakyat.

Katanya, mengambil kira kekecewaan yang dialami PAS selama ini Dewan Muslimat tidak mahu kerjasama politik dengan pihak-pihak di luar Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kata beliau, PAS boleh mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak demi kesejahteraan rakyat jelata.

"Saya akan sentuh (dalam ucapan saya) berhubung peranan PAS dalam Pakatan Rakyat, kita sedia berbincang dengan mana-mana pihak tetapi bukan kerjasama politik, kecuali dengan komponen dalam Pakatan Rakyat... sebagaimana telah dipersetujui.

"Kita terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak untuk kesejahteraan rakyat, bukannya kerjasama politik," katanya lagi.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Kabinet Najib masih amalkan polisi pro-Israel

Posted: 07 Jun 2010 11:00 PM PDT

Oleh Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak ada gunanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan usul mengecam zionis Israel di Dewan Rakyat semalam kerana Kabinet Malaysia secara rahsia masih menjalinkan perdagangan komersil dengan negara haram zionis itu.

Katanya, perdagangan komersil dengan rejim haram Israel masih terjalin sehingga kini sebagaimana yang diperkenalkan sejak Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri Malaysia dahulu.

"Sia-sia usul kecaman zionis Israel kerana bagi saya bahawa Najib masih meneruskan polisi yang ditinggalkan oleh Tun (Dr Mahathir) iaitu sesiapa pun boleh memohon daripada kabinet Malaysia secara rahsia untuk apa jua komoditi yang mahu diperdagangkan dengan kerajaan haram zionis Israel ini," ujar beliau.

Mahfuz yang juga Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat berkata, kabinet Najib dilaporkan masih meluluskan perdagangan sejenis bahan kimia dengan negara haram tersebut secara rahsia sekitar Mac hingga April lalu.

Tidak cukup dengan itu, katanya kabinet Najib juga secara rahsia dilaporkan masih bersetuju memperdagangkan minyak sawit kepada negara haram zionis Israel tersebut pada Mei lalu.

Sehubungan itu, Najib dicabar menafikan kedua-dua pendedahan tersebut atau diminta menghentikan sikap hipokrit dalam isu keganasan zionis Israel dalam menghalang bantuan kemunusiaan sedunia ke Gaza yang sedang dikecam oleh dunia dan rakyat Malaysia sekarang.

"Kalau tak benar, dia (Najib) kena buat penafian yang kabinetnya tidak lagi melaksanakan polisi yang ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir itu dan kalau benar pula, berhentilah tunjuk sikap hipokrit itu," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan tentang buku-buku penerbitan komersil zionis Israel yang berada di Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sekarang.

"Takkan buku-buku yang menjelaskan prospek perdagangan dan perindustrian di negara Israel itu sengaja dibekalkan di Perpustakaan MITI, kecuali untuk menggamit minat Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan negara zionis itu.

"Kalau memang tak ada niat apa-apa, KDN tetap perlu jawab mengapa buku sebegini diluluskan di peringkat kerajaan dan dibekalkan di perpustakaan tersebut," ujar beliau lagi.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Anwar: Tarik balik lesen judi Piala Dunia

Posted: 07 Jun 2010 10:45 PM PDT

SERDANG - Judi kini tidak boleh lagi dikaitkan dengan masyarakat Cina sebagai salah satu budaya mereka kerana golongan berkenaan sudah sedar keburukan gejala itu, kata Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, hal ini dibuktikan dengan bantahan besar-besaran lesen pertaruhan bola sepak Piala Dunia termasuk oleh golongan bukan Islam sehingga Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui Lim Guan Eng turut enggan mengeluarkan lesen premis bagi aktiviti itu.

"Yang saya hairan, mengapa Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) yang diterajui orang Islam pula keluarkan lesen judi Piala Dunia. Apabila kita bantah dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) bukan Islam turunkan tandatangan, wakil rakyat BN yang Islam pula enggan. Apa sudah jadi?" katanya ketika menyampaikan pidato perdana di Dewan Serbaguna Serdang di sini.

Anwar berkata, bantahan terhadap judi adalah bukti masyarakat Cina yang sering dikaitkan dengan kegiatan itu sebagai salah satu budaya mereka, kini sudah bangkit dengan serius menangani isu keruntuhan akhlak.

"BN atau UMNO tidak ada alasan lagi. Orang bukan Islam pun tidak mahu (judi), mereka pula yang sebaliknya mahu," katanya disambut gelak tawa hadirin yang seramai kira-kira 1,000 orang. Turut hadir pada ceramah itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Yaakub Hussain dan Yang Dipertua Pas Kulim Bandar Baharu, Hassan Abdul Razak.

Anwar berkata, selain judi, masalah arak juga yang sering dikaitkan dengan masyarakat bukan Islam, kini tidak boleh lagi menjadi isu bagi BN atau kerajaan.

"Apabila kita letak Datuk Zaid Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, UMNO mainkan isu konon calon Parti Keadilan Rakyat pernah minum arak. Mereka edar gambarnya dan macam-macam. Tapi itu dulu.

"Dia sudah taubat dan janji tidak akan terlibat lagi dengan perbuatan itu. Itu sudah bagus. Saya nak tanya kepada pemimpin UMNO, apakah mereka juga berani mengatakan mereka tidak pernah sekalipun minum arak?," katanya.

Sehubungan itu, kata Anwar, UMNO atau BN tidak harus menjadikan golongan bukan Islam sebagai benteng untuk mereka mempertahankan kegiatan yang bercanggah dengan hukum moral.

"Kerana itu, judi bola sepak Piala Dunia yang diluluskan Kerajaan BN perlu ditarik balik," katanya.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Dua minggu peluk Islam kena tangkap basah

Posted: 07 Jun 2010 10:30 PM PDT

KULIM - Seorang wanita Orang Asli yang baru dua minggu memeluk Islam, ditangkap kerana disyaki bersekedudukan dengan lelaki Bangladesh.

Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi ke atas sebuah rumah di Taman Mahsuri di sini yang dibuat atas maklumat awam. anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) mendapati sepasang lelaki dan wanita berada di dalam sebuah rumah menyebabkan mereka terpaksa ditahan.

"Dari soal siasat, lelaki itu didapati beragama Islam manakala pasangannya yang berusia 24 tahun, baru dua minggu memeluk Islam," kata seorang pegawai PADK.

Pasangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Padang Serai untuk membuat laporan dan mereka akan dihadapkan ke mahkamah syariah mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara setahun.

Menurutnya sepanjang minggu ini, lebih lima pasangan berjaya ditangkap dan kesemua mereka sedang menunggu tarikh pendakwaan yang akan dibuat terhadap mereka di Mahkamah Syariah Kulim.

"PADK bukan sahaja menjalankan tangkapan terhadap pasangan yang berada dalam keadaan berkurung tetapi menahan mana-mana pasangan yang tidak mempunyai hubungan mahram bersama selepas jam 12 tengah malam," katanya.

Pegawai berkenaan menasihatkan kepada ibu bapa agar memberikan perhatian terhadap anak-anak terutama remaja perempuan supaya tidak terlalu bebas bergaul.

"Sekiranya kita dapati sesiapa juga melakukan perlakuan sumbang, PADK tidak ada pilihan lain selain menahan dan mendakwa mereka di mahkamah. Dari rekod PADK, kebanyakan pasangan bawah umur atau remaja yang ditangkap khalwat selalunya datang dari keluarga bermasalah. Ada antara mereka datang dari keluarga berpecah belah akibat perceraian.

Ini mengakibatkan kehidupan mereka tidak dikawal. Selain itu, sikap ibu bapa yang tidak mempedulikan gerak geri anak mereka memberi peluang kepada golongan ini melakukan maksiat," katanya.

Menurutnya, terdapat beberapa kes di mana PADK mendapati pelajar bawah umur mengandung dan sudah melahirkan anak namun ibu bapa mereka tidak membuat laporan polis kerana kononnya bagi mengelak maruah keluarga tercalar.

"Sudah jadi begitu, tahu pula nak sorok. Mereka harus ingat, bagi kes mana-mana perempuan melahirkan anak tanpa nikah, mereka boleh didakwa dan didenda sehingga RM5,000"katanya.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Lesen judi sukan: GMJ mahu pertingkat tekanan

Posted: 07 Jun 2010 10:05 PM PDT

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan mempertingkatkan usaha mendesak kerajaan memansuhkan judi sukan ekoran pendirian terbaru Kementerian Kewangan proses pelesenan masih dalam peringkat pertimbangan termasuk mahu menjana maklum balas rakyat.

Sambil menyifatkan kenyataan terbaru kerajaan semalam sebagai kejayaan rakyat, Setiausahanya Suhaizan Kaiat berkata perhimpunan 3 Julai ini akan diteruskan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS berkata, tindak balas daripada rakyat seperti ceramah, demontrasi, penyerahan memorandum dan larangan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan telah memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat tidak bersetuju dengan kelulusan lesen judi sukan yang telah lama diluluskan oleh pihak kerajaan.

Oleh itu kata beliau, kerajaan bukan sahaja perlu membatalkan hasrat untuk memberi lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd, malah wajib membatalkan lesen judi sukan sepenuhnya.

"Sebenarnya tekanan rakyat ini telah berjaya menghalang pihak kerajaan memberi kebenaran kepada syarikat Ascot menjalankan operasi judi sukan semasa kejohanan bola sepak piala dunia yang akan berlansung pada Jumaat ini.

"Ini merupakan kejayaan 50 peratus rakyat Malaysia untuk memansuhkan judi sukan.

"Tahniah rakyat Malaysia... Rakyat Malaysia perlu melaksanakan baki 50 peratus lagi usaha mendesak pihak kerajaan memansuhkan judi sukan yang telah lama diluluskan melalui Himpunan 100,000 pada 3 Julai ini," katanya.

Beliau berkata, tekanan perlu dipertingkatkan bagi memastikan "pecutan terakhir ini" berjaya memansuhkan judi sukan yang boleh membawa kesan buruk khususnya kepada anak-anak muda di negara ini.

Sehubungan itu kata beliau, GMJ bersedia pada bila-bila masa menyahut seruan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk memberikan pandangan kepada pihak kerajaan bagi membenteras perjudian tanpa lesen yang berleluasa di negara ini.

"Walau bagaimanapun bukanlah pendekatan yang bijak bagi sebuah kerajaan yang kononya sebuah negara Islam meluluskan judi sukan yang bertentangan dengan semua agama di dunia ini," katanya.

Dalam jawapan bertulis semalam, Kementerian Kewangan berhubung lessen judi telah menyatakan bahawa kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terima pelesenan dengan syarikat terbabit bagi menjalankan operasi pertaruhan di negara ini.

Kerajaan sedang mendapatkan maklum balas dan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di negara ini.

"Walau bagaimanapun menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.

"Secara ringkasnya telah memberi maksud bahawa lesen judi sukan sememangnya telah lama diluluskan tetapi masih dalam perbincangan untuk menganugerahkan kepada syarikat Ascot," kata pemimpin pemuda PAS itu.

"Kerajaan sedang menunggu maklum balas daripada pelbagai pihak sebelum menganugerahkan kepada syarikat terbabit," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Kohilal: Pengurusan lemah punca rugi

Posted: 07 Jun 2010 10:00 PM PDT

KOTA BHARU- Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui kelemahan dalam pengurusan koperasi Al- Hilal Berhad (Kohilal) antara punca yang menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian dalam perniagaannya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas III bagaimanapun menyangkal terdapat unsur penyelewengan berlaku dalam pengurusan koperasi itu sehingga menyebabkan ia gagal membayar dividen kepada ahlinya sebagaimana yang dijadualkan.

"Masalah ini melibatkan pengurusan iaitu silap pelaburan dan perkiraan perniagaan, bila buat pelaburan yang tidak kena maka berlaku kerugian, inilah risiko yang terpaksa ditanggung dalam perniagaan," katanya selepas merasmikan Seminar Halalan Toyyiban Kelantan 2010 di sini, semalam.

Kelmarin, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendesak Pas mendedahkan kedudukan wang berjumlah RM45 juta yang dilaburkan oleh ahli-ahlinya melalui koperasi Kohilal yang ditubuhkan pada 1986.

Ibrahim berkata, banyak dakwaan timbul mengenai kewujudan skandal dalam koperasi berkenaan menyebabkan skim pelaburan itu hanya mampu membayar dividen yang terlalu sedikit dan kali terakhir pada 1997 kepada ahlinya.

Mohd Amar berkata, operasi Kohilal kini dibekukan dan dalam proses untuk menstrukturkan kembali organisasinya sekali gus memulihkan kembali perniagaannya.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, masalah yang berlaku kepada Kohilal sudah lama berlalu dan tidak perlu dibangkitkan oleh Ahli Pasir Mas itu.

"Ibrahim ini tak da kerja, habis dia usik. Apa yang jelas, sekarang sedang buat struktur baru dan pemulihan, kita kena bagi masa," katanya.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Kuota dikhuatiri rugikan Melayu

Posted: 07 Jun 2010 09:49 PM PDT


SHAH ALAM – Kerajaan digesa mengkaji semula kuota 60:40 kepada kaum lain bagi kawasan komersial di Kampung Baru kerana sekiranya cadangan itu diteruskan dikhuatiri akan merugikan orang Melayu.

Pengerusi Dewan Muda, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS), Agil Faisal Ahmad Fadzil (gambar) berkata, hasrat kerajaan mahu memajukan Kampung Baru adalah satu cadangan yang amat bernas dan dialu-alukan.

Menurutnya, bagaimanapun, apa yang menimbulkan keraguan dan menyesakkan nafas adalah cadangan untuk membuka kuota 60:40 kepada kaum lain.

"Banyak pembangunan sekarang ini terutamanya di kawasan bandar-bandar tidak memihak kepada orang Melayu ditambah pula jurang ekonomi orang Melayu masih lagi jauh tertinggal.

"Alasan pembahagian 60:40 untuk mempercepatkan pembangunan Kampung Baru dan dapat menarik pelabur adalah tidak munasabah dan alasan lapuk," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, beliau yakin sekiranya Kampung Baru dibangunkan dengan pemilikan 100 peratus Melayu, kawasan itu akan tetap maju dan berdaya saing kerana lokasinya yang strategik.

Beliau berkata, tanggapan golongan pendek akal yang mengatakan orang Melayu tidak mampu untuk membeli kawasan komersial yang bernilai tinggi adalah tidak tepat.

"Orang Melayu mana yang tidak mahu memiliki hartanah di kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur? Bangunkan kawasan itu dan tawarkan kepada orang Melayu melalui institusi amanah milik orang Islam dan Melayu, persatuan-persatuan perniagaan Melayu ataupun individu-individu Melayu pasti laris macam goreng pisang panas," katanya.

Aqil berkata, tiada ahli perniagaan Melayu yang akan melepaskan peluang sekiranya dibenarkan memiliki premis perniagaan di Kampung Baru.

Menurut beliau, apa yang diperlukan adalah pelan utama yang jelas supaya potensi sebenar pembangunan Kampung Baru dapat di hayati dan divisualkan.

"Satu lagi isu yang amat penting adalah berkenaan dengan Akta Parlimen yang akan digubal untuk mengawal pembangunan Kampung Baru.

"Janganlah akta ini memberi kuasa mutlak kepada satu-satu individu untuk menentukan perubahan sesuatu dasar berkenaan dengan pembangunan Kampung Baru.

"Sebagai contoh kuasa mengubah zon-zon kawasan atau kuota jangan sesekali diletakkan di bawah kuasa Datuk Bandar , Menteri mahupun Perdana Menteri sekalipun tetapi harus di putuskan oleh jawatankuasa lebih besar dan telus serta perlu di anggotai oleh orang Melayu sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata, sememangnya hasrat murni Kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru sememangnya dihargai tetapi janganlah sesekali meletakkan kepentingan ekonomi semata-mata kerana orang Melayu telah banyak mengalah dan kalah di dalam percaturan ekonomi di Tanah Melayu.


span style="color: rgb(204, 0, 0);">Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Pakatan mahu tahap kesihatan Sultan Kelantan

Posted: 07 Jun 2010 09:30 PM PDT

SHAH ALAM - Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia (Pakatan) mohon perkenan Pemangku Raja Kelantan maklumkan keadaan sebenar tahap kesihatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra.

Presidennya, Datuk Noordin Ab Razak berkata tindakan itu bagi memudahkan rakyat mengetahui keadaan kesihatan Sultan yang dikasihi agar rakyat tidak tertanya-tanya.

Beliau juga memohon agar laporan panel perubatan yang telah memeriksa tahap kesihatan Sultan Kelantan diumumkan kepada seluruh rakyat jelata.

"Kami juga mohon agar Pemangku Raja Kelantan mencari jalan untuk menangani sebaik mungkin mereka yang telah dan cuba untuk menyebarkan berita yang tidak benar berkaitan dengan tahap kesihatan baginda,"katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam.

Noordin berkata, anak-anak Kelantan di perantauan yang bernaung di bawah Pakatan merakamkan tahniah atas keprihatinan Pemangku Raja Kelantan terhadap apa yang berlaku kebelakangan ini dan telah berjaya menanganinya dengan penuh berhati-hati dan cermat

"Apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini sedikit sebanyak telah mencalar imej Kesultanan Kelantan dan telah menggoyang keutuhannya.

"Kami yakin dengan kebijaksanaan dan daya kepimpinan yang ditunjukkan oleh Pemangku Raja Kelantan selama ini dengan dibantu oleh pemimpin negara, keharmonian, kekuatan dan keutuhan Institusi Kesultanan Kelantan akan kembali pulih malah akan lebih hebat lagi," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Noordin, kami juga ingin Pemangku Raja Kelantan agar mencari jalan untuk menjamin keutuhan Institusi Kesultanan Kelantan sebagaimana sedia kala.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Muslimat tuntut kuota jawatan Naib Presiden Pas

Posted: 07 Jun 2010 09:15 PM PDT

KUALA LUMPUR - Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) sekali lagi akan mengemukakan usul bagi mendapatkan satu kerusi naib presiden untuk kaum wanita dalam Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat ke-50 di Dewan Duyung Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan, Khamis ini.

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata, berdasarkan senario politik masa kini yang memperlihatkan semakin ramai wanita menjadi wakil rakyat dan memegang jawatan timbalan pesuruhjaya negeri serta ketua kawasan, beliau yakin usul kali ini akan diterima jawatankuasa, walaupun pernah ditolak sebelum ini.

Menurutnya, Pas telah melakukan pindaan peruntukan perwakilan Muslimat untuk Muktamar Dewan Muslimat yang telah diluluskan perlembagaan pindaan 2009, iaitu seramai empat orang perwakilan Muslimat bagi setiap kawasan di seluruh negara.

"Terdapat hanya 15 orang perwakilan bagi setiap negeri pada tahun-tahun sebelumnya, tetapi pada kali ini 155 Dewan Muslimat kawasan yang berdaftar di seluruh Malaysia menjadikan jumlah Muslimat yang akan hadir adalah 620 orang.

"Pertambahan bilangan Muslimat yang hadir menjadikan Pas sebagai parti lebih dinamik, terutama dalam penglibatan kaum wanita," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Agong Pas di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Salbiah Abdul Wahab dan Setiausaha, Kartini Ahmad.

Katanya, Dewan Muslimat akan membincangkan usul tersebut di peringkat kawasan:, tetapi sebarang keputusan di peringkat Dewan Muslimat Pusat belum dibuat sama ada usul tersebut akan diterima untuk perbahasan atau sebaliknya.

"Kami serahkan kepada barisan kepimpinan pusat untuk menentukan, apa yang penting peranan dan sumbangan wanita dalam Pas diiktiraf," katanya.

Untuk rekod, tahun 2005, Kelantan pernah menamakan Dr Siti Mariah Mahmod yang juga Ahli Parlimen Kota Raja untuk bertanding jawatan Naib Presiden Pas.

Parti itu pernah mempunyai seorang Naib Yang Dipertua wanita, iaitu Khadijah Sidek, bekas Pesuruhjaya Pas Johor, kira-kira 40 tahun lalu.

Nuridah berkata, seiring dengan pertambahan penglibatan kaum wanita dalam parti itu, DMPP akan sentiasa meneruskan usaha serius mendapatkan satu kerusi naib presiden untuk wanita.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Temubual Al Jazeera bersama aktivis Ken O’Keefe atas dakwaan Israel terhadapnya.

Posted: 07 Jun 2010 09:00 PM PDT




Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Demonstrasi Anti-Yahudi yang nyata Sia-Sia

Posted: 07 Jun 2010 08:30 PM PDT

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Kami kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca yang berminat (nyata tiada paksaan).

**********

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

"Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional."
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

"Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang."

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

"Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk."

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, "saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi."
"Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni."
"Kenapa Pak Cik?"
"Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni."
"Pak Cik hisap rokok apa?" saya mula teruja untuk berbual.
"Masih Winston. Dah sebati sejak dulu."
"Winston from America?" bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

"Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?" kilasnya mengalih arah perbualan.
"Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu," tegas saya.
"Apa dia?"
"Solat Subuh berjemaah."

"Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat." Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
"Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati."
"Kita mesti sanggup memikul senjata."
"Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh."
"Saya tak faham."

"Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka."
"Apa yang menyakitkan mereka?"
"Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri."
"Jadi?"
"Sebaik-baik 'demonstrasi' ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain."
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

"Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?"
"Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!"
"Awak sindir saya?"

"Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak."
"Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!"
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
"Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka."
"Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?"

"Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?"
"Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam."
"Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam."
"Contoh?"
"Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis."

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, "mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?"
"Ketiga-tiga isme itu sama."
"Sama?"
"Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!"
"Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?"

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
"Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan 'genuine'."
"Misalnya?"
"Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran."
"Lagi?"
"Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!"
"lagi?"

"Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh 'berdemonstrasi hari-hari' terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood."
"Idola Amerika?"
"Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah."

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
"Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?" kata saya seakan-akan merayu.
"Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin."
"Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci."
"Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari."

"Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? "

"Eh, kami yang demonstrasi semua solat…"
"Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?"

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
"Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka."

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus 'mengecilkan' pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

AS menyokong tragedi pembunuhan kejam armada kebebasan

Posted: 07 Jun 2010 08:00 PM PDT

Amerika Syarikat menganggapkan tindakan Israel melakukan pembunuhan secara kejam baru-baru ini terhadap para aktivis yang berada di atas kapal armada kebebasan, yang cuba belayar ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan, adalah sebagai tindakan untuk mempertahankan hak mereka dan menjaga "keselamatan Israel".

Joseph Biden, Naib Presiden Amerika, telah berkata dalam sebuah wawancara televisyen bahawa " Israel "memiliki hak penuh dalam menahan dan memeriksa kapal yang menuju ke Gaza. Beliau menambah lagi bahawa : "Israel tidak mengetahui (sebenarnya) muatan kapal yang menuju ke Gaza tersebut yang telah dilancarkan roket keatasnya".

Joseph Biden menegaskan lagi bahawa armada kebebasan perlu bertanggungjawab atas kesalahan mereka sendiri kerana tidak mematuhi atau mendengar kehendak Zionis supaya armada menukar pendirian mereka dan memberi peluang kepada "kerajaan" Zionis atau kebenaran supaya menguruskan bantuan kemanusiaan dengan (pihak rejim Zionis) membawa sendiri kapal konvoi tersebut ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : arif


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Tiada ulasan: