Khamis, 10 Jun 2010

al-banjari online 2010

al-banjari online 2010


Tazkirah@ABO - Hamba duit !

Posted: 10 Jun 2010 09:01 AM PDT

Suatu ketika dahulu, jauh di tengah lautan terdapat dua buah pulau yang berjiran. Sebuah bernama Aya dan sebuah lagi bernama Baya. Mereka yang tinggal di pulau Aya dipanggil kaum Ayan, pulau mereka amat subur dan penuh dengan tanaman dan juga buah-buahan tropika.

Terdapat banyak air terjun dan sungai yang bukan sahaja memberi mereka sumber air minuman malahan ianya menjadi tumpuan penduduk Aya untuk bersantai dan beriadah bersama keluarga.

Lautan disekeliling pulau mereka amat bersih dan bebas dari pencemaran, dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang juga memberi sumber makanan untuk mereka. Pulau Aya juga mempunyai emas dan kaum Ayan terutamanya wanita amat sukakan perhiasan dari emas. Mereka juga menggunakan kepingan2 emas sebagai wang kerana bagi mereka emas adalah sesuatu yang bernilai.

Raja Aya memerintah Pulau Aya dan dialah yang mengawal pengeluaran kepingan2 emas tersebut untuk digunakan sebagai wang. Kaum Ayan hidup saling bantu membantu sesama sendiri dan mereka juga tidak mengenakan riba, faedah atau bunga apabila mereka meminjam wang sesama mereka.

Ada kalanya, Aya dilanda ribut dan ombak besar memusnahkan rumah dan harta mereka, akan tetapi dengan segeranya mereka saling tolong menolong membantu membina dan membaiki kerosakan yang berlaku. Jika tiada ribut, hidup mereka adalah sebuah pulau dengan komuniti masyarakat yang aman dan hidup dengan harmoninya.

Dipulau yang sebuah lagi iaitu Baya yang mana penduduk disitu dipanggil kaum Bayan, ia diketuai oleh seorang pemimpin bernama Tuk Bayan, beliau adalah lelaki berumur yang dihormati dikalangan mereka.

Pulau Bayan juga adalah pulau yang subur, kaum Bayan rata2nya adalah pesawah atau pun penternak lembu, kambing dan juga ayam. Sesetengah mereka amat mahir didalam bertukang dan membuat pelbagai barang kegunaan. Mereka juga hidup dengan aman dan saling tolong menolong sesama mereka didalam meneruskan kehidupan.

Kaum Bayan bagaimanapun tidaklah semoden kaum Ayan, mereka hanya bertukar2 barang sesama mereka. Mereka sedar yang pulau mereka tidak sehebat pulau Aya yang lebih kaya malah mereka menganggap pulau Ayan lebih canggih daripada pulau mereka sendiri.

Mereka merasakan kaum Ayan bernasib baik dan lebih hebat daripada mereka. Sekali sekala mereka juga bertukar barangan dengan kaum Ayan, mereka tidak tahu apa itu konsep wang. Walaubagaimana pun kaum wanita mereka juga sukakan emas terutamanya barang kemas yang dibuat oleh kaum Ayan.

[II]
Pada satu hari, dua lelaki asing Gago dan Mago, yang belayar dengan kapal berlabuh di Pulau Aya. Kaum Ayan yang amat peramah dan baik hati itu menyambut kedatangan dua tetamu mereka itu.

Gago dan Mago menceritakan kisah pelayaran mereka yang hebat dan ini mengkagumi kaum Ayan. Mereka juga menunjuk kepada kaum Ayan beberapa wang shiling emas dan wang kertas yang digunakan oleh orang2 ditempat lain.

Kaum Ayan tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini, malahan pada wang kertas itu ada gambar pisang yang juga merupakan buah kegemaran mereka. Gago dan Mago juga menunjukkan kepada mereka mesin pencetak wang kertas, apalagi, ini lantas menarik perhatian kaum Ayan. Mereka amat takjub kerana mereka tidak pernah melihat mesin sebegitu. Kaum Ayan amat meyenangi Gago dan Mago lantas mengajak mereka hidup bersama mereka dipulau itu.

Gago dan Mago kemudiannya meyakinkan kaum Ayan yang sesuatu yang dinamakan bank akan memberi faedah yang amat besar kepada mereka. Gago dan Mago menjelaskan yang bank akan memberikan tempat yang selamat untuk menyimpan wang emas mereka dan pada masa yang yang akan menaik taraf ekonomi dengan membolehkan simpanan itu dipinjamkan kepada orang lain untuk memberi manafaat yang mana jika tidak hanya tersimpan begitu sahaja.

Kaum Ayan yang sememangnya suka membantu sesama mereka menganggap itu satu idea yang amat bagus. Gago dan Mago lantas membina sebuah bangunan kecil dengan tempat simpanan selamat dan bermulakan operasi bank yang pertama dipulau Aya.

Mereka meraikan penubuhan bank itu dengan meriahnya. Kaum Aya berpusu2 menyimpan wang emas mereka didalam bank Gago dan Mago. Bagi setiap emas yang disimpan kaum Aya akan diberi sekeping kertas bercetak yang mana mereka boleh gunakan untuk menuntut kembali wang emas mereka.

Kaum Aya amat gembira dengan wang kertas mereka, malah pada wang kertas tersebut terdapat gambar pemimpin mereka Raja Aya, yang mana membuatkan Raja Aya juga bangga dengannya

Sejumlah 100,000 kepingan emas didepositkan oleh kaum Ayan dan sejumlah wang kertas yang sama juga dikeluarkan. Sekarang mereka menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati lebih mudah menggunakannya berbanding kepingan emas yang berat sebelum ini. Wang kertas cetakan Gago dan Mago menjadi salah satunya matawang yang digunakan dipulau Aya. Tiada lagi mereka yang menggunakan kepingan emas.

Kaum Ayan amat gembira kerana dengan mudahnya mereka boleh berurusan sesama mereka. Mereka amat percayakan Gago dan Mago kerana setiap kali mereka memulangkan wang kertas tersebut, kepingan emas mereka dikembalikan semula. Gago dan Mago lama kelamaan menjadi seorang yang dihormati dan dipuji didalam masyarakat pulau Aya.

[III]
Cerita mengenai wang kertas di pulau Aya sampai kepengetahuan kaum Bayan dan mereka juga tertarik dengan wang kertas tersebut. Mereka lantas meminta bantuan Gago dan Mago. Dengan tersenyum, Gago dan Mago menyatakan mereka dengan senang hati juga ingin membantu mereka. Mereka kemudian membina bangunan yang sama di pulau Baya untuk digunakan sebagai bank dan Mago menjadi pengurus bank tersebut.

Berbeza dengan pulau Aya, pulau Baya tidak mempunyai emas untuk disimpan oleh kaum Bayan sebagai deposit. Mago menyatakan tidak mengapa, sebaliknya dia akan memberikan 1000 keping wang kertas kepada setiap keluarga di pulau Baya. Disebabkan ada 100 keluarga di Baya maka 100,000 keping wang kertas diedarkan.

Akan tetapi Mago memberi syarat, pada setiap tahun setiap keluarga mesti memulangkan 1100 keping wang tersebut, 10 peratus lebihan tersebut adalah untuk upah perkhidmatan mereka. Kaum Bayan mendapati wang kertas suatu yang ajaib, ia membuatkan urusan perniagaan mereka semakin mudah dan tiada lagi kerenah mencari orang lain yang ingin bertukar barangan dengan mereka. Mereka semakin boleh tumpukan perhatian kepada satu pekerjaan sahaja.

Ekonomi Aya dan Baya semakin berkembang dengan pesatnya, Gago dan Mago membuat keputusan sudah tiba masanya untuk menjalankan tipu muslihat mereka. Gago mendapati pada satu2 masa, hanya 10% sahaja simpanan emas dituntut oleh kaum Ayan, selebih 90% lagi selamat didalam simpanan.

Melihat wang kertas cetakan mereka sudah semakin diterimapakai, mereka mencetak lagi sebanyak 900,000 wang kertas. Gago mengira, jika kaum Ayan datang menuntut kembali wang emas mereka, dengan kadar 10% tuntutan pada satu2 masa, 100,000 kepingan emas cukup untuk menampung tuntutan itu.

Gago kemudiannya meminjamkan wang kertas yang dicetak itu kepada penduduk Aya yang memerlukannya dengan kadar faedah 15%. Lama kelamaan kaum Ayan mendapati harga barangan mereka semakin meningkat. Mereka tertanya2 akan tetapi tiada siapa yang tahu mengapa terjadinya demikian.

Sesetengah dari mereka yang meminjam wang dari Sago tidak mampu membayar balik pinjaman walaupun mereka bekerja keras untuk mendapatkan wang yang lebih. Persaingan semakin sengit didalam perniagaan dan masyarakat menjadi semakin kurang prihatin dan tidak lagi ambil peduli kebajikan sesama mereka seperti sebelum ini.

Kaum Bayan juga mendapati perkara yang sama terjadi kepada mereka, pada mulanya mereka tidak nampak harga barangan yang meningkat, akan tetapi mereka perasan akan perubahan dari segi sikap sesama mereka.

Mereka terpaksa lebih bersaing dan semakin kurang prihatin sesama mereka. Walaupun terpaksa bekerja keras dan dengan cuba bersaing, sesetengah mereka tidak mampu membayar balik pinjaman. Mereka tidak berjaya mendapat wang yang cukup untuk dipulangkan kepada bank kepunyaan Mago.

[IV]
Mago mula merampas harta kepunyaan kaum Bayan yang tidak mampu membayar pinjaman seperti tanah dan juga ternakan seperti lembu dan kambing. Tuk Bayan juga antara mereka yang tidak mampu membayar balik akan tetapi Mago memberi pinjaman semula kepada Tuk Bayan dan juga kepada kaum Bayan yang lain yang mana ini menambah lagi hutang mereka.

Tuk Bayan kemudian tidak mampu lagi membayar dan Mago membiayainya lagi dengan lebih banyak hutang yang perlu dibayar. Tuk Bayan mula mengelak dari berjumpa dengan Mago, beliau sungguh malu malah kuasa, keberanian dan kehormatan yang dimilikinya dahulu semakin hilang. Tuk Bayan sebaliknya mendapati Mago menjadi semakin kaya dengan mengambil harta kaumnya. Malah beliau merasakan kuasa, keberanian dan juga kehormatan yang dipunyainya dahulu sekarang beralih kepada Mago.

[V]
Selepas beberapa tahun, Gago dan Mago yang dahulunya berlabuh dipantai pulau Aya dengan hanya mesin pencetak, sekarang adalah tuan punya kebanyakan tanah dan harta dikedua2 pulau Aya dan Baya. Penduduk pulau tersebut sekarang hanya menjadi pekerja dan hidup didalam kemiskinan.

Mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung hidup yang semakin sukar. Semakin kurang masa untuk bersama keluarga, rakan2 malahan untuk beribadat. Masalah sosial semakin berleluasa, manusia semakin tidak pedulikan manusia yang lain. Tidak dapat dinafikan lagi dengan kemiskinan, penyakit sosial lain seperti kecurian, rompakan, pelacuran juga semakin meningkat.

Begitu juga dengan alam sekitar mereka yang dahulunya bersih sekarang sudah tercemar akibat aktiviti penduduk Aya dan Baya sendiri yang terpaksa mengekspoitasi sumber alam untuk membayar hutang2 mereka.

Cara hidup mereka sikit demi sedikit berubah kerana Gago dan Mago memperkenalkan budaya "hebat" olahan masyarakat "hebat" dari mana mereka berasal. Inilah penghujung budaya prihatin dan penyayang masyarakat pulau Aya dan Baya yang hidup dengan aman dan prihatin sebelum Gago dan Mago datang dengan mesin pencetak.

Gago dan Mago tidak berhenti disitu, mereka terus menyebarkan pengaruh mereka manusia dan masyarakat lain. Impian utama mereka adalah untuk menjadi raja yang memerintah dunia dengan mewujudkan satu sistem perbankan dengan satu sistem kewangan global.

Kita boleh menganggap, berdasarkan perumpamaan diatas, dibawah sistem kewangan antarabangsa, kejadian yang berlaku diatas adalah apa yang berlaku pada negara2 membangun diserata dunia termasuklah negara kita Malaysia.

1. Inilah cara bagaimana wang dicipta dibawah sistem perbankan semasa. Jika keperluan simpanan disyaratkan adalah 10% maka dengan simpanan sebanyak 100,000, maka jumlah pinjaman yang boleh diberikan adalah sebanyak 1,000,000 (100,000/0.1).

2. Lebih mudah untuk melihat permasalahan diatas dengan formula untuk pertukaran yang mana MV = PY :: Di dalam contoh diatas, dengan bertambahkan wang didalam kitaran M tanpa bertambahnya dengan kadar yang sama akan jumlah barangan atau perkhidmatan Y, paras harga P akan meningkat (dengan anggapan kadar kitaran, V, kekal tidak berubah).

3. Pinjaman (bercampur dengan bunga/faedah) tidak akan habis dibayar kerana bunga/faedah tersebut tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan faedah 15% dari 900,000 iaitu 135,000, jadi jumlah yang perlu dibayar adalah 1,035,000 tetapi hanya 1,000,000 wang yang wujud didalam sistem, maka ketidak bolehan membayar balik memang tersedia didalam sistem tersebut.

4. Disebabkan wang faedah/bunga yang dikenakan tidak wujud didalam sistem itu maka persaingan untuk mengaut wang sedia berlaku, ini dapat dilihat dalam persaingan didalam perniagaan. Sikap manusia secara keseluruhan juga berubah dan lebih mementingkan diri sendiri.

5. Disebabkan tiada wang yang cukup untuk membayar keseluruhan hutang didalam sistem, akan terdapat mereka yang tidak dapat membayar hutang (bankrup/harta dirampas/rumah dilelong).

6. Bayangkan jika anda meminjam Rm10,000 dari rakan anda, apakah kelakuan anda terhadap rakan anda itu tidak berubah, contohnya apabila terserempak dijalanan? Lebih2 lagi apabila tempoh masa pinjaman yang anda persetujui sebelum ini sudah terlewat?

Kredit kepada Prof Ahamed Kameel Mydin Meera untuk bukunya "The Theft Of Nation - Returning to Gold" (dipetik dari sumber asal)

(2) Jantan Durjana !

Posted: 10 Jun 2010 01:52 AM PDT

Minggu ini hangat lagi tentang kisah jantan-jantan durjana. Jika lewat jam 2 petang tadi ada posting seekor jantan durjana made in Malaysia, yang kini ditahan atas tuduhan membunuh arwah adik Sufiyah Humaira tunjuk muka bangsat kepada jurugambar...posting ini pula memupuk produk Indonesia yang punya ribuan peminatnya di Malaysia.

Hebat bangat aksi kamu yaa..! Juga cukup rajin kumpul koleksi rakam-buat perilaku seks ala zaman purba. 'soilek' gigi pun kalah sama kamu. Kamu lagi handal. Sehandal kamu berani untuk direjam di neraka. Gila !

Bezanya, kamu itu anutan agamanya islam. Memalukan ! Kisahnya ada 32 wanita yang terakam aksi lakuan iblis dalam simpanan kamu. Tidak cukup aktress, bini orang juga kamu sapu ! Rajin kamu ya..sambil ber'aksi', sambil urus kamera. Huh ! Mau bikin kenang-kenangan yaa ! Butuh bila perlu ? Begitu ?? Ceh..! Jika berita ini benar, sungguh durjana kamu, level durjana murrakab! Kedurjanaan yang berlipat-lipat. Kesian kamu, percuma saja dapat title Ariel PeterPorn.

(*) Teringat satu masa dahulu, kisah Pramugara Terlampau. Apa jadi pelakon itu sekarang yaa..!
____
Zina adalah haram hukumnya, dan ia termasuk dosa besar yang paling besar. Allah swt. berfirman:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (QS al-Israa': 32)


Dari Abdullah bin Mas'ud r.a, ia berkata: Saya pernah bertanya kepada Rasulullah saw, "(Ya Rasulullah), dosa apa yang paling besar?" Jawab Beliau, "Yaitu engkau mengangkat tuhan tandingan bagi Allah, padahal Dialah yang telah menciptakanmu." Lalu saya bertanya (lagi), "Kemudian apa lagi?" Jawab Beliau, "Engkau membunuh anakmu karena khawatir ia makan denganmu." Kemudian saya bertanya (lagi). "Lalu apa lagi?" Jawab Beliau, "Engkau berzina dengan isteri tetanggamu." (Muttafaqun 'alaih: Fathul Bari XII: 114 No. 6811, Muslim I: 90 No. 86, 'Aunul Ma'bud VI: 422 No. 2293 No. Tirmidzi V: 17 No. 3232).

(6) Muktamar PAS - Memperkasa Strategi

Posted: 10 Jun 2010 12:47 AM PDT

PAS telah berjaya menempatkan parti nya di persada paling dikagumi dengan kepimpinan yang ada. Di saat rakannya sedang menghadapi kemelut pengkhianatan dari sebahagian ahlinya, PAS terus memperkukuhkan kedudukan dengan penubuhan dewan himpunan.
Muktamar tahun ini dilihat tetap menarik perhatian umum kerana ia merupakan tempoh muhasabah dalam meletakkan PAS di persada politik yang semakin mencabar. Penubuhan Dewan Himpunan adalah merupakan perkara penting untuk diperbahaskan kerana ia perkara baru yang melibatkan masa depan PAS terutama di kalangan orang bukan Islam.

Sepatutnya perbahasan banyak menumpukan isu tersebut kerana isu itu adalah perkara besar terutama pemahaman masyarakat terutama ahli PAS sendiri terhadap kedudukan dan peranan Dewan tersebut.

Riak awal di media telah dilihat cuba mengalihkan kecenderungan perwakilan muktamar kepada beberapa perkara yang sepatutnya telah selesai terutama membabitkan masalah kepimpinan. Isu kerajaan perpaduan yang pernah menganggu ketenangan PAS tetap cuba dibangkitkan semula. Begitu juga berkaitan keberkesanan kepimpinan PAS.

Tidak dinafikan ianya sebahagian dari muhasabah namun perkara itu telah diselesaikan dan membangkitkannya hanya menambah luka lama . Sengketa yang wujud kerana salah faham dari kejayaan permainan musuh mewujudkan persepsi .

"..Mukatamar tempat memperkasakan strategi dan bukan tempat menceritakan segala gangguan dalam mimpi tidur semalam.."


Perwakilan perlu bijak dalam menilai mana luka lama yang telah sembuh yang tak perlu dikorek semula dengan pelan perjalanan yang telah dilakar yang memerlukan penghadaman untuk memantapkannya.

Jika perbahasan hanya berkisar sejarah luka atas nama pengajaran kononnya sebagaimana usaha sesetengah blogger , ia adalah kerja sia sia. Mukatamar tempat memperkasakan strategi dan bukan tempat menceritakan segala gangguan dalam mimpi tidur semalam.

PAS telah berjaya menempatkan parti nya di persada paling dikagumi dengan kepimpinan yang ada. Di saat rakannya sedang menghadapi kemelut pengkhianatan dari sebahagian ahlinya, PAS terus memperkukuhkan kedudukan dengan penubuhan dewan himpunan.

Di saat umNO sedang menghadapi kemelut halatuju dan dasar, PAS terus mempertahankan dasar dalam gelombang tuntutan semasa walau wujud sedikit gelombang dikalangan dalaman yang cuba meliberalkan PAS. Istiqamah kepimpinan masih mampu memperkukuhkan aqidah perjuangan yang telah dan akan terus memperkukuhkan PAS di persada politik negara.

Apa yang penting , perwakilan diharapkan dapat membawa aspirasi perjuangan PAS dengan pendekatan semasa tanpa menjejaskan dasar. Jangan sesekali terpengaruh dengan usaha mengalihkan arus perbahasan kepada perkara yang tidak bermanafaat.

Kecemburuan musuh sememangnya mengharapkan ada buah keras yang boleh dijadikan peluru untuk membunuh PAS paling kurang untuk tempoh menjelangnya muktamar akan datang.

(*) Artikel ini ditulis oleh SU Sekretariat Bloggers PAS Perak. Diterbitkan di Harakahdaily.

Jantan Durjana !

Posted: 10 Jun 2010 12:25 AM PDT

Lama wak tenung wajah ini. Dari lirik mata dah nampak ganas. Jumpa jantan jenis ini, jika 3-4 kali ushar, silap hari bulan, lunyai kena cepuk. Maklum ler..muka ganas katakan. Aksi pun kena ler ganas.

Jika tak ganas, mana nak sedap pi tendang arwah adik Syafiah Humaira Sahari seperti sebiji bola sampai jadi arwah budak kecil itu. Bangsat punya jantan ! Hati tiba-tiba jadi panas bila pandang muka jantan ni. Ikut hati nak ajer bagi penyepak barang dua-tiga puluh kali kat telor jantan tu, biar dia rasa, macam mana biji mata hitam tenggelam ke dasar kepala. Hati jadi panasss.. beb !

Putik vs. Parlimen - 2 yang hangat !

Posted: 09 Jun 2010 09:56 PM PDT

11.20am
Ketika Najib lantang membentangkan RMK 10 di Parlimen, sms daripada Dr. Zulkefly Ahmad menerjah masuk. Kritikal bangat Najib bilang dalam siri awal bicaranya pada pagi tadi.

Tema RMK10 yang sangat mulus. Sebutan yang enak. "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial". Projek negara untuk memprakarsa nasional menjadi negara maju 2020.

Diwaktu yang sama ketika diwawancara langsung di tv2 RTM, Dr. Zul mampan melontarkan pendapatnya berkaitan fakta pembentangan oleh Hagemon negara.

Intipati pembentangan rujuk disini. Pandangan Dr. Zulkifli Ahmad akan menyusul..

Lembu

Posted: 09 Jun 2010 07:56 PM PDT

Salinan muka aku dah dihantar ke kementerian. 'Lembu' makin ganas. Lembu tak mahu makan rumput lagi. Lembu dah pandai memilih. Memilih kakitangan kerajaan pro pembangkang untuk ditukar-tukarkan ikut suka mak bapak depa ! Terkini, sahabat kita di Gopeng selamat dihumbankan 'lembu' ke Temoh. Dengar cerita di Temoh banyak 'lembu'. Di Rapat Setia pun ada 'lembu'. Tapi itu lembu 'betina'.

Anak sengat kini dijejak. Wanted! Reward : peluang untuk dihumban lembu makin bersinar terang. Jika kena humban juga, jangan lupa lepas ini, tukar tag 'anak' tu jadi 'bapak' pulak. Biar lagi kuat 'sengat'nyer.

Lembu sekarang dah pandai guna jalanraya. Malah makin pandai ikut lorong gelap untuk humban kakitangan kerajaan yang sokong Pakatan Rakyat. Kerja-kerja jahat tu memang sinonim dengan budaya 'lembu'. Siapa jadi 'lembu' ? Memang lembu..!

Sekarang sudah ada 3 kakitangan kerajaan yang dihumban lembu. Siapa giliran seterusnya..? Atau nak biar cukup jadi 6 ? Biar jadi 6 jahanam. Jahanam Umno ! Artikel berkaitan dibawah : [KLIK] Jejak di pijak | [KLIK] Kenyataan Media

(5) Muktamar PAS - Muktamar Pemuda lembab?

Posted: 09 Jun 2010 07:00 PM PDT

Perwakilan agak "lembab" masuk ke dewan menyebabkan muktamar agak lewat dari jadual biasa di mulakan. Pengerusi Tetap, Misbahul Munir Masduki melahirkan rasa "kecewa" beliau dengan kelewatan para perwakilan mengambil tempat.

Majlis terpaksa dimulakan jam 9.00 pagi. Namun perwakilan masih "lembab" mesuk ke dewan. Misbah terpaksa "menggoreng" dengan ucapan dan memperihalkan beberapa perkara mengenai perjalanan muktamar. Tepat jam 9. 20 pagi, Ketua Dewan Pemuda Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan memulakan ucapan dasar pemuda. [info-TermiziMatJam]

(*) wak - tunggu info tepat dari anak sengat yang berada di dewan. Ker masih dok belek lensa Nikon lagi..? Argghhh..! Kredit foto dari album Muktamar[link].

(4) Muktamar PAS - hantu kepada rakyat

Posted: 09 Jun 2010 06:40 PM PDT

Hangat Muktamar makin terasa. Esok hari gemilang. Muktamar PAS ke-56 akan dirasmikan. Jam 9 pagi, sesak di PUTIK akan mula terasa. Meriah bersama aura dan tema. Wow ! Bukan kepalang.

Malam tadi, TGNA telah sempurna merasmikan muktamar ketiga-tiga sayap PAS di Putik. Kata-kata TGNA boleh buat BN dan kerajaannya naik hantu.
"..PAS selama ini telah ditakut-takutkan sebagai "hantu" kepada rakyat di negara ini. Atas nama Pakatan Rakyat, Parlimen Sibu boleh dimenangi hasil pakatan dan kerjasama erat PAS, DAP dan PKR, ini kerana mood rakyat hari ini, menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Laluan ke Putrajaya sudah dibuka luas. Rakyat akan mengiringi Pakatan Rakyat ke sana.."
Persoalannya, lontar Tok Guru Nik Aziz, sejauh manakah PAS menangani strategi menuju ke Putrajaya untuk membentuk pemerintahan baru menggantikan BN? PAS mesti mengikut mood rakyat dan jangan sesekali silap kerana padahnya amat teruk, ujar beliau.

"Ulama jangan berehat, teruskan membaja ummat dengan dasar-dasar Islam. Gigih lahirkan ulama muda sebagai pelapis. Pemuda pula mesti wala' dan teruskan perjuangan dan keyakinan, mengembelingkan tenaga untuk menegakkan keadilan dalam sebuah perjuangan yang sarat dengan suka duka, halangan dan rintangan.

"Begitu juga Muslimat. Muslimat kukuhkan jamaah mendekati golongan pengundi wanita. Lebih kehadapan, menampilkan kepimpinan di tengah-tengah masyarakat. Turun terus kepada massa," tegas beliau. Beberapa anugerah juga telah disempurnakan gemilang pada malam tadi.

1. Anugerah Tokoh Pemuda PAS - Ustaz Haji Hassan Shukri
Beliau mempunyai pelbagai sejarah pembabitan dalam PAS sejak mudanya hingga kini. Pernah memikul amanah Setiausaha Agung PAS, Naib Presiden PAS dan jawatan terakhir beliau, Timbalan Presiden PAS. Beliau kini Ahli Majlis Syura Ulama PAS dan pernah dilantik menjadi Senator.

2. Tokoh Muslimat PAS - Ustazah Jamilah Ibrahim.
Beliau bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan pernah juga dilantik Senator oleh PAS.

(*) wak - tunggu komen media 'hantu' Umno bikin cerita esok. Atau semua dah jadi 'hantu' bungkus ?

(3) Muktamar PAS - 'kuku' blogger makin cantik!

Posted: 09 Jun 2010 04:30 PM PDT

Mereka mungkin dikalangan pemilik blog yang ternama dan dikenali. Saya kira masa masih ada untuk pihak yang terlibat untuk mempermudahkan rakan Blogger PAS dan Pakatan untuk membuat liputan. Mereka yang datang dari dekat dan jauh punya satu harapan besar untuk menyatakan dan menggambarkan kehebatan Muktamar ke 56 kepada pembaca blog. - YB idham Lim


Blogger: Selamat Bertugas di Muktamar
Saya tertarik untuk membuat posting mengenai rungutan dari teman-teman Blogger PAS dan Pakatan yang rasa tidak puas hati dengan kekeliruan dan kenyataan bahawa PAS tidak keluarkan Pas Media untuk Blogger pada Muktamar kali ini

Sedangkan menurutnya Wartawan dari media arus perdana yang selama ini diboikot tidak akan dihalang untuk membuat liputan Muktamar Tahunan Pas kali ke-56 yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) di sini mulai malam ini, asalkan mereka disenaraikan dalam surat rasmi yang dihantar oleh agensi masing-masing.

Sebenarnya isu ini kalau difikirkan dengan matang oleh kedua belah pihak saya rasakan sangat mudah diselesaikan dan tidak perlu diperbesarkan lagi. Tambahan pula saya kira kenyataan asal Pengarah Muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan yang berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk menerima kehadiran mana-mana wakil media bagi menjalankan tugas mereka. "Kita parti yang matang," katanya.

Tambahan pula dengan kenyataan dari Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust. Idris Ahmad yang mencadangkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang gagal mendapatkan pas media supaya memohon untuk mendapatkan pas pemerhati daripada ad-hoc Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu.

Cadangan tersebut sebagai respons pada rungutan beberapa blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak dilayan oleh ad-hoc muktamar ketika memohon pas media sejak kelmarin.

Lagipun saya kira bukannya ramai sangat para Blogger PAS dan Pakatan Rakyat yang turun ke Kota Bharu untuk membuat liputan sepanjang Muktamar. Mereka mungkin dikalangan pemilik blog yang ternama dan dikenali atau petugas yang mewakli blog tersebut. kalau dijumlahkan dan diagak jumlahnya mungkin tidak sampai 50 orang. itupun sudah terlalu ramai.

Jadi apalah salah kiranya Ust. Idris dengan dibantu oleh Pengerusi Kelab Bolgger PAS yang ditubuhkan satu masa dulu memainkan peranan dengan membuka kaunter khusus untuk pendaftaran Blogger PAS dan Pakatan.

Syaratnya saya kira sangat mudah dan ringkas, nyatakan apa nama blog masing-masing dan sertakan no keahlian parti masing-masing , itupun saya kira kalau diambil nama lengkap , no Kad pengenalan dan alamat surat menyurat juga sudah mamadai.

Apa pun saya kira pihak Panatia Muktamar pasti terbuka seperti terbukanya Pengarahnya dan Ketua Penerangan PAS Pusat. Demikianlah terbukanya PAS yang boleh membenarkan media yang selama ini memusuhi PAS dan Pakatan Rakyat, mereka juga dibebarkan masuk.

Apa lagi saya kira masa masih ada untuk pihak yang terlibat untuk mempermudahkan rakan Blogger PAS dan Pakatan untuk membuat liputan. Mereka yang datang dari dekat dan jauh punya satu harapan besar untuk menyatakan dan menggambarkan kehebatan Muktamar ke 56 kepada pembaca blog masing-masing, apalah salahnya permudahkanlah dengan apa cara sekalipun.

Saya ucapkan kepada semua rakan Blogger untuk meneruskan usaha murni tuan-tuan dan puan-puan yang berkumpul di Kelantan untuk memeriahkan lagi corak pemberitaan Muktamar PAS untuk kali ini.

Kekeliruan dan rasa tidak puas hati beberapa jam yang lepas kita sisihkan jauh-jauh, musuh kita yang sebenar ialah UMNO dan BN yang mesti kita tumbangkan dalam PR ke 13 akan datang.(sumber:YB idham lim)

Tiada ulasan: