Khamis, 10 Jun 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Dr Hasan Ali Fail Saman Fitnah RM20 Juta

Posted: 10 Jun 2010 03:48 AM PDT

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hasan Mohamed Ali memfailkan saman fitnah bernilai RM20 juta terhadap empat defendan termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengandungi fitnah terhadapnya berhubung larangan berpolitik di masjid.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom dan dua syarikat akhbar, iaitu Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd dan Agenda Daily.Com Sdn Bhd.

Hasan Ali selaku plaitif memfailkan saman itu pada pukul 12.30 tengah hari hari ini, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini menerusi Tetuan Nazri Saad Associates.

Selain ganti rugi pampasan yang bernilai RM20 juta, plaintif turut menuntut ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan ditafsirkan mahkamah, faedah, kos serta lain-lain relif yang difikirkan sesuai.

Plaitif yang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan defendan turut memohon injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya daripada melafazkan atau menerbitkan kata-kata yang memfitnahnya.

Pada penyataan tuntutannya, plaintif mendakwa defendan mengeluarkan kenyataan yang memfitnahnya dengan niat jahat yang mencetuskan kebencian dan merendahkan taraf plaitif pada pandangan umum.

Plaintif turut mendakwa kenyataan itu dibuat dengan niat memperkecilkan kedudukan plaintif, iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Ahli Dewan Undangan Gombak Setia.

Kenyataan defendan juga didakwa plaintif membawa maksud beliau menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menjadikan masjid dan surau sebagai gelanggang berpolitik.


SALWA SHA'ARI

tarik gelaran datuk seri dan datuk....UMNO BN JOHOR tak ada maruah...bakal gulung tikar di PRU akan datang....!!!!

Posted: 10 Jun 2010 03:27 AM PDT

Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng berkata keputusan pihak Istana Johor menarik balik dua anugerah yang membawa gelaran 'Datuk Seri' dan 'Datuk' didalangi oleh Umno-Barisan Nasional Johor yang gentar kepada peranannya sebagai Pengerusi 'Gerakan KEADILAN-Pakatan Rakyat Menawan Johor' pada pilihan raya umum akan datang.

Bercakap kepada Suara Keadilan, Jui Meng berkata beliau sudah mengetahui daripada sumbernya bahawa Umno berhasrat untuk berbuat demikian

"Saya yakin ini bukannya tindakan Sultan Johor. Ini adalah tindakan keji Umno-BN yang takutkan peranan saya mengetuai 'taskforce' Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan negeri Johor pada pilihan raya akan datang.

"Saya diberitahu bahawa Menteri Besar (Tan Sri Abdul Ghani Othman) memberitahu kepada beberapa rakan saya dalam Umno beliau mengertak mahu menarik balik anugerah dua 'Datuk' daripada saya. Saya percaya ini satu bentuk tekanan ke atas saya sejak saya menyertai KEADILAN dan hakikat ini tidak boleh diterima oleh Umno dan BN.

"Secara peribadi saya rasa tindakan ini agak menyedihkan saya kerana saya memang rapat dengan Almarhum Sultan Iskandar yang sentiasa mengiktiraf sumbangan saya bukan sahaja kepada negeri Johor tetapi juga negara tetapi kurang daripada setahun kemangkatan baginda perkara ini berlaku," kata Jui Meng ketika dihubungi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat berkata setakat ini beliau belum lagi menerima surat rasmi dari pihak istana.

"Saya tetap menghormati dan menerima keputusan itu dengan baik tetapi saya diberitahu bukan sahaja masyarakat Cina di Johor dan seluruh Malaysia amat marah dengan tindakan Umno-BN ini tetapi juga orang Melayu dan India. Mereka berpendapat pemimpin masyarakat Cina seperti saya dianiaya dan dipinggirkan hanya kerana berlainan fahaman politik bukannya kerana saya tidak setia kepada Sultan atau negeri Johor.

"Jika saya diberi peluang saya ingin mengadap Sultan dan meminta penjelasan dan alasan mengapa anugerah kepada saya ditarik balik.

"Walau bagaimanapun ramai orang memberitahu saya,' tidak apa Datuk, ini adalah satu cabaran yang perlu dihadapi, yang penting anda sentiasa adalah Datuk Seri dalam hati dan sanubari rakyat'," kata beliau.

Jui Meng di anugerahkan Darjah Paduka Mahkota Johor yang membawa gelaran Datuk dan kemudiannya Darjah Seri Paduka Mahkota Johor yang membawa gelaran Datuk Seri.

Bagaimana pun beliau tetap mengekalkan gelaran 'Datuk' yang diperolehi dari Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003. -SK

Tunggu, Johor akan jatuh kepada Pakatan Rakyat selepas ini. Di dalam budaya orang Melayu, ada simpulan bahasa namanya BURUK SIKU.

Siku yang buruk tak boleh bertahan lama. Ia akan patah jua akhirnya. Lalu tak bertanganlah kerajaan UMNO negeri Johor. Tangan lambang kuasa. Tak bertangan ertinya tak berkuasalah lagi selepas ini.

Khabar-khabarkan ia kepada Ghani Othman dan Muhyiddin Yassin.



sumber...GB

PDRM jadi sarang talibarut yahudi....UMNO tetap sayangkan APCO....!!!!

Posted: 10 Jun 2010 03:21 AM PDT

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional berusaha menghalang beliau daripada terus bersuara mengenai firma pro-Zionis, Apco Worldwide di parlimen dan cuba menggantung keanggotaan beliau sebagai ahli parlimen dengan menghadapkan beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.

Malah ketika dipanggil oleh jawatankuasa itu semalam beliau tidak dibenarkan oleh pengerusi untuk mendapatkan nasihat peguamnya semasa sesi pendengaran.

"Saya telah mengemukakan bukti di parlimen kenapa kita harus menolak langsung penglibatan Apco Worldwide dalam mana-mana institusi di negara ini. Di parlimen, saya mendedahkan perjanjian antara Apco dengan Israel pada tahun 1991, dan kemudian perjanjian antara kerajaan Umno-BN dengan Apco pada tahun 2009.

"Perjanjian ini jelas membuktikan kaitan Apco yang amat rapat dengan Isreal, dan walaupun begitu, kerajaan Umno-BN meneruskan juga perjanjian dengan Apco," tegas Anwar.

Ketika berucap dihadapan lebih 3,000 penyokong pada ceramah 'Yahudi dan Judi' di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam, Anwar berkata beliau mahu dihukum kerana mendedahkan kaitan Apco dengan rejim Zionis Israel tetapi pada masa yang sama Umno-BN sendiri bertindak secara tidak langsung menyokong Israel dan tidak ada apa-apa tindakan diambil.

"Kerajaan Israel melancarkan One Israel pada tahun 1999, mungkin mengikuti nasihat Apco dan pada tahun 2009, kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak melancarkan 1 Malaysia. Tepat 10 tahun, kita anggap kebetulan sahajalah.

"Saya juga mempunyai bukti menyatakan terdapat dua pegawai perisikan Israel yang pernah berada di ibu pejabat Bukit Aman yang bekerja memnbangunkan sistem pelaporan polis. Mereke ini bekerja untuk Asiasoft, sebuah syarikat IT dengan pejabatnya di Singapura.

"Tetapi, ibupejabat Asiasoft terletak di Israel. Bayangkan betapa banyak rahsia negara yang telahpun di bawa keluar daripada ibu pejabat polis, dengan memberikan perisik Israel ini akses penuh kepada semua komputer?

"Ini juga satu daripada nasihat Apco untuk membawa Asiasoft. Jelas perancangan Apco sejajar dengan Israel, apa jawpan kerajaan Umno-BN terhadap fakta ini?" tegas beliau lagi. -SK

dasar CIBAI pimpinan PAS jubor UMNO-APCO.....mangkuk haramjadah nie buat hal lagi....!!!!

Posted: 10 Jun 2010 03:12 AM PDT

Sekeping Gambar "Lucah" Sempena Muktamar



(Gambar dirakam sewaktu sidang parlimen tatkala Najib meraikan aktivis Rachel Corrie baru-baru ini )

Bukankah gambar ini boleh dimengertikan oleh sesiapa juga bahawa UG itu masih hidup segar? Lihat sahaja rawak muka Najib dan Muhyiddin, yang begitu gembira dengan kehadiran pemimpin PAS (Nasyaruddin dan Hadi yang turut kelihatan gembira) bergambar sama.

Mengapakah begitu pantas 2 pemimpin PAS ini menerima pelawaan pemimpin UMNO yang kemudiannya kedua-dua itu "ditipu" apabila sebenarnya yang hendak diutamakan ialah bergambar sama untuk menunjukkan keakraban UMNO-PAS demi menghancurkan Pakatan Rakyat?

Mengapakah tidak belajar dari peristiwa-peristiwa lalu? Mengapa pemimpin PAS kita terlalu lemah untuk berfikir supaya tindak-tanduk mereka tidak mengelirukan orang lain?























TGNA pernah ditipu oleh Najib sewaktu kunjungan Najib di Kelantan di mana wakil Najib telah menjemput TGNA ke lapangan terbang untuk "menyambut" Najib. Gambar kedua-dua pemimpin itu kemudiannya dimanipulasikan namun telah dijawab oleh TGNA bahawa kerjasama yang dikehendaki oleh Kelantan ialah diantara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Bukan PAS dengan UMNO. Gi jahanam dengan UMNO - tegas TGNA.

Anda hentam pemimpin UMNO sepuas-puas di rostrum ceramah Pakatan Rakyat, tetapi lain jadinya apabila anda bertemu mereka di tempat lain. Sama juga UMNO dengan Israel. Dihentam sepuas-puasnya yahudi itu di Parlimen, tetapi kelingking masih berkait dengan APCO. Itu CURANG namanya. Ini bukan fitnah tetapi hakikat yang terang dan nyata. Zahirnya lain batinnya lain!

Jangan salahkan rakyat, jangan disalahkan ahli PAS, jangan salahkan blogger - jika PAS terus ditimpa musibah di setiap kali keputusan pilihanraya yang melibatkan PAS selepas ini.


gb

PUKIDA DAN PERKOSA TUNJUK SAMSENG....20 individu BARUA tak ada kote belasah ahli majlis....

Posted: 10 Jun 2010 02:51 AM PDT




Ahli majlis kerajaan tempatan Selayang Allan Lim Ching How mendakwa dia dan pembantunya dibelasah oleh kira-kira 20 individu pagi ini.

Lim mengenalpasti mereka sebagai ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida).

"Mereka memakai baju dengan logo PERKASA yang boleh dilihat dengan jelas," katanya ketika dihubungi.

Pada kejadian 11.30 pagi ini, Lim, dan pembantunya, Zuhudi Ahmad mengalami kecederaan.

Kelopak mata Lim dan bibirnya koyak dan lehernya lebam akibat disepak berulang-kali manakala Zahudi pula ditendang sekurang-kurangnya dua kali di bahagian perutnya.

Lim berkata beliau bergegas ke lokasi tapak pembinaan sebuah dewan yang dimiliki oleh pertubuhan Cina apabila diberitahu bahawa sekumpulan lelaki sedang menanggalkan papan tanda projek berkenaan di Jalan TIB 1, Taman Bolton di Batu Caves.

Sebaik tiba, Lim dan Zuhudi mendapati individu berkenaan dalam proses meruntuhkan papan tanda berkenaan.

"Saya tanya mengapa mereka berbuat demikian tetapi lebih kurang 20 daripada mereka mula memukul kami," katanya.

Walaupun memperkenalkan dirinya sebagai ahli majlis kerajaan tempatan Selayang, rayuan Lim supaya mereka tidak dipukul terus tidak dihiraukan.

"Ini Tanah Melayu, ini tanah kita bukan tanah orang Cina, kita tak takut," kata Lim yang mengulangi apa yang diperkatakan oleh kumpulan berkenaan.

Ketika kejadian, Lim mendakwa dua anggota polis berada di lokasi bagi memantau keadaan tetapi kumpulan berkenaan tidak mempedulikan mereka.

"Saya tak faham mengapa OCPD hanya menghantar dua pegawai polis bagi memantau keadaan, sedangkan terdapat antara 50 hingga 60 ahli PERKASA dan Pekida," katanya.

Lim membuat laporan di balai polis Batu Caves petang ini.

Dalam pada itu, presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang dihubungi berkata beliau tidak mengetahui mengenai kejadian itu yang membabitkan ahlinya.

"Saya di parlimen, Saya tidak tahu...Saya akan kumpulkan maklumat dahulu untuk menentukan sama ada ini benar atau tidak.

"Ini tidak kena-mengena dengan PERKASA, ia bukan polis kita untuk mengganas. Hanya kerana mereka memakai baju PERKASA tidak bermakna mereka ahli PERKASA," katanya.




mkini

penyapu sial


ha ha ha....kalau bukan ahli perkasa....pastinya PERKOSA ....kalau tak PUKI-DA....kalau tak UMNO haramjadah....UMNO -YAHUDI....dan kalau tak GENG KAPLA LEMBU.....semua nie geng geng pak hang la....tak kan PR pulak bodohhhhhh.....jangan pura pura buat tak tau....baling tangan sembunyi batu...arrrrr!!!!!

Anwar ancaman Yahudi

Posted: 10 Jun 2010 02:40 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihak Israel kini memusuhinya kerana sokongan beliau terhadap Hamas. "Badan Yahudi sedunia kata Anwar Ibrahim merupakan seorang musuh Yahudi utama, maka orang Israel mesti putuskan hubungan dengan dia," katanya. Baru – baru ini, satu pertubuhan pro-Israel tertua di dunia B'nai B'rith International telah mengisytiharkan bahawa Anwar merupakan ancaman kepada Yahudi.

"Israel tidak akan menjadi ganas dan zalim tanpa dokongan AS. Saya tidak ada masalah kalau berbaik dengan AS tetapi jangan tunduk dengan AS. Bila Israel tidak iktiraf, AS pun tidak iktiraf. Bila AS tidak iktiraf, Umno pun tidak iktiraf," –jelasnya



penyapu sial

Orang UMNO sahaja yang memerlukan APCO sebagai perunding nasihat dari israel..
saya nak ucapkan taniah kepada DSAI kerana menentang israel,
taniah juga kepada umno kerana menggunakan khidmat perunding israel.

ADIK BERADIK YAHUDI....Kecam Istael Tapi Benarkan Kapal Zionis Berlabuh Di Malaysia

Posted: 10 Jun 2010 02:28 AM PDT



Ketika kemarahan rakyat Malaysia memuncak terhadap serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan dan dihalang membantu rakyat Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza minggu lalu, kerajaan Umno-Barisan Nasional tanpa moral dan perasaan malu membenarkan sebuah kapal dagang Israel berlabuh di perairan negara Isnin lalu.

Sikap hipokrit dan kedurjanaan Umno-BN ini amat terserlah kerana pada hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentabng usul 15 perkara mengutuk tindakan ketenteraan rejim Zionis itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dengan tegas menempelak usul 'hipokrit' yang di bawa Najib sedangkan pada masa yang sama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menjalankan perdagangan secara rahsia dan sulit dengan kerajaan haram Israel yang sejak tahun 1948 menindas dan membunuh rakyat palestin secara terancang.

"Hari ini, media melaporkan sebuah kapal dagang Zim Genova yang mengibarkan bendera negara haram Israel berlabuh di Pelabuhan Klang. Ini membuktikan memang terdapat urusan perdagangan di antara Malaysia dan Israel.

"Miti telah meluluskan permohonan syarikat di negara kita ini untuk membekalkan minyak sawit dan bahan kimia ke Israel dan eksport minyak sawit yang terakhir pada akhir Mei tahun ini manakala pada April, Malaysia telah menghantar bahan kimia ke Israel," ujar Mahfuz
Menurut beliau, dalam minit mesyuarat kabinet 20 Mac 1996 yang dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed telah meluluskan usul membenarkan import eksport dengan negara haram Israel ini secara rahsia dan sulit dan diteruskan sehingga ke hari ini.

"Apa maknanya usul yang dibentangkan Najib pada Isnin lalu. Saya rasa ini adalah usul hipokrit dan Najib hanya mencari kepentingan politik beliau dalam isu rejim Zionis-Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara hakikatnya Malaysia membenarkan kapal dagang rejim Zionis-Israel itu dibenarkan berlabuh di sini," tegasnya.



SK

konsipirasi atau depa umno-apco make deal.....????...... Pengarah Apco tak jadi beri keterangan

Posted: 10 Jun 2010 02:17 AM PDT



















Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen yang dijadualkan mendengar keterangan daripada Pengarah Serantau, Apco Worldwide, Brad Staples, hari ini tidak menjadi kenyataan.

Ia berikuta  keputusan untuk menangguhkan mesyuarat hari ini. Keputusan itu memeranjatkan seorang lagi saksi yang dipanggil memberi keterangan hari ini - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Mereka (jawatankuasa itu) sedang membincangkan sesuatu...Saya tidak tahu apa yang dibincangkan itu," katanya selepas menunggu kira-kira 90 minit untuk dipanggil.

"Saya tunggu tetapi tidak dipanggil bagi memberi keterangan. Saya kemudiannya dimaklumkan oleh setiausaha Dewan Rakyat bahawa mesyuarat ditangguhkan sehingga diberitahu kelak."

Staples juga dilaporkan kecewa kerana prosiding berkenaan ditangguhkan.

"Kami ingin tahu bila sesi pendengaran ini akan diadakan," katanya kepada Bernama.

Pada mesyuarat jawatankuasa ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.

NONEBeliau yang juga ketua umum PKR sebelum ini berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel.

Berikutan itu, pada 22 April lalu, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa tersebut.

Selain Karpal Singh dan R Sivarasa yang mewakili Pakatan Rakyat, anggota parlimen lain yang menganggotai jawatankuasa itu ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Datuk Seri Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) dan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong).

Ia dipengerusi oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat.

malaysiakini

Dari juta-juta, jadi laksa-laksa....sampai lupa ada yang hidup merana....

Posted: 10 Jun 2010 02:12 AM PDT

Agaknya nilai ringgit sekarang sudah terlalu rendah, menyebabkan kita semakin terbiasa dengan sebutan RM juta-juta. Duit syiling 1 sen sudah dimansuhkan, 5 sen seperti habuk, 10 sen orang tak pandang lagi. Malah 50 sen – duit syiling paling besar – pun dikelaskan sebagai 'ciput' atau 'haprak'.

Saya tidak sempat melihat zaman yang disebut opah sebagai 'duit 1 sen nilainya sebesar roda kereta lembu', pada hal syiling zaman penjajahan Inggeris itu bukan bulat, tetapi empat persegi. Satu sen boleh beli semua


Tetapi, saya pernah berasa keseronokan zaman kanak-kanak apabila dapat duit syiling berkarat ketika sedang menggali tanah untuk mencari cacing buat umpan memancing. Syiling sudah berwarna hitam itu diletakkan di atas pasir kemudian dilenyek dengan tumit sehingga hilang karat dan kelihatan tulisan '10 sen'. Saya tidak jadi memancing!

Tidaklah sebesar roda kereta lembu, tetapi duit berkarat yang saya jumpa itu membolehkan saya berjoli sakan sambil menikmati mi goreng atau rojak di kedai mamak, siap dengan sirap bandung selasih gelas besar. Malah, dapat lagi sekeping karipap. Pendek kata malam itu saya tidak perlu makan di rumah.

Begitulah nilai 10 sen kira-kira setengah abad lalu. Hari ini usahkan 10 sen, RM1 hanya dapat beli roti canai kosong, minum air suam percuma. RM10 boleh makan nasi kandar untuk saya seorang, lauk kari kepala ikan bawal, dua bendi sebesar ibu jari, sedikit papadom, dan segelas teh tarik. Demikianlah beza duit kita dulu-dulu dengan sekarang.

Sebab itulah orang tidak lagi bercakap mengenai puluh, ratus atau ribu ringgit. Sekarang orang bercakap mengenai juta-juta ringgit. Bukan tokoh korporat sahaja main juta-juta, penjaga tempat letak kereta, penjual burger bawah pokok, hatta mat rempit pun berkobar-kobar bercakap tentang RM juta-juta.

Kalau ikut iklan di surat khabar, radio dan TV, nampaknya mudah sangat untuk jadi jutawan. "Semua orang boleh jadi jutawan!" demikian selalu dijeritkan dalam iklan. Bukan jerit kosong, tetapi dibuktikan dengan gambar yang sudah menjadi jutawan, tersenyum hingga ke telinga sambil menyandarkan tubuh pada kereta mewah model terkini, atau di hadapan sebuah banglo.

Menyertai skim jualan langsung produk kecantikan, boleh jadi jutawan. Melabur menerusi skim pelaburan di internet, boleh jadi jutawan. Membeli-belah di pasar raya pun ada kupon - peluang anda jadi jutawan. Mohon kad kredit (untuk berhutang!) di bank pun sama.

Lagi cara-cara mudah menjadi jutawan, seperti yang selalu diuar-uarkan dalam iklan ialah: 'Gores dan menang', menyertai pertandingan 'reality TV', kuiz di TV, membuka akaun simpanan di bank. Malah, mengisi tangki kereta anda di stesen minyak pun memungkinkan anda jutawan.

Tidak lama lagi anda boleh jadi jutawan dengan menyertai pertaruhan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan. Kerajaan sudah meluluskan lesen judi boleh sepak. Walaupun ditentang hebat semua pihak, setakat ini belum ada tanda-tanda lesen itu ditarik balik. Mungkin kita akan melahirkan ramai jutawan musim Piala Dunia kali ini!

Oleh sebab RM juta-juta pun sudah tidak terasa besar, kini kita mula bercakap pula mengenai RM bilion-bilion (dulu disebut 'laksa' – macam laksa Penang!). Angka bilion yang dulu-dulu jarang kita dengar pun kini sudah jadi biasa, sebab tiap-tiap hari media kita menyiarkan perkara mengenai 'laksa'.

Sima Darby, sebuah syarikat raksasa, rugi RM1.6 bilion. Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menyebabkan kos melambung menjadi RM12.5 bilion. Skandal pasir di seluruh negara pun, seperti dibongkar SPRM, nilainya RM bilion-bilion. Kita beli kapal selam pun harganya bilion-bilion.

Sehari dua ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala memberi amaran Malaysia akan menjadi papa kedana @ muflis @ bankrap seperti Greece pada 2019, sekiranya kerajaan tidak hapus subsidi. Beliau pun bercakap mengenai RM bilion-bilion, bahawa kerajaan sekarang berbelanja RM74 bilion setahun kerana membayar subsidi untuk berbagai-bagai sektor ekonomi dan sosial. Beliau menambah, kerajaan sekarang berhutang RM362 bilion kepada pihak tertentu, dan defisit kita kini adalah sebesar RM47 bilion. Nampaknya kita sudah tidak lagi main juta-juta, tetapi sudah taraf 'laksa-laksa'.

Tetapi ketika berkobar-kobar bercakap mengenai juta-juta dan bilion-bilion, ada ramai lagi yang hidup di bawah paras miskin tegar. Selalu kita mendengar keluarga 10 anak dengan pendapatan ayah tidak sampai RM500 sebulan. Ada kanak-kanak tidak bersekolah sebab keluarga tidak mampu membayar tambang bas.

Malah di Sungai Petani, Kedah, minggu lalu ada satu keluarga yang hidup kais pagi makan pagi, anak-anak selalu tidak cukup makan, dan mengharapkan belas ihsan jiran tetangga untuk memberi makanan. Ada ramai lagi yang menderita seperti ini di seluruh negara. Mereka tidak tahu juta, tidak tahu bilion. Mungkin bagi mereka 1 sen pun amat bererti.

Jadi, jangan hanya ghairah untuk menjadi jutawan. Jangan kalut sangat sebut juta-juta pagi petang siang malam. Ingat juga kepada sekian banyak orang tidak ada duit walaupun untuk membeli beras, sehingga anak-anak kebuluran terpaksa makan tanah yang disangka coklat!


utaraonline


penyapu sial


akhir nya juta juta atau laksa laksa tak ada nilai apa apa ....juta juta zimbabwe atau laksa laksa somalia....nak bayaq makan roti teluq dengan teh tarik kena bawak lori pic kup untuk melangsaikannya....inilah akibat matawang jatuh di akibatkan salah urus ,korupsi dan mcm mcm penyelewengan...macam di negara yang ak sebutkan tadi....

tu dia ....alasan nak menghalalkan C4 hilang dalam simpanan ....62 senjata polis hilang sejak 2001

Posted: 10 Jun 2010 02:00 AM PDT

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mendakwa sebanyak 62 senjata api polis hilang sejak 2001. Ianya termasuk 36 pucuk pistol semi-automatik, 51 revolver dan dua sub-machine gun. "Bagaimanapun , 28 unit daripadanya - empat pucuk pistol semi-automatik dan 24 revolver telah dijumpai semula," katanya.

Tian Chua (PKR-Batu) mahu mengetahui jumlah kes kehilangan peralatan logistik milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2001



penyapu sial


BERAPA BANYAK SENJATA YANG HILANG DARI PDRM INI TERLIBAT/ DIKAITKAN DALAM JENAYAH DI NEGARA INI? APAKAH TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP ANASIR 2 TERLIBAT DALAN KES SENJATA HILANG. JANGAN 2 ADA MAKHLUK HALUS VIP YANG TERLIBAT. ....APAKAH KESIMPULAN SENJATA HILANG INI AND SAMPAI BILA IA AKAN BERLARUTAN....


ADAKAH MAKLUK HALUS DARI MONGGOLIA TERLIBAT.....????...KALAU YANG INI AKU RASE ENGKAU ORANG PUN MUNGKIN DAH TAHU SAPE VIP DI MALAYSIA YANG JADI MAHLUK HALUS TU.....MUNGKIN BINI PUAKA....ATAU BARANG NAJIB@NAJIS...YANG EMPUNYA BELAAN SEBEGINI....!!!!!

Tiada ulasan: