Rabu, 2 Jun 2010

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


BERTENANG SAHAJA !!!

Posted: 02 Jun 2010 11:11 AM PDT

[1]

Tidak disangka, article semalam benar-benar menyebabkan handphoneku sibuk ditalian. Ada melalui SMS, dan ada berhubung terus. Menyambut segala talian itu, boleh dikatakan aku hanya mampu menjawab, "biarlah orang tu buat macam tu. Kita anggap je dia berniat baik. Cuma mungkin dia tersalah bertindak untuk nak tunjuk niat baik dia tu"

Ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapanku itu, sehingga seorang kawan yang agak "kepala masam", berkali-kali meminta supaya aku bagitahu orang itu, sebab dia nak bertindak.

Aku lebih banyak menyabarkannya, dan berkali-kali berkata kepadanya, "Api jangan dibalas dengan api. Tapi api dibalas dengan air, barulah api akan padam"

Dia tetap tidak berpuas hati, menyebabkan aku mengeluarkan satu kisah di zaman Rasulullah, bahawa satu hari Abu Bakar As-Siddiq didatangi seorang lelaki, lalu terus memaki-hamun Abu Bakar As-Siddiq dihadapan Nabi SAW.

Abu Bakar tidak membalas, sebaliknya dia mendiamkan diri sahaja. Ketika itu, Nabi SAW tidak berganjak. Apabila terlalu teruk sangat makian itu, menyebabkan Abu Bakar membalas.

Apabila Abu Bakar membalas, ketika itu juga Baginda SAW bangun dan berlalu pergi. Tindakan Nabi SAW itu, menyebabkan Abu Bakar bertanya. Lalu, dijawab oleh Rasulullah SAW dengan menyatakan bahawa ketika Abu Bakar tidak membalas, kelihatan Malaikat berada bersama. Tetapi, apabila Abu Bakar menjawab, ketika itu juga malaikat yang berada di samping Abu Bakar bertebaran meninggalkan Abu Bakar. [kisah ini ada dalam kitab At-Tafsir Al-Kabir]

Apabila cerita ini aku kemukakan, menyebabkan dia agak 'slow', dan kemudian kami boleh berbual dalam tajuk lain dan terus melupakan tentang cermin keretaku yang dipecahkan.

[2]

Boleh dikatakan semua yang menghubungiku itu, menawarkan bantuan kewangan, tetapi aku menolak. Namun, ada sebilangan yang mendesak, lalu aku memberikan nombor akaun bank, tetapi berpesan agar bagi sikit sahaja, tidak perlu bagi banyak. Cukup sekadar meringankan beban, bukan sampai terlebih pula.

Ada sebilangan memberitahuku bahawa mereka membantu itu, dengan niat mahu mendapat saham akhirat. Apabila mereka mengatakan demikian, aku hanya membalas dengan jawapan, "ana pun nak cari pahala juga. Kalau semua sponsor, anta je la dapat pahala, ana tak dapat".

[3]

Kepada si pemecah cermin itu, aku berharap dia tidak takut dan bimbang. Aku tidak menaruh sedikit dendam pun terhadapnya, dan berharap suatu masa nanti, kita dapat bertemu dan berbual-bual mesra seperti sebelum ini.

Mungkin dia bertindak ketika sedang beremosi, menyebabkan dia hilang kawalan perasaan. Tetapi, mungkin selepas dia sudah rasional, mungkin dia akan memikirkan kesan baik buruk terhadap tindakannya itu.

Lagi pun, jika itu dianggap sebagai kesalahan, kita tidak perlu marah kepadanya. Ini kerana, Nabi SAW ada bersabda dalam hadis yang bermaksud, "setiap anak adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang kembali ke pangkal jalan"

Mungkin dia mengambil masa untuk berfikir secara rasional dalam menentukan tindakannya itu betul atau salah. Jika dia menganggap itu sebagai tindakan yang betul, aku menghormati anggapannya itu. Tetapi aku berharap, ia tidak lakukan perkara ini pada orang lain.

Kepada kawan-kawan blogger yang menulis tentang isu kecil ini, diharapkan bertenang. Anggapkan sahaja ini sebagai satu ujian dari Allah, untuk menambah lagi usaha kita dalam melawan pengkhianatan di mana sahaja.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 mei 2010 * 2:04 Pagi

Tiada ulasan: