Rabu, 2 Jun 2010

Biaqpila

Biaqpila


Lembaga hantu di tepi tingkap

Posted: 02 Jun 2010 09:00 AM PDT


GAMBAR (dalam bulatan) menunjukkan lembaga seperti wajah manusia berada di tepi tingkat rumah Ross (kanan) di Rothesay, Scotland.

ROTHESAY, Scotland - Seorang datuk, Harry Ross terkejut melihat wajah hantu menyerupai dirinya tiba-tiba muncul dalam sekeping gambar yang dirakamkan bersama beberapa anggota keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ross, 64, mendapati lembaga itu sedang mengintai dari langsir dan dia yakin wajah tersebut menyerupai dirinya 42 tahun lalu.

"Keluarga saya pun sependapat bahawa wajah itu adalah saya. Ia merupakan satu pengalaman yang menakutkan," kata Ross.

Lelaki itu mengahwini isterinya, Theresa, 60, di Kettering, Northamptonshire pada 1967 dan mereka memperoleh 10 orang cucu serta dua cicit.

Gambar tersebut merakamkan Ross, anaknya, Andrew, 26 dan dua cucu perempuan, Bonnie dan Leah.

- Agensi/kosmo


Share

Gambar Komandan Tentera Israel yang Menyerang Konvoi keamanan

Posted: 02 Jun 2010 07:00 AM PDT

Inilah rupa Komandan pasukan Israel yang menyerang kapal pengangkut aktivis dan bantuan kemanusiaan Mavi Marmara untuk Gaza pada dinihari Isnin (31/5) semalam. Ternyata seorang China-Israel, Laksamana Eliezer Maron.


[ERAMUSLIM] Komandan pasukan Israel yang menyerang kapal pengangkut aktivis dan bantuan kemanusiaan Mavi Marmara untuk Gaza pada dini hari Senin (31/5) kemarin ternyata seorang China-Israel, Laksamana Eliezer Maron.

Maron merupakan ketua intelijen angkatan kelautan Israel yang pada awal tahun lalu sempat dihebohkan oleh skandal Go-Go Girls Club dimana Maron tertangkap berpesta di sebuah klab tari telanjang di Tel Aviv.

Marom merupakan peranakan dari ayah China totok yang hidup sebagai pengungsian di Jerman pada masa perang dunia dua, dan ibu keturunan China-Rusia yang memeluk Yahudi. Orang tua Marom pindah ke Israel setelah negara itu berdiri pada tahun 1948. Marom sendiri menikah dengan seorang perempuan Israel keturunan Asia.

Kantor berita Alarabiya (1/6) melansir, Maromlah yang memberikan perintah kepada pasukan AL Israel untuk mencekal dan menyerang kapal Mavi Marmara, dan menewaskan dari 20 orang aktivis kemanusiaan di kapal itu. Meski demikian, kapal Mavi Marmara yang diserang itu ternyata dikabarkan bukan kapal yang dikehendaki Israel.

Akibat peristiwa itu pula, Marom menuai banyak kecaman dari berbagai pihak di dalam negeri Israel dan menuntutnya untuk mundur dari jabatannya. (ags/aby)



kafesantai

Share

Lesen judi saja yang muktamad

Posted: 02 Jun 2010 05:00 AM PDT

Flip.. Flop...Fliiiiiiip...Flop...Flip...Flip...Flop..!!!


Subsidi: Masih belum ada keputusan muktamad, kata Najib-Malaysianinsider

Kerajaan belum lagi membuat sebarang keputusan muktamad mengenai pengurangan atau pemotongan subsidi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya kerajaan masih lagi meneliti apa yang patut dilakukan dalam perkara ini.

“Cuma kita gambarkan kalau kita tidak melakukan apa-apa (dalam hal ini), kesannya (kepada negara pada masa depan) sudahpun kita maklumkan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada kerajaan bercadang memotong insentif kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) yang diberikan sekarang, seperti cadangan memotong atau mengurangkan subsidi kepada pelbagai barangan yang diberikan sekarang.”

Terdahulu, Perdana Menteri melawat Pameran Inovasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIDEX) di sini hari ini.

Najib berkata insentif kepada SME akan diteruskan.“SME dan subsidi isu berlainan. Tak (perlu) campur aduk,” katanya.

Menjawab satu soalan lain, Najib berkata Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) yang akan dibentangkan nanti akan mengandungi elemen berdasarkan pada Model Baru Ekonomi (MBE).

Ditanya mengenai bantahan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap MBE itu, Najib berkata: “Dia bagi pandangan dia (yang) tertentu. Nanti tunggulah saya buat ucapan dulu (pembentangan RMK-10).” — Bernama
-------------------------------------------------------------------
Kah...Kah.....APA NI...APA YANG BELUM MUKTAMAD...!!!

Kah...Kah.....HAPUS SUBSIDI..??? KENAPA CAKAP KALAU BELUM MUKTAMAD...

Kah...Kah.....HABIS..?? APA YANG TELAH MUKTAMAD..???

Kah...Kah.....LESEN JUDI BOLA...INI DAH LAMA DI MUKTAMAD...!!!

Kah...Kah.....GST..INI PUN MASIH BELUM MUKTAMAD..!!!

Kah..Kah.....MINYAK NAIK 15 SEN...INI CEPAT JE MUKTAMAD...!!

Kah...Kah....MODEL EKONOMI BARU...PUN MASIH BELUM MUKTAMAD...!!!

Kah...Kah....BORING LA...SEMUA BENDA BELUM MUKTAMAD...!!!

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH....HANYA KEPUTUSAN DARI ALLAH SAJA YANG LEBIH MUKTAMAD...!!

sepang-kederang


Share

GMJ Anjur Perhimpunan 100,000 Desak Batal Judi Bola Sepak

Posted: 02 Jun 2010 01:00 AM PDT

Oleh Fazli Othman


SHAH ALAM 1 Jun -Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dengan kerjasama 18 pertubuhan bukan kerajaan serta beberapa parti politik bersetuju menubuhkan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).
Persetujuan itu dibuat selepas pertemuan berhubung 'Status industri judi di Malaysia' yang diadakan di Tingkat 22, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor petang tadi, di sini.
Setiausaha Agung MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata gerakan rakyat bantah judi ini akan dilancarkan di kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman sabtu ini.
"Satu Jawatan Kuasa Khas induk yang terdiri daripada wakil-wakil NGO dan parti politik akan dilantik bagi menggerakan kempen ini.
"Kita secara bersama bersetuju dengan gerakan kempen memansuhkan judi bola sepak sebagai kempen pertama," ujar beliau.
Menurut Azmi, memorandum khas akan diserahkan kepada Parlimen pada 7 Jun dan pada 23 Jun pula katanya gerakan ini akan menyerahkan satu lagi memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kita lihat bukan sahaja orang Islam malahan orang bukan Islam turut membantah judi bola sepak ini kerana memudaratkan kepada institusi keluarga.
"Semacam ada konspirasi dari syarikat judi dengan pihak berkuasa yang memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak.
"Kita minta kerajaan sensitif dengan desakan rakyat yang membantah judi bola sepak," tegasnya dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat tersebut.
Pada sidang media itu, Azmi turut mengumumkan GMJ akan menganjurkan satu perhimpunan 100,000 bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 3 Julai depan.

SK


Share

Ahli parlimen BN tidak layak anggotai kabinet Najib

Posted: 02 Jun 2010 01:00 AM PDT



Dzulfikar Mashoor

PETALING JAYA, 1 Jun: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyenaraian lebih banyak senator dalam kabinet baru seakan memberi gambaran bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

"Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru ini," jelas beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, Tropicana lewat petang tadi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mencadangkan Najib supaya mengadakan pilihan raya kecil dengan meletakkan para senator yang baru dilantik bertanding dan menjadi Ahli Parlimen bagi menggantikan segelintir ahli parlimen BN yang sedia ada.

"Elok Datuk Seri Najib adakan suatu pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi ahli parlimen, ganti mana-mana ahli Parlimen BN yang dirasakan Najib tidak layak," ujar beliau yang juga Ketua Umum PKR.

Sebelum pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoal tindakan Najib melantik banyak senator untuk menganggotai kabinet baru beliau.

Dengan perlantikan tersebut, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, langsung tidak mencerminkan sebuah 'Kabinet Rakyat'.

Ini kerana, menurut beliau, pemilihan beberapa senator terbabit bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang demokratik, tetapi dipilih oleh Najib berasaskan kepentingan politik sempit parti-parti komponen BN semata-mata.

Katanya lagi, tindakan Najib melantik lebih ramai pemimpin MCA walaupun mungkin untuk menangani konflik kepentingan dalam parti perkauman Cina itu, tetapi perlantikan tersebut adalah sia-sia.

"Saya tidak nampak (perlantikan) ini sebagai suatu nilai tambah untuk MCA dan BN tidak mungkin boleh memulihkan keyakinan rakyat dengan perlantikan itu," ujar beliau.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula mengganggap pembentukan kabinet yang baru itu semata-mata untuk memulihkan kepercayaan rakyat.

Perlantikan tersebut menurut beliau, sebenarnya lebih untuk menangani masalah dalaman MCA dan BN sendiri.

Petang tadi, Najib mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini menjadi Menteri Pengangkutan, menggantikan Tee Keat.

Beliau juga mengumumkan pelantikan dua ahli parlimen (MP) sebagai timbalan menteri iaitu MP Serian, Datuk Richard Riot Jaem sebagai Timbalan Menteri Luar dan MP Labis yang juga anak Dr Chua Soi Lek, Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).

Empat senator turut dilantik sebagai timbalan menteri yang baru ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); Naib Presiden Kanan Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Maglin Dennis D'Cruz (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Katanya, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Senator Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.

harakahdaily


Share

Gadis 14 tahun lakukan seks di kawasan hutan

Posted: 01 Jun 2010 11:00 PM PDT

Remaja 14 tahun mengaku ada hubungan seks dengan kekasih

HULU TERENGGANU - Buta cinta. Seorang gadis berusia 14 tahun sanggup merelakan dirinya dinodai apabila secara sukarela melakukan hubungan seks biarpun hanya di kawasan hutan di Kampung Tok Gebok di sini, dengan teman lelakinya, 17 Mei lalu.

Kejadian antara jam 4.30 petang hingga 7 malam itu, terbongkar apabila mangsa, pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah sekitar Ajil, menceritakan peristiwa berkenaan kepada ibu saudaranya 30 Mei lalu, kemudiannya memaklumkan kepada ibu mangsa sehingga membawa kepada laporan polis, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Tok Randok keluar bersiar-siar di sekitar Pekan Ajil dengan membonceng motosikal bersama teman lelakinya berusia 17 tahun yang juga rakan sekolahnya, sebelum mereka ke kawasan hutan untuk melampiaskan nafsu masing-masing.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata, akibat kemaruk cinta juga pasangan kekasih berkenaan sebelum ini dikatakan pernah beberapa kali melakukan aksi 'ringan-ringan' sepanjang bercinta sehingga akhirnya membuatkan mereka terlanjur.

sinarharian


Share

Mesti Baca: Panduan Qunut Nazilah

Posted: 01 Jun 2010 09:00 PM PDT

PANDUAN QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku' untuk 'Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I'tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.


DOA QUNUT NAZILAH




Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah."


Sumber: JAKIM

Share

RAKYAT GILA BOLA ,UMNO GILA JUDI

Posted: 01 Jun 2010 07:00 PM PDT

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN


Apabila Rejim Najib melalui Awang Adek mengumumkan bahawa Kerajaan bersedia meluluskan aktiviti judi bola saya menganggap Awang Adek seorang yang jujur . Beliau jujur mendedahkan kepada rakyat tentang identiti atau wajah sebenar Umno- parti yang ketagih dan gila judi.

Sebagai parti sekular , bagi Awang Adek, Umno tidak perlu takut untuk mendedahkan kepada rakyat tentang identiti sebenar Umno. Ya, judi adalah haram berdasarkan wahyu yang qati'e . Melakukan perbuatan haram boleh membawa kepada neraka. Tetapi itu semua doktrin yang PAS pegang. Umno bukan PAS. PAS parti Islam, Umno parti sekular. Mana boleh sama. Bagi Umno apa kena mengena dosa dan pahala, syurga dan neraka dalam perjuangan politik. Bukankah mantan Presiden Umno pernah mengatakan tindakan PAS yang berkempen tentang syurga dan neraka adalah termasuk dalam "rasuah politik."

Memandangkan Umno mempunyai "world view" yang jelas bertentangan dengan Pas maka kita tidak perlu risau jika Umno bersedia menghalalkan benda yang diharamkan oleh Allah. Fahaman maddiyyah ( materialism /kebendaan ) dan hedonism ( hidup ini sekadar untuk bersuka ria ) yang menjadi pegangan dan sandaran Umno tidak membenarkan Umno melepaskan peluang untuk mengisi perbendaharaan negara ini dengan hasil ekonomi – tanpa kira hasil yang halal atau haram.

Bagi mereka yang masih ragu-ragu sama ada Umno ini sekular atau tidak lihatlah pendirian rasmi Umno tentang judi di Parlimen. Mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Hilmi Yahya di Parlimen menyatakan di Parlimen pada 15 Disember 2004 dan dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia ( 16/12/2004 ) seperti berikut :-

"Kerajaan tidak bercadang menghentikan aktiviti perjudian secara berlesen di negara ini kerana mahu bersikap adil terhadap masyarakat bukan Islam di samping membendung kegiatan bookie haram. Sehingga kini terdapat 1,822 lesen diberikan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti ini, sama ada cabutan loteri Magnum, Toto, 1+3D dan kegiatan judi di premis-premis hiburan,'' .

Beliau seterusnya memberitahu, kerajaan tidak berhasrat menghentikan kegiatan itu kerana perjudian merupakan satu budaya kepada kaum-kaum tertentu.

"Ada kaum yang mempunyai budaya berjudi, jadi kita perlu bersikap adil kerana walaupun kita adalah negara Islam tetapi Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum dan dan agama,'' katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Ratnam a/l Muthiah dalam sesi Dewan Negara.

Beliau memberitahu, kerajaan tidak berhasrat mengurangkan hari cabutan loteri Magnum, Toto dan 1+3D kerana ia akan mengurangkan pendapatan melalui cukai.

"Jika kita kurangkan kepada satu minggu sekali cabutan, kita akan kehilangan cukai RM620 juta dalam tempoh satu tahun,'' katanya.

Bagi Umno tidak merebut peluang untuk mengisi perbendaharaan negara dengan wang melalui aktiviti judi yang berleluasa dalam pesta bola piala dunia ini adalah satu kerja bodoh. Bukankah dengan membenarkan aktiviti judi semasa pesta bola piala dunia ini akan menyebabkan Kerajaan dapat menjana kewangan melalui cukai yang akan dibayar oleh tauke-tauke judi. Rasional Umno adalah daripada membiarkan taukeh-taukeh judi ini berjudi secara tidak sah lebih baik Kerajaan sahkannya melalui perlesenen. Bukankah taukeh judi ini akan membayar cukai yang banyak kepada Kerajaan jadi mengapa Kerajaan harus lepaskan peluang keemasan ini.

Bukankah mantan Perdana Menteri Singapura sendiri Lee Kuan Yew, hujah Umno, pernah menyatakan Kerajaan Singapura sepatutnya lebih awal membenarkan dan menggalakkan industri judi di negara itu sepertimana Kerajaan Malaysia lakukan dengan kewujudan mahligai judi di Genting. Lee Kuan Yew memuji Malaysia kerana pandai menjana kewangan melalui industri judi di Genting . Pujian Lee Kuan Yew bukan meresahkan Umno sebaliknya menyeronokkan Umno. Pujian itu juga memberi inspirasi baru kepada Umno. Umno kini dengan lantang dan mendabik dada menyatakan " Wahai Lee Kuan Yew lihatlah kami bukan sahaja ada Genting tetapi kami juga menghalalkan judi semasa pesta bola piala dunia."

Isu judi ini juga mendedahkan sikap hipokrit Umno yang amat jelas. Semasa kempen Piliharaya kecil Hulu Selangor, Umno tanpa rasa segan dan malu sanggup berkempen bermatian-matian untuk memberitahu rakyat di sana bahawa mereka perlu menolak Zaid Ibrahim kerana beliau adalah kaki arak. Cara Umno berkempen seoalah-oleh arak adalah sesuatu yang jijik bagi Umno . Dalam kempen pilihanraya itu Umno gagal menerangkan kepada rakyat jka Zaid Ibahim perlu ditolak kerana dilabelkan kaki arak Umno sudah tentu lebih aula ditolak kerana membenarkan kilang arak didirikan dan industri judi dihalalkan dan kini dikembangkan .

Layan Video Klip sat..


Mana –mana Kerajaan yang membenarkan aktiviti judi pada hakikatnya menggalakkan rakyatnya untuk hidup dalam khayalan dan angan-angan .Judi ( maisir ) bagi Islam adalah bentuk aktiviti gharar ( tidak pasti ) iaitu yang bagi ahli ekonomi dikatakan sebagai " a zero sum game which risky payoff" . "Zero sum game" bermaksud orang yang menang dalam judi adalah di atas kerugian orang lain kerana judi adalah aktiviti yang tidak bersandarkan kepada kemahiran dan kecekapan sebaliknya hanya kepada tuah semata-mata. Seorang ahli ekonomi barat . Goodman, menyatakan peningkatan industri judi pada tahun-tahun kebelakangan ini di Amerika adalah disebabkan adalah kerana " the growing tendency to rely on economic ventures of chance as opposed to those involving skill and real work " ( kecenderungan untuk berngantung kepada aktiviti-aktiviti ekonomi yang berdasarkan tuah daripada aktiviti-aktiviti yang berdasarkan kemahiran dan kerja-kerja yang sebenar )

Saya minta maaf jika tersilap. Tetapi saya tidak nampak golongan agama di dalam Umno dan di luar Umno yang lantang menyerang Pakatan Rakyat lantang juga menyerang Umno di dalam isu judi ini. Saya tak nampak Mufti Perak bersuara dalam isu ini. Jika dalam isu Nizar memegang lilin sepantas kilat Nizar di"fatwakan" terlibat dalam perkara-perkara yang melanggar hukum agama mengapakah dalam isu judi bola ini "fatwa" sebegitu tidak keluar dari mulut-mulut golongan –golongan agama tertentu sedangkan hukum judi adalah lebih jelas.

Apapun pesta bola piala dunia ini mewujudkan dua golongan yang gila dalam masyarakat – rakyat gila bola Umno pula gila judi!!!

peguampas

Share

Najib Pecat 3 Timbalan Menteri UMNO, Ganti Dengan MCA, MIC

Posted: 01 Jun 2010 05:00 PM PDT

Nampaknya UMNO disisihkan dalam rombakan kabinet hari ini. 2 MT UMNO, dan Timbalan Ketua Pemuda UMNO, digugurkan dari jawatan Timbalan Menteri. Manakala khairy jamaluddin kempunan nak jadi menteri hatta Timbalan Menteri Pertahanan, walaupun baru je tamat latihan askar wataniah..

Berikut senarai penuh rombakan kabinet yang mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong dan akan berkuatkuasa Jumaat ini.

1) Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan kepada Menteri Pengangkutan.

2) Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3) Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

4) Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Menteri Pengangkutan.

5) Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Luar Negeri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

6) Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

7) Datuk G. Palanivel (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

8) Datuk Richard Riot (Ahli Parlimen Serian) - Timbalan Menteri Luar.

9) Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

10) Datuk Donald Lim (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Kewangan.

11) Datuk Maglin Dennis D'cruz (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

12) Senator Gan Ping Sieu (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

6 Menteri dan Timbalan Menteri Yang Digugurkan.

1) Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan dari jawatan Menteri Pengangkutan

2) Datuk Wee Jeck Seng digugurkan dari jawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan

3) Ahli jawatankuasa pusat MCA, Heng Seai Kie yang dilihat sebagai penyokong kuat kumpulan Tee Keat, digugurkan dari jawatan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

4) Ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Hamzah Zainuddin, digugurkan dari jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti yang baru

5) Ketua Bahagian Umno, Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom digugurkan dari jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

6) Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim digugurkan dari jawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan.


http://tunhisyamuddin.blogspot.com


Share

Tiada ulasan: