Ajijoi |
- Kelantan anjur kuliah, solat hajat khas kecam Israel
- Pemuda Pakatan: Putuskan hubungan dengan Apco
- Bukan hanya Tee Keat yang digugurkan
- Laporan mengelirukan mengenai rombakan kabinet
| Kelantan anjur kuliah, solat hajat khas kecam Israel Posted: 02 Jun 2010 05:46 AM PDT ![]() Nik Aziz menggesa Majlis Keselamatan PBB memberi teguran keras terhadap rejim Israel. — gambar fail KOTA BARU, 2 Jun — Kerajaan negeri Kelantan akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran yang disertai kuliah Jumaat dan solat hajat khas di Stadium Sultan Mohamed Keempat, Jumaat ini berhubung tindakan kejam Israel menyerang konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza. Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kuliah khas itu sebagai menggantikan kuliah Jumaat yang kebiasaannya diadakan setiap minggu di Dataran Ilmu, di sini. "Selaku Menteri Besar, saya akan menganjurkan satu kuliah kuliah pagi Jumaat lusa khusus berhubung isu tindakan tidak bertamadun rejim Israel itu di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-IV,," katanya. Sehubungan itu, Nik Aziz juga meminta kerjasama Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) agar mengarahkan semua masjid di negeri ini mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah serta menyediakan khutbah khusus mengutuk Israel dan Yahudi untuk para khatib menyampaikan khutbahnya kepada semua anggota jemaah solat Jumaat terdekat ini. "Saya juga menyeru para ulama seluruh dunia dapat bangkit menunaikan solat hajat dan memohon pertolongan Allah demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin di Gaza," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini. Nik Abdul Aziz juga menggesa Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim Israel sambil menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara Islam turut menyertai bantahan bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin. Sementara itu, Ketua Sekretariat Missi Cakna Palestin Nazri Deraman, sebuah pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini, menggesa kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk serangan Israel itu. "Kami juga menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan sifat kasih sayang dengan memberi bantuan sumbangan derma dalam apa jua bentuk dan cara untuk rakyat Palestin," katanya ketika kira-kira 50 orang anggota jawatankuasanya mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan pintu masuk utama pejabat Exco negeri, hari ini. — Bernama |
| Pemuda Pakatan: Putuskan hubungan dengan Apco Posted: 02 Jun 2010 05:42 AM PDT |
| Bukan hanya Tee Keat yang digugurkan Posted: 01 Jun 2010 05:00 PM PDT Wakil Umno yang digugurkan. Dari kiri: Datuk Hamzah Zainuddin,Datuk Johari Baharum dan Datuk Razali Ibrahim Kabinet: Tee Keat digugur, hanya libatkan 2 menteri MCA KUALA LUMPUR, 1 Jun — Dalam rombakan yang dilihat tidak mengejutkan ramai, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat. Ong yang tewas dalam pemilihan semula MCA bagi jawatan presiden digugurkan. Beliau memegang jawatan itu sejak 2008.
Tempat beliau digantikan oleh Datuk Wira Chor Chee Heung yang kini merupakan timbalan menteri kewangan. Chor pernah dikaitkan dengan isu projek Zon Bebas Pelabuhan Klang dan turut memenangi pemilihan jawatan Naib Presiden MCA Mac lalu. Rombakan ini sebahagiannya berhubung kait dengan perubahan barisan kepimpinan MCA yang diadakan Mac lalu bagi menyelesaikan krisis dalaman parti itu. Pengumuman perubahan anggota jemaah menteri persekutuan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini. Rombakan menteri hanya membabitkan pemimpin MCA. Kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri menyebut, Perdana Menteri mengumumkan penamatan pelantikan Ong sebagai Menteri Pengangkutan dan Datuk Wee Jeck Seng sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam rombakan Kabinet yang berkuat kuasa Jumaat ini. Istiadat mengangkat sumpah jawatan akan diadakan 3.30 petang di Istana Negara, Jumaat ini. Rombakan kali ini hanya membabitkan pelantikan tujuh orang termasuk dua Ahli Parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan. Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dari Parti Progresif Penduduk (PPP) sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Timbalan Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti. Palanivel yang tidak diberikan tiket untuk bertanding semula pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu pernah memegang jawatan timbalan menteri sehingga Mac 2008. Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong, yang juga anak lelaki kepada Presiden MCA pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Dua Naib Presiden MCA yang baru masing-masing Senator Datuk Donald Lim Siang Chai pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Senator Gan Ping Sieu sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Donald Lim pernah memegang jawatan timbalan menteri sebelum ini tetapi digugurkan selepas tewas pilihan raya umum 2008. Selain itu, Najib juga mengumumkan pertukaran portfolio empat timbalan menteri. Kenyataan yang dikeluarkan menyebut Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Donald Lim, D'Cruz dan Gan sebagai senator berkuat kuasa hari ini. Mereka akan mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara dalam tempoh terdekat. Media bermain politik apabila menggelapkan berita wakil Umno yang digugurkan daripada kabinet dan menggantikan dengan wakil daripada Senator.Oleh kerana kaum Cina mula menolak BN, maka lebih ramai wakil daripada Cina yang dilantik ke dalam kabinet Najib. Melayu sekali lagi terpaksa dikorban Najib demi masa depannya sendiri. |
| Laporan mengelirukan mengenai rombakan kabinet Posted: 01 Jun 2010 04:45 PM PDT Tiada wakil Umno terbabit rombakan Kabinet June 01, 2010 KUALA LUMPUR, 1 Jun — Rombakan kecil Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini tidak membabitkan mana-mana wakil rakyat atau perwakilan yang dilantik daripada Umno, parti terbesar dalam gagasan Barisan Nasional (BN) yang memerintah. Sebaliknya, perubahan itu membabitkan paling banyak wakil daripada MCA, kesemuanya sembilan orang yang terlibat. Terdapat spekulasi yang hangat sejak beberapa minggu lepas mengenai rombakan beberapa orang menteri daripada Umno namun semuanya tidak menjadi kenyataan apabila rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri itu diumumkan kira-kira 4.30 petang. Dua wakil daripada MCA digugurkan — Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan dan Datuk Wee Jeck Seng sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Tiga orang dilantik sebagai Timbalan Menteri iaitu Anggota Parlimen Labis Chua Tee Yong, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan Senator Gan Ping Shou alias Gan Ping Sieu. Seorang dinaikkan pangkat daripada timbalan menteri kepada menteri penuh iaitu Datuk Wira Chor Chee Heung selain menyaksikan perubahan portfolio dua timbalan menteri iaitu Senator Heng Seai Kie dan Datuk Lee Chee Leong, serta seorang menteri iaitu Datuk Seri Kong Cho Ha. — Bernama Tiada? Janganlah nak menipu orang-orang Melayu dikampung-kampung yang hanya membaca Utusan dan BHarian sahaja.Kenapa tidak melaporkan yang 3 wakil Umno DIGUGURKAN? Ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Hamzah Zainuddin (Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti), Datuk Johari Baharom yang juga Ketua Bahagian Umno, Kubang Pasu (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda Umno (Timbalan Menteri Belia dan Sukan). Siapa pula yang Najib lantik untuk menggantikan wakil-wakil Umno ini? Wakil-wakil daripada MCA. Dan menjadi trade mark pemerintahan Najib sekarang adalah melantik senator-senator melebihi ahli-ahli parlimen yang memenangi pilihanraya lalu. Sehinggakan Donald Lim, D'Cruz dan Gan dilantik Senator setelah dipilih kedalam kabinet Najib. Sekarang ini siapa yang menjadi boneka Cina yang sebenarnya? |
| You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Kong, yang turut gagal dalam persaingan jawatan timbalan presiden, kini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan