Rabu, 2 Jun 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


LHDN siasat Patrik Lim

Posted: 02 Jun 2010 05:45 AM PDT

Neo Chee Hua



Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjejak pejabat Patrick Lim Soo Kit di Serdang, Selangor, baru-baru ini untuk menyiasat dan mengambil beberapa dokumen dari bilik peribadinya, menurut sumber yang enggan didedah namanya.

Sumber maklumat memberitahu MerdekaReview, Patrick Lim (gambar kanan) bangkit semasa zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, malah dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga bekas Perdana Menteri ini, kini berdepan dengan siasatan LHDN yang boleh mencungkil pelbagai tafsiran dari segi politik.

Akhbar mingguan, The Edge sebelum ini melaporkan bahawa LHDN sedang mengadakan siasatan mengejut terhadap beberapa orang usahawan yang "untouchables" (tidak boleh disentuh) sebelum ini, berikutan kelewatan dalam pembayaran cukai atau cukai terkurang lapor.

Sebagaimana yang diketahui, unit Intelligence and Investigation di bawah LHDN kini melancarkan serbuan mengejut dengan waran menggeledah (Search Warrant) ke atas usahawan-usahawan ini, setelah menguasai maklumat penyelewengan berdasarkan desk audit yang dijalankan.

Tindakan serbuan ini dijalankan berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967, yang memperuntukkan kuasa kepada pegawai LHDN untuk memasuki bangunan dan menggeledah dokumen.

Mengikut maklumat yang diperolehi, pejabat usahawan-usahawan yang terbabit ini akan disiasat pejabatnya oleh satu pasukan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 15 orang pegawai. Dua pasukan yang lain akan bertanggungjawab untuk bertemu dengan juruauditnya, dan menziarahi rumah sesetengah pengarah syarikat. Secara keseluruhannya, pasukan penyiasat ini terdiri daripada 30 orang.

Pada April 2010, satu media bahasa Inggeris melaporkan LHDN melancarkan siasatan mengejut ke atas pemaju utama Cyberjaya, Setia Haruman Sdn Bhd. Sebagaimana yang diketahui, siasatan LHDN bermula setelah mendapati maklumat berhubung pencukaian antara Setia Haruman dengan pihak ketiga. Tetapi, Setia Haruman menjelaskan kemudian bahawa mereka disiasat kerana kelewatan dalam pembayaran cukai.

Tindakan LHDN untuk menyiasat mereka yang "tidak boleh disentuh" ini bertujuan untuk menyampaikan satu mesej, iaitu LHDN akan mengambil tindakan dalam hal pencukaian negara, tidak kira sama ada pembayar cukai ini mempunyai lindungan politik atau tycoon.

Hubungan akrab dengan Abdullah-Khairy

Tiada maklumat untuk mengesahkan sama ada Patrick Lim Soo Kit terlibat dalam tax evasion, malah sejauh mana besar angkanya. Namun, menurut sumber maklumat, tindakan ini mungkin hasil daripada pergelutan kuasa politik, dengan motif untuk mencantas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah Ahmad Badawi.

Pejabat Patrick Lim dimiliki Taman Equine Sdn Bhd, iaitu anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Equine Capital Berhad. Patrick Lim adalah pemegang saham Equine Capital, pernah menjawat Pengerusi dan Pengarah Eksekutif syarikat tersebut. Namun, beliau meletak kesemua jawatannya pada Oktober 2008, dan kekal sebagai pemegang saham yang kini memiliki hampir 14% sahamnya.

MerdekaReview gagal menghubungi jurucakap LHDN, malah staf Taman Equine Sdn Bhd enggan mengulas isu ini dengan alasan Patrick Lim bukan lagi pengarah syarikatnya.

Hubungan komersial antara Patrick Lim dengan Khairy adalah rapat. Kedua-dua mereka dituduh mengadakan Monsoon Cup Antarabangsa, yang menelan kira-kira RM200 juta semasa zaman Abdullah menjawat PM. Suara pertikaian tersebar luas kerana aktiviti ini dikatakan melibatkan wang royalti minyak, sehingga Patrick Lim digelar sebagai "Patrick Badawi" pada ketika itu.

Selain itu, Patrick Lim mendapat banyak projek di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menerusi Equine Capital, termasuk pembangunan tanah Crescentia Park yang bernilai RM800 juta dan pembangunan semula padang lumba kuda Pulau Pinang yang bernilai RM25 bilion.

Antaranya, syarikat Abad Naluri Sdn Bhd di bawah Equine Capital telah memperolehi projek pembinaan semula padang lumba kuda. Meskipun Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Jabatan Perancangan Pembangunan belum meluluskan projek membangunkan Penang Global City Centre (PGCC) di padang lumba kuda, namun Patrick telah berjaya mengundang Abdullah Ahmad Badawi untuk merasmikan projek PGCC di Bukit Gantong.

Akibat hakisan kuasa Abdullah

Patrick Lim menafikan dirinya memperolehi projek PGCC kerana hubungannya dengan kuasa politik ketika ditemuramah akhbar mingguan The Edge. Namun, pertikaian tidak reda lantaran penafian ini.

Pertikaian yang tercungkil termasuklah mengapa syarikat kecil seperti Equine Capital mampu memperolehi projek hartanah yang bernilai RM25 bilion? Malah, syarikatnya membeli tanah keemasan ini dengan harga RM43/kaki persegi, padahal harga tanah ini bersamaan dengan harga tanah di Mont Kiara yang lebih daripada RM250 / kaki persegi.

Bagaimanapun, PGCC diketepikan setelah kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat selepas PRU ke-12. Equine Capital telah menjual 25% saham Abab Naluri Sdn Bhd (yang bertanggungjawab ke atas PGCC) kepada Kiara Ikhtisas Sdn Bhd dengan RM 2 juta pada 20 Oktober 2008.

Lebih-lebih lagi, kuasa Abdullah Ahmad Badawi semakin terhakis selepas "tsunami politik". Patrick Lim meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat dan Pengarah Eksekutif pada 10 Oktober 2008, malah mengurangkan pegangan sahamnya dari 28.89% pada 10 September 2008 kepada 13.93% pada 14 Oktober 2009.

Patrick Lim semakin low profile selepas itu, sehingga media tempatan melaporkan bahawa beliau bersama rakannya membeli ProMatch Tour Ltd daripada F10 Holdings Ltd, menerusi syarikat mereka di HongKong, iaitu Regal Faith Ltd, barulah beliau menjadi tumpuan pasaran semula.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari artikel asal yang disiarkan pada 26 Mei 2010.

Fatimah wanita pertama ketua balai polis di Terengganu

Posted: 02 Jun 2010 05:44 AM PDT

BERNAMA

BESUT — Sarjan Mejar Fatimah Hassan, wanita pertama dilantik menjadi Ketua Balai Polis di Terengganu, berkata beliau akan sedaya upaya memastikan kes kecurian motosikal, pecah rumah dan penagihan dadah di kawasan Kuala Besut dikurangkan.

Ibu kepada seorang anak ini berkata pengalaman berkhidmat hampir 30 tahun sebagai anggota polis akan membantu beliau menjalankan tugas barunya termasuk menyelia 13 anggota bawahan di Balai Polis Kuala Besut.

Fatimah, 53, yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Balai Kampung Raja, menggantikan tempat Sarjan Mejar Tajib Kusban yang mengambil alih jawatan Fatimah di Balai Polis Kampung Raja.

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai konstabel pada 1981 dan pernah bertugas di Kuala Selangor dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sebelum bertukar ke Besut pada 1989.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata berdasarkan tempoh dan rekod perkhidmatannya, beliau yakin Fatimah mampu melaksanakan tugas barunya dengan berkesan.

Wartawan Awani: ‘Kami diserang bertubi bertubi komando Israel’

Posted: 02 Jun 2010 05:41 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Kesemua 12 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa serangan Israel ketika dalam perjalanan ke Gaza menyertai misi kemanusiaan kelmarin telah tiba dengan selamat di Jordan hari ini.

Mereka termasuklah dua wartawan Astro Awani.

Pagi tadi, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Jordan untuk mengusahakan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditahan ketika tentera Israel menyerang kapal yang mereka naiki bersama sukarelawan antarabangsa dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra.

Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, "Mavi Marmara", dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.

Kesemua 12 rakyat Malaysia sudah dibebaskan dan kini berada di Jordan, kata wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, yang juga merupakan salah seorang daripada rakyat Malaysia yang turut berada di atas kapal itu semasa ia diserang.

Dalam satu lintas langsung dengan stesen itu pagi ini, Ashwad berkata mereka berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan.

Mereka dihantar dengan bas bersama sukarelawan daripada beberapa negara lain ke sempadan Israel-Jordan, dan kini dalam perjalanan ke Amman.

"Kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia, pihak kedutaan (di Jordan) dan masyarakat antarabangsa yang banyak berusaha untuk keluarkan kami," kata Ashwad, 25, yang dihubungi oleh stesen itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan agar mereka selamat dan mengadakan sembahyang hajat.

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.

Dua belas rakyat Malaysia, yang berada di atas kapal Mavi Marmara, yang diserang Israel dua hari lepas mengibarkan Jalur Gemilang setelah dibebaskan di Jordan hari ini. — Gambar Bernama
Ketika ditanya pengalaman sepanjang insiden itu, Ashwad berkata layanan yang diterima dalam tempoh 28 jam itu mengambarkan konflik enam dekad yang dialami oleh rakyat Palestin yang tertindas.

Katanya kejadian itu bermula apabila tentera Israel mengepung kapal mereka ketika ia berada kira-kira 68 batu di luar perairan Israel pada pukul 4.20 pagi.

"Tentera Israel mengepung kami dari semua pelosok... mereka menggunakan 19 bot, lapan kapal laut dan tiga helikopter," katanya.

Menurut beliau, tentera Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal itu dan berdepan dengan sukarelawan yang hanya menggunakan peralatan bukan senjata, seperti air dari pili bomba.

"Kami diserang bertubi bertubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Samsul (jurukamera) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu," katanya.

"Kami kemudian lari ke kawasan lebih selamat... kami lihat ada sukarelawan yang berlumuran darah ... ini pengalaman memeritkan yang berjaya membuka mata dunia apa yang berlaku. Tak sangka Israel bertindak demikian... kami hanya orang awam," tambah beliau.

Ditanya keadaan Samsulkamal Abdul Latip, Ashwad berkata beliau selamat tetapi kedua-dua mereka terpisah selepas mereka ditahan dan digari oleh tentera Israel, dan hanya ditemukan selepas dibebaskan di sempadan Israel-Jordan.

Beliau berkata kesemua 12 rakyat Malaysia itu akan bertemu dengan Duta Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz sebelum mengatur rancangan pulang ke tanah air.

Selangor negeri pertama perkenal indeks integriti urus tadbir

Posted: 02 Jun 2010 05:38 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

SHAH ALAM —Sebagaimana dijanjikan ketika Kongres Nasional Keenam PKR Ahad lalu, kerajaan negeri Selangor memperkenalkan dua dasar baru bagi memastikan pentadbiran yang bersih dan telus.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata dua dasar berkenaan iaitu Indeks Integriti Urus Tadbir Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan Pakatan Integriti (IP) akan dijadikan kayu pengukur untuk menilai keberkesanan dan kemajuan yang dicapai Selangor setiap tahun.

"Indeks Integriti ini akan membolehkan kerajaan negeri maklum mengenai kedudukannya dari segi pentadbiran di mana rakyat Selangor boleh menilai komitmen kerajaan negeri tehadap dasar-dasarnya," katanya.

Menteri Besar mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Langkah itu selaras dengan teguran yang dibuat oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasarnya pada kongres itu.

Khalid berkata IP pula digunakan untuk tujuan pencegahan dan membasmi rasuah khususnya dalam kontrak dan tender awam.

Beliau berkata wakil Transparency International Malaysia (TI-M) turut memberikan memberi taklimat mengenai dasar baru itu pada mesyuarat Exco hari ini.

Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri akan menubuhkan satu Jawantankuasa Khas bagi pelaksanaan Indeks Integriti Urus Tadbir Kerajaan Selangor dan IP.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai teguran Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kepimpinan beliau pada kongres itu Ahad lalu, Khalid berkata:

"Tidak ada, tidak ada teguran, ini biasa punya, dalam politik semua orang cakap antara satu sama lain."

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor pada kongres yang diadakan di Kota Baru, Kelantan hujung bulan lepas menggesa Khalid supaya mengatasi masalah rasuah dan kelambatan projek pembangunan di negeri itu.

Beliau juga dilaporkan berkata Selangor perlu mempercepatkan projek bagi menjana pembangunan ekonomi.

CUEPACS: 41 peratus penjawat awam terlibat rasuah tahun lepas

Posted: 02 Jun 2010 05:36 AM PDT

BERNAMA

TEMERLOH — Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Beliau berkata jumlah tersebut adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.

Bagi menangani masalah tersebut, Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka yang terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret kemuka pengadilan, katanya.

"Kita mahu memerangi rasuah di kalangan penjawat awam dan juga membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak yang cuba menyogokkan rasuah kepada penjawat awam.

"Cuepacs tidak akan berkrompomi atau bertolak ansur dengan melindungai mana-mana penjawat awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung kali ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh, di sini hari ini.

Omar berkata selain rasuah, Cuepacs juga tidak akan melindungi penjawat awam yang terbabit dalam masalah disiplin termasuk cubaan memalsukan sijil cuti sakit dan ponteng kerja.

Beliau mengulangi kenyataannya bahawa dianggarkan antara 1,000 hingga 2,000 penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit atau mengubah jumlah asal cuti sakit yang diberikan oleh doktor.

"Mereka mendapatkan sijil cuti sakit palsu daripada klinik yang bukan panel dan ada sesetengahnya klinik berkenaan tidak wujud pun.

"Ada sesetengahnya pula mengubah jumlah cuti sakit yang ditulis oleh doctor misalnya 1 hari kepada 11 hari," kata Omar.

Majlis Peguam gesa UKM gugur tuduhan terhadap 4 pelajar

Posted: 02 Jun 2010 05:33 AM PDT



KUALA LUMPUR — Majlis Peguam menggesa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) supaya menggugurkan tuduhan terhadap empat pelajar jurusan sains politiknya yang didakwa mengambil bahagian dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor, April lalu.

"Majlis Peguam mahu sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dibentuk untuk mengkaji semula Akta Universiti dan Kolej Universiti selari dengan perkembangan semasa dan memansuhkan peruntukan-peruntukan yang dilihat menghalang kebebasan demokratik pelajar.

"Sementara kajian semula itu dikendalikan, Majlis Peguam mahu UKM menggugurkan tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atas empat pelajar ini," kata Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Empat pelajar berkenaan Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai mencabar tindakan menghadapkan mereka di Mahkamah UKM di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Hakim Aziah turut menetapkan 17 Jun ini bagi perbicaraan inter-parte antara plaintif dan UKM.

Ragunath berkata, penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti tidak berperlembagaan kerana ia bertentangan dengan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

Ia bukan sahaja tidak demokratik, malah larangan ke atas pelajar-pelajar terbabit menggunakan perwakilan perundangan juga tidak boleh diterima, lebih-lebih dalam keadaan kemungkinan mereka boleh berhadapan dengan pelanti dan sebarang akibat daripadanya.

Bagaimanapun kata beliau, pensyarah-pensyarah pula dibenarkan diwakili oleh peguam di bawah undang-undang tersebut.

Beliau menambah, Majlis Peguam melihat Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti tidak konsisten dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, di mana ia menghalang hak pelajar untuk menyuarakan pandangan, berhimpun dengan aman dan untuk menubuhkan persatuan dan tidak efektif.

"Untuk melarang pelajar-pelajar Malaysia dari mengambil bahagian aktif dalam politik ketika pengajian tinggi adalah tidak adil dan tidak logik.

"Kewujudan banyak peruntukan akta ini yang tidak adil telah menafikan pelajar-pelajar universiti peluang untuk mereka menyertai proses demokrasi dengan sepenuhnya," katanya.

Dalam pada itu, UKM tidak meneruskan perbicaraan terhadap empat pelajar terbabit sebagaimana dijadualkan hari ini selepas menerima surat perintah mahkamah yang mengeluarkan injunksi semalam.

Ia diserahkan kepada pengurusan UKM pagi tadi.

Surat perintah tersebut diserahkan oleh keempat-empat pelajar tersebut selepas berjaya mendapatkan kelulusan permohonan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang proses perbicaraan disiplin oleh Mahkamah UKM.

Perintah itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas, Datuk Aziah Ali selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak pemohonan tersebut kelmarin.

Keputusan itu sekali gus menghalang Mahkamah UKM menjalankan perbicaraan terhadap empat pelajar berkenaan yang sepatutnya berlangsung hari ini dan esok.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, jurucakap UKM enggan memberikan sebarang ulasan mengenai tindakan keempat-empat pelajarnya yang membawa perkara itu ke mahkamah.

"Minta maaf banyak-banyak buat masa ini kami tidak boleh memberikan sebarang komen mengenai perkara ini," katanya.

Menurut peguam pelajar berkenaan Ashok Kandiah, Mahkamah UKM tidak boleh diadakan kerana kerana pihaknya telah mendapat perintah mahkamah untuk menghalang perbicaraan tersebut.

"Hari ini saya telah mengarahkan Hilman untuk hadir di Mahkamah UKM dan menyerahkan perintah injunksi kepada pihak Mahkamah UKM.

"Jadi dengan surat perintah tersebut pihak Mahkamah UKM tidak boleh mengadakan sebarang perbicaraan terhadap keempat-empat pelajar ini sehingga 17 Jun ini bagi perbicaraan inter-parte," katanya.

Mereka berempat ditahan oleh pihak polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah pada 22 April lalu.

Turut ditahan bersama mereka ialah tiga orang aktivis PKR yang turut menaiki kenderaan yang sama iaitu sebuah kereta dan sebuah van.

"Pagi ini saya telah menyerahkan surat perintah mahkamah kepada pihak Mahkamah UKM bagi menghalang perbicaraan diadakan.

"Jadi dengan surat perintah tersebut Mahkamah UKM tidak boleh mengadakan sebarang perbicaraan ke atas kami berempat," kata Hilman.

Kesemua pelajar tersebut merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Mahasiswa Sains Politik UKM di mana Hilman merupakan pengerusinya.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dimenangi calon Barisan Nasional.

"Kami mencabar Seksyen 15 (5)(A) kerana mendapati ia bertentangan dengan Artikel 10 Perlembangaan Persekutuan.

"Melalui injunksi ini kami mahu tahu sama ada seksyen tersebut bertentangan ataupun tidak dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan," kata Hilman lagi.

Gaza: Kenyataan rasmi MB Kelantan

Posted: 02 Jun 2010 05:32 AM PDT

Nik Abdul Aziz Nik Mat


Bismillahir Rahmanir Rahim

Saya mewakili Kerajaan Kelantan dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Yahudi Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza dan sehingga mengorbankan dua puluh (20) nyawa.

Konvoi ini dilaporkan membawa kira-kira sepuluh ribu (10,000) tan barangan bantuan, seramai lebih lima ratus empat puluh (540) orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk Ahli Parlimen, ahli akademik, ahli NGO petugas media, ulama', seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada lapan puluh tahun. Termasuk dalam rombongan tersebut juga ialah dua belas (12) orang rakyat Malaysia yang turut menjadi tawanan Yahudi Israel.

Sesungguhnya konvoi itu adalah bukan merupakan konvoi tentera dan tidak berangkat ke Gaza dengan tujuan ketenteraan, ia adalah misi kemanusiaan.

Paling penting ialah saya menyeru para ulama' seluruh dunia dapat bangkit, tunaikan Solat Hajat dan mohon pertolongan Allah S.W.T. demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin termasuk di Gaza.

Saya juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu. Saya juga menyeru agar Pertubuhan OIC dan negara-negara Islam turut menyertai bantahan ini bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin.

Hakikatnya tingkah laku biadab Israel ini berpunca dari kefahaman bahawa mereka merupakan bangsa yang terpilih dan mulia berbanding bangsa-bangsa yang lain. Bagi mereka, hanya mereka yang berhak hidup di bumi ini dan bangsa-bangsa lain hanyalah bertaraf hamba kepada mereka. Ekoran kefahaman sesat seperti inilah, mereka langsung tidak berasa bersalah melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin. Inilah bahayanya fahaman 'asobiyyah melampau yang dianuti oleh Yahudi. Selagi fahaman kebangsaan melampau seperti ini menjadi anutan mana-mana pihak, keamanan tidak akan dapat dikecapi di bumi ini.

Oleh kerana itu, saya selaku Menteri Besar Kelantan akan menganjurkan satu Kuliah Pagi Jumaat, pada 21 Jamadil Akhir 1431 (lusa) khusus berhubung dengan isu tindakan tidak bertamadun rejim Israel itu. Disebabkan Kuliah Jumaat ini penting, maka kita akan adakan di pekarangan Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu.

Pihak Kerajaan Negeri juga akan mengadakan Solat Hajat berserta bacaan Qunut Nazilah ditempat yang sama. Maka saya harapkan kerjasama semua pihak, muslimin dan muslimat agar dapat hadir beramai-ramai sebagai tanda kita mengutuk perbuatan zalim Yahudi Israel itu dan dapat sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan umat Islam dari kerakusan Yahudi – Israel.

Saya juga akan mohon kerjasama pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) agar mengarahkan semua masjid di Kelantan menunaikan Solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah serta dapat menyediakan satu Khutbah Khusus mengutuk Israel/Yahudi untuk para khatib persembahkan kepada semua ahli jemaah Sembahyang Jumaat yang terdekat ini (lusa).


Terima kasih.

YAB TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Pejabat Menteri Besar,
Kota Darulnaim.
19 Jamadilakhir 1431
2 Jun 2010.

Bankrap: Negara maju 2020 angan-angan Mat Jenin

Posted: 02 Jun 2010 04:03 AM PDT

Hashim Abdullah


TEMERLOH: Kenyataan kerajaan bahawa negara akan bankrap pada tahun 2019 jika terus memberikan subsidi membuktikan wujudnya kegagalan perancangan dan pengurusan ekonomi yang sekali gus membuktikan hasrat melihat negara ini maju pada 2020 tajaan pemimpin Umno BN umpama angan-angan Mat Jenin.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, isyarat kegagalan wawasan 2020 datang daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan negara akan bankrap pada 2019 jika terus memberi subsidi sedangkan kerajaan meletakkan negara maju pada 2020.

"Bagaimana kita boleh maju sedangkan kita berada dalam situasi muflis 2019. Ini adalah kegagalan kerajaan, kegagalan Umno BN merencana dan mengurus ekonomi," katanya.

Tambahnya, tindakan meletakkan bebanan kewangan negara kepada pemberian subsidi adalah tidak adil sedangkan banyak faktor yang boleh menyebabkan bankrap terutama berlakunya ketirisan dan kelemahan perancangan kerajaan.

"Bayangkan berapa banyak wang yang lesap akibat daripada penyelewengan dalam syarikat kerajaan dan ketirisan dalam pengurusan ekonomi. Faktor ini tidak diambil kira dan disenyapkan faktanya.

"Akhir-akhir ini kita didedahkan terlalu banyak isu termasuk kerugian besar Sime Darby. Malangnya apabila berhadapan krisis ekonomi kerajaan meletakkan bebanannya kepada rakyat, ini tidak adil," katanya.

Tuan Ibrahim turut mendesak kerajaan mengkaji balik bentuk pengurusan negara yang membabitkan banyak agensi yang bertindih fungsinya sehingga boleh membebankan kewangan negara.

"Banyak saya lihat pertindihan tugas atau fungsi di jabatan kerajaan, sebagai contoh penguatkuasaan di jalan raya, di sektor pertanian dan sebagainya. Keadaan itu mungkin boleh dikaji balik dan boleh menjimatkan wang negara," katanya.

KSSB untung RM1.11 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini

Posted: 02 Jun 2010 04:00 AM PDT

Harakahdaily


SHAH ALAM: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menguruskan perlombongan pasir di Selangor mencatatkan keuntungan RM1.11 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini iaitu dari Januari hingga Mac 2010.

Pada tahun 2009, KSSB mencatatkan keuntungan RM9.4 juta manakala September hingga Disember 2009, mereka mendapat untung RM1.99 juta.

Bagaimanapun jumlah ini masih rendah berbanding pendapatan dari pasir yang diperolehi kerajaan Selangor semasa BN iaitu RM17 juta pada tahun 2007.

KSSB yakin, tahun ini KSSB akan memberikan untung yang memberangsangkan berbanding tahun lepas.

Perkara ini diberitahu oleh saksi ketiga sidang Selcat, Datuk Abdul Shukur Nahar (gambar), Pengarah Eksekutif KSSB dalam sidang yang berlangsung hari ini.

Ekoran keuntungan yang dicapai, semua kakitangan KSSB telah diberikan bonus dua bulan gaji pada awal 2008 iaitu empat bulan selepas KSSB beroperasi.

Abdul Shukur menyifatkan kakitangannya layak menerima bonus itu kerana keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat di samping kerja keras yang terpaksa mereka lakukan di syarikat itu.

Beliau adalah saksi ketiga yang memberikan keterangan dalam sidang yang dipanggil ekoran aduan yang dibuat oleh anggota Parlimen Kapar, S Minakavasagam atau lebih dikenali dengan nama Mike.

Mike dijangka akan memberikan keterangan esok iaitu hari kedua sidang Selcat ini.

Saksi pertama yang memberikan keterangan pagi tadi adalah Yaakob Sapari iaitu exco yang bertanggungjawab dengan sumber asli.

Manikavasagam didapati berada di luar bangunan DUN selepas sidang Selcat bermula 10 pagi tadi.

Kemudian, beliau meninggalkan premis itu selepas dimaklumkan bahawa hanya akan dipanggil memberi keterangan pagi esok.

Turut hadir pertama kali sebagai anggota panel Selcat ialah dua wakil rakyat Barisan Nasional.

Mereka ialah Ismail Sani, yang merupakan Adun Dusun Tua dan Sulaiman Abdul Razak dari Permatang.

Kedua-dua mereka memulaukan sidang Selcat tahun lalu.

Anggota lain ialah Teng Chang Khim, Speaker DUN yang bertindak sebagai Pengerusi Selcat, Haniza Talha (PKR-Taman Medan) bertindak sebagai timbalan pengerusi, Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).

Sidang akan bersambung pagi esok.

Anwar Cabar Ahli Parlimen Umno, MCA Letak Jawatan Beri Laluan Kepada Senator

Posted: 02 Jun 2010 03:56 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar


KUALA LUMPUR - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar ahli Parlimen daripada Umno dan MCA untuk meletakkan jawatan mereka bagi memberi laluan kepada senator yang dilantik menjadi menteri berikutan rombakan kabinet yang dilakukan Perdana Menteri semalam.

"Ramai ahli-ahli Parlimen Umno dan MCA yang sebenarnya tidak layak sama sekali. Jadi dia (Najib) terpaksa lantik orang lain untuk menjadi menteri jika kita tafsir dari rombakan kabinet oleh PM Najib," kata Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, Petaling Jaya petang semalam.

"Ada baiknya kalau diadakan pilihanraya kecil bagi orang yang layak ini bertanding bagi menggantikan ahli-ahli parlimen BN. Banyak faedah yang akan rakyat dapat," kata beliau.

Empat senator yang dilantik sebagai timbalan menteri yang baru ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Maglin Dennis D'Cruz (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Selcat Persoal Bonus Enam Bulan KKSB Kepada Kakitangan

Posted: 02 Jun 2010 03:53 AM PDT

Oleh Norasikin Shamsi


SHAH ALAM - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (Selcat) hari ini mempersoalkan pemberian bonus enam bulan kepada kakitangan kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam tempoh September 2008 hingga Jun 2009, sedangkan syarikat baru ditubuhkan pada Julai 2008.

Pengerusi Selcat, Teng Chang Kim pada hari pertama pendengaran awam membabitkan salah guna kuasa dalam KKSB turut mempersoalkan kewajaran pemberian bonus tersebut sedangkan pada ketika itu syarikat cuma mempunyai dua lombong sahaja yang beroperasi.

Terdahulu, Pengerusi Bukan Eksekutif, Abdul Shukor Nagor memberitahu panel Selcat, pemberian bonus dibuat secara dua peringkat iaitu pada September hingga Disember 2008 manakala bonus peringkat kedua diberikan pada Januari hingga Jun 2009.

Abdul Shukor menjelaskan bahawa bonus dua bulan gaji pada akhir Disember 2008 dan empat bulan gaji antara Januari hingga Jun 2009.

Katanya, secara purata, seseorang kakitangan memperolehi bonus sebanyak 3.49 bulan gaji sepanjang tempoh sembilan bulan bekerja di situ.

Mati Di Dalam Penjara, Bapa Minta Polis Siasat

Posted: 02 Jun 2010 03:51 AM PDT


BERNAMA


JOHOR BAHARU - Seorang bapa meminta polis menjalankan siasatan terperinci mengenai kematian anak lelakinya di Penjara Kluang, yang dikatakan menggantung diri pada Januari lepas.

P. Regispran, 59, berkata sehingga hari ini dia tidak berpuas hati dengan punca kematian anaknya, R. Aruljothi, 24, sepertimana dimaklumkan pihak penjara, memandangkan anaknya itu tidak pernah mengadu sebarang masalah sejak ditahan di penjara itu pada September 2008.

"Kali terakhir saya berjumpa Aruljhoti adalah pada 1 Dis lepas dan anak saya memberitahu dia akan dibebaskan pada 25 Januari lepas.

"Bagaimanapun, kegembiraan saya bertukar kepada terkejut apabila menerima panggilan telefon dari pihak penjara pada kira-kira pukul 1 pagi, 9 Januari lepas, yang memaklumkan kematian Aruljhoti," katanya yang ditemani isteri, T. Annaputany, kepada pemberita pada pertemuan yang diaturkan Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, di sini hari ini.

Regispran, dari Taman Sri Skudai, di sini, berkata keadaan anaknya itu yang sihat dan gembira semasa dia dan isterinya melawat anak bongsu dari enam adik-beradik itu pada kali terakhir, membuatkan mereka sekeluarga tidak mempercayai Aruljhoti sanggup menggantung diri.

Katanya, mengikut laporan polis Penjara Kluang, Aruljhoti menggantung diri pada kira-kira pukul 9.45 malam, 8 Jan lepas.

Berikutan itu, Regispran berkata dia membuat laporan di Balai Polis Skudai pada 19 Jan lepas bagi menyiasat kejadian berkenaan, bagaimanapun dakwanya sehingga kini pihak berkuasa masih belum memberikan sebarang maklum balas.

"Saya tahu anak saya bersalah di atas jenayah samun yang dilakukannya tetapi saya mahukan keadilan terhadap kematian ini. Apa yang saya pertikaikan adalah cara kematiannya," katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata pihaknya sudah melantik seorang peguam bagi mewakili keluarga itu dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat supaya membuka semula kertas siasatan kematian Aruljhoti.

"Kita juga akan membantu Regispran membeli laporan bedah siasat kerana dia tidak mampu membeli laporan itu disebabkan masalah kewangan," katanya.

Kabinet: Tee Keat digugur, hanya libatkan 2 menteri MCA

Posted: 01 Jun 2010 10:55 PM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Dalam rombakan yang dilihat tidak mengejutkan ramai, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Ong yang tewas dalam pemilihan semula MCA bagi jawatan presiden digugurkan. Beliau memegang jawatan itu sejak 2008.

Kong, yang turut gagal dalam persaingan jawatan timbalan presiden, kini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tempat beliau digantikan oleh Datuk Wira Chor Chee Heung yang kini merupakan timbalan menteri kewangan.

Chor pernah dikaitkan dengan isu projek Zon Bebas Pelabuhan Klang dan turut memenangi pemilihan jawatan Naib Presiden MCA Mac lalu.

Rombakan ini sebahagiannya berhubung kait dengan perubahan barisan kepimpinan MCA yang diadakan Mac lalu bagi menyelesaikan krisis dalaman parti itu.

Pengumuman perubahan anggota jemaah menteri persekutuan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Rombakan menteri hanya membabitkan pemimpin MCA.

Kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri menyebut, Perdana Menteri mengumumkan penamatan pelantikan Ong sebagai Menteri Pengangkutan dan Datuk Wee Jeck Seng sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam rombakan Kabinet yang berkuat kuasa Jumaat ini.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan akan diadakan 3.30 petang di Istana Negara, Jumaat ini.

Rombakan kali ini hanya membabitkan pelantikan tujuh orang termasuk dua Ahli Parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan.

Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dari Parti Progresif Penduduk (PPP) sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Timbalan Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti.

Palanivel yang tidak diberikan tiket untuk bertanding semula pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu pernah memegang jawatan timbalan menteri sehingga Mac 2008.

Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong, yang juga anak lelaki kepada Presiden MCA pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dua Naib Presiden MCA yang baru masing-masing Senator Datuk Donald Lim Siang Chai pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Senator Gan Ping Sieu sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Donald Lim pernah memegang jawatan timbalan menteri sebelum ini tetapi digugurkan selepas tewas pilihan raya umum 2008.

Selain itu, Najib juga mengumumkan pertukaran portfolio empat timbalan menteri.
Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ditukar ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jelaing Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan; Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri dan Senator Heng Seai Kie dari Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ke Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kenyataan yang dikeluarkan menyebut Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Donald Lim, D'Cruz dan Gan sebagai senator berkuat kuasa hari ini.

Mereka akan mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara dalam tempoh terdekat.

Anifah ke Jordan usahakan pembebasan rakyat M’sia ditahan Israel

Posted: 01 Jun 2010 10:53 PM PDT

THE MALAYSIAN ONSIDER

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Jordan pagi ini untuk mengusahakan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditahan pada Isnin ketika tentera Israel menyerang kapal yang mereka naiki bersama sukarelawan antarabangsa dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra, kata seorang pembantu beliau kepada Bernama.

Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, "Mavi Marmara", dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Wisma Putra supaya menyelamatkan kesemua rakyat malaysia itu.

Anifah memberitahu pemberita semalam bahawa Wisma Putra sedang mengenal pasti lokasi di mana kesemua rakyat Malaysia itu kini berada.

Jordan dan Turki telah menyatakan kesediaan untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia itu.

Israel, yang dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa, dilaporkan berkata ia akan mengusir keluar kesemua 682 sukarelawan dari 35 negara yang ditahannya dalam serangan itu. – Reuters

Kes Konspirasi Kedua Ditangguh Kerana Mahkamah Silap Kunci

Posted: 01 Jun 2010 10:50 PM PDT

TV SELANGOR

Salah kunci, itu alasan yang diberikan oleh polis atas kegagalannya membuka sebuah kondominium untuk pemeriksaan mahkamah sebagaimana yang dikehendaki oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kondominium di Desa Damansara itu adalah penting untuk peguam Anwar membuktikan pertuduhan liwat terhadap beliau telah direka cipta sekali lagi dan tidak disokong dengan bukti.

Perbicaraan ditunda kepada Khamis dengan pendakwaraya menyoal pakar-pakar yang memeriksa pengadu Saiful Bukhari Azlan dan mendapati tidak ada bukti tusukan menunjukkan Saiful mangsa liwat.

Hakim Mohamad Zabidin Md Diah, pasukan pendakwaraya dan pasukan peguam bela melawat kondominium ini diiringi oleh polis.

Namun mereka terkejut apabila dimaklumkan oleh pasukan polis bahawa mereka tersalah membawa kunci.

Pemeriksaan unit berkenaan adalah penting untuk membuktikan Anwar sedang mempengerusikan sebuah mesyuarat di unit berkenaan ketika pengadu Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat di sebuah unit kondominium berasingan.

"Saya bagi tahu tadi bahawa dia salah kunci jadi mereka berikan polis kunci salah jadi kita tak dapat tempat yang dituju ujar Anwar.

" Kami tiba ke kondo awal tapi malangnya kunci kondo 52 yang dikatakan tempat mesyuarat itu tidak ada" ujar peguam Anwar, Sankara Nair.

Sankara juga memberitahu pemberita perbicaraan ditunda kepada Khamis.

Ini bagi membolehkan pakar perubatan dari Australia mengikuti keterangan daripada doktor yang memeriksa Saiful. Pakar berkenaan mendapati tidak ada tusukan menunjukkan Saiful mangsa liwat sebagaimana yang didakwanya.

Kehadiran pakar Australia akan membantu pasukan peguam Anwar untuk menelah keterangan yang bakal diberikan oleh pakar-pakar perubatan yang akan disoal oleh ketua pendakwaraya Yusuf Zainal Abidin.

"Esok tidak ada prosiding sebab kita buat persiapan untuk dan rancangan untuk mendengar bukti daripada pakar HKL pada hari khamis, dan lagipun pakar kami tak ada, dia akan sampai jam 7 pagi hari khamis" tambah Anwar lagi.

Selcat mula bersidang, Exco Yaakop Sapari beri keterangan

Posted: 01 Jun 2010 10:47 PM PDT

TV SELANGOR

SHAH ALAM — Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakop Sapari merupakan saksi pertama dipanggil memberi keterangan di hadapan Selcat berhubung dakwaan amalan rasuah membabitkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Setakat jam 10 pagi tadi, Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam yang sebelum ini mendakwa tiga pegawai atasan Kumpulan Semesta terlibat dalam amalan rasuah masih belum muncul.

Ketika dihubung awal pagi tadi beliau berjanji akan menghadap Selcat hari ini.

Portfolio Yaakob termasuklah pengurusan sumber semula jadi.

Beliau sedang memberikan keterangan mengenai pembentukan Kumpulan Semesta, syarikat perniagaan pasir negeri.

Bagaimanapun Manikavasagam didapati berada di luar bangunan DUN selepas sidang Selcat bermula 10 pagi tadi.

Kemudian, beliau meninggalkan premis itu selepas dimaklumkan bahawa hanya akan dipanggil memberi keterangan pagi esok.

Turut hadir pertama kali sebagai anggota panel Selcat ialah dua wakil rakyat Barisan Nasional.

Mereka ialah Ismail Sani, yang merupakan Adun Dusun Tua dan Sulaiman Abdul Razak dari Permatang.

Kedua-dua mereka memulaukan sidang Selcat tahun lalu.

Anggota lain ialah Teng Chang Khim selaku Speaker, Haniza Talha (PKR-Taman Medan) bertindak sebagai timbalan pengerusi, Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).

Selcat dipengerusikan oleh Teng.

Bagaimanapun Manikavasagam didapati berada di luar bangunan DUN selepas sidang Selcat bermula 10 pagi tadi.

Kemudian, beliau meninggalkan premis itu selepas dimaklumkan bahawa hanya akan dipanggil memberi keterangan pagi esok.

Turut hadir pertama kali sebagai anggota panel Selcat ialah dua wakil rakyat Barisan Nasional.

Mereka ialah Ismail Sani, yang merupakan ADUN Dusun Tua dan Sulaiman Abdul Razak dari Permatang.

Kedua-dua mereka memulaukan sidang Selcat tahun lalu.

Anggota lain ialah Teng Chang Khim selaku Speaker, Haniza Talha (PKR-Taman Medan) bertindak sebagai timbalan pengerusi, Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (Pas-Hulu Kelang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).

Selcat dipengerusikan oleh Teng.

ROMBAKAN KABINET, SABAH TERUS TERCICIR?

Posted: 01 Jun 2010 10:43 PM PDT

SABAH DAILY

BEKAS Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan dari Kabinet hari ini dan digantikan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha sebagai Menteri Pengangkutan baru yang sebelum ini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, siang tadi mengumumkan rombakan Kabinet yang akan berkuatkuasa Jumaat ini.


Bagaimanapun tidak ada Ahli Parlimen Sabah dilantik atau bertukar potfolio; sebaliknya empat senator dilantik sebagai Timbalan Menteri membuatkan ramai Ahli Parlimen BN merasakan tohmahan mereka sebagai 'Nasi Tambah' BN ternyata benar.

Ura-ura pengguguran Dato' Sharizat Abdul Jalil dan Raja Nong Chik sebagai menteri serta perlantikan Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi sebagai Pembantu Menteri tidak menjadi kenyataan dan hanya disifatkan sebagai spekulasi nakal pemerhati politik.

Dalam pada itu, Datuk Wira Chor Chee Heung yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan tempat Cho Ha.

Bagi jawatan timbalan menteri, Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan; dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Datuk Wee Jeck Seng yang sebelum ini adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, ditamatkan pelantikan.

Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan; Senator Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti; dan Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Perdana Menteri juga mengumumkan pertukaran portfolio tiga timbalan menteri iaitu Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan; Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.

Najib berkata, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, telah memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda pada jam 3.30 petang Jumaat ini di Istana Negara.

Berikut ialah senarai Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri berikutan rombakan kecil yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Senator Datuk Seri Idris Jala

Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong

Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim

Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany

Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian Kewangan:

Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin

Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian Pelajaran

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong

Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam Negeri:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien

Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop

Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan:

Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim

Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum

Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air;

Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;

Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek

Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian Tinggi;

Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung

Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;

Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir

Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi;

Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar;

Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Pengangkutan;

Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Timbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian Pelancongan;

Menteri: Datuk Seri Dr Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani;

Menteri: Datuk Seri Noh Omar

Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum

Timbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian Pertahanan;

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Kerja Raya;

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Datuk Dr S Subramaniam

Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;

Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Anifah Aman

Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay

Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar

Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

Peniaga ‘Basah’ Bantah Cadangan Kerajaan Pindahkan Pasar Kedai Payang

Posted: 01 Jun 2010 10:37 PM PDT


http://buletinonline.net/images/stories/berita26/_0001_0001.jpgKUALA TERENGGANU – Hampir semua peniaga 'barang-barang basah' ikan, daging dan ayam membantah cadangan kerajaan memindahkan mereka dari pasar besar Kedai Payang.

Menurut mereka, ura-ura kerajaan menempatkan mereka di pasar Cabang Tiga adalah satu cadangan yang mengancam 'mata pencarian' mereka.

Namun begitu, mereka bersetuju untuk dipindahkan sementara waktu ke tapak Pulau Warisan bagi memberi ruang pasar tersebut dibaikpulih.

Seorang peniaga yang berasal dari Kampung Ladang Kuala Terengganu, Yusuf Husin, 46, bimbang tidak boleh berniaga semula di pasar Kedai Payang selepas ia dibaikpulih.

"Dia (kerajaan) nak buat pasar sementara di situ (di Pulau Warisan), takut tak boleh masuk semula (ke pasar Kedai Payang) selepas itu,

"kita (saya) tak mau (pindah) mahu kekal di sini, ura-ura dia (kerajaan) kata (mahu pindahkan ke pasar) Cabang (Tiga),"katanya ketika ditemui semalam.

Menurut peniaga ikan, Mohammadi Abdul Rani, 45, beliau dimaklumkan semua peniaga sayur-sayuran, ikan, daging dan ayam akan dipindahkan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Peniaga Pasar Kedai Payang berkata, para peniaga sudah menyatakan pendirian mereka sejak zaman bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh.

"Kita daripada dulu dah, sejak zaman Dato' Idris lagi, masa dia buat rancangan untuk pindah, kta dah buat bantahan, buat memo, tandatangan apa semua,

"pada masa itu Dato' Idris setuju, tapi apabila mari Dato' Ahmad Said ni, dia batalkan dan dia teruskan dengan (cadangan) yang lama,"ujarnya.

Sementara itu, seorang peniaga muda, Wan Ahmad Suhaimi Wan Abd Kadir, 29, berkata, beliau akan menghadapi kesukaran untuk mencari pelanggan sekiranya dipindahkan ke pasar Cabang Tiga.

Beliau yang berniaga sejak sembilan tahun lalu berkata para pelanggannya adalah terdiri dari para pengunjung setia pasar Kedai Payang.

"Tidak setuju, tidak setuju 100%, sekiranya dipindahkan ke Cabang Tiga, ia akan menyusahkan kita (saya) kerana pelanggan kita ramai disini,"jelasnya.

Seorang peniaga 'veteran' Haji Ramli Mohamad,72, meminta supaya kerajaan kekalkan perniagaan sayur-sayuran, daging dan ayam di pasar Kedai Payang.

Menurutnya, aktiviti tersebut menjadikan suasana pasar meriah dan menjadi tarikan para pengunjung.

Beliau yang telah berniaga sejak tahun 1960an lagi berkata, perniagaannya akan rugi dan menghadapi risiko 'gulung tikar' sekiranya dipindahkan ke pasar Cabang Tiga.

Peniaga wanita, Dayang bt Embong, 51, yang berniaga sejak pasar Kedai Payang dibangunkan, 'sekali-kali' tidak bersetuju cadangan memindahkan perniagaan 'basah' pasar tersebut.

"Saya tak setuju sekali-kali, sebab saya berniaga sejak dari asal-asal lagi, asal pasar ini,"tegasnya.

Beliau mencadangkan supaya kerajaan mengekalkan pasar tersebut dan membaikpulih supaya keadaannya cantik dan selesa, kepada pengunjung dan peniaga.

RAKYAT GILA BOLA ,UMNO GILA JUDI

Posted: 01 Jun 2010 09:59 PM PDT

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN


Apabila Rejim Najib melalui Awang Adek mengumumkan bahawa Kerajaan bersedia meluluskan aktiviti judi bola saya menganggap Awang Adek seorang yang jujur . Beliau jujur mendedahkan kepada rakyat tentang identiti atau wajah sebenar Umno- parti yang ketagih dan gila judi.

Sebagai parti sekular , bagi Awang Adek, Umno tidak perlu takut untuk mendedahkan kepada rakyat tentang identiti sebenar Umno. Ya, judi adalah haram berdasarkan wahyu yang qati'e . Melakukan perbuatan haram boleh membawa kepada neraka.

Tetapi itu semua doktrin yang PAS pegang. Umno bukan PAS. PAS parti Islam, Umno parti sekular. Mana boleh sama. Bagi Umno apa kena mengena dosa dan pahala, syurga dan neraka dalam perjuangan politik. Bukankah mantan Presiden Umno pernah mengatakan tindakan PAS yang berkempen tentang syurga dan neraka adalah termasuk dalam "rasuah politik."

Memandangkan Umno mempunyai "world view" yang jelas bertentangan dengan Pas maka kita tidak perlu risau jika Umno bersedia menghalalkan benda yang diharamkan oleh Allah. Fahaman maddiyyah ( materialism /kebendaan ) dan hedonism ( hidup ini sekadar untuk bersuka ria ) yang menjadi pegangan dan sandaran Umno tidak membenarkan Umno melepaskan peluang untuk mengisi perbendaharaan negara ini dengan hasil ekonomi – tanpa kira hasil yang halal atau haram.

Bagi mereka yang masih ragu-ragu sama ada Umno ini sekular atau tidak lihatlah pendirian rasmi Umno tentang judi di Parlimen. Mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Hilmi Yahya di Parlimen menyatakan di Parlimen pada 15 Disember 2004 dan dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia ( 16/12/2004 ) seperti berikut :-

"Kerajaan tidak bercadang menghentikan aktiviti perjudian secara berlesen di negara ini kerana mahu bersikap adil terhadap masyarakat bukan Islam di samping membendung kegiatan bookie haram. Sehingga kini terdapat 1,822 lesen diberikan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti ini, sama ada cabutan loteri Magnum, Toto, 1+3D dan kegiatan judi di premis-premis hiburan,'' .

Beliau seterusnya memberitahu, kerajaan tidak berhasrat menghentikan kegiatan itu kerana perjudian merupakan satu budaya kepada kaum-kaum tertentu.

"Ada kaum yang mempunyai budaya berjudi, jadi kita perlu bersikap adil kerana walaupun kita adalah negara Islam tetapi Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum dan dan agama,'' katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Ratnam a/l Muthiah dalam sesi Dewan Negara.

Beliau memberitahu, kerajaan tidak berhasrat mengurangkan hari cabutan loteri Magnum, Toto dan 1+3D kerana ia akan mengurangkan pendapatan melalui cukai.

"Jika kita kurangkan kepada satu minggu sekali cabutan, kita akan kehilangan cukai RM620 juta dalam tempoh satu tahun,'' katanya.

Bagi Umno tidak merebut peluang untuk mengisi perbendaharaan negara dengan wang melalui aktiviti judi yang berleluasa dalam pesta bola piala dunia ini adalah satu kerja bodoh. Bukankah dengan membenarkan aktiviti judi semasa pesta bola piala dunia ini akan menyebabkan Kerajaan dapat menjana kewangan melalui cukai yang akan dibayar oleh tauke-tauke judi. Rasional Umno adalah daripada membiarkan taukeh-taukeh judi ini berjudi secara tidak sah lebih baik Kerajaan sahkannya melalui perlesenen. Bukankah taukeh judi ini akan membayar cukai yang banyak kepada Kerajaan jadi mengapa Kerajaan harus lepaskan peluang keemasan ini.

Bukankah mantan Perdana Menteri Singapura sendiri Lee Kuan Yew, hujah Umno, pernah menyatakan Kerajaan Singapura sepatutnya lebih awal membenarkan dan menggalakkan industri judi di negara itu sepertimana Kerajaan Malaysia lakukan dengan kewujudan mahligai judi di Genting. Lee Kuan Yew memuji Malaysia kerana pandai menjana kewangan melalui industri judi di Genting . Pujian Lee Kuan Yew bukan meresahkan Umno sebaliknya menyeronokkan Umno. Pujian itu juga memberi inspirasi baru kepada Umno. Umno kini dengan lantang dan mendabik dada menyatakan " Wahai Lee Kuan Yew lihatlah kami bukan sahaja ada Genting tetapi kami juga menghalalkan judi semasa pesta bola piala dunia."

Isu judi ini juga mendedahkan sikap hipokrit Umno yang amat jelas. Semasa kempen Piliharaya kecil Hulu Selangor, Umno tanpa rasa segan dan malu sanggup berkempen bermatian-matian untuk memberitahu rakyat di sana bahawa mereka perlu menolak Zaid Ibrahim kerana beliau adalah kaki arak. Cara Umno berkempen seoalah-oleh arak adalah sesuatu yang jijik bagi Umno . Dalam kempen pilihanraya itu Umno gagal menerangkan kepada rakyat jka Zaid Ibahim perlu ditolak kerana dilabelkan kaki arak Umno sudah tentu lebih aula ditolak kerana membenarkan kilang arak didirikan dan industri judi dihalalkan dan kini dikembangkan .

Mana –mana Kerajaan yang membenarkan aktiviti judi pada hakikatnya menggalakkan rakyatnya untuk hidup dalam khayalan dan angan-angan .Judi ( maisir ) bagi Islam adalah bentuk aktiviti gharar ( tidak pasti ) iaitu yang bagi ahli ekonomi dikatakan sebagai " a zero sum game which risky payoff" . "Zero sum game" bermaksud orang yang menang dalam judi adalah di atas kerugian orang lain kerana judi adalah aktiviti yang tidak bersandarkan kepada kemahiran dan kecekapan sebaliknya hanya kepada tuah semata-mata. Seorang ahli ekonomi barat . Goodman, menyatakan peningkatan industri judi pada tahun-tahun kebelakangan ini di Amerika adalah disebabkan adalah kerana " the growing tendency to rely on economic ventures of chance as opposed to those involving skill and real work " ( kecenderungan untuk berngantung kepada aktiviti-aktiviti ekonomi yang berdasarkan tuah daripada aktiviti-aktiviti yang berdasarkan kemahiran dan kerja-kerja yang sebenar )

Saya minta maaf jika tersilap. Tetapi saya tidak nampak golongan agama di dalam Umno dan di luar Umno yang lantang menyerang Pakatan Rakyat lantang juga menyerang Umno di dalam isu judi ini. Saya tak nampak Mufti Perak bersuara dalam isu ini. Jika dalam isu Nizar memegang lilin sepantas kilat Nizar di"fatwakan" terlibat dalam perkara-perkara yang melanggar hukum agama mengapakah dalam isu judi bola ini "fatwa" sebegitu tidak keluar dari mulut-mulut golongan –golongan agama tertentu sedangkan hukum judi adalah lebih jelas.

Apapun pesta bola piala dunia ini mewujudkan dua golongan yang gila dalam masyarakat – rakyat gila bola Umno pula gila judi

PKR tuntut JK bebas siasat kematian pegawai PTD

Posted: 01 Jun 2010 09:34 PM PDT

MALAYSIA KINI



PKR menuntut kerajaan membentuk sebuah jawatankuasa bebas bagi menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kematian seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) selepas menjalani kursus ala komando di Klang kelmarin.

Naib persidennya Azmin Ali (bawah) berkata tindakan itu perlu diambil bagi mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam insiden kehilangan nyawa Norhashimah Wahid.

"Kami menuntut dan mendesak kerajaan persekutuan supaya bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kebajikan anggota-anggota pentadbiran awam dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang memberikan khidmat dan sumbangan yang besar dalam perkhidmatan awam untuk membangunkan negara," kata Azmin.

Menurutnya, setelah mendengar sendiri daripada mulut anggota keluarga arwah dalam kunjungannya petang semalam, terdapat beberapa persoalan sekitar kematian Norhashimah yang masih tidak terjawab.

Antaranya, tambah beliau, termasuklah kewajaran latihan ala komando untuk mengesahkan perkhidmatan kakitangan yang hanya terlibat dalam aspek penggubalan dasar dan urus tadbir semata-mata.

"Apakah SOP (prosedur operasi standard) yang digunapakai oleh pengurusan latihan (INTAN) dalam mengendalikan latihan-latihan lasak seumpama ini?

"Dan siapakah yang mendapat kontrak untuk mengendalikan latihan dan program jati diri ini? Apakah syarikat kroni ini mempunyai tenaga pengajar yang bertauliah dan rekod pengurusan yang baik?" soal Azmin dalam blognya semalam.

Ahli parlimen Gombak itu juga mempersoalkan kenapa masalah kesihatan Norhashimah "diambil mudah" dan tidak dimaklumkan kepada anggota keluarga ketika mula sakit dan dimasukkan ke hospital.

Selain penubuhan jawatankuas bebas, Azmin turut mengemukakan beberapa cadangan ekoran kematian wanita terbabit, antaranya:

- Meneliti semula kesesuaian kurikulum yang melibatkan modul latihan ala komando untuk pegawai-pegawai kerajaan.

- Modul latihan Kursus Diploma Pengurusan Awam perlu disemak semula dan dipantau bagi memastikan pelatih dan pengendali program daripada kalangan yang terlatih dan bertauliah.

- Sistem pengurusan kursus harus sesuai dengan keadaan semasa agar bersesuaian dengan kondisi pegawai/peserta dengan tidak menafikan hak kebajikan mereka.

- Pegawai terlibat mestilah yang mempunyai kelayakan dan kepakaran sejajar dengan prinsip 'pegawai terbaik untuk latihan terbaik'.

12 rakyat Malaysia ditawan Israel dibebaskan

Posted: 01 Jun 2010 09:32 PM PDT

MALAYSIA KINI



Semua 12 rakyat Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel semasa kapal Mavi Marmara diserang pagi Isnin lalu disahkan selamat.

Perkara itu disahkan oleh wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail yang menghubungi bilik beritanya di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Ashwad adalah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang ditahan itu.

Semua mereka kini berada di sempadan di Jordan sementara menunggu persiapan bagi membawa mereka pulang ke Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kini dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditawan pihak Israel itu.

Beliau berlepas ke Jordan pada jam 10.15 pagi tadi dan dijangka tiba di Amman pada jam 1.30 tengahari waktu Malaysia.

"Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra," kata seorang pembantu beliau.

Sementara itu menurut laporan AP, seramai 124 aktivis pro-Palestin dari 12 negara Islam termasuk Malaysia tiba di Jordan hari ini selepas dibebaskan oleh Israel.

Kumpulan itu yang ditahan dalam serangan komando Israel ke atas flotila bantuan Gaza kelmarin menyeberangi Jambatan Allenby ke Jordan dengan menaiki lima bas.

Pegawai tentera Jordan, Brigadier Mahmoud Abu Jumaa berkata, negaranya akan membantu menghantar pulang aktivis itu ke negara masing-masing dengan kerjasama kerajaan mereka.

Aktivis yang dibebaskan itu terdiri daripada rakyat Malaysia, Azerbaijan, Indonesia, Pakistan, Algeria, Jordan, Kuwait, Maghribi, Mauritania, Yemen, Oman dan Bahrain.

Isteri syukur suami selamat

Posted: 01 Jun 2010 09:30 PM PDT

Ismail Hashim


SHAH ALAM,: Semua isteri sukarelawan mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah sebaik mendapat khabar tentang suami mereka selamat selepas kapal yang mereka naiki, Mavi Marmara diserang tentera rejim haram Israel pagi kelmarin.

Isteri Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Haji Jamuliddin Elias, Puan Rosfazilah Mohd Nor dan isteri wakil Muslim Care, Abdul Halim Ridzuan, Puan Nurdalela Abdul Alim ketika dihubungi menyatakan kegembiraan ekoran perkembangan itu.

Mereka mendapat berita itu daripada Pengerusi Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) dan Sokongan Keluarga Misi LL4G Malaysia, Zulkifli Mohd Nani petang semalam.

(Gambar kanan: Nurdalela dan anaknya, Humaira)

Menurut Puan Rosfazilah, khabar selamat dari Saudara Zulkifli tentang keselamatan semua sukarelawan Malaysia itu bertambah lagi apabila pihak Wisma Putra sedang berusaha untuk membawa mereka pulang.

Katanya, rombongan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Dr Abd Rani Osman seramai lapan orang yang baru pulang dari Turki datang ke kediamannya kami sebaik mendarat dari sana, semalam.

Puan Nurdalela pula bersyukur dan menyatakan terima kasih di atas sokongan kawan-kawan beliau dan suami yang datang menziarahi keluarganya siang semalam.

Petang kelmarin, di dalam sidang akhbar yang mereka hadiri, isteri-isteri sukarelawan Malaysia ini tetap perlihatkan semangat kental meski nasib suami mereka masih lagi belum terjamin selamat.

Namun dengan berkat didikan suami dan jemaah perjuangan Islam yang setiap mereka turut dokongi, menjadikan jiwa mereka kebal, tetap dan tegap.

Kesempatan mendengar luahan rasa isteri Ketua Delegasi Malaysia, Haji Noorazman Mohd Shamsudin, Puan Mazlina Ghazali (kiri), Puan Rosfazilah dan Puan Nurdalela menyerlahkan kekuatan dalaman yang dimiliki.

Mereka masih mampu menzahirkan semangat kuat dan daya juang tinggi melalui perkataan mereka di hadapan hadirin termasuk warga media yang mengikuti perkembangan terkini di dalam sidang akhbar itu.

Beliau bersama empat isteri sukarelawan lain dan dua anak peserta konvoi menyatakan isi hati mereka dalam sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel dekat sini.

Memang ketika itu, nasib suami-suami mereka masih tidak dapat dipastikan sama ada selamat, tertembak atau diapa-apakan oleh zionis Israel.

Kapal yang mereka naiki, Mavi Marmara yang dinaiki sekitar 800 sukarelawan dari 50 negara telah ditembak dalam jarak 65 km di dalam perairan antarabangsa.

Puan Mazlina berkata, mereka semua adalah yang terpilih oleh Allah SWT untuk ke sana dan mereka tetap tabah dalam usaha membantu rakyat Gaza yang telah tiga tahun terpenjara.

Beliau sering berhubung dengan suaminya melalui e-mel dan telefon untuk mengetahui perkembangan terkini suaminya dan sukarelawan yang lain.

Pagi kelmarin, jelasnya, kali terakhir beliau dihubungi suami yang memberitahu ada helikopter berlegar di udara dan kapal mereka dikepung.

"Namun selepas itu hingga kini tiada sebarang hubungan lagi dan saya faham tugas suami sebagai ketua menjaga keselamatan semua sukarelawan," tegasnya.

Rosfazilah pula berkata, beliau memang sentiasa tabah apatah lagi suaminya, Jamuliddin asyik berkata-kata tentang 'hendak syahid, hendak syahid' sahaja.

"Saya pasti beliau tidak bergurau dalam hal-hal seumpama itu, jadi kami sekeluarga memang sudah pasrah dan menerima jika apa sahaja kemungkinan bakal berlaku.

"Malah beliau tertinggal pula peralatan penting seperti kamera dan kad pengenalan, hari Jumaat lepas sebelum kapal utama mereka berlepas merupakan kali terakhir saya dapat bercakap dengan suami," jelasnya.

Pasangan Rosfazilah, 44, kelahiran Sungai Petani, Kedah dan Haji Jamuliddin, 47, dari Batu Pahat, Johor mempunyai 10 cahayamata; Nurul Fathi, 21 belajar di IPDA, Mohd Nur Fathi, 19, Ahmad Afiq, 17, Nur Izzati, 15, Danial Fakri, 13, Farhan Faris, 11, Yasmin Zahira, 9, Luqmanul Hakim, 7, Hassan Nasrullah, 4 dan Nur Hanzalah, 3 bulan.

Beliau menyebutkan pendirian suaminya tentang perjuangan Islam yang mereka bersama yakini ini akan berakhir dengan dua perkara sama ada syahid atau menang.

Menurutnya, suaminya sering mengingatkan tentang kematian yang mesti diingat setiap hari dan bukan hanya ketika berlakunya konvoi ini sahaja.

Namun bila terjadinya peristiwa ini, mereka sekeluarga lebih mendekatkan diri kepada ketentuan Allah SWT yang telah mengaturkan semua perkara di Luh Mahfuz.

"Anak-anak pula tidak banyak kerenahnya kerana mereka udah acap kali ditarbiyah oleh bapa mereka dan sering kali mengikuti program khusus bersama Unit Amal sejak kecil lagi.

"Jadi bila ditinggalkan begini, mereka sudah terasa seperti biasa sahaja sebab sudah biasa sangat ditinggalkan oleh bapa mereka yang berminat dengan kerja-kerja lapangan," tegasnya bersemangat.

Bagi Nurdalela pula berkata, "Jangan bawa pulang mayat abang" adalah antara amanat suaminya, Abdul Halim sebutkan tatkala meninggalkan mereka sekeluarga pada 17 Mei lalu.

"Jangan bawa pulang mayat abang, Jangan bawa pulang mayat abang", ucapan itu masih terngiang-ngiang. Malah bila berita konvoi Flotilla Kemanan diserang, ia menjadi semakin kuat memukul gegendang telinga.

Perkara itu didedahkannya dalam sidang akhbar yang inisiatifnya dibuat CMT selepas kapal utama itu dibedil Israel. Penuh sesak bilik sidang itu dengan warga media dan pendokong NGO berkaitan.

Pasangan Abdul Halim, 40, dari Sungai Besar dan Nurdalela, 34, dari Sabak Bernam tinggal di Meru mempunyai tiga cahayamata, Mohd Taufik, 14, Mohd Shahril, 12 dan Hanis Humaira, 2 tahun.

"Sebelum pergi suami menjemput semua berkumpul saudara mara termasuk ibunya, Siti Fathonah Murad, 54 dan beliau meminta maaf dan menyebutkan kesungguhannya untuk ke Gaza.

"Kali terakhir kami bercakap pada hari Khamis jam 10 malam ketika beliau akan berlepas ke Gaza dengan kapal Mavi Marmara dan katanya, akan hubungi lagi jika selamat di Gaza.

"Kami berpegang teguh dengan takdir-Nya, jika ada jodoh, kami jumpa lagi, kami redha dan bersedia hadapi apa sahaja kemungkinan, sebagai orang Islam, kita mesti ingat mati dan beliau meminta maaf pada semua," ujarnya lagi.

Anaknya pula, Humaira yang juga kerap ditinggalkan kerana bapa aktif di lapangan berkata, "abah pegi kerja naik kapalterbang"' lantaran sudah biasa kerana bapanya memang sebelum ini pergi pagi dan balik malam.

GMJ gerakkan kempen, sasar 100 ribu bantah judi

Posted: 01 Jun 2010 09:28 PM PDT

Nazri Abdullah


PETALING JAYA: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang baru ditubuhkan secara rasmi semalam akan memulakan kempen mansuhkan judi bermula Sabtu, 5 Jun ini di pusat membeli belah Sogo mulai jam 2 petang.

Dalam mesyuarat pertama mereka semalam juga memutuskan satu memorandum akan diserahkan kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia pada Isnin, 7 Jun sempena persidangan Dewan Rakyat.

Pada 23 Jun pula, GMJ akan menyerahkan memorandum sama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut setiausaha GMJ, Suhaizan Kayat, road show ke serata negeri bagaimanapun berjalan sepanjang masa dan akan bermula 15 Jun ini sehingga hari kemuncak bantahan 3 Julai ini.

Ianya bermula di Wialayah persekutuan, kemudian Selngor (18 Jun), Terengganu (19 Jun), Kedah dan Pulau Pinang (22 Jun), Perak (23 Jun), Perlis (26 Jun), Johor (27 Jun), Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan (29 Jun).

Selain pengedaran risalah, program lain sepanjang kempen juga termasuklah penyerahan memorandum kepada Menteri-menteri Besar dan juga Mufti-mufti Negeri.

Manakala penutup road show akan diadakan pada 2 Julai jam 9 malam di Kuala Lumpur.

Pada hari kemuncak, 3 Julai tersebut, 100 ribu dijangka menyertai himpunan tersebut di ibu negara bermula jam 2 petang bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

GMJ dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid, timbalannya adalah Mohamad Raimi Ab. Rahim manakala AJK pula terdiri daripada wakil-wakil NGO dan parti politik.

Ianya ditubuhkan bagi menggerakkan massa membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung bulan ini.

Berikut adalah antara NGO yang turut serta dalam GMJ:

1. Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
2. Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras)
3. Dewan Pemuda Masjid
4. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
5. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)
6. Satu Nama (SATNA)
7. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
8. Jamaiy
9. Pengerak Belia Tempatan MPK
10. Budayawan Bertindak (BB)
11. Seniman Paksi Rakyat
12. Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK)
13. Nisa Malaysia
14. Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM)
15. Persatuan Dharma Sakyamuni
16. Relawan (PBR)
17. Pusat Aduan Rakyat Kempas
18. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
19. Dewan Pemuda Pusat (DPP Pusat)
20. Angkatan Muda Keadilan (AMK)
21. Pemuda DAP (DAPSY)

MP Parit bersemangat teruskan misi ke Gaza

Posted: 01 Jun 2010 05:11 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

IPOH — Anggota konvoi misi kemanusiaan ke Gaza masih bersemangat untuk meneruskan misi itu walaupun selepas ditimpa tragedi yang menyaksikan beberapa anggotanya terbunuh ekoran serangan komando Israel ke atas satu daripada sembilan buah kapalnya semalam.

Salah seorang peserta Malaysia, Mohd Nizar Zakaria, 41, juga meminta rakyat negara ini agar mendoakan keselamatan semua anggota misi.

Perkara itu dinyatakan beliau melalui perbualan telefon dengan isterinya Dr Yuhanis Fazlina Fazil, 36, di rumahnya di sini hari ini.

Mohd Nizar yang juga Ahli Parlimen Parit menghubungi isterinya pada pukul 5.15 petang tadi bagi memberitahu perkembangan terkini beliau yang menaiki kapal Rachel Corrie dan berada pada kedudukan kira-kira 800 batu nautika dari Semenanjung Gaza.

"Suami saya telah menelefon dan memberitahu keadaan beliau di sana. Dalam perbualan selama kira-kira lima minit itu, beliau sempat berpesan kepada orang ramai supaya tidak risau dengan keadaannya," katanya kepada pemberita di kediamannya di Taman Bandar Universiti di Seri Iskandar dekat sini.

Beliau berkata panggilan itu adalah yang ketiga dibuat suaminya sejak serangan rejim Israel ke atas kapal Mavi Marmara pagi semalam, yang menyaksikan beberapa orang terbunuh, sementara nasib 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal itu belum diketahui.

Dr Yuhanis berkata suaminya turut memberitahu anggota konvoi berhasrat meneruskan misi, namun mereka masih menunggu arahan daripada ibu pejabat Perdana Global Peace Organisation di Kuala Lumpur sama ada menyambung perjalanan atau sebaliknya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Parit, Mohd Khairul Shahrir, 37, berkata Umno Bahagian itu akan mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yassin esok bagi mendoakan keselamatan anggota misi berkenaan.

Majlis akan diadakan di Masjid Radiatul Mardiah, Parit selepas sembahyang Maghrib dan orang ramai dijemput menyertainya, kata beliau.

Pakatan setuju adakan kajian separuh penggal prestasi 4 negeri

Posted: 01 Jun 2010 05:06 PM PDT


KUALA LUMPUR, – Pakatan Rakyat (PR) telah mencapai kata sepakat untuk mewujudkan sekretariat menilai prestasi dua tahun pentadbiran empat kerajaan negerinya dengan mengadakan kajian separuh penggal.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat kepimpinan PR yang diadakan di sini petang semalam, empat hari selepas idea mengenainya dilontarkan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang.

PR mencipta sejarah dengan menguasai lima kerajaan negeri pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun ia kehilangan Perak awal tahun lalu ekoran tindakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu melompat parti.

Selain menguasai lima negeri ia juga menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan memperoleh 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Kami sudah masuk tahun kedua, sudah dua tahun mentadbir... jadi perlu menilai prestasi, pencapaian dan kekurangan yang ada.

"Kajian separuh penggal ini akan menilai prestasi kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan sekarang dan persepsi rakyat dan lain-lain lagi," kata Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu memberitahu, kajian itu akan dikendalikan dengan pembabitan wakil ketiga-tiga parti dengan penyertaan pakar-pakar dari pelbagai bidang dan pertubuhan bukan kerajaan.

Beliau menjelaskan tempoh dan skop terperinci mengenai sekretariat kajian separuh penggal akan diputuskan kemudian.

"Yang butiran lanjut kami akan umum kemudian," katanya.

Ketika ditanya sama ada kajian separuh penggal itu turut merangkumi keberkesanan Dasar Bersama PR, beliau memberitahu, Dasar Bersama merupakan aspek berbeza dan tidak akan disertakan dalam kajian separuh penggal ini

"Dasar Bersama adalah semacam manifesto Pakatan, ia tidak dimasukkan dalam kajian separuh penggal ini... kajian separuh penggal ini akan menyentuh apa yang telah dan apa yang belum dilakukan, prestasi PBT, agensi-agensi kerajaan negeri, kehendak rakyat dan lain-lain lagi," katanya.

Dasar Bersama PR diluluskan pada konvensyen sulungnya pada 19 Dis lalu.

Ketika mengemukakan idea itu pada sidang akhbar selepas perasmian Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru Sabtu lalu, Lim berkata, pihaknya akan membincangkan idea agar diadakan kajian separuh penggal kerajaan negeri PR selepas dua tahun memerintah.

"Kita sudah memerintah selama dua tahun dan ada baiknya kita melakukan kajian separuh penggal ini... masa yang sesuai untuk menilai prestasi kerajaan negeri... pendekatan, cara... untuk melihat prestasi dari segi aspirasi, harapan rakyat," kata Lim.

Lim berkata kajian separuh penggal itu akan melibatkan keempat-empat kerajaan negeri yang masih diterajui PR iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Beliau yang juga anggota Dewan Rakyat berkata, bagi tujuan itu PR boleh mengambil perkara-perkara yang ditekankan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasarnya di kongres itu.

Kajian itu dipercayai akan mengambil kira rasa kecewa Angkatan Muda Keadilan (AMK) bahawa PR tidak melaksanakan Dasar Bersama PR dengan efektif.

Tiada ulasan: