Tukar Tiub |
- SANDIWARA IKAN BILIS
- HARI GAGALIS SEDUNIA
- JUAL AGAMA PUSING PUSING
- KOMPLEK INDUSTRI MILITER
- INI SEMUA DIRANCANG
- CHINA TEMBAM LARI KE MANA?
- TUAN HAJI MULA NAK TIPU PENEROKA FELDA
- SIRIH PINANG - MANGSA CETAK ROMPAK
- REMPIT WAJIB BANGUN MELAWAN
- HABIS SEMUA TERGADAI PADA CHINA
- SILA TEKA BANI MANA?
- SELAMAT KAH DONALD TRUMP?
- CHINA MAKIN AGRESIF
- SIAPA DAN APA DONALD TRUMP
- TAHANAN POLITIK DIBEBASKAN
Posted: 18 Jan 2017 07:30 PM PST SATU LAGI SANDIWARA TANGKAP IKAN BILIS DIPENTASKAN UNTUK ALIH CERITA KENAPA NAJIB JHO LOW RIZA NIK FAIZAL TAK DITANGKAP Penolong jurutera kanan ditahan SPRM SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penolong jurutera kanan awam yang disyaki menyalahgunakan kuasa dan meminta rasuah di kediamannya di Kampung Sungai Daun di Sik, Kedah. Sumber berkata, suspek berusia 56 tahun itu ditahan pada jam 11.30 pagi selepas dipercayai melakukan kesalahan terbabit membabitkan projek penyelenggaraan dan naik taraf jalan di daerah Sik. Menurut sumber lagi, SPRM juga merakamkan percakapan seramai 12 individu termasuk isteri suspek, dua juruteknik, kakitangan jabatan berkenaan dan tujuh orang kontraktor. ORANG RAMAI DAH BOSAN DENGAN SANDIWARA TANGKAP IKAN BILIS ----------------- |
Posted: 18 Jan 2017 07:00 PM PST DIUMUMKAN hari gagalis sedunia jatuh pada 14 febuari kepada para gagalis sila berusaha kuat mencari pasangan cari minah cun cari balak kacak cari yang kiut jambu agar nama tidak disenarikan sebagai gagalis NOTA tahun ini ada senarai baru GAGALIS SEPANJANG ZAMAN yb eli wong yb teresa kok rahmat harun sadiqin omar mimi bintulu berwaspada masih ada masa untuk mengawan -------------- |
Posted: 18 Jan 2017 06:30 PM PST |
Posted: 18 Jan 2017 06:00 PM PST KOMPLEK INDUSTRI MILITER Trump tampak seorang sosok yang luarbiasa kerana sehingga kini berjaya untuk menjadi Presisden AS tanpa mengikuti amalan dan norma2 biasa yang mapan harus dilalui oleh mana2 calon bakal Presiden. Beliau mengaplikasikan strategi sendiri dalam mencapai cita ke Rumah Putih seperti tidak mengendahkan kena 'taat sedia ' pada kuasa Kompleks Industri Militer AS (KIMAS), selaku induk korporat atau kapitalis AS. Trump pun lupa yang KIMAS akan mengizinkan dia bertindak selama ini, tapi jika Trump terus bertindak secara sehala aje, jentera KIMAS tidak akan berdiam diri dan mungkin jika dia masih buat pekak dan bebal seperti menjalin silratulrahim dengan lebih anjal lagi dengan Rusia, pasti KIMAS tak boleh maaf dan Trump mungkin dilenyapkan. Siapa yg nak lawan tauke seperti KIMAS walaupun dia seorang Presiden dilantik oleh rakyat melalui cara demokratik akan dihukum atau dibungkam. on SIAPA DAN APA DONALD TRUMP Publish | Delete | Spam UNCLE RAMLI on 1/18/17 ------------------ |
Posted: 18 Jan 2017 05:30 PM PST DRAMA UNTUK PRU14 ni semua drama dah dekat pilihanraya...nak tarik sokongan rempitt...lepas ni datang ayahanda rempitt semelayu tolong selesai masalah yg dibuat kunan... ayahanda kj akan settle semua lu punya masalah...rempitt pun tak ada masalah...terus sokong umno..dedakpon masyukkk...sedap dedak on REMPIT WAJIB BANGUN MELAWAN Publish | Delete | Spam Anonymous on 1/19/17 ----------------- |
Posted: 18 Jan 2017 05:00 PM PST |
TUAN HAJI MULA NAK TIPU PENEROKA FELDA Posted: 18 Jan 2017 08:23 AM PST KETIRISAN DALAM FELDA: TIDAK CUKUP SEKADAR PENGAKUAN TETAPI PERLU TINDAKAN TEGAS Pengakuan Pengerusi FELDA yang baru dilantik Tuan Haji Shahrir Abdul Samad bahawa berlakunya ketirisan dalam FELDA termasuk anak syarikatnya merupakan satu langkah yang wajar dialu-alukan. Ini menunjukkan perbincangan dan pendedahan demi pendedahan mengenai FELDA terutamanya yang dibawa oleh Yang Berhormat Rafizi Ramli mempunyai asas yang kukuh. Namun, pengakuan dan arahan kepada semua ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) sekadar untuk letak jawatan tidak cukup untuk mengembalikan keyakinan kepada pengurusan FELDA. Malah, keputusan untuk menjual saham Maybank yang dirujuk sebagai menampung keperluan kewangan menunjukkan betapa parah dan dahsyat masalah kerugian dan ketirisan yang berlaku dalam FELDA, yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh FELDA sendiri. Sebaliknya, tindakan yang lebih penting yang perlu diambil oleh Tuan Haji Shahrir Abdul Samad adalah:- 1. Berapakah anggaran jumlah ketirisan yang berlaku dalam FELDA dan saya pasti Tuan Haji Shahrir ada maklumat ini memandangkan beliau mengaku ada ketirisan? Umum terutamanya peneroka-peneroka FELDA berhak untuk mengetahui keadaan sebenar. 2. Adakah perkara ketirisan ini telah diserahkan kepada pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia bagi menyiasat jika berlakunya unsur jenayah atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) jika terdapat unsur rasuah atau pecah amanah? 3. Jika belum, bilakah Tuan Haji Sharir akan membuat laporan polis atau SPRM? 4. Apakah perancangan dan tindakan-tindakan yang akan diambil bagi mendapatkan kembali wang yang hilang akibat ketirisan? Tuan Hajii Shahrir seharusnya tidak berhenti sekadar mengaku bahawa terdapatnya ketirisan dalam FELDA. Sebaliknya, beliau perlu berani untuk mengambil tindakan tegas seperti yang dicadangkan untuk membawa mereka yang berkenaan ke muka keadilan, mendapatkan kembali duit FELDA yang hilang akibat ketirisan dan akhirnya memulihkan keyakinan peneroka-peneroka kepada FELDA. 18 JANUARI 2017 AKMAL NASIR Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW) ---------------- |
SIRIH PINANG - MANGSA CETAK ROMPAK Posted: 18 Jan 2017 06:00 AM PST DARI KITAB SEJARAH SENI ALBUM TERLARIS LEBIH SATU JUTA TERJUAL TAPI MANGSA CETAK ROMAPK |
Posted: 18 Jan 2017 04:30 AM PST LARANG KAPCAI kapcai ke atau nak alihkan isu 1mdb..ada penjual dan pemberi pantun.ini la padahnya jadi warga miskin..bukan setakat kena gst, malah kenderaan miskin pun akan dicukaikan..kalo dipantai timur ada larangan naik motor dgn bukan mahram, di kuala lumpor plak terus diharamkan kapcai.. disaudi , xda org naik kapcai..saudi bwk motor besar pakai jubah..sb tu tiada apa2 larangan keatas org arab miskin..yg miskin bukan saudi, yg miskin adalah warga2 yemen, irak, dan dan dan..warga malayu islam cuba mencari2 cabel wasta dgn peniaga2 madu, kurma ajwa atau suplyer2 beras bas mati, bas tak mati... balik malaysia nanti senang jual madu, kurma dan dan dan..jualan agama semakin kecil dan terhad.. on MUKA KU NAN YANG HODOH Publish | Delete | Spam Anonymous at 5:08 PM --------------------- |
HABIS SEMUA TERGADAI PADA CHINA Posted: 18 Jan 2017 04:00 AM PST HEBAT strategi Najib.. ..tergadai aset/ tanah negara kpd Komunis-China. ..hapus subsidi tepung, beras, gula, elektrik, minyak & minyak masak. ..guna aset kerajaan bawak anak-beranak bercuti ke luar negara. ..RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib. ..Felda rugi lebih RM2 bilion. ..syarikat MAS bungkus muflis. ..rancang larang 'kapcai' masuk KL. ..tak serik2 menipu & perbodohkan rakyat.. ------------ |
Posted: 18 Jan 2017 03:30 AM PST ADAKAH INI KERJA ORANG BELANDA? KERJA ORANG PERANCHIS KERJA ORANG RUSSIA KEREJA ORANG BIDAYUH KERJA ORANG MELAYU? INI KERJA BANI APA? 45,947 pusat judi haram di Negeri Sembilan diserbu tahun lepasDaripada jumlah itu, hanya 373 serbuan berjaya didakwa berikutan operator judi melakukan aktiviti dalam talian YANG KENA TANGKAP KOMPUTER YANG LAIN DAPAT DEDAK |
Posted: 18 Jan 2017 12:39 AM PST CIA DAN TRUMP Cia yg mulakan hunus pedang ke leher trump, kaitkan trump dgn russia. Jadi ini tindakbalas segera trump sebab 911 adalah kes bawah siasatan fbi (mcm kes 1mdb najib) dan salah satu elemen 911 yang akan disiasat adalah maklumat perisikan anasir antarabangsa iaitu sesuatu yg merupakan kendalian cia, dari keberkesanan pengumpulan hingga pendedahan/penyebaran secukupnya serta langkah menangani sewajarnya. Adakah cia akan mengalah mudah lalu menafikan semula penglibatan russia memenangkan trump, atau muncul seorang lagi oswald yg mengasah rifle khas untuk kepala trump? Jeng jeng jeng... on LEDAKAN POLITIK AMERIKA Publish | Delete | Spam Anonymous on 1/18/17 ---------------- |
Posted: 17 Jan 2017 11:25 PM PST CHINA MAKIN AGRESIF Oi tt kupas la sudut sains. Sains kata untuk kestabilan mesti ada kedua-dua ion positif dan jugak negatif. Kalau ion positif je, tak stabil, volatile. Tupasal dalam setiap manusia Tuhan beri jugak nafsu. Tapi dah tentu ciri positif mesti jauh melampaui ciri negatif barulah bagus. Jadi macamana bagus sekalipun kau lukis imej trump, dia tetap manusia yang ada kelemahan dan ciri negatif yang perlu kita nampak, sedar, paham, waspada dan tangani seelok mungkin, seperti juga betapa bagusnya mahathir bersama bersatu tapi tetapkita perlu paham, jangka dan sedia dengan putar kilas dia. Trump mungkin berterusterang dalam beberapa isu tetapi realpolitik menunjukkan dia hanya separa jujur bila menyatakan kemahuan berbaik dengan russia hanya untuk kelebihan ekonomi negara amerika. Jika dilihat situasi global keseluruhan jelas china sedang agresif melebarkan kuasa ketenteraan, setelah negara itu berjaya meledakkan tahap ekonomi mereka hingga mencabar monopoli amerika dalam ekonomi global. Jika on SIAPA DAN APA DONALD TRUMP Publish | Delete | Spam Anonymous on 1/18/17 -------------- |
Posted: 17 Jan 2017 09:00 PM PST SIAPA DAN APA DONALD TRUMP Ketika saya menggarap tulisan ini - dalam masa 5 hari lagi - Donald Trump akan mengangkat sumpah untuk menjadi Presiden Amerika. Pada Jumaat 20 Januari 2017 Peguam Negara Amerika akan menjalankan upacara angkat sumpah. Donald Trump akan ditabalkan sebagai Presiden Amerika ke 45. Ini majlis angkat sumpah untuk Presiden Amerika. Ianya dilakukan dengan adat istiadat dan budaya Amerika yang bukan feudal. Tetapi penuh tradisi turun tumurun yang lahir dari 200 tahun budaya kapitalis Amerika. Dihari pertabalan ini - Amerika sebagai kuasa imperialis terulung, terkuat dalam dunia ini akan memperlihatkan kepada dunia majlis angkat sumpah yang gilang gemilang. Media gergasi seluruh dunia akan membuat liputan khas. Syarikat tv dari semua negara akan berpusu-pusu untuk mendapatkan imej pertabalan ini. Siapa yang dijemput, siapa yang datang ke pertabalan Donald Trump adalah mereka yang memiliki nama - mereka yang ada nama. Bukan untuk Mat dan Dol. Bukan untuk Minah dan Joyah dari Pantai Dalam. Jemputan yang dijemput datang akan memperlihatan garis politik diri masing-masing. Sosok-sosok yang ada nama tapi tidak dijemput juga adalah kerana garis politik. Seniman, pelakon dari Hollywood, bintang rock - siapa yang datang akan membawa garis politik. Malah yang dijemput tapi memulaukan majlis ini dengan sebab garis politik. Pertabalan Donald Trump sebagai Presiden Amerika ke 45 adalah pertabalan garis politik. Belum pernah berlaku dalam sejarah Amerika - bakal Presiden - sebelum mengangkat sumpah telah diserang. Serangan sampai tanpa henti-henti. Semenjak mengalahkan Hillary Trump telah diganggu gugat. Trump telah serang oleh semua media arus perdana Amerika. Trump diperlekeh. Keupayaan politik Trump bukan ditanya malah dituduh sebagai sifar. Untuk memahami apa yang sedang berlaku di Amerika pada ketika ini maka saya wajib menerang untuk kesekian kali tentang makna politik, makna kuasa dan tujuan politik. Ini asas penting bukan hanya untuk memahami politik di Amerika malah untuk memahami politik mana negara pun. Merebut kerusi politik ialah merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut ekonomi. Merebut ekonomi ialah memiliki dan menguasai punca -punca pengeluaran ekonomi. Dengan memiliki punca-punca ekonomi seseorang akan menjadi kuat. Bila ekonomi kuat maka boleh melebar luas pengaruh. Dengan pengaruh yang luas berkemungkinan mendapat kuasa politik. Hakikatnya politik dan ekonomi mustahil dapat dipisah. Semua gerak kerja manusia dalam alam ini bertujuan untuk merebut ekonomi. Agama dan budaya atau bahasa hanyalah alat senjata untuk merebut ekonomi. Alat-alat ini diguna untuk mengolah persetujuan atau pun digunakan untuk mengumpul sokongan untuk mendapat kuasa. Hillary Clinton sebagai calon presiden Amerika telah mendapat sokongan kaum pemodal multinasional. Hillary adalah Puteri Lindungan Wall Street. Wall Street adalah sarang dan pusat kaum kapitalis terbesar dalam dunia. Hillary disokong kerana sebelum menjadi calon Hillary telah dilantik sebagai Setiausaha Negara yang ke 67 dalam kabinet Obama. Sebagai Setiausha Negara Hillary telah membuktikan kebolehan dirinya untuk mengembangkan dan mempertahankan kepentingan kaum pemodal. Contoh terbaik ialah Hillary bertanggung jawab membunuh Muamar Gadaffy dan menghancurkan Libya. Bila ditanya tentang Libya Hillary telah menjawab - I came, I saw and He died. Saya datang, saya tengok dan Dia mati - kemudian Hillary ketawa terbahak-bahak. Dia yang mati itu ialah Muamar Gadaffy. Tuan empunya kilang senjata - the military industrial-complex dan syarikat gergasi cukup senang dengan Hillary. Sama saperti Obama - Hillary telah membuktikan yang dia bersedia untuk menjadi budak suruhan yang amat baik lagi setia kepada kepentinagn kaum pemodal internasional. Barack Obama - dengan imej Budak Itam - telah dapat menerus dan melancar tiga perang besar - Iraq, Afghanistan dan Syria. Ini kejayaan Budak Itam. Manakala Hillary jika menjadi presiden akan bersedia untuk melancarkan perang dimana sahaja yang diminta oleh tuan empunya kilang senjata. Malah Hillary telah berkata bahawa dia akan terus meluaskan perang di Syria dan membuat tekanan yang lebih hebat terhadap Russia. Sebagai Puteri Lindungan Wall Street Si Hillary akan memastikan segala kepentingan syarikat gergasi dan kepentingan koprat tidak akan diganggu oleh Dewan Senat mau pun di Dewan Kongres. Kenyataan dan garis politik yang diajukan oleh Hillary cukup merdu. Malah Hillary mengritik Obama kerana tidak berani bertegas dalam kes perang Syria. Suara merdu Hillary ini sedang menaikkan nafsu syawat tuan pembuat senjata - military industrial-complex. Bagaimana dengan Donald Trump? Trump adalah mimpi Amerika yang menjadi realiti. Trump bukan dari elit politik. Tetapi sosok usahawan Amerika yang berjaya. Dia pernah rebah bangkrap - bangun kembali untuk meneruskan perniagaan hingga menjadi kaya raya - billionaire. Ini mimpi Amerika. Mimpi setiap imigran yang datang ke Amerika untuk mencari kaya. Pandangan politik Trump adalah kanan. Ini tidak dinafikan. Trump tidak menyamar saperti Budak Itam Obama. Obama mengajukan pandangan liberal - dengan retorik liberal tetapi membunuh dan mengebom lebih banyak negara berbanding dengan dua Bush yang berfahaman kanan. Trump juga tidak pernah menjawat apa-apa jawatan politik. Tidak ada pengalaman politik. Yang Trump tahu ialah putar belit perniagaan. Menjadi kaya raya adalah The Americam Dream - Mimpi Amerika. Donald Trump adalah contoh terbaik mimpi ini. Sila pergi ke YouTube yang lihat isi kempen Trump. Ketika berkempen Trump menggunakan bahasa yang difahami oleh rakyat bawahan. Bahasanya kasar bukan dari percakapan kelas elit Boston. Justeru, kaum buruh, kaum pekerja, penggangur, pekerja sementara - amat senang dengan ucapan Trump. Betul Trump mencarut. Betul cakap Trump kasar. Betul Trump tidak suka pendatang haram. Betul Trump tidak suka kepada warga yang bukan warga Amerika. Trump memiliki sikap pekauman kulit puteh. Trump juga amat suka perempuan cun lagi bergetah. Sabenarnya sikap ini bukan hanya dimiliki oleh Trump atau oleh wrga Amerika sahaja - di Malaysia atau dinegara mana pun sikap ini wujud. Sikap ini amat luas. Mendahulukan diri sendiri, kaum keluarga sendiri atau bangsa sendiri bukan satu yangh pelik dan memeranjatkan. Sikap ini wujud dimana-mana dalam dunia ini. Perbezaan Trump dengan yang lain ialah Trump tidak menyamar. Apa yang dia cakap itulah yang dia maksudkan Obama pun mencarut. Bill Clinton pun mencarut. Malah Bill Clinton seorang liberal amat pandai menyamar. Bill Clinton apabila ditekan terus mengaku bahawa dia pernah menghidu ganja. Hanya menghidu tidak menghisap. Minah cun Monica Lewinsky - seorang intern - mengakui yang dia pernah menghisap konek Clinton diatas sofa dipejabat Presiden. Bill Clinton menafikan yang dia pernah dihisap. Bill pura -pura tidak tahu. Ini bezanya Bill Clinton yang yang membawa imej elit politik liberal tetapi berbohong. Obama ketika berkempen berjanji akan menamatkan perang di Afghansitan dan Iraq. Bila menjadi Presiden , Obama bukan hanya meneruskan perang malah memulakan perang Syria. Trump mahu menutup Amerika dari dimasuki pendatang haram. Trump mahu mendirikan tembok untuk menghalang pedatang haram masuk dari Mexico. Trump mahu semua kilang milik Amerika kembali beroperasi di Amerika bukan di China atau Vietnam. Trump akan mengenakan cukai kepada syarikat Amerika yang membawa masuk barangan yang dibuat oleh kilang Amerika diluar negara. Hakikatnya Donald Trump mahu rakyat Amerika didahulukan. Slogan kempen Trump ialah - Make America Great Again - Jadikan Amerika Gagah Perkasa Sekali Lagi. Slogan ini menusuk hati rakyat Amerika. Slogan ini menyakinkan rakyat Amerika bahawa ekonomi Amerika merosot kerana salah pertabiran dari politik liberal yang dibawa oleh Parti Democrat. Trump tidak mahu kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan. Ini adalah intipati kempen Donald Trump. Kepada warga Amerika yang hilang pekerjaan, yang bekerja satengah masa, yang hidup dengan bantuan Jabatan Kebajikan - slogan dan kempen Donald Trump cukup meyakinkan. Justeru Trump menang. Malah Trump mempersolakan kenapa NATO - perjanjian ketenteran Amerika dengan Eropah yang menelan berbilion dolar wajib diteruskan. oleh Amerika. Trump terus mempersoalkan kenapa Amerika perlu campur tangan dan melancarkan banyak perang walhal dalam negara semua dalam keperiatan. Paling jelas - sebagai seorang bilionaire - sebagai seorang ahli perniagaan - Trump tidak dapat melihat lojik kenapa Russia terus dianggap musuh. Adalah masuk akal dan lojik mengikut pandangan Trump jika Russia menjadi rakan niaga. Malah negara China yang suka putar belit nilai Yuan dilihat oleh Trump sebagai musuh. Tanpa segan silu Trump telah berbual selama 10 minit dengan Perdana Menteri Taiwan. Malah China yang kini sedang membina bala tentera di Laut China Selatan telah kena 'herdik' oleh Trump. Kenyataan Trump tentang Russia adalah ibu kepada semua ibu yang menyatukan semua kumpulan yang tidak suka kepada Donald Trump. Gerombolan elit politik, elit ekonomi, elit risikan dan intel, para liberal kiri, para intelektul kurang akal, CIA, NSA, FBI dan para seniman liberal Holywood - mereka semua ini sedang merancang untuk memastikan Donald Trump tidak menjadi Presiden Amerika yang ke 45. Pada Jumaat ini - dimajlis Angkat Sumpah - kaum liberal telah mengatur demo untuk memastikan Trump akan terus berhadapan dengan masaalah. Jika boleh - saperti Richard Nixon - pada 9 Ogos 1974 telah disingkir keluar dari Rumah Puteh. Elit politik, elit ekonomi, CIA , NSA, dan FBI kini sedang merancang untuk menjatuhkan Presiden Donald Trump. Tetiba keluar kesah skandal sex Trump dalam hotel di Moscow ketika bersama menyaksikan pesta Ratu Dunia. Apa dia skandal ini? Tunggu minggu hadapan. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 -------------------- |
Posted: 17 Jan 2017 08:30 PM PST TAHANAN POLITIK TERLAMA DALAM DUNIA DIBEBASKAN TERIMA KASEH BARACK OBAMA Obama commutes sentence for political prisoner Oscar López RiveraBarack Obama has commuted the sentence of Oscar López Rivera, a victory for the Puerto Rican independence activist who is considered to be one of the world's longest-serving political prisoners. In his final days in office, Obama has issued a record number of pardons and commutations, including granting the release of Chelsea Manning on Tuesday, the US army soldier who became one of the most famous whistleblowers in modern times. López Rivera, whose commutation was announced on Tuesday along with those of 208 others, has been incarcerated for 35 years for his role in fighting for Puerto Rico's independence. The 74-year-old, who has spent more than half of his life behind bars, was convicted of "seditious conspiracy" for plotting against the US. The US government had also classified him as a terrorist --------------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan