. |
Abdul Manan seorang kawan yang setia Posted: 18 Jan 2017 11:31 PM PST BELASUNGKAWA
Dalam sepanjang kerjaya politiknya beliau memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dua penggal tahun 1978 atas tikit BN dan tahun 1990 atas tikit Parti Semangat 46. Pernah dilantik menjadi Menteri Perusahaan Utama dan Menteri Pertanian. Allahyarham sempat menjadi menteri di bawah dua perdana menteri, Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamad. Sebelum menjadi menteri, Allahyarham menjadi timbalan menteri. Pejabatan beliau dikedua kementerian itu menunjukkan Allahyarham seorang yang tidak kurang hebat dan kekanannya dalam kabinet. Menerusi jawatan-jawatan itu juga banyak jasa dan budinya dicurahkan kepada rakyat.
Beliau boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Hidupnya juga sangat humble, dan tidak banyak bercakap dan seorang yang kuat dan tekun bekerja.
Bila mengenangkan dunia politik yang rencam, Allahyarham bolehlah dianggap seorang setia kawan dan mempunyai prinsip hidup (berpolitik) yang ampuh. Ini dibuktikan dengan persahabatannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah.
Setia kawan Allahyarham dengan Tengku Razaleigh teruji panjang dan gelora politik yang melanda dan dirempuh Tengku Razaleigh tidak meluntur nilai persahabatannya. Sewaktu Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 apabila Umno diharamkan, Allahyarham besamanya dan menjadi penggerak utama. Allahyarham memimpin Semangat46 Terengganu di samping menjadi pimimpin pusat. Kesanggupan Allahyarham untuk meninggal jawatan menteri bagi bersama Tengku Razaleigh memimpin parti baharu itu membuktikan bukan sahaja kesetiaan dalam persahabatan, tetapi ia mempertahankan prinsipnya. Seperti mana Tengku Razaleigh menubuhkan S46 sebagai menjadi alternatif kepada Umno yang sudah hilang perjuangan asal, begitu jugalah Allahyarham. Selepas pembubaran S46 Allahyarham tidak lagi aktif dalam politik. Mungkin atas kesetiaan dan keutuhan prinsip itulah, menyebabkan Tengku Razaleigh sebegitu bersua dengan saya bersunggut demikian. Kehilangan Allahyarham itu sangat terasa kepadanya dan juga rakan-rakan yang lain. Walaupun Tengku Razaleigh hari ini tidak ada apa-apa kuasa dan kedudukan, Allahyarham tetap berkawan sehingga ke akhir hayat, itulah menyebabkan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan peribadi buat ahli Parlimen Gua Musang itu. Saya mulai mengenali beliau akhir tahun 1970an lagi. Pertama kali berjabat salam dengannya ialah sewaktu beliau hadir merasmikan Khemah Kerja Umno Bahagian Rantau Panjang. Pada malamnya berlangsung peraduan pidato. Saya ikut sama menyertainya sebagai salah seorang peserta mewakili Belia 4B cawangan Gual Periok.
Semasa saya memimpin akhbar tabloid Mingguan Islam dan Siasah beberapa kali saya menemu ramah Allahyarham untuk mengulas isu semasa politik dan juga pergolakan politik di Terengganu khusnya. Dalam mendapat ulasan dan pandangannya, Allahyarham tidak mengkritik peribadi mana-mana tokoh sebaliknya bercakap secara umum berdasarkan fakta. Kali terakhir berjumpa dengannya semasa kematian isteri Tengku Razaleigh Cik Puan Noor. Sebelum itu bertemu di majlis perjumpaan hari raya anjuran bekas-bekas pemimpin dan ahli S46 di rumah Tengku Razaleigh di Ampang pada tahun lepas. Selepas majlis itu saya, tidak atau jarang lagi bersua dengannya kerana Allahyarham jarang menghadiri apa-apa pertemuan. Dan berita yang terbaca dalam media sosial semalam mengkhabarkan pemergiannya sungguh mengejutkan sekali. Pertemuan di rumah Tengku Razaleigh sewaktu kematian Cik Puan Nor adalah pertemuan "live" yang terakhir. Sewaktu solat jenazah tadi ramai kekawan Allahyarham terutama bekas pemimpin Semangat 46 hadir. Pastilah Tengku Razaleigh sejak semalam lagi telah hadir menziarahi jenazahnya. Semasa jenazah dikafan tadi, Tengku masih menjenguk dan merenung wajah sahabatnya untuk kali terakhir. Tengku juga mengiringi jenazah hingga ke kubur. Beberapa rakan dan sahabat Allahyarham yang lain juga kelihatan. Antaranya Mazlan Harun, anak kepada Harun Idris yang menjadi rakan karib Allahyarham juga. Terlihat sama tadi dua anak Dr Mahathir Mukhriz dan Mokzani, mungkin mereksa mewakili bapaknya, Dr Mahathir Mohamad. Ada sama Sabda S bekas wartawan Utusan yang juga rakan saya ada sama. Al Fatihah. [wm.kl.1:10 pm 19/01/16] | ||||||||||
Apabila Mahkamah Rayuan beri setitik cahaya buat Anwar Posted: 18 Jan 2017 03:20 PM PST SUARA MALAM
Keputusan itu menggembirakan semua orang dan ia akan membahagikan semua rakyat jika rayuan Anwar di Mahakamah Persekutuan untuk menafikan keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak permohonan pengampunannya itu menjadi kenyataan. Apakah ada cahaya di hujung terowong buat bapak Reformis itu? Penerimaan rayuan itu nanti apa lagi jika Mahakamh Persekutuan berpihak kepadanya, bermakna Anwar mempunyai peluang mendapat pengampunan Yang D ieprtuan Agong seterus membolehkan beliau menyedut udara bebas semula bagi memaknai lagi perjuangan membela rakyat secara bebas. Berita gembira ini diterima oleh Anwar dan keluarganya apabila ketiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Rohana Mohd Yusuf, hari ini memutuskan untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan sama ada proses membuat keputusan oleh Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan di Raja boleh dicabar di mahkamah. Keputusan mahkamah itu membuka peluang kepada Anwar yang dikira sudah tertutup rapat sebelum ini. Dalam usaha untuk membebaskan diri dari hukuman penjara bermotifkan politik Anwar telah menggunakan pelbagai kaedah dan saluran namun ia masih belum berhasil. Pengruusan kes itu ditetapkan pada 2 Februari. Kandati pun begitu kedudukan berkaitan nasib Anwar yang diberi hak oleh Mahkamah Rayuan itu penuh teka taki, tetapi ada orang ramai menaruh harapan tinggi Anwar akan mendapat hak untuk memohon pengampunan dan dibebaskan. Itulah harapan dan itulah doa semua orang. Tetapi saya sendiri skeptikal kepda harapan ini. Firasat saya membayangkan ia tidak semudah itu takdir itu akan terjadi melainkan ia ada "sufaat" Perdana Menteri, Najib Razak.Tertakdir Anwar dibebaskan ia sesuatu yang menggembira. Kehadiran Sultan Muhamad ke-V sebagai Yang diPertuan Agong didoakan memberi tuah kepada Anwar Ibrahim. Sekiranya pendengaran di Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Anwar yang membolehkan Lembaga Pengampunan menerima permohonannya dan kalau ia tertakdir kepada Anwar, bermakna Anwar akan dibebaskan dan ini merupakan suatu kejutan dan sejarah buat negara ini. Rakyat yang mahu melihat negara ini ditadbir dengan adil, khazanah negara diselamatkan dengan terbangunnya sebuah kerajaan baharu sangat berharap kepada Anwar. Kalau pun Anwar tidak berpeluang bertanding dalam pilihan raya kelak, tetapi pengampunan diperolehinya nanti menjadi seribu penawar kepada pembangkang. Hakikat dirasakan pembangkang akan menang hanya apabila Anwar berada di luar. Apakah apa yang diharapkan itu akan berlaku? Mahkamah Tinggi memihak kepadanya memutuskan membenar Anwar atau keluarganya membuat permohonan pengampunan? Hanya Najib yang boleh melakukan itu. Biarpun PM akan mengatakan beliau tidak ada kuasa campur tangan mengenai keputusan itu, namun saya tetap beranggapan Najib sebagai perdana menteri tetap ada kuasa dan mujizat sufaat untuk Anwar. Soalnya apakah Najib sedia memberi sufaatnya ataupun tidak. Sekiranya Najib tidak sedia untuk memberi sufaat, saya tidak nampak Anwar menerima takdir dan tuah itu untuk kali kedua tidak akan berlaku. Peristiwa 2004, di mana Anwar dibebaskan dari penjara selama enam tahun sebelum tamat tempohnya apabila mahkamah menerima rayuannya untuk semak keputusan ia berpihak kepada Anwar, tidak akan berlaku. Ketika tuah itu berpihak kepada Anwar, perdana menteri Malaysia dipanggung Abdullah Ahmad Badawi. walaupun pembebasan Anwar itu tidak ada kena mengena dengan Abullah tetapi persepsi umum mengatakan demikian. Hendaknya tahun 2017 membawa tuah bukan sahaja kepada Anwar dan keluarganya tetapi kepada rakyat dan Najib juga. Sekiranya Anwar dibebaskan menerusi proses undang-undang yang adil semasa negara dipimpinan Najib, Najib juga akan mendapat tuah dan pujian rakyat. Pembebasan Anwar sebelum tamat menjalani hukum penjara selama lima tahun ia juga boleh mengurangkan tohmahan dan kebencian rakyat kepada Najib. Ironisnya kalau itu terjadi, Anwar dibebaskan dengan pengampunan ia memberi kemalangan kali berikutnya kepada Dr Mahathir Mohamad. Pembebasan Anwar juga akan merubah senario politik terutamanya di pihak pembangkang kini? [wm.kl.10:01 pm 18/01/17] |
You are subscribed to email updates from .. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan