Kerabu Bersuara ® |
ADUN Sungai Air Tawar Meninggal Dunia Posted: 16 Jan 2017 07:17 PM PST ADUN Sungai Air Tawar Meninggal Dunia 17 JAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia pagi Selasa dan ia disahkan oleh Pegawai Khas Allahyarham, Mohamad Fariq Roslan. Menurut Mohamad Fariq, arwah ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9 pagi ini di kediamannya selepas gagal dihubungi sejak awal pagi. "Sepatutnya beliau menghadiri program Ziarah Kasih Sedetik Bersamamu di Kampung Sekendi pagi ini," katanya. Arwah yang berusia 59 tahun adalah Timbalan Ketua UMNO Sabak Bernam dan Ketua UMNO Cawangan Sungai Air Tawar. Selain itu, arwah turut menjawat kerusi exco Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi (MPIC) ADUN BN Selangor dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Bernam Jaya (PPK). Arwah yang popular dengan panggilan 'Cikgu Zaki' merupakan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Mawar dengan mempunyai pengalaman selama 37 tahun dalam dunia perguruan. Dalam pilihan raya umum yang lalu, arwah mengalahkan oleh calon PAS, Wahid Rais. Tiada pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan, mengikut Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan mana-mana PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun, sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN. Mengikut peraturan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR), semua negeri sudah mencapai mandat selama tiga tahun bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan