ALHUSSEYN |
Pentaksub kantoi dalam usaha pertahankan Hj Hadi Posted: 05 Jan 2017 05:30 PM PST Buku "PERPUAKAN PAS" ini merupakan kajian ilmiah tulisan Syahidulamri Khairuddin mengenai masalah perpuakan yang wujud dalam PAS khususnya era Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau juga menyentuh tentang perpuakan yang berlaku dalam era kepimpinan yang terdahulu seperti Dr Burhanuddin Helmy, Asri Muda dan Ustaz Fadzil Nor. Penganalisis politik tersohor Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff sudi memberikan kata pengantar dalam buku ini. Promosi buku ini yang dimuat naik melalui fesbuk telah mendapat riaksi Timbalan Speaker Dun Selangor, Shafie Ngah. Shafie Ngah: Saya sudah baca buku ini. Dgn menjadikan rujukan dari sumber yg tidak munasabah sprt laporan astroawani, the malaysian insider dan yg seumpamanya, pada hemat saya tulisan buku ini telah keluar dari nilai akademik. Saya juga syak ada fakta yg tidak dinyatakan, sama ada disengajakan demi tujuan tertentu atau si penulis tidak amati, sprt fakta bahawa Dato Fadhil noor pernah isytihar putus hubungan dgn parti keadilan pd suatu masa dan pd masa yg lain telah memutuskan hubungan dgn DAP, dan kesan positif pengisytiharan tersebut kpd keputusan p.raya yg membawa Dato Fadhil noor ke jawatan ketua pembangkang malaysia. Satu lagi, penulis tidak mengambil fakta berlakunya himpunan Bersih adalah berpunca drp manipulasi SPR yg membawa masuk berbondong2 pengundi ke Terengganu sehingga jatuhnya kerajaan PAS Terengganu. Penulis tidak tahu, lupa atau sengaja demi mencapai maksud merendah2kan ketokohan TGHH??? Ekoran komen YB Shafie Ngah tersebut, berikut adalah balasan penulis buku tersebut : Terima Kasih saya ucapkan kepada YB Shafie Ngah (ADUN Bangi) kerana sudi membaca penulisan saya. Untuk pengetahuan YB, penulisan saya masih selari dengan penulisan akademik iaitu harus bersandarkan fakta. Saya menggunakan rujukan akhbar dan media elektronik kerana skop kajian saya agak terkini. |
You are subscribed to email updates from AMANAH PROGRESIF PEDULI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan