Ahad, 15 Januari 2017

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


GRAND CANYON' LEBUHRAYA di KELANTAN. - Apa Perasaan ANAK KELANTAN PERANTAUAN?

Posted: 14 Jan 2017 04:00 PM PST

Lebuhraya Rakyat berubah jadi Grand Canyon akibat
projek Baham Balak oleh kerajaan Islam Kelantan...
  Aktivis Badan Gabungan Aktivis Alam Sekitar Kelantan Malaysia (BUMI) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penaja Royalti Malaysia, Syam Ghaz, mempersoalkan mengenai : Apakah status Lebuhraya Rakyat sekarang? Bila akan dilaksanakan? Bila tarikh siap?

 Beliau juga mohon Kerajaan Kelantan menjelaskan diatas kemusnahan tapak laluan Lebuhraya Rakyat yang di istiharkan oleh arwah Tok Guru Hj Nik Aziz Nik Mat, Mantan MB Kelantan pada 28 Mei 2012.

 Undi yang anda berikan dulu untuk Lebuhraya kini terburai? Lawatan kami ke tapak-tapak jalan yang dibina sebelum ini runtuh akibat kesan hujan lebat dan tumbuh semak samun.

 BALAK-BALAK sekitar Lebuhraya dalam jajaran kawasan Hutan Simpan Ulu Sat, Machang yang sepatutnya jadi tarikan Eco-Pelancongan untuk generasi anak cucu cicit masa depan sekitar Lebuhraya sudah GONDOL.

Almarhum TGNA merasmikan majlis pecah
tanah Lebuhraya Rakyat pada 28 Mei 2002
  LEBUHRAYA Rakyat yang di istiharkan oleh arwah Tok Guru Hj Nik Aziz Nik Mat, Mantan MB Kelantan pada 28 Mei 2012 sepanjang 73km sepatutnya menjadi jalan penghubung Machang ke Kuala Krai kini terbiar.

 Lepas arwah Tok Guru Nik Aziz tidak menjadi MB, projek ini asalnya digerak oleh syarikat Korea, Dae HangGuru Infra Sdn Bhd, kontrak "ditarik" dan diberikan kepada sebuah syarikat Ecobound? Kini jadi kes Mahkamah, bila syarikat tersebut saman RM230 juta.

 MB/ TMB @ Exco Infra Dato Hanifa sebut syarikat tersebut dapat funder dari DUBAI dll. Tapi tidak jadi, saat-saat akhir riwayat Lebuhraya Rakyat zaman MB Dato Ahmad Yaakob, serah kepada Kelkon yang duit dalam akaun tidak sampai RM100 juta untuk buat Lebuhraya bernilai RM1.8 Billion.

Akhir skali, Kerajaan Negeri terpaksa serah kepada Kerajaan Pusat disebabkan kelemahan mencari sumber kewangan. Reti ceramah aje ke? Kita tadbir Negeri ini biar boleh buat pembaharuan, bukannya sekadar jadi "Jaguh Signboard" dan "Juara Copong".

Projek Baham Balak berleluasa di Kelantan
setelah  almarhum TGNA sudah tiada lagi.
Ding Dong Ding Dong, inilah Kerajaan Negeri yang memerintah Kelantan sekarang. Macam memerintah kampung.

 Kemampuan untuk mentadbir dan membangunkan apa yang arwah TGNA mulakan dulu TIDAK MAMPU dibuat? Untuk mencari sumber kewangan pun tenat. 

 Akhirnya jadi projek Baham Balak! Sedih.

 Kami dari ngo ROYALTI @ R antara pasukan awal terlibat dan nyatakan sokongan awal terhadap pembinaan Lebuhraya Rakyat ini, kerana dari segi Ekonomi : Ia akan jadi TULANG BELAKANG pembangunan Ekonomi Baru Negeri Kelantan

Anak Perantau yang berada di Lembah Klang, Johor, Kl, N9 dll yang melalui Jalan Gua Musang - Kb tahulah betapa peritnya jalan yang sepatutnya dibesarkan sejak 1986 lagi, sampai kini terpaksa dilalui.

 Cuti Tahun Baru Cina nak datang lagi, anak Kelantan akan perit lagi.

 UNDI yang anda berikan waktu PRU13 lalu, hingga memenangkan Kerajaan Kelantan sedia ada nampaknya dimain-mainkan oleh Kerajaan memerintah. Next PRU14 nak undi lagi ke?

Apakah status Lebuhraya Rakyat sekarang? Bila akan dilaksanakan? Bila tarikh siap?

 Minta perjelasan, atas kemusnahan tapak laluan Lebuhraya Rakyat ini. Apa tindakan Kerajaan Kelantan, biarkan tapak-tapak yang dibina dengan duit derma dan rakyat terus musnah? Atau teruskan buat?

Terima kasih.
Syam Ghaz,
Badan Gabungan Aktivis Alam Sekitar Kelantan Malaysia [BUMI]
@Pengerusi Jawatankuasa Penaja Royalti Malaysia.

 #Lebuhraya 
#BalakKelantan 

Tiada ulasan: