Sabtu, 14 Mei 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MALAM KELMARIN

Posted: 14 May 2016 06:51 PM PDT




SE SESUCI

BUAH LAICI

TERIMA KASEH

NOTA
dalam hujan tuan datang
dari jauh tuan datang
tengah malam tuan datang
hujan itu adalah air mata
hujan itu ada rahmat
hujan itu adalah cenderamata
untuk jadi ingatan
untuk jadi kenangan
setia kawan antara kita

 













------------

PILIHAN YANG AMAT SUSAH

Posted: 14 May 2016 05:30 AM PDT






SELAMAT

DATANG

KEMBALI

14 Mei 2016
Media Umno, Mykmu.net melaporkan, desas-desus kini bergerak kencang kemungkinan Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Ketua Bahagian Umno Sungai Besar dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang akan membuat 'comeback' dalam Pilihan Raya kecil (PRK) Sungai Besar pada Jun nanti
KAH KAH KAH

satu pilahan

amat payah

untuk dibuat

dr khir atau

ikan bakar

wow - hebat

ISTANA MANA



------------

SHAER DAN GURINDAM ITU

Posted: 14 May 2016 05:00 AM PDT





BILA MALAM

BERLABUH

KAU DENGARI

SHAER INI




dengar disini:https://soundcloud.com/bungarumput/solidarity-isham-rais?utm_source=soundcloud&utm_campaign=share&utm_medium=facebook





---------------

PESANAN UNTUK MEREKA

Posted: 14 May 2016 04:30 AM PDT





SATU LAGI SURAT

DARI AKU

kawan ku yang baik hati,

kau lihat lah klip ini
kau ulang lihat sekali lagi
apakah kau faham erti isinya
apakah kau tahu bahasa nahunya

aduh!

lihatlah apa yang aku tinggalkan
lihatlah apa yang aku rindui
lihatlah betapa rahsia aku terbuka
lihatkan gaimana rahsia aku diumumkan

kawan ku yang baik hati,

apakah kau kenal petai
apakah kau pernah merasa petai
apakah kau tahu nikmat petai

ah!
dunia ini tanpa petai
adalah dunia yang tak lengkap
aku bersumpah
aku berjanji 
aku berkiblat
jika dunia ini tanpa petai
maka aku tidak mahu dilahirkan

kepada yang maha esa
aku berterima kaseh
kepada yang maha berkuasa
aku merasa bersyukur
kerana aku dilahirkan
dibumi tropikal
dibumi suburnya hidup petai

bila aku dikurung nanti
akan aku bilang jeriji besi
akan aku kira dawai berduri
akan aku khayalkan
semua ini adalah papan  petai
yang bergantungan subur

bila aku merindui petai
maka aku akan teringat klip ini
maka semua tembok runtuh
semua besi cair
kerana aku tersenyum
penuh kegumbiraan

yang aku tinggalkan diluar
adalah anak anak muda
yang makin berani
yang makin liar
yang makian kreatif!

salut!




DIPENJARA

Posted: 14 May 2016 01:00 AM PDT








ADMAN SALEH

PENGRAH 

AMOK- PALOH


KAMU TAHU

KAMU 

DIPENJARA

TAPI RAMAI 

TAK SEDAR

MEREKA JUGA

DIPENJARA

 -----------

DATANG LAH MALAM INI

Posted: 14 May 2016 12:31 AM PDT






DATANGLAH

MALAM INI

DI 52C JALAN

KEMUJA 

BANGSAR UTAMA




PAGI SENIN
------

MALAM INI JEMPUT DATANG

Posted: 13 May 2016 11:41 PM PDT




JEMPUT HADIR MALAM INI
52C JALAN KAMUJA
BANGSAR UTAMA
DEPAN SEKOLAH TAMIL
JAM 8:30 MALAM



RINDU GILER
Adus.. nangis gua.. bermakna 9 bulan juga gua mesti rindu giler ngan tukartiub. Berpuasa dan beraya tanpa tukartiub.. adusss Selamat berehat tuan. Ingat, tuan ada dua yg masih ada, Allah dan Muhammad. InsyaAllah tuan x akan kesunyian. Berehat di hujung umur.. bagus ni. Makan free.. tahan sakit hati ja. on LAGI SURAT DARI AKU
Anonymous
on 5/14/16

REZEKI TETAPA ADA
Sedih dgn ko Hisham n sedey dgn Ezi n Jai tpi insyallah,selagi ada nyawa, rezki tetap ada.Sape yg bole halang rezki, nyawa, kalo Pencipta tk izinkan. Sebgaimna kegembiraan, kebhgiaan tidak kekal kesedihan ni juga sementara. Doakan kau bhgia dunia akhirat & dlindungi Allah harta/kesayangan kau. on SELAMAT PAGI SEMUA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/14/16

JANGAN MERADANG

Kepada Sdr TT Andainya perjuangan mu dikira gagal Jangan sesekali berpilu, malah jangan meradang Pada hari yang hiba itu, yakinlah; Hari gembira itu, pasti akan muncul. Di harimuka nanti pasti wujud hati yang ceria Jika kini terasa sangan suram-muram Semuanya adalah transit berlaka, semuanya akan berlalu Apa yan berlalu itu sangat pula berharga Teruskan perjuangan suci mu --drp Ramli Abdul Samad on BERSETIA KAWAN
UNCLE RAMLI
on 5/14/16

TERIMA KASEH

-----------

LAGI SURAT DARI AKU

Posted: 13 May 2016 10:00 PM PDT




SURAT AKU LAGI



kawan ku yang baik hati,

apa khabar
dua hari ini aku gumbira terus
ah! walau pun aku terpenjara
aku akan tersenyum 
kau lihatlah klip ini
kau juga akan tersenyum

jika aku dalam bilik yang kosong
dipagari jeriji besi
aku akan  teringat akan klip ini
maka aku tersenyum  berkata:
' wah hidup ini penuh erti'
'wah hati aku suci macam bauh laici'

anak kecil ini 
jika menulis akan menjadi seniman besar
jika melukis akn jadi pelukis tersohor
jika pemecut akan memecah rekod alam
jika menyanyi dunia akan gegak gempita
jika mengkaji akan pakar ilmiah handal

nah kau lihat sendiri

kawan ku yang baik hati,

aku ketawa bila dipanggil atuk
aku tersenyum kerana dah jadi atuk
inilah perjalanan hidup 
hidup kita umat manusia hanya
dalam tiga babak
malah apa saje dalam alam ini
semuanya dalam tiga babak

babak pertma: kanak kanak
babak kedua : mendewasa
babak ketiga : penutup kata

hidup aku pun dalam tiga babak
babak pertama aku dilahir
babak kedua aku  berkelana
babak ketiga aku kembali 

aku telah berjanji akan menulis
tiga babak ini dalam 3 jilid
aku ingin merakam kesah
aku ingin berkongsi cerita
aku ingin kau senyum ketawa


kawan ku yang baik hati,

aku harap kau bersabar
aku tahu aku telah pernah berkesah hal ini
malah aku menjadikan
kau tertunggu-tunngu

sembilan bulan ini nanti
jika aku ada pen
jika aku ada kertas
aku akan cuba merangka
tapi sebenarnya aku tak tahu
apa yang akan berlaku

sebelum itu
sila tonton bagaimana
hati seorang atuk
sesuci buah laici


HATI ATUK KU

SESUCI 

BUAH LAICI


ENCIK NAJIB APA KHABAR?

Posted: 13 May 2016 09:00 PM PDT






BETUL 

SOHEH

AGONG TAK

BOLEH PECAT




Salleh: Tiada peruntukan dalam Perlembagaan bolehkan Agong pecat PM

Tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong untuk memecat perdana menteri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Salleh Said Keruak.
Merujuk kepada gembar-gembur mengenai satu juta tandatangan yang kempen "Selamatkan Malaysia" yang sepatutnya diperoleh bagi menyokong petisyen itu, Salleh berkata, amat sedikit Seri Paduka boleh lakukan mengenai petisyen itu.
"Sudah tentu, ia cuma untuk memberi gambaran bahawa perdana menteri telah kehilangan sokongan, anda sentiasa boleh mendapatkan satu juta tandatangan dan menghantar petisyen mengandungi tandatangan ini kepada Agong.

TAPI

BOLEH TAK 

RAJA TARIK

DARJAH

KEBESARAN 

MACAM SULTAN

GANU BUAT ?

DATUK SERI

JADI ENCIK

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

JANGAN MARAH




------------

BERGADUH -HANCUS MANCUS

Posted: 13 May 2016 08:17 PM PDT







BERTANDING

CALON NAJIB
KOMENTAR
ini adalah dua PRK yang penting
yang bertanding ialah calon najib
najib sedang dipertandingkan

pakatan harapan - amanah pkr dap
termasuk PAS - akan kalah
jika tidak memahami apa makna
prk di kuala kangsar dan sungai besar

jika parti parti yang menentang
gerombolan ketuanan melayu
gagal bersatu
gagal meletakkan hanya 1 calon
maka mereka akan bungkus

prk ini akan memperlihatkan
apakah najib dapat sokongan
orang ramai atau tidak
yang bertanding ialah pilihan najib
yang bertanding ialah najib

betul penipuan akan berjalan
betul duit akan ditabur
betul santa datang awal
dalam masa yang sama
DAP PKR PAS dan AMANAH
wajib juga membetulkan rumah sendiri
memahami tanda dan makna
sungai besar dan kuala kangsar

mata hati rakyat
sedang memandang kepada PRK ini
rakyat teah kecewa 
dengan 'gelawak' bangang
pakatan harapan di sarawak

rakyat kecewa dengan intrik dalaman
yang tak sudah sudah dalam PKR
rakyat telah mual
rakyat telah muak
bila rakyat muntah
yang dimuntahkan 
ialah pkr, dap, pas  dan amanah



PRK Sungai Besar: BN dijangka kalah teruk

SHAH ALAM - BN mungkin kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib yang mengandaikan demikian berkata, kebarangkalian itu sukar dinafikan berdasarkan pada situasi semasa dan juga isu-isu di Selangor.

"Saya menjangkakan calon daripada Amanah (Parti Amanah Negara) akan diletak untuk berdepan dengan calon BN. Calon ini akan mewakili Pakatan Harapan dan pertembungan ini nanti akan dilihat sebagai pertembungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat," katanya.

Beliau berkata, meskipun Amanah masih baharu dan kawasan itu pula dilihat kawasan yang didominasi oleh Pas sebagai parti pembangkang yang terkuat, pakatan pembangkang dilihat lebih cenderung untuk meletakkan calon daripada Amanah.

WOIT

kalau parti

anti-gerombolan

terus bergaduh

biarkan mereka

pergi jahanam

HANCUS MANCUS

---------------

BERSETIA KAWAN

Posted: 13 May 2016 07:41 PM PDT





SETIA KAWAN
kepada kawan kawan
sahabat dan kenalan
yang merakam setia kawan
yang menulis semangat solidariti
yang turut bersama
gwa ucapkan terima kaseh

orang kampong gwa
di wavre belgium akan kata
'merci beoucoup'
orang kampong gwa
ke kg chenor jelebu kata
'laaa jang.. kao kono lagi'

yang belum lihat FB ini
sila klik  
untuk sama bergumbira
buka disini:

solidariti untuk isham rais




------------

KITA SAMA SEKAPAL

Posted: 13 May 2016 07:18 PM PDT




FACE BOOK




One for the album... Hishamuddin rais, long time activist faces a looming jail term come Monday for calling for mass protests.. Whats the crime in that? It's a legitimate form of expression...and so fundamental to a democratic society...the 1 mdb board of directors, Jho Low and the crooks behind the 1mdb continue to roam free....where is the justice???


------------

Tiada ulasan: