Sabtu, 5 Disember 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


1MDB -- Skandal Kewangan Terbesar Abad Ini

Posted: 05 Dec 2015 08:11 PM PST

Posted: 05 Dec 2015 07:52 PM PST

IC: Kanak-kanak tempatan tiada, pendatang tanpa izin ada


SABAH 4 DIS: Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin kesal berikutan ramai kanak-kanak tempatan di negeri ini tidak memiliki kad pengenalan (IC) sebaliknya pendatang tanpa izin mudah memperolehnya.
Beliau berkata, kanak-kanak di pedalaman yang ibu bapa mereka penduduk Sabah, selain masalah sama juga dihadapi masyarakat orang Asli di Pensiangan, Pitas dan sebagainya.
"Mereka hidup di jalanan, miskin dan tiada kebajikan, seterusnya membesar dalam keadaan tidak sesuai, seolah-olah tiada masa depan lagi. Mereka sukar melanjutkan pelajaran mahupun mendapatkan pekerjaan baik.
"Akhirnya, mereka terpaksa mencari nafkah dengan minta derma, kerja di pasar, menjual rokok seludup dan ada terlibat dalam sindiket pengedaran dadah," katanya pada kenyataan hari ini.
jimmy wong2 (2)Menyifatkan Sabah dilanda masalah Stateless Kids sejak sekian lama, Jimmy berkata, masalah berkenaan bukan kes terpencil kerana banyak laporan sama di media dan mahu kerajaan melakukan sesuatu.
"Saya cadangkan kerajaan sediakan pejabat pendaftaran perkhidmatan bergerak yang aktif pergi ke pedalaman. Sekarang yang sediakan hanya Mahkamah Tinggi Sabah atas inisiatif Ketua Hakim, Tan Sri Richard Mainjun," katanya.
Bagi kanak-kanak dalam kalangan pendatang tanpa izin pula, beliau berkata, kerajaan juga harus berbuat sesuatu supaya mereka mendapat hak sebagai kanak-kanak dan manusia.
"Saya amat tidak setuju jika mereka terus diberi kerakyatan tetapi jika ada pengenalan khas, mungkin berguna supaya mereka dapat dipantau dan diberi perhatian seperti pendidikan," katanya.
Mengikut Menteri Pembangunan Komuniti dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab, katanya, bilangan kanak-kanak di jalanan ialah 200,000 orang iaitu 50,000 dari Filipina dan 150,000 (Indonesia).
"Saya harap kementerian mengkaji semula isu ini. Jangan biarkan rakyat sendiri tiada kad pengenalan tapi pendatang asing tanpa izin boleh dapat kad pengenalan. Ini kita tidak mahu berlaku lagi," katanya.

MKN: BUKA SEMULA DEBAT KELULUSAN AUTOMATIK TANPA PERKENAN AGONG

Posted: 05 Dec 2015 07:48 PM PST

ADAKAH BENAR KETUA DEWAN ULAMAK TERJEMAH BUKU SYIAH?

Posted: 05 Dec 2015 03:00 PM PST



Seminggu dua ni orang ulama PAS menyerang Abg Mat 

Sabu gara-gara Abg Mat tonjolkan amalan kafir mengkafir 

dalam PAS.




Aik? Kenapa nak tuduh Abg Mat Syiah? Yg Ketua Dewan 

Ulama PAS terjemah buku Syiah ni tak bising pulak ke?

Tak tau berapa ramai dah jadi sesat sbb baca buku ni.



Tulang Besi.


BERAPA RIBU BOLEH HADIR?ADAKAH MUHYIDDIN SEBERANI ANWAR..

Posted: 05 Dec 2015 02:29 PM PST

BERAPA RIBU BOLEH HADIR?




Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin nyata sudah berani bangun untuk melawan berikutan sekatan yang dikenakan terhadapnya untuk merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tahun ini.

Sebagai tindak balas atas larangan tersebut, beliau dijadual akan mengadakan suatu perhimpunan untuk menyampaikan amanatnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada hari Isnin, 7 Disember jam 8.30 malam.

Dengan mengadakan perhimpunan itu, bermakna Muhyiddin akan terus mara ke hadapan dan tidak lagi menoleh ke belakang dalam perjuangannya untuk berhadapan dengan Najib Razak yang semakin terhakis sokongan rakyat terhadapnya.

Siapa lagi dijangka hadir? Adakah Tun Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal akan hadir sama?

Di sebalik sama ada hanya Muhyiddin yang hadir atau ada pemimpin lain akan turut serta, persoalan utama yang perlu diambil kira ialah berapa ramai dijangka boleh bersama-sama dalam perhimpunan itu nanti?

Lima ribu, sepuluh ribu atau lebih daripada itu? 

Adakah pula Najib Razak dan para penyokongnya hanya akan berdiam diri saja dan tidak melakukan sebarang usaha untuk menyekat kehadiran orangramai ke program tersebut?
Walaupun sehingga ini dilihat ramai yang ingin hadir mendengar ucapan dan memberi sokongan kepada Muhyiddin dalam program yang diadakannya itu, namun jika kehadirannya kurang daripada seribu orang, ia tentu saja dianggap suatu kegagalan bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Oleh itu risikonya memang ada. Memandangkan kesan mengadakan perhimpunan ini agak besar kepada imej Muhyiddin dalam fasa-fasa perjuangan beliau seterusnya, para petugas dan orang kanan serta kirinya haruslah berusaha keras bagi memastikan kehadiran benar-benar memberi impak kepada agenda perubahan yang diperjuangkan.

Jangan sampai hanya sekitar seribu atau kurang daripada itu yang hadir. Mesti dipastikan sekurang-kurangnya antara tiga hingga lima ribu yang menghadirinya. Jika dapat lebih daripada itu, lebih berbaloi lagi.

Dalam masa yang sama, orangramai yang hadir pula, tidak harus melihat perhimpunan itu semata-mata untuk kepentingan Muhyiddin saja, tetapi yang lebih penting ialah untuk menerus serta meningkatkan lagi tekanan terhadap Najib bagi agenda perubahan demi menyelamatkan negara.

Hadir dan bersama-sama pada hari tersebut adalah manifestasi kita sama-sama mahukan perubahan.

(SHAHBUDIN HUSEIN)






05/12/2015).

PAS KENA TIPU. MUSTAFFA CUBA HENTAM AMANAH

Posted: 05 Dec 2015 02:22 PM PST

Hudud: Husam dakwa Umno tipu Pas 

KOTA BHARU – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Umno jelas menipu Pas apabila tidak memberi laluan kepada parti itu untuk membentangkan pindaan Akta 355 di parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. 

Berucap selepas Majlis Pelancaran Buku Peringatan Orang Terpedaya di Gelanggang Seni, di sini, malam tadi, Adun Salor itu berkata, kegagalan Pas itu disebabkan sikap pimpinannya yang terdahulu melanggar keputusan mesyuarat mengenai perkara itu. 




"Kita boleh ditipu sebab kita tak pakai keputusan mesyuarat, kita telah tetapkan tidak boleh bawa sendiri (Rang Undang-undang Persendirian) Akta 355, sebab kalau kita bawa bukan Islam akan 'celik' mata, Majlis Raja-Raja masih masih tidak lulus lagi.

"Kita juga nak ahli parlimen semua sokong khususnya BN yang mempunyai banyak kerusi, jadi jika dah bincang dengan BN, biarkan dia bawa (usul), tetapi kita gatal nak bawa sendiri, lepas tu jadi ke tidak sekarang?," soalnya di hadapan kira-kira 1,000 penyokongnya. 

Husam yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan turut mendakwa, jika sebelum ini Pas begitu bersemangat untuk melaksanakan hukuman ini, tetapi kini pimpinannya senyap apabila rang undang-undang itu gagal dibentangkan.

"Tak jadi kenapa senyap semua, dulu ceramah seluruh Kelantan, pinda enakmen hudud, dum dum dicanang sana sini, lepas itu bawa bulan April kena tipu, bawa bulan Jun, kena tipu, bawa bulan Oktober ghaib, bulan November habis, Disember senyap, 

"Kalau begini, macam mana nak hadapi pilihan raya, kita hanya boleh bagi tahu kepada rakyat kita nak buat sahaja,"katanya. 

Husam berkata demikian sebagai merujuk kepada sidang Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lalu yang menyaksikan Pas sekali lagi gagal membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) bagi membolehkan perlaksanaan hukuman hudud berjalan di negeri Kelantan. 

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mempertaruhkan jawatannya bagi memastikan hukuman itu dilaksanakan sebelum menukar keputusannya. 

Ahmad berkata, beliau tidak meletak jawatan kerana sudah berusaha supaya hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. -SH 

Posted: 05 Dec 2015 12:06 AM PST

 0 0 0 1

Amanah terbuka kepada semua dengan bersyarat

 | December 5, 2015
Perlembagaan parti itu menetapkan kriteria sesiapa sahaja yang menghayati dan memahami prinsip-pinsip agama Islam akan diterima
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menerima sesiapa sahaja untuk menjadi ahli dan memegang jawatan tinggi dalam parti dengan bersyarat.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkifli Ahmad berkata, perlembagaan parti itu menetapkan kriteria sesiapa sahaja yang menghayati dan memahami prinsip-pinsip agama Islam akan diterima.
"Seseorang itu mesti memahami mendalami pemahaman tentang agama," katanya ketika ditemui pada Forum Islam dalam Perlembagaan Demokrasi.
Katanya berdasarkan peruntukan itu, isu agama dan bangsa tidak timbul kerana keahlian akan dibuat berdasarkan kriteria.
Jelasnya, kaedah itu sejajar dengan pendekatan yang dibuat Rasulullah SAW sewaktu Baginda mentadbir Madinah di mana konsep "Ummatul Wahidah" dilaksanakan.
Melalui pendekatan itu, katanya, keadilan telah dapat ditegakkan.
Mengulas mengenai sambutan daripada bukan Islam berhubung tawaran keanggotaan yang dibuka Amanah, Dr Dzul berkata ia masih terlalu awal.
"Setakat ini saya tidak tahu, benda ini baru dan first time im saying this," katanya ketika ditanya berhubung soalan itu.

KHANCAN TIRANA FILEM P RAMLEE. KISAH KUTIP CUKAI MINIT KE 1 JAM :27 MINIT

Posted: 04 Dec 2015 11:51 PM PST




Kisah samseng kampong nak kutip cukai dari setahun sekali ke sebulan sekali....macam berlaku sekarang ni....

Antara intipati RINGKASAN Ucapan Dato' Husam malam tadi di DEWAN PPK Kota Bharu 4/11/2015. Beliau menyatakan:

Posted: 04 Dec 2015 11:10 PM PST


1. Urusan pertemuan beliau dengan pihak tertinggi PAS diselesaikan dengan mengemukakan HUJAHNYA secara lisan dan SATU SURAT RASMI DARI INTIPATI YG DIPERBINCANGKAN TELAH DIKEMUKAKAN KEPADA PIHAK BERKENAAN. Beliau mengambil pendekatan memberi peluang PAS PUSAT menyiasat hal aduannya atas konsep yg dijar oleh Presiden PAS yg terdahulu hingga sekarang........Setiap hal yg tidak mmolek...kena tegur.

2. Dipentas tersebut Dato'Husam juga telah mengambil kesempatan "Membayar Hutang" yg didakwa datangnya hutang tersebut datangnya dari salah seorang exco yg bertanggungjawab dalam soal agama sewaktu berucap dimajlis sambutan 60 Tahun PAS. HUSAM dengan tegas mengatakan NAS dan HADIS yg dibawakan oleh EXCO berkenaan adalah tidal LANSUNG tidak relevan dengan apa yg beliau dedahkan kerana apa yg beliau dedahkan adalah ada kebenarannya, Penyelewengan fakta kias yg mula-mula digunakan oleh IBLIS perlu digunakan kepada peristiwa yg relevan.

3. Dato' Husam juga menzahirkan keperihatinannya atas serangan yg menimpa salah seorang kakitangan Pejabat Menteri Besar yg diancam ugut dan kenyataan yg dituduh oleh FACEBOOKER bergelar El-Hariki. Antara persoalan yg Dato' Husam kemukakan:-

a. Bagaimana isi kandung perbincangan yg dianggap sulit sewaktu beliau memberi keterangan kepada PAS PUSAT boleh dibocorkan kepada El-Haraki?

b. Husam juga menegaskan bahawa TIADA PIHAK YG BERJAWATAN DI KERAJAAN PAS yg membekalkan sumber maklumat kepadanya tetapi sumber maklumat itu datangnya dari "JIN" yg turun benci dengan hal-hal yg tidak menyenangkan telah berlaku.

c. Husam menegaskan,Menteri Besar Kelantan perlu lebih prihatin serangan yg telah dikemukakan terhadap kakitangan Pejabat Menteri Besar yg bernama Syazwan. Pembelaan dan siasatan perlu dijalankan dengan penuh adil oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan.

4. Dato' Husam juga telah melahirkan rasa yg kurang menyenangkan apabila perlantikan jawatan di sebagai Pengarah Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan yg bernama Saari Mamat yg besannya adalah EXCO PENERANGAN yg jelas ada konflik kepentingan yg telah menuduh beliau di applikasi whatapps sebagai seorang pelaku khalwat. Menteri Besar Kelantan dipohon meneliti perlantikan yg dianggap salah berdasarkan HUBUNGAN PERIBADI ANTARA MEREKA BERDUA!

5. Dengan jelas diakhir UCAPAN beliau,husam telah menasihati agar NAS dan Hadis yg berkenaan dengan pembocoran rahsia dizaman nabi dan NAS yg mengenai HUDUD perlu diteliti dan berhati-hati penggunaanya. Yg jelas kata beliau,PAS TELAH DITIPU OLEH UMNO DALAM MASALAH HUDUD!

6. Diakhirnya,Husam mengingatkan Nik Abduh lebih berhati-hati dalam pengucapannya terutama dengan pertanyaan NIK ABDUH disalah satu ceramahnya di TERENGANU, "MANA LEBIH BAIK DITIPU DENGAN MENIPU?" Apakah Abduh tidak sekolah? Kedua-duanya tidak patut dilakukan!

Dato'Husam menutup ucapannya dengan berjanji untuk mengadakan lagi pertemuan dengan RAKYAT KELANTAN DAN AKAN DIEDARKAN SURAT CINTA YG BELIAU KEMUKAKAN KEPADA PAS PUSAT JIKA SEKIRANYA TIDAK ADA TINDAKAN SUSULAN OLEH PIHAK BERKENAAN. Beliau juga menzahirkan kebimbangan tentang bagaimana UMNO telah dianggap TIPU PAS dalam isu HUDUD!

HUTANG BELIAU DIANGGAP TELAH DIBAYAR KEPADA MEREKA YG TELAH MENJADIKAN BELIAU BERHUTANG!.
Kameel Abuya's photo.

SIRI KENAIKAN HARGA: JANGAN BUAT RAKYAT MEMBERONTAK

Posted: 04 Dec 2015 11:04 PM PST

MUHYIDDIN AKAN BERI UCAPAN KEPADA PENYOKONG 7 DISEMBER INI

Posted: 04 Dec 2015 11:00 PM PST

Tiada ulasan: