Sabtu, 5 Disember 2015

dollah yankee

dollah yankee


Sudah 9 bulan ...

Posted: 05 Dec 2015 08:19 PM PST


Anwar Ibrahim ini masih tetap relevan dan masih lagi diperkatakan di mana-mana sehingga saat ini  biarpun masih terpenjara. Anwar akan tetap signifikan untuk perjuangan politik menegakkan keadilan. Anwar masih lagi di tengah-tengah rakyat.
Di kalangan golongan intelektual, malah Anwar masih tetap menjadi 'keluarga' mereka yang terpandang, fikirannya didengar dan dihargai. Ideanya sentiasa bernas dan terkini.
Semua ini masih dirasakan bukan saja penyokongnya, tetapi juga kebanyakan rakyat yang prihatin seluruh negara. Mereka ini bukanlah taksub kepada peribadi Anwar Ibrahim, tetapi mengagumi fikirannya yang bernas dan mempunyai kualiti kepimpinan yang jauh ke depan.
Ketokohan Anwar menyerlah bukan saja sebagai pemimpin politik, tetapi juga sebagai intelektual Islam terpandang. Sekali lagi rakyat bukanlah taksub kepada peribadinya, tetapi menyanjung perjuangannya.
Kesedarannya sebagai pemimpin pelajar di universiti, lalu menjadi presiden Abim dan dipenjara untuk pertama kali, telah mendedahkan dirinya kepada rakyat.
Sejak demonstrasi di Baling, pertengahan 1970-han hingga kini, Anwar tetap Anwar yang dulu yang menjadi ikon kepada anak muda dan keseluruhan rakyat jelata. Idea dan konsistensinya kepada perjuangan menegakkan keadilan dan membela rakyat, menyebabkan beliau sentiasa berada di tengah rakyat.
Sebagai pemimpin pembangkang, memang biasalah berdepan dengan musuh yang ramai, ada yang suka, ada yang benci kepadanya atas pelbagai sebab. Tetapi semuanya itu sama sekali tidak mengurangkan kehebatan Anwar sebagai pemimpin politik dan intelektual terpandang.
Sesungguhnya pemenjaraan Anwar telah meruntuhkan Pakatan Rakyat. Di sini perlu diingat yang pilihan raya 2008 dan 2013, Anwar memimpin PR dan hasilnya PR berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN. Malah menang undi popular dan telah menguasai 51% keseluruhan undi.
Sewajarnyalah diakui Anwar adalah simbol perjuangan reformasi dan harapan alternatif rakyat, seorang personaliti yang kuat. Maka itu semangat perjuangan dan kepimpinannya masih tetap utuh dan diperlukan di kalangan rakyat yang sedar akan makna keadilan dan kesaksamaan. Ramai yang berduka ketika mendengar keputusan mahkamah pada tengah hari 10 Februari lalu. Di lapangan depan Istana Keadilan pada hari hitam itu telah menyaksikan banyak wajah-wajah yang kecewa, sedih, malah ada yang mengesat air mata, Demikianlah yang terjadi, maka terjadilah.
Wan Azizah,Nurul Izzah dan keluarga besarnya tetap sabar dan tabah. Keluarga ini tentunya berbangga kerana memiliki seorang tokoh seperti Anwar, yang mampu membayar dengan mahal harga perjuangan membela rakyat dan menegakkan keadilan.
Sama ada Anwar di luar atau di dalam, perjuangannya akan diteruskan. Kini Anwar meringkuk dalam penjara, namun semangat perjuangannya tidak mungkin dapat dipenjarakan. Ini kerana semangat itu sangat kuat, terus bertiup, menembusi betapa tebal pun tembok penjara.
Sebelum dia dibawa kepenjara, ini ucapan terakhir untuk rakyat jelata ..."You can detain me, you can torture me, you can even destroy this body, but you will never imprison my mind."
dollah yankee -
Salut !!!

Tiada ulasan: