Jumaat, 4 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bila 'Yang Arif' berkata benar ....

Posted: 04 Dec 2015 12:53 AM PST

Nampak sangat baruanya bila bagi alasan merapu mengapa Najib tidak datang ke Parlimen kelmarin untuk beri penjelasan sendiri mengenai RM2.6 bilion.....

 Barua pertama bagi tau, derma RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi PM Najib oleh seorang penderma dari Timur Tengah. 

 Barua lagi satu kata, Najib tidak datang ke Parlimen untuk menjawab sendiri perkara itu kerana akan menjadi subjudis.

 Paling barua pula kata, Najib amat tenang, bukan takut …

 Macam-macamlah barua-barua tu kata untuk beri alasan supaya Najib tidak perlu berdepan dengan rakyat sebab Najib tak mampu nak menipu rakyat yang semakin cerdik!

 Berikut adalah pandangan beberapa orang yang cerdik yang sering kita semua panggil 'Yang Ariff' :


Ucapan penggulungan hanya oleh presiden parti?

Posted: 03 Dec 2015 05:00 PM PST

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengumumkan parti akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khas bagi menentukan pemimipin yang dibenarkan membuat ucapan penggulungan pada perhimpunan minggu hadapan.

 Bagaimanapun, Tengku Adnan, yang juga menteri Wilayah Persekutuan, kekal dengan pendiriannya sebelum ini, ucapan penggulungan sepatutnya hanya diberikan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

 "Pada pandangan saya sehingga ke hari ini, presiden cukuplah, tak payah orang lain.Baca lagi - di sini

Komen al-Husseyn : 

 Ini jelas merupakan langkah untuk menyekat Muhyiddin dari menyampaikan ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno tahunan minggu depan.

Menurut wartawan veteran, A Kadir Jasin,  kebimbangan berpunca daripada hakikat bahawa Muhyiddin mempunyai soalan-soalan sah mengenai hal-hal yang disembunyikan daripada ahli parti atau yang dibohongi kepada mereka. 

Soalan-soalan mengenai 1MDB, SRC International, "derma" RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib dan pemecatan serta tindakan disiplin ke atas ahli parti yang mengkritik Mohd Najib, tulis Kadir dalam blognya.

Menurut Kadir, mereka takut soalan-soalan Muhyiddin dan ketua-ketua cawangan yang berani akan membuka mata perwakilan sehingga menyebabkan mereka mengubah pendirian.

"Pokok pangkalnya Najib dan konco-konconya takut dimalukan. Mereka takut kena sorak, kena herdik dan kena sindir. 

 "Paling mereka takuti adalah Muhyiddin dan para pengkritik Najib akan mendapat tepukan gemuruh. Atau penunjuk perasaan di luar dewan membawa sepanduk mengenai 1MDB dan derma RM2.6 bilion," katanya di sini

Tiada ulasan: