Jumaat, 4 Disember 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Dewan Negara perlu sebulat suara halang pewartaan Akta MKN 2015

Posted: 04 Dec 2015 06:54 AM PST



Oleh Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar 


Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam yang akan dihantar ke sidang Dewan Negara sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk diwartakan bagi membolehkan ia berkuat kuasa sebagai satu akta baharu.

Pada hari pertama sidang Dewan Rakyat kali ini ia menjadi ucapan sepintas lalu perdana menteri tanpa sebarang maklumat terperinci sehinggalah ianya dibacakan buat kali pertama pada 1 Disember lepas.

Pembentangan dan kelulusan Rang Undang-undang MKN 2015 mempunyai implikasi perundangan yang amat besar kepada sistem perundangan negara kita.

Seksyen 5 (a) Rang Undang-undang MKN 2015 menyatakan dengan jelas, walaupun ada mana-mana undang-undang bertulis yang lain, MKN tetap mempunyai kuasa dalam menjalankan fungsinya termasuklah untuk mengawal dan menyelaras entiti kerajaan dalam operasi berkenaan dengan keselamatan negara.

Manakala, Seksyen 5 (b) Rang Undang-undang MKN 2015 pula menyatakan majlis itu mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada mana-mana entiti kerajaan dalam perkara berkaitan keselamatan.

Kesan utama Seksyen 5 (a) ialah ia memindahkan kuasa mutlak ketua polis negara (KPN) yang mempunyai "command and control'' terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pengerusi Majlis Keselamatan Negara yang juga perdana menteri.

KPN sekalipun dilantik menganggotai ahli MKN kini kehilangan kuasanya terhadap pasukan PDRM sendiri yang diberikan di bawah Akta Polis 1967 kerana Seksyen 5 dimulai dengan proviso, "walaupun ada mana-mana undang-undang bertulis yang lain", namun MKN tetap berkuasa mengatasi Akta Polis 1967 yang disebut secara halus sebagai entiti kerajaan.

Lebih teruk lagi, kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang diberikan oleh Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan dan disahkan sekali lagi oleh pelbagai klausa di bawah Seksyen 5, Akta Angkatan Tentera 1972 di mana setiap tindakan tertentu Majlis Angkatan Tentera (MAT) perlu mendapat perkenan/kelulusan/persetujuan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, sepertimana yang berlaku pada KPN dalam PDRM yang kehilangan kuasa "command and control" pasukan PDRM, ianya kini pula berlaku pada Panglima Angkatan Tentera dalam ATM yang ketika ini asalnya kuasa ada pada Yang di-Pertuan Agong kini di ambil alih oleh seorang ahli politik iaitu perdana menteri yang di lantik menjadi pengerusi MKN.

Justeru, Seksyen 5 (a) Rang Undang-undang MKN 2015 adalah ultra vires kepada Perlembagaan Persekutuan dan boleh diisytiharkan tidak sah sejak dari azali lagi (void ab initio) atas sebab ianya mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong yang menjadi pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan di bawah Artikel Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5, Akta Angkatan Tentera 1972.

Keanggotaan Panglima Angkatan Tentera sebagai ahli MKN di bawah Seksyen 6 (g) Rang Undang-undang MKN 2015 juga tidak bermakna apa-apa kerana kuasa diberi kepada pengerusi MKN untuk mengarahkan mana-mana entiti kerajaan berkaitan isu-isu keselamatan.

Justeru, sekali lagi jelas seksyen 5(a) adalah ultra vires Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 5 (b) Rang Undang-undang MKN 2015 pula mengesahkan kehilangan kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5 Akta Angkatan Tentera 1972 serta kehilangan kuasa KPN untuk mempunyai sepenuh "command and control of the police force" di bawah Akta Polis 1967.

Seksyen 5 (b) Rang Undang-undang MKN menyatakan MKN (pengerusi majlis) berkuasa mengeluarkan arahan kepada mana-mana entiti kerajaan berkaitan dengan keselamatan negara.

Tidakkah semua sedar yang Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan KPN disenaraikan dalam senarai 2 paling akhir dalam senarai keanggotaan MKN di bawah Seksyen 6 (g) dan (h) Rang Undang-undang MKN 2015.

Maruah PAT dan KPN di mana agaknya bila diletakkan dalam 2 terakhir daripada senarai 8 orang ahli majlis.

Bagaimanapun, jika maruah kedua dua PAT dan KPN tidak penting, bagaimanakah pula dengan maruah pasukan keselamatan yang di pimpin mereka bila kuasa mereka diambil alih oleh ahli politik sebagai pengerusi MKN?

Bagaimana dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong yang di nyatakan dengan jelas sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera dalam Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5, Akta Angkatan Tentera 1972?

Bolehkah satu akta baru diluluskan untuk melanggari artikel Perlembagaan Persekutuan? Satu pengisytiharan ultra vires boleh di buat di Mahkamah bila Rang Undang-undang MKN 2015 diwartakan nanti.

Bagaimanakah kita tahu Entiti Kerajaan bermaksud ATM dan PDRM? Ini jawapannya. Seksyen 3 (a) dan (c) Rang Undang-undang MKN 2015, mendefinisikan entiti kerajaan sebagai mana-mana agensi, pihak berkuasa dan pasukan keselamatan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Seterusnya berikutnya juga, Seksyen 3 (a) dan (b) mendefinisikan dengan jelas maksud pasukan keselamatan ertinya (a) Polis Diraja Malaysia (b) Angkatan Tentera.

Sebaik baiknya minggu depan Dewan Negara sebulat suara boleh menghantar balik Rang Undang-undang MKN 2015 kepada Dewan Rakyat atas alasan ia berkemungkinan besar melanggari Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan tadi.

Jika hendak di katakan Dewan Negara tidak mempunyai kuasa berbuat demikian, biarlah Mahkamah yang menentukan namun Dewan Negara patut sebulat suara menghantar kembali Rang Undang-undang MKN 2015 dengan menggunakan sedikit kuasa serta budi bicara yang ada pada presiden negara dan juga Dewan Negara sendiri bagi mengelakkan Dewan Negara digelar, "rubber-stamp'' pemerintah.

Rang Undang-undang MKN 2015 juga menambahkan lagi penghinaan kepada kehilangan kuasa Yang di-Pertuan Agong, PAT dan KPN dengan adanya seksyen 10 di mana menyebut MKN boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat bagi menasihati MKN mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan. Tiada kriteria disebut mengenai mana-mana orang, adakah ianya juga bermaksud orang yang suka membazir membeli belah di seluruh dunia juga boleh dijemput?

Seksyen 6 Rang Undang-undang MKN 2015 pula dengan jelas melantik perdana menteri sebagai pengerusi MKN yang secara langsungnya memindahkan kuasa keselamatan utama yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong, PAT dan KPN kepada perdana menteri.

Justeru, jelas Rang Undang-undang MKN 2015 ini adalah ultra vires Perlembagaan Persekutuan dan boleh di anggap "void ab initio" sekalipun selepas diwartakan nanti cuma ianya perlukan formality pengisytiharan oleh Mahkamah sahaja.

Justeru, jawatan ketua pengarah MKN di bawah Seksyen 15(1) dan 16 juga akan mengatasi kuasa keselamatan utama yang telah kita bincangkan tadi dan ia sekali lagi ultra vires, Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan.

Bukti Ketua Pengarah MKN lebih berkuasa daripada YDPA, PAT dan IGP boleh dibaca di Seksyen 16 (2) (b) Rang Undang-undang MKN 2015 di mana ketua pengarah MKN berkuasa untuk menyelaras dan memantau dasar dan langkah strategik mengenai keselamatan negara oleh entiti kerajaan.

Lebih teruk lagi segala maklumat risikan di jadikan wajib dilaporkan serta merta oleh entiti kerajaan kepada MKN (Seksyen 17(1) Rang Undang-undang MKN 2015)

Amat menarik untuk membaca seksyen 18(1) yang bermula dengan, "jika majlis menasihati perdana menteri" di manakah seperti yang kita sedia maklum pengerusi majlis ialah perdana menteri adakah ia membawa maksud perdana menteri yang memegang peranan sebagai pengerusi MKN akan menasihati dirinya sendiri sebagai perdana menteri?

Namun yang lebih serius mengenai seksyen 18 Rang Undang-undang MKN 2015 ini mengenai kuasa mengisytiharkan kawasan keselamatan yang memberi kesan yang sama seperti kuasa pengisytiharan darurat yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, seksyen 18 telah secara efektifnya memindahkan kuasa Yang di-Pertuan Agong kepada pengerusi MKN yang juga seorang perdana menteri.

Ianya sekali lagi ultra vires Perlembagaan Persekutuan dan kali ini Seksyen 18 RUU MKN 2015 adalah ultra vires Artikel 150 (1)- (9) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 150 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan kuasa proklamasi darurat pada Yang Di Pertuan Agong namun Seksyen 18 (1) RUU MKN 2015 memindahkan kuasa tersebut kepada perdana menteri iaitu ahli politik yang mengetuai parti politik.

Perintah eksekutif Majlis di bawah Seksyen 19 RUU MKN 2015 juga ultra vires Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan.

RUU MKN 2015 juga menggabungkan pasukan tentera dan polis di mana sepatutnya asalnya tugas tentera menjaga sempadan negara daripada ancaman luar. Sempadan negara bermaksud sempadan darat laut dan udara.

Polis asalnya menjaga keselamatan dalam negara dan membanteras jenayah.

Namun semenjak beberapa tahun kebelakangan ini tugas tentera mengawal sempadan negara adanya diambil alih oleh polis, persoalannya sama ada tindakan ini membahayakan keselamatan pasukan polis yang bertugas di sempadan negara kerana asalnya tugas melawan musuh luar sepatutnya diletakkan di bahu tentera.

Kenapa pula polis diperlukan menjaga sempadan negara sedangkan ia tugasan tentera dan sedangkan juga masalah jenayah negara termasuk jenayah berat dilihat bermaharajalela tanpa penyelesaian kecuali statistik yang agak ganjil daripada masa kecemasan mendapati kadar jenayah menurun.

Kini campur aduk tugas polis dan tentera  dapat di lihat dengan jelas di bawah RUU MKN 2015 sebagai contoh seksyen 24, 25, 26, 27,28,29,30 dan 34.

Seterusnya bahayanya Rang Undang-undang MKN 2015 bila seksyen 38 menyatakan MKN tidak boleh di saman dan seksyen 40 RUU MKN 2015 memberikan perlindungan kepada MKN di bawah Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948.

 Tiada pendakwaan tanpa kebenaran bertulis pendakwa raya (Seksyen 41 Rang Undang-undang MKN 2015) boleh membawa kepada salah guna kuasa dan perbuatan jenayah oleh pasukan keselamatan yang secara definisinya termasuk polis dan tentera.

Jika tadi di bawah seksyen 6, Rang Undang-undang MKN 2015 kita mendapati Perdana Menteri sebagai Pengerusi Majlis keselamatan Negara kini jangan terkejut bila perdana menteri mengambil alih fungsi membuat peraturan pula kerana kuasa membuat peraturan diberikan kepada perdana menteri di bawah Seksyen 42 RUU MKN 2015.

Malaysia adalah milik semua rakyat Malaysia dan di payungi oleh Majlis Raja-raja Melayu yang melantik Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan namun kini seolah-olah segala kuasa penting negara di pusatkan di bawah hanya seorang atau beberapa orang manusia sahaja.

Kesan perbuatan ini ialah satu cubaan mengubah sistem pemerintahan kerajaan yang ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara kita.

Justeru, sekiranya  masih tidak mahu dikaji semula dengan teliti,  tempat yang paling sesuai untuk Rang Undang-undang MKN 2015 ialah sama ada bakul sampah atau ia dikuatkuasakan di kalangan pesakit mental di hospital bahagia. –

* Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar ialah peguam bela & peguam cara.

4 ahli Hizbut Tahrir ditangkap Jais selepas sidang media

Posted: 04 Dec 2015 06:48 AM PST

 
Tangkapan itu disebabkan mereka telah melakukan kesalah di bawah Seksyen 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Nombor Sembilan Tahun 1999 kerana mempertikai fatwa mufti.





PETALING JAYA : Empat orang ahli Hizbut Tahrir pada Jumaat ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas mengadakan sidang media.

Pengarahnya Datuk Haris Kasim berkata, tangkapan yang dilakukan itu adalah kerana empat orang terbabit telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Nombor Sembilan Tahun 1999 kerana mempertikai fatwa mufti.

"Hizbut Tahrir ini telah diwartakan haram kerana telah bercanggah dengan ajaran Islam dan dia (empat orang) itu membuat sidang media mempertikaikan fatwa berkenaan.

"Dia juga mengatakan fatwa itu tak betul dan kita bertindak atas waran geledah serta mereka akan disiasat," katanya kepada Free Malaysia Today pada Jumaat.

Haris berkata, empat orang terbabit dilepaskan dengan jaminan dua orang penjamin dan mereka diminta untuk hadir semula di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat pada Isnin.

Dalam pada itu, Haris turut menafikan bahawa pihaknya turut menangkap wartawan semasa sidang media itu.

Pada 25 November lalu, media melaporkan bahawa ajaran Hizbut Tahrir difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sebagai ajaran sesat.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid, berkata orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan dilarang dan diharamkan untuk berpegang kepada fahaman serta ajaran itu.

Katanya, Hizbut Tahrir adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

'Bayangkan MKN di tangan PM di ambang penyingkiran'

Posted: 04 Dec 2015 06:38 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) menyatakan kebimbangan terhadap kelulusan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang didakwa memberi kuasa besar  kepada perdana menteri.

Kumpulan pemikir itu berkata pemberian kuasa itu di tangan seorang perdana menteri boleh memberi kesan buruk.

"Bayangkan jika seseorang yang memegang jawatan itu dalam proses ditendang keluar daripada tampuk kekuasaan oleh partinya sendiri atau pengundi.


"Saya bimbang beliau boleh guna akta ini untuk semata-mata kekal berkuasa," kata Pengarah Eksekutif Ideas Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataan hari ini.

Wan Saiful juga mengkritik anggota Dewan Rakyat daripada BN yang didakwa menghampakan rakyat dengan menyokong rang undang-undang itu.

Beliau dalam masa yang sama menggesa kerajaan menarik balik undang-undang itu, yang baginya terlalu memusatkan kuasa di tangan perdana menteri.

"Jika kerajaan tidak tarik balik, senator-senator di Dewan Rakyat harus tunjukkan bahawa mereka berguna dan menolak rang undang-undang itu," katanya.

Dewan Rakyat semalam meluluskan rang undang-undang MKN secara tergesa-gesa dengan undi suara majoriti, tanpa sebarang pindaan.

Rang undang-undang itu antara lain, memberi perdana menteri, sebagai pengerusi majlis MKN, kuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "zon keselamatan" dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.

Undang-undang baru ini diperkenalkan ketika kedudukan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri terus dicabar pelbagai pihak.

Kaki bodek, otak udang - Khairuddin ajak akar umbi lawan MT

Posted: 04 Dec 2015 06:32 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Tahanan penjara selama dua bulan gagal mematahkan semangat Datuk Khairuddin Abu Hassan daripada beliau terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan para penyokongnya.

Dalam Facebook beliau melemparkan pelbagai cemuhan khususnya berhubung tindakan Umno yang menghalang timbalan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada berucap kepada perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno minggu depan.

"Saya selaku bekas naib ketua Umno bahagian merasa amat malu dengan kepimpinan parti pada hari ini yang telah memimpin parti seolah-olah ia hak 'bapa' mereka punya!" katanya.

Khairuddin mempersoalkan sehingga bila kepimpinan Umno akan terus menipu ahli-ahli dan mengecam anggota Majlis Tertinggi Umno sebagai "kaki bodek", "minda lemah" dan "otak udang".

Bekas pemimpin Umno bahagian Batu Kawan itu menggesa semua ahli parti supaya menentang sekeras-kerasnya keputusan mesyuarat MT lalu yang amat tidak adil kepada Muhyiddin.

"Umno semakin gila babi!

"Ini petanda jelas kalangan kaki bodek, minda lemah dan otak udang yang menduduki kerusi-kerusi MT adalah di antara yang sedang merosakkan parti ini.

"Kita tidak seharus takut pada golongan bangang ini. Semua keputusan bodoh mereka mesti ditentang. Ini penting untuk selamatkan masa depan parti Umno yang kita sayangi," katanya.

Khairuddin, yang kini dibebaskan atas ikat jamin, berkata beliau sering berdoa agar anggota MT disepak keluar kerana semua mereka ibarat 'lembu dicucuk hidung' dan tidak layak untuk memimpin.

"Setiap ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi jangan memberikan walaupun satu undi kepada mereka pada musim pemilihan akan datang sekiranya kita mahu jaminkan parti Umno terus relevan di hati sanubari rakyat," katanya.

Khairuddin dan peguamnya Matthias Chang ditahan atas dakwaan cuba mensabotaj ekonomi negara selepas memfailkan beberapa laporan terhadap 1MDB di luar negara.

Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini, pemimpin Umno itu menafikan beliau bertindak atas arahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Najib berundur.

Khairuddin juga menganggap perdana menteri "bermuka tembok".


Rizalman ke kelab bogel sekadar dengar muzik

Posted: 04 Dec 2015 06:27 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Bekas atase pertahanan Muhammad Rizalman Ismail mengakui di Mahkamah Tinggi Wellington hari ini bahawa dia pergi ke kelab bogel sekadar menikmati muzik.

Rizalman, yang berkhidmat dengan pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia sebelum didakwa, sedang menghadapi perbicaraan di New Zealand atas tuduhan serangan sumbang.

Menurut akhbar NZ Herald, pendakwa raya Grant Burston menyoal Rizalman sama ada dirinya ada mengunjungi kelab bogel "Mermaids" di Wellington sebanyak dua kali kerana merasakan dia tertekan.

Rizalman: Ya.

Burston: Wanita-wanita itu menanggalkan pakaian mereka?

Rizalman: Hanya pakaian luar mereka.

Burston: Wanita itu bogel pada paras dada?

Rizalman: Ya.

Burston: Adakah awak berminat melihat wanita yang menarik itu di kelab bogel?

Rizalman: Tidak.

Burston: Mengapa awak pergi ke kelab bogel?

Rizalman: Untuk mendengar muzik dan melepaskan tekanan.

Mahkamah juga diberitahu ada insiden sebelum ini yang melibatkan Rizalman dan wanita.

Sambar bahu wanita

Menurut laporan itu, Rizalman mengaku membeli ganja di sebuah kedai di Wellington yang bernama Cosmic on Cuba pada 2 Mei tahun lalu, di mana beliau kemudian cuba memikat dua pembantu kedai wanita muda.

Burston menyoal Rizalman sama ada dia menyapa kedua-dua wanita itu dan ingin tahu jika mereka mempunyai teman lelaki dan mengajak seorang daripada wanita berkenaan keluar minum. Dia menjawab, "mungkin".

Walau bagaimanapun, Rizalman berkata dia "tidak ingat" apabila ditanya sama ada beliau menyambar bahu seorang wanita muda itu apabila diberitahu supaya tidak mengganggu mereka.

Beliau memberi jawapan yang sama ketika ditanya sama ada seorang pekerja lelaki mengiringinya keluar dari kedai.

Menurut laporan itu, Rizalman juga mengaku menghisap ganja sintetik di Malaysia tetapi menafikan menggunakannya semasa berada di New Zealand.

Burston juga menekankan bahawa kejadian berasingan pada 8 Mei tahun lalu di mana dia juga mengekori wanita lain.

Bagaimanapun, Rizalman menegaskan beliau hanya mahu bercakap dengan wanita itu mengenai masalahnya.

Burston kata selepas perempuan itu menyembunyikan dirinya di kedai, Rizalman terus merenung ke arahnya sebelum menuju ke keretanya.

Pendengaran ini bukan untuk menentukan sama ada Rizalman bersalah atau tidak kerana dia sudah mengaku bersalah atas kesalahan serangan sumbang.

Dia bagaimanapun mempertikaikan sebahagian fakta-fakta kes dan pendengaran itu juga bertujuan menentukan versi mana yang akan diterima oleh mahkamah.

Husam 'letak senjata' sementara

Posted: 04 Dec 2015 06:22 AM PST

N Faizal Ghazali 





Demi memberi peluang kepada PAS yang dilihat mahu mengkaji semua teguran yang pernah dikemukakan, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan untuk 'meletak senjata' untuk seketika.

Ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah Yayasan Darul Hijrah di Kampung Major, Kuala Krai, Husam berkata, kritikannya terhadap PAS dan Kelantan akan ditangguhkan untuk sementara waktu.

Kata bekas exco kanan Kelantan itu, keputusan berkenaan diambil selepas dia bertemu dengan Jawatankuasa Harian PAS.

"Oleh kerana PAS ambil berat untuk kaji semua, jadi saya gantung senjata untuk beri peluang dan berlaku adil, untuk mereka mengkaji dan seterusnya memperbaiki beberapa kelemahan yang ada," katanya.

Langkah berkenaan, kata bekas Naib Presiden PAS itu, selaras dengan prinsipnya untuk menegur penyelewengan semua pihak.

Katanya, dia menyertai PAS bersama kawan-kawan yang lain adalah untuk berjuang di menegur penyelewengan Umno dan BN.

Justeru, katanya, langkah menegur PAS juga adalah tanda dia konsisten dengan prinsip berkenaan.

"Apa yang kita tegur adalah kesalahan. Sama ada kesalahan itu dibuat oleh kumpulan kita atau kumpulan lain, tetap kita membuat teguran," katanya.

Lepas tegur, tak jadi

Isnin lalu, Husam mengadap Jawatankuasa Dewan Harian PAS Pusat dan mengemukakan surat yang mengandungi teguran beliau terhadap kerajaan Kelantan dan parti.

"Sesuatu perkara yang tidak baik mestilah ditegur, itu prinsip PAS sendiri," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perseteruan yang mungkin wujud antara beliau dan pemimpin atasan parti itu, Husam menjelas pendapat itu adalah oleh mereka yang berfikiran rendah.

"Setakat yang saya tengok, sambutan dan kesan (teguran dibuat) adalah mereka mengalu-alukan kerana tugas pemimpin adalah menegur. Jadi saya tidak terima (dengar) pula orang kata saya tegur sebab bergaduh.

"Kalau (sebelum ini) saya tegur Umno dalam parlimen, selepas itu kami boleh duduk minum sekali.

"Tengok rekod saya, saya buat teguran kepada Tun Dr Mahathir (Mohamad) ketika beliau mahu jadikan Lapangan Terbang Subang sebagai pusat konvensyen.

"Alhamdulillah kerana saya tegur, perkara itu tak jadi dan sekarang ia berfungsi sebagai lapangan terbang untuk penerbangan domestik," jelasnya.

Tambah Husam, apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan rakyat iaitu menegur perjalanan kerajaan negeri yang dikira bercanggah dengan prinsip berkerajaan.


PPIM: Jangan sampai rakyat 'meletup'

Posted: 04 Dec 2015 06:19 AM PST

Anne Muhammad


 


Kenaikan harga barangan yang kelihatan seolah-olah tanpa henti ketika kini boleh membuatkan rakyat "meletup" kata Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Jelas Nadzim, jika keadaan tidak dikawal segera ada kemungkinan rakyat akan "memberontak" dan pelbagai keadaan luar jangka boleh berlaku.

Mengakui pengguna secara keseluruhan hidup tertekan ketika ini, pelbagai kekangan yang dikenakan terhadap rakyat tidak akan dapat diterima begitu saja.

"Ini tak boleh, itu tak boleh, akhirnya pengguna akan meletup.

"Bila meletup, jadi macam-macamlah, hilang akal sebab duit tak ada," katanya di sidang media di pejabat PPIM Kuala Lumpur hari ini.

Nadzim mengulas pelaksanaan kadar baru tambang ERL yang diumum syarikat itu - dan diluluskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat - mulai 1 Januari 2016.

Kerja gila jangan buat

Melalui kadar baru itu perjalanan sehala stesen KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) meningkat kepada RM55 berbanding RM35 ketika ini.

Katanya lagi, tekanan hidup dialami rakyat ditambah pula dengan kenaikan kadar tambang perkhidmatan Express Rail Link (ERL) yang diumumkan kerajaan yang dianggapnya "kerja gila" kerana ia dilakukan pada masa tidak sesuai.

"Ini masalah paling besar kerana (lakukan) tidak kena masa, dan ia memang kerja gila.

"Masa (untuk melaksanakan kenaikan tambang) kena betullah. Harga (baru) pun kena betul. Ini naik sampai RM20 atau lebih 50 peratus. Kerja gila jangan buat," katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan dan syarikat konsesi yang mengendalikan pengangkutan awam supaya mengkaji semula kenaikan tambang yang dibuat.

Nadzim juga menyeru mereka tidak melakukan sesuatu tindakan secara terburu-buru.

"Kerajaan kena tegas. Sebarang kenaikan perlu dijelaskan, kalau nak naikkan harga tiket wayang tak apalah, tapi ini benda benda yang pengguna perlu," katanya.

Akta baru MKN jadikan Malaysia negara polis

Posted: 04 Dec 2015 06:12 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR-  Pakatan Harapan membantah sekerasnya Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang akan dibentang dan diluluskan di parlimen hari ini.

polis-ganasAhli Parlimen Puchong Gobind Singh menyifatkan kerajaan tidak bertanggungjawab apabila tegesa-gesa membentangkan rang undang-undang ini berikutan pembangkang hanya dimaklumkan mengenai perkara tersebut dua hari lalu.

Jelasnya, mereka sepatutnya diberi masa yang cukup untuk meneliti usul ini terlebih dahulu sebelum diluluskan menjadi undang-undang.

"Ini adalah yang tidak bertanggungjawab dan tidak adil untuk kerajaan lemparkan usul ini kepada kita dan mohon kita bahaskan pada hari akhir parlimen.

"Usul ini patut disemak dengan teliti dan perlu diterangkan secara jelas dan kita perlu pastikan ia tiada penyalahgunaan kuasa. Tidak perlu tergesa-gesa dan boleh dibuat pada parlimen akan datang," katanya dalam sidang media di lobi parlimen.

Dalam pada masa sama, Ahli Parlimen Alor Star, Gooi Hsieu Leung mempersoalkan keikhlasan kerajaan membentangkang usul ini sebelum penerangan dilakukan.

Malah katanya lagi, sekiranya diiluluskan usul ini di parlimen, ia akan mengakibatkan 'hukuman gantung' kepada demokrasi negara.

"Kerajaan sepatutnya perlu memberi penerangan kepada orang awam sebelum nak laksanakan usul yang dia cadangkan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menggesa kerajaan memansuhkan undang-undang tersebut atau membatalkannya.

"Saya mahu undang-undang ini dimansuhkan. Jika kerajaan masih mahu meneruskannya, berikan kami masa yang cukup (untuk berbahas)," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

"Kami sibuk dengan perbahasan Bajet 2016 [...] kami tidak mempunyai masa yang mencukupi. Rang undang-undang itu mengandungi banyak peruntukan yang zalim dan menindas" katanya.

"Jika rang undang-undang itu diluluskan hari ini, kita akan menuju menjadi negara polis. Kami akan menentangnya habis-habisan" katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Akta baru itu hanya dibentangkan Selasa lalu memberikan MKN kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana tempat sebagai 'kawasan keselamatan' dan pasukan keselamatan boleh campur tangan untuk menangkap dan menyita tempat itu tanpa waran.

Hutang negara RM623 bilion bukti Najib gagal sebagai PM

Posted: 04 Dec 2015 06:08 AM PST

Oleh: Nadia Hanafi




KUALA LUMPUR- Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan yang melebihi RM600 billion membuktikan Datuk Seri Najib Razak gagal sebagai Perdana Menteri dan menteri kewangan kata Ahli Parlimen Kapar, G. Manivanan.

Katanya, kenaikan kadar hutang yang amat drastik dan mendadak dalam tempoh singkat pemerintahan Najib Razak merupakan suatu perkara yang tidak boleh diterima.

"Beliau gagal sebagai PM dan menteri kewangan untuk menjamin hutang negara berkurangan. Ini menunjukkan ketidakcekapan mentadbir, ketidakcekapan mengurus ekonomi dan kewangan negara oleh beliau," katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani memberitahu setakat 30 September 2015, hutang kerajaan berjumlah RM623.3 bilion meliputi hutang domestik, hutang dijamin kerajaan dan hutang PFI.

Manivanan berkata, tidak mustahil hutang negara ini mencecah  RM 1 trillion sekiranya negara masih ditadbir oleh pemimpin yang tidak tahu mengurus tadbir negara.

"Kalau sekarang (hutang) kita dah menjangkau RM600 billion, untuk menyentuh RM 1 trillion dengan ketidakcekapan, ketidakmahiran beliau untuk mengurus, benda ini akan menjadi realiti," ujarnya.

Katanya, kerajaan kini membebankan rakyat dengan menaikkan harga barang, tambang pengangkutan awam, harga petrol dan memansuhkan subsidi bagi menampung jumlah hutang yang ditanggung mereka.

Gaji Naik RM1200 Sebulan Bermula 1 Julai 2016. Gaji Minimum Untuk Kakitangan Awam Selepas Ini!

Posted: 04 Dec 2015 06:05 AM PST

BERITA SEMASA


Gaji Naik RM1200 Sebulan Bermula 1 Julai 2016. Gaji Minimum Untuk Kakitangan Awam Selepas Ini!


gaji naik julai 2016


Selepas kerajaan Malaysia mengumumkan berita kenaikan kadar imbuhan tetap perumahan aka elaun rumah penjawat awam (ITP) termasuklah kepada kalangan kakitangan awam di Malaysia pada paras minimum sekurang-kurangnya RM300 manakala kenaikan 25 peratus daripada kadar asal ITP mereka untuk kakitangan kerajaan yang tinggal di kuaters, kini kerajaan sudah bersedia untuk melaksanakan gaji naik kepada paras minimum setinggi sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan.

Ini bermakna selepas ini tiada lagi penjawat awam yang mempunyai gaji serendah RM1,000 apatah lagi RM800 sebulan dalam sektor. semuanya yang diperingkat abawah akan naik bagi melepasi paras yang telah ditetapkan bermula 1 Januari 2016 ini.
Walaubagaimanapun, besarlah harapan Berita Semasa agar kenaikan gaji naik ke pada paras gaji minimum yang baru untuk penjawat awam tidak memberikan kesan kepada lonjakan harga barang dikalangan peniaga yang mengambil kesempatan.

 

Kenaikan Gaji Naik Ke Paras RM1,200 Vs Pinjaman Bank Rakyat?

Dan Berita Semasa juga suka ingin nasihatkan, jikalau gaji naik usahlah menghampiri dan mendekati kakitangan Bank Rakyat untuk pinjaman peribadi mahupun overlap bank sedia ada untuk mendapat lebihan tunai untuk perkara yang tidak perlu.

Jikalau tiada keperluan yang mendesak. Tidak usahlah. Beringatlah.

Tahun 2016 adalah tahun yang tidak menentu bagi Malaysia. Jangan dibazirkan pulangan pendapatan anda untuk perkara menyeronokkan untuk masa yang singkat sahaja. Dahulukan yang mana penting. Simpanan sangat penting bagi tahun 2016 ini.

P/S : Apa-apa yang berlaku kepada diri kita semuanya berpunca daripada tindakan diri kita sendiri.


Singapura Bayar Bulan ke 13 Sebagai Pembayaran Gaji VS Malaysia Bayar Sebagai Bonus Tahunan?

Posted: 04 Dec 2015 06:00 AM PST

BERITA SEMASA


Singapura Bayar Bulan ke 13 Sebagai Pembayaran Gaji VS Malaysia Bayar Sebagai Bonus Tahunan?


singapura malaysia


Umum kita semua rakyat malaysia mengetahui dalam satu tahun ada 12 bulan jumlahnya. Yang mana setiap bulan, ada yang 28 hari, ada yang 29 hari ada 30 hari dan juga ada 31 hari. Pelbagai.

Sepatutnya, bagi satu hari hanya boleh dikirakan sebagai 28 hari sahaja. Lebihan hari daripada itu pada setiap bulan akan dikirakan tambahan hari bekerja sebenarnya. Dan jikalau dikumpulkan sebenarnya lebihan hari bekerja setiap bulan dalam setiap sudah pun menjangkau 29 hari lamanya.
Tetapi hakikatnya, kebanyakan syarikat di Malaysia mahupun Singapura mengistiharkannya bulan ke 13 itu sebagai bonus kepada anda. Sepatutnya itulah gaji anda.

Walaubagaimanapun, di Singapura majikan telah diarahkan kepada untuk bayar gaji kepada pekerja Singapore secara tahunan bukannya bulanan bagi mengelakkan majikan culas bayar gaji bulan ke 13 mereka yang mana jikalau mereka ingar, majikan seperti ini jikalau di Singapura boleh didapati bersalah kerana telah melakukan kesalahan mencuri hak pekerja swasta contohnya seperti mana yang telah digariskan oleh Kementerian Tenaga Kerja Singapura.

 

Malaysia Bayar Bonus Vs Singapura Bayar Gaji?

Ya, bulan ke 13 sepatutnya bukannya bonus tetapi adalah bayaran gaji di atas lebihan hari dan masa yang dikerah majikan kepada pekerja setiap hujung bulan.

"Realitinya hari ini, Pekerja dibayar 12 bulan untuk 13 bulan bekerja"

Jikalau sudah bayar gaji setiap bulan, sudah bayar gaji pada bulan yang ke 13. Pembayaran selain daripada itu, baru boleh dikirakan sebagai bayaran bonus.

Singapura sudah melaksanakan akta tersebut, bagaimana pula dengan Malaysia terutamanya pekerja swasta?


KEPUTUSAN YANG SUDAH BOLEH DIJANGKA

Posted: 04 Dec 2015 12:02 AM PST

shahbudindotcom

 

 
 
 
Walaupun UMNO akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Disember  untuk menentukan sama ada Timbalan Presidennya, Muhyiddin dibenarkan berucap atau tidak pada majlis penggulungan Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, keputusannya tentulah sudah boleh dijangka oleh sesiapa saja.

Keputusannya tidak lain ialah mustahil  Muhyiddin akan dibenarkan menyampaikan ucapan penggulungannya, kecualilah jika semua ahli MT  sudah "tidak waras" lagi pemikirannya pada malam mesyuarat itu diadakan.

Selagi ahli-ahli MT kekal waras dan dapat membezakan antara syiling 10 sen dengan wang kertas RM100, tidak masuk akal sama sekali untuk mereka memihak kepada Muhyiddin yang tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa berbanding Najib yang hampir mempunyai segala-galanya sebagai alat memenuhi nafsu, keinginan serta kehendak.

Lagi pula, jika  berucap merasmikan perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang kehadirannya hanya sekitar  2,000 perwakilan pun sudah dihalang, tentulah untuk ucapan penggulungan dalam majlis penutup yang kehadiran perwakilan melebihi 5,000 orang, lebih tinggi lagi keghairahan Najib Razak untuk menghalang suara Muhyiddin.

Oleh itu, Muhyiddin dan mereka yang masih rasional janganlah meletak harapan yang terlalu tinggi atau menjangkakan keputusan yang berbeza terhadap  MT UMNO pada mesyuaratnya 9 Disember itu. 

Keputusan buat pertama kali menjadikan sebagai agenda perbincangan dalam mesyuarat MT sama ada Muhyiddin perlu berucap atau tidak  saja pun sebenarnya sudah membuktikan UMNO telah hilang kerasionalannya.

Apatah lagi, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor sudah berulang kali menekankan pendiriannya bahawa hanya Presiden seorang saja yang seharusnya berucap di majlis penggulungan itu.

Dengan berbuat demikian, Ku Nan secara halusnya sedang memberitahu ahli-ahli MT UMNO supaya turut bersetuju dengan pendiriannya itu yang dipercayai dapat melindungi lagi kedudukan Najib daripada sebarang kemungkinan.

Pernahkah kita dengar sebelum ini sama ada Timbalan Presiden UMNO perlu berucap atau tidak dalam ucapan penggulungan menjadi agenda mana-mana mesyuarat MT?

Bukankah ia suatu tradisi dan konvensyen yang sudah diterima pakai dalam UMNO sejak sekian lama? 

Berbalah, berkelahi, berlawan dan berebut kuasa adalah perkara biasa dalam UMNO, tetapi pernahkah juga ada mana-mana Presiden UMNO sebelum ini yang begitu penakut sehingga mahu membakulsampahkan semua tradisi dan konvensyen itu?

Sejak sekian lama, ucapan  pemimpin mengikut hireaki di majlis penutup Perhimpunan Agung UMNO telah  menjadi tradisi, tarikan serta juga kekuatan resepi perjuangannya untuk menambat hati rakyat.

Ramai yang menunggu-nunggu ucapan penggulungan setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, bukan saja untuk mendengar ucapan dan menilai kemampuan pemimpin menonjolkan bakat mereka, bahkan juga untuk mengetahui jika ada sebarang pengumuman penting yang melibatkan rakyat melaluinya.

Apabila tiada lagi ucapan daripada lain-lain pemimpin di majlis penggulungan, kecuali hanya Najib yang diketahui sarat dengan isu dan masalah saja yang dibenarkan berucap, keadaannya tidak lebih umpama peniaga yang terus juga mahu "menjual barang yang tidak berapa laku lagi untuk dipasarkan."

Akhirnya, jika Najib seorang saja yang dibenarkan berucap, UMNO lebih berpotensi menjadi semakin tidak bernilai di mata rakyat.


Pembangkang ejek Najib: Awak kat mana?

Posted: 03 Dec 2015 11:51 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Pemimpin pembangkang hari ini mengejek perdana menteri kerana gagal menerangkan sendiri berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli (gambar) berkata semalam satu Malaysia menanti "pahlawan Bugis" menerangkan berhubung dana itu di parlimen seperti dijanjikan.

"Malangnya pahlawan Bugis bersembunyi di belakang timbalan perdana menteri dan penerangan hanya tiga minit.

"Kita masih tidak tahu siapa penderma RM2.6 bilion itu," katanya yang menggunakan hashtag ‪#‎ManaRM2600juta dan ‪#‎awakkatmanaawakawakkatmana‬ di Facebook beliau.

Rafizi turut berkongsi sekeping gambar suntingan yang memaparkan Najib sedang menyorok dan tersenyum di belakang timbalannya Datuk Seri Zahid Hamidi.

"Awak kat mana" sebuah ungkapan popular yang menjadi sebahagian daripada lirik nyanyian penyanyi kelahiran Singapura Taufik Batisah.

Jawapan 3 minit

Kontroversi itu semalam dijawab ringkas oleh Zahid dalam tempoh kira-kira 3 minit.

Anggota parlimen pembangkang bagaimanapun membantah keras tindakan itu dan mahu Najib sendiri tampil menjelaskannya.

Speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun berkata berdasarkan peraturan menteri lain berhak menjawab bagi pihak Najib.

Pandrikan juga meminta wakil pembangkang tidak mengganggu prosiding dengan mempertikaikan perkara itu.

Dalam penjelasan itu, Zahid (gambar) berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa dana RM2.6 bilion itu sebagai sumbangan politik dan sudah mengenal pasti pendermanya.

Katanya tiada undang-undang menyebut derma politik harus diisytiharkan dan diberhentikan.


PPIM harap sultan tutup juga pusat hiburan Johor

Posted: 03 Dec 2015 11:47 PM PST

Anne Muhammad


 


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengkaji semula pengharaman vape di negeri itu.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, sultan sepatutnya menutup pusat hiburan dan judi di negeri itu terlebih dahulu kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Itu hak baginda (haramkan vape), tetapi ia perlu dilihat kembali.

"Apa yang dinyatakan oleh Sultan Johor itu ada baiknya (haramkan vape) tetapi ada yang juga tidak sesuai pada pandangan kita kerana (terdapat) orang gunakan vape untuk berhenti merokok.

"Saya minta Tuanku tambah (arahan) untuk tutup judi haram, pusat hiburan di Johor.

"Ia perkara depan mata (yang jelas)," katanya dalam sidang media di pejabat PPIM di Kuala Lumpur.

Minggu lalu, sultan Johor bertitah supaya larangan penjualan vape di negeri itu dikuat kuasa awal Januari depan.

Nadzim berkata, vape dilihat cara yang berkesan bagi perokok untuk berhenti.

"Ramai kawan-kawan saya ini mula berhenti merokok disebabkan ada alternatif (vape)," katanya.

Jururawat dakwa dipecat kerana tutup aurat

Posted: 03 Dec 2015 11:45 PM PST

Anne Muhammad


 


Seorang jururawat hospital swasta mendakwa dibuang kerja hanya kerana cuba menutup aurat semasa bekerja.

Pengadu, Naziah Sauni Samat mendakwa beliau tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang ketika menjalankan tugas.

"Saya rasa hak saya untuk pakai baju lengan panjang, dia (pihak pengurusan) suruh potong, potong dan potong sehingga satu hospital itu suruh pesan dekat saya suruh potong baju lengan panjang menjadi lengan pendek.

"Dan akhirnya semalam saya dibuang kerja," katanya dalam sidang media Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kuala Lumpur hari ini.

Naziah mendakwa hospital berkenaan juga tidak membenarkan beliau memakai stoking lengan bagi atas alasan kawalan jangkitan kuman.

Larangan itu, dakwanya, tidak dimaklumkan sebelum ini.

Wanita 24 tahun itu juga membangkitkan amalan di hospital lain yang membenarkan pegawainya berlengan panjang tanpa sebarang masalah.

"Kalau nak dikira, hospital seperti Hospital Kuala Lumpur benarkan jururawat mereka berlengan panjang.
"Kalau nak cakap mengenai mengawal kawalan jangkitan (kuman), pakaian, topi dan tali leher pun boleh kena jangkitan. Saya kalau buat kerja akan lipat lengan baju," katanya.

PPIM tuntut penjelasan

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya telah bertemu dengan pengurusan hospital tersebut bagi menuntut penjelasannya.

"Kita rasa terkilan dengan institusi seperti ini," katanya sambil menegaskan Islam sebagai agama rasmi negara yang dinyatakan dalam perlembagaan.

Justeru, Nadzim menggesa supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan keadaan yang berlaku.

"Saya gesa Jakim, KKM tampil jelaskan perkara ini dan ada dasar yang jelas kerana libatkan orang Islam," katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan penjelasan hospital itu.


Dana RM2.6b: Pembangkang tak puas hati Zahid beri penjelasan

Posted: 03 Dec 2015 11:39 PM PST

Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Biarpun kerajaan sudah menjelaskan mengenai dana RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pihak pembangkang masih belum berpuas hati dengan penerangan berkenaan.
 
Menurut Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, pembangkang sememangnya kecewa dengan penerangan itu biarpun telah dijelaskan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat awal hari ini.
 
"Saya tidak terkejut langsung malah saya tidak ambil serius, apabila beberapa minggu lalu dia (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata bahawa ‎dia akan menjawab segala soalan mengenai RM2.6 bilion ini, malah kenyataan hari ini bukan kenyataan beliau. 
 
"Datuk Seri Zahid datang ke Parlimen untuk membaca kenyataan peribadi Perdana Menteri tak sama macam YB Nurul Izzah tadi walaupun dia menggunakan peraturan dewan yang sama tetapi Nurul Izzah kenyataan dia sendiri PM tadi kenyataan dibaca oleh TPM seolah-olah jawapan bagi kelakuan kerajaan", katanya di luar Dewan Rakyat.
 
Perkara sama turut disuarakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
 
Beliau menggesa Najib memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai isu tersebut.
 
"Tidak ada apa-apa pun penjelasan, jawapan itu telah memberi kehampaan kepada kami, kerana kami tunggu begitu lama. Hari ini hari terakhir di Parlimen, kita dijanjikan jawapan tapi jawapan bukan merupakan jawapan. Ini satu helah, subjudis, langsung tidak memuaskan", katanya.
 
Zahid hari ini memikul tanggungjawab untuk memberikan penjelasan mengenai isu dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dihadapan semua Ahli Parlimen.
 
Beliau dalam pada itu memberitahu Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menasihatkan Najib untuk tidak memberikan sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak kerana ia masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
 

Parlimen luluskan RUU Majlis Keselamatan Negara dengan undian suara

Posted: 03 Dec 2015 11:36 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada malam tadi meluluskan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 di peringkat jawatankuasa.
 
Rang undang-undang (RUU) berkenaan diluluskan tanpa pindaan dan tanpa undi belah bahagian.
 
Terdahulu ketika membahaskannya di peringkat dasar, undi belah bahagian yang dilakukan menyaksikan 107 wakil rakyat bersetuju, manakala 77 lagi Ahli Parlimen menolak.
 
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasannya menolak dakwaan pembangkang bahawa RUU tersebut akan memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri mengisytiharkan darurat di sesuatu kawasan.
 
Tegasnya tafsiran pembangkang terhadap RUU itu adalah salah kerana kuasa mengisytiharkan darurat adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.
 
"Yang berhormat tak faham dan sengaja buat tak faham. Kuasa yang ada kepada Perdana Menteri selaku Pengerusi MKN hanya untuk mengisytiharkan kawasan tertentu di negara ini sebagai kawasan keselamatan, bukan kawasan darurat.
 
"Ingin dijelaskan bahawa rang undang-undang ini tidak memberi kuasa yang terlalu luas kepada perdana menteri adalah tidak benar kerana kuasa itu berada pada majlis (MKN) yang mempunyai pengetahuan dalam hal ehwal keselamatan negara.
 
"Jadi untuk mengatakan bahawa rang undang-undang ini merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah salah dan tidak benar. Ingin saya tegaskan bahawa rang undang-undang ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan," katanya.
 
RUU itu antara lain memberi Perdana Menteri kuasa untuk mengisytiharkan kawasan tertentu di negara ini sebagai kawasan keselamatan.
 
Ia turut memperuntukkan keanggotaan MKN terdiri daripada Perdana Menteri sebagai Pengerusi, Timbalan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengerusi diikuti tiga menteri yang dipertanggungjawab bagi pertahanan, hal ehwal dalam negeri serta komunikasi dan multimedia selain dianggotai Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara.
 
Perdana Menteri atas syor Ketua Setiausaha Negara akan melantik seorang dalam kalangan pegawai awam untuk menjadi Ketua Pengarah Keselamatan Negara serta Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan apa-apa bilangan pegawai dan perkhidmat lain dalam kalangan pegawai awam.
 
 

Naik turun tren, poket sapu kosong

Posted: 03 Dec 2015 11:33 PM PST

 
Saranan kerajaan menggunakan kenderaan awam demi elak kesesakan jalan, kenaikan tol, petrol yang dimansuhkan subsidi seperti tidak relevan kerana pengguna pengangkutan awam pula dilihat berbelanja lebih daripada pengguna kenderaan sendiri.
 
 
pengangkutan-awam


Naik turun komuter, kemudian bas sampai pejabat, di pejabat luang masa sembilan jam, balik naik bas, naik komuter. Sampai di rumah, bawa kereta untuk ambil anak-anak dari rumah pengasuh. Jauh rumah sendiri dan pengasuh hampir 10 kilometer dan terpaksa bayar tol kerana ikut jalan pintas, terpaksa kejar masa. Sekembali di rumah, tergesa-gesa siap sedia hantar anak ke kelas tusyen, lima kilometer jauhnya.

Tunggu di pusat tusyen dua jam kerana tidak mahu ulang alik, kemudian patah balik, lima kilometer lagi.

Secara rawak, berapa agaknya si bapa atau ibu ini belanja pada masa dan tarikh sama tahun lepas dan apa pula belanjanya pada hari ini? Berapa banyak kenaikan dari segi harga pengangkutan awam dan tol dan bahan api?

Rata-rata ramai mengeluh sebaik berada di atas jalan raya, meter belanja diaktifkan, kini ia menjadi dua hingga tiga kali ganda mahalnya sehingga memakan jumlah yang signifikan daripada gaji.

Semalam, dalam perjalanan pulang dari pejabat beberapa rakan dalam rangkaian laman kelas sosial Whatsapp berkongsi isu ketidakpuasan mereka terhadap kenaikan caj pengangkutan awam.

Ada juga yang siap berkongsi gambar tiket perjalanan mereka pada dua hari berturut tetapi harga yang terpapar pada tiket amat berbeza, naik lebih 100 peratus! Clap, clap, clap!

tiket-bulanan
tiket-KTM

Link: Rasa dapat gaji untuk bayar pengangkutan awam saja – rintihan pengguna LRT, KTM

"Mana nak cari duit ni? Mesti menteri akan mencadangkan supaya warga kota mencari kerja tambahan untuk tanggani masalah kewangan, atau guna cari jalan lain (jalan kaki?) untuk elak bayar tambang tinggi, atau kenaikan dibuat untuk kebaikan rakyat dan sebagainya. Inilah jawapan klise mereka, jawapan yang sudah basi!," keluh seorang rakan yang nampaknya tersangat marah dengan kenaikan pengangkutan awam saban hari.

"Pusing-pusing, itu sahaja jawapan yang mampu diberikan pemimpin kita. Nampak gaya juga pemimpin kita tak boleh fikir di luar daripada alasan itu, takde kreativitilah katakan," sindir seorang lagi.

Saya juga pasti keluhan yang sama berlegar-legar dalam hati dan fikiran kebanyakan kita, khususnya pengguna pengangkutan awam yang kini berdepan dengan realiti yang semakin pahit. Sudahlah sistem pengangkutan masih berada di tahap kurang memuaskan, pengguna naik turun tren macam kena pulas kaw-kaw akibat koc terlalu sesak pada waktu kemuncak.

Mereka yang bawa anak kecil terpaksa tunggu beberapa jam sehingga keadaan reda, baru naik tren. Waktu bas pula tidak seperti yang dijanjikan, keluar masuk sesuatu kawasan sesuka hati. Sekali tiga bas berderet masuk, sekali dua tiga jam pun takde kelibat.
"Bagi perkhidmatan satu bintang tetapi caj lima bintang!"

Link: Kualiti khidmat pengangkutan awam tidak setanding tambang

Ni, saya nak tanya sikit kepada encik menteri; Apa yang dilakukan dengan semua wang cukai dan GST yang dikutip setiap hari? Dulu encik kata, cukai, GST, pemansuhan subsidi dan segala bagai adalah untuk memastikan keselesaan rakyat, tetapi sampai ke hari ini kami langsung tak merasa selesanya. Selesanya entah berada di mana. Ni, tak termasuk janji-janji pilihanraya yang dipalsukan.

Link: Rakyat telah boleh terima GST-Ahmad Maslan

RUU MKN 2015 bawa Malaysia ke negara diktator-PKR

Posted: 03 Dec 2015 11:30 PM PST

 
Ia disifatkan sebagai suatu percubaan terang-terangan oleh Perdana Menteri ke arah pemusatan kuasa bagi dirinya.


Syed-Ibrahim-Syed-Noh.,najib-razak


PETALING JAYA: PKR mempersoalkan majoriti mudah yang diperolehi kerajaan sewaktu pengundian Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015.

Ia mendakwa pengundian telah dibuat secara tergesa-gesa pada hari terakhir Sidang Dewan Rakyat untuk tahun ini (2015).

"Walaupun Rang Undang-undang berkenaan membawa implikasi besar dalam konteks prinsip demokrasi, kedaulatan negara dan hak asasi manusia, namun ia telah dibawa dengan tergesa-gesa oleh Kerajaan UMNO-BN pada hari terakhir sidang parlimen dan diluluskan dengan majoriti mudah," tulis Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh.

Dalam kenyataan yang sama, PKR turut membangkitkan tujuh isu terhadap implikasi RUU MKN 2015:

1. Perdana Menteri boleh merampas kuasa Yang Di-Pertuan Agong yang diperuntukkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan

2. Perdana Menteri diberikan kuasa tanpa had untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan di Malaysia sebagai "kawasan keselamatan"

3. Keseluruhan undang-undang bersifat terlalu umum, tidak jelas dalam kebanyakan takrifannya, serta bidangkuasa yang amat luas diberikan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk menentukan sesuatu sebagai isu keselamatan

4. Kuasa yang luas diberikan kepada pasukan keselamatan untuk mengabaikan hak-hak asasi manusia, kebebasan dan perlindungan untuk seorang warganegara biasa dalam "kawasan keselamatan"; hak jaminan perlindungan kepada seorang warganegara biasa dicabuli.

5. Terdapat peruntukan yang membolehkan penggunaan kekerasan munasabah dan "perlu" sedangkan "kekerasan perlu" tidak dijelaskan;

6. Terdapat kuasa untuk mengetepikan inkues (siasatan kematian) terhadap anggota pasukan keselamatan dan orang yang dibunuh dalam kawasan keselamatan selagi Majistret berpuas hati bahawa orang itu telah terbunuh dalam kawasan keselamatan akibat daripada operasi yang dijalankan oleh pasukan keselamatan untuk tujuan menguatkuasakan mana-mana undang-undang bertulis

7. Rang Undang-undang ini melindungi ahli-ahli Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan jawatankuasanya daripada apa-apa jenis tindakan prosiding sivil dan jenayah. Justeru menyebabkan mereka tidak dipertanggungjawabkan atau boleh didakwa di atas tindakan mereka.

Dakwanya, Malaysia tidak memerlukan RUU sebegini, apatah lagi telah wujudnya pelbagai undang-undang keselamatan yang lain.

Bahkan ia disifatkan sebagai suatu percubaan terang-terangan oleh Perdana Menteri ke arah pemusatan kuasa bagi dirinya dan boleh membawa Malaysia terjerumus sebagai negara diktator.

Hukuman mati pembunuh Sosilawati kekal

Posted: 03 Dec 2015 11:23 PM PST

 
Panel tiga hakim membuat keputusan berpuas hati bahawa tiada sebab untuk mereka mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati tertuduh bersalah membunuh mangsa. 



sosilawati1


PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap bekas peguam, N Pathmanathan dan tiga yang lain atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga pembantunya lima tahun lalu.

Keputusan itu disepakati oleh panel tiga hakim selepas menolak rayuan keempat-empatnya terhadap sabitan dan hukuman gantung.

Dalam sidangnya, Hakim Datuk Aziah Ali bersama Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam membuat keputusan itu berpuas hati bahawa tiada sebab untuk mereka mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati tertuduh bersalah membunuh keempat-empatnya.

"Tiada sebab untuk mahkamah mengubah keputusan mahkamah tinggi," katanya yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Tengku Maimun meluangkan masa hampir sejam membaca penghakiman tersebut.

Pathmanabhan, 45, dan tiga pekerja ladang T Thilaiyalagan, 23, R Matan, 24 dan Kathavarayan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Mei 2013 setelah didapati bersalah membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Perbuatan itu dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka pergi ke Banting atas urusan tanah.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff.

Dr Asyraf minta kaji kenaikan mendadak kos pengangkutan awam

Posted: 03 Dec 2015 11:20 PM PST

 
Bagaimanapun, status baharu itu dikatakan sudah disunting daripada status awal yang dimuat naik melibatkan kaitan syarikat konsesi yang mendapat banyak manfaat daripada kerajaan pada zaman Tun Dr Mahathir.


Dato'-Dr-Asyraf-Wajdi-Dusuki,erl


PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyuarakan pandangan supaya pihak kementerian yang terlibat mengkaji semula kenaikan mendadak kos tambang pengangkutan awam terutamanya ERL yang amat membebankan pengguna.

Beliau yang menjaga portfolio Hal Ehwal Agama berkata, pandangan itu disuarakan bagi pihak rakan-rakan dan rakyat marhaen yang terkesan dengan pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam.

"Apakah syarikat-syarikat seumpama ini sudah mati rasa hingga langsung tidak memikirkan kesengsaraan rakyat lantaran terlalu rakus mengejar keuntungan semaksima mungkin hingga menggabaikan tanggungjawab sosial lebih besar," soalnya dalam muatnaik status Facebook milik beliau.

Bagaimanapun, status baharu itu dikatakan sudah disunting daripada status awal yang dimuat naik melibatkan kaitan syarikat konsesi yang mendapat banyak manfaat daripada kerajaan pada zaman Tun Dr Mahathir.

"Bila saya kaitkan Tun Mahathir pula dengan kenaikan tambang ERL? Saya hanya menyebutkan syarikat konsesi yang mendapat banyak manfaat daripada kerajaan pada zaman Tun tapi sekarang lupa daratan untuk menyantuni keperluan dan keperitan rakyat.tapi sekarang lupa daratan untuk menyantuni keperluan dan keperitan rakyat," katanya dalam respon kepada pertanyaan pengguna Facebook yang mempersoal sebab beliau menyunting kembali statusnya.

Seorang pengikut Facebook Dr Asyraff, Siti Hajar Aladin sebelum mesej asal disunting membabitkan nama Dr Mahathir mengeluh sebab nama bekas perdana menteri itu dikaitkan dalam posting itu.

"Saya respect Dr sebagai seorang pemimpin Islam yg boleh membantu rakyatnya.. Tetapi bile Dr cuba menuding jari kepada Tun, saya merasakan itu bukan penyelesaian dan saya hilang respect kepada Dr..

Bukan kerana saya penyokong Tun.. Menuding jari kepada orang lain, satu jari kepada org yang dituding, 4 jari kepada diri sendiri.. Adakah Dr merasakan Malaysia hari ni maju disebabkan hasil usaha PM sekarang? Satu pesanan saya, jadilah pemimpin yang menyelesaikan masalah, bukan yang mencari masalah..," tulisnya.

Kenaikan tambang ERL, kerja gila – PPIM

Posted: 03 Dec 2015 11:16 PM PST

 
Ekoran itu, Nadzim menggesa kerajaan dan syarikat konsensi yang terlibat supaya mengkaji semula perkara tersebut dan elak mengambil sebarang tindakan secara terburu-buru.


Datuk-Nadzim-Johan-,erl


KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tambang Express Rail Link (ERL) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini disifatkan sebagai kerja 'gila'.

Kenyataan itu dibuat oleh Presiden Pertubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan kerana ia jelas membebankan pengguna, selain menyifatkan kenaikan itu tidak kena pada waktunya.

Jelasnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku pemberontakan sekali gus menyebabkan keadaan di luar jangkaan daripada rakyat susulan keputusan kerajaan itu.

"Ini masalah paling besar kerana tidak kena masa dan ia memang kerja gila. Masa kena betullah, harga pun kena betul. Ini naik sampai RM20, lebih dari 50 peratus. Kerja gila jangan buat.

"Kalau buat kerja gila, orang akan ambil tindakan sebab yang tertekan adalah pengguna. Pabila ini tak boleh, itu tak boleh, akhirnya pengguna akan meletup. Bila meletup, jadi macam-macam, hilang akal sebab duit tak ada," katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Jumaat.

Ekoran itu beliau menggesa kerajaan dan syarikat konsensi yang terlibat supaya mengkaji semula perkara tersebut dan elak mengambil sebarang tindakan secara terburu-buru.

"Kerajaan kena tegas, sebarang kenaikan perlu dijelaskan, kalau nak naikkan harga tiket wayang 'fine' tapi ini benda benda yang kita perlu (pengguna perlu)," katanya,

Terdahulu, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Kadar tambang baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 kepada RM55 berbanding RM35 ketika ini.

Rakyat Malaysia terkandas banjir di Chennai minta bantuan

Posted: 03 Dec 2015 04:14 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
CHENNAI:  Susulan ramalan berlaku hujan lebih kerap oleh Jabatan Meteorologi India, lebih ramai rakyat dan pelancong Malaysia yang terkandas di ibu negara Tamil Nadu, Chennai meminta bantuan daripada Pejabat Konsul Jeneral Malaysia.
 
Beberapa orang warga Malaysia ketika dihubungi berkata mereka bimbang kerana hotel-hotel di bandar raya itu kekurangan makanan dan bekalan elektrik bertahan hanya bagi beberapa jam sahaja.
 
Pasangan suami isteri dari Klang, K. Kamalakannan dan N. Kasthuri berkata terdapat ramai rakyat Malaysia di hotel penginapan mereka di T Nagar, iaitu kawasan membeli-belah yang popular di kalangan rakyat Malaysia.
 
"Kami sedar tentang gelombang pertama banjir yang melanda Chennai kira-kira dua minggu lepas tetapi diberitahu situasi paling buruk itu berlalu dan kami mengambil keputusan untuk menghadiri festival keagamaan di Tiruvanamali, kira-kira 250 kilometer dari New Delhi.
 
"Kami sepatutnya menaiki penerbangan hari ini tetapi kerana lapangan terbang ditutup sehingga 6 Disember, kami cuba menggunakan perkhidmatan bot untuk membawa kami ke tempat lebih tinggi supaya kami dapat pulang sama ada melalui Lapangan Terbang Tiruchi atau Lapangan Terbang Antarabangsa Bengaluru di Karnataka," kata Kannan.
 
Seorang wanita dikenali sebagai Sonia Nair Vijaya Kumar memuat catatan melalui tweeter dari kawasan yang sama di Chennai: "Air melimpah masuk ke kawasan hotel kami... paras air semakin naik."
 
Konsul Jeneral R.Citra Devi ketika dihubungi berkata hampir 30 pelajar Kolej Pergigian Meenakshi Ammal di Maduravoyal di Chennai, sempat mencari jalan menuju ke lapangan terbang lain dan sudahpun kembali ke Malaysia.
 
Beliau berkata hanya 4 hingga 5 pelajar masih berada di asrama.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri India Narendra Modi dijangka melawat ke kawasan-kawasan terjejas banjir di Chennai lewat hari ini.
 
"Berlepas ke Chennai untuk meninjau situasi akibat banjir buruk yang melanda," kata perdana menteri India itu menerusi catatannya dalam Twitter. – Bernama
 
 

Menteri: Kes batuk kering di tahap membimbangkan

Posted: 03 Dec 2015 04:11 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kira-kira 24,000 kes penyakit tuberkulosis (tibi) atau batuk kering telah dilaporkan di negara ini tahun lepas dan ia berada di tahap membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata berdasarkan laporan bagi penyakit berjangkit tibi pada 2013 menunjukkan penurunan jumlah kes tetapi meningkat kembali pada tahun lepas, sebanyak enam peratus.

"Ini memang satu perkara yang tidak memuaskan kerana kita masih nampak trend peningkatan kes tibi sejak kebelakangan ini.

"Terdapat pelbagai punca penyakit tibi, salah satu daripada punca penyakit adalah disebabkan ketahanan kuman-kuman terhadap rawatan kimoterapi dan pelbagai jenis ubat yang mengundang kepada peningkatan penyakit," katanya kepada pemberita selepas perasmian Kongres Pertubuhan Respirologi Asia Pasifik Ke-20 2015 (APSR 2015) di ibunegara semalam.

Selain daripada itu katanya, kebanjiran pendatang asing ke negara ini juga menjadi penyumbang kepada wabak itu dan kementeriannya sedang melaksanakan langkah-langkah yang sesuai bagi mengawal keadaan seperti mengadakan saringan kesihatan.

"Kita juga ada masalah pekerja asing yang menyumbang kepada kes ini. Kementerian amat mengambil berat tentang perkara ini dan sedang mengadakan usaha untuk membuat program saringan kesihatan kepada orang ramai termasuk warga asing yang masuk ke negara ini bagi mengesannya di peringkat awal," katanya.

Manakala Dr Subramaniam optimis sasaran menjadikan Malaysia sebagai negara bebas rokok menjelang 2045 direalisasikan meskipun kerajaan berhadapan dengan pelbagai isu seperti rokok elektronik (e-rokok) atau vape secara berleluasa.

Beliau juga berkata kementeriannya masih mengkaji dan meneliti cadangan untuk mewujudkan akta dan garis panduan mengenai langkah-langkah kawalan terhadap e-rokok.

"Kita sedang merangka peraturan untuk mengawal penggunaan vape namun akan mengambil masa kerana memerlukan penelitian secara menyeluruh," katanya lagi.

Sejumlah 1,500 peserta terdiri daripada pakar dalam bidang kesihatan dan sains dari lebih 40 negara Asia Pasifik menghadiri kongres yang berlangsung selama empat hari bermula semalam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi membincangkan penyakit tibi serta berkongsi pandangan tentang penyakit itu.

Turut hadir adalah Presiden APSR Michiaki Mishima dan Presiden Pertubuhan Torasik Malaysia Dr Roslina A Manap, juga merangkap Presiden Kongres APSR tahun ini.- Bernama


Apa dosa Muhyiddin?

Posted: 03 Dec 2015 04:09 PM PST



Oleh Subky Latif 


MAKA bertanya Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apa dosanya lalu dia tidak dijadualkan merasmi perhimpunan serentak ketiga-tiga sayap Umno – Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri?

Sejak ditubuhkan Umno selepas perang dunia kedua dulu, secara tradisinya Timbalan Presidenlah yang merasmikan sayap Umno itu. Dan sejak Muhyiddin jadi Timbalan Presiden selepas tahun 2009, dialah yang merasmikannya.

Tiada sebarang takwil daripada ketiga-tiga sayap tentang apa yang disaran dan diamanatkannya.

Baru sekali inilah Umno memecah tradisi itu atau melanggarnya.

Tiada apa dosanya yang diketahui selain dia dikira derhaka kepada Perdana Menteri Najib yang disokongnya menggantikan Tun Abdullah Badawi tahun 2009 dulu.

Dosanya kepada Perdana Menteri dia dilucutkan daripada Timbalan Perdana Menteri. Tetapi pengguguran jawatan itu tidak membabitkan kedudukannya dalam Umno. Kerana Perdana Menteri adalah Presiden Umno, maka dosa atas Perdana Menteri itulah dia tidak dibenarkan menjalankan tanggungjawabnya.

Kalau merasmikan perhimpunan parti itu dikira tugas dan tanggungjawab kepada kerajaan, menghalang pegawai menjalankan tugasnya boleh didakwa di bawah kesalahan rasuah, seperti dakwaan yang pernah dihadapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa jadi Timbalan Perdana Menteri dulu.

Kerana dia dikatakan menghalang pegawai polis menjalankan tugas, dia dipecat daripada TPM dan kemudiannya didakwa.

Kalau kesalahan pada kerajaan iu boleh dipakai pada Umno, maka orang menghalang Muhyiddin menjalan tugas Timbalan Presiden parti boleh didakwa.

Tetapi siapa boleh berbeza dengan Najib? Baik dalam kerajaan mahu pun dalam parti. Ikut prinsip demokrasi sempurna dan pentadbiran politik yang adil. Berbeza dengan Perdana Menteri dan kerajaan, berbeza dengan ketua parti dan parti adalah hak asasi rakyat dan ahli. Dibenarkan rakyat berbeza pendapat dengan kerajaan dan ketua kerajaan. Dibenarkan ahli parti berbeza dengan parti dan pemimpin parti.

Menjalankan hak rakyat dan hak ahli tidak dikira berdosa dan menderhaka kecualilah sabit khianatnya.
Lainlah terhadap Raja Mutlak seperti zaman silam. Berbeza sikitpun dengan kemahuan Raja sudah derhaka dan boleh dihukum – pancung, sula atau buang negeri.

Jika Najib adalah pemimpin parti dan kerajaan yang dipilih, dia boleh gugur anggota kabinet tapi ada risiko atas tindakannya itu. Orang boleh pertikai kebijaksanaannya. Jika dia Raja Berperlembagaan, dia hanya boleh buat sesuatu atas nasihat Perdana Menteri/Menteri Besar.

Tetapi jika dia Raja Mutlak, dia buat apa saja, dan pantang ia ditakwil. Sebarang takwilan adalah derhaka dan khianat. Politik seperti itu sama seperti dengan pentadbiran komunis semasa Stalin di Rusia, Mao Zedung di China dan Khieu Samphan di Kampuchea.

Siapa dalam Umno selain dari Dr. Mahathir berani sentuh Najib apa lagilah mencelanya? Mana ada pegawai berani main-main dengannya melainkan terima nasib seperti TS Gani Patail. Ditamat khidmat serta merta. Itu nasib orang makan gaji.

Muhyidin tidak makan gaji. Dia Umno yang berketuakan Najib. Dia berani nyatakan perbezaan. Pemimpin tertinggi Umno pertama tunjukkan perbezaan.

Kerana Najib bukan lagi ketua politik demokrasi bahkan Raja Mutlak jadian, maka Muhyidin sudah jadi pemimpin tertinggi Umno yang hilang bisa dan daulat sekalipun masih jadi Timbalan Presiden. Orang Umno sekarang bukan lagi ahli parti yang ada hak, tetapi lebih teruk daripada status hamba jelata yang tiada lagi jati diri.

Yang dialami itu mungkin isyarat segera dekatnya hari Umno di penghujung jalan.

Tiada ulasan: