DIALOG RAKYAT |
- Sampai masa Umno duduk di bawah
- Pelesit ditemui di siling asrama sekolah
- Air Percuma Melalui Program “Lapor Dan Dapat” Dibuka Kepada Pangsapuri Kos Rendah
- Noh Omar Perlu Segerakan Pembinaan Jambatan Baru Sungai Tengi
- Skandal Shahrizat NFC Lembu : Shahrizat Jalil Bersih & Tak Terlibat Bagi Projek RM250 Juta!!
- Pakatan perlu menang sekurang-kurang 100 kerusi parlimen Semenanjung untuk tawan Putrajaya
- Merdeka Center: Populariti Najib jatuh ke 65%
- Dilema peneroka beli saham FGVH
- Pemuda PAS tubuh Musika untuk artis dan karyawan
- PKR gesa SPRM buka siasatan kes Scorpene
- Saman Khalid: Mahkamah tolak permohonan Hamidah
- Hadi: PM tetap Melayu Islam jika PR menang
- SPRM: Kerjaaan perlu perketat syarat pinjaman
- FELDA dicabar kemuka dana amanah untuk peneroka
- Ahli majlis MPPP: Tiada larangan terhadap NST, Utusan
- Gempar jumpa ikan pelik
- Jual rahsia negara: SPRM didesak bertindak
- Pilihan raya waktu haji untuk selamatkan BN?
- Umno Wilayah Persekutuan yakin rampas empat kerusi Parlimen
- Wajah manusia pada batang pokok
- Debat dengan hakim, kata Khalid kepada Zaid
- Saya dah buat penstrukturan air Selangor pada 2007′
- Perkasa merapu, kenyataan berbaur hasutan
- Saham rugi, tanah peneroka boleh tergadai
- Dialog dengan Umno tunggu dulu - Presiden PAS
Sampai masa Umno duduk di bawah Posted: 01 Jun 2012 04:14 AM PDT Aspan Alias Dua hari yang lepas beberapa orang penggiat Umno dari dua bahagian di Negri Sembilan datang menemui saya untuk berborak-borak kerana sudah begitu lama tidak bersua. Mereka adalah AJK kepada Umno bahagian-bahagian tersebut dan mereka datang dengan hajat untuk belanja saya minum petang. Saya menerima mereka dengan senang hati walaupun saya sudah meninggalkan Umno buat selama-lamanya. Hampir dua puluh tahun tidak berjumpa mereka kerana sebelum saya menyertai DAP saya sudah tidak lagi bergiat dan mengambil tahu tentang apa yang berlaku di dalam Umno itu. Walaupun saya tidak mengambil tahu, berita dan cerita sebenarnya yang berlaku di dalam Umno itu tidak putus-putus sampai kepada saya melalui mereka-mereka yang datang berjumpa dengan saya di Subang Jaya, kariah tempat saya tinggal sejak tiga puluh tahun yang lalu. Sampai sahaja mereka di restoran yang dijanjikan itu mereka terus menerpa dan berjabat tangan dengan saya dan cara mereka berjabat tangan itu membayangkan yang kami pernah berhubung begitu rapat suatu ketika dahulu. "Mano abang poie selamo ni… tak donga coghito langsung sampailah sayo terbaco dalam sughat khaba yang abang masuk DAP," tanya salah seorang yang berumur dalam lingkungan 50 tahun itu. Saya menjawab: "Ado kek ghumah, jago cucu-cucu. Kau sumo oghang bosa-bosa, tak ingat kawan lamo laie. Den duduklah ghumah. Den donga kau sumo eh glamour-glamor dengan bush jacket dan mewah-mewah. Laie pun den donga NS sekarang hebat. Mat Hasan den donga MB yang paling hebat dalam sojarah NS." "Janganlah monyindir bang, Mat Hasan tu kok ada duo bahagian yang nyokong pun untung. Mat Hasan tu sombong bang. Pilihanrayo kali ni sayo donga dio laie yang lead bang! Kito donga jo jorit eh nanti," jawab sindiran saya tadi. "Kalu tidak Mat Hasan siapa lagi yang nak lead PRU untuk NS ni jang?" tanya saya. "Baik koh, bughuk koh Mat Hasanlah yang patut lead," tambah saya. "Lantak dio oghang lah bang, sayo ni dah putus harapan dah dongan Umno ni. Ontah apo-apo beghak eh! Mengontam sesamo sondighi. Mat Hasan kaki eh tak tococah ko tanah. Dio oghang kayo, tak buleh ditogor bang. Tah apo pesen eh pun sayo tak tahu. Dio sokaghang asyik ngondem abang jo kojo eh!!" sambungnya. "Tak apolah dio kondem den jang, dio tu overestimate dighi dio. Dio bolom pun kona mano tangan kanan untuk makan dan mano tangan kighi untuk cebok pun. Kalu dah lotih mulut eh ngondemkan den, biar buntut dio lak yang becakap. It does not have any consequence on me. It doesn't hurt me. It only hurts himself," kata saya. "Then what do you want me to do bang, tell me. Umno, especially in Negri is real sick and it's terminal bang," tanya kepada saya. "Just keep perpetual contact with me, and I shall tell you what to do bro when the time comes," jawab saya. "Now let's just eat and drink as I have not been in this kind of restaurant for ages. It is so comforting to be here, in good and super-class restaurant like this," kata saya. Walau bagaimana pun kami tetap bercakap tentang politik NS dan bermacam-macam yang saya dengar dalam dua jam bersama rakan-rakan lama saya ini. Yang nyata pemilihan calon merupakan isu besar di NS. Kata sahabat lama saya itu, "pemilihan pemimpin di NS adalah pemilihan di antara kumpulan yang buta. Yang hendak diganti pun buta dan yang hendak mengganti pun buta. They have lost the total plot on how to manage politics in this trying time. I think BN is going to lose altogether bang. No one is saying well about Umno any longer except Utusan and TV3 as well RTM bang." Saya melayan sahaja sahabat-sahabat lama yang merengek tu dengan baik dan hormat kerana saya memahami perasaan mereka. Saya mengalami apa yang mereka alami berdekad-dekad lamanya. Tetapi saya telah terlepas daripada tekanan itu kerana saya telah menjauhkan diri dari parti yang amat berat untuk jaga itu. Saya telah menyedari keadaan itu begitu lama dan saya faham tidak mungkin kita dapat menolak arus perubahan dalam pemikiran rakyat negara ini. Saya akui ini adalah fenomena yang biasa mana-mana negara hadapi. Setelah sesebuah parti itu memerintah selama 5 dekad, selalunya parti itu dengan cara "natural" akan jatuh bergelimpangan di hadapan mata rakyat jelata. Jika Umno mengambil giliran untuk jatuh, apa anehnya? Lagi pun jatuhnya Umno itu bukannya kerana kesalahan sesiapa. Ia akan jatuh kerana kesalahan pimpinan dan penyokong-penyokongnya sendiri yang telah buta mata-mata hati itu. Macam mana tak gitu. Yang benar disalahkan dan yang salah dihalalkan. Kemenangan bukan hak Umno semata-mata. Ia adalah hak kepada pihak yang kaya dengan daya perjuangan dan kemampuan untuk menjaga serta mengurus negara dengan baik dan memberikan keuntungan kepada rakyat, empunya negara ini. Negara ini bukan kepunyaan Najib dan Rosmah sahaja atau kepunyaan Mahathir Mohamad seperti yang cuba diintroktrinasikan oleh Umno. Kito yang punyo nogoghi ni.— aspanaliasnet.blogspot.com | ||||
Pelesit ditemui di siling asrama sekolah Posted: 01 Jun 2012 04:11 AM PDT Seorang tukang kayu yang sedang membaik pulih siling asrama sebuah sekolah di Kulim, terkejut apabila ternampak satu lembaga di atas siling. Dia yang tidak mahu dikenali berkata, dia segera merakamkan imej lembaga itu yang ketika itu berdiri dan memerhatikannya. Dia kemudiannya memaklumkan kepada Sinar Harian berkenaan kejadian terbabit.Menurutnya, ketika gambar itu diambil, lembaga misteri berukuran 15 sentimeter tinggi itu seakan-akan sedang bergayut. "Apabila imejnya sekali lagi cuba dirakamkan ia terbang dan hilang," katanya. Imej itu kemudiannya ditunjukkan kepada seorang pengamal perubatan tradisional. Pengamal perubatan itu berkata, lembaga itu adalah pelesit yang tinggal di atas bumbung asrama terbabit. Menurutnya, pelesit digunakan sebagai alat perantaraan dan boleh dijadikan orang suruhan serta sering digunakan oleh pengamal perubatan yang mengamalkan ilmu sihir. "Pelesit ini mempunyai keluarganya sendiri. Kadang-kadang ia bertiga dan adakalanya ia hidup berlima. "Pelesit juga mempunyai ibu bapa seperti kita. Mereka ini akan menjadi orang suruhan atau orang perantaraan bagi mana-mana pengamal ilmu sihir," katanya. Menurutnya, ia juga boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan seperti terkena histeria. "Secara umum, pelesit bukanlah satu makhluk yang baik dan boleh dijadikan pendamping.Makhluk seperti ini mampu menyesatkan akidah orang ramai," katanya.Sumber: Sinar Harian | ||||
Air Percuma Melalui Program “Lapor Dan Dapat” Dibuka Kepada Pangsapuri Kos Rendah Posted: 01 Jun 2012 03:59 AM PDT SHAH ALAM : Penduduk kediaman berstrata di Selangor yang tidak memiliki meter inidividu kini boleh mendapat 20 meter air percuma dengan menyertai program 'Lapor dan Dapat'. Dengan program yang diperluaskan ini memberi peluang kepada penduduk pangsapuri kos rendah menikmati air percuma, kata Iskandar Samad dalam satu kenyataan. "Bagi mendapatkan kemudahan ini penduduk hanya perlu melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jumlah unit kediaman berpenghuni di pangsapuri mereka. "PBT kemudian akan memberitahu Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) akan jumlah ini dan Syabas akan melakukan potongan pada bil di meter pukal. Pihak yang menguruskan pangsapuri itu pula akan melakukan potongan pada bil-bil setiap kediaman di situ," kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan itu. Program "Lapor Dan Dapat" ini adalah satu lagi program dibawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Selain itu, program ini juga diperluaskan kepada pangsapuri kos sederhana. "Pihak yang menguruskan kediaman berstrata kos sederhana seperti pemaju, agen pengurusan, JMB, MC atau persatuan penduduk boleh menghubungi Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Pihak Berkuasa Tempatan mereka untuk menyertai program ini,"jelasnya. Iskandar juga berharap dengan membuka membuka penyertaan kepada pangsapuri kos sederhana, lebih ramai rakyat Selangor akan menikmati skim air percuma di bawah program MES. Beliau juga menyarankan kepada penduduk agar mendesak pengurus bangunan mereka membuat laporan kepada COB secepat mungkin. Tanpa kerjasama pengurus bangunan, Kerajaan Negeri tidak akan dapat membantu penduduk. | ||||
Noh Omar Perlu Segerakan Pembinaan Jambatan Baru Sungai Tengi Posted: 01 Jun 2012 03:53 AM PDT TANJONG KARANG : Pembinaan jambatan baru bagi menggantikan jambatan lama yang menghubungkan kawasan Sawah Sempadan dan Sungai Burong perlu disiapkan segera oleh kontraktor yang bertanggungjawab. Menurut Naib Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, Misran Serman, jambatan lama yang melintasi Sungai Tengi ini dibina sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan 55 tahun dahulu. "Seharusnya projek pembinaan jambatan baru ini dimulakan sejak dahulu lagi kerana ia merupakan laluan penting bagi petani, penduduk tempatan serta kenderaan yang ingin ke Sabak Bernam," katanya yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor. Projek di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini diberikan kepada kontraktor Seaway City Sdn Bhd dan mula dibina pada 30 Jun 2010 dan dijangka siap pada 7 Julai 2012. Namun, tinjauan wartawan SelangorKini ke tapak pembinaan mendapati adalah mustahil projek ini dapat disiapkan dalam masa yang dijangkakan kerana kerja-kerja pembinaan masih diperingkat awal. Rata-rata kenderaan yang melintasi jambatan lama ini menghadapi kesulitan kerana hanya memuatkan satu kenderaan kecil dalam satu-satu masa sahaja. Selain itu, jambatan lama ini juga turut mengundang bahaya kepada pengguna di waktu malam kerana keadaan jambatan yang sempit selain ketiadaan lampu jalan yang boleh membantu pengguna laluan ini. Menurut Misran, seharusnya Noh selaku Ahli Parlimen Tanjong Karang peka dengan masalah yang dihadapi penduduk setempat di sini. "Beliau merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, sepatutnya projek ini tidak menghadapi masalah seperti kelewatan siap," katanya lagi. Sementara itu, jambatan baru tersebut bakal dijadikan jalan alternatif untuk pengguna jalanraya yang ingin ke Daerah Sabak Bernam berikutan pertambahan kenderaan yang melalui jalan Klang-Sabak Bernam di waktu cuti sekolah dan cuti umum. | ||||
Skandal Shahrizat NFC Lembu : Shahrizat Jalil Bersih & Tak Terlibat Bagi Projek RM250 Juta!! Posted: 01 Jun 2012 03:49 AM PDT Kes skandal NFC (National Feedlot Corporation) cukup unik. Betapa untungnya keluarga ini yang tiada pengalaman menternak tetapi berjaya menikmati satu kontrak berskala besar yang cukup lumayan daripada pihak kerajaan Malaysia bernilai RM250 juta di mana Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah pengerusi syarikat tersebut, manakala anak-anaknya merupakan pengarahnya. Sehinggakan anak syarikat Felda contohnya yang ada pengalaman menternak pun tidak mendapat kontraknya. Sukar untuk dipercayai, tetapi inilah yang berlaku?
Harapan kami, Datuk Seri Najib dapatlah melantik semula Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk jawatan yang lebih setimpal selepas tidak disambung kontraknya sebagai senator yang ketika itu beliau terpalit dengan skandal NFC ini yang mana akhirnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dapat membuktikan yang sebenarnya DaTuk Shahrizat Jalil tidak bersalah rupanya.
Kami sekalipun tidak akan mengatakan yang Datuk Shahrizat yang menganugerahkan projek berimpak tinggi ini, Projek Fidlot Kebangsaan ini kepada keluarganya sendiri. Semestinya tidak logik dan tidak mungkin berlaku di sini. Itu adalah kontrak di bawah Kementerian Pertanian, Datuk Shahrizat ketika itu bergelar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Semestinya yang menganugerahkan projek itu adalah menteri yang bertangungjawab bagi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Dalam penganugerahan kontrak ini, isu dan persoalan yang berbangkit ketika ini bagaimana syarikat ZERO track rekodnya dalam livestock boleh dapat anugerah projek berimpak tinggi yang bernilai RM250 juta ini? Dan sungguh "kebetulan" apabila syaraikat yang tiada rekod dan pengalaman ini rupanya milik ahli keluarga kepada salah seorang yang berada dalam jemaah menteri pada masa itu. Sungguh kebetulan…..
Jangan risau kalau melihat rentak sekarang ini, individu A, B , C dan D yang luluskan projek biasanya tidak akan dipersalahkan tetapi menerimanya itu berdepan risiko untuk disabitkan kesalahan. (Sumber : Malaysiakini) Biasanya jikalau mana-mana daripada anda yang pernah masuk dan menyertai peraduan RM1 juta Tongkat Ali Power Root contohnya ataupun peraduan teka bolasepak terbitan Utusan yang hadiahnya mencecahkan ratus-ratus ribu, anda akan perhatikan di mana terma dan syarat yang dikenakan antara lain menyatakan seperti berikut :
Apa yang ingin kami beritahu di sini sebenarnya? Sebenarnya ini semua hanyalah peraduan picisan sahaja. Tetapi perhatikan semula VALUE di situ.
Di atas ini hanya peraduan yang paling tinggi pun sekitar RM1 juta sudah ada terma dan syarat seperti ini, adakah tender ratus-ratus juta juga tidak ada terma dan syarat seperti ini. Tiada? Kalau tiada….tahniah kami ucapkan. Kita nantikan indeks rasuah untuk siri yang akan datang pula selepas ini. Kami berikan contoh satu lagi cerita ringkas di bawah berdasarkan pengalaman benar daripada seorang anak penternak yang mahu mengikut jejak ayah melalui caranya sendiri :
Mungkin selepas sudah tiba masanya Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh dipertimbangkan untuk jawatan tertinggi dalam Felda selepas didapati "bersih" dan tidak bersalah dalam skandal fidlot kebangsaan ini? Pelik? Tak sesuai? Mengapa tidak, seperti apa yang dinikmati oleh Tan Sri Isa Samad sekarang ini, selepas sahaja tidak menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan terpalit dengan skandal politik wang dalam erti kata lain rasuah, akhirnya berjaya diangkat sekarang sebagai Pengerusi FELDA. Mungkin? | ||||
Pakatan perlu menang sekurang-kurang 100 kerusi parlimen Semenanjung untuk tawan Putrajaya Posted: 01 Jun 2012 03:46 AM PDT Firman Allah: وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60) 1. Mukadimah PAS menyertai PRU ke-13 ini bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dengan matlamat untuk membentuk kerajaan yang dapat menunaikan amanah dengan baik berpandukan petunjuk Allah, dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN), seterusnya mendirikan sebuah pemerintahan yang adil dan mendapat keredhaan Allah s.w.t., insyaAllah. Sudah tiba masanya BN diundurkan, kerana tempoh masa terlalu panjang sehingga terdedah banyak kesilapan yang memalukan. Kalau dibiarkan berterusan, menambahkan lagi perkara-perkara yang membebankan rakyat dan membanyakkan dosa-dosa pemimpinnya. Sejak mencapai kemerdekaan, PRU kali ini adalah peluang terbaik bagi PAS untuk merealisasikan cita-cita murni tersebut. Justeru saya menyeru seluruh ahli-ahli PAS dan pendukung kebenaran supaya bersiap sedia ke arah itu. Dalam menghadapi PRU ke-13 seluruh ahli-ahli PAS perlu bersedia dari segi rohani dan jasmani, dan juga dari segi dalaman organisasi dan luaran, kerana pertembungan dalam PRU kali ini mungkin yang paling sengit akan kita hadapi. Marilah kita mengambil iktibar dari peringatan Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a. kepada panglima tentera Islam Sa`ad ibn Waqqas r.a. dalam menghadapi tentera Parsi sebelum meletusnya Perang al-Qadisiyyah: فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan. Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu sendiri, lebih daripada maksiat musuh-musuh kamu. Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka. Sesungguhnya orang-orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt. Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka. Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidaklah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki. Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita. 2. Kandungan 2.1 Allah menjanjikan kemenangan kepada para pendukung perjuangan Islam sebagaimana Firman Allah s.w.t.: يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَہَاۖ نَصۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٌ۬ قَرِيبٌ۬ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjihad menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya di-dunia ini) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (al-Saff: 10 – 13) Allah s.w.t. akan mengurniakan kemenangan kepada penolong-penolongNya dalam dua bentuk, iaitu kemenangan yang besar (الفوز الغظيم) di akhirat dan kemenangan yang hampir (فتح قريب) di dunia. Kemenangan akan diperolehi dengan bantuan Allah s.w.t. (نصر من الله) setelah kita mempersiapkan ahli-ahli parti yang beriman dan berakhlak, komited, pimpinan-pimpinan parti yang berilmu, jentera-jentera parti yang tersusun dan strategi-strategi parti yang tepat. 2.2 Menegaskan kembali usaha PAS untuk membangunkan Negara Berkebajikan yang akan memberi keadilan kepada semua manusia dan alam sejagat. Tiada percanggahan antara usaha membangunkan Negara Berkebajikan dengan dasar perjuangan PAS sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS Perkara 5(1): "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah". Memenuhi ciri-ciri kumpulan Islam yang dinyatakan oleh Firman Allah: (آل عمران) 104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang berjaya. PAS sedia berdialog dengan mana-mana pihak kalangan kumpulan Islam (NGO) yang membuat tuduhan bahawa PAS telah lari dari perjuangan, untuk menerangkan pendirian PAS yang sentiasa beristiqamah. Membangunkan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam PAS sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) Allah s.w.t. bukan sahaja kepada manusia, malah kepada seluruh alam sejagat. PAS menyeru kepada semua pihak memahami takrifan Negara Berkebajikan sebagai yang dikemukakan: "Kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (العدل والإحسان) di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan (فاستبقوا الخيرات) dan saling bekerjasama (التعاون) ke arah kejayaan (الفلاح) pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat." Allah membuat perbandingan dengan firmannya: (البقرة) 200. Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. 201. Dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" Model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS telah membimbangkan UMNO dan BN, kerana sejak 54 tahun yang lalu melakukan diskriminasi bukan sahaja terhadap kaum-kaum lain, tetapi juga terhadap sesama kaum Melayu dan Bumiputera. Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah ini, diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama termasuklah kepada alam sekitar. 2.3 PAS telah bersedia untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini. UMNO sebagai parti yang menjadi teras PERIKATAN dan BN yang telah memerintah negara sejak selepas kemerdekaan semakin terbukti gagal membawa keadilan dan perpaduan yang sebenar kepada seluruh rakyat Malaysia. Dasar perjuangan sempit UMNO yang berteraskan kebangsaan Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan UMNO bukan sahaja tidak berupaya mengangkat martabat kaum Melayu, bahkan gagal membangunkan peradaban Islam di Malaysia. Bahkan mencalarkan imej Islam yang murni dan mengancam perpaduan rakyat yang berteraskan adil kepada semua. Dengan semangat kebangsaan Melayu tersebut, UMNO telah membelakang al-Quran dan al-Sunnah yang sepatutnya menjadi teras utama politik Islam. Hukum-hukum Allah dan nilai-nilai peradaban Islam dipinggirkan dalam pemerintahan negara. Apabila Islam tidak menjadi dasar politik dan pemerintahan, martabat Melayu juga tidak dapat dipertahankan. UMNO juga bertanggungjawab - Menghakis kuasa Raja-raja Melayu melalui pindaan Perlembagaan tahun 1983 dan 1993 yang menghakis peranan Raja-raja Melayu sebagai kuasa semak-imbang (check and balance) kepada Legislatif dan Eksekutif. - Meminggirkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi - Merampas tanah-tanah orang Melayu sehingga Tanah Rizab Melayu berkurangan daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 selepas merdeka, menyusut hampir separuh kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995. - Menggadai tanah Felda Plantation seluas 360,000 yang juga termasuk tanah rezab Melayu untuk dipajakkan dalam proses penyenaraian FGVH sehingga membolehkan pemilikan oleh warga asing. - Merosakkan sistem Federalisme dengan mendiskriminasikan kerajaan-kerajaan negeri Melayu seperti Kelantan dan Kedah. Antaranya dengan menafikan hak kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu terhadap Royalti Petroleum, serta cuai terhadap Sabah dan Sarawak. Pemerintahan UMNO juga gagal memelihara jatidiri masyarakat Melayu sehingga berlaku keruntuhan akhlak yang semakin membimbangkan. Salah satu petunjuknya, kadar kelahiran anak luar nikah meningkat setiap tahun. Pada tahun 2009, seramai 17,703 anak luar nikah telah didaftarkan. PAS benar-benar bersedia untuk memimpin perpaduan ummah berdasarkan anjuran al-Quran dan al-Sunnah. 2.4 PR juga telah bersedia untuk menggantikan BN untuk memimpin Malaysia. Negara Malaysia di ambang keruntuhan apabila tunjang-tunjang utama politik negara semakin runtuh dengan: - Terhakisnya semangat federalisme. - Kuasa yang terlalu besar kepada Perdana Menteri selepas hakisan kuasa Raja-raja Melayu. - Tidak menghayatai sistem pemisahan kuasa, sehingga Institusi Kehakiman tidak lagi berwibawa dan hilang keyakinan. - Agensi-agensi penting untuk keadilan dan keamanan seperti SPRM, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan lain-lain dipaksa tunduk kepada kuasa eksekutif Perdana Menteri. - Media massa yang dicengkam oleh Kerajaan. - Pilihanraya yang tidak lagi bersih sehingga kemungkinan untuk berlaku penipuan adalah begitu besar. - Ketika orang lain mengambil contoh daripada Islam dengan memelihara hak rakyat, BN yang berketuakan UMNO menipu dan merasuah rakyat untuk mengekal kuasa dengan apa sahaja. Masa depan ekonomi Negara juga semakin suram. - Hutang Negara semakin meningkat sehingga berada di paras RM 430 biilion melebihi 53% KDNK Negara. - Hutang isu rumah juga semakin meningkat sehingga mencecah RM 577 billion, iaitu 77% dari KDNK, merupakan yang tertinggi di Asia. - Kos sara hidup rakyat juga semakin tinggi. - Jurang kekayaan yang semakin melebar antara golongan kaya dan miskin. 40% isi rumah berpendapatan RM 1500 ke bawah, manakala 60% isi rumah berpendapatan RM 3000 ke bawah. Amalan rasuah dan salahguna kuasa semakin menjadi-jadi sehingga berlaku pembaziran dan ketirisan. Kedudukan Malaysia dalam ranking Indeks Persepsi Rasuah semakin merosot kepada tangga ke-60 tahun 2011 berbanding tangga ke-56 tahun 2010. Dasar dan polisi yang kerajaan juga tidak dikaji sedalam-dalamnya sehingga berlaku flip-flop dalam membuat keputusan seperti keputusan kerajaan berkaitan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan yang terbaru isu pembelian saham MAS oleh Air Asia. Begitulah kehancuran boleh berlaku apabila amanah diberikan kepada mereka yang bukan ahlinya. فإذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة 2.5 Roadmap ke Putrajaya PAS menyertai PRU ke-13 dengan tujuan untuk mencapai kemenangan. Sehubungan dengan itu, PAS dan PR mesti memperkukuhkan penguasaan kerusi kita di Semenanjung Malaysia di samping melipat-gandakan penguasaan di Sabah dan Sarawak. PR perlu memenangi sehingga sekurang-kurangnya 100 kerusi parlimen dari 165 kerusi di Semenanjung Malaysia. Untuk mencapai jumlah tersebut PAS perlu: - Mengekalkan semua kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU ke-12 2008 - Menambah lebih banyak kerusi di Terengganu, Perak dan Selangor berbanding PRU ke-12 2008. - Memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. PAS mesti berusaha bersama PR untuk mempertahankan kemenangan di negeri-negeri yang sedia diperintah oleh PR iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. PAS mesti berusaha bersama PR untuk memenangi semula negeri Perak dan Terengganu di samping berusaha menawan negeri Perlis. PAS mesti berusaha bersama PR untuk melemahkan penguasaan UMNO dan BN di kubu mereka, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. PAS juga mestilah bersedia menerima dan mengalu-alukan penyertaan golongan al-mala' yang ingin menegakkan Islam bersama PAS, antaranya seperti golongan penjawat awam, kelompok budayawan, artis dalam berbagai bidang, pemimpin masyarakat dan pentadbiran kerajaan dan sebagainya. PAS mesti memberi tumpuan untuk menambah sokongan pengundi-pengundi Melayu sehingga menambah secara purata 3-4 % dengan langkah-langkah berikut: - Meyakinkan masyarakat Melayu bahawa PAS benar-benar bersedia untuk memimpin Negara dan akan martabat martabat masyarakat Melayu dengan mendaulatkan Islam. - Menyedarkan masyarakat Melayu dengan isu-isu yang mereka mempunyai kepentingan langsung seperti isu FELDA, pengambilan dan rampasan tanah, majoriti masyarakat Melayu yang terpinggir dan salah urus wang zakat. - Menjadikan masyarakat Melayu bandar dan golongan Melayu kelas pertengahan sebagai agen perubah penting kepada pengundi-pengundi Melayu luar Bandar. Kesempatan bulan Ramadan dan Eidul Fitri perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan tersebut. - Mendekati golongan-golongan yang berpengaruh besar dari kalangan pengundi-pengundi Melayu seperti penjawat awam dan pertubuhan masyarakat sivil. PAS melalui Dewan Pemuda perlu memberi tumpuan yang besar kepada pengundi-pengundi Muda yang sebahagian besar mereka berada di bandar-bandar. PAS melalui Dewan Muslimat perlu mengekang dan mengurangkan sokongan kaum wanita kepada BN dan juga mendekati dengan berakhlak penggerak-penggerak KEMAS yang sebahagian besarnya dari kalangan kaum wanita. PAS melalui Dewan Ulama perlu mendekati golongan agamawan dan NGO-NGO Islam untuk meyakinkan mereka bahawa PR bersedia memikul amanah ke arah pemerintahan yang adil dan ihsan. PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan terus mendekati para pengundi bukan Islam untuk meyakinkan mereka dengan slogan "PAS for All". Semua ahli-ahli PAS mesti mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA di samping penyokong-penyokong UMNO dengan akhlak yang terpuji supaya mereka beralih menyokong perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS. Sekiranya PAS dan PR diberi kepercayaan memimpin Malaysia kesemua mereka akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak akan wujud gejala membalas dendam terhadap mana-mana pihak. 2.6 Persiapan Ahli-ahli PAS Firman Allah: يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali Imran: 200) Berdasarkan ayat di atas seluruh ahli PAS perlu mempersiapkan diri dengan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi PRU ke-13 yang merupakan pertembungan yang paling sengit. Para petugas PAS perlu mempertingkatkan akhlak kita dalam menghadapi pertembungan sengit ini walaupun menghadapi provokasi yang melampau daripada pihak lawan. Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga ke peringkat cawangan dengan mengelakkan khilaf yang tidak perlu dan mengutama semangat syura dalam membuat keputusan di setiap peringkat. Mempereratkan hubungan dengan Allah s.w.t. dengan terus bermunajat dan bertawakkal kepadaNya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah. 3. Penutup Saya menyeru semua ahli-ahli PAS menjadikan gerakkerja dalam PRU ke-13 sebagai sebahagian dari jihad dan ibadah dengan membetulkan niat kita, melaksanakan tugas dengan Istiqamah dan Iltizam, semata-mata mencapai keredhaan Allah. الله أكبر ولله الحمد *Intipati Ucapan Presiden PAS (gambar kiri) Munajat dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, dengan tajuk Himpunan Hijau Menuju Putrajaya. Dipetik dari Harakah Daily. | ||||
Merdeka Center: Populariti Najib jatuh ke 65% Posted: 01 Jun 2012 03:42 AM PDT Kepuasan terhadap prestasi Perdana Menteri Najib Razak telah menurun dari 69% pada Februari 2012 kepada 65%, selepas perhimpunan BERSIH 3.0, menurut soal selidik yang dijalankan Merdeka Center, baru-baru ini. Bagaimanapun, hanya 48% daripada 1,019 responden berpuas hati terhadap prestasi kerajaan. Selain itu, peratus puas hati kaum Cina terhadap PM telah jatuh mendadak sebanyak 19%, dari 56% kepada 37% . Dalam satu kenyataan oleh Ibrahim Suffian, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, 70% daripada responden yang berusia 50 tahun ke atas berpuas hati dengan prestasi PM, tetapi ia hanya mencatat 61% yang berpuas hati dengan Najib (gambar kanan), di kalangan mereka yang berumur 30 tahun ke bawah. Seandainya dilihat dari nisbah kaum, 79% responden Melayu berpuas hati dengan Najib, dengan 19% tidak berpuas hati; 37% responden Cina berpuas hati, sementara 48% tidak berpuas hati dan 72% responden India berpuas hati, dengan 24% tidak berpuas hati. Merdeka Center menganggap perhimpunan BERSIH 3.0 telah melonjakkan kepuasan pengundi Melayu terhadap PM, dari 74% pada Februari kepada 79% sekarang. Namun, kepuasan mereka terhadap kerajaan tidak meningkat dengan nyata. Walau bagaimanapun, sokongan yang diraih Najib di kalangan masyarakat Cina jatuh mendadak sebanyak 19%, menghancurkan modal politik yang diusahakan Najib selepas perhimpunan BERSIH 2.0. Soal selidik ini dijalankan dari 10 hingga 18 Mei 2012, dengan panggilan telefon kepada 1,019 orang pengundi. Nisbah responden adalah 59% Melayu, 32% Cina dan 9% India. Responden dipilih secara rambang mengikut etnik, gender dan negeri. | ||||
Dilema peneroka beli saham FGVH Posted: 01 Jun 2012 03:39 AM PDT Mampukah para peneroka yang mengambil pinjaman bank untuk terus bertahan ketika harga saham menjunam nanti? Kita tidak boleh terlalu gembira maupun bersedih ekoran pengumuman penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Sebahagian pelabur menerima berita ini sebagai satu peluang keemasan untuk membeli saham dalam sebuah syarikat komoditi ketiga terbesar di dunia. Sebahagian pelabur pula tidak boleh terlalu bergembira dengan Tawaran Awam Permulaan ini (IPO – Initial Public Offering) yang melibatkan sebanyak 2.19 juta unit yang ditawarkan pada harga RM4.55 sesaham kepada pelabur runcit. Tulisan ini tidak bertujuan untuk menyentuh kemampuan pelabur-pelabur utama (cornerstone investors) yang bersedia untuk menyedut seberapa banyak pun jumlah saham yang ditawarkan. Juga tulisan ini tidak berniat untuk menyinggung perasaan para pelabur tempatan termasuk pekerja dan peneroka yang berkemampuan dari segi kewangan untuk membeli saham-saham ini dengan wang tunai atau dari simpanan mereka sendiri. Tetapi yang menjadi perhatian kita dalam isu penyenaraian FGVH yang penuh kontroversi ini ialah mampukah para peneroka yang kekurangan wang tunai untuk membeli saham-saham ini dengan mengambil pinjaman bank. Mampukah para peneroka yang mengambil pinjaman bank untuk terus bertahan ketika harga saham menjunam nanti dan pada masa yang sama untuk dapat meneruskan servis pinjaman mereka pada setiap bulan. Umum mengetahui bahawa mana-mana saham tidak akan berada di puncak selama-lamanya dan potensi untuk harganya menjunam tetap ada. Jadi apabila harga saham jatuh para peneroka akan kerugian, walaupun kerugian di atas kertas, dan pihak bank pula tidak akan berdiam diri jika sekiranya peminjam tidak dapat membayar balik pinjaman. Menurut seorang peguam Harris Abdullah, sekiranya seseorang itu gagal membayar balik pinjaman mereka, bank akan mengambil empat peringkat tindakan bagi menuntut semula wang pinjaman itu. Tindakan bank Bank akan menyaman pemiutang, menghantar notis bankrapsi, menyita rumah serta menjual asetnya dan mengeluarkan perintah larangan pemilikan harta melalui Jabatan Insolvensi. Pada ketika itu katanya, tanah 10 ekar ladang peneroka dalam tanah rancangan boleh tergadai akibat hutang pembelian saham yang tidak mampu dibayar. Harris ialah peguam yang berjaya memenangi kes injunksi 154 peneroka dari Pahang dan Negeri Sembilan daripada Mahkamah Tinggi Kuantan bagi menghalang bank memproses dokumen pinjaman. Jual beli saham di mana-mana pasaran saham adalah satu permainan yang dinamik, kompleks dan rumit serta sukar dibaca pergerakannya (naik, turun atau mendatar) hala tuju sesuatu saham itu. Melabur dalam pasaran saham memerlukan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan yang tersendiri yang sukar difahami oleh kebanyakan orang awam. Memandangkan harga komoditi di pasaran dunia kini berada di paras yang tinggi maka kerajaan mengambil keputusan untuk menyenaraikan saham FGVH. Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad pernah berkata, penyenaraian FGVH tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi kerana "kita mahu mengambil peluang dari harga kelapa sawit yang tinggi pada masa ini." Oleh sebab itu, beliau tidak peduli sama ada Koperasi Permodalan Felda (KPF) turut sama dalam penyenaraian ini atau tidak. Tanpa penyertaan KPF pun, FGVH boleh mendatangkan perolehan sebanyak RM10.5 bilion apabila disenaraikan nanti. Isa tidak mahu menunggu lama kerana harga CPO tempatan diurus niaga pada harga di antara RM3,085 dan RM3,115 satu tan setakat semalam, 31 Mei 2012. Tetapi sudah terdapat tanda-tanda kebimbangan tentang ketidaktentuan pasaran berikutan krisis hutang Eropah. Keluarnya Greece dari zon euro yang diramail pada lewat tahun ini atau pada awal 2013 akan mengakibatkan ekonomi dunia meleset. Kesannya akan tetap dirasai oleh Malaysia seperti mana yang diakui oleh Gabenor Bank Negara, Datuk Dr Zeti Akhtar Aziz baru-baru ini. Kemelesetan ekonomi akan menarik turun harga komoditi ini di pasaran global walaupun permintaan untuk minyak sawit, getah, gula dan oleochemical dijangka meningkat terutama dari China dan India. Pokok tua Namun begitu, kebimbangan lain ialah mengenai pokok kelapa sawit FGVH yang sudah tua kerana lebih 53 peratus dari sebanyak 323,587 hektar ladang di Malaysia berusia lebih 21 tahun. Pokok-pokok ini perlu ditanam semula, dan apabila ditanam semula, ia memakan masa di antara lima hingga tujuh tahun untuk membuahkan hasil. Situasi ini akan menjejaskan pendapatan dan kadar keuntungannya pada masa depan. Sebab itu ramai pihak melihat langkah pengapongan saham FGVH ini lebih berunsur politik kerana kerajaan yang memerintah mahu terus mengekalkan kuasanya yang lebih setengah kurun itu. Para peserta Felda merupakan komponen pengundi majoriti di 52 kawasan Parlimen dan 96 kerusi Dewan Undangan Negeri, termasuk di Pekan, kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri. Pengumuman "durian runtuh" sebanyak RM15,000 untuk setiap keluarga dari seramai 112,635 peneroka di seluruh negara oleh Najib di Jerantut baru-baru ini lebih bersifat 'candu' untuk meraih sokongan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Oleh yang demikian, para peneroka Felda yang terpaksa meminjam untuk membeli saham harus berhati-hati kerana "langit tidak selalu cerah". Pinjaman atau hutang bank boleh bertindak sebagai sebilah pedang yang mempunyai dua mata. Pedang ini boleh membawa kebaikan dan juga boleh mendatangkan keburukan. Kebaikan pinjaman atau hutang boleh menjana lebihan pendapatan dan keburukannya pula ialah hutang ini juga boleh menikam diri sendiri dan menyebabkan hidup sengsara jika gagal diurus dengan baik. | ||||
Pemuda PAS tubuh Musika untuk artis dan karyawan Posted: 01 Jun 2012 03:35 AM PDT
ALOR SETAR: Pemuda PAS telah menubuhkan unit khas yang dinamakan Majlis Usrah Seniman dan Karyawan (Musika) bagi mendekati golongan itu. Demikian kata ketuanya, Nasrudin Hassan dalam ucapan di majlis taklimat khas sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Dewan Datuk Fadzil Nor, Kompleks PAS Kedah dekat sini hari ini. Usaha untuk mendekati golongan karyawan dan artis ini adalah sebahagian dari usaha Pemuda PAS menjejak tokoh masyarakat. Mereka semua, katanya, akan dijadikan model untuk anak muda bagi membangkitkan golongan anak muda untuk ke Putrajaya. "Epresi hijau anak muda akan dijadikan gelombang yang akan dihantar ke seluruh negara selepas ini," kata beliau. | ||||
PKR gesa SPRM buka siasatan kes Scorpene Posted: 01 Jun 2012 03:30 AM PDT Satu memorandum diserahkan kepada SPRM petang ini berhubung kewujudan unsur rasuah dan salah guna wang rakyat dalam pembelian dua buah kapal selam tersebut. SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diingatkan agar tidak bersikap selektif dan berlaku adil dalam membuka siasatan yang melibatkan pimpinan tertinggi kerajaan. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin terus mendesak agar SPRM membuka siasatan kes mengenai pembelian dua buah kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan pimpinan tertinggi kerajaan dengan syarikat pertahanan milik kerajaan Perancis. Maka satu memorandum diserahkan kepada SPRM di sini petang ini berhubung kewujudan unsur rasuah dan salah guna wang rakyat dalam pembelian dua buah kapal selam tersebut. Shamsul berkata, memorandum itu turut merujuk kepada pendedahan penting badan bukan kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bersabit dokumen komisyen sebanyak USD1 bilion didakwa diminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta beberapa individu terkemuka lain. Ia termasuklah kos penyelenggaraan tinggi yang dijelaskan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang hampir mencecah RM1 bilion sedangkan kapal selam berkenaan tidak bersenjata. "SPRM jangan memperjudikan kredibiliti mereka pada persepsi rakyat kerana SPRM sendiri membuka ruang untuk dilihat berat sebelah dengan penutupan kes Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam skandal National Feedlot Corporation. "Kes yang mempunyai kredibiliti kuat untuk didakwa melibatkan hubungan keluarga mempengaruhi kepentingan keputusan kerajaan tetapi ditutup SPRM tanpa alasan kukuh," katanya. SPRM sebagai alat Merujuk kepada kes siasatan yang melibatkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pula, Shamsul menyifatkan SPRM sebagai alat kepada pemerintah. Katanya, kuasa yang diperuntukan kepada SPRM tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya untuk melakukan pendakwaan terpilih khususnya ancaman politik Umno-Barisan Nasional. "Ini melucukan, saat mantan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertanggungjawab pada waktu itu, Datuk Shafee Yahya secara terbuka menafikan wujudnya salahguna kuasa oleh Azmin," ujar beliau. Memorandum itu diserahkan kepada Penolong Penguasa SPRM, Azlin Ahmad. Turut hadir adalah Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri serta beberapa anggotanya yang lain. | ||||
Saman Khalid: Mahkamah tolak permohonan Hamidah Posted: 01 Jun 2012 03:20 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE SHAH ALAM- Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zainal Azman Abd Aziz hari ini menolak dengan kos permohonan Datuk Hamidah Othman bagi membatalkan writ saman yang difailkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad . Pada sekitar bulan Januari 2010 Hamidah telah melalui blognya http://hamidahosman.blogspot.com di bawah artikel bertajuk 'umat islam perlu bersatu' telah antara lain menulis tentang Khalid Samad dan menyiarkan gambar superimpose yang menunjukkan Khalid Samad berpakaian seperti seorang bishop Kristian. Khalid telah memfailkan writ saman pada 22 Disember 2011 ke atas Hamidah kerana mendakwa artikel tersebut telah memfitnah beliau. Pada 20 Februari 2012 Hamidah telah membuat permohonan bagi membatalkan saman Khalid dengan alasan kes tersebut sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah di bawah artikel 121 ( 1A ) Perlembagaan Persekutuan namun mahkamah telah menolak alasan Hamidah dan memerintahkan kes tersebut di mahkamah sivil. Hakim juga mengarahkan Hamidah membayar kos RM4,000 kepada Khalid Samad. Khalid diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin manakala Hamidah pula diwakili oleh Datuk Hafarizam.-Harakahdaily | ||||
Hadi: PM tetap Melayu Islam jika PR menang Posted: 01 Jun 2012 03:17 AM PDT SINAR HARIAN ALOR SETAR - Perdana Menteri tetap akan dilantik di kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemimpin yang bakal dilantik mestilah individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam merupakan kaum majoriti di negara ini. "Kita berasas kepada resolusi pakatan rakyat, mengikut perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja berperlembagaan. "Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu, kita bergerak atas tapak itu, kita tak mahu gopoh," katanya pada sidang media sempena 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Kota Sarang Semut dekat sini hari ini. Sementara itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga pernah mengatakan tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri kerana menerima realiti jawatan tertinggi itu adalah khusus untuk bangsa Melayu beragama Islam. "Dalam perlembagaan tak sebut sapa-sapa... itu semua orang tahu, tapi dari segi realitinya itulah... kita (pakatan pembangkang) sepakat Perdana Menteri mesti Melayu Islam," kata Mustafa. Turut hadir pada himpunan itu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak. - Bernama | ||||
SPRM: Kerjaaan perlu perketat syarat pinjaman Posted: 01 Jun 2012 03:15 AM PDT Suruhanjaya juga mahu peruntukan baru iaitu mewajibkan agar ahli keluarga menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan status mereka sekiranya terdapat mana-mana ahli keluarga anggota pentadbiran memohon projek kerajaan. SPRM semalam mengisytiharkan Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil bersih daripada tuduhan salah laku rasuah melibatkan projek NFC. Dengan merujuk kepada isu projek NFC, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan berkata, selain aspek pengisytiharan, syarat pinjaman mudah juga harus diperketatkan. "Apabila ada anggota pentadbiran mahu membuat pinjaman, menteri atau timbalan menteri mesti isytihar dan keluar dari mesyuarat," kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini. "Kita mencadangkan saranan bagi meningkatkan akauntabiliti seterusnya menutup ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan sebarang salahguna kuasa mana-mana pihak yang berkaitan," kata beliau. Sehubungan itu, SPRM juga mencadangkan kepada Kementerian Kewangan agar menyediakan satu tatacara yang standard, lebih jelas dan telus berhubung proses pinjaman mudah agar tidak ada ruang bagi terjadi sebarang penyelewengan. "Selain itu, kami menyarankan agar Kementerian Pertanian dan Asas Tani perlu teliti dalam pemilihan syarikat dan perlu mengetahui latar belakang dan kemampuan syarikat sebelum memutuskan untuk memberi sebarang projek," tambah beliau. Tambah Sutina, kajian terperinci dan pengurusan risiko terhadap sesebuah projek perlu dijalankan sebelum projek dilaksana bagi mengelakkan sebarang kesulitan. "Penyelarasan juga perlu dibuat oleh agensi pelaksana bagi sesuatu projek yang melibatkan pelbagai agensi bagi memastikan projek berjalan dengan lancar seterusnya pemantauan ke atas status pembangunan projek dapat dilaksana," tambah beliau. Justeru, dalam konteks ini katanya, SPRM telah menjalankan pemeriksaan ke atas amalan, sistem dan prosedur pemberian pinjaman mudah ke atas projek NFC. Jelas beliau, pemeriksaan juga dibuat melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan, Menteri Besar Diperbadankan dan syarikat NFCorp Sdn Bhd. Pihaknya juga percaya Kementerian Kewangan telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memperketatkan sistem dan prosedur menambah baik agar isu ini tidak berulang di masa hadapan. | ||||
FELDA dicabar kemuka dana amanah untuk peneroka Posted: 01 Jun 2012 03:09 AM PDT KUALA LUMPUR — Prospektus penyenaraian untuk Felda Global Ventures Holdings (FGVH) semalam tidak menyatakan 20 peratus pegangan akan dijadikan sebagai amanah untuk peneroka, mencetuskan persoalan bahawa dakwaan Felda semalam adalah dibuat untuk menghadapi kontroversi berterusan sepanjang tempoh tawaran awam permulaan gergasi perladangan tersebut. Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad dalam satu sidang akhbar semalam berkata bahawa 20 peratus pegangan telah diketepikan di bawah dana amanah selepas Koperasi Peneroka Felda (KPF) enggan untuk mengambil bahagian dalam penyenaraian FGVH. Tetapi setiausaha publisiti DAP Tony Pua (gambar) hari ini mencabar dakwaan Isa. Beliau menegaskan bahawa dalam satu kenyataan pada 27 April, KPF telah jelas menyatakan kejutan bahawa mereka telah disingkirkan daripada IPO untuk FGVH. "Mereka mendakwa bahawa keputusan untuk meminggirkan mereka adalah bercanggah dengan kenyataan Bajet yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menyatakan bahawa kepentingan peneroka FELDA akan dilindungi melalui pemilikan majoriti FGVH melalui KPF. "KPF telah menyatakan sokongan tanpa sebarang perasaan curiga bahawa mereka telah menyokong hasrat kerajaan untuk menyenaraikan FGVH," kata Pua dalam satu kenyataan. Oleh itu, beliau mempersoalkan alasan Putrajaya untuk menubuhkan tabung amanah "misteri" untuk peneroka bukan menawarkan saham FGVH terus kepada KPF. Beliau berkata hakikat bahawa tabung amanah yang dicadangkan "tidak disebut di dalam prospektus penyenaraian diumumkan semalam memperlihatkan bahawa idea tersebut hanya difikirkan selepas pengumuman tersebut untuk menenangkan peneroka." KPF, yang merupakan 70 peratus yang dimiliki oleh peneroka FELDA dan 30 peratus milik kakitangan FELDA, adalah sebuah entiti yang ditubuhkan pada tahun 1980 untuk menjadi simpanan dan amanah pelaburan untuk ahli FELDA. Tujuannya adalah untuk memberi peluang yang saksama untuk ahli FELDA mengambil bahagian dalam pemilikan ekuiti syarikat -syarikat yang ditubuhkan oleh FELDA. Pua turut mengulangi kenyataannya hari ini bahawa FGVH, selepas IPO itu, akan "memakan" hasil pendapatan KPF, kerana 355.864 hektar tanah perladangan yang sebelum ini diuruskan oleh anak-anak syarikat koperasi telah dipindahkan kepada FGVH. Ini, katanya, akan meningkatkan pendapatan FGVH oleh kira-kira RM680 juta setiap tahun. "Oleh itu pengecualian KPF dari mana-mana penyertaan dalam FGVH selepas perolehan masa depan KPF telah ketara diceraikan dan membuktikan bahawa kerajaan tidak ikhlas tentang menyusun keutamaan dan melindungi kepentingan peneroka FELDA," katanya. Pua juga mempertikaikan jaminan Najib kepada peneroka bahawa mereka akan diberi keutamaan dalam senarai lebih 70 peratus saham runcit yang ditawarkan dalam IPO itu akan diperuntukkan untuk peneroka, kakitangan FELDA dan individu yang telah menyumbang kepada organisasi. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga berkata jaminan itu adalah "tidak jujur" kerana hanya 12.5 peratus saham yang ditawarkan sebenarnya dikhaskan untuk pelabur runcit. "Oleh itu, sebenarnya, hanya 9.2 peratus saham yang ditawarkan adalah terpelihara bagi kumpulan tersebut untuk membeli," katanya. "Sebenarnya, selepas penyenaraian, keseluruhan peruntukan saham perlu dilanggan sepenuhnya, kumpulan peneroka, pekerja FELDA dan lain-lain individu yang menyumbang akan memiliki 3.68 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan," katanya. Pua menggesa Najib dan Isa untuk segera mengumumkan bahawa cadangan 20 peratus pegangan dalam "kumpulan wang amanah" dan bukannya akan dipindahkan terus ke KPF, sebagai badan yang diamanahkan tunggal untuk melindungi peneroka. "Jika kerajaan memilih untuk berterusan dengan idea ''tabung amanah", maka ia adalah jelas bahawa kerajaan berniat hanya untuk memperkudakan peneroka," katanya. | ||||
Ahli majlis MPPP: Tiada larangan terhadap NST, Utusan Posted: 01 Jun 2012 03:05 AM PDT Seorang ahli majlis perbandaran menafikan laporan Bernama yang menyatakan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan pekeliling melarang dua akhbar berkaitan dengan Umno membuat meliputi program majlis tersebut. Ahli majlis MPPP, Ong Ah Teong berkata tidak pernah ada pekeliling seumpama itu dan bertanya sama ada agensi berita berkenaan telah "mencipta satu dasar baru" untuk kerajaan negeri. Ong (kanan) berkata, beliau tidak menjemput wartawan dari New Straits Times dan Utusan Malaysia kerana beliau telah "disalah petik" oleh akhbar berkenaan dalam program-program sebelum ini. "Salah petik itu menjadi isu dan saya tidak mahu berada dalam keadaan tersebut sekali lagi. Adalah lebih baik sidang akhbar saya tidak dilaporkan dalam akhbar mereka jika mereka mahu mengelirukan orang ramai," katanya kepada Malaysiakini. Ong, yang juga pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam, berkata sebelum sidang media bermula, beliau telah memohon maaf, dengan berkata ia tidak akan dimulakan dengan kehadiran dua wartawan berkenaan. Beliau berkata, ini membawa kepada wartawan berkenaan bertanya sama ada mereka harus meninggalkan tempat. "Selepas mereka beredar, saya telah ditanya sama ada ia berdasarkan kepada satu dasar rasmi, di mana saya menjawab ia hanyalah keputusan peribadi saya untuk berbuat demikian," katanya. | ||||
Posted: 01 Jun 2012 02:56 AM PDT KUANTAN - "Belum pun hilang rasa pelik selepas terbaca mengenai penemuan ikan ganjil oleh nelayan di Kerteh, Terengganu melalui sebuah akhbar kelmarin, hari ini saya sendiri pula yang menjumpai ikan spesies sama terdampar di Pantai Kampung Sungai Ular di sini," kata seorang nelayan, Zainuddin Busu, 36. Ikan pelik yang dipanggil 'ikan naga' itu ditemui kira-kira jam 8 pagi ketika dia bersama dua anaknya turun ke pantai untuk memukat ikan. Zainuddin berkata, anaknya, Zamirul Syafiq, 16 terpandang objek pelik terapung di gigi air ketika mereka menaiki motosikal melalui pesisiran pantai tersebut. "Pada mulanya kami sangka objek itu ular mati lalu mendekati bangkai tersebut. "Saya dan anak terkejut apabila mendapati objek berwarna putih itu sebenarnya seekor ikan yang amat ganjil berukuran kira-kira dua meter dan berat dianggar hampir lapan kilogram," katanya. Dia berkata, ikan itu ditemui sudah mati tetapi keadaan badan masih baik, tidak busuk atau cedera . Spesies ganjil Dia yang membesar dalam suasana perkampungan nelayan di situ mengakui tidak pernah melihat ikan spesies tersebut sebaliknya mengetahui kewujudan ikan tersebut di perairan Pantai Timur melalui akhbar kelmarin. "Semua nelayan di sini termasuk warga emas yang berpuluh tahun bergelumang dengan ombak mengakui tidak pernah melihat ikan ini," katanya. Zainuddin berkata, ikan itu amat ganjil dengan rupa yang agak menakutkan. "Ikan berwarna putih ini memiliki mata bulat dan besar, mulut besar dengan bibir lembut, mempunyai kulit keras serta tajam seperti pari dan berkepala seperti naga. "Manakala siripnya berwarna merah dan di kepala serta bawah mulutnya mempunyai sesungut panjang berwarna merah selain bintik tajam di bawah badan," katanya. Dia berkata, pada hari sebelumnya dia ada ternampak kelibat seakan ikan besar melibas- libas ekor di satu kawasan berhampiran tempat ikan itu ditemui. "Pada mulanya saya beranggapan kelibat itu adalah ikan biasa yang besar sedang mengejar anak-anak ikan. "Saya tidak nampak bentuk ikan itu dengan jelas namun percaya kelibat itu adalah ikan ini," katanya. Zainuddin berkata, mungkin ikan itu dari spesies ikan laut dalam yang tersesat ke perairan cetek dan tidak dapat menyesuaikan keadaan di perairan ini menyebabkan haiwan itu mati. Boleh buat kajian Dia berkata, dia menolak andaian sesetengah pihak bahawa kemunculan ikan itu mungkin satu petanda akan berlaku sesuatu kejadian di situ. "Mungkin semua ini hanya satu kebetulan," katanya. Katanya lagi, saya belum bercadang untuk menjual ikan ini sebaliknya menunggu pihak Jabatan Perikanan datang melihat ikan ini hari ini (semalam). "Kalau mereka hendak ambil untuk kajian, saya akan serahkan tapi jika tidak, saya sudi menjual kepada mana-mana pihak berminat. Sementara itu, sumber Jabatan Perikanan Pahang berkata, ikan yang ditemui itu bukan luar biasa sebaliknya sejenis ikan yang selalunya menghuni dasar laut yang berkedalaman 500 hingga 1,000 meter. Ikan Naga atau Oarfish (Regalecus Russelii) ini jarang ditemui di kawasan pesisir pantai bagaimanapun ada kalanya ia akan menghanyutkan diri ke kawasan pantai bila hendak mati. "Ini kali pertama penemuan ikan ini dilaporkan terdampar di pantai ini dan kita tidak pasti punca sebenar haiwan ini mati," katanya. | ||||
Jual rahsia negara: SPRM didesak bertindak Posted: 01 Jun 2012 02:54 AM PDT MALAYSIA KINI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti bertindak terhadap dakwaan "pengkhianatan" dalam penjualan rahsia negara kepada pihak asing, yang berkaitan dengan penjualan kapal selam Scorpene, kata DAP. "Ia juga rasuah yang terkeji... SPRM mesti berhenti memeluk tubuh," kata ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang (kanan). Anggota parlimen Ipoh Timor itu juga mempersoalkan tindakan SPRM membuat pelbagai pengumuman semalam tetapi tidak menyentuh langsung pendedahan peguam Perancis Joseph Breham. Suruhanjaya itu semalam membersihkan nama bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil daripada sebarang peranan dalam skandal National Feedlot Corporation dan membuka semula siasatan terhadap Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Semalam, dokumen sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli kerajaan - didakwa telah "dibeli" sebuah syarikat pertahanan Perancis. Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), mendakwa syarikat itu membayar €36 juta (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial". | ||||
Pilihan raya waktu haji untuk selamatkan BN? Posted: 01 Jun 2012 02:49 AM PDT PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjangkakan, perdana menteri akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada September depan ketika musim haji bagi memastikan kejayaan BN. Tindakan itu didakwa diambil ekoran banyak penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu, kata Abdul Hadi. Anggota parlimen Marang itu berkata, Umno sebagai parti tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung membersihkan sistem pilihan raya sebelum pengundian. Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas program "Munajat dan Himpunan Hijau ke Putrajaya" di ibu pejabat PAS Kedah di Kota Darul Aman hari ini. | ||||
Umno Wilayah Persekutuan yakin rampas empat kerusi Parlimen Posted: 01 Jun 2012 02:47 AM PDT Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata berdasarkan perubahan senario politik semasa dan kecemerlangan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, keputusan pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan kekalahan BN bagi kerusi Parlimen Batu, Titiwangsa, Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak kepada pembangkang tidak akan berulang. "Kita sudah lihat ada perubahan... tsunami politik akan berlaku di mana BN akan merampas semula empat kerusi itu kerana warga kota telah mula beralih arah kepada BN setelah mereka kecewa dengan pelbagai janji kosong pembangkang," katanya dalam blog www.umnobahagiancheras.blogspot.com. Daripada 13 kerusi Parlimen, BN hanya menang tiga kerusi, iaitu Putrajaya, Setiawangsa dan Labuan pada pilihan raya umum 2008. Mengenai soal calon, Syed Ali berkata kepimpinan parti di setiap bahagian menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pemilihan calon yang bakal bertanding pada PRU ke-13 nanti. "Pada hemat saya, soal siapa calon bukan isu besar, sebaliknya kita di Wilayah Persekutuan terus bekerja keras bagi memastikan Umno serta BN kembali cemerlang," kata Syed Ali, yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras. Beliau berkata apa yang pasti calon yang dipilih nanti berkeupayaan memberi kemenangan kepada BN. Katanya populariti seseorang individu itu bukan jaminan untuk terpilih sebagai calon Perdana Menteri sudah memberi peringatan hanya calon yang boleh menang yang akan tersenarai. "Oleh sebab itu, semua pihak khususnya kepimpinan parti di peringkat bahagian perlu ikhlas dan bertanggungjawab untuk membawa kemenangan kepada BN," tegas beliau. Sehubungan itu, beliau berkata jentera pilihan raya Umno serta BN Wilayah Persekutuan sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan pembangkang dan hanya menunggu pengumuman mengenai pembubaran Parlimen. Beliau berkata jentera parti termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di setiap bahagian sudah diarah meningkatkan persiapan termasuk keberkesanan bilik gerakan. -- Bernama | ||||
Wajah manusia pada batang pokok Posted: 01 Jun 2012 02:45 AM PDT MARANG - Alangkah terkejutnya dua rakan apabila seraut wajah manusia yang lengkap dengan mata, hidung dan mulut tiba-tiba muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di Kijing di sini, semalam. Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata selama ini dia tidak pernah terperasan akan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu. "Saya ajak rakan, Zakaria Ismail, 48, tebang pokok ini untuk membersihkan kawasan bagi membina rumah baru. Kami tidak sedar pun perkara itu hingga diberitahu anak saya," katanya. Pada mulanya, kata Mohammad, dia tidak dapat melihat 'wajah' itu. "Tapi apabila saya menjauhkan diri dalam jarak 10 meter dari batang pokok itu, baru saya dapat lihat, ia seperti manusia yang sedang memandang sesuatu," katanya. Mohammad berkata, selama ini kawasan di sekitar pokok tembesu itu menjadi lokasi permainan kanak-kanak hampir setiap petang. Rakannya, Zakaria pula berkata, dia pada mulanya tidak berani mendekati pokok tembesu apabila ditunjukkan keanehan itu oleh Mohammad kerana bimbang ia ada kaitan dengan perkara yang tidak baik. "Namun apabila dikatakan ia berwajah manusia, saya akuinya kerana saya sudah tengok. Bagi saya, ia sangat unik," kata Zakaria yang tidak kisah untuk terus membantu rakannya membersihkan tempat itu. | ||||
Debat dengan hakim, kata Khalid kepada Zaid Posted: 31 May 2012 09:58 PM PDT Polemik ini tercetus berhubung tindakan Jais menahan anak Zaid, Ezra kerana menerbit dan mengedar buku kontroversi, "Allah, Kebebasan dan Cinta". SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak cabaran bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim mengenai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mengambil tindakan undang-undang ke atas penerbit dan pengedaran buku kontroversi "Allah, Kebebasan dan Cinta". Zaid menyuarakan cabaran itu di laman sosial twitter semalam sambil menyifatkan Abdul Khalid sebagai takut kepada Jais. Memetik tulisan Zaid, beliau berkata "MB Selangor berkata Jais bertindak ikut kuasa. Dia takut dengan mereka. Saya akan dilepaskan tak lama lagi. Adakah MB terima debat terbuka dengan saya mengenai isu ini?" Abdul Khalid sambil berseloroh berkata Zaid boleh berdebat dengan hakim sekiranya tindakan Jais itu tidak mengikut undang-undang. "Berdebatlah dengan hakim jika tindakan Jais tidak betul. Bukan berdebat dengan saya. "Kalau benar (apa yang Zaid kata) maka saya terima keputusan hakim. Malah saya tidak kata pegawai Jais betul 100 peratus. "Cuma saya kata pegawai Jais ikut panduan, enakmen dan ada kuasa untuk kes itu," katanya dalam sidang media selepas majlis Konvensyen Pimpinan Pekerja Selangor 2012. ZI Publication yang dimiliki anak Zaid, Ezra ditahan dan siasat dibawah Seksyen 16 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) kerana menerbitkan buku tersebut yang bertentangan dengan hukum syara' pada Isnin lalu. Buku tersebut ditulis oleh penulis kontroversi dari Kanada Irshad Manji, malah Jais turut merampas 180 naskah buku berkenaan. Projek komersial PKNS Sementara itu, menyentuh mengenai projek komersial di padang kompleks sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di SS7, Kelana Jaya, beliau menjelaskan perkara itu akan dibincangkan semula dengan pihak berkaitan. Katanya, jika benar projek itu tidak patut dilaksanakan maka ia perlu persetujuan dan perbincangan dengan penduduk kawasan berkenaan. "MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) ada struktur pelan. Saya mahu lihat dulu sebelum ia dipamerkan kepada semua pihak dan diterima. Ia boleh ditarik semula tapi perlu dibincang. "Sekarang ini ada yang kata betul dan salah. Beri ruang kepada PKNS, Jabatan Perancang Bandar dan Desa serta MBPJ untuk tentukan mana yang betul," katanya. Beliau berkata demikian berhubung tindakan MBPJ yang tidak akan meluluskan sebarang permohonan untuk membangunkan projek komersial di kawasan tersebut. Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman hari ini dilaporkan berkata, MBPJ hanya akan mengguna pakai Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) yang dicetak oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Selangor | ||||
Saya dah buat penstrukturan air Selangor pada 2007′ Posted: 31 May 2012 09:56 PM PDT Bagaimanapun, kata Dr Mohd Khir Toyo berkata, ia tidak berjaya kerana BN negeri kalah dalam pilihan raya umum 2008. PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo mendakwa beliau telah memulakan penstrukturan air pada 2007 tetapi tergendala apabila BN kalah dalam pilihan raya umum 2008. Menurut beliau, kerajaan Selangor waktu itu berjaya mengambilali dua syarikat pengeluar air iaitu Abbas dan Splash tetapi tidak sempat mengambilalih Puncak Niaga yang menguruskan anak syarikatnya Syabas ekoran kejatuhan kerajaan BN. Dalam penstukturan semula itu, katanya, satu perjanjian antara kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. "Walaupun terdapat fasal-fasal mengenai kenaikan tarif air namun ia mesti dipersetujui secara bersama antara kerajaan negeri, Persekutuan dan Syabas setiap kali ada permintaan untuk menaikkan tarif tersebut. "Kerajaan negeri telah meminta diwujudkan Panel Penentuan Tarif Air yang membabitkan wakil negeri, persekutuan dan Syabas dan juga Jawatankuasa Teknikal bagi mengkaji setiap aspek sebelum permohonan kenaikan tarif diluluskan," kata beliau. Syarat gagal dipatuhi Dr Mohd Khir mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri memberi keutamaan kepada penstrukturan semula dan bukan pembinaan loji Langat 2. Keputusan Selangor melengah-lengahkan pembinaan loji Langat 2 itu dikritik oleh pemimpin BN Selangor khususnya. Menurut Dr Mohd Khir, dalam perjanjian tersebut mensyaratkan Syabas melakukan penggantian paip sepanjang 2,400 KM menggunakan barangan tempatan, mengurangkan NRW kepada bawah 20 peratus dan meningkatkan kualiti air sebelum boleh membuat sebarang tuntutan kenaikan tarif. Bagaimanapun, semua ini gagal dipenuhi oleh Syabas dan faktor ini yang menyebabkan kerajaan BN Selangor itu mahu mengambilalih air | ||||
Perkasa merapu, kenyataan berbaur hasutan Posted: 31 May 2012 09:47 PM PDT
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) disifatkan sudah hilang pertimbangan apabila bertindak membuat kenyataan berbaur hasutan. Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, Perkasa secara terang-terangan membuat tuduhan berbaur hasutan dengan mengatakan Pakatan Rakyat akan mencetuskan huru-hara jika kalah PRU-13. "Kenapa tidak kata Perkasa juga adalah penghasut, sedangkan secara jelas kenyataan itu ada unsur-unsur hasutan," katanya. Hakikatnya, tegas Athirah, Perkasa sebenarnya takut jika BN yang akan kalah dalam PRU nanti kemudian timbul huru-hara. Buktinya, tambah Athirah akibat kekalahan BN dalam PRU 2008 lalu, mereka bertindak mengarak kepala lembu untuk mencetuskan sentimen perkauman. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perkasa mengatakan Pakatan Rakyat akan menggunakan taktik reformasi untuk mencetuskan huru-hara sekiranya keputusan PRU-13 memihak kepada BN. Bahkan, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menuduh Pakatan Rakyat akan menjadikan rusuhan sebagai jalan terakhir untuk menjatuhkan kerajaan kerana kecenderungan Pakatan Rakyat yang tidak berhenti mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Athirah menolak dakwaan itu sebaliknya menggesa Perkasa untuk menjurus kepada posisi dan perjuangan Bersih 3.0 yang ternyata menunjukkan kasih sayang kepada rakyat dan negara daripada kasih sayang kepada Umno BN. "Ini tuduhan merapu tidak berasaskan kepada kajian dan bukti yang kukuh. Perkasa perlu ingat ramai yang tidak faham insiden penyingkiran Anwar Ibrahim sewaktu reformasi lalu. "Kali ini rakyat bangkit bukan mahu lawan dengan anggota keselamatan sama ada polis atau tentera sebaliknya tidak puas hati dengan dasar kerajaan Umno BN," katanya kepada Harakahdaily. Jelas Athirah, Perkasa kena faham rakyat sudah tidak percaya kepada SPR bahkan banyak bukti ketidaktelusan SPR yang didedahkan oleh bekas-bekas tentera dan polis sebelum ini. "Malah pengerusi SPR sendiri tidak dapat dipercayai oleh rakyat, kalau mereka ahli Umno tukarlah pengerusi dan timbalannya. "Isu huru-hara tidak berbangkit kalau kerajaan dan Perkasa sudi menangani masalah itu!," tegasya. Justeru katanya, Pakatan Rakyat sayangkan keamanan buktinya walaupun sudah 12 kali PRU diadakan tetapi pembangkang masih kalah untuk mentadbir kerajaan pusat, namun tidak ada huru-hara yang berlaku. "Persoalan sekarang bukan Pakatan Rakyat mahu cetuskan huru-hara atau takut kalah. Apa yang dilihat tidak ada kepimpinan politik dan keberanian Umno BN untuk pastikan PRU adil dan bersih. | ||||
Saham rugi, tanah peneroka boleh tergadai Posted: 31 May 2012 09:43 PM PDT
TEMERLOH: Seorang peguam menegaskan, peneroka-peneroka Felda yang membeli saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) boleh kehilangan tanah ladang mereka kerana telah menandatangani borang tanggung rugi. Harris Abdullah yang baru saja memenangi kes injunksi 154 peneroka daripada Mahkamah Tinggi Kuantan bagi menghalang bank memproses dokumen pinjaman, berkata ia boleh dilakukan melalui pelaksanaan penghakiman. "Kita tahu proses pembelian saham oleh peneroka ialah melalui pinjaman bank dan peneroka telahpun menandatangani borang tanggung rugi yang telah diedarkan melalui pejabat-pejabat Felda baru-baru ini. "Semua faham bahawa mana-mana saham tidak akan berada di puncak selama-lamanya dan potensi untuk harganya menjunam pun ada juga. Jadi apabila harga saham jatuh peneroka kerugian dan bank tidak akan berdiam diri. "Jadi lazimnya bank akan menjalankan empat peringkat tindakan bagi menuntut semula wang pinjaman iaitu saman pemiutang, bankrapsi, sita rumah serta jual asetnya dan perintah larangan pemilikan harta oleh insolvensi," jelasnya. Tambahnya, pada ketika itulah tanah 10 ekar ladang peneroka dalam tanah rancangan boleh tergadai akibat hutang pembelian saham yang tidak mampu dibayar. Harris berkata demikian dalam program Taklimat dan Dialog Isu Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia & Borang Hutang Bank Peneroka di Kerdau, dekat sini. Kira-kira 200 orang yang terdiri daripada AJK, Perhubungan PAS Pahang, AJK PAS Kawasan-kawasan, Jentera Penerangan, aktivis peneroka dan pengamal-pengamal media baru hadir. Selain Harris, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut berucap. Harris menjawap soalan daripada peneroka sebelum itu apakah risiko terhadap peneroka yang telah menandatangani borang tanggung rugi tersebut. Sementara itu pada 23 Mei lalu seramai 154 orang peneroka berjaya mendapatkan injunksi menghalang CIMB Bank dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka. Sebelum itu peneroka di seluruh negara telah dikejutkan apabila mereka diminta menandatangani dokumen pinjaman bank bagi membeli 'blue form' untuk saham FGVH, malangnya mereka dipaksa kerana digambarkan bakal mendapat durian runtuh. Kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah apabila dua bank berkenaan bersetuju untuk tarik balik borang tersebut kerana mangakui bercanggah dengan Akta Bank. Sementara itu, dalam program yang sama dilancarkan borang Pembatalan Pinjaman Bank Saham FGVH bagi membantu peneroka daripada terjerat dengan hutang sehingga boleh tergadai tanah. Borang-borang tersebut boleh didapati di Sekretariat Felda PAS Pahang. | ||||
Dialog dengan Umno tunggu dulu - Presiden PAS Posted: 31 May 2012 09:27 PM PDT
ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS bersedia untuk berdialog dengan mana-mana kumpulan Islam yang menjadikan al-Quran, Hadis, Ijma' dan Qias sebagai sumber perjuangan. Bagaimanapun, kepada kumpulan yang mengaku Islam tetapi tidak menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan perjuangan, beliau secara sinis berkata 'tunggu dulu'. "Saya ulangi PAS sedia berdialog dengan kumpulan Islam yang menjadikan al Quran, Hadis, Ijma' dan qias sebagai rujukan. "Kumpulan yang mengaku Islam, tapi tidak jadikan al Quran, Hadis, ijma' dan qias sebagai rujukan, tunggu dulu. Lebih-lebih lagi yang sudah berkuasa lebih 50 tahun," katanya disambut laungan takbir hadirin. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat presiden di dewan Datuk Fadzil Noor Kompleks PAS Kedah sempena Himpunan Hijau Menuju Putrajaya hari ini. Menurutnya, Umno walaupun sudah 50 tahun memegang tampuk kepimpinan, masih lagi gagal untuk menjelaskan Islam sebenar kepada rakyat kerana dasarnya yang mengambil fahaman kebangsaan. Beliau mengulas polemik yang dimainkan Umno berhubung dialog kedua-dua parti itu yang ditimbulkan semula sejak beberapa minggu lalu. Berucap di hadapan kira-kira 2,000 pemimpin PAS dari pelbagai peringkat, beliau juga memberitahu, PAS bersedia menggantikan Umno menjadi parti teras Melayu Islam dan pada masa sama tidak mengabaikan kaum lain. Malah katanya, konsep negara berkebajikan yang ditawar PAS mampu memberi keadilan bukan sahaja kepada manusia pelbagai kaum malah juga kepada alam sekitar. "Wawasan kita berbeza dengan wawasan 2020, wawasan kita dari dunia hingga ke akhirat. "Sebab itu negara berkebajikan PAS sangat digeruni Umno kerana ia akan memberi keadilan kepada semua," katanya. Sementara itu, semua pimpinan PAS dari Ahli Majlis Syura sehingga pimpinan parti peringkat kawasan hadir dalam program tertutup amanat khas presiden pagi ini. Selepas program ini, program Xpresi Anak Muda dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya akan berlangsung di Stadium Darul Aman dari jam 4 petang hingga 12 malam ini. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan