Jumaat, 1 Jun 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kisah Lagenda Puteri Gunung Rapat

Posted: 31 May 2012 07:00 PM PDT

Korang nak percaya atau tidak, terpulanglah.Tapi aku nak cerita perihal kisah peminangan seorang puteri lagenda yang bernama Peteri Gunung Rapat oleh seorang raja yang berdaulat.

Alkisah, puteri yang comel loteh ini adalah seorang yang bijak.Dia tidak mahu bersuamikan raja tersebut yang sudah tua bangka.Lagi pula tidak hansome.Tapi takkanlah puteri ini nak berterus terang bagi tahu perkara tersebut?

Tentu raja akan naik minyak lalu menyodok ratakan gunung di mana puteri itu tinggal. Maka puteri itu pun mencari helah bagaimana untuk menolak peminangan tetapi raja tidak murka.

Puteri itu memang bijak, lalu di senaraikan 7 permintaannya untuk raja kabulkan, sekiranya raja mahu memperisterikannya.

Raja yang tidak cukup akal dan terlalu mementingkan dirinya tanpa menghiraukan kepentingan rakyat, mengarahkan orang-orangnya untuk ke Gunung Rapat bagi menyampaikan hasratnya naik bingung dengan senarai 7 permintaan yang pelik dari puteri itu lalu minta orang bijak pandai mentafsirkan permintaan tersebut.

Maka adalah seorang professor dari kalangan rakyatnya, lalu memberi pandangannya:

Prof : Tuanku,yang pertama itu, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya, jawapannya: 7 tempayan air mata anak dara sunti.

Raja : Bagaimana nak mendapatkannya, Prof?

Prof : Melalui kelangsungan projek gejala sosial tuanku seperti yang Najib buat pada Himpunan Sejuta Belia baru-baru ini, tuanku.

Raja : Hmm...teruskan Prof .... beta masih tidak faham...

Prof : Gadis remaja hari ini bergaul bebas, tidak menghiraukan batas-batas ajaran agama, tatasusila dan nilai-nilai murni ketimuran. Begitu juga dari segi pakaian. Mengandung di luar nikah dan pembuangan bayi adalah lumrah. Maka untuk mendapat 7 tempayan air mata mereka bukan suatu perkara yang mustahil hari ini kerana Sekolah remaja hamil luar nikah pun ada di Melaka...

Raja : Bagus! Mamak Menteri, minta kepada Ali Rustam, arahkan mereka yang di Rumah Harapan itu supaya tadahkan air mata mereka ke dalam tempayan mulai sekarang! Teruskan lagi Prof!

Prof : Syarat kedua, Pinang bukan kawin tidak tua, merah darah nya 7 tempayan banyaknya, jawapannya: 7 tempayan air pinang muda, tuanku.

Raja : Maksudnya?

Prof : Perusahaan Asas Tani, tuanku. Agensi-agensi perladangan rakyat seperti FELCRA, FELDA , MARDI, RISDA, FAMA, dan lain-lain itu mestilah di gembelingkan dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan rakyat. LPN dah diswastakan jadi BERNAS...ini FELDA pula nak diswastakan ... nyusahkan rakyat jadinya ..

Raja : Hmm...nanti beta tanya pada Mazlan Aliman mengenai FELDA SAWIT nih! Pergi yang ke tiga, Prof!

Prof : Syarat yang ketiga, merangkak bebas didataran, darah juga kehendaknya sifatnya 7 dulang banyaknya, jawapannya: 7 dulang hati hama, tuanku.

Raja : Maksudnya?

Prof : Syarikat-syarikat kroni yang muntakedarah, tuanku. Mereka ini menghisab darah rakyat kerjanya. Perlulah dihapuskan dari muka bumi ini, tuanku!

Raja : Contohnya, Prof?



Prof : MMC- Gamuda yang terlibat dengan projek trek keretapi berkembar antara Ipoh ke Padang Besar , tuanku.

Pada mulanya kerajaan Malaysia menandatangani MOU dengan IRCON untuk projek tersebut dengan nilai anggaran US$1.5 billion.

Tetapi pada 2003, kerajaan terpaksa membayar RM8 billion apabila Dollah Badawi batalkan projek tersebut.

Atas desakan Mahathir, projek disambung semula pada 2007 dan diberikan kepada MMC-Gamuda dengan nilai RM16.5 billion.

Raja : Hmmm...macam pernah dengar dari sepupu beta kat Perak tu ..Siapa lagi?

Prof : RRSB. Tuanku kunjungilah ke sini Ada banyak lagi yang kerjanya muntakedarah rakyat, tuanku. Boleh dapat berbalang-balang....Tak cukup balang yang tuanku ada dalam negeri.Nak tahu lanjut, tuanku lihatlah sendiri kat sini

Raja : Ada masa nanti, beta akan ke sana nanti. Hmm...teruskan Prof!

Prof : Syarat yang keempat, Terbang bebas diudara,darah juga kehendaknya sifatnya,7 dulang banyaknya, jawapannya: 7 dulang hati nyamuk, tuanku.

Raja : Maksud dan contohnya, Prof?

Prof : Senanglah itu, tuanku, yang terbang tu MAS dan Air Asia!

Raja : Hanya dua sahaja Prof? Kenapa?

Prof : Walaupun hanya dua, tapi menyamai lebih dari bilangan 7, tuanku.
MAS muntakedarah RM2.52 bilion tahun lalu . Air Asia menipu rakyat dengan tambang murahnya tapi muntakedarah! Tengoklah senarai di sini

Raja : Amboi, banyaknya Proff! Hmm...teruskan lagi Prof!

Prof : Syarat yang kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning dari tapak ke tahta, jawapannya: Jambatan perak dari melaka ke Puncak Gunung Ledang – Err.. apa kata kita rangkulkan sekali dengan syarat keenam tuanku, lebih kurang sama dan tidak berapa jauh bezanya, Syarat keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning dari tapak ke tahta, jawapannya: Jambatan emas dari melaka kepuncak gunung ledang .

Kedua-dua syarat ini – umpamanya lebuh raya persekutuan dan lebih raya tol, tuanku. Cukai jalan dah ambil, tol kena lagi. Hentikan pengswastaan lebuh raya untuk ringankan beban rakyat.

Raja : Yang terakhir, Prof?

Prof : Syarat yang ketujuh, Abjad dan Angka, menjalar merata tempat, tanda status dan darjat bangsa, jawapannya: Nombor Plet Kereta Terbaru, tuanku!

Raja : Apa? Nombot Plet Kereta? Itu kamu tak payah cakap banyak lagi.Cukup! Cukup! Lebih baik beta pinang Puteri Bukit Aman sahaja!

Tiada ulasan: