shalehudin |
- Patut la busuk...
- Shuhardi: 'Saya memang pengsan terhidu gas'
- Ustaz Azizan letih sangat
- Ni la demokrasi ala Malaysia
- Kurang asam betoi wanita MCA nih... kahkahkah...
- Alaahai SPRM ooiii... haha...
- Umno ngan seluaq dalam dah bagai isi ngan kuku... kahkahkah...
- Mai tengok camana SPR tipu rakyat tolong Umno
- Tak sedap langsung pantun nih... kahkahkah...
- Sapa yang gatai buat lawak bangang ni haa...
- Sib baik la aku bukan bangsa Umno... kahkahkah...
- Kurang asam betoi wanita MCA nih... kahkahkah...
- Berpeluh dahi la Umno Penang... kahkahkah...
- Membazir tu kan ka kerja buat syaitan...
Posted: 02 Aug 2011 09:00 AM PDT Misteri bau busuk terungkai ANGGOTA polis mengusung mayat Mamadou Aliou yang ditemui mati di biliknya (dalam bulatan) di UIAM, Gombak semalam. GOMBAK - Misteri bau busuk di sebuah bilik asrama Kolej Bilal di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini terbongkar apabila mayat seorang pelajar warga Afrika ditemui dalam keadaan berulat semalam. Mayat tersebut ditemui pada pukul 11 pagi oleh seorang wanita yang bekerja sebagai tukang cuci ketika dia sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar asrama terbabit. Wanita tersebut yang curiga dengan bau itu kemudian membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik di asrama berkenaan sebelum menemui mayat mangsa di atas lantai di biliknya. Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Mamadou Aliou Tela Dialo, 25, dari Guinea di Afrika barat itu merupakan penuntut tahun tiga jurusan ekonomi. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pemeriksaan mendapati mayat tersebut telah berulat dan dipercayai mati sejak lima hari lalu. "Ketika kejadian, tiada penghuni lain di dalam bilik mangsa dan blok asrama yang menempatkan warga asing itu juga kosong kerana semua pelajar sedang cuti semester. "Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh menjadi punca kematian lelaki warga asing itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Menurut Abdul Rahim, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mati akibat masalah kesihatan kerana mengikut rekod, mangsa mempunyai penyakit sawan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Shuhardi: 'Saya memang pengsan terhidu gas' Posted: 02 Aug 2011 07:02 AM PDT Polis merakamkan kenyataan Shuhardi Mat Isa yang dilapor didakwa berlakon sebagai Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan 9 Julai lepas. Menurut Shuhardi, lima anggota polis, termasuk seorang berpangkat inspektor, daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi mengunjungi rumahnya di Taman Ixora, Bandar Baru Salah Tinggi pada jam 11.30 malam tadi. "Saya ditanya pelbagai soalan ketika disiasat hampir tiga jam. Saya jawab semua soalan," katanya sambil memberitahu sesi itu hampir tiga jam bermula jam 11 malam hingga 1.30 pagi. Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis menyiasat perkara itu setelah menerima dua laporan di IPD Dang Wangi dan Cheras, bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam. Laporan mengenainya juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Multimedia iaitu kesalahan yang melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain. Shuhardi, seorang peserta dalam perhimpunan itu dikatakan dimanipulasi sesetengah pihak dengan mendakwa dia Allahyarham Baharudin yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung. 'Saya memang pengsan' Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Suhardi berkata beliau ditemani anggota keluarga dan tanpa kehadiran peguam ketika sesi itu berjalan. Ditanya tentang tempoh soal-siasatnya yang lama, Shuhardi menjelaskan, sepanjang sesi itu, beliau ditanyakan secara terperinci tentang penyertaannya daripada mula hingga akhir. Pada hari itu, katanya, beliau dua kali pengsan sekitar Jalan Pudu, Kuala Lumpur akibat terlalu banyak terhidu gas pemedih mata. "Bila saya sedar, saya berada di bahagian kecemasan Hospital Tung Shin. Kemudian anggota keluarga saya datang ambil," katanya. Beliau menafikan berlakon sebagai Baharudin atau cuba menipu orang ramai. "Saya memang pengsan pada hari itu," katanya yang juga setiausaha agung Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop). Shuhardi bagaimanapun tidak jelas beliau disiasat bawah peruntukan dalam seksyen apa. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 02 Aug 2011 06:00 AM PDT 'Azizan nampak letih sangat' Sebelum dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak sejak sebulan lepas kelihatan sangat letih sehingga menyebabkannya menukar rutin tidur. Setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Azizan yang sebelum ini berjaga sehingga jam 1 hingga 2 pagi, kini terpaksa tidur sejam atau sejam setengah selepas Maghrib. "Kebelakangan ini dia tidur selepas Maghrib, hingga jam 9.30 atau 10.00 (malam), selepas itu baru dia memanggil saya ke rumah. "Kalau tak panggil saya, dia akan maklumkan dia nak jumpa si polan si polan di rumah, semuanya berkaitan kerja. "Keletihannya nampak sangat-sangat. Jam 12 baru selesai," kata Sanusi. Sehubungan itu, Sanusi yang juga ketua penerangan PAS Kedah berkata setelah bekerja "dari pagi hingga pagi", beliau patut berehat sekejap. Semalam, kesihatan Azizan yang dimasukkan di IJN di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, dilaporkan tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil. Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung. Menulis dalam blognya hari ini, Sanusi juga menggambarkan Azizan sebagai orang yang kuat bekerja dan enggan bercuti walaupun untuk berehat. "Laaaa... aku nak rehat lagu mana? Hang tak nampak kerja kita bertimbun tu...," kata Sanusi menceritakan semula reaksi Azizan apabila dinasihatkan berehat. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 02 Aug 2011 05:43 AM PDT Demokrasi Malaysia hanya dinikmati parti pemerintah 1 August 2011 KUALA LUMPUR, 1 OGOS – Demokrasi di Malaysia hanya hebat pada nama sahaja kerana ia telah dirangka untuk memberi kelebihan kepada pemerintah sahaja sahaja, dan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat jelata. Naib Pengerusi DAP, M Kula Segaran berkata, di Malaysia walau pun sudah lebih 50 tahun bebas dari penjajahan, demokrasi masih lagi dibelenggu dengan pelbagai akta zalim. "Akta Ordinan Darurat, Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Rahsia Rasmi dan undang-undang darurat yang masih belum dilupuskan sejak lebih 40 tahun tidak melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi. "Apa yang rakyat Malaysia perlukan ialah semua sistem demokrasi dilaksanakan secara menyeluruh," katanya kepada Roketkini. Kula Segaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata lapan tuntutan Bersih 2.0 yang telah menggembleng lebih 50,000 rakyat melalui perhimpunan aman 9 Julai lalu adalah petanda rakyat mahukan demokrasi tetapi ditolak oleh kerajaan UMNO-BN. Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dipetik oleh media sebagai berkata: "…tidak ada siapa yang boleh menafikan bahawa sistem demokrasi berparlimen itu tetap wujud di negara ini." Kula Segaran berkata bahawa Perdana Menteri hanya mahu memperbodohkan rakyat Malaysia dengan kenyataan yang tidak cukup asas itu. "Pendirian Najib langsung tidak menghairankan kita. Beliau telah putar belit demokrasi. Cuma dia sahaja yang merasai nikmat demokrasi itu. "Jika benar Najib tahu tentang demokrasi yang masih ada di Malaysia, beliau akan mengkaji dan menerima tuntutan Bersih 2.0 sebagai lambang demokrasi. Kula Segaran turut menyentuh mengenai sistem biometrik untuk pilihan raya yang dianggapnya membazirkan wang rakyat, dengan kos yang melebihi RM80 juta. "Sistem biometrik tidak membawa kepastian untuk rakyat Malaysia bahawa seseorang itu hanya boleh mengundi sekali sahaja. Sebabnya ialah, sehingga sekarang, masih ada lagi rakyat Malaysia yang mempunyai lebih dari satu kad pengenalan," katanya. Menurutnya, Najib bukan saja boleh menjimatkan wang rakyat dengan memenuhi tuntutan Bersih 2.0 tetapi juga memulihakn imej negara yang tercemar akibat pelanggaran hak asasi terjadap rakyat pelbagai kaum di negara ini. – Roketkini.com | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kurang asam betoi wanita MCA nih... kahkahkah... Posted: 02 Aug 2011 02:00 AM PDT Wanita MCA P.Pinang Buat UMNO Habis Modal? Oleh: wfauzdin_ns MODAL Umno dan pencacai-pencacai mereka nampaknya musnah, hancur dan lebur apabila Pengerusi Wanita MCA P.Pinang mengeluarkan kenyataan menyelar DAP P.Pinang kerana meminggirkan kaum Cina dan melebihkan kaum Bumiputera, Melayu dan India Muslim di dalam pengagihan kontrak di negeri itu. Bukankah sebelum ini kita disajikan dengan dongengan bahawa DAP itu adalah parti yang ekstrim dan anti Melayu juga anti-Islam? Dongengan ini selalu dibawa oleh pemimpin Umno serta para pencacai mereka. Di dalam face book juga, tiap kali kita berhujah dengan puak-puak pencacai Umno, modal mereka hanyalah DAP itu anti Melayu dan anti Islam. Sekarang, apa hujah mereka? MCA sendiri sedar betapa DAP tidak seperti yang puak Umno perkatakan itu. Memetik kenyataan Pengerusi Wanita MCA P.Pinang, laporan menyebut:- PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu."Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?" soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu. (Seterusnya boleh dibaca di sini). Justeru itu, jelas sekali DAP khususnya di P.Pinang amat telus di dalam pembahagian tender/projek di negeri tersebut. Amat bertuah kaum Bumiputera di negeri pentadbiran Lim Guan Eng tersebut, dan kaum Cina juga diberi peluang untuk bersaing dengan kaum Bumiputera. Jelas sekali, jika ada seekor dua pemimpin Umno atau mamak songkok tinggi di P.Pinang yang cuba menuduh kerajaan negeri P.Pinang bersikap anti Melayu/Islam, puak itu adalah terdiri dari puak yang kecewa kerana selama ini mereka mudah untuk mencari makan sewaktu era Gerakan mentadbir P.Pinang. Di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, golongan kecewa ini tidak mampu untuk bersaing kerana sudah biasa menggunakan `cable' politik untuk mendapatkan kontrak/tender dari kerajaan korup di bawah Gerakan dulu. Apakah hujah Umno selepas ini? Pengerusi Wanita MCA P.Pinang nampaknya telah berjaya `mensabotaj' modal Umno. Tahniah, Lim Guan Eng. Tahniah Kerajaan Negeri P.Pinang./wfauzdin.blogspot.com" | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 02 Aug 2011 12:30 AM PDT Laporan Suruhanjaya Diraja Beng Hock sahkan ramai pegawai SPRM pembohong Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Tidak mudah untuk menganalisis perkembangan politik tanahair mutakhir ini, apatah lagi dalam keadaan agak uzur. Namun, untuk membiarkannya berlalu begitu sahaja, tambah membebankan. Wartawan harus terus mencatat,'kan? Kita berada di ambang perubahan dan bakal merakam sejarah yang lebih manis daripada tsunami politik 2008. Ramai boleh bersetuju bahawa demam pilihan raya sudah berjangkit ke Malaysia. Lawatan Pengerusi BN, Najib Razak ke seluruh negara berkempen mencemuh pembangkang, dengan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, semakin rancak. Timbalannya, Muhyiddin Yassin turut memperlengkap misi; kedudukan BN kian goyah, namun difahamkan budaya cah keting di peringkat tertinggi Umno terus merebak. Najib pasti mahu mengelak daripada menjadi PM terakhir daripada Umno, dengan menggunakan apa juga kaedah, memperkakaskan apa jua kemudahan, tanpa mempedulikan kos yang bakal dihanguskan. Sentuhannya kerap tidak menjadi, malah bermacam-macam slogan muluk ciptaannya memakan diri. "Tiada beza antara Najib dan pendahulunya, Abdullah Badawi. Masing-masing hanya ghairah bercakap hal yang besar-besar dan menabur berjanji, tetapi hasilnya kosong," kata seorang pembaca Harakah kepada saya. "Kalau ada pun yang berbeza, mungkin cakap Najib nampak lebih berisi, namun natijah akhirnya sama, kosong." Semasa parti-parti komponen BN, terutama MCA, Gerakan dan MIC, masih gagal memperbaiki imej, hubungan Umno dengan rakyat nampak semakin longgar. Sokongan akar umbi, termasuk di desa dan kampung-kampung dilihat merosot. Kenaikan harga barangan keperluan asas begitu menjerut leher golongan terbanyak. Jurang maklumat yang menguntungkan BN selama ini berjaya didekatkan. Projek-projek mega yang diumumkan Najib menaikkan lagi kemarahan orang ramai, apatah lagi dengan kisah sensasi isterinya Rosmah Mansor; terkini dengan cincin berlian RM24.4 juta dan sebelumnya dengan cerita penguasaan melampau Rosmah ke atas pentadbiran kerajaan. (Derita Abdullah yang pernah tertekan dengan isu hampir sama -- berkaitan menantu dan kroninya -- bakal menyeksa Najib). Rosmah umpama duri dalam daging yang paling sukar ditangani PM! Kehidupan majoriti rakyat kian terhimpit, tidak kira di pedalaman mahupun kota besar. Soalnya, apakah mereka yakin Pakatan Rakyat mampu menawarkan formula penyelesaian? Tawaran Buku Jingga diperkatakan di mana-mana tetapi tentunya kepercayaan rakyat tidak sekadar pembentangan dokumen ringkas itu. Sekali lagi isu kepercayaan awam menjadi perdebatan. Apa pun, tanpa meremehkan persiapan pilihan raya di bandar-bandar besar, yang membabitkan kelas menengah Melayu dan masyarakat Tionghua, tumpuan gerakerja Pakatan tidak dapat lari daripada mendekati dengan lebih jujur dan akrab komuniti kampung-kampung tradisi. Sensitiviti dan aspirasi mereka mungkin berbeza. Kesedaran berpolitik masih menjadi isu besar. Ada pandangan popular Parlimen akan dibubarkan pada Oktober depan. Sekurang-kurangnya untuk mengesan kelemahan jentera pilihan raya Pakatan, elok tarikh itu disandarkan bagi menilai keberkesanan persiapan. Dengan jangkaan tempoh kempen akan disingkatkan (ingat tuntutan Bersih agar 21 hari diberikan), fokus patut diberikan di kawasan yang memerlukan masa lebih lama untuk menemui pengundi. Kepada Harakah, ada yang mengingatkan saya: "Tempoh tiga bulan terakhir ini cukup kritikal. Harakah harus ada perancangan strategik. Usah bazirkan ruang akhbar yang terbatas itu. Bekalkan pembaca dengan informasi dan pendedahan berguna. Isu mesti disokong fakta dan data lengkap, dengan persembahan grafik yang menarik." Dalam pada itu, saya bersetuju dengan pandangan Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bahawa isu sebenar berkaitan himpunan Bersih 2.0 dan riuh-rendah serangan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah kepercayaan rakyat. Saya sering membangkitkan peruntukan Perkara 114(2) Perlembagaan yang mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong membantu SPR yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM. "Itulah sebabnya yang sebenar, bukan soal dakwat kekal atau biometrik. Isunya adalah kepercayaan kepada SPR," kata Saifuddin. Jika SPR menggunakan teknologi apa sekalipun, tambahnya, selagi masalah kepercayaan terhadap suruhanjaya itu belum diatasi, ia tetap tidak akan dipercayai. Lebih memburukkan imej SPR apabila Timbalan Pengerusinya, Wan Ahmad Wan Omar dikatakan antara orang paling dipercayai Najib, yang diamanah menjalankan "misi sulit", dengan sokongan pelbagai kemudahan, bagi memenangkan BN dalam PRU13. Tindak-tanduk Wan Ahmad menguatkan lagi syak itu. Kepercayaan awam kepada SPR, apatah lagi bagi parti-parti pembangkang, yang sedia tercalar, kini hampir musnah. Saya masih mengharapkan Agong dapat menggunakan kuasa yang diperuntukkan Perlembagaan untuk menjernihkan keadaan. Keanggotaan SPR mesti dirombak dan dibarisi tokoh-tokoh yang diyakini rakyat. Secara peribadi, saya lebih suka membayangkan Pakatan dalam "kedudukan terburuk" agar penambahbaikan dapat dilakukan sebelum terlambat. Saya turut perhatikan selama ini pemimpin DAP jarang melahirkan optimisme mereka menjelang pilihan raya. Ternyata mereka begitu berhati-hati sekali. Namun, pendirian terbaru Lim Kit Siang cukup menarik: "... saya akan katakan buat pertama kali, mengambil-alih kuasa kerajaan pusat, bukan lagi mustahil, ia boleh dicapai." Dalam wawancara dengan Malaysiakini, beliau yang aktif berpolitik sejak 1969 menekankan: "Nampaknya PM dan kerajaan sekarang gagal melihat dan menyelami kehendak rakyat... Makin hari mereka makin terpisah, (kerajaan pula) mengambil tindakan yang memutuskan mereka daripada sokongan akar umbi." Selain isu kos hidup yang terus meningkat, juga keberanian rakyat dalam himpunan Bersih 9 Julai, dan gelagat "Wanita Pertama" Rosmah yang memburukkan lagi persepsi terhadap Najib, saya perhatikan kematian Teoh Beng Hock tetap menjadi isu besar dalam kempen PRU13 nanti. Malah, jika diteliti laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD), jelas sekali imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada pada kedudukan hampir sama dengan SPR. Sekadar membelek sambil lalu laporan tersebut, saya kira sudah dapat merumuskan bahawa banyak sekali penyelewengan dan salahguna kuasa pegawai SPRM yang terbabit. SPR dan SPRM, dalam aspek tertentu, tidak lebih daripada satu lagi perkakas Umno-BN untuk mengekalkan kuasa. Personaliti keji Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim bersama dua lagi pegawainya yang terbabit secara langsung dalam siasatan terhadap Beng Hock membayangkan hubungan istimewa mereka dengan aktor-aktor politik, sekali gus menguatkan lagi dakwaan bahawa ia selari dengan usaha BN merampas Selangor. Memetik perenggan 176, laporan SSD itu: "Kami mendapat bahawa dia (Hishamuddin) seorang yang angkuh, bercakap bohong, tidak jujur dan tidak akan bertolak ansur ..." Tentulah ada sesuatu yang menarik untuk dibongkar apabila beliau dilihat mempunyai imuniti dan kuasa tidak terbatas. Insya-Allah saya cuba menganalisis laporan SSD itu pada keluaran akan datang. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Umno ngan seluaq dalam dah bagai isi ngan kuku... kahkahkah... Posted: 01 Aug 2011 11:30 PM PDT Umno Politik "seluar Dalam Dan Coli' Di Pulau Pinang. Oleh: WFAUZDIN NS SEPERTI yang pernah saya sebut sebelum ini, nampaknya Umno di P.Pinang sudah semakin cerca merba politik mereka untuk memburukkan imej kepimpinan KM Lim Guan Eng. Apabila PR mengambil alih teraju kerajaan negeri diketuai oleh DAP, awal mula lagi Umno P.Pinang mula meroyan memainkan isu perkauman. Maka, DAP dituduh anti-Melayu dan Islam. Baru-baru ini Pengerusi Wanita MCA P.Pinang pula merosakkan modal Umno P.Pinang. MCA mendakwa Lim Guan Eng terlalu membela Melayu di negeri tersebut. Bayangkan hampir kesemua kontrak/tender kerajaan negeri diperolehi oleh kaum Bumiputera di dalam keadaan Umno mendakwa DAP anti-Melayu. Inilah puncanya Wanita MCA P.Pinang berang. Melucukan juga ada pihak berjiwa `lucah dan jijik' cuba meraih publisiti murahan yang memalukan. Pihak yang tidak bertamaddun ini menggunakan `seluar dalam dan coli belang' untuk memperjuangkan nasib Bumiputera di P.Pinang. Secara tidak langsung pihak yang bengap ini menjatuhkan imej dan menghina kaum wanita. Begitu jijik sekali perlakuan mereka dan malu rasanya mengaku Melayu P.Pinang. Begitulah apa yang saya maksudkan betapa Umno sudah kehabisan modal mereka untuk menyerang kerajaan negeri di bawah PR. Itulah tanda-tanda jelas Umno semakin menghampiri liang lahad mereka./wfauzdin.blogspot.com | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mai tengok camana SPR tipu rakyat tolong Umno Posted: 01 Aug 2011 10:30 PM PDT SPR ni macam pengadil dalam perlawanan bolasepak la. Pengadil kena adil, pengadil kena jadi orang tengah yang adil... bukan jadi sebahagian dari pasukan lawan. Apatah lagi, pasukan lawan yang menentang malah menipu rakyat demi kelangsungan hidup dan hayat TUANnya. Lihat saja keangkuhan SPR yang enggan melaksanakan penggunaan dakwat kekal menyebabkan daftar pemilih seringkali dimanipulasi untuk kepentingan rejim pemerintah. Ini yang dikatakan sebagai demokrasi taik kucing yang tersorok sekian lama dibelakang almari dan bawah bawah katil. Demokrasi taik kucing ini kian membusuk, mengganggu rakyat jelata. Pada umumnya demokrasi merupakan suatu proses di mana pilihanraya akan diadakan bagi membolehkan rakyat jelata untuk memilih kerajaan mereka. Sesebuah kerajaan perlu memperbaharui mandat mereka apabila tibanya masa sebagai penilaian terhadap prestasi kerajaan tersebut di penggal yang lalu. Kerajaan yang tidak berani menghadapi pertandingan di dalam pilihanraya tetapi tetap terpaksa menghadapi pilihanraya akan mencuba untuk mencacatkan sistem demokrasi tersebut dengan memutarbelit dan menyulitkan perjalanan sistem tersebut. Di Malaysia, SPR telah ditugaskan untuk menguruskan pilihanraya di negara ini, malah lebih panas ialah bilamana ketua SPR bertindak sebagai ketua bahagian parti pemerintah. SPR sepatutnya bebas dan berkecuali dari segi pengurusan dan pandangannya serta bertanggungjawab terus kepada Yang DiPertuan Agong telah tidak menjalankan tanggungjawabnya secara bebas dan berkecuali yang mana ia sepatutnya. Kaedah mudah yang selama ini ghairah diperdayakan oleh pemerintah Malaysia ialah amalan memanipulasi sempadan pilihanraya bagi mewujudkan lebih banyak kerusi perundangan untuk parti memerintah. Bersih melalui Ambiga telah mengkaji persempadanan semula yang telah dilaksanakan pada tahun 2003 yang meliputi pelbagai keadaan yang dipersoalkan kesahihannya di mana sesetengah kawasan perundangan telah melepasi had sempadan di antara kerajaan-kerajaan tempatan dan juga yang merangkumi keadaan yang cukup aneh. Oleh kerana kawasan luar bandar dianggap lebih pro-BN, maka lebih banyak kerusi-kerusi baru diwujudkan di kawasan-kawasan ini jika dibandingkan dengan jumlah kerusi di kawasan bandar. Keadaan ini telah mengakibatkan banyak perbezaan yang ketara di antara saiz kawasan dengan jumlah penduduk di kawasan tersebut. Misalannya kerusi parlimen Kapar yang kini dikuasai oleh PKR mempunyai jumlah pengundi seramai 112,224 orang, manakala banyak kerusi-kerusi di kawasan luar bandar yang dikuasai oleh BN hanya mempunyai jumlah pengundi pada kadar 50,000 orang sahaja. Di kawasan parlimen Putrajaya pula, hanya terdapat 7,000 pengundi sahaja di kawasan tersebut yang kebanyakan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan pusat.Setelah pilihanraya umum 1999, SPR telah menumpukan perhatian mereka dalam mewujudkan lebih banyak kerusi campuran pelbagai kaum sebagai menghalang perkembangan pengaruh PAS pada masa itu. Kerusi campuran pelbagai kaum ini juga dianggap sebagai kawasan-kawasan yang selamat buat BN disebabkan oleh corak pemilihan pada masa itu di mana orang-orang Cina hanya mengundi DAP manakala orang-orang Melayu bertumpu kepada PAS. Bagi menyempurnakan proses persempadanan semula ini, BN memerlukan sokongan majority dua pertiga undian di parlimen tetapi BN kini tidak lagi mempunyai majoriti tersebut.Oleh itu, adalah kurang pasti sama ada persempadanan semula ini dapat dilaksanakan oleh BN di dalam pilihanraya yang akan datang. Lagi satu apa yang SPR cuba buat ialah dengan memindahkan para pengundi dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain ataupun dari satu pusat mengundi ke satu pusat mengundi yang lain bagi mengelirukan para pengundi sewaktu pilihanraya diadakan. Kegiatan pemindahan tidak sah yang dilakukan oleh SPR jelas bertentangan dengan undang-undang pilihanraya di mana hanya pengundi itu sendiri yang berhak untuk menentukan samada seseorang pengundi itu hendak berpindah dari satu kawasan ke satu lagi kawasan. Dan yang paling menjolok mata ketika ini ialah undi pos. Undi pos merangkumi para pengundi yang berkhidmat sebagai anggota tentera, polis dan lain-lain pasukan keselamatan yang tidak akan dapat mengundi di kawasan mereka masing-masing sewaktu pilihanraya diadakan. Kritikan yang berterusan terhadap perlaksanaan undi pos ini adalah kerana selama ini para pemerhati adalah tidak dibenarkan untuk memerhati proses undi pos ini sewaktu ianya dijalankan. Sistem pengundian pos ini telah diketahui umum sebagai suatu langkah untuk menyelamatkan kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri yang berisiko tinggi untuk BN. Contoh yang paling ketara adalah perdana menteri sekarang Najib Razak yang kalah di dalam pengiraan pertama di kerusi parlimen Pekan pada tahun 1999, tetapi beliau tiba-tiba diumumkan menang setelah pengiraan semula diadakan hasil daripada penambahan undi-undi pos ke kawasan tersebut. Selain dari itu, kekuatan pasukan simpanan askar wataniah juga telah ditambah oleh Kementerian Pertahanan sebagai langkah kerajaan untuk turut menambah jumlah undi-undi pos. Kementerian Pertahanan juga telah merancang untuk menambah kekuatan jumlah kekuatan pasukan askar wataniah kepada 58 kompeni di setiap kawasan parlimen di masa yang terdekat sebagai langkah berjaga-jaga. Satu lagi masalah yang sering dinafikan oleh SPR adalah kewujudan pengundi hantu. Contohnya di negeri Perak terdapat lebih 1600 orang pengundi yang telah berumur lebih daripada 100 tahun, terdapat lebih daripada 100 orang pengundi yang berdaftar di satu alamat rumah di kawasan-kawasan yang tertentu, jumlah pengundian di sesuatu kawasan telah melebihi jumlah pengundi yang sebenarnya dan sebagainya. Walaupun terdapat banyak tanda-tanda dan bukti-bukti kukuh mengenai kewujudan amalan-amalan tidak sihat sewaktu pengundian, ianya sering dinafikan oleh SPR yang selalu memberi alasan bahawa kesemua taktik ini hanya mainan politik pembangkang semata-mata. Selain dari itu, permintaan umum agar SPR menggunakan dakwat kekal bagi membendung kegiatan pengundi hantu juga ditolak mentah-mentah oleh SPR. Sebagai imbasan kembali, SPR telah menarik balik penggunaan dakwat kekal pada saat-saat akhir pada pilihanraya umum 2008 yang lalu, setelah 47,000 botol dakwat tersebut telah dibeli. Jelas terbukti dengan pelbagai karenah di sini telah menunjukkan bahawa sekatan-sekatan ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kerajaan dan kuasa BN yang ada sekarang. Selagi BN masih ada, demokrasi akan tetap dikekang dengan cara-cara begini dan selagi itulah demokrasi akan dilemahkan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tak sedap langsung pantun nih... kahkahkah... Posted: 01 Aug 2011 09:00 PM PDT Pantun UMNO APCO Oleh SERIKANDI MUJAHIDAH Mai kita pakat-pakat baca pantun untuk UMNO APCO…depa ingat depa saja boleh buat pantun kat Pakatan Rakyat. Terlepas taxi naiklah bas Kalau penuh kenalah berdiri Duit rakyat semua hampa kebas Timbun harta perkaya diri Alor setar, alor binjai, alor pering Semua tu ada dalam negeri kedah Bila kantung negara semakin kering Penaik harga barang, rakyat terima padah Rendam besi sampai karat Bila karat susah pulak nak kerat Orang kampung hidup melarat Bini tok menteri dok telan duit rakyat Petang-petang mai la jogging kat mengkuang dem Berhentilah berehat kalau penat Orang buat kebajikan hampa kondem Tapi hampa tak teringin nak buat Tak jemu-jemu dok marah kat Ambiga Tup-tup pi jumpa paderi pandai lak bertudung Hampa belanja berbilion-bilion buat projek mega Kami bagi RM100…dapat kat orang kampung BN bolehlah tipu orang Sarawak dan Sabah Kat Semenanjung ni orang dah tak buluq Selangor bagi air free hampa gelabah Kedah bagi kafalah hampa mengelupuq Siang mengantuk malam berjaga Itu resmi si burung hantu Dalam sidang dun bashah nak jadi juara Sampai pi hantam peraturan hat depa buat dulu Baju kuning ditangkap, kalau gitu pakailah baju merah Lain-lain warna tanyalah perkasa Pandai najib cari bini yang jimat cermat dan solehah Menabung sejak kecil nak beli cincin 24 juta | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sapa yang gatai buat lawak bangang ni haa... Posted: 01 Aug 2011 08:00 PM PDT Ku Li ganti Anwar hanya lawak jenaka Harakahdaily KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang disebar oleh cyber troopers Umno yang mengaitkan beliau dengan perbincangan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lawak jenaka. Sambil menafikan perkara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan mereka yang menyebarkan fitnah itu agar segera menghentikannya sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia. "Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook. Penjelasan itu sekaligus menolak khabar angin yang tersebar itu. Sebelum ini Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap Tengku Razaleigh itu ekoran Anwar yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat. Menurutnya ianya juga sebagai persiapan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Plihan Raya Umum ke-13 akan datang. Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat. Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan telah berlaku antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh. Pertemuan itu didakwa berlaku di kediaman Menteri Besar Kelantan. Mengulas lanjut tuduhan tidak berasas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau hairan kenapa dakwaan tersebut timbul, atau keputusan untuk memenjarakan Anwar sememangnya benar. "Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa cadangan ini timbul kerana dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan. "Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sib baik la aku bukan bangsa Umno... kahkahkah... Posted: 01 Aug 2011 07:00 PM PDT Jijiknya perangai UMNO Oleh Che Nad Seorang pemimpin UMNO Pulau Pinang yang sebelum ini sering buat kecoh dengan publisiti murahan, kini buat satu lagi gimik politik iaitu hadiahkan coli dan seluaq dalam pada KM Lim Guam Eng. Apa yang nak digambarkan di sini ialah begitulah kotornya mentaliti UMNO menjadikan apa yang berkaitan dengan wanita sebagai objek untuk dipersendaguraukan. Malunya jadi ahli UMNO melihat perangai pemimpin mereka. Kepada masyarakat Non Muslim pula, perbuatan tersebut betul-betul menjatuhkan maruah umat Islam.. Kalau macam tu perangai orang yang mengaku Islam, apa lagi yang bukan Islam mahu contohi dari Islam. Akibat hilang negeri UMNO dah jadi sasau. Kalau hilang pula Pusat tak dapatlah nak digambarkan bagaimana pula gelagat mereka. Cukuplah, kalau kita umat Islam mahu selamatkan maruah Islam dari terus dilihat jijik oleh pihak yang belum Islam, marilah umat Islam semua bersatu menghancurleburkan UMNO sehingga tercabut akar umbinya sekali. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kurang asam betoi wanita MCA nih... kahkahkah... Posted: 01 Aug 2011 06:00 PM PDT Wanita MCA P.Pinang Buat UMNO Habis Modal? Oleh: wfauzdin_ns MODAL Umno dan pencacai-pencacai mereka nampaknya musnah, hancur dan lebur apabila Pengerusi Wanita MCA P.Pinang mengeluarkan kenyataan menyelar DAP P.Pinang kerana meminggirkan kaum Cina dan melebihkan kaum Bumiputera, Melayu dan India Muslim di dalam pengagihan kontrak di negeri itu. Bukankah sebelum ini kita disajikan dengan dongengan bahawa DAP itu adalah parti yang ekstrim dan anti Melayu juga anti-Islam? Dongengan ini selalu dibawa oleh pemimpin Umno serta para pencacai mereka. Di dalam face book juga, tiap kali kita berhujah dengan puak-puak pencacai Umno, modal mereka hanyalah DAP itu anti Melayu dan anti Islam. Sekarang, apa hujah mereka? MCA sendiri sedar betapa DAP tidak seperti yang puak Umno perkatakan itu. Memetik kenyataan Pengerusi Wanita MCA P.Pinang, laporan menyebut:- PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu."Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?" soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu. (Seterusnya boleh dibaca di sini). Justeru itu, jelas sekali DAP khususnya di P.Pinang amat telus di dalam pembahagian tender/projek di negeri tersebut. Amat bertuah kaum Bumiputera di negeri pentadbiran Lim Guan Eng tersebut, dan kaum Cina juga diberi peluang untuk bersaing dengan kaum Bumiputera. Jelas sekali, jika ada seekor dua pemimpin Umno atau mamak songkok tinggi di P.Pinang yang cuba menuduh kerajaan negeri P.Pinang bersikap anti Melayu/Islam, puak itu adalah terdiri dari puak yang kecewa kerana selama ini mereka mudah untuk mencari makan sewaktu era Gerakan mentadbir P.Pinang. Di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, golongan kecewa ini tidak mampu untuk bersaing kerana sudah biasa menggunakan `cable' politik untuk mendapatkan kontrak/tender dari kerajaan korup di bawah Gerakan dulu. Apakah hujah Umno selepas ini? Pengerusi Wanita MCA P.Pinang nampaknya telah berjaya `mensabotaj' modal Umno. Tahniah, Lim Guan Eng. Tahniah Kerajaan Negeri P.Pinang./wfauzdin.blogspot.com" | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Berpeluh dahi la Umno Penang... kahkahkah... Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT PP lulus bina 11,600 rumah mampu milik dalam tiga tahun sahaja 1 August 2011 GEORGETOWN, 1 OGOS – Kerajaan negeri Pulau Pinang yang berjiwa rakyat telah meluluskan pembinaan 11,596 rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sejak 2008. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kejayaan itu sekali gus menyangkal dakwaan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak membina rumah mampu milik kepada rakyatnya. Menurutnya, rumah-rumah berkenaan berharga di antara RM42,000 untuk kos rendah dan RM72,500 sederhana rendah. Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang juga berhasrat membangunkan semula beberapa projek perumahan yang akan melibatkan 992 rumah kos rendah dan 192 rumah kos sederhana rendah. Di bawah kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri, projek perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah yang dibangunkan adalah seperti berikut :
Pecahan mengikut daerah bagi projek kerajaan negeri adalah seperti berikut :
* DTL – Daerah Timur Laut * DBD – Dareah Barat Daya * SPU – Seberang Prai Utara * SPT – Seberang Prai Tengah * SPS – Seberang Prai Selatan Pecahan mengikut daerah bagi projek agensi kerajaan negeri adalah seperti berikut :
* DTL – Daerah Timur Laut * DBD – Dareah Barat Daya * SPU – Seberang Prai Utara * SPT – Seberang Prai Tengah * SPS – Seberang Prai Selatan Pecahan mengikut daerah bagi projek Swasta adalah seperti berikut :
* DTL – Daerah Timur Laut * DBD – Dareah Barat Daya * SPU – Seberang Prai Utara * SPT – Seberang Prai Tengah * SPS – Seberang Prai Selatan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Membazir tu kan ka kerja buat syaitan... Posted: 01 Aug 2011 04:00 PM PDT Ramadan Dahului Keberkatan Kurangkan Pembaziran Alhamdulillah, setelah setahun berlalu, Ramadhan kini muncul kembali. Bulan yang penuh rahmat dan berkat. Bulan yang di dalamnya terbuka pintu syurga manakala tertutupnya pintu neraka. Bulan pengampunan dan bulan menyucikan diri. Bulan yang nilainya melebihi bulan-bulan yang lain. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud; "Sungguh, telah datang padamu bulan yang penuh berkat, di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa, di saat dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan, dan di mana dijumpai suatu malam yang dinilainya lebih berharga dari seribu bulan, maka barang siapa yang tidak berhasil beroleh kebaikannya, sungguh tiadalah ia akan mendapatkan itu buat selama-lamanya." (Hadis Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Baihaqi) Bulan Ramadan bukan sahaja bulan kemenangan tetapi juga bulan kesabaran, bulan menyucikan hati dan meningkatkan rohani kepada yang lebih baik dan bersih. Pada bulan ini kita bukan sahaja diuji dengan rasa lapar dan dahaga, malahan turut diuji sejauh mana kita mampu mengawal rasa marah, tamak, syak wasangka, dan segala sifat mazmumah yang harus diganti dengan sifat-sifat ahmudah. Namun, timbul persoalan, sejauh manakah keistimewaan Bulan Ramadan ini dinikmati dan masih dihormati oleh masyarakat Islam dan disanjung sebagai bulan yang penuh kemuliaan? Tahankah kita dengan godaan hawa nafsu ketika turun membeli belah di pasar pasar Ramadhan yang bertebaran dengan banyaknya di merata ceruk negeri? |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan