Addin |
- Iklan Rasis : Pakatan Rakyat Mahu Tindakan Keras Ke Atas 8TV
- Penipuan SPR Di Bongkar Lagi..
- Bekas Jurulatih Bolasepak Sabah Hadiri Pelancaran Jentera PRU KEADILAN
- Professor Peluk Islam Setelah Kaji Mumia Firaun
- Najib Takut Muhyiddin
Iklan Rasis : Pakatan Rakyat Mahu Tindakan Keras Ke Atas 8TV Posted: 02 Aug 2011 09:16 AM PDT Pakatan Rakyat mahu tindakan dikenakan ke atas saluran milik Media Prima, 8TV kerana menyiarkan iklan Ramadan yang menunjukkan sikap orang Cina semasa bulan Ramadan. Gesaan itu dibuat selepas saluran itu menarik balik iklan tersebut berikutan kritikan ke atas klip yang menggambarkan seorang gadis "Cina" makan di depan khalayak ramai sambil mengenakan pakaian ketat semasa berkunjung ke bazar Ramadan. "Seseorang harus mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan kerana menghina Islam dan menggambarkan agama lain tidak menghormati agama lain," kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad. Ahli Parlimen Kuala Selangor ini berkata adegan-adegan dalam iklan itu "terlalu dramatik" di bulan Ramadan seperti orang Islam "tidak mengambil peduli orang lain makan, minum atau merokok di kawasan awam." Penasihat DAP Lim Kit Siang juga mengkritik kumpulan media yang dikawal Umno sambil menyifatkannya sebagai "iklan tidak mementingkan sensitiviti dan amat kesat," dengan "jika iklan itu tiada kaitan dengan kerajaan, tindakan serta-merta akan diambil oleh pihak berkuasa." "Media Prima perlu bertanggungjawab dan tindaka perlu diambil oleh kerajaan," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini. Terlebih dahulu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima mempertahankan penyiaran iklan itu dengan meminta orang ramai "bertenang" dan tidak buat tindakan terburu-buru. Dalam iklan itu, seorang gadis mengenakan baju tanpa lengan sambil memegang sesikat pisang. "Wow, saya rasa saya telah menjadi perhatian! Saya suka! Dan, saya sayang anda semua!" kata gadis dalam video itu. Iklan itu kemudian mencadangkan agar gadis itu tidak memakai pakaian yang ketat dengan mesej "jangan pakai pakaian ketat dan mendedahkan tubuh anda." Kemudian, gadis itu dilihat telah memakai baju kurung dan disambut dengan senyuman oleh orang ramai di bazar. Terdahulu selebriti tempatan dan penulis lagu Pete Teo dalam komennya menerusi Twitter berkata: "Mahu melihat iklan TV Ramadan yang teruk? Yasmin Ahmad di mana anda? Apa sudah jadi dengan AhmadIzhamOmar?" Kedua-dua Lim dan Dzulkefly juga berkata, ini bukan kali pertama Media Prima membenarkan tayangan iklan yang kontroversi semasa Ramadan. Tahun lalu, TV3 terpaksa menarik balik iklan sempena Aidilfitri yang mana memasukkan elemen-elemen agama lain termasuk termasuk watak Santa Claus./tmi | ||
Penipuan SPR Di Bongkar Lagi.. Posted: 02 Aug 2011 08:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dikesan sekali lagi melakukan penipuan berdasarkan sistem pengesahan dalam Laman Daftar Pemilih suruhanjaya itu dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menunjukkan kewujudan warga asing sebagai pengundi. Sebuah portal berita hari ini melaporkan penemuan seorang pemegang status penduduk tetap (PR) yang diterima sebagai pengundi baru di Ijok, Selangor dikenali sebagai Mismah. Mismah didaftarkan sebagai pengundi di kawasan DUN dimenangi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada pilihan raya umum lalu dan Parlimen Kuala Selangor yang diwakili Dr Dzulkefly Ahmad dari Pas. Nama "Mismah" didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan SPR meskipun memegang status penduduk Tetap (PR). Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahkan perkara itu. Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) berstatus PR yang tidak layak mengundi. Bagaimanapun, nombor sama yang disemak dalam sistem SPR pula mendapati Mismah pengundi baru. Menurut undang-undang pilihan raya, SPR mengemaskini daftar pemilih dan draf daftar pemilih tambahan setiap tiga bulan. Nama semua pengundi baru yang berdaftar, pengundi yang bertukar alamat dan pengundi yang dipindahkan dari daftar pemilih akan dikumpulkan pada draf daftar pemilih tambahan. Sementara itu, dua lagi pengundi dikesan iaitu Basri Buru Alimin (Mykad: 250622715425) dan Soessje Scwanne Jetty Silvana (Mykad: 380424715016) yang didaftar dalam laman pengesahan SPR sebagai pengundi berdaftar di Hulu Langat, tetapi tidak ada rekod dalam laman web JPN. JPN menyatakan 'tiada permohonan/nombor dimasukkan tidak sah' apabila dua nombor itu dimasukkan ke dalam laman berkenaan. Ia menimbulkan persoalan samada dua individu itu adalah warganegara Malaysia. Manakala seorang lagi pengundi bernama Mohd Fahmi bin Che Yusoff memiliki dua no kad pengenalan yang hampir sama tetapi cuma berbeza pada digit terakhir iaitu 850915105005 dan 8509155006. 'Kedua-dua' pengundi itu memiliki nama yang sama dari daerah mengundi Sungai Ramal, dan mendaftar mengundi di kawasan yang sama iaitu di Dun Bangi dan Parlimen Serdang./kd Addin : Umno BN semakin berbahaya kepada Malaysia, sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa walaupun mengorbankan kedaulatan dan keselamatan negara. Ayuh.. bangkit rakyat Malaysia menentang kezaliman Umno BN dengan menumbangkannya pada PRU 13 nanti.. | ||
Bekas Jurulatih Bolasepak Sabah Hadiri Pelancaran Jentera PRU KEADILAN Posted: 02 Aug 2011 07:12 AM PDT TUARAN, 2 Ogos - Timbalan Presiden KEADILAN merangkap Pengarah Pilihanraya parti, Azmin Ali sebentar tadi melancarkan jentera pilihan raya Cabang Tuaran. Bercakap kepada Keadilandaily.com, Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dr Natassia Sarah Mohd Danny berkata, pelancaran itu diadakan di perkarangan pejabat cabang itu yang turut dihadiri Ketuanya, Ansari Abdullah. Menariknya, majlis itu turut dihadiri bekas Jurulatih Bola Sepak Sabah, Kelly Tham dan bekas anggota Cabang itu yang keluar parti sebelum ini, Pajuddin Nordin. Kelly Tham pernah membimbing pasukan bola sepak Sabah menjuarai Naib Juara Liga Perdana (kini Liga Super) pada 1994 serta memimpin pasukan itu dinobatkan selaku Juara Piala FA buat pertama kali untuk negeri itu pada 1995. Lain-lain pimpinan yang turut hadir termasuklah Ahli Majlis Presiden KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Ketua Cabang Kota Belud, Saidil Simon, Ketua Cabang Kota Marudu, Anthony Mandiau, Ketua Wanita Cabang Tuaran, Begum Abdullah serta kira-kira 130 anggota parti dan masyarakat pelbagai kaum dari sekitar kawasan itu. "Cabang Tuaran terdiri daripada 40 daerah mengundi dan sudah mengatur strategi dan cukup bersedia pada bila-bila masa dari sekarang untuk menumbangkan kerajaan Umno Barisan Nasional di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang kian hampir," kata Natassia yang juga anggota parti di Cabang itu. Parlimen Tuaran memiliki kompoisi kaum pengundi Bumiputera Islam sebanyak 43.8 peratus, Bumiputera Bukan Islam (48%), Cina (7.2%) dan lain-lain sebanyak (0.23%)./kd | ||
Professor Peluk Islam Setelah Kaji Mumia Firaun Posted: 02 Aug 2011 04:10 AM PDT Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L'Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir kuno itu. Hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, 'dirawat' segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk. Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. "Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga ke hari ini!" Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggi. Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu. Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. "Adakah masuk akal ,di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan," kata hatinya sendirian. Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: "Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu". (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan. Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: "Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami."(Yunus: 92) Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi. Lalu dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: "Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini." Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan mengkaji seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur'an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge. Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. "Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. "Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden," katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah. Sumber | ||
Posted: 01 Aug 2011 08:00 PM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka mengakui bahawa beliau begitu takut kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar."Secara terbuka Najib membuktikan kepada seluruh dunia beliau begitu takut kepada Muhyiddin apabila beliau tak mahu mengulas kenyataan timbalannya itu bahawa beliau orang Melayu dahulu, kemudian barulah orang Malaysia. "Kenyataan Muhyiddin itu dilihat umum sebagai penentangan kepada konsep 1Malaysia yang dikatakan diajar kepada Najib oleh firma Yahudi Zionis, Apco Worldwide yang kemudiannya dijerit-jeritkan olah beliau di sana sini setiap hari seolah-olah ia adalah ideanya sendiri," katanya. Bagi Mahfuz, keengganan Najib menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu juga membuktikan Najib sanggup mengetepikan hampir apa sahaja termasuk konsep 1Malaysia yang dijajanya kerana ketakutannya yang amat sangat kepada Muhyiddin. "Bagi Najib, tidak mengapa beliau ketepikan propaganda yang dijerit-jeritkannya setiap hari itu asalkan beliau tidak dilihat cuba menentang atau mencabar ketegasan timbalannya yang menekankan bahawa beliau orang Melayu dahulu kemudian barulah orang Malaysia," katanya. Beliau menyifatkan Najib begitu bermasalah kerana selepas setiap hari diejek dengan tuduhan "takut bini", kini beliau sendiri yang membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau begitu takutkan timbalannya. Mahfuz juga melihat rasa takut kepada Muhyiddin yang dizahirkan secara terbuka oleh Najib kepada seluruh dunia itu juga menjadikan perpecahan antara mereka sebagai perpecahan terbuka. "Ia bukan rahsia lagi kerana secara terbuka Najib memperlihatkan ada perpecahan antara beliau dan timbalannya. Ia menunjukkan kepada umum tentang krisis dalaman yang dilihat semakin parah di dalam Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Najib yang tergesa-gesa membatalkan cutinya dan segera pulang ke Malaysia baru-baru ini mempunyai kaitan dengan krisis dalaman tersebut. "Semua orang tahu kemampuan Muhyiddin dalam soal seperti itu. Kejatuhan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dahulu dilihat hasil dari usaha yang diterajui oleh beliau," katanya. Ketika menjawab soalan para peserta Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di ibu negara semalam, Najib enggan menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu. "Saya tidak akan jawab soalan yang akan menyebabkan perpecahan di antara saya dan timbalan saya. Di Malaysia, ini amat bahaya. "Orang akan dakwa, perdana menteri dan timbalannya tidak lagi sehaluan," kata Najib. Muhyiddin bukan sahaja menegaskan bahawa beliau Melayu dahulu di dalam Dewan Rakyat pada 31 Mac tahun lalu, malah mengulanginya beberapa kali selepas itu termasuk dalam persidangan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Kenyataan beliau dikecam pelbagai pihak termasuk komponen Barisan Nasional (BN) seperti Gerakan. Kenyataan itu juga disindir oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz apabila beliau berkata: "Saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?" Malah, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Muhyiddin tidak faham 1Malaysia berikutan kenyataannya itu. "Bukan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kata beliau Melayu dulu baru warga Malaysia dan bukan juga seperti Datuk Seri Nazri Aziz yang kata beliau warga Malaysia dulu baru Melayu. Saya faham 1 Malaysia tapi mereka tidak," kata Ibrahim./hrkh |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan