Pahang Daily Online |
- Panas: Sah, JPN Dan SPR Tali Barut BN Dan Cuba Berkomplot Tipu Rakyat Malaysia Menjelang PRU
- Penduduk Bukit Koman Akan Ketahui Keputusan Cabar Ketua Pengarah JAS Luluskan Laporan EIA Syarikat Emas 'Raub Australian Gold Mining' Esok
- Warta Pahang Daripada Pelbagai Sumber Media
- Perdana Menteri Umumkan Peruntukan RM42.6 Juta "Duit Raya" Kepada Semua Peneroka Felda !
- Gempar: 'Pameran Rang Daftar Pemilih SPR', Ada Permastautin Tetap 'IC Merah' Berdaftar Sebagai Pengundi Pilihanraya Telah Berjaya Didedahkan!
- Anwar Ibrahim Failkan Notis Usul Kedua Mohon Perintah Mahkamah Bagi Temubual 10 Lagi Saksi
| Panas: Sah, JPN Dan SPR Tali Barut BN Dan Cuba Berkomplot Tipu Rakyat Malaysia Menjelang PRU Posted: 02 Aug 2011 02:18 AM PDT Nampaknya sah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah berkomplot dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk sekali lagi menipu rakyat Malaysia. Terkini, selepas beberapa jam didedahkan oleh kami dan media alternatif lain berhubung dengan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MYPR berwarna merah yang telah didaftar sebagai pengundi baru. Tiba-tiba petang ini (sekitar jam 3.00 petang tadi) semakan mendapati individu terbabit telah pun menjadi Warganegara Malaysia yang sah dengan kad penganalan (MyKad) biru. Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR. Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru. Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru. Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang ialah pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum. Cuba lihat bukti dibawah :-![]() Pagi, Mismah masih pendudup tetap tetapi petang jadi warganegara [Jika inilah senarionya, maka kita tidak hairanlah ramai penduduk tetap (PR) yang boleh mengundi setiap kali musim pilihanraya di negara kita. Selama ini ramai yang tidak mahu mendedahkannya, tapi sekarang rakyat sudah tidak bodoh seperti dulu lagi. Kenapa ini berlaku dalam sistem pentadbiran di negara kita. Mudah saja jawapannya, iaitu mereka yang berkuasa sudah tidak percaya lagi kepada rakyat sendiri. Akhirnya terpaksa menggunakan orang luar yang bertaraf penduduk tetap untuk mengundi dalam setiap kali pilihanraya. Sebab itulah kita tidak hairan SPR dan kerajaan tidak mahu sebuah pilihanraya yang bersih dan adil terlaksana di negara ini. Semuanya kerana mereka mahu menang dengan "taktik kotor" buat selama-lamanya. Kes kad pengenalan "71" ini banyak juga dijumpai di kawasan parlimen Pekan mutakhir ini. Ramai pemiliknya dikatakan dari Kemboja, Myanmar dan sebagainya. Apakah ini namanya membela negara, bangsa dan agama yang dilaung-laungkan selama ini. Agama sudahlah tergadai, negara jadi carca merba dan kini maruah bangsa juga sudah tercemar dek kerakusan pihak tertentu untuk terus berkuasa. Apakah kita sebagai rakyat mahu terus berdiam diri lagi]. |
| Posted: 02 Aug 2011 01:10 AM PDT
[Seramai 3, 000 penduduk di Bukit Koman sebelum ini merasa amat risau terhadap perlombongan dan proses pemisahan emas yang dijalankan oleh Raub Australian Gold Mining Sendiran Berhad yang menggunakan cyanide. Tapak perlombongan tersebut adalah lebih kurang 300 meter dari kawasan kediaman mereka di Bukit Koman. Cyanide merupakan sejenis bahan kimia yang bahaya kepada kesihatan manusia dan ia akan mengakibatkan keguguran bayi dalam kandungan. Orang yang didedahkan kepada bahan kimia ini akan menghadapi penyakit sakit kepala, nausea, kesusahan untuk bernafas, kekeliruan, seizures, koma and penyakit jantung. Beberapa kajian terhadap cyanide membuktikan bahawa penggunaan cyanide secara meluas telah menjejaskan kesihatan ramai orang di Kanada, Romania, Guyana, Kyrgyzstan dan Papua New Guinea. Kes ini kini menghantui mereka sama seperti isu Lynas di Kuantan. Persoalannya, kenapa projek berisiko seperti ini dibawa masuk?]. INFO KLIK |
| Warta Pahang Daripada Pelbagai Sumber Media Posted: 01 Aug 2011 10:28 PM PDT Mulai sekarang Pahang Daily Online (PDO) akan menyiarkan berbagai informasi dan maklumat tentang Pahang menerusi ruangan Warta Pahang yang kami wujudkan. Berita yang dipaparkan adalah berkaitan isu semasa dan hal ehwal dalam negeri Pahang sahaja. Dengan berita ini ia akan mendekatkan lagi rakyat Pahang seantero dunia dengan kampung halaman masing-masing. Kepada anda yang ingin menghantarkan bahan berita dan maklumat yang tidak bertujuan komersial, sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com (sertakan gambar dan maklumat berkaitan) untuk memudahkan segala urusan yang berkenaan. Harap Maklum Penduduk Minta Ditunai Janji 20 Tahun Dulu TEMERLOH - Seorang penduduk Kampung Batu Kapor di sini mohon pihak berkenaan menunaikan janji yang dibuat 20 tahun lalu untuk membina jalan masuk ke rumahnya. Penduduk itu, Zainal Ibrahim, 48, berkata, pihak terbabit membuat janji tersebut kepada Allahyarham abangnya, Harith Azmi Ibrahim dan dia menunggu janji itu sehingga meninggal dunia pada 2008 lalu. Menurutnya, pihak berkenaan berjanji akan membina jalan tar ke rumahnya itu sejauh kira-kira 50 meter dan harap janji yang dibuat ke atas arwah abangnya itu ditunaikan. "Walaupun janji itu dibuat 20 tahun lalu namun Allahyarham abang saya tetap menanti sehingga dia meninggal dunia. Ketika masih hidup, arwah sentiasa berjumpa dengan pihak berkenaan untuk memastikan janji itu ditunaikan. "Namun, hasrat arwah untuk mendapatkan jalan itu tidak kesampaian. Jalan itu sangat diperlukan olehnya kerana apabila hujan jalan menghala ke rumahnya itu becak dan lembik," katanya. Menurutnya, pada 20 tahun lalu juga selepas janji itu dibuat pihak berkenaan ada datang ke rumah pusaka arwah ayah mereka itu untuk mengukur jalan bagi membina jalan tar tersebut. "Selepas pihak berkenaan mengukur kami sangka akan mendapat jalan yang diminta. Tetapi kami hampa kerana menunggu sehari demi sehari sehingga 20 tahun jalan itu tidak kami rasai. "Jalan itu tidaklah panjang dan lebar tetapi cukup untuk kenderaan keluar masuk. Ini kerana jika jalan itu becak kenderaan tidak boleh lalu," katanya.Remaja Mengaku Salah Tertembak Adik Sendiri MARAN - Seorang remaja Orang Asli hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan membunuh tanpa niat dan memiliki senjata api iaitu dua laras senapang buatan sendiri pada 26 Julai lalu. Bagaimanapun Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali menetapkan 6 September ini bagi sebutan semula kes sebelum menjatuhi hukuman sementara menunggu laporan akhlak. Suspek diikat jamin RM3,000 bagi kedua-dua kesalahan tersebut. Puasa, Harga Barang Di Kuantan Masih Terkawal
Penduduk Jerantut Masih Abaikan Kebersihan
Pertahan Perpaduan Demi Kemakmuran Negara
[Artikel yang disiarkan di sini adalah dipetik daripada pelbagai sumber media. Kami tidak mengubah isi artikel terbabit untuk memberi peluang kepada pembaca menilai dan membuat perbandingan isu-isu yang dipaparkan. Kepada pembaca terutamanya rakyat Pahang yang mempunyai apa saja berita menarik di kawasan masing-masing, anda bolehlah menghantar berita dan artikel tersebut ke pahangdaily@yahoo.com untuk disiarkan. Seelok-eloknya, serta sekali gambar-gambar yang berkaitan supaya ia lebih menarik. Harap Maklum]. |
| Perdana Menteri Umumkan Peruntukan RM42.6 Juta "Duit Raya" Kepada Semua Peneroka Felda ! Posted: 01 Aug 2011 10:02 PM PDT
[Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. Najib berkata, bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta. Pada tahun lalu, peneroka yang bersama Felda atau yang menjual hasil kepada Felda menerima RM350 seorang manakala yang tidak bersama Felda RM150 seorang. Bayaran akan dibuat dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda seluruh negara, katanya. "Saya berharap pemberian wang ini akan dapat ringankan beban kewangan para peneroka dalam membuat persiapan sambut ketibaan Syawal," katanya. Najib turut menyeru peneroka yang tidak bersama Felda agar dapat kembali bagi memaju dan memakmurkan tanah rancangan]. sumber |
| Posted: 01 Aug 2011 09:12 AM PDT ![]() Panas dan sungguh mengejutkan bila kami mendapat maklumat ini. Ternyata, permainan "taktik kotor" yang dipelopori oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus didedahkan oleh rakyat mutakhir ini. Ia bagi membuktikan memang berlaku amalan tidak bersih dalam pilihanraya di Malaysia selama ini. Malah, ia juga bagi menyedarkan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar yang masih mencabar mana-mana pihak supaya mengemukakan bukti seandainya ada maklumat tentang penipuan dalam pilihanraya termasuk isu pengundi hantu. Malah, dengan bangganya dia tergamak mengatakan kononnya SPR berlaku adil kepada rakyat Malaysia dalam setiap kali musim pilihanraya. Beliau seolah-olah tidak mahu berpijak dibumi yang nyata dan menganggap rakyat Malaysia "bodoh" seperti sesetengah pihak. Inilah yang berlaku sebenarnya. Lantaran itulah mereka-mereka yang bermentaliti seperti ini begitu tidak selesa dan tidak boleh menerima Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai baru-baru ini. Justeru itulah, bagi membuktikan kepincangan yang berlaku kepada agensi terbabit maka pendedahan demi pendedahan terus dilakukan oleh rakyat. Terbaru, menerusi email yang kami terima menyatakan terdapat bukti kukuh terdapat permastautin tetap yang mempunyai kad pengenalan merah juga boleh mengundi di Malaysia. Perkara itu disedari ketika pihak terbabit membuat semakan semasa Pameran Rang Daftar Pemilih SPR baru-baru ini. Mujurlah ada tempoh tujuh hari untuk pihak terbabit membantah dengan bayaran RM200. Jika tidak, sudah pasti individu yang bernama Mismah pemegang IC Merah 640704715238 boleh mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Bukti semakan boleh dirujuk di laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) http://www.jpn.gov.my/sema [Bila rakyat mahukan pilihanraya Bersih, mereka tetap mengatakan pilihanraya sudah bersih. Walhal seantero dunia sedar dan mengetahui yang pilihanraya di Malaysia itu "berat sebelah" atau "double standard". Memang benar kata-kata pihak SPR dan beberapa kerat pemimpin UMNO, andai agensi itu tidak adil bagaimana pembangkang boleh menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen. Malah, jika SPR main "kotor" bagaimana pula pembangkang boleh menang di lima negeri pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Itulah jawapan dangkal yang diberikan oleh mereka bagi membuktikan kononnya pilihanraya itu adil dan saksama. Tetapi sedarkah mereka jika SPR itu adil bukan sahaja 2/3 undi dinafikan, malah Putrajaya sebenarnya sudah ditakluki oleh pembangkang. Begitu juga jika SPR itu adil, bukan lima negeri yang tumbang tetapi seluruh negeri-negeri di semenanjung Malaysia ini tumbang sebenarnya. Kemenangan pembangkang itu sebenarnya adalah dek kerana majoriti rakyat yang mahukan perubahan jumlahnya lebih besar daripada penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak terbabit. Sebenarnya banyak lagi kes di atas yang gagal dibongkarkan, namun ia sudah jelas menunjukkan memang ada amalan tidak Bersih itu sebenarnya]. Klik : 169 hantu berjaya ditangkap dalam bulan Ramadhan |
| Anwar Ibrahim Failkan Notis Usul Kedua Mohon Perintah Mahkamah Bagi Temubual 10 Lagi Saksi Posted: 01 Aug 2011 04:20 AM PDT
[Nampaknya semakin bertambah panas kes fitnah liwat II ini. Tiba-tiba nama-nama yang tidak pernah disebut-sebut berjaya dikeluarkan oleh pihak pembelaan. Soalnya, apakah mereka semua itu berani memberikan keterangan terhadap kes ini?. Tambahan pula bila melihat Najib dan Rosmah melarikan diri dari hadir ke mahkamah selepas ini nanti. Satu persoalan, mana pergi nama Ezam Md Nor sebagai saksi?. Bukankah Saiful ada mengaku bertemu Ezam di Plaza Tol Sg.Buloh sebelum mengaku dia telah diliwat oleh Anwar dulu. Harus diingat, Ezam kini adalah Senator di Dewan Negara. Makanya, beliau perlu dipanggil sebagai saksi bagi memaklumkan apakah tujuan Saiful berjumpa beliau ketika itu. Semua ini mengundang kontroversi yang cukup mendebarkan rakyat sebenarnya]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan