Selasa, 2 Ogos 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Ucapan Mat Sabu di Pasar Ramadhan Bayan Lepas..

Posted: 02 Aug 2011 08:47 AM PDT


Ucapan Tuan Haji Mat Sabu ketika di Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Pegawai Penyelaras Bayan Lepas Cikgu Asnah bersama JKKK Bayan Lepas turut bersama beliau adalah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan penduduk-penduduk di Pasar Ramadhan Bayan Lepas pada 01 Ogos bersamaan 1 Ramadhan..

Dalam ucapan ringkasnya ini beliau membidas puak-puak UMNO yang mempertikaikan kecederaan lututnya..


Akibat IC Palsu, Pantai Timur Sabah kini dikuasai PATI

Posted: 02 Aug 2011 07:48 AM PDT

E-mail dari seorang pembaca Sabahkini kepada Mutalib MD (Ahli UMNO Sabah yang giat memperjuangkan isu IC palsu ini)

Saudara Pengarang,

SAYA sangat bersetuju dengan pendedahan berhubung warga asing yang mendapat kerakyatan secara tidak sah dan sangat gembira kerana ada anak Sabah yang berani membuat pendedahan ini demi masa depan anak cucu cicit kita.


Tidak tahu di mana silapnya Kerajaan Malaysia kerana semua akui bahawa daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Tungku dan Sandakan seolah-olah telah di kuasai oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Pendatang Asing Dengan Izin (PADI) ini.

Senario ini boleh disifatkan seperti penyakit kanser yang pada mulanya patut ditangani lebih awal sebelum merebak. Kita boleh lihat sendiri dari pasar ikan, pasar sayur, pengusaha bas dan pengusaha teksi majoriti dikuasai oleh orang yang memiliki KPT yang tidak pasti asal usulnya.

Kini Persatuan Teksi Tawau dikenali sebagai PESARUM juga memiliki Pengerusi yang tidak dapat disahkan ketulenan KPT nya; tambahan pula orang seperti mereka ini di lindungi oleh VVIP politik.

Persoalannya, kenapa VVIP kita sanggup berbuat demikian sehingga melupakan anak bangsanya sendiri? Mana perginya agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Polis, Jabatan Pendaftaran dan SPRM? Semuanya seolah-olah senyap.

Tidur lena dalam kekenyangan rasuah atau takut dengan suara lantang VVIP politik terutama Kalabakan dan Sebatik yang melindungi PATI dan PADI ini.

Saya memohon kepada Mutalib M.D agar dapat terus memperjuangkan hak-hak anak Sabah dan menyiasat secara mendalam hingga ke akar umbi terhadap kenyataan saya di atas.

Sesungguhnya pokok tidak akan bergoyang sekiranya tiada penyebabnya!

Salam Hormat,

TAWAUCUN

Pagi Merah, Petang Biru.. Memang Haram Jadah!!

Posted: 02 Aug 2011 07:25 AM PDT



KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Jangan terkejut jika bukan Mismah sahaja yang statusnya penduduk tetap disebelah pagi bertukar menjadi warganegara sebelah petang, malah pertukaran serupa turut melibatkan ramai lagi.


Selepas heboh laporan menceritakan "kecekapan luar biasa" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar taraf kewarganegaraan Mismah dalam masa empat jam, 52 lagi kes serupa ditemui PAS Titiwangsa.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Timbalan Yang Dipertua PAS Titiwangsa Khairul Anuar Manap mendedahkan perkara itu dikesan kira-kira jam 2.30 petang.



Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Timbalan Yang Dipertua PAS Titiwangsa Khairul Anuar Manap mendedahkan perkara itu dikesan kira-kira jam 2.30 petang.

Menurutnya, kira- kira jam 9.15 pagi tadi, petugas IT PAS Wilayah Persekutuan dan Titiwangsa berjaya mengesan 52 orang pemilih yang berstatus penduduk tetap di dalam Rang Daftar Pemilih suku ke-2 bagi tahun 2011.

Kemudiannya senarai tersebut dikeluarkan dan disemak di dalam sistem semakan MyKad dan MyPR Jabatan Pendaftaran Negara di alamat http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan mendapati kesemua 52 orang tersebut berstatus Permastautin Tetap atau PR.

Senarai status penduduk tetap yang di kesan itu ialah, 28 nama di parlimen Titiwangsa, Segambut (5), Batu (8), Wangsa Maju (4), Bandar Tun Razak (1), dan Lembah pantai (6).

"Petugas IT PAS wilayah terus mencetak atau "print screen" semua gambar kad penduduk tetap tersebut daripada sistem semakan JPN dan menyertakan senarai nama dan dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pendaftaran Negara (SPR) Wilayah Persekutuan di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Raja Muda Abd Aziz untuk tujuan bantahan.



"Kira-kira jam 2.30, iaitu sebelum mengisi borang bantahan senarai Rang Daftar Pemilih, pegawai SPR mengesahkan kesemua senarai 52 orang itu adalah warganegara melalui sistem semakan JPN.

"Petugas PAS cuba mengesahkan semula dan ternyata semua nama tersebut telah bertukar menjadi warganegara hanya selepas berberapa jam," ceritanya.

Lebih pelik katanya, bagaimana semua 52 nama itu boleh terlepas masuk dalam rang daftar pemilih sedangkan semuanya berstatus penduduk tetap atau soalnya, apakah ada suatu komplot antara SPR dan JPN dalam usaha memenangkan parti Umno BN.

Sehubungan itu, beliau berharap agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak berkuasa dalam negara dan dapat menyelesaikan dengan kadar segera sebelum tindakan yang lebih drastik diambil.

Petang tadi, negara digemparkan dengan seorang penduduk tetap (PR), Mismah yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, bertukar menjadi warganegara dalam masa beberapa jam.

Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama JPN di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Pendedahan dan penemuan terbaru itu bakal memberi tekanan baru kepada SPR yang selama ini mendakwa tiada manipulasi dalam daftar pemilih dan senarai pemilih sudah dibersihkan.

Menjelang PRU ke-13, dijangkan lebih banyak lagi pendedahan akan dibuat Pakatan Rakyat berhubung penyelewengan pihak tertentu dalam usaha memenangi pilihan raya dengan cara yang tidak demokratik.


Harakahdaily

Demi Kuasa, UMNO gadai kedaulatan negara..

Posted: 02 Aug 2011 02:40 AM PDT

Jangan sampai anak cucu kita menjadi pelarian ditanah air sendiri.. ketika itu menyesal sudah tidak berguna lagi..

Demi mengekalkan kuasa mereka UMNO kini mengulangi apa yang telah mereka lakukan di Sabah sebelum ini di Semenanjung pula.


Pemimpin mereka membutakan mata dan memekakkan telinga bila mendengar dan melihat akan MyKad dikeluarkan untuk PATI yang kononnya telah di putihkan mereka..

Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara

Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.- Malaysiakini


Queuing up for 'free' MyKads

August 2, 2011 Sabah is vital to Umno's no holds barred fight to stay in Putrajaya and any means including issuing free MyKads is seen as legit.

KOTA KINABALU: History is repeating itself in Sabah as the 13th general election looms and the alleged no-holds-barred battle by the ruling Barisan Nasional government to ensure re-election goes into overdrive.

Former Sabah chief minister Yong Teck Lee said that the state BN leaders are turning a blind eye to the ongoing issuance of MyKads to foreign citizens as the government mounts a campaign to register all illegal immigrants in the country.

The Sabah Progressive Party (SAPP) president said it is impossible that Umno, Parti Bersatu Sabah (PBS), United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Gerakan and MCA leaders are not aware of the ongoing issuance of MyKads to unqualified foreigners.

"It is Umno's selfishness and PBS' collusion with Umno that the issuance of MyKads and registration of phantom voters has re-emerged," he said in a statement issued here.

He said Upko president Bernard Dompok's assertion that the Election Commission must accept the registration of voters based on ICs/MyKads issued by National Registration Department (NRD), shows that the deeper problem is not registration of voters but illegal issuance of MyKads to foreigners that is ultra vires the constitution.

Yong reminded that in the last parliament, Dompok's National Integrity Parliamentary Select Committee tried to investigate the issue but government officers refused to attend his meetings.

"This was contempt of parliament but none of the officers bothered and Dompok, a senior federal minister and BN component head, had to dissolve the committee.

"This is the reality of Umno power today," he said.

Historical ruling

Yong pointed out that in the 1999 Likas election petition, former PBS leader Dr Chong Eng Leong highlighted the issue and the court judge found that that there were indeed phantom voters.

"The court finding was against the Election Commission, not against me. I was a victim, not a cause of the phantom voters.

"Chong's PBS witnesses had testified clearly that it was Umno operatives, not Yong Teck Lee or SAPP, who were responsible for false ICs," he said.

Yong claimed that the evidence of phantom voters and fake ICs were given to Chong by those in Umno and, this led to the fastest election petition trial in Malaysian history.

The case made history as a parliamentary by-election was called by the Election Commission despite a declaration by then Parliament Speaker that there was no vacancy.

"Chong conveniently and consistently ignored the existence of phantom voters in other places like Kawang, a seat once held by Osu Sukam.

"Another Umno leader who has a lot to answer for and who was and is the driving force of the then Umno Task Force on pengundi luar, is Karim Ghani," he added.

Yong went on to stress that to rid the electoral rolls of phantom voters, the EC must first admit that such a problem exists.

"But if the Election Commission pretends that there is no problem, then there is no hope of solution.

"In the 1980s, during the PBS state government era, the then Election Commission secretary Abdul Rashid notoriously claimed that talk of phantom voters was 'coffee shop talk'," recalled Yong.

Yong said that at the time, with the help of Institute of Development Studies (IDS) headed by Jeffrey Kitingan, he (Yong) headed an Electoral Rolls Committee that scrutinised the entire electoral rolls and found 33,000 cases of duplicate and triplicate ICs in the Sabah electoral rolls.

"Some genuine locals found that their IC numbers are shared by strangers, including the embarrassing case of the missing "German boy" who somehow also got registered as a voter," he recalled.

Umno operatives

Yong reiterated that it is still possible to rid the electoral rolls of phantom voters.

This, he said, was because the legal mechanisms to protect the integrity of the rolls are available in the Federal Constitution, the Elections Act 1958, the Elections (Registration of Electors) Regulations 2002 and the National Registration Act 1959.

"The first step is to remove the disease by taking action against the Umno operatives who conspire in issuing dubious citizenship documents to foreigners," he said.

Yong said this would not be unprecedented as in 1995 Samsul Alang, Jabar Khan, Ajkan Ali, Bandi Bilo and other operatives were detained under "Ops Kenal" under the Internal Security Act (ISA) for the manufacturing of fake identity cards.

This was followed by the Regularisation Exercise under the auspices of the National Security Council in 1996 that allowed genuine foreign workers to remain and the forcible deportation and voluntary exodus of illegals.

Yong sees that as the tipping point in Sabah's long standing efforts to solve the illegals problems and the existence of phantom voters.

The issue of fake ICs and phantom voters has re-surfaced in recent years with the most outstanding case being of one Jerome Majimbon, a foreigner, in Inanam, sharing the address of Sepanggar MP Eric Majimbun.

Last week, a Taiwanese investor complained that a MyKad had been issued in his name to defraud him.

"In Sandakan, Tawau, Semporna, Lahad Datu, adults are said to be queuing up to collect their MyKads and employers find that their foreign workers suddenly possess MyKads," Yong noted.

Free Malaysia Today

PANAS!! Utusan dedah Pekung UMNO Kedah.

Posted: 02 Aug 2011 01:29 AM PDT

BARU-baru ini dalam satu pertemuan, seorang pemimpin veteran UMNO memberitahu penulis bahawa Kedah merupakan salah sebuah negeri yang Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampasnya kembali daripada pembangkang.

Pelbagai kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pas kini memungkinkan BN mempunyai harapan untuk meraih kembali sokongan rakyat di negeri Jelapang padi tersebut.


Namun begitu persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak termasuk pemimpin veteran tersebut ialah sejauh manakah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Kedah benar-benar bersedia untuk melunaskan misi berkenaan.

Semua orang Kedah tahu, Pas yang dibantu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidaklah sehebat mana di negeri berkenaan.

Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kedah, pada Khamis lalu dikatakan banyak menyuntik semangat dan memberikan isyarat kepada rakyat Kedah bahawa mereka perlu menyokong BN.

Keprihatinan Perdana Menteri yang bersedia meluangkan masa melakukan tinjauan mesra dan meluluskan peruntukan sebagai RM1.12 juta bagi membina sebuah masjid di Taman Wira Mergong, di Alor Setar turut membantu meningkatkan imej BN.

Tetapi soalnya, sejauh manakah UMNO dan BN Kedah di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Bashah Md.Hanipah mampu merebut peluang untuk memastikan sokongan rakyat kembali kepada parti berkenaan.

Ketika berbual-bual dengan seorang pemimpin UMNO Kedah di Kuala Lumpur baru-baru ini, penulis mendapati terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Ahmad Bashah dan pemimpin parti berkenaan jika mereka mahu menegakkan kembali panji-panji BN di negeri itu.

Perkara yang paling ketara ialah sehingga kini biar pun Kedah sudah jatuh ke tangan pembangkang masih belum ada kesedaran di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO untuk berhenti berpolitik sesama mereka.

Sama ada hendak diakui atau tidak berdasarkan maklumat yang diterima oleh penulis, daripada keseluruhan 15 bahagian UMNO di Kedah, 10 daripadanya bermasalah. Ia berpunca daripada politiking sesama sendiri - satu 'penyakit' yang tidak pernah mampu diubati dalam UMNO sejak dulu lagi.

Mungkin akan ada pemimpin UMNO akan menganggap tulisan ini ibarat membuka pekung di dada atau satu rekaan tetapi hakikat tetap hakikat, fakta tetap fakta.

Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah perlu insaf bahawa mereka bukan pemerintah di negeri berkenaan tetapi pembangkang, oleh itu sikap dan tindakan serta semangat perlu berteraskan kepada keazaman untuk merampas kembali negeri itu daripada Pas, PKR dan DAP.

''Masalah utama ialah hendak mencari calon, kita kena akui sampai sekarang belum ada calon yang paling sesuai bagi memenuhi apa yang dipanggil 'calon boleh menang' seperti mana dikehendaki oleh Perdana Menteri,'' kata pemimpin UMNO tersebut.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila masalah dalaman di 10 bahagian berkenaan masih juga tidak selesai-selesai, biar pun UMNO sudah jadi pembangkang di Kedah.

Masing-masing masih lagi hendak 'mempromosikan' diri sendiri dan merasakan paling layak untuk menjadi calon, biarpun ada antara mereka yang ditafsirkan, ''umum nama sahaja pun dah kalah.''

Kesudahannya di sesetengah bahagian yang bermasalah ini wujud sekurang-kurangnya enam 'war lord' yang mempunyai pengikut masing-masing iaitu ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua, ketua Wanita, ketua Pemuda dan ketua Puteri.

Justeru jika salah seorang dipilih sebagai calon belum tentu yang lain akan menyokong sebaliknya akan wujudnya apa yang orang Kedah panggil 'das kaki' atau orang Kelantan kata 'cah keting'.

Walaupun perbalahan ini tidaklah begitu ketara 'di permukaan' tetapi rakyat di kawasan-kawasan terlibat amat memahami kemelut yang berlaku justeru semua itu hanya merugikan UMNO dan BN.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila ada dakwaan bahawa Ahmad Bashah sebagai pengerusi perhubungan UMNO negeri tidak mempunyai cengkaman bagi mengatasi kemelut yang berlaku. Malahan Ahmad Bashah juga dikatakan terlalu bergantung kepada pucuk pimpinan parti untuk melaksanakan sesuatu program.

Ahmad Bashah dan seluruh kepimpinan Kedah perlu menunjukkan kesungguhan untuk merampas negeri itu daripada Pas.

Setakat ini kita memuji kelantangan UMNO Kedah mendedahkan kepincangan pentadbiran Kerajaan Pas tetapi ia belum mencukupi bagi menjana kemenangan, jika di dalam UMNO sendiri masih ada kelemahan yang tidak diperbaiki.

Kita yakin sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam berpolitik, Ahmad Bashah mampu mengendalikan keadaan, apa yang diperlukan daripada beliau ialah keberanian membuat keputusan dan bertindak.

Jika benar pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Kedah mahu menang dalam pilihan raya mereka perlu bersatu padu dan mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

Tindakan bertelingkah dalam mesyuarat bahagian adalah sesuatu perbuatan yang memalukan kerana UMNO bukannya pemerintah tetapi pembangkang.

Kalau berada dalam kedudukan pembangkang pun masih belum mahu insaf lagi, apakah pemimpin UMNO Kedah hanya akan sedar apabila parti itu terus ditolak selama-lamanya di negeri berkenaan?

Oleh itu adalah wajar jika pemimpin-pemimpin UMNO Kedah memahami cabaran besar yang ada di hadapan mereka, bersatulah dalam satu barisan dan perkukuhkanlah kedudukan.

Banyakkan program-program untuk memenangi hati rakyat seperti mana diusahakan oleh Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Janganlah pemimpin UMNO Kedah hanya bijak mengatur strategi untuk menjatuhkan lawan politik daripada parti sendiri tetapi beku mindanya dalam menumbangkan pembangkang.

Satu fakta yang harus difahami ialah pembangkang tidaklah sekuat mana di Kedah dan senario 2008 tidak lagi menghantui BN sehingga memungkinkan rakyat akan terus menolak parti itu.

Justeru inilah kesempatan terbaik kepada UMNO Kedah untuk bangkit semula dan ia hanya akan tercapai jika pemimpin-pemimpin parti itu bak kata salah seorang daripada mereka menyingkirkan tindakan'marahkan dua ekor nyamuk, satu kelambu dibakar'.

Apakah maksud tindakan berkenaan? Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah memikirkannya, apa yang pasti selagi mereka tidak meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya, bukan kata 'kelambu', bilik tidur pun boleh hangus bersama-sama akibat 'panas bahang' politiking sesama sendiri.


Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

Tiada perbincangan gantikan saya dengan Ku Li - Anwar

Posted: 02 Aug 2011 12:55 AM PDT

SHAH ALAM, 2 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengetepikan dakwaan mengenai status beliau sebagai ketua pembangkang dengan menekankan perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam Pakatan Rakyat.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menafikan mengenai khabar angin itu walaupun Utusan Malaysia telah melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata Pakatan Rakyat akan memantau prestasi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pilihan terbaik untuk menggantikan Anwar sekiranya beliau dipenjarakan atas kesalahan liwat.


"Saya belum mendengar apa-apa daripada PAS, DAP atau pemimpin PKR. Itu yang saya tahu. Hanya Bayan Baru," kata Anwar (gambar) merujuk kepada Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, bekas wakil rakyat PKR yang secara berterusan menyerang parti perikatan itu sejak tahun lalu.

Utusan Malaysia akhbar milik Umno dalam laporannya memetik Harun sebagai berkata jika Tengku Razaleigh, Ahli Parlimen Gua Musang, "mempunyai ramai pengikut atau sokongan majoriti dalam parti pembangkang, kemungkinan beliau akan menjadi ketua pembangkang."

"Begitu juga Anwar, kalau beliau boleh berunding dan tidak mendapat sokongan majoriti, mungkin beliau tidak boleh memegang jawatan itu lagi," kata Harun.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh kini berdepan dengan tuduhan liwat buat kali kedua. Beliau kali pertama didakwa dengan tuduhan liwat dan rasuah pada 1998 selepas dipecat dari Kabinet dan kemudian disabitkan kesalahan atas kedua-dua tuduhan itu.

Bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu dibebaskan pada September 2004 dan kemudian menghidupkan kembali kerjaya politik dengan mengetuai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 yang mana parti perikatan itu berjaya menawan lima negeri dan 82 kerusi Parlimen.

Beliau kemudian memegang jawatan ketua pembangkang di Parlimen dengan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam satu pilihan raya kecil, selepas isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengundurkan diri.

Tengku Razaleigh sehingga kini belum membuat apa-apa respons.

Semalam Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan mengenai isu ini sebagai satu "lawak jenaka."


The Malaysian Insider

Najib boleh Berbuka Puasa macam ni tak?

Posted: 01 Aug 2011 09:56 PM PDT

Semalam di Pasar Ramadhan Bayan Lepas..



Antara perkara yang menjadi amalan Guan Eng sejak dari beliau mula memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berbuka puasa bersama penduduk Pulau Pinang yang berugama Islam, tak kira walau dimana, semua tempat diredahnya.


Begitu juga dengan tahun ini.. dan semalam beliau ditemani oleh Tuan Haji Mat Sabu dalam majlis perasmian Pasar Ramadhan Bayan Lepas.

Bagi aku ini adalah satu amalan yang baik kerana amalan ini merapatkan hubungan Ketua Menteri Pulau Pinang ini dengan penduduk Pulau Pinang selain dari membina imej beliau.

Cuma.. sedikit terkilan..Dimana pemimpin Melayu yang berada di kedudukan paling tinggi dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang?











Lagi gambar-gambar sila lihat di SINI


Baca juga pekung UMNO Kedah yang didedahkan Utusan di (SINI)

UMNO dah serupa Diktator..

Posted: 01 Aug 2011 08:14 PM PDT

Jika Bekas Menteri sendiri mengakui sememangnya UMNO telah lari dari perjuangan asal, UMNO juga tidak ada ruang bebas bersuara (Diktator lah tu..), amat menghairankan bagaimana boleh masih ada pencacai UMNO yang bermati-matian mengatakan UMNO tidak pernah berubah?

Adakah mereka (pencacai UMNO) itu terlalu bodoh hingga tidak mampu melihat dan menyedari akan perubahan yang telah berlaku di dalam UMNO itu sedangkan ianya jelas?


Umno sudah tidak ada ruang bebas bersuara, dakwa bekas menteri

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kesal kerana Umno kini sudah tidak lagi menyediakan ruang untuk memberi perbezaan pendapat, mendakwa parti kaum Melayu itu telah beralih daripada dasar-dasar dipraktikkan oleh presiden-presiden terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak.

Bekas menteri kerajaan pusat dan ahli Majlis Tertinggi Umno ini memberitahu The Malaysian Insider, beliau turut bimbang dengan budaya politik semasa dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sambil menegaskan, ia jauh berbeza berbanding pendekatan terbuka dan telus yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Malangnya, keadaan sudah banyak berubah dalam Umno sendiri sejak era Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Ketika itu ada banyak kebebasan untuk menyuarakan pandangan kami, ruang untuk perbezaan pendapat dan debat terbuka," kata beliau.

"Tetapi sekarang anda tidak ada persekitaran sedemikian," kata Kadir dengan menekankan faktor-faktor yang membawanya untuk menyertai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Kata beliau langakh itu akan membolehkannya memberi pandangan mengenai isu-isu semasa, yang tidak boleh dilakukan dalam Umno sendiri.

Bekas menteri pelancongan itu merujuk kepada kritikan sesetengah pihak ke atas ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah yang melahirkan pendiriannya mengenai cara pentadbiran Najib mengendalikan isu perhimpunan Bersih 2.0.

"Ia hanya satu komen, tidak bermakna beliau telah bertindak bertentangan dengan parti atau kerajaan tetapi kini ada gesaan agar beliau (Saifuddin) dipecat dari Umno," kata Kadir.

"Ini tidak berlaku pada masa-masa lalu," katanya lagi.

Kadir juga membandingkan kepimpinan Umno semasa dengan masa lalu dan menggunakan kes bekas Ketua Pemuda Umno dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris untuk mengetengahkan poin beliau.

"Kebanyakan daripada kami dalam Pemuda Umno tidak bersetuju apabila Datuk Harun dikenakan tuduhan rasuah.

"Kami menjadi saksi tentangan ke atas kerajaan ketika itu. Kami berkempen bagi Datuk Harun di seluruh negara... tetapi tiada tindakan diambil ke atas kami, meskipun ada perbezaan pendapat," katanya.

"Itu bukan bermakna kami bertindak menentang BN ataupun kerajaan, ia hanya perbezaan pendapat," kata Kadir.

Meskipun kesal dengan keadaan semasa dalam Umno, Kadir berkata beliau akan kekal dalam parti itu.

"Saya masih memegang jawatan dalam parti... ada banyak perkara dalam Umno yang saya setuju, sesetengah dasarnya," kata beliau yang juga bendahari Umno Kulim Bandar-Baharu.

Kadir merupakan salah seorang timbalan presiden Amanah yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua Umno dan Ahli Parlimen Gua Musang.

The Malaysian Insider

PRU13 sudah dekat.. 7 tahanan ISA dibebaskan.

Posted: 01 Aug 2011 06:39 PM PDT

Tujuh pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dibebaskan secara berperingkat mulai esok, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam kenyataan akhbarnya di Putrajaya, Hishamuddin berkata, sebagai permulaan tiga orang akan dibebaskan esok manakala empat lagi dibebaskan dalam masa terdekat.


Semua tujuh mereka itu ditahan antara 10 hingga 12 Oktober tahun lalu kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia.

"Pembebasan ini dibuat setelah kementerian mendapati bahawa semua tahanan ini menunjukkan kesedaran dan keinsafan atas kesilapan yang mereka lakukan dan berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.

"Mereka juga memberikan kerjasama yang baik kepada Polis Diraja Malaysia dalam usaha untuk memerangi kegiatan penyeludupan manusia di negara ini," katanya.

Hishammudidin berkata tujuh pegawai itu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 selaras dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.

prostitution, desa mentari, police raidIa juga bagi membolehkan siasatan lanjut dan menyeluruh dibuat khususnya terhadap kegiatan sindiket penyeludupan warga asing dan urusan keluar dan masuk dari negara ini, katanya.

Hishammuddin berkata pihak berkuasa di Malaysia akan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang usaha untuk menjadikan negara ini sebagai 'transit point' bagi kegiatan penyeludupan manusia.

Beliau juga mengingatkan pegawai serta kakitangan yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan di pintu masuk negara agar melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah.

"Jangan sesekali bertindak mengkhianati negara ini semata-mata ingin mengejar kemewahan hidup. (Kerajaan) tidak bertolak-ansur ke atas mereka yang mengkhianati amanah negara," katanya.

Tiada ulasan: